PANDUAN PENGAWAS DISIPLIN | DISIPLIN KUNCI KEJAYAAN 2020
PENDAHULUAN
Buku Panduan Pengawas Disiplin ini disediakan kepada semua pengawas disiplin dan RINTIS
Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kluang, Johor sebagai maklumat yang perlu diketahui dan
menjadi garis panduan kepada peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua murid sepanjang
tempoh pembelajaran di sekolah ini.
Panduan dan peraturan yang terkandung dalam buku peraturan ini termasuklah apa-apa
panduan dan peraturan yang dibuat dari semasa ke semasa oleh pihak sekolah. Apa-apa kaedah
atau peraturan lain yang bersifat am atau khusus yang dikeluarkan oleh sekolah atau mana-mana
pihak berkuasa dari semasa ke semasa adalah terpakai kepada semua murid di sepanjang
tempoh pembelajaran di sekolah.
Disusun dan disediakan oleh:
Abdul Aziz Bin Mohd Taha
Ketua Guru Disiplin
Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kluang
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu dan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
MISI
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi
memenuhi aspirasi negara.
SRAB KLUANG | https://dispsrabkluang.wordpress.com/blog/ 1
PANDUAN PENGAWAS DISIPLIN | DISIPLIN KUNCI KEJAYAAN 2020
SRAB KLUANG | https://dispsrabkluang.wordpress.com/blog/ 2
PANDUAN PENGAWAS DISIPLIN | DISIPLIN KUNCI KEJAYAAN 2020
PANDUAN PERATURAN SEKOLAH
1. KEHADIRAN
1.1 Kehadiran ke sekolah pada hari-hari persekolahan adalah diwajibkan.
1.2 Murid-murid mesti berada di sekolah sebelum atau pada pukul 7.30 pagi
1.3 Waktu rasmi persekolahan adalah seperti berikut:
Waktu rasmi persekolahan:
Ahad – Rabu: 8.00 pagi hingga 4.30 petang (Murid Kelas Al-Quran: 5.00 ptg)
Khamis: 8.00 pagi hingga 1.00 petang
(Aktiviti Kokurikulum 2.00 petang – 4.00 petang)
Kehadiran: 7.00 pagi hingga 7.30 pagi (Ahad – Khamis)
Waktu rehat pertama:
Tahap 1: 10.00 pagi hingga 10.30 pagi
Tahap 2: 10.30 pagi hingga 11.00 pagi
Waktu rehat kedua:
Tahap 1: 1.00 ptg – 1.30 ptg (Solat Fardu Zuhur)
1.30 ptg – 2.00 ptg (Makan)
Tahap 2 : 1.00 ptg – 1.30 ptg (Makan)
1.30 – 2.00 ptg (Solat Fardu Zuhur)
1.3. Murid yang lewat sampai ke sekolah hendaklah melaporkan diri kepada pengawas bertugas
di pintu masuk atau kepada guru bertugas sebelum masuk ke kelas.
1.4. Murid yang lewat hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah boleh dikenakan denda
oleh Guru Besar, Unit HEM, guru disiplin atau pengawas.
1.5. Setiap murid adalah DIWAJIBKAN mematuhi arahan untuk hadir dan menyertai apa jua
kegiatan yang djalankan oleh pihak sekolah.
1.6. Kelas tambahan atau gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib
dihadiri oleh murid.
SRAB KLUANG | https://dispsrabkluang.wordpress.com/blog/ 3
PANDUAN PENGAWAS DISIPLIN | DISIPLIN KUNCI KEJAYAAN 2020
2. KETIDAKHADIRAN
2.1 Murid yang tidak hadir ke sekolah oleh sebab-sebab tertentu hendaklah menyatakan sebab
dengan mengemukakan surat akuan rasmi dan dokumen berkaitan daripada doktor / ibu bapa
/ penjaga.
2.2 Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa menyatakan sebarang sebab (secara bertulis) atau
dokumen akuan doktor / ibu bapa / penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah dan
boleh diambil tindakan.
2.3 Tindakan terhadap kes ponteng:
SURAT HARI TIDAK HADIR HARI TIDAK HADIR BUKAN
BERTURUT-TURUT BERTURUT-TURUT
Amaran Pertama Pada hari ke-10
Amaran Kedua Pada hari ke-3
Amaran Terakhir 10 hari selepas Amaran Pertama
Buang Sekolah 7 hari selepas Amaran Pertama
20 hari selepas Amaran Kedua
7 hari selepas Amaran Kedua
20 hari selepas Amaran Terakhir
14 hari selepas Amaran Terakhir
2.4 Seterusnya mana-mana murid yang tidak hadir ke sekolah kerana sakit selama 15 hari
berturut-turut tanpa mendapat apa-apa keterangan sah secara bersurat daripada penjaga,
murid berkenaan boleh digantung sekolah.
2.5 Murid dianggap hadir jika mewakili sekolah untuk aktiviti kokurikulum.
3. PAKAIAN
Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang murid-murid berada di sekolah. Pakaian
hendaklah sentiasa bersih dan kemas.
3.1 Pakaian Murid Lelaki:
3.1.1 Seluar panjang warna biru gelap. Baju putih berlengan pendek dan bersongkok hitam.
3.1.2 Ukuran seluar hendaklah berfesyen sederhana. Tidak dibenarkan memakai seluar yang
sempit, terlalu kecil kakinya atau jenis bell bottom/baggy, terlalu singkat (melepasi buku
lali) atau terlalu labuh sehingga menyapu lantai.
3.1.3 Kasut kanvas hitam penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci dipakai
dengan stoking hitam berukuran sejengkal daripada buku lali
3.1.4 Lencana dilekatkan atas poket baju sebelah kiri dada.
SRAB KLUANG | https://dispsrabkluang.wordpress.com/blog/ 4
PANDUAN PENGAWAS DISIPLIN | DISIPLIN KUNCI KEJAYAAN 2020
3.1.5 Kedudukan tanda nama, dilekatkan di bawah lencana sekolah,1/2 inci dari
kedudukan lencana sekolah. (tanda nama di bawah, lencana di atas)
Lencana
Tanda nama
Rajah 1
3.1.6 Tali leher wajib dipakai sepanjang waktu persekolahan dan berwarna maroon.
3.1.7 Bagi hari Khamis, murid lelaki memakai baju melayu Teluk Belanga putih dan
bersamping ungu berdagang di dalam.
3.2 Pakaian Murid Perempuan:
3.2.1 Baju kurung potongan ‘tradisional’ bewarna putih, leher Teluk Belanga dan
berlengan panjang serta labuh mesti melebihi paras lutut. Tidak berfesyen besar
dan tidak terlalu ketat. Tidak dari jenis kain yang jarang.
3.2.3 Kain sarung warna biru tua, tidak terlalu singkat (melepasi buku lali) dan terlalu
labuh sehingga menyapu lantai.
3.2.4 Lencana dilekatkan pada tudung sebelah kiri dada.
3.2.5 Anak tudung berbentuk ‘bulat’, bewarna ‘putih’ dan tiada ‘awning’
3.2.6 Tudung mesti melepasi paras dada untuk bahagian hadapan dan menutup hingga
tengah belakang untuk bahagian belakang.
3.2.7 Kasut kanvas hitam penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci
dipakai dengan stoking hitam berukuran sejengkal daripada buku lali.
3.2.8 Murid dibenarkan memakai singlet atau t-shirt putih tanpa corak sahaja di
bahagian dalam baju sekolah.
3.2.9 Murid hendaklah memakai ‘tanda nama’ yang diletakkan di sebelah kiri baju atau
tudung dan tanda nama mestilah mengikut syarat yang telah ditentukan oleh pihak
sekolah.
SRAB KLUANG | https://dispsrabkluang.wordpress.com/blog/ 5
PANDUAN PENGAWAS DISIPLIN | DISIPLIN KUNCI KEJAYAAN 2020
3.2.10 Pakaian seragam ini hendaklah dipakai sewaktu masa persekolahan, menghadiri
kelas tambahan, dan sepanjang masa peperiksaan.
3.3. Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Ketua dan Penolong K.Kelas
3.3.1 Pengawas lelaki.
Baju kemeja biru berlengan panjang dan berkancing, berseluar panjang warna
biru gelap, bersongkok hitam, memakai vest warna biru gelap diluar, berkasut
kanvas hitam. Pada hari Khamis, memakai baju melayu Teluk Belanga bewarna
biru, bersongkok hitam dan memakai samping biru gelap berdagang luar.
3.3.2 Pengawas perempuan.
Baju kurung potongan ‘tradisional’ berwarna biru, leher Teluk Belanga dan
berlengan panjang serta labuh mesti melebihi paras lutut. Tidak berfesyen besar
dan tidak terlalu ketat. Tidak dari jenis kain yang jarang. Kain sarung warna biru
gelap, memakai vest warna biru gelap, dan tudung dimasukkan ke dalam vest.
Berkasut kanvas hitam.
3.3.3 Pengawas PSS lelaki
Baju kemeja kuning berlengan panjang dan berkancing, berseluar panjang warna
biru gelap, bersongkok hitam, memakai vest warna biru gelap diluar, berkasut
kanvas hitam.
3.3.4 Pengawas PSS Perempuan
Baju kurung potongan ‘tradisional’ bewarna kuning, leher Teluk Belanga dan
berlengan panjang serta labuh mesti melebihi paras lutut. Tidak berfesyen besar
dan tidak terlalu ketat. Tidak dari jenis kain yang jarang. Kain sarung warna biru
gelap, memakai vest warna biru gelap, dan tudung dimasukkan ke dalam vest.
Berkasut kanvas hitam.
3.3.5 Ketua Kelas
Baju kemeja putih berlengan pendek dan berkancing, berseluar panjang warna
biru gelap, bersongkok hitam, memakai tali leher biru cair, berkasut kanvas hitam.
3.3.6 Pen. Ketua Kelas
Baju kurung potongan ‘tradisional’ bewarna putih, leher Teluk Belanga dan
berlengan panjang serta labuh mesti melebihi paras lutut. Tidak berfesyen besar
dan tidak terlalu ketat. Tidak dari jenis kain yang jarang. Kain sarung warna biru
gelap, memakai vest warna coklat tua, dan tudung biru cair dimasukkan ke dalam
vest. Berkasut kanvas hitam.
SRAB KLUANG | https://dispsrabkluang.wordpress.com/blog/ 6
PANDUAN PENGAWAS DISIPLIN | DISIPLIN KUNCI KEJAYAAN 2020
3.4. Pakaian Pendidikan Jasmani:
T-shirt rumah sukan atau t-shirt Karektor Murid Johor atau T-shirt putih tanpa tulisan atau
iklan. Seluar trek sekolah atau ‘track bottom’ hitam atau bewarna biru gelap. Berkasut
sekolah. Semua murid perempuan wajib memakai tudung mengikut warna uniform sekolah
semasa Pendidikan Jasmani.
3.5. Pakaian Aktiviti Luar Darjah / Ko-Kurikulum / Kelas Tambahan:
Pakaian seragam sekolah yang lengkap atau T-shirt rumah sukan atau t-shirt Karektor Murid
Johor atau T-shirt putih tanpa tulisan atau iklan atau pakaian yang menutup aurat ketika hadir
kelas tambahan. Pakaian ko-kurikulum yang dikhaskan oleh pihak sekolah untuk kegiatan
ko-kurikulum.
4. KEBERSIHAN DIRI DAN PERHIASAN
4.1 Murid lelaki dilarang berambut panjang, rambut murid lelaki mestilah sentiasa pendek iaitu:
4.1.1 Di belakang: Rambut tidak mencecah kolar baju dan mesti nipis keseluruhannya serta
kemas.
4.1.2 Di depan: Rambut tidak menutupi garisan tengah dahi.
4.1.3 Di bahagian tepi: Rambut tidak menutupi telinga dan ‘sideburn’ hendaklah nipis dan
tidak melebihi garisan tengah muka.
4.1.4 Di atas: Rambut tidak melebihi 3 inci
4.1.5 Berfesyen: tidak dibenarkan membuat fesyen rambut. (botak, qaza’, menyimpan ekor
rambut dan sebagainya)
4.1.6 Fesyen rambut murid perempuan: tidak dibenarkan menyanggul terlalu tinggi.
4.2 Murid diharamkan mewarna rambut dan mengenakan fesyen-fesyen tertentu.
4.3 Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih. Cat kuku dan inai dilarang sama sekali.
4.4 Sebarang alat solek termasuk celak adalah dilarang.
4.5 Murid diharamkan memakai barang-barang kemas seperti cincin, gelang, rantai leher subang
dan rantai kaki.
4.6 Murid tidak dibenarkan “berkaca mata gelap” (sun glass) atau kacamata berbentuk luar biasa.
4.7 Murid yang memakai cermin mata kerana kerosakan mata, dibenarkan memakai cermin mata
berkanta jenis photo sun atau photo grey.
4.8 Murid dilarang memakai contact lens, selipar, terompah, seluar corak bewarna-warni, pakaian
jeans, semasa waktu Pdp dan kelas tambahan serta pakaian tidak menutup aurat semasa
ke sekolah.
4.9 Setiap murid dikehendaki berpakaian lengkap, bersih dan kemas, mematuhi peraturan-
peraturan dan cara memakai yang ditetapkan semasa berada di kawasan sekolah.
SRAB KLUANG | https://dispsrabkluang.wordpress.com/blog/ 7
PANDUAN PENGAWAS DISIPLIN | DISIPLIN KUNCI KEJAYAAN 2020
5. PERHIMPUNAN
5.1 Perhimpunan rasmi diadakan pada setiap hari Khamis atau pada mana-mana hari dalam
sesuatu minggu persekolahan dan kehadiran adalah diwajibkan oleh Guru Besar.
5.2 Semua murid dimestikan berada di tempat perhimpunan 15 minit sebelum perhimpunan
bermula.
5.3 Pengawas bertanggungjawab menyusun barisan dan mengawal ketenteraman
perhimpunan. Murid hendaklah mendengar dan mematuhi arahan pengawas.
5.4 Murid hendaklah sentiasa memberi perhatian kepada pengumuman dan ucapan yang
disampaikan oleh guru atau pengawas. Semua murid dilarang berbual-bual antara satu
sama lain.
5.5 Selepas perhimpunan, para murid hendaklah segera berjalan ke bilik darjah mengikut
barisan. Pemeriksaan kebersihan pakaian, kasut, rambut, kuku dan sebagainya akan
dijalankan oleh guru-guru disiplin/bertugas dan pengawas.
5.6 Murid yang tidak menghadiri perhimpunan tanpa sebab yang munasabah dan tanpa
makluman akan diambil tindakan.
6. KAWASAN SEKOLAH
6.1 Meninggalkan Kawasan Sekolah
6.1.1 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebarang waktu kecuali
waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Murid yang dibenarkan mesti
memakai “PAS KELUAR”.
6.1.2 Sewaktu pembelajaran sedang berjalan murid-murid tidak dibenarkan
meninggalkan kelas walaupun ke tandas melainkan dalam keadaan terdesak dan
mendapat kebenaran guru.
6.1.3 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar dengan
tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar, murid-murid tidak
dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan, membawa
surat-surat pengumuman atau tugas-tugas lain yang tidak penting.
6.1.4 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu
umpamanya ke tandas atau lainnya. Setiap ketua kelas bertanggungjawab
mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar.
6.1.5 Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu
hendaklah mendapat kebenaran daripada guru kelas atau subjek.
SRAB KLUANG | https://dispsrabkluang.wordpress.com/blog/ 8
PANDUAN PENGAWAS DISIPLIN | DISIPLIN KUNCI KEJAYAAN 2020
6.1.6 Sekiranya murid sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, murid berkenaan
6.1.7 hendaklah mendapatkan kebenaran dari guru kelas/subjek dengan memaklumkan
kepada guru yang sedang mengajar pada waktu itu.
Sekiranya murid hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu, murid
hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari Guru Besar, Penolong Kanan
dengan mengisi borang khas.
7. KELAS
7.1 Murid di dalam sesebuah kelas bertanggungjawab akan keselamatan harta benda sekolah
di dalam bilik darjah masing-masing. Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh murid
samada disengajakan atau tidak, murid kelas berkenaan wajib bertanggungjawab.
7.2 Para murid di dalam sebuah kelas bertanggungjawab tentang kesempurnaan bilik darjah dari
segi lantai, siling, dinding, tingkap, lampu, kerusi, meja dan sebagainya. Bilik darjah
hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan ceria.
7.3 Semasa ketiadaan guru dalam bilik darjah, ketua kelas, penolong dan pengawas kelas
berkenaan bertanggungjawab menjaga ketenteraman bilik darjah dan hendaklah mencari
guru yang sepatutnya mengajar pada waktu tersebut.
8. KELUAR-MASUK KELAS
8.1 Keluar kelas mesti dengan kebenaran guru atau ketua kelas atau penolong ketua kelas.
Hanya dua orang murid (seorang lelaki dan seorang perempuan) dibenarkan keluar untuk
satu-satu masa dan diwajibkan memakai pas/bip/tag kebenaran keluar kelas.
8.2 Murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada masa rehat.
8.3 Para murid hendaklah beratur dan berjalan dalam keadaan tenang ketika ke makmal,
bengkel dan sebagainya. Tidak dibenarkan singgah dimana-mana ketika dalam perjalanan
itu. Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik tersebut selagi guru tiada di dalamnya.
8.4 Setiap murid hendaklah meminta izin guru sebelum masuk atau keluar dalam masa guru
berada di dalam kelas dan ketua kelas ketika guru tidak ada.
8.5 Murid dari kelas lain yang ada urusan di sesuatu kelas, hendaklah juga mematuhi peraturan
‘8.4.’
9. BUDI PEKERTI DI DALAM KELAS
9.1 Murid mesti berada di kelas masing-masing sepanjang waktu persekolahan dan tidak
dibenarkan sama sekali berada di kelas lain kecuali dengan kebenaran guru.
SRAB KLUANG | https://dispsrabkluang.wordpress.com/blog/ 9
PANDUAN PENGAWAS DISIPLIN | DISIPLIN KUNCI KEJAYAAN 2020
9.2 Murid-murid tidak boleh membuat bising. Suasana tenang dan senyap hendaklah diwujudkan
sepanjang masa.
9.3 Setiap murid hendaklah memberi sepenuh perhatian kepada guru apabila guru sedang
mengajar. Arahan guru wajib dipatuhi.
9.4 Pada masa pertukaran waktu, murid tidak boleh meninggalkan tempat masing-masing
sementara menanti ketibaan guru.
9.5 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas semasa waktu belajar atas alasan
menemui guru. Pertemuan seumpama itu boleh dibuat dalam waktu rehat atau di luar waktu
pelajaran atau dipanggil oleh guru untuk sesuatu perkara yang perlu diselesaikan segera.
9.6 Murid-murid tidak boleh terkecuali dari mana-mana waktu pengajaran dan pembelajaran
kecuali dengan alasan yang munasabah.
9.7 Murid-murid dikehendaki bangun ‘memberi salam hormat’ apabila pelawat, Guru Besar atau
guru-guru masuk atau keluar kelas.
9.8 Apabila Guru Besar atau guru masuk, murid-murid hendaklah berdiri dan memberi salam.
10. HARTA BENDA SEKOLAH
10.1 Harta benda sekolah ialah segala benda kepunyaan sekolah. Jika sesuatu harta
benda sekolah dirosakkan sama ada sengaja/tidak sengaja, murid/kumpulan
terlibat akan dikenakan hukuman yang setimpal dan menggantinya/membayar
harga barang tersebut.
10.2 Buku-buku teks:
10.2.1 Buku teks adalah milik sekolah. Murid yang merosakkan atau menghilangkan
buku teks wajib menggantikan dengan buku yang baru. Bayaran dalam bentuk
wang tunai, cek, draf dan sebagainya tidak akan diterima.
10.2.2 Menjadi tanggungjawab murid menjaga kebersihan dan keselamatan buku
tersebut.
10.2.3 Murid diwajibkan menyampul/membalut buku tersebut.
10.2.4 Murid dilarang menconteng/mengotorkan buku itu. Dilarang merosakkan seperti
menggunting gambar atau menekap dari buku.
10.2.5 Murid dilarang meninggalkan buku teks dalam bilik darjah apabila habis masa
sekolah.
10.2.6 Jika peraturan itu dilanggar, pihak sekolah berhak mengambil semula atau
meminta ganti dengan buku juga.
10.2.7 Murid hendaklah memulangkan semula buku pinjaman pada akhir tahun seperti
yang diarahkan oleh sekolah.
SRAB KLUANG | https://dispsrabkluang.wordpress.com/blog/ 10
PANDUAN PENGAWAS DISIPLIN | DISIPLIN KUNCI KEJAYAAN 2020
10.2.8 Murid yang gagal memulangkan buku teks pada masa yang telah ditetapkan pihak
sekolah akan diambil tindakan.
11. KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN
11.1 Tidak dibenarkan murid-murid menulis, melukis, menggaris, menconteng atau
mengotorkan mana-mana bahagian bangunan seperti dinding, tiang, pintu dan
11.2 sebagainya kecuali dengan kebenaran.
11.3 Gunakan tandas dengan betul, cermat dan berperaturan.
11.4 Jangan meludah atau membuang kahak merata-rata.
11.5 Kebersihan bangunan dan kawasan sekolah adalah tanggungjawab bersama.
Murid-murid hendaklah membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.
12. SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT
12.1 Murid yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru Bertugas, Guru Kelas
Pengawas atau Ketua Kelas.
12.2 Murid-murid yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga sembuh.
12.3 Murid yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau mendapat
rawatan di hospital setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah
12.4 Untuk berehat di bilik rawatan, murid-murid mestilah mendapat kebenaran dari pihak
sekolah.
12.5 Guru bertugas akan menguruskan penghantaran murid ke hospital kerajaan atau klinik
jika sakit kuat dengan hanya dengan kebenaran ibu/bapa/penjaga murid.
13. KAWASAN YANG DILARANG
13.1 Tempat letak kenderaan guru
13.2 Kawasan tangki septik
13.3 Bilik Guru
13.4 Bilik Peperiksaan
13.5 Kawasan Tangki Air/Pam air
13.6 Kawasan-kawasan bertanda “Kawasan Larangan”
13.7 Kawasan ‘red line’ (yang bertanda tali awas merah) atau ‘hazard line’ (tali kuning hitam)
13.8 ATAU mana-mana kawasan yang dinyatakan dilarang oleh pihak sekolah.
SRAB KLUANG | https://dispsrabkluang.wordpress.com/blog/ 11
PANDUAN PENGAWAS DISIPLIN | DISIPLIN KUNCI KEJAYAAN 2020
14. KEBERSIHAN
14.1 Tong Sampah
14.1.1 Semua murid adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah.
14.1.2 Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang sampah
sahaja.
14.2 Kantin
14.2.1 Tidak dibenarkan murid-murid membeli makanan/minuman dalam masa belajar
atau masa pertukaran waktu kecuali dengan kebenaran.
14.2.2 Ditegah berebut-rebut dan membuat bising di kantin/koperasi ketika membeli
makanan dan minuman.
14.2.3 Jangan tinggalkan bekas-bekas makanan atau minuman di atas meja atau lantai
kantin. Letakkan di dalam bekas yang disediakan. Hindarkan daripada
menumpahkan makanan dan minuman.
14.2.4 Bersopan ketika makan dan minum iaitu hendaklah duduk dan tidak makan atau
minum sambil berjalan.
14.2.5 Buang pembungkus makanan/minuman ke dalam tong sampah yang disediakan.
14.2.6 Murid-murid hanya dibenarkan makan dan minum di kawasan kantin sahaja.
14.3 Bilik Darjah
14.3.1 Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.
14.3.2 Papan putih, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga, tidak dicakar
atau dikotorkan.
14.3.3 Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan memastikan
kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan koridor.
14.3.4 Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan seperti
kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar ganti rugi.
14.3.5 Setiap kelas dibekalkan 2 batang penyapu, 1 penyodok dan 1 tong sampah.
14.4 Tandas
14.4.1 Semua murid perlu membersihkan tandas selepas digunakan.
14.4.2 Murid tidak dibenarkan menconteng dinding tandas.
14.4.3 Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas sebaliknya
dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan.
SRAB KLUANG | https://dispsrabkluang.wordpress.com/blog/ 12
PANDUAN PENGAWAS DISIPLIN | DISIPLIN KUNCI KEJAYAAN 2020
15.KESELAMATAN
15.1 Beratur
15.1.1 Murid perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke mana-
mana tempat.
15.2 Waktu balik
15.2.1 Lima minit sebelum pulang, murid mestilah mengemaskan kerusi meja,
membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas.
15.2.2 Apabila masa pulang telah sampai, murid-murid boleh keluar kelas dengan
teratur. Murid hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan dan berjalan
apabila diarahkan.
15.2.3 Semua murid hendaklah mengikut arahan pengawas yang mengawal
laluan.
15.2.4 Semua murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sehingga
ibu/bapa/penjaga datang untuk mengambil pulang.
15.2.5 Murid dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan.
15.2.6 Murid yang perlu berjalan dengan teratur di atas bahu jalan dan tidak
secara beriringan.
16. PELAWAT
16.1 Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada waktu
rehat.
16.2 Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa dengan
murid tanpa memberi sebarang penjelasan.
16.3 Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan berjumpa
dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah mendapat
kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu.
16.4 Pelawat mestilah mematuhi arahan yang disediakan.
17. KETUA PENGAWAS DAN PENGAWAS
17.1 Perlantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan dibuat oleh Badan Disiplin
Sekolah dengan kerjasama guru-guru dan disahkan oleh Guru Besar.
17.2 Seorang pengawas biasanya akan memegang jawatannya berterusan tetapi Guru
Besar dan guru-guru boleh menyingkirkan seseorang itu dari Badan Pengawas
sekiranya perlu.
17.3 Guru Besar ada kuasa membuat pindaan dalam perlantikan pengawas itu.
SRAB KLUANG | https://dispsrabkluang.wordpress.com/blog/ 13
PANDUAN PENGAWAS DISIPLIN | DISIPLIN KUNCI KEJAYAAN 2020
17.4 Sifat-sifat Kelayakan:
17.4.1 Untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang murid hendaklah
mempunyai akhlak dan kelakuan yang elok di samping prestasi akademik
yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan sekolah.
17.4.2 Lain-lain kelayakan:
a) Bertanggungjawab dengan sepenuhnya
b) Berwibawa dan bekerjasama
c) Rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan
d) Jujur dan berakal
e) Menepati masa
17.5 Tugas-tugas pengawas:
17.5.1 Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa tatatertib sekolah untuk
mengekalkan suasana yang baik semasa perhimpunan semasa belajar,
semasa rehat dan setiap masa dan menentukan peraturan-peraturan
sekolah dipatuhi.
17.5.2 Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda sekolah supaya tidak
dirosakkan. Mereka mesti juga menolong pihak sekolah menjaga
kebersihan kelas dan sekolah.
17.5.3 Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka semasa
perhimpunan sekolah, masa bersurai sekolah dan upacara sekolah. Ketua
pengawas akan menyediakan giliran tugas Pengawas. Pengawas-
pengawas yang berulang kali kurang bertanggungjawab akan diberi
amaran.
17.5.4 Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap tegas
tetapi bersopan santun dengan murid-murid Mereka tidak boleh
berkelakuan kasar.Mereka hendaklah menjaga keharmonian murid.
Sekiranya ada murid melanggar peraturan, dia hendaklah diberi dua
amaran.Pada amaran ketiga, murid itu mesti dilaporkan kepada guru
Lembaga Disiplin.
18. PENGGUNAAN SURAU SEKOLAH.
18.1 Sejadah hendaklah disimpan setelah digunakan.
18.2 Murid perempuan dikehendaki untuk membawa telekung masing-masing atau
18.3 boleh menggunakan telekung milik sekolah
Murid hendaklah beratur sewaktu mengambil wudhu’ dan tidak berebut-rebut.
18.4 Al-Quran/Yaasin/Al-Mathurat yang digunakan mestilah disimpan di rak yang
disediakan
SRAB KLUANG | https://dispsrabkluang.wordpress.com/blog/ 14
PANDUAN PENGAWAS DISIPLIN | DISIPLIN KUNCI KEJAYAAN 2020
18.5 Murid tidak dibenarkan bermain, berlari-lari di dalam surau.
18.6 Murid hendak berada dalam keadaan senyap sewaktu berada di dalam surau.
19. WAKTU REHAT
Waktu rehat adalah mengikut kesesuaian jadual waktu sekolah dan peperiksaan.
20. LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN
20.1 Apabila loceng isyarat dibunyikan, murid-murid mesti berbaris di luar kelas dan
berjalan mengikut laluan yang di benarkan. (ikut pelan kebakaran).
20.2 Murid-murid mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan
tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama lain.
20.3 Di tempat berkumpul itu, guru-guru darjah hendaklah berada bersama barisan
murid-muridnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap murid
di dalam kelasnya berada di situ.
20.4 Guru darjah hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Guru Besar jika
ada sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari murid itu
dengan segera.
20.5 Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil
barang-barang seperti buku, baju dan lain-lain.
20.6 Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat
berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah
ditetapkan. Mereka dikehendaki melaporkan diri kepada guru darjah dan berada
bersama-sama rakan-rakan sekelasnya
21. BAYARAN TAMBAHAN
Bayaran tambahan adalah berdasarkan oleh pakej yang dipilih oleh sekolah seperti
penambahan buku kerja murid dan sebagainya.
22. KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM)
22.1 Murid-murid digalakkan untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan
22.2 oleh sekolah dan seumpamanya.
Murid-murid tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan-kegiatan luar
sekolah yang bukan dianjurkan oleh sekolah kecuali dengan kebenaran sekolah.
SRAB KLUANG | https://dispsrabkluang.wordpress.com/blog/ 15
PANDUAN PENGAWAS DISIPLIN | DISIPLIN KUNCI KEJAYAAN 2020
22.3 Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada Guru Besar
22.4 sekiranya seseorang murid ingin atau dikehendaki mengambil bahagian di dalam
kegiatan-kegiatan luar atau pertubuhan luar, persatuan, permainan dan lain-lain
yang dianjurkan sekolah atau jabatan pendidikan.
Murid-murid adalah DILARANG KERAS menubuhkan atau menyertai sebarang
pertubuhan haram, parti politik atau kongsi gelap.
23. KATEGORI KESALAHAN
23.1 Kesalahan Ringan
23.1.1 Menyimpan misai, janggut dan jambang.
23.1.2 Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan tertentu.
23.1.3 Bermain dalam bilik darjah, kaki lima atau kawasan yang dilarang.
23.1.4 Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari sekolah
tanpa kebenaran.
23.1.5 Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Guru Besar, atau Guru-guru Penolong
Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada ketika itu.
23.1.6 Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran tanpa kebenaran.
23.1.7 Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah tanpa
kebenaran.
23.1.8 Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran Guru Besar
atau wakilnya.
23.1.9 Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam.
23.1.10 Makan dan minum di dalam bilik darjah.
23.1.11 Melakukan pembaziran air atau elektrik.
23.1.12 Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau memakai pakaian sekolah
dengan kemas.
23.1.13 Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku,
tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain).
23.1.14 Lewat ke sekolah.
23.1.15 Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/kelas.
23.1.16 Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain.
23.1.17 Menunggang atau motor dalam kawasan sekolah.
23.1.18 Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah.
23.1.19 Tidak membuat tugasan yang diarahkan.
23.1.20 Mengganggu kawan.
23.1.21 Mengganggu guru.
SRAB KLUANG | https://dispsrabkluang.wordpress.com/blog/ 16
PANDUAN PENGAWAS DISIPLIN | DISIPLIN KUNCI KEJAYAAN 2020
23.1.22 Lewat masuk kelas.
23.1.23 Mengotorkan kelas.
23.1.24 Tidak duduk setempat.
23.1.25 Berada dalam kawasan larangan.
23.1.26 Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran tanpa kebenaran.
23.1.27 Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin.
23.1.28 Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu.
23.1.29 Membuang sampah merata-rata.
23.1.30 Meludah atau membuang barang-barang dari bangunan.
23.1.31 Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran.
23.1.32 Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa kebenaran
pihak sekolah.
23.1.33 Memakai cermin mata berfesyen.
23.1.34 Kesalahan lain yang ditentukan oleh Guru Besar.
23.1.35 Membawa permainan, komputer riba, tablet, telefon bimbit dan MP3 tanpa
kebenaran pihak sekolah.
23.2 Kesalahan Sederhana
23.2.1 Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali.
23.2.2 Menyalahgunaan / menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah
tanpa kebenaran.
23.2.3 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
23.2.4 Tiga amaran, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan.
23.2.5 Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
23.2.6 Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
23.2.7 Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau berwarna.
23.2.8 Menconteng pada harta benda sekolah.
23.2.9 Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai
subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga.
23.2.10 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa
Disiplin Sekolah.
23.3 Kesalahan Berat
23.3.1 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga
SRAB KLUANG | https://dispsrabkluang.wordpress.com/blog/ 17
PANDUAN PENGAWAS DISIPLIN | DISIPLIN KUNCI KEJAYAAN 2020
23.3.2 Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan
dadah.
23.3.3 Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang
benda yang memabukkan / menghayalkan.
23.3.4 Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
23.3.5 Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan.
23.3.6 Melayan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru /
pengawas / murid.
23.3.7 Biadap terhadap guru / pengawas / murid.
23.3.8 Memeras ugut guru / pengawas / murid.
23.3.9 Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.
23.3.10 Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
23.3.11 Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
23.3.12 Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
23.3.13 Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah
atau pita dan multimedia yang terlarang.
23.3.14 Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
23.3.15 Mencabul kehormatan guru / murid.
23.3.16 Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
23.3.17 Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.
23.3.18 Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
23.3.19 Mengintai murid lelaki / perempuan.
23.3.20 Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
23.3.21 Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid.
23.3.22 Membawa atau menggunakan bahan letupan.
23.3.23 Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.
23.3.24 Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.
23.3.25 Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia.
23.3.26 Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian.
23.3.27 Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan
dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia.
23.3.28 Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan tanpa
kebenaran pihak sekolah.
23.3.29 Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau
berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi persekolahan.
23.3.30 Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar atau guru yang menjalankan tugas.
SRAB KLUANG | https://dispsrabkluang.wordpress.com/blog/ 18
PANDUAN PENGAWAS DISIPLIN | DISIPLIN KUNCI KEJAYAAN 2020
23.3.31 Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru
Besar atau wakilnya.
23.3.32 Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
23.3.33 Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
23.3.34 Melakukan hubungan yang dicurigai.
23.3.35 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh
Jawatankuasa Disiplin Sekolah.
24. SALAH LAKU
24.1 Tingkah Laku Jenayah
24.1.1 Mendera dan mencederakan.
24.1.2 Bertindak ganas dan mencederakan.
24.1.3 Memeras ugut.
24.1.4 Bergaduh.
24.1.5 Mencuri.
24.1.6 Menipu atau memperdayakan.
24.1.7 Menimbulkan kegelisahan dikalangan murid.
24.1.8 Menyalahgunakan dadah.
24.1.9 Khalwat.
24.1.10Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang Negara.
24.1.11Menyertai kumpulan kongsi gelap.
24.2 Tingkahlaku Lucah
24.2.1 Mencarut.
24.2.2 Berdua-duaan.
24.2.3 Becumbu-cumbuan.
24.2.4 Melihat / membaca bahan lucah.
24.2.5 Melukis / menulis bahan lucah.
24.2.6 Menyimpan / meminjamkan bahan lucah.
24.2.7 Bersubahat dalam perbuatan sumbang.
24.2.8 Berpakaian tidak senonoh.
24.3 Tingkahlaku Anti-Sosial
24.3.1 Tidak mahu bergaul.
24.3.2 Merosakkan harta benda individu / sekolah.
24.3.3 Membuat bising.
SRAB KLUANG | https://dispsrabkluang.wordpress.com/blog/ 19
PANDUAN PENGAWAS DISIPLIN | DISIPLIN KUNCI KEJAYAAN 2020
24.3.4 Menjerit-jerit tidak tentu pasal.
24.3.5 Mengganggu orang lain.
24.3.6 Menulis dan menconteng bangunan.
24.3.7 Membuang sampah merata-rata.
24.3.8 Mendendam / hasat dengki / cemburu.
24.3.9 Memaki hamun.
24.3.10 Sombong, bongkak dan biadap.
24.4 Tingkahlaku Tidak Jujur
24.4.1 Meniru dalam ujian dan peperiksaan.
24.4.2 Meniru tandatangan orang lain.
24.4.3 Bercakap bohong.
24.4.4 Mengubah markah yang dicatat oleh guru.
24.4.5 Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah.
24.4.6 Menganiaya sesama rakan.
24.4.7 Tidak amanah.
24.4.8 Mengampu.
24.4.9 Memperdayakan ibu bapa dan orang lain.
24.4.10 Mengambil barang orang lain tanpa izin.
24.4.11 Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab.
254.4.12 Berdolak-dalik.
24.5 Tingkahlaku Tidak Sopan
24.5.1 Berbahasa kasar.
24.5.2 Tidak menghormati guru.
24.5.3 Menghisap rokok.
24.5.4 Berambut panjang.
24.5.5 Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar.
24.5.6 Lalai dan cuai terhadap pelajaran.
24.5.7 Mempermain / memperlekehkan guru.
24.5.8 Selalu lewat.
24.5.9 Suka bertengkar.
24.5.10 Pakaian tidak sesuai.
** Semua salah laku dan tindakan disiplin akan direkodkan dalam Sistem Sahsiah Diri Murid
(SSDM) Kementerian Pendidikan Malaysia.
SRAB KLUANG | https://dispsrabkluang.wordpress.com/blog/ 20
PANDUAN PENGAWAS DISIPLIN | DISIPLIN KUNCI KEJAYAAN 2020
25. PERATURAN KHAS
25.1 Ibu bapa / penjaga yang bercadang untuk menukar persekolahan murid-murid,
perlu memaklumkan pihak sekolah dan mengisi borang permohonan pertukaran
25.2 sebelum mengambil sebarang tindakan.
25.3 Ibu bapa / penjaga yang perlu menghantar / mengambil murid-murid ke / dari
sekolah dikehendaki berada di luar pagar sekolah pada setiap masa.
Murid-murid hendaklah menyerahkan sebarang dokumen rasmi sekolah seperti
surat, resit, kad ujian, dan seumpamanya kepada ibubapa / penjaga apabila
diarahkan berbuat demikian oleh pihak sekolah.
26. PERATURAN LAIN ATAU BARU
26.1 Selain wajib mematuhi peraturan-peraturan di dalam buku ini, murid-murid juga
wajib akur kepada peraturan lain yang digubal oleh pihak sekolah yang tidak
26.2 tercatat di dalam buku ini.
26.3 Pihak sekolah juga akan mengeluarkan peraturan-peraturan baharu berdasarkan
keperluan semasa dan setiap murid wajib mematuhinya.
Murid juga dikehendaki mematuhi arahan-arahan / peraturan-peraturan dari
semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Pihak Sekolah / Pejabat Pelajaran
Daerah atau Kementerian Pendidikan Malaysia.
SRAB KLUANG | https://dispsrabkluang.wordpress.com/blog/ 21
PANDUAN PENGAWAS DISIPLIN | DISIPLIN KUNCI KEJAYAAN 2020
BORANG PENGAKUAN
Guru Besar
Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kluang,
Jalan Intan 4, Taman Intan,
86000, Kluang,
Johor Darul Tak’zim.
Melalui Guru Kelas,
BUKU PERATURAN DISIPLIN SRAB KLUANG, JOHOR
1. Saya telah memiliki sebuah buku tersebut untuk menjadi rujukan dan panduan saya
sendiri.
2. Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji akan mematuhi sepenuhnya segala
yang disuruh dan menjauhi sepenuhnya segala yang dilarang.
3. Saya sedar, bahawa saya akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak sekolah jika
saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela menerima hukuman yang setimpal dan
tidak akan membuat rayuan.
Pengakuan: Saya ________________________________________ Kelas ________ seperti
nama yang tertulis di atas telah membaca keseluruhan isi Buku Peraturan Disiplin SRAB Kluang
dan memahaminya.
Tanda tangan murid :
Nama :
Tanda tangan Guru Kelas :
Nama :
SRAB KLUANG | https://dispsrabkluang.wordpress.com/blog/ 22
PANDUAN PENGAWAS DISIPLIN | DISIPLIN KUNCI KEJAYAAN 2020
RUJUKAN:
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. (2017). Modul Pembangunan Sahsiah Diri Murid.
Kuala Lumpur.
Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, Kementerian Pendidikan
Malaysia. (2007). Salah Laku Disiplin Murid; Hukuman dan Kesan. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1988). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk
Guru Besar Dan Guru. Ampang/Hulu Kelang: Percetakan Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Buku Panduan Pengawas Sekolah. Kuala
Lumpur.
Lembaga Pengawas SMJK (P) China Pulau Pinang. (2015, February 16). Perlembagaan
Lembaga Pengawas. Retrieved from Board of Prefects SMJK (P) China Pulau
Pinang: http://pengawas-sekolah-ppc.blogs.smjk.edu.my/perlembagaan-
lembaga-pengawas/
Salamat, H. (2015, April 1). Panduan Disiplin Sekolah. Retrieved from Unit Disiplin SMK
Bukit Garam, Kinabatangan, Sabah:
https://disiplinsmkbg.wordpress.com/category/panduan-disiplin-
sekolah/undang-undang-dan-peraturan-sekolah/
Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kluang. (2001). Buku Peraturan Sekolah. Kluang.
SRAB KLUANG | https://dispsrabkluang.wordpress.com/blog/ 23