The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syasensei90, 2023-04-07 10:09:02

INFO NILAM 2023

1. SLIDE NILAM_2023

PANDUAN MEMINDAHKAN DATA KE TEMPLAT 11:


PANDUAN ANALISIS TEMPLAT KELAS 1:


PANDUAN ANALISIS TEMPLAT KELAS 2:


PANDUAN ANALISIS TEMPLAT KELAS 3:


PANDUAN ANALISIS TEMPLAT KELAS 4:


PANDUAN ANALISIS TEMPLAT KELAS 5:


PANDUAN ANALISIS TEMPLAT SEKOLAH 1:


PANDUAN ANALISIS TEMPLAT SEKOLAH 2:


PANDUAN ANALISIS TEMPLAT SEKOLAH 3:


PANDUAN ANALISIS TEMPLAT SEKOLAH 4:


PANDUAN ANALISIS TEMPLAT SEKOLAH 5:


PANDUAN ANALISIS TEMPLAT SEKOLAH 6:


PANDUAN ANALISIS TEMPLAT SEKOLAH 7:


TATACARA PENGISIAN BUKU REKOD BACAAN NILAM #NSMEMBACA


FORMAT PEREKODAN SEPERTI DALAM SURAT EDARAN KPM.600-8/20/4 (18) BERTARIKH 5 OGOS 2019 1 • Format baharu perekodan yang telah diperkenalkan akan digunakan sepenuhnya di sekolah mulai tahun 2020 2 • Pihak sekolah bebas memilih untuk menggunakan format perekodan seperti yang telah dicadangkan atau lain-lain cara seperti helaian borang, hamparan elektronik (contoh Ms Excel/Google Sheets) dan sebagainya 3 • Pihak sekolah bebas untuk menerapkan kemahiran mencatat isi penting sewaktu membaca disesuaikan dengan umur murid, tahap dan keupayaan murid mengikut persekitaran sekolah #NSMEMBACA


4 • Perekodan bacaan bagi murid Tahap 1 boleh diserapkan dalam Pentaksiaran Bilik Darjah (PBD) 5 • Pencapaian jumlah bacaan murid dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PJASK) adalah berdasarkan bintang yang diperolehi FORMAT PEREKODAN SEPERTI DALAM SURAT EDARAN KPM.600-8/20/4 (18) BERTARIKH 5 OGOS 2019 #NSMEMBACA


MAKLUMAT YANG PERLU DIREKOD OLEH MURID 1 • Semua jenis bahan bacaan • Jenis buku yang dibaca (fiksyen/bukan fiksyen) 2 • Bahasa (B.Melayu/B.lnggeris/ lain-lain bahasa atau dwibahasa • Bilangan muka surat setiap buku yang dibaca • Aktiviti selepas bacaan (Tahap 2 hingga Tingkatan 5) 3 • Tahap satu hanya merekod bahan bacaan (Tahun 1 hingga 3) • Boleh menggunakan borang sedia ada dan direkod dalam PBD murid #NSMEMBACA


MAKLUMAT YANG PERLU DIREKOD OLEH GURU KELAS 1 • Jumlah bahan yang dibaca oleh murid di dalam kelas • Jumlah buku fiksyen dan bukan fiksyen yang dibaca oleh murid di dalam kelas 2 • Jumlah bagi setiap bahasa (B.Melayu/B.Inggeris/ lainlain bahasa atau dwibahasa) yang dibaca di dalam kelas 3 • Jumlah muka surat yang telah dibaca di dalam kelas • Jumlah aktiviti yang dilakukan oleh murid di dalam kelas (Tahap 2 hingga Tingkatan 5) #NSMEMBACA


MAKLUMAT YANG PERLU DIREKOD OLEH GURU NILAM 1 • Jumlah bahan yang dibaca oleh murid setiap darjah/tingkatan • Jumlah buku fiksyen dan bukan fiksyen yang dibaca oleh murid setiap darjah/tingkatan 2 • Jumlah bagi setiap bahasa (B.Melayu/B. Inggeris/ lain lain bahasa atau dwibahasa) yang dibaca setiap darjah/tingkatan 3 • Jumlah muka surat yang telah dibaca setiap darjah/tingkatan • Jumlah aktiviti yang dilakukan setiap darjah/tingkatan #NSMEMBACA


Keterangan Contoh KARYA AGUNG Karya Agung adalah karya klasik asli yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup. Karya yang mampu meninggalkan pengaruh yang besar dan kekal sepanjang zaman. Kesan seni ilmu falsafah, budaya dan sosial yang kekal dalam ingatan pembaca. 1. Hikayat Merong Mahawangsa 2. Hikayat Abdullah 3. Hikayat Hang Tuah 4. Hikayat Raja-raja Pasai 5. Cleopatra – William Shakespeare 6. Romeo And Juliet – Wiiliam Shakespeare 7. Pelayan Abdullah 8. Oedipus – Socrates 9. Hikayat Malim Deman 10. Oliver Twist KARYA BESAR Karya daripada penulis tersohor. 1. William Shakespeare 2. Socrates 3. Mark Twain - 4. Charles Dicken 5. Hamka 6. Usman Awang – Uda dan Dara 7. A Samad Said 8. Tun Sri Lanang #NSMEMBACA MAKLUMAT TAMBAHAN


Keterangan Contoh KOLEKSI BAHAN BACAAN Koleksi bahan bacaan adalah semua bahan sumber maklumat bercetak yang diselenggara dan disimpan di Pusat Sumber Sekolah untuk digunakan oleh murid dan guru. Koleksi bahan bacaan boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori, di antaranya adalah : 1. Buku Fiksyen 2. Buku Bukan Fiksyen ( Pinjaman ) 3. Buku Bukan Fiksyen ( Rujukan ) 4. Bahan Terbitan Berkala. 5. Bahan khusus. BUKU FIKSYEN Buku fiksyen merupakan karya sastera yang diterbitkan daripada rekaan atau khayalan seseorang pengarang. Buku fiksyen dapat diklasifikasikan mengikut bahasa, antaranya : 1. Buku Fiksyen Melayu 2. Buku Fiksyen Inggeris 3. Buku Fiksyen Cina 4. Buku Fiksyen Tamil 5. Buku Fiksyen Arab Kebiasaannya cerita-cerita yang terdapat dalam buku-buku fiksyen adalah : 1. Cerita Sains 2. Cerita Nasihat 3. Cerita Dongeng 4. Cerita Khayalan 5. Cerita Binatang 6. Cerita Rakyat #NSMEMBACA MAKLUMAT TAMBAHAN


Keterangan Contoh BUKU BUKAN FIKSYEN Buku bukan fiksyen terdiri daripada buku bukan fiksyen untuk pinjaman dan buku bukan fiksyen untuk rujukan. Buku bukan fiksyen pinjaman merupakan buku-buku bukan fiksyen yang diberi pinjaman kepada pengguna. Buku bukan fiksyen rujukan adalah buku-buku yang digunakan untuk rujukan sahaja dan tidak dibenarkan dipinjam oleh pengguna. Semua buku bukan fiksyen dikelaskan dibawah sepuluh bidang utama iaitu : 000 - Karya am 100 -Falsafah 200 - Agama 300 - Sains Kemasyarakatan 400 - Bahasa 500 - Sains Tulen 600 - Teknologi 700 - Kesenian 800 - Kesusasteraan 900 - Sejarah & Geografi BUKU RUJUKAN Buku-buku rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara, antaranya maklumat tentang makna perkataan, sesuatu kejadian, peristiwa, berita, fakta, butiran tentang tempat, data dan sebagainya. Buku rujukan terdiri daripada : 1. Buku Rujukan Umum 2. Buku Rujukan Am 3. Buku Rujukan Khusus 4. Bahan Khusus #NSMEMBACA MAKLUMAT TAMBAHAN


Keterangan Contoh BUKU RUJUKAN UMUM Buku rujukan umum merupakan buku-buku bacaan tambahan serta memenuhi keperluan-keperluan pengajaran dan pembelajaran murid-murid, berkaitan dengan mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di sekolah dan memenuhi kehendak kurikulum. Buku rujukan umum terdiri daripada buku-buku ilmiah. BUKU RUJUKAN AM Buku-buku rujukan am memberi maklumat umum dan berguna untuk semua orang. Ia berguna untuk rujukan cepat tetapi tidak begitu mendalam. Diantara buku rujukan am adalah : 1. Almanak 2. Atlas 3. Direktori 4. Ensiklopedia umum 5. Gazetir 6. Kamus umum #NSMEMBACA MAKLUMAT TAMBAHAN


Keterangan Contoh BUKU RUJUKAN KHUSUS Buku-buku rujukan khusus memberi maklumat semasa secara terperinci,mendalam dan khusus untuk penggunapengguna tertentu sahaja. Ia mengandungi maklumat terperinci mengenai satu cabang ilmu sahaja. Diantara buku rujukan khusus adalah : 1. Abstrak 2. Bibliografi khas 3. Biografi Individu 4. Ensiklopedia Khusus 5. Buku Glosari 6. Buku Indeks 7. Buku Istilah 8. Kamus khusus BAHAN KHUSUS Bahan khusus merupakan bahan yang diterbitkan berdasarkan sesuatu perkara atau bidang khusus. Di antara bahan khusus adalah : 1. Kertas Seminar 2. Pekeliling 3. Tesis 4. Maklumat perangkaan #NSMEMBACA MAKLUMAT TAMBAHAN


Keterangan Contoh KOLEKSI BUKU MALAYSIANA Koleksi buku Malaysiana terdiri daripada buku-buku yang diterbitkan di Malaysia, ditulis oleh warga Malaysia, mengenai Malaysia sama ada diterbitkan di dalam atau di luar Malaysia. KOLEKSI BUKU NADIR Koleksi buku nadir terdiri daripada buku-buku lama yang diterbitkan sebelum 1900 atau terbitan yang jarang atau sukar didapati. BAHAN TERBITAN BERKALA Bahan Terbitan Berkala merupakan bahan yang diterbitkan secara berkala atau bersiri. Bahan-bahan ini mungkin diterbitkan seminggu sekali, sebulan sekali,setahun sekali atau mengikut jangka masa tertentu. Di antara bahan terbitan berkala adalah: 1. Buletin 2. Jurnal 3. Laporan Tahunan 4. Majalah 5. Risalah 6. Surat khabar #NSMEMBACA MAKLUMAT TAMBAHAN


Keterangan Contoh ABSTRAK Abstrak adalah satu penerbitan yang merupakan sesuatu perwakilan yang lepas dan ringkasan tentang isi kandungan sesuatu dokumen serta mengikut gaya penulisan yang sama dengan dokumen yang asal. Abstrak digunakan adalah untuk membantu pembaca : 1. Menilai isi kandungan sesuatu dokumen dan potensi kesesuaiannya. 2. Membuat nota dan catatan yang berkesan 3. Tentang bahan semasa. 4. Dalam penyampaian laporan. 5. Dalam pemilihan dokumen yang sesuai dan mengumpulan maklumat yang dikehendaki ALMANAK Almanak merupakan koleksi pelbagai fakta dan maklumat perangkaan. Ia juga merupakan kalender tahunan yang mengandungi senarai haribulan dengan maklumat lain seperti terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan dan ramalan cuaca. Almanak digunakan untuk mendapatkan maklumat perangkaan atau fakta mengenai bidang-bidang tertentu dengan cepat dan mendalam. #NSMEMBACA MAKLUMAT TAMBAHAN


Keterangan Contoh BIBLIOGRAFI Bibliografi merupakan satu senarai nama buku atau daftar penerbitan bercetak yang disusun mengikut nama pengarang, judul atau subjek dan disusun dalam susunan berabjad. Ia terdapat di bahagian akhiran sesebuah bahan penerbitan bercetak. Bibliografi mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat dan tahun diterbitkan. Bibliografi dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu : 1. Bibliografi di bahagian akhiran buku. 2. Bibliografi jilid khas atau buku. Tujuan menggunakan Bibliografi adalah untuk : 1. Memudahkan pembaca mencari buku rujukan lain yang berkaitan denganisi kandungan buku yang telah dibaca. 2. Menggalakkan pembaca membuat rujukan tambahan 3. Untuk memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan tanpa mengetahui dengan lengkap setiap butiran tentang sesuatu bahan. #NSMEMBACA MAKLUMAT TAMBAHAN


Keterangan Contoh ENSIKLOPEDIA Ensiklopedia merupakan bahan rujukan yang memuatkan maklumat luas tentang semua cabang ilmu pengetahuan yang pada umumnya disusun mengikut abjad. Ensiklopedia terbahagi kepada dua jenis iaitu : 1. Ensiklopedia umum - Ia terdiri daripada beberapa jilid yang mengandungi maklumat am tentang perkara atau bidang tertentu. Tujuan menggunakan ensiklopedia umum adalah : Untuk mendapatkan gambaran umum tentang sesuatu perkara atau topik dengan merujuk ensiklopedia umum. Ensiklopedia memuatkan semua tajuk tentang peristiwa atau fakta dan mampu menjawab persoalan tentang apa, bila, siapa, di mana, mengapa dan bagaimana kecuali hal-hal yang bersifat mutakhir. Penghuraiannya jelas dan kadang-kadang ia dilengkapi gambar-gambar dan ilustrasi bergambar untuk menjelaskan lagi maksud yang hendak disampaikan. 2. Ensiklopedia Khusus - Ia terdiri daripada satu jilid atau beberapa jilid dan mengandungi keterangan yang lebih khusus dan mendalam bagi satu-satu perkara atau bidang yang berkenaan. Tujuan menggunakan ensiklopedia khusus adalah : Untuk mendapatkan maklumat mendalam tentang sesuatu perkara atau topik dengan merujuk ensiklopedia khusus. #NSMEMBACA MAKLUMAT TAMBAHAN


Keterangan Contoh BIOGRAFI Biografi adalah buku yang mengandungi koleksi maklumat mengenai riwayat hidup individu. Tujuan menggunakan buku biografi adalah :· Untuk mendapatkan maklumat tentang seseorang tokoh dengan lebih mendalam sama ada yang masih hidup atau meninggal dunia. 1. Rahimidin, Penyair Sebagai Teman 2. Abu Hasan Ali Al- Badwi : Sejarah Hidup dan Pemikirannya 3. A Doctor in The House : The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad 4. Royal Professor Ungku A. Aziz : The Renaissance Man GAZETIR Buku gazetir memberi maklumat geografi dan data mengenai tempat-tempat atau lokasi. Ia tidak memberi definisi istilah-istilah geografi. Selain daripada maklumat geografi ia juga menyediakan maklumat berkenaan sejarah,perangkaan, kebudayaan dan fakta-fakta yang lain mengenai tempat-tempat.Gazetir disusun mengikut abjad. Tujuan menggunakan gazetirGazetir digunakan untuk mencari maklumat geografi, sejarah dan ekonomisesuatu tempat. 1. Cambridge World Gazetteer – Ageographical Dictionary 2. Gazetteer of Scotland 3. Chambers World Gazetteer #NSMEMBACA MAKLUMAT TAMBAHAN


Keterangan Contoh GLOSARI Glosari merupakan satu senarai keterangan tentang istilah atau perkataantertentu mengikut tajuk atau bidang berserta takrifnya yang disusun menurut abjad, khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan. Terdapat dua jenis glosari iaitu: 1. Glosari yang terdapat pada halaman glosari di bahagian akhiran buku bagibuku bukan fiksyen. 2. Buku Glosari, sebuah buku khas yang menerangkan maksud perkataanperkataan tertentu dalam bidang-bidang tertentu. Tujuan menggunakan glosari 1. Glosari memudahkan seseorang pembaca memahami maksud sesuatu perkataan atau istilah yang kurang jelas. 2. Ia juga mempercepatkan pencarian maklumat yang tepat supaya pembaca dapat memahami isi kandungan sesuatu buku tanpa merujuk kepada kamus. Glosari khusus untuk Teknologi Maklumat. #NSMEMBACA MAKLUMAT TAMBAHAN


Keterangan Contoh INDEKS Satu senarai petunjuk yang disusun secara berabjad mengenai sesuatumaklumat seperti perkataan atau topik. Tujuan Indeks 1. Memudahkan pembaca mengesan maklumat tertentu di dalam sesebuah buku yang dibaca. 2. Memudahkan pembaca merujuk di mana maklumat tertentu didapati. Jenis-jenis Indeks 1. Indeks tajuk 2. Indeks pengarang 3. Indeks di bahagian akhir buku. 4. Indeks Jilid Khas. ISTILAH Perkataan yang mempunyai makna yang khas dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Tujuan menggunakan istilah : 1. Untuk mendapatkan ejaan yang betul. 2. Untuk membuat terjemahan. 3. Untuk ketepatan penggunaan perkataan. #NSMEMBACA MAKLUMAT TAMBAHAN


SIJIL 1 - 4 BINTANG – diberi pautan untuk muat turun SIJIL 5 BINTANG – diberi sijil fizikal kepada murid yang layak CONTOH SIJIL NILAM 1 – 4 BINTANG


TAMAT


Click to View FlipBook Version