9 Tip belajar
Matematik Dengan
Berkesan.
Ramai orang kata matematik itu susah!!!!!
tak pandai buatlah….itulah ayat-ayat yang
selalu kita dengar dari mulut- mulut orang
khususnya pelajar. Ha…..sebenarnya
matematik bukannya susah …tetapi kita
sebagai pelajar kena buang “mind set”
seperti itu.Kalau kita belajar dengan teknik
yang betul insya allah kita akan beroleh
kejayaan . Mari kita tengok teknik belajar
matematik dengan betul.
Sebenarnya kalau kita tidak tuisyen pun kita boleh
mendapat kejayaan seperti orang lain.macam mana ya??
resepinya ….fokus semasa pdp berlangsung. Semasa cikgu
mengajar di dalam kelas amat penting sangat kita memberi
sepenuh perhatian, boleh dikatakan jangan tertinggal satu
pun apa yang cikgu mengajar. Jika ada yang tidak faham,
terus bertanya kepada guru. Jangan perkara yang tidak
difahami itu, disimpan dan akhirnya sampai bila-bila kita
tidak mendapat jawapannya dan tidak faham . Elakkkan diri
daripada gangguan rakan-rakan yang mendorong untuk
bercakap semasa guru mengajar.
2.Fahamkan konsep
Matematik
Pastikan kita faham konsep dahulu sebelum
memulakan pengiraan. Ini amat penting sekali
dalam matematik. Kita perlu mendengar dan
memahami apa yang diterangkan oleh guru semasa
pdp di dalam kelas. Ramai pelajar belajar matematik
susah sebab ramai yang tidak faham dulu konsep
asas matematik. Seterusnya kita cuba menerangkan
konsep matematik mengikut kefahaman sendiri
supaya lebih faham dan ingat.
Apa jua kita perkara kita pelajari , mestilah
bermula dengan pengiraan yang mudah dahulu
untuk mengukuhkan asas sesuatu tajuk.
Kemudian bila sudah mahir yang mudah boleh
tingkatkan ke tahap sederhana dan seterusnya
yang tahap susah .Jika terus mula dengan tahap
yang sukar, memang kita akan stress dan akhirnya
tidak yakin pada diri. Sama juga macam main
video game , mesti bermula dengan level 1,level 2
dan seterusnya sehinggala akhirnya menang.
Selepas balik sekolah, Baca nota atau lihat
contoh-contoh pengiraan yang diberikan oleh
guru semasa di dalam kelas, untuk mengingat
kembali apa yang telah dipelajari semasa pdp.
Ini adalah penting supaya ingatan kita masih
segar dengan ilmu yang cikgu ajarkan. Latihan
cikgu berikan jangan sesekali tidak dibuat,
latihan yang diberikan sebagai kerja rumah
adalah untuk memantapkan lagi penguasaan
pemahaman di dalam kelas .
Belajar matematik mestilah setiap hari iaitu
dengan membuat latihan sekurang-kurangnya
1 jam setiap hari menyelesaikan soalan
matematik. Buat jadual belajar yang tersusun
setiap hari termasuk subjek lain.Setelah siap,
semak jawapan sendiri pada skema jawapan,
betul atau tidak jawapan . Jika salah, pelajar
boleh rujuk dan berbincang dengan rakan-
rakan tetapi jika tidak dapat juga
penyelesaiannya, pelajar boleh bawa ke
sekolah untuk berbincang dengan guru.
❖ setelah habis sesuatu tajuk yang telah dipelajari, pelajar
mestilah membuat latihan topikal untuk menguji
penguasaan kefahaman kita terhadap sesuatu tajuk
tersebut.ha……dari sinila kita dapat menilai kelemahan diri
kita sendiri terhadap tajuk tersebut. Jika terdapat
kekurangan markah dari sesuatu tajuk itu maka cepat-cepat
kita kenal pasti subtopiknya pula. lepas itu, apa perlu kita
buat ye??????
❖ Kita perbanyakkan latihan tentang tajuk tersebut dan
mencuba membuat pelbagai soalan dari topik tersebut. dari
sini juga kita dapat memperbaiki penguasaan kita tentang
topik yang dikenal pasti lemah.
❖ Jika terdapat masalah dalam penyelesaian masalah
terutama melibatkan soalan KBAT bolehlah merujuk kepada
guru untuk berbincang mengenainya.
Matematik tidak lari dengan formula atau
rumusnya. Maka pelajar perlu memahami
bagaimana terbentuknya rumus tersebut dan
memahami penggunaanya rumus tersebut.
satu lagi……kena hafal rumus untuk
memudahkan pengiraan kita.
Jangan lupa …..kumpulan belajar juga
penyumbang kejayaan pelajar untuk belajar ,
berbincang tentang hal-hal pelajaran. Bukan
kumpulan untuk menyembang atau bergosip
tau…….kumpulan yang dibina terdiri daripada
kawan-kawan yang dipilih yang mempunyai azam
dan objektif yang sama iaitu sama-sama untuk
meraih kejayaan dengan cemerlang. ini baru
best……persaingan yang sihat dan menggalakkan
kawan bersama-sama berjaya. ..bukan setakat
belajar sama matematik je tau……semua subjek
pun boleh….
Apabila sudah mahir setiap bab, biasakan diri pelajar menjawab
soalan-soalan format peperiksaan tahun-tahun lepas dan
mengikut masa yang telah ditetapkan. Pelajar akan jumpa
pelbagai soalan yang pernah dikeluarkan untuk kertas
peperiksaan tahun-tahun yang lepas ini di samping memahirkan
diri.
Selain daripada mencuba menjawab soalan-soalan tahun-tahun
lepas, boleh juga menjawab soalan daripada set-set buku keluaran
syarikat-syarikat lain seperti, sasbadi, pelangi, nilam, alaf sanjung
dan lain-lain. Cara begini akan membantu pelajar mahir
menjawab pelbagai soalan seterusnya memantapkan lagi
penguasaan keseluruhan bab yang dipelajari dan meningkatkan
teknik tahap teknik menjawab pelajar.
Buatlah teknik ini secara berterusan , terutama 4 bulan sebelum
menghadapi peperiksaan. Jika terdapat soalan yang kurang
markah atau tidak dapat menyelesaikannya, bolehlah bertanya
kepada guru keesokannya.
Selamat mencuba
Tip Cikgu Ruha