The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aisyahy421, 2021-06-01 10:25:57

PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG

PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG

MPU23021 : PENGAJIAN ISLAM

JABATAN : JABATAN PERDAGANGAN
E-FOLIO

GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK:

PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG
DALAM KALANGAN PELAJAR IPT DI MALAYSIA

AHLI KUMPULAN :

1. NUR AISYAH YASMIN BT HAZLI SHAM (04DAT20F1070)
2. NURAFZA IRDINA BINTI MOHD RUSDI (04DAT20F1026)
3. NUR NABILAH HUSNINA BINTI NOR MAZLIM (04DAT20F1090)

KELAS : DAT2A

KOS PENGAJIAN : DIPLOMA AKAUNTASI

SESI : DISEMBER 2020

MPU23021 : PENGAJIAN ISLAM

NAMA PENSYARAH : PUAN RASIDAH BINTI MOHD NOR

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1. PENGHARGAAN 3

2. OBJEKTIF KAJIAN 4-5

3. PENGENALAN 6-7

4. FAKTOR PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN

PELAJAR IPT

➢ Faktor Keluarga 8-9

➢ Faktor Rakan Sebaya 9-10

➢ Faktor Jati Diri (Self Esteem) yang lemah 10-11

5. KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DI KALANGAN

PELAJAR IPT DARI SUDUT PSIKOLOGI

➢ Kesan kepada Emosi pelajar IPT 11-12
➢ Kesan kepada Fizikal pelajar IPT 13-14
➢ Kesan kepada Sosial pelajar IPT 14-15

6. CARA-CARA MENGATASI PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DI

KALANGAN PELAJAR IPT 15-16
17-18
➢ Peranan Ibu bapa 18-19
➢ Peranan Rakan Sebaya 19-20
➢ Tanggungjawab Diri Sendiri
➢ Peranan IPT dan Kerajaan

7. KESIMPULAN 21

8. RUJUKAN 22

9. LAMPIRAN 23

2

PENGHARGAAN

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya,
kami dapat menyempurnakan tugasan kerja kursus bagi subjek Pengajian Islam. Sekalung
penghargaan didedikasikan buat Puan Rasidah binti Mohd Nor selaku Pensyarah Pengajian
Islam kerana mencurahkan ilmu dan bimbingan kepada kami dalam menyelesaikan tugasan
ini.

Jutaan terima kasih jua buat kedua ibu bapa kami yang memberi semangat dan
dorongan dalam penghasilan kerja kursus ini. Semoga kejayaan ini dapat mengembirakan ibu
dan bapa dalam usaha menjadi orang yang berilmu. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
sekumpulan iaitu Nurafza Irdina dan Nabilah Husnina yang memberi idea dan pandangan
dalam menyiapkan tugasan. Banyak maklumat dan kesedaran yang kami perolehi tentang
pentingnya perpaduan dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Semangat kerjasama dan
saling membantu daripada rakan-rakan ternyata membuahkan hasil dengan kejayaan kami
dapat menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, semoga hasil tugasan ini memenuhi kehendak soalan dan menyumbang
kepada percambahan ilmu khasnya dalam bidang Pengajian Islam.

3

NAMA : NUR AISYAH YASMIN BINTI HAZLI SHAM
NO.PENDAFTARAN : 04DAT20F1070
ALAMAT RUMAH : PT 634 A, KAMPUNG PADANG CHINA JALAN BACHOK
16300, BACHOK KELANTAN DARUL NAIM
NO.TELEFON : 013-7911192

NAMA : NUR ANIS SOLEHAH BINTI ABU BAKAR SOBRI
NNAOM.PAE:NNDUARFATAFZRAANIRD: 0IN4ADABITN2T0IFM10O7H8D RUSDI
NAOLA. MPEANTDRAUFTMAARHAN: N: 0048D5ALTO2R0OF1N0G20K6IARA 4 TAMAN KIARA BATU 6 LEKIR
A3L2A0M20ASRITRIUAMWAHN:PLEORTA2K19, KAMPUNG PASIR JELATANG, KUBANG KERIAN,
1N6O1.5T0E,LKEOFOTANB: H0A11R-U3,9K5E4L1A5N6T3AN
NO.TELEFON : 01129206453

NAMA: NURUL NABILAH HUSNINA BINTI NOR MAZLIM
NO. PENDAFTARAN : 04DAT20F1090
ALAMAR RUMAH: LOT PT 1864 PERUMAHAN KP PERDANA KAMPUNG
KUBANG PARIT 20050 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
NO.TELEFON : 01136048247

4

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti faktor keluarga dalam mempengaruhi penyalahgunaan bahan terlarang

di kalangan pelajar IPT di Malaysia.
2. Mengenalpasti faktor rakan sebaya yang mempengaruhi penyalahgunaan bahan

terlarang di kalangan pelajar IPT di Malaysia.
3. Mengenalpasti faktor jati diri yang lemah menyebabkan penyalahgunaan bahan

terlarang di kalangan pelajar IPT di Malaysia.
4. Mengenalpasti kesan-kesan penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar IPT di

Malaysia.
5. Mengenalpasti cara-cara mengatasi penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar IPT di

Malaysia.

5

PENGENALAN

Penyalahgunaan bahan merujuk kepada aktiviti salahguna atau penggunaan sesuatu bahan
terlarang seperti dadah atau bahan narkotik, alkohol dan pelbagai jenis bahan dalam jumlah
atau dengan kaedah-kaedah yang boleh membahayakan diri individu atau orang lain (Hollen
2009).

Dalam konteks ketagihan dadah, bahagian Diagnostik dan Manual Statistic Penyakit
Mental (DSM), Persatuan Ahli Psikiatri Amerika Syarikat dan WHO tidak lagi menggunakan
istilah penyalahgunaan dadah sebaliknya mereka menggunakan istilah penyalahgunaan bahan
yang lebih luas skop dan kemudaratannya kepada pengguna. Penyalahgunaan bahan amat
sinonim dengan pelajar khususnya dalam kalangan pelajar IPT yang berisiko.

Pelajar mengambil bahan terlarang iaitu seawal usia kanak-kanak. Jika seseorang
mengambil dadah pada peringkat umur yang sangat muda risiko untuk terlibat dalam
penyalahgunaannya dan ketagihan adalah tinggi. Menurut Valenzuela dan Ferna’ndez (2011),
perkembangan semasa menunjukkan bahan-bahan yang tidak dianggap sebagai dadah terlarang
di bawah peruntukan undang-undang kini telah berubah menjadi bahan yang boleh
disalahguna. Malah penyalahgunaan bahan seperti ganja boleh membuka jalan kepada masalah
penagihan yang lebih parah seperti kokain atau heroin. Gejala penyalahgunaan bahan kini
bukan hanya melibatkan dadah, tetapi juga melibatkan penyalahgunaan alkohol dan juga
bahan-bahan yang dilarang atau beracun sebagai cara untuk mengkhayalkan dan mencari
kesoronokan diri.

Isu yang lebih serius dan perlu diberi perhatian ialah penyalahgunaan bahan terlarang
dalam kalangan pelajar IPT yang kini melanda segenap lapisan masyarakat di dunia. Pelajar
IPT seharusnya menjadi aset negara untuk membangunkan bangsa, namun terpalit dengan isu
yang boleh memusnahkan masa depan negara. Penyalahgunaan bahan terlarang bukan
tertumpu pada dadah sahaja tetapi ia melibatkan penyalahgunaan rokok dan minuman
beralkohol.

Di Malaysia, penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar IPT bukanlah
satu isu baru. Ia menjadi satu ancaman kepada individu, keluarga dan negara. Pelajar IPT
merupakan harapan bangsa dalam memajukan negara. Jika rosak aset ini, maka negara akan
hilang tunjang utama. Kajian Yayasan Perlindungan Jenayah Malaysia (2010) mendapati,
kebanyakan penagih dadah di negara ini mula mengenali dadah dalam lingkungan usia 13-15
tahun dan 71 peratus daripada penagih baru terdiri daripada golongan muda antara 19-39 tahun

6

iaitu tahap umur belia yang berada di IPT. Seramai 7 pelajar IPT ditahan pihak polis di Perak
kerana terlibat penyalahgunaan dadah( Sinar Online 15 April 2019). Manakala menurut Kosmo
nline : 7 Oktober 2020, polis telah menahan seramai 340 penuntut IPTA dan IPTS yang terlibat
dengan penyalahgunaan dadah. Selain itu, Utusan Online ; 26 Februari 2019 pula melaporkan
empat pelajar IPT berdepan dengan hukuman mati kerana mengedar ganja. Jadual 1
menunjukkan penglibatan pelajar IPT peringkat diploma yang merupakan penyumbang utama
kepada penagihan dadah peringkat IPT sepanjang 2002- Julai 2008.

Jadual 1: Jumlah penuntut IPT yang dikenalpasti terlibat dengan penyalahgunaan
bahan terlarang mengikut kelulusan, 2002-2008

Sumber ; IPPBM, 200 dan, AADK 200
Permasalahan besar ini memerlukan langkah penyelesaian yang efisyen daripada semua
pihak terliba bagi menyelamatkan aset negara dari hancur. Kupasan dalam penulisan ini cuba
membincangkan isu penyalahgunaan dadah dikalangan remaja dari sudut psikologi. Perkara-
perkara yang dibincangkan termasuklah menghuraikan siapa remaja dari sudut psikologi,
mengetahui corak tingkahlaku mereka, faktor yang mendorong mereka terjebak dengan
penyalahgunaan , meramal kesan dan akibat daripada penyalahgunaan dadah kepada remaja,
dan akhir sekali mencadangkan cara untuk mengatasi penyalahgunaan dadah dikalangan
remaja.

7

1.0 FAKTOR PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM
KALANGAN PELAJAR IPT DI MALAYSIA

1. 1 FAKTOR KELUARGA

Ibu bapa mempengaruhi kejayaan siswa di dalam pelajaran. Ini kerana ibu bapa yang sentiasa
memberi galakan dan perangsang sehingga mereka timbul minat, semangat ketekunan dan
keyakinan diri dalam menghadapi pelajaran (Jamal Darus, 1989). Ibu bapa juga yang
menentukan pola-pola tingkah laku siswa. Faktor-faktor seperti dorongan dan galakkan,
disiplin di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak serta keluarga yang utuh memberi
kesan ke atas pembentukkan personaliti, motivasi dan pencapaian akademik siswa yang masih
bergelar pelajar IPT. Ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan dan bantuan dikaitkan dengan
kejayaan yang tinggi. Disiplin yang berterusan dan hubungan baik antara ibu bapa dengan
siswa meningkatkan motivasi kejayaan di dalam pelajaran.

Pelajar IPT daripada keluarga yang berpecah belah atau yang ketiadaan ibu bapa atau
kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat menumpahkan kasih sayang
serta tempat menerima contoh dan teladan untuk menjadi bekal penghidupan di hari dewasa
sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamis. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan
perkembangan siswa terutamanya dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan
personaliti. Ini bersesuaian dengan salah satu keperluan iaitu keperluan termilik dan kasih
sayang. Kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi punca kecelaruan personaliti yang
mungkin melibatkan tingkah laku agresif dan anti sosial.

Sebagai contohnya, pelajar IPT daripada keluarga yang ibubapanya bercerai mempunyai
IQ yang lebih rendah di samping melahirkan ciri-ciri tingkah laku yang negatif seperti
permusuhan, zalim dan tiada kasih sayang. Krisis keluarga seperti penceraian dan pertengkaran
ibu bapa juga boleh menyebabkan siswa kehilangan obor panduan hidup. Maka, lahirlah
personaliti pelajar IPT yang tidak sihat dan lemah pencapaian akademiknya. Seterusnya
menyumbang kepada pelbagai gejala negatif termasuklah penagihan dadah.

Kedudukan kewangan sesebuah keluarga menentukan jenis-jenis kemudahan yang
dapat disediakan untuk siswa. Keluarga yang berada mampu menyediakan bahan-bahan
pengajaran tambahan seperti komputer, tutor bimbingan, alat permainan (raket, tenis, skuasy,
alat muzik seperti piano, organ elektrik) dan sebagainya. Dengan kemudahan ini anak-anak

8

mendapat pendedahan yang begitu luas. Pelajar IPT yang memperoleh pencapaian akademik
yang baik serta dapat bermain pelbagai permainan dan alat muzik, memang mempunyai aras
keyakinan diri yang tinggi. Sebaliknya, pelajar IPT daripada keluarga yang miskin mengalami
pelbagai jenis masalah seperti ketiadaan tempat khas hendak belajar, ketiadaan tutor ataupun
buku panduan tambahan. Perkembangan personaliti remaja berkenaan turut terjejas dan
mempengaruhi proses pembelajarannya.

Hal ini, jika tidak dibimbing dengan baik akan membawa kepada hilangnya minat
belajar, ponteng kelas seterusnya membawa kepada masalah yang lebih serius seperti
menghidu gam, mencuri, dan menagih dadah. Oleh itu, keluarga memainkan peranan penting
dalam membentuk jati diri mahasiwa.

1.2 FAKTOR RAKAN SEBAYA

Selain itu, penglibatan golongan pelajar IPT dalam salah guna bahan terlarang adalah
disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Hal ini demikian kerana, rakan merupakan orang
paling terdekat dengan siswa selepas keluarga. Hal ini, kerana ramai di antara mereka yang
telah terjebak dan cuba untuk mempengaruhi rakan-rakan mereka untuk melakukan perkara
tersebut bersama-sama. Bahkan terdapat stigma yang mengatakan seorang pelajar IPT itu tidak
seronok untuk berkawan kerana tidak menyertai rakan-rakannya yang lain melakukan aktiviti
yang kononnya seronok tetapi sebaliknya. Tambahan pula, mereka kerap menghabiskan masa
bersama berbanding dengan ahli keluarga. Justeru, mereka akan melakukan perkara sama
dengan rakan mereka tanpa menyedari kesan buruk pengambilan bahan terlarang.

Ini kerana mereka ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan. Dengan itu, mereka sentiasa
sanggup melakukan apa sahaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya. Pelajar IPT yang
berasal daripada keluarga bermasalah lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang
mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah
terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Apabila rakan sebaya membentuk kumpulan yang
bersifat negatif, remaja turut melakukan perkara yang sama supaya diterima oleh kumpulannya
seperti meniru dalam peperiksaan, merokok dan lain-lain yang boleh menjejaskan pelajaran.
Paling teruk lagi ialah pengaruh rakan sebaya ini akan mengaruh siswa terlibat dengan najis
dadah.

9

Pelajar IPT yang banyak bercampur dengan orang yang lebih dewasa daripadanya akan
dipengaruhi dengan pemikiran dan gaya hidup orang dewasa. Orang dewasa pula akan
mengambil kesempatan dengan menggunakan mereka yang lebih muda. Akibatnya, golongan
muda akan lebih mudah terdedah kepada risiko keruntuhan akhlak dan kekeliruan akan diri
sendiri. Isu penyalahgunaan bahan terlarang sememangnya datang seperti ribut,pergi seperti
semut.

Oleh itu, penting untuk mengingatkan dan menasihati golongan siswa supaya tidak
mudah terpengaruh dengan perkara-perkara buruk seperti penyalah gunaan bahan terlarang.
Pelajar IPT yang tidak berhati-hati dalam memilih kawan pasti akan terikut dengan perbuatan
negatif yang dilakukan oleh rakannya. Kalau tidak berada-ada,masakan tempua bersarang
rendah. Jelaslah bahawa rakan sebaya memberi pengaruh yang kuat terhadap diri seseorang
mahasiswa.

1.3 FAKTOR JATI DIRI (SELF ESTEEM) YANG LEMAH

Faktor seterusnya yang membawa kepada berlakunya penyalahgunaan bahan terlarang
terhadap pelajar IPT adalah berpunca daripada jati diri yang lemah. Pelajar IPT yang
mempunyai jati diri dan pegangan agama yang kuat tidak akan mudah terpengaruh dengan
gejala-gejala sosial. Tetapi, jika dilihat kini, pelajar IPT semakin hilang pedoman dan jati diri.
Mereka tidak mempunyai benteng pertahanan yang dapat melindungi mereka daripada segala
perkara yang negatif terutamanya dadah. Amat memalukan apabila statistik menunjukkan
bilangan penagih dadah didominasi oleh kaum Melayu. Apabila disebut sahaja kaum
Melayu,sudah semestinya dikaitkan dengan agama Islam. Imej agama Islam akan semakin
tercalar dek perangai buruk mereka. Ingatlah,kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Pengangan agama yang kuat menjadi benteng pencegahan diri dari melakukan perkara
yang negatif. Firman Allah SWT yang bermaksud ‘Sesungguhnya Solat itu mencegah dari
perbuatan keji dan mungkar’ (S. Al Ankabut : 45) Pelajar yang mempunyai iman yang kuat
akan menghadapi cabaran dengan berani dan tahu hala tuju sebagai pelajar. Mereka tidak akan
mudah terpengaruh dengan anasir negatif. Sebagai seorang pelajar IPT mereka sememangnya
terikat dengan naluri ingin mencuba sesuatu yang baru. Mereka ingin menunjukkan sifat
kelelakian serta kematangan mereka. Jika jati diri dan pegangan agama lemah , pelajar mudah
terlibat unsur negatif dengan hanya bermula menghisap sebatang rokok yang menjadi punca

10

utama kepada penagihan dadah,mereka berasa sudah matang dan cukup dewasa. Mantan
Menteri Pelajaran Malaysia,Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein pernah berkata bahawa
perlakuan orang dewasa itu akan dicontohi oleh golongan remaja yang mempunyai naluri ingin
mencuba yang tinggi. Berfikir sebelum buat adalah satu kebijaksanaan,berfikir selepas buat
adalah satu kebodohan dan berbuat tanpa fikir adalah seribu kejahilan. Penguna bahan terlarang
sememangnya tidak berfikir panjang untuk mengambil bahan terlarang seperti alcohol, rokok
dan dadah. Mereka hanya mahukan kepuasan sehingga sanggup mencuri,membunuh serta
melakukan segala perkara yang boleh membantu mereka mendapatkan dadah.

Selain itu, pelajar IPT sering dilabelkan sebagai moodiness kerana sekiranya mereka
gagal menangani gangguan emosi yang melanda, maka ia membawa pada masalah seperti
penyalahgunaan bahan terlarang dan kecenderungan hendak membunuh diri. Keadaan ini
menunjukkan siswa yang mengalami tekanan dalam diri cenderung melakukan masalah.
Mereka tidak dapat mengawal emosi dan kematangan fikiran lantas mengambil jalan mudah
dengan melibatkan diri dalam pelbagai perkara negatif seperti mengambil dadah.

2.0 KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DI
KALANGAN PELAJAR IPT DARI SUDUT PSIKOLOGI

2.1. KESAN PADA EMOSI PELAJAR IPT

Pelajar IPT sering menghadapi pelbagai dugaan dan masalah sepanjang mengharungi
kehidupan sehingga ke alam dewasa. Konflik yang dihadapi merupakan pengalaman yang
membentuk identiti diri remaja dan dapat meningkatkan kematangan diri remaja ke arah
kedewasaan. Menurut Rahil Mahyudin etc. (2005) menyatakan konflik yang dialami oleh
remaja antaranya adalah konflik emosi dan tingkah laku.

Pada tahap ini, emosi individu dikatakan lebih sensitif, keadaan ini adalah kesan dari
perubahan fizikal dan perubahan horman yang dihadapi oleh pelajar IPT. Emosi adalah
perubahan perasaan yang bertindak sebagai reaksi kepada sesuatu yang menarik yang berlaku
disekeliling. Di peringkat usia remaja, mereka mengalami konflik atau krisis mencari identiti

11

dan kekeliruan peranan. Pada tahap ini remaja dilihat akan cuba mencari identiti diri dan
mencipta masa depan mereka sendiri.

Pelajar IPT yang ketagihan bahan terlarang menunjukkkan perubahan emosi yang sangat
jelas, sama ada menjadi terlalu gembira, asyik ketawa, berperangai buruk atau menjadi
pendiam dan tidak mahu melakukan aktiviti. Mahasiswa yang mengambil ganja suka bunyi
bising, jadi mereka mungkin memasang radio atau televisyen sekuat hati. Emosi akan menjadi
tidak stabil akibat kesan dadah. Apabila mengambil dadah, mereka berasa lebih yakin dan
gembira, sebaliknya menjadi murung dan gelisah jika tidak mendapat dadah. Apabila
keinginan untuk mendapatkan dadah tidak dapat dipenuhi, akan berlaku gangguan dan
ketidaktenteram jiwa.

Selain itu, menurut pakar sakit jiwa, dadah dan masalah kesihatan mental saling
berkaitan. begitu juga dengan mereka yang ketagihan alkohol. Pakar Psikoterapi dan
Kaunseling, (Kemurungan dan Kebimbangan) Access Counseling Services Dr Meriam Omar
Din berkata faktor dadah dan alkohol boleh menyebabkan seseorang mengalami halusinasi dan
delusi selain berkelakuan ganas sehingga bertindak di luar kawalan malah pengambilan dadah
sintetik seperti syabu atau pil kuda juga boleh membawa kesan agresif sehingga ke peringkat
keganasan atau halusinasi yang mana penagih tidak lagi sedar akan apa yang dilakukan.

Pelajar IPT yang mengalami tekanan emosi terdedah dengan masalah mental sekiranya
permasalahan ini tidak ditangani lebih awal. Mereka ini merupakan golongan yang perlu diberi
perhatian dan tidak boleh diabaikan . Tekanan emosi merupakan salah satu fenomena emosi
yang dihadapi oleh pelajar dalam proses perubahan dan perkembangan psikologinya yang perlu
ditangani. Pelajar IPT yang tertekan emosinya akan menunjukkan gejala seperti agresif , mudah
memberontak, marah yang tidak dapat dikawal, kemurungan, dan mudah sakit. Mereka mudah
berubah emosi dan geraklaku mereka sering berlaku tanpa sebab tertentu seperti memicit
hidung, menggaru, mengusik rambut, atau suka menconteng kertas di hadapannya. Ledakan
marah kadang-kadang diikuti oleh rasa girang, tangis sedu dan sebagainya.

Pelajar IPT akan bermula bersikap agresif kerana tidak memperoleh bahan yang
dikehendakinya. Untuk mengatasi rasa gian dadah siswa sanggup melakukan apa sahaja
sehingga bertindak ganas malahan sanggup melakukan pembunuhan. Penyalahgunaan dadah

12

seperti ganja memberi impak yang kuat sehingga menyebabkan penagih mengalami psikosis
iaitu sakit mental yang teruk dan akhirnya membunuh diri.

2.2 KESAN TERHADAP FIZIKAL PELAJAR
Penyalahgunaan bahan terlarang seperti dadah dan arak memberi impak kepada hampir
keseluruhan tubuh badan daripada jantung kepada usus. Setiap jenis dadah yang diambil oleh
pelajar IPT mempunyai tindakbalas yang berbeza. Penyalahgunaan bahan boleh menyebabkan
kadar jantung yang tidak normal belakunya serangan jantung. Manakala suntikan dadah boleh
menyebabkan saraf rosak dan jangkitan pada pam jantung anda. Sesetengah dadah boleh
menghentikan tulang daripada tumbuh dengan betul. Hal ini akan menyebabkan pertumbuhan
tulang pada pelajar IPT tidak sempurna.

Perkembangan fizikal pelajar IPT akan terjejas akibat penyalahgunaan dadah dan
bahan yang terlarang. Pada peringkat remaja , seseorang mahasiswa mengalami pertumbuhan
fizikal yang pesat. Di peringkat ini, pelajar IPT perempuan sangat cenderung untuk menjaga
penampilan diri supaya kelihatan menarik dan cantik. Tanpa bimbingan dan pengetahuan yang
betul, ada di antara mereka ini mengambil dadah untuk melangsingkan badan. Kesannya,
mereka akan mengalami ketagihan dadah tersebut sehingga mengalami anorexia nervosa iaitu
keadaan di mana seseorang individu itu mengalami gangguan diet pemakanan yang serius
sehingga menyebabkan susut berat badan yang terlampau.

Pelajar IPT lelaki pula pada awalnya terlibat dalam aktiviti merokok sehingga segelintir
mereka yang ingin cuba mencari sesuatu yang lebih memberi impak kepada mereka. Dadah
dan air ketum merupakan jalan penyelesaian untuk mereka memenuhi keinginan mereka ini.
Akibat yang ditanggung bukan sedikit, kesan negatif pada perkembangan fizikal seperti
kemerosotan berat badan dan daya ketahanan badan mungkin akan berlaku. Secara umumnya,
kesan penyalahgunaan bahan terlarang di kalangan pelajar IPT akan merencatkan proses
perkembangan fizikal remaja yang pesat berlaku.

Kesimpulannya, penggunaan bahan terlarang ia boleh menyebabkan mahasiswa dan
mahasiswi mengalami penyakit kronik seperti penyakit hati, kardiovaskular, kerosakan buah

13

pinggang, tekanan darah tinggi, kehilangan berat badan dan terutamanya penyakit HIV yang
menyebabkan kematian. Hal ini kerana pelajar IPT berkongsi jarum yang digunakan untuk
menyuntik dadah bersama-sama. Secara umumnya, kesan penyalahgunaan bahan terlarang
akan merencatkan proses perkembangan fizikal dan emosi pelajar.

2.3. KESAN TERHADAP SOSIAL PELAJAR IPT

Perkembangan sosial pada waktu remaja lebih melibatkan kelompok rakan sebaya
dibandingkan orang tua. Dalam tahap perkembangan psikososial yang dikemukakan oleh
Erikson, tugas utama yang dihadapi oleh siswa ialah membentuk identiti yang stabil, kesedaran
mengenai perubahan pengalaman dan peranan yang mereka miliki dan mengakhiri zaman
kanak-kanak dan memasuki alam dewasa yang akan mereka tempuhi. Kegagalan menyedari
peranan dan membentuk personaliti yang betul dan faktor tekanan psiko-sosial menyebabkan
pelajar IPT sering terjebak dalam kancah najis dadah dan juga pelbagai perkara negatif yang
lain.

Secara umumnya, pelajar IPT yang terjebak dengan penyalahgunaan bahan terlarang
akan mula menjauhkan diri daripada keluarga dan rakan-rakannya. Mereka lebih cenderung
untuk bersama kelompok yang terlibat sama dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
Kebanyakan penagih akan hilang minat dan tidak memperdulikan tanggungjawab terhadap
dirinya sendiri, keluarga dan masyarakat. Prestasi dalam bidang akademik, tingkah laku dan
sikap berubah daripada apa yang biasa diamalkan. Mahasiwa juga tidak menghiraukan
kesihatan mereka sendiri.

Pelajar IPT yang ketagihan bahan terlarang tiada kecerdasan interpersonal. Kecerdasan
Interpersonal menurut teori ialah keupayaan untuk memahami niat orang lain dan
mengenalpasti matlamat pendorong orang lain untuk bekerja. Mereka ini tidak suka
mempunyai ramai kawan, tidak gemar menyertai aktiviti berkumpulan dengan rakan-rakan dan
tidak bijak bersosialisasi dalam masyarakat.

Kesan Penyalahgunaan dadah mendorong pelajar IPT melakukan jenayah seperti
merompak, mencuri dan jenayah yang boleh menjejaskan ketenteraman masyarakat. Implikasi

14

dadah juga mengakibatkan pelajar hilang kawalan dalam pergaulan sosial. Mahasiswa
cenderung untuk melakukan seks bebas di bawah pengaruh dadah. Kesan pengambilan dadah
Metamfetamin atau ICE misalnya boleh menyebabkan pelajar IPT tersebut bertindak ganas dan
berkemungkinan terlibat dalam pergaduhan. Masalah-masalah lain mungkin interaksi antara
ibubapa dan siswa itu sendiri akan semakin renggang dan berkemungkinan pelajar IPT tersebut
melarikan diri dari rumah dan tinggal bersama rakan-rakan yang sealiran dengannya.

3.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENYALAHGUNAAN BAHAN

TERLARANG DI KALANGAN PELAJAR IPT

3.1 PERANAN IBU BAPA

Pelbagai langkah drastik perlu direncanakan dan dilaksanakan untuk memerangi
penyalahgunaan bahan terlarang di kalangan pelajar IPT. Dalam usaha untuk membendung
masalah yang semakin gawat ini, ibu bapa memainkan peranan yang cukup penting untuk
memastikan anak-anak mereka tidak turut terjebak dalam masalah ini. Mereka perlu
meluangkan masa secukupnya untuk bersama anak-anak.

Sikap ambil berat dan bertanggungjawab serta penyayang ini mampu mengelakkan
remaja dari terjerumus ke dalam maslah penyalahgunaan dadah. Ibu bapa perlu menyediakan
segala keperluan dan pendidikan baik yang formal mahupun yang tidak formal dalam usaha
membendung anak-anak mereka dari terjebak ke perangkap penyalahgunaan dadah. Anak-anak
hendaklah diberikan pendidikan agama secukupnya serta diawasi setiap pergerakan dan
pergaulan mereka sejak dari kecil lagi. Sesungguhnya pembentukan sahsiah mahasiwa banyak
ditentukan oleh institusi kekeluargaan.

Apabila anak-anak telah dapat menerima ajaran agama dengan baik daripada Ibu bapa
mereka dan mengalikasinya dalam setiap aktiviti harian sudah pastilah mereka dapat mengawal
diri daripada perkara negatif iaitu penyalahgunaan bahan terlarang. Hal ini kerana, perasaan
sangat takut akan tuhan akan mencegah naluri anak-anak daripada mendekati najis dadah.
Situasi ini juga berlaku kerana anak-anak dapat membezakan perlakuan yang murni dengan
yang tidak bermoral.

Oleh itu, pemantauan yang serius oleh ibu bapa terhadap pengamalan agama anak-anak
akan membentuk suatu benteng yang kukuh bagi menepis pengaruh penagihan dadah kepada

15

anak-anak. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya maka
anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya.

Dalam memberi perhatian kepada anak-anak, sikap pilih kasih antara anak-anak perlu
dihindari. Perilaku ini mampu melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan anak-anak.
Perbezaan layanan akan mewujudkan tekanan perasaan, sakit hati , benci dan cemburu sesama
anak-anak.

Implikasinya, anak-anak yang berasa tidak mendapat layanan istimewa akan bertindak
melakukan apa-apa sahaja untuk menarik perhatian ibu bapa seperti melibatkan diri dalam
dunia penagihan dadah. Intihanya, perhatian yang sama rata dan adil perlu menjadi keutamaan
untuk menghindari pengaruh buruk dadah.Selain itu, hubungan kekeluargaan yang erat juga
mampu membendung serangan penagihan dadah dari menerobos masuk ke dalam keluarga.
Hubungan erat dengan keluarga kembangan seperti datuk, nenek, ibu saudara, bapa saudara
dan sepupu-sepupu akan melahirkan ikatan yang intim. Keadaan ini dapat membantu ibu bapa
memantau kelakuan anak-anak kerana kebiasaannya anak-anak akan lebih mudah meluahkan
isi hati kepada orang lain berbanding ibu bapa sendiri. Oleh itu, mereka akan berasa diri mereka
sentiasa disayangi dan diberi perhatian oleh semua kaum keluarga.

Selain itu, Ibu bapa perlu menjadi ‘rakan' kepada anak-anak. Sebagai contoh, pakar
motivasi terkenal, Dr.Fadilah Kamsah dalam sebuah rancangan motivasi stesen televesen TV3
pernah menyarankan agar seorang bapa ‘bertukar' menjadi kanak-kanak lelaki untuk
memainkan watak raksasa melawan anak lelakinya yang menjadi watak ultraman. Bagi Dr.
Fadilah Kamsah , perlakuan ini amat penting bagi perkembangan mental dan emosi anak-anak
kerana dapat mewujudkan hubungan yang erat dalam keluarga.

Dalam erti kata lain ibu bapa perlu memahami naluri anak-anak tentang kegemaran dan
kecenderungan mereka dalam sesuatu bidang. Ibu bapa boleh melibatkan diri bersama-sama
dalam aktiviti yang digemari oleh anak-anak seperti mendaki gunung. Dengan cara ini, anak-
anak akan berasa dihargai dan disayangi seterusnya berasa yakin dan selamat jika bersama-
sama keluarga . Natijahnya, anak-anak akan lebih gemar bersama-sama keluarga berbanding
rakan-rakan di luar rumah. Oleh itu,kesefahaman antara ibu bapa dan anak-anak amat perlu,
agar anak-anak tidak berasa terpinggir dan menghabiskan masa bersama-sama rakan sebaya
yang boleh menarik mereka k e lembah penagihan dadah

16

Kesimpulannya, antara langkah menangani penyalahgunaan bahan terlarang dalam
kalangan pelajar IPT memang terletak di bahu ibu bapa. Semua ibu bapa yang merupakan
salah satu entiti dalam masyarakat perlu saling membahu untuk membanteras isu negatif ini
daripada terus memburu anak-anak mereka lalu membarah dalam komuniti.

3.2 PERANAN RAKAN SEBAYA

Mahasiwa dan mahasiswi haruslah bijak dalam memilih rakan sebaya yang positif. Hal ini
kerana, berkawan dengan penjual minyak wangi harumnya akan melekat pada kita, manakala
berkawan dengan tukang besi bahang kepanasannya akan turut kita rasai. Begitulah juga
dengan dadah, jika seseorang siswa mempunyai rakan sebaya yang positif dari segi pemikiran
dan juga sikap, sudah pasti siswa itu juga akan memiliki akhlak yang positif. Pelajar IPT pada
masa kini juga boleh dikatakan lebih rapat dan banyak menghabiskan masa dengan rakan
berbanding ibu bapa. Maka, boleh dikatakan rakan sebaya banyak mempengaruhi pemikiran
pelajar.

Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap
dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di mata
kumpulan masyarakat sekelilingnya.. Contohnya, cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti sosial,
jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya. Sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih
cenderung berbuat baik, maka remaja ini terpengaruh hendak menjalankan aktiviti yang sihat.
Tetapi sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat jahat, maka siswa ini akan
cenderung melakukan aktiviti-aktivit yang negatif.

Di samping itu, rakan sebaya mempunyai sifat-sifat yang tersendiri dan mempunyai
pengaruh yang ketara. Rakan sebaya di universiti dan kolej dapat mempengaruhi disiplin
seseorang pelajar IPT. Sekiranya sifat-sifat rakan sebaya tidak mementingkan ketekunan,
tanggungjawab, kerjasama, menepati masa, menghormati guru dan mematuhi peraturan,
begitulah sikap pelajar berkenaan. Sebaliknya sifat-sifat sosial positif rakan sebaya akan
menghasilkan seseorang individu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-satu
masyarakat seperti sifat-sifat kepimpinan, bertimbang rasa dan bekerjasama. Pelajar IPT yang
lemah pegangan agama akan terpengaruh dan terjebak dalam pengambilan bahan terlarang.

17

Kesimpulannya sebagai pelajar IPT mestilah memilih rakan sebaya yang dapat
membimbing mereka ke jalan yang lurus dan bukannya jalan yang menyesatkan yang boleh
menyebabkan kesan negatif pada diri sendiri.

3.3 PERANAN DIRI SENDIRI

Seseorang pelajar IPT mestilah mendapatkan didikan agama yang secukupnya. Agama menjadi
benteng utama mencegah mausia dari pelakuan negatif. Amalan hidup beragama dapat
menanam sifat malu dan rasa berdosa melakukan perkara buruk dan keji. Allah berfirman yang
bermaksud ; “ Kerjakanlah olehmu apa-apa yang kamu kehendaki, sesungguhnya Dia melihat
apa yang kamu kerjakan ( Surah As Sajadah : 40).

Didikan agama yang kuat akan menanam kesedaran diri untuk menjauhi bahan
terlarang seperti najis dadah. Kesedaran diri ini penting untuk membentuk minda yang positif
agar sentiasa membuat sesuatu dengan pemikiran yang rasional. Mereka hendaklah sentiasa
diberikan ingatan tentang pentingnya kehidupan pada masa hadapan. Pelajar IPT kini terlalu
terdedah dengan pergaulan sosial yang tidak sihat seterusnya menjerumuskan mereka ke dalam
kancah penyalahgunaan bahan terlarang ini. Mereka perlu tahu membezakan yang baik dengan
yang buruk. Tidak perlu mengikut telunjuk kawan kerana 'ikut hati mati ikut rasa binasa'. Rakan
yang berkualiti juga adalah tunggak dalam membantu diri remaja menjadi berkualiti juga.

Tidak dapat dinafikan, zaman remaja merupakan zaman yang paling manis dalam hidup
seseorang manusia. Hal ini, didikan agama amatlah penting untuk membimbing mereka
menyelesaikan masalah secara positif. Hadis Rasulullah S.A.W ada mengatakan bahawa ‘ilmu
tanpa agama adalah buta manakala agama tanpa ilmu adalah lumpuh”. Hadis ini menerangkan
kepada kita betapa pentingnya aspek agama dalam kehidupan seseorang dan menekankan
bahawa bekal ilmu dari sekolah perlulah diimbangi dengan ajaran agama. Jika pelajar IPT
mempunyai pegangan agama yang utuh dan teguh, sudah pasti mereka tidak akan terjebak ke
dalam kancah negatif seperti pengambilan pil khayal, dadah dan minuman keras yang akan
mengheret mereka ke lembah jenayah. Pegangan agama sudah pasti dapat menjadi benteng
yang kukuh untuk menangkis segala anasir-anasir negatif seperti ini dalam kehidupan mereka.

Pelajar IPT juga perlu bijak mengawal diri dan maklum tentang bahaya dadah. Mereka
perlu diberi maklumat tentang bahaya dadah. Pendedahan tersebut perlu datang dari ibu bapa,
sekolah dan juga masyarakat. Mereka perlu dibimbing dalam membina identiti dan personaliti

18

diri mereka. Perhatian dan sokongan dari semua pihak penting untuk membantu siswa dalam
membentuk keyakinan dan kekuatan diri dalam menempuh kehidupan yang penuh cabaran.
Dengan wujudnya kekuatan ini, setiap individu akan berjaya mencegah dirinya daripada
dengan gejala negatif ini walaupun ia mudah dan senang diperolehi. Strategi ini dianggap
paling berkesan dalam usaha membanteras masalah penyalahgunaan bahan terlarang.

Selain itu, pelajar IPT mestilah mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang
berfaedah. Hal ini kerana, jika seseorang siswa mempunyai masa terluang dan tidak
mempunyai sebarang aktiviti yang berfaedah untuk dilakukan, pelajar IPT itu akan mudah
terjebak ke dalam penyakit sosial ini yang semakin menular dari hari ke hari. Pelajar IPT
perlulah bijak menguruskan masa dengan sistematik. Hal ini kerana, pengurusan masa yang
sistematik juga akan mendorong kepada disiplin diri yang tinggi. Jika pelajar IPT sudah
dilengkapi dengan senjata disiplin yang tinggi dan mantap sudah pasti ia akan dapat
menghalang mereka daripada terus terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah
seperti pengambilan bahan terlarang. Masa itu juga diibaratkan seperti emas. Hal ini kerana,
masa itu sangat berharga. Namun pelajar IPT pada zaman kini lebih gemar menghabiskan masa
dengan aktiviti –aktiviti yang tidak berfaedah seperti menghisap dadah, minum minuman keras,
merokok, melepak dan merempit yang akhirnya akan menyebabkan mereka terlibat dalam
gejala yang kurang sihat ini.

Kesimpulannya, sebagai seorang pelajar IPT tanggungjawab diri sendiri memainkan
peranan yang penting dalam menangani masalah penyalahgunaan bahan terlarang. Persis kata
peribahasa melayu,’sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”, menjelaskan
kepada kita betapa pentingnya kesedaran dalam diri setiap pelajar. Oleh itu, sebagai anak
bangsa yang menjadi aset penting dan kebanggaan negara pelajar haruslah memainkan peranan
mereka dengan baik dalam usaha menjamin kemajuan dan kegemilangan negara.

19

3.4 PERANAN INSTITUSI PELAJARAN TINGGI DAN KERAJAAN

Universiti merupakan institusi kedua yang memainkan peranan penting dalam menangani
masalah penyalahgunaan bahan terlarang dikalangan pelajar IPT. Oleh itu, semua pihak
semestinya di istitusi pelajaran tinggi mestilah mewujudkan kesedaran tentang kesan dan
bahaya menggunakan bahan terlarang disamping merangsang penglibatan seluruh masyarakat
setempat dalam usaha memerangi penggunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar IPT.

Pihak pengurusan, pensyarah-pesnyarah dan pelajar IPT merupakan mekanisma
penting dalam mengerakkan pelbagai program yang berkaitan dengan penggunaan bahan
terlarang. Antara program yang boleh dijalankan adalah minggu anti dadah. Minggu Anti
Dadah dijalankan setiap tahun baik diperingkat negeri, daerah dan di semua Institut Pelajaran
Tinggi. Program ini mendapat kerjasama dengan AADK. Tujuan program ini dilaksanakan
adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar IPT umumnya dan khususnya tentang
jenis-jenis dadah, kesan dadah dalam kehidupan dan cara mengatasinya. Selain itu, pihak
institusi pelajaran tinggi juga perlu bekerjasama dalam memastikan kawasan mereka bersih
daripada gejala penyalahgunaan bahan terlarang.

Ujian air kecing juga telah dilaksanakan sebagai langkah awal mengesan pelajar-pelajar
IPT yang terlibat dengan najis dadah. Dengan cara ini, kita dapat memberi peluang kepada
golongan sasaran melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah. Ujian air kecing juga telah
dilaksanakan sebagai langkah awal mengesan pelajar-pelajar IPT yang terlibat dengan najis
dadah dan alkohol.

Pemimpin-pemimpin Institusi Pelajaran Tinggi juga mestilah tampil ke hadapan dan
beganding bahu dengan pihak kerajaan dalam usaha mengurangkan penyalahgunaan bahan
terlarang. Antaranya ialah melalui program Rakan Muda, kem motivasi dan lain-lain program
yang meliputi pelbagai aktiviti. Hal ini demikian kerana melalui kem-kem ini para remaja dapat
memenuhi masa senggang mereka dengan aktiviti lebih berfaedah. Pihak kerajaan juga boleh
mengadakan kempen anti-dadah dan menyiarkannya melalui media massa. Agensi yang
ditubuhkan seperti Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) perlu memperkemaskan jentera
mereka memantau bekas penagih agar mereka tidak kembali menagih dadah kembali.

Kesimpulannya, dengan adanya bantuan daripada dua pihak berkuasa seperti undang-
undang dari Institusi Pelajaran Tinggi dan pihak kerajaan ianya dapat meningkatkan kesedaran
gaya fikiran pelajar IPT tentang bahaya dan risiko bahan terlarang.

20

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, isu mpenyalahgunaan bahan terlarang dikalangan pelajar IPT
merupakan barah yang perlu dibendung dan memerlukan kerjasama daripada
semua pihak terutamanya ibubapa, rakan sebaya dan pihak Intitusi Pengajian
Tinggi serta kerajaan. Sebagai pewaris kepada kepimpinan negara pada masa
hadapan tumpuan haruslah diberikan kepada remaja dari segenap aspek
perkembangan mereka. Ini kerana kesilapan pada satu aras perkembangan
dimana adanya pihak yang tidak memainkan peranan pada tahap tersebut
terutamanya ibubapa akan menyebabkan kecacatan pada tingkahlaku mahasiwa
dan mahasiswi yang seterusnya mengaruh pelajar IPT terlibat dengan aktiviti-
aktiviti yang tidak sihat seperti penyalahgunaan bahan terlarang. Oleh itu,
pengetahuan agama yang mendalam, jati diri yang tinggi selain peranan ibu bapa
amat penting dalam menyelesaikan isu penyalahgunaan bahan terlarang. Adalah
diharapkan hasil daripada kajian ini dapat mengupas isu penyalahgunaan dadah
dikalangan pelajar IPT dan memberi cadangan kepada langkah mengatasi isu ini.
Perlu diingatkan, pemuda-pemudi adalah harapan bangsa dan tiang negara. Jika
rosak, maka musnahlah.

21

RUJUKAN
BUKU

• Penyalahgunaan DADAH Pelajar Institut Pengajian Tinggi Malaysia – Kamaruddin
Hussin, Abd Majid Mohd. Musa dan Ku Azira Ku Aziz ialah Pensyarah dan Profesor
di Universiti Kebangsaan Malaysia (2004– 2012)

• Bahaya Narkoba karya Baharuddin Ali Masrom Al-Haj
• Ishak Saat, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Terbitan Pertama 2009

INTERNET
• http://kiliknote.blogspot.com/2014/06/topik-9-penyalahgunaan-bahan.html?m=1
• https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Penyalahgunaan_bahan
• http://www.myhealth.gov.my/isu-penyalahgunaan-dadah/
• https://www.ceriasihat.com/10-kesan-buruk-penyalahgunaan-dadah/
• http://bicarakaunselorsarawak.blogspot.com/2015/03/kenali-dan-fahami-
penyalahgunaan-bahan.html?m=1
• https://wordwall.net/ms-my/community/penyalahgunaan-bahan-tingkatan-4
• http://cikgujana.blogspot.com/2009/09/peranan-ibu-bapa-menangani-
masalah.html?m=1
• https://www.google.com.my/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2018/11/49
6543/mcpf-setuju-undang-undang-wajibkan-peranan-ibu-bapa-cegah-dadah
• https://www.google.com.my/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2018/11/49
6543/mcpf-setuju-undang-undang-wajibkan-peranan-ibu-bapa-cegah-dadah
• https://www.adk.gov.my/wp-content/uploads/jurnal_1.pdf

22

LAMPIRAN

23

24

25


Click to View FlipBook Version