PERTANDINGAN
MENULIS
CERPEN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL)
LADANG MAYFIELD
2535, Jalan Tasek Gelugor, Kampung Besar,
13300, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
TEL: 045737392 / Email: [email protected]
Idea Intervensi
EN.RAJARAJAN ANBALAGAN (GURU BESAR SJKT LADANG MAYFIELD)
DR.PONNUDURAJ K.MARIMUTHU (GURU CEMERLANG BAHASA TAMIL)
PENGENALAN
Panitia Bahasa Tamil SJKT Ladang Mayfield sentiasa
berusaha untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
mata pelajaran Bahasa Tamil dengan harapan untuk memupuk
rasa kecintaan terhadap Bahasa Tamil dan secara tidak langsung
menggalakkan penglibatan murid-murid di dalam aktiviti-aktiviti
berkaitan dengan kebudayaan dan kesusasteraan Tamil.
Pertandingan Menulis Cerpen 2022 merupakan aktiviti yang
akan memberi peluang kepada murid-murid untuk menunjukan
bakat mereka dalam menghayati, menyelami dan
mempersembahkan bakat penulisan yang ada dalam diri mereka.
Pertandingan Menulis Cerpen 2022 diharap meningkatkan
kesedaran tentang nilai estetika dan keunikan kesusasteraan
Bahasa Tamil. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat mencungkil
potensi yang ada dalam kalangan murid serta meningkatkan
kesedaran dalam diri mereka agar cintakan kesusasteraan Bahasa
Tamil dan budaya masyarakat India Malaysia.
RASIONAL
Sejajar dengan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia
maka Pertandingan Menulis Cerpen 2022 dipercayai membantu
mencapai matlamat melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti
untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi
negara. Pertandingan ini dipercayai membentuk warganegara yang
berdisiplin, semangat cinta akan negara, berdaya saing,
memperluaskan integrasi nasional dan memperkukuhkan kecintaan
terhadap kesusasteraan Bahasa Tamil. Pada masa yang sama
pertandingan ini juga menjadi sumber perangsang atau motivasi diri
dalam kalangan murid SJKT agar terus mengamalkan sikap
pemuliharaan kesusasteraan Bahasa Tamil. Pertandingan Menulis
Cerpen 2022 merupakan platform mencungkil bakat para murid.
Murid-murid didedahkan dengan aspek kemahiran menulis yang
diterapkan dalam kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). Aktiviti ini juga dapat memupuk sikap yakin diri, berani dan
berdaya saing disamping mengekalkan semangat perpaduan.
MATLAMAT
Matlamat Pertandingan Menulis Cerpen 2022 ini adalah
sebagai pengisian cuti sekolah dan rancangan tahunan bagi Panitia
Bahasa Tamil. Melalui aktiviti ini, para murid secara tidak langsung
akan dapat menguasai ilmu pengetahuan menerusi pengalaman
kontekstual yang diperolehi. Selain itu, Pertandingan Menulis
Cerpen 2022 dapat mencungkil dan mengasah pelbagai bakat para
murid. Pertandingan ini juga dapat menambahkan pelbagai
pengalaman dan memupuk kepimpinan dalam kalangan
jawatankuasa yang terlibat.
OBJEKTIF
i. Melahir, mencungkil dan memupuk bakat penulisan yang ada
dalam diri murid serta memupuk semangat bertangungjawab
terhadap potensi diri melalui aktiviti penulisan.
ii. Mendedahkan murid-murid supaya mengembangkan idea
mereka dan memperkayakan kosa kata Bahasa Tamil.
iii. Memastikan warisan kesusasteraan hidup subur dalam jiwa
generasi pada masa kini.
JAWATANKUASA INDUK
PERTANDINGAN MENULIS CERPEN
SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL NEGERI PULAU PINANG 2022
PENGERUSI : EN.RAJARAJAN ANBALAGAN
Guru Besar SJKT Ladang Mayfield
T. PENGERUSI : EN.GUNASEKARAN NALLATHAMBI
Guru Besar SJKT Mak Mandin
(Pengerusi MGB SJKT Pulau Pinang)
SETIAUSAHA : PN.SAROJINI GOPALO
Ketua Panitia B.Tamil SJKT Ladang Mayfield
BENDAHARI : PN.THAMAYANTHI KANAGASAWAI
Guru Bahasa Tamil SJKT Ladang Mayfield
URUSETIA : DR.PONNUDURAJ K.MARIMUTHU
Guru Cemerlang Bahasa Tamil
AJK
1.PN.JOTHIMARIAMMAH MUTHIAH
PK Pentadbiran SJKT Ladang Mayfield
2.PN.PUSHPARANI RAMIAH
PK HEM SJKT Ladang Mayfield
3.R.ARULUKUMAR RAJAGOPAL
PK KOKO SJKT Ladang Mayfield
PELAKSANAAN
Pertandingan Menulis Cerpen SJKT 2022 yang akan bermula
pada 24 Disember 2021 sehingga 24 Januari 2022 merupakan
program jaringan dan jalinan yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa
Tamil SJKT Ladang Mayfield dengan kerjasama Majlis Guru Besar
SJKT negeri Pulau Pinang. Pertandingan ini terbuka kepada murid
tahap dua Sekolah-Sekolah SJKT negeri Pulau Pinang.
Pertandingan ini dilaksanakan bagi mendapatkan karya cerpen
yang bermutu serta menambahkan lagi bilangan penulis dalam
kalangan murid-murid sekolah Tamil. Selain itu, pertandingan ini
juga dilihat dapat mewujudkan kerjasama dan hubungan
pembelajaran antara sekolah-sekolah Tamil di negeri Pulau Pinang.
Program ini juga dianggap sebagai satu bentuk kerjasama
penyatuan sekolah-sekolah Tamil di pelusuk negeri Pulau Pinang.
SYARAT DAN PANDUAN UMUM
i. Murid tahap dua sekolah-sekolah Tamil negeri Pulau
Pinang.
ii. Karya fiksyen berbentuk cerpen (cerita pendek).
iii. Karya Bahasa Tamil tetapi istilah bahasa-bahasa lain
dibenarkan mengikut kesesuaian dan konteks cerita.
iv. Tema adalah bebas tetapi tidak boleh menyentuh hal-hal
yang menyentuh sesitiviti kaum dan agama.
v. Karya mestilah 100% asli tanpa sebarang bentuk peniruan
atau ciplak yang menjadikan karya itu tidak asli.
vi. Panjang cerpen mestilah minimum 200 perkataan, tidak
kurang dari 3 muka surat dan maksimum 5 muka surat.
vii. Cerpen perlu ditaip kemas menggunakan Microsoft Word,
fon Murasu Anjal, saiz 12, langkau dua, dan ada nombor
halaman.
viii. Cerpen dengan terlalu banyak kesalahan bahasa (ejaan,
imbuhan, tanda baca, dan seumpamanya) tidak akan
dinilai.
ix. Setiap peserta dibenarkan mengirim sebuah cerpen
sahaja
.
SYARAT DAN PANDUAN UMUM
x. Judul cerpen dan nama penulis perlu dinyatakan pada
permulaan manuskrip.
xi. Biodata ringkas penulis perlu dinyatakan pada hujung
manuskrip.
xii. Maklumat berikut juga perlu dinyatakan pada hujung
cerpen: Nama penuh (sebenar), alamat pos (lengkap),
alamat e-mel, nombor telefon, umur.
xiii. Manuskrip perlu dikirim ke [email protected].
xiv. Tarikh tutup: 25 Januari 2022 (12:00 malam).
xv. Karya tidak boleh disiarkan di tempat lain termasuk di
media sosial dan blog sehingga keputusan rasmi diumum.
xvi. Cerpen terpilih akan disunting dan dikeluarkan sebagai
sebuah buku pada bulan Mac 2022.
xvii. Keputusan penilaian adalah muktamad dan tidak boleh
dipertikai.
xviii.Hadiah dan sijil penyertaan dan pencapaian akan diberi
pada Majlis Pelancaran Cerpen Murid SJKT 2022 pada
bulan Mac 2022.
.
SYARAT DAN PANDUAN UMUM
xix. Cerpen yang terbaik akan menerima hadiah wang tunai
dan sijil pencapaian seperti berikut:
Hadiah Pertama : RM500.00 dan Sijil Pencapaian
Hadiah Kedua : RM400.00 dan Sijil Pencapaian
Hadiah Ketiga : RM300.00 dan Sijil Pencapaian
Hadiah Saguhati : RM100.00 kepada 10 orang murid dan
Sijil Pencapaian
Semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan
akan menerima sijil penyertaan.
..“Penulisan cerpen adalah satu bentuk seni karya
penulisan yang harus di semai di sanubari anak-anak kecil.
Kerana ia merupakan satu bentuk teks pengabadian sejarah
dan kehidupan masyarakat sekitar seseorang individu di
negara ini. Catatan atau perekodan yang terselit sepanjang
pergolakan plot cerita sesuatu cerpen akan menjadi cermin
untuk memahami perkembangan sosio politik kehidupan
sesuatu masyarakat negara ini untuk generasi akan
datang”..
RAJARAJAN ANBALAGAN
(GURU BESAR SJKT LADANG MAYFIELD)
SENARAI SEKOLAH YANG AKAN
MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM
PERTANDINGAN MENULIS CERPEN 2022
BIL DAERAH KOD SEKOLAH NAMA SEKOLAH EMAIL RASMI
1. PPD SPU PBD2049 SJKT Ldg Mayfield [email protected]
2. PPD SPU PBD2048 SJKT Ldg Malakoff [email protected]
3. PPD SPU PBD2076 SJKT Mak Mandin [email protected]
4. PPD SPU PBD2050 SJKT Palaniandy [email protected]
5. PPD SPT PBD0036 SJKT Bkt Mertajam [email protected]
6. PPD SPT PBD0038 SJKT Ldg Prye [email protected]
7. PPD SPT PBD0037 SJKT Ldg Alma [email protected]
8. PPD SPT PBD0035 SJKT Ldg Juru [email protected]
9. PPD SPT PBD2080 SJKT Perai [email protected]
10. PPD SPT PBD0034 SJKT Permatang Tinggi [email protected]
11. PPD SPS PBD4022 SJKT Ldg Batu Kawan [email protected]
12. PPD SPS PBD4026 SJKT Ldg Jawi [email protected]
13. PPD SPS PBD4032 SJKT Ldg Valdor [email protected]
14. PPD SPS PBD4023 SJKT Ldg Byram [email protected]
15. PPD SPS PBD4025 SJKT Ldg Changkat [email protected]
16. PPD SPS PBD4028 SJKT Ldg Krian [email protected]
17. PPD SPS PBD4029 SJKT Ldg Sempah [email protected]
18. PPD SPS PBD4031 SJKT Ldg Transkrian [email protected]
19. PPD SPS PBD4024 SJKT Nibong Tebal [email protected]
20. PPD SPS PBD4034 SJKT Sungai Bakap [email protected]
21. PPD SPS PBD4030 SJKT Tasek Permai [email protected]
22. PPDTL PBD1082 SJKT Azad [email protected]
23. PPDTL PBD1086 SJKT Jalan Sungai [email protected]
24. PPDTL PBD1084 SJKT Rajaji [email protected]
25. PPDTL PBD1085 SJKT Ramakrishna [email protected]
26. PPDTL PBD1088 SJKT Subramaniya Barathee [email protected]
27. PPDBD PBD3031 SJKT Bayan Lepas [email protected]
28. PPDBD PBD3032 SJKT Sungai Ara [email protected]
POSTER IKLAN
BENGKEL MENULIS CERPEN 2022
23.12.2022 @ 7.00PM HINGGA 9.00PM
SECARA DALAM TALIAN
“Meningkatkan Apresiasi Sastera melalui
Program Bimbingan Penulisan Cerpen”
ATURCARA
BENGKEL PENULISAN CERPEN
23.12.2021
Secara Dalam Talian
07.00 malam : Kadavul Vaazhthu
07.05 malam : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pulau Pinang
dan Tamizh Thai Vaazhthu
07.10 malam : Ucapan Perasmian Pembukaan
Tuan Guru Besar SJKT Ladang Mayfield
EN.RAJARAJAN ANBALAGAN
07.20 malam : Bengkel Bermula
EN.MOORTHY & EN.VISWANATHAN
Bekas Ketua Penolong Pengarah dan Panel
Lembaga Peperiksaan Malaysia
08.40 malam : Sesi Soal Jawap
08.50 malam : Ucapan Perasmian Penutup
Tuan Guru Besar SJKT Mak Mandin
Pengerusi MGB SJKT Pulau Pinang
EN.GUNASEKARAN NALLATHAMBI
09.00 malam : Majlis Bersurai
Pengerusi Majlis:
PN.SAROJINI GOPALO
Ketua Panitia B.Tamil SJKT Ladang Mayfield
RM500.00
RM400.00
RM300.00
RM100.00 X 10
TERIMA KASIH