The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-62062452, 2023-04-02 12:03:32

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA TAMIL KALI KE-2

ஆறுமுைம் பிள்கை தமிழ்ப்பள்ைி,08000 சுங்கைப்பட்டாணி,வைடா.



SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) ARUMUGAM PILLAI
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.
TEL / FAX: 04-4421154 EMAIL : [email protected]




ASPIRE TO EXCEL / வெற்றிக்கு வெட்கை

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA TAMIL
KALI KEDUA TAHUN 2022


Tarikh :- 22.09.2022
Hari :- Khamis
Masa :- 1.30 Tengah Hari
Tempat :- Bilik Elilmathi


BIL. NAMA JAWATAN

1. ENCIK S.NAGENDRAN GURU BESAR
2. PUAN S.SARATHAMANI PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

3. ENCIK NANTAH PONNUSAMY PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

4. PUAN G.MALATHY PENGERUSI PANITIA BAHASA TAMIL
5. PUAN N.TAHVAMANI DEVI SETIAUSAHA PANITIA BAHASA TAMIL

6. PUAN A.DANALETCHUMY GURU AJK

7. PUAN G.KOKILAM GURU AJK
8. PUAN R.KOTHAINAYAGI GURU AJK

9. PUAN B.PONGGODY GURU AJK



I) PERUTUSAN PENGERUSI


1. Pn.G.Malathy selaku pengerusi panitia Bahasa Tamil mengucapkan selamat datang kepada
ahli-ahli panitia Bahasa Tamil dan mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa
untuk menghadiri mesyuarat ini.

2. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK panitia yang sentiasa
memberikan kerjasama dan sokongan penuh semasa pertandingan ‘Manavar Mulakkam’.

1


3. Pengerusi menyatakan bahawa beberapa pertandingan telah dijalankan pada awal tahun
iaitu Pertandingan Kuiz dan Pertandingan sempena ‘Tamilar Tirunaal’. Pengerusi turut
mengucapkan tahniah kepada semua guru panitia yang menyumbangkan kerjasama.



II) PERUTUSAN GURU BESAR

4. Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi kerana dapat
melaksanakan mesyuarat dan kepada semua ahli panitia kerana dapat menghadirkan diri.

5. Guru Besar turut mengucapkan tahniah kepada pengerusi panitia atas penyediaan dokumen
mesyuarat yang lengkap mengikut kriteria surat pekeliling(Bil.4/1986). Beliau turut
memberikan penjelasan mengenai Pengurusan Panitia Matapelajaran berdasarkan Modul
Bab2.Beliau meminta guru-guru merujuk Modul Bab2 bagi mendapatkan penjelasan yang
terperinci mengenai peranan dan tanggungjawab guru-guru matapelajaran Bahasa Tamil.

6. Beliau juga menyatakan setiap guru perlu membuat ‘headcount’ berpandukan peperiksaan
untuk menganalisa pencapaian murid serta meningkatkan lagi keberkesanan PdP. Beliau
turut menyatakan bahawa akan memberikan penjelasan terperinci mengenai perancangan
strategik dan taktikal dalam masa akan datang.

III) PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

7. Setiausaha panitia membentangkan minit mesyuarat yang lalu serta mencadang.

8. Minit mesyuarat kali ke-1/2022 disahkan oleh Puan A.Danaletchumy dan disokong oleh
Puan B.Ponggody.

IV) PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

9. Guru Besar meminta guru-guru Panitia perlu memberi fokus kepada aspek bacaan
terutamanya untuk murid-murid Tahap 1. Beliau meminta guru-guru menganalisa dan
mengenalpasti kelemahan murid secara spesifik bagi menangani masalah bacaan dengan
mudah.

10. Beliau turut menyatakan pelbagai kaedah yang menarik boleh digunakan untuk menarik
minat murid untuk membaca terutamanya untuk murid yang selalu ponteng sekolah.





2


11. Pengerusi memaklumkan bahawa beliau telah menyediakan sebuah modul bacaan bagi
murid Tahap satu dan dua. Beliau menyatakan bahawa modul tersebut sesuai digunakan
bagi murid yang lemah dalam bacaan.


12. Pengerusi memberitahu bahawa terdapat seorang murid yang sebelum ini mempunyai
masalah ponteng dapat hadir ke sekolah selepas murid tersebut diberikan modul khas.
Beliau menyatakan murid tersebut lebih berminat untuk membuat modul khas yang
diberikan.

13. Guru Besar mengucapkan tahniah kepada pengerusi atas inisiatifnya dan meminta guru-
guru menggunakan modul tersebut dengan efektif.


V) KSSR

14. Guru Besar meminta semua guru perlu menyediakan Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK)
dan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) mengikut takwim persekolahan yang baru.

15. Guru Besar turut meminta guru-guru perlu teliti dalam membahagikan standard kandungan
asas dan standard kandungan tambahan semasa penyediaan DPK dan RPT.

16. Guru Besar meminta guru-guru merancang kaedah pengajaran standard kandungan
tambahan mengikut keupayaan murid.

17. Guru Besar memaklumkan bahawa semua program atau aktiviti yang dirancang perlu
berasaskan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tindakan : Guru Bahasa Tamil
VI) TS 25

18. Guru Besar menjelaskan bahawa TS 25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah
meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualit tinggi agar selaras dengan
keperluan semasa pendidikan di Negara kita.






19. Transformasi Sekolah 25 adalah usaha kearah melahirkan modal insan yang unggul
melalui:


19.1 Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
19.2 Kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.
3


19.3 Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
19.4 Komitmen komuniti yang padu.



20. Objektif Transformasi Sekolah TS25:

20.1 Mengaplikasikan konsep dan amalan PdPc terbaik.
20.2 Membangunkan kepakaran dalman melalui latihan yang komprehensif dan
berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
20.3 Membangunkan persekitaran pembelajaran yng berkesan dengan mengutamakan
kemenjasian murid.

21. Guru Besar menyatakan bahawa semua guru perlu menyelitkan kriteria kejayaan dalam
Rancangan Pengajaran Harian. Guru Besar meminta guru-guru memberi fokus kepada
kriteria kejayaan yang lebih terperinci.



Tindakan : Guru Bahasa Tamil
VII) PENGGUNAAN PUSAT SUMBER

22. Guru Besar menyarankan guru-guru boleh menggunakan bahan-bahan yang ada dalam
Pusat Sumber untuk kegunaan PDPC.

23. Beliau menyatakan guru-guru boleh menggunakan Pusat Sumber sebagai tempat untuk
menjalankan aktiviti bacaan mengikut jadual yang diagihkan oleh guru Pusat Sumber. Selain
itu,aktiviti bacaan tersebut boleh diaplikasikan sebagai program bacaan Nilam.

24. Guru Besar menyatakan prasarana Pusat Sumber seperti meja dan kerusi dirancang akan
diubahsuai pada masa akan datang bagi mengwujudkan suasana yang lebih kondusif.

25. Guru Pusat Sumber memberitahu guru matapelajaran perlu mengiringi murid semasa
mereka berada dalam Pusat Sumber bagi mengelakkan sebarang kecelaruan.

.
Tindakan : Makluman

VIII) PROGRAM GIFT FOR U (G4U)

26. Guru Besar menjelaskan bahawa tujuan program ini adalah untuk mendisiplinkan murid di
samping menerapkan nilai-nilai murni.
27. Beliau berharap program ini akan mewujudkan murid yang seimbang dalam aspek
pendidikan serta kerohanian.

4


28. Guru Besar mengharapkan kerjasama semua guru bagi menjayakan Program G4U ini dan
beliau berharap program ini akan membantu mengurangkan masalah ponteng sekolah,
masalah bacaan sahsiah dan masalah disiplin di kalangan murid.



Tindakan : Guru Bahasa Tamil

IX) KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL / PROJECT LEARNING CENTRE (PLC)

29. Guru Besar menjelaskan bahawa PLC perlu dijadikan sebagai alat untuk berkongsi maklumat
baru dan terkini mengenai kaedah PDPC di kalangan guru-guru panitia.

30. Beliau menyatakan guru-guru boleh membincangkan persepsi positif dan berkongsi
kandungan buku-buku ilmiah yang dibaca bersama guru-guru panitia yang lain.


31. Beliau turut menyatakan semua guru boleh merujuk kaedah PDPC dari negara lain dan boleh
dijadikan panduan yang baik.

32. Beliau menyarankan semua aktiviti yang dijalankan perlu mempunyai evidens yang sah.

33. Beliau meminta ketua panitia untuk menyimpan evidens seperti gambar sebagai bukti PLC.

IX) PENGAJARAN ABAD 21 / KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

34. Guru Besar menyatakan guru-guru perlu menjalankan aktiviti PAK21yang bersesuaian bagi
menimbulkan suasana PDPC yang menyeronokkan.

35. Beliau menyatakan bahawa pelaksanaan aktiviti PAK21 dapat membantu murid menghayati
PDPC tersebut serta menyukai guru matapelajaran tersebut.

36. Penolong Kanan Pentadbiran menyarankan bahawa guru matapelajaran perlu menulis tajuk
dan objektif PDPC pada ruang objektif di papan putih sebelum memulakan PDPC bagi
memberikan gambaran jelas kepada para murid mengenai kandungan PDPC pada hari
tersebut.

37. Beliau turut menyatakan unsur KBAT harus diberi tekanan dalam PDPC melalui soalan-
soalan aras tinggi bagi membolehkan murid-murid berfikir secara meluas.

X) KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

5


38. Guru Besar menyarankan guru-guru untuk merancang dan menjalankan PDPC yang efektif
dan menarik bagi menimbulkan minat belajar di kalangan murid.


39. Beliau meminta supaya guru-guru perlu merancang kaedah PDPC yang terbeza bagi
golongan murid yang lemah mengikut kebolehan mereka.

40. Beliau menasihatkan guru-guru supaya mengenalpasti masalah spesifik yang dihadapi oleh
murid yang lemah supaya dapat menangani masalah bacaan murid tersebut secara
berperingkat.

41. Beliau turut menyarankan guru-guru supaya masalah ejaan dalam Bahasa Tamil perlu
dikurangkan.Beliau turut menyatakan bahawa pihak pentadbiran sedia membantu guru-
guru dalam menangani masalah bacaan di kalangan murid.


XI) PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

42. Guru Besar membincangkan perkembangan ,kemajuan ,kebolehan dan pencapaian murid-
murid mengikut kelas. Guru-guru menjelaskan faktor-faktor terdapat segelintir murid yang
hanya mencapai Tahap Pencapaian 2 dalam matapelajaran Bahasa Tamil.

43. Guru-guru menjelaskan bahawa masalah ponteng sekolah dan disiplin segelintir murid
menjadi faktor utama dalam pencapaian TP2.

44. Guru Besar menyarankan murid-murid yang kurang menunjukkan minat dalam aspek
pendidikan mungkin memiliki kemahiran dalam bidang lain.

45. Pentaksiran berasaskan tugasan khas atau projek akan membantu murid yang memiliki
kemahiran dalam bidang lain.Beliau turut menyatakan Program G4U akan membantu
mengenalpasti bakat dan minat murid.

46. Beliau menjelaskan bahawa PBD perlu dilaksanakan secara formatif dan sumatif sebagai
pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.Beliau menerangkan bahawa
PBD perlu dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun melaui pelbagai kaedah
pentaksiran seperti:


46.1 Pemerhatian
46.2 Penulisan
46.3 Lisan
Tindakan : Guru Bahasa Tamil

6


XII) PENJAMINAN KUALITI (4P Pementoran , Penyelarasan, Pemantauan & Pengesanan)

47. Guru Besar menjelaskan bahawa Penjaminan Kualiti adalah merupakan salah satu ciri PBD

untuk memastikan pelaksanaan PBD mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan. Beliau
menjelaskan tahap skor yang diberikan kepada seseorang murid oleh guru-guru lebih
dipercayai dan sah melalui penjaminan kualiti.

48. Penjaminan Kualiti terdiri daripada 4 komponan penting iaitu:

48.1 Pemantaun - Pemantauan oleh pihak sekolah (pemantauan dalaman), manakala oleh PPD /
JPN adalah ( Pemantauan luaran)
48.2 Pementoran - Aktiviti perkongsian ilmu dengan ketua panitia/mentor yang dilantik oleh pihak
sekolah. Bagi tahun 2019 ini, kita dah mulai menggunakan istilah PLC.
48.3 Penyelarasan - Aktiviti penyelarasan skor ( tahap Penguasaan) bagi memastikan keseragaman
penskoran.
48.4 Pengesanan - Aktiiti melihat keberkesanan instrumen pentaksiran ( lembaran kerja , projek,
kuiz dan lain-lain )


Tindakan : Guru Bahasa Tamil

XIII) DIALOG PRESTASI

49. Guru Besar menjelaskan bahawa ujian diagnostic perlu dijalankan bagi mengenalpasti aspek
kelemahan murid secara spesifik.Beliau meminta guru-guru perlu merancang tindakan
susulan yang sesuai untuk menangani masalah yang dikenalpasti.

50. Beliau menjelaskan perbincangan dua hala berdasarkan data dan fakta yang lebih spesifik
akan memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak iaitu guru dan murid memahami dan
mengetahui masalah sebenar serta memikirkan cadangan penyelesaian.

51. Beliau turut menyarankan supaya para guru perlu merancang PDPC yang terbeza mengikut
kebolehan murid selepas mengenalpasti masalah pembelajaran murid. Oleh itu pelaksanaan
dialog perstasi perlu dirancang dengan rapi seperti menyediakan
analisis berdasarkan data-data dan fakta.
Tindakan : Guru Bahasa Tamil


XVII) SKPMg2 (Standard 4 dan Standard 2)


7


52. Guru Besar menjelaskan mengenai Standard 4 dan Standard 2 dalam SKPMg2. Standard 4
ialah Pembelajaran dan Pemudahcaraan dan Standard 2 pula ialah Evidens dan Tarikh
Pelaksanaan. Beliau memaklumkan bahawa beliau akan menerangkan mengenai SKPMg2
dengan lebih terperinci dalam mesyuarat yang akan datang.


53. Guru Besar turut memaklumkan bahawa terdapat perubahan dalam borang SKPMg2 dan
beliau akan memberi penjelasan pada mesyuarat akan datang.


Makluman

XIII) PERANCANGAN PROGRAM PANITIA


54. Pengerusi turut menyatakan bahawa aktiviti panitia yang dirancang pada awal tahun
bertujuan mengenal pasti kebolehan dan kelemahan seseorang murid dalam P&P walaupun
tidak dapat dilaksanakan semua aktiviti pada tahun ini.

55. Pengerusi mencadangkan bahawa pembinaan modul khas bagi murid Tahap 1 dan 2
terutamanya untuk murid-murid yang lemah akan diselaraskan.

56. Guru Besar menyatakan peruntukan untuk pembinaan modul boleh diminta dari pihak
sekolah. Guru Besar turut menyarankan semua perancangan panitia perlu mngutamakan
kecemerlangan murid dan segala program yang dirancang harus mempunyai keberkesanan
yang mantap.


Tindakan : Ketua Panitia



XIX) HAL-HAL LAIN


57. Guru Besar menyatakan bahawa program G4U akan menarik murid yang mempunyai
masalah ponteng. Beliau turut meminta guru-guru supaya mengendalikan murid tersebut
dengan kaedah psikologi yang menarik.

58. Guru Besar juga menekankan program vaksin bacaan Beliau berharap program ini akan
mengurangkan masalah bacaan murid.

59. Guru Besar menyatakan bahawa pihak sekolah bersedia membantu para guru dalam
meningkatkan prestasi akademik murid .


Tindakan : Makluman


XX) PENUTUP



8


60. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap semua
tugasan yang telah ditetapkan akan dapat dijalankan sebaik mungkin. Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.








Disediakan oleh: Disemak oleh, Disahkan oleh,

__________________________ ________________________________ ________________________________
TAHVAMANI DEVI A/P NAGARAJAN MALATHY A/P GNAUSELAM PUAN S.SARATHAMANI
Setiausha Mesyuarat, Ketua Panitia Bahasa Tamil Pentadbiran Kanan Pentadbiran
Panitia Bahasa Tamil Sek Jenis Keb Tamil Arumugam Pillai Sek Jenis Keb Tamil Arumugam Pillai
Sek Jenis Keb Tamil Arumugam Pillai Tarikh : 23 September 2022 Tarikh : 23 September 2022
Tarikh: 23 September 2022







SK : 1. Guru Besar, SJKT Arumugam Pillai

2. Semua ahli panel.


































9


Click to View FlipBook Version