Mini Tesis
Keunikan dan Keterbezaan Novel
Oleh
Kelab Persatuan Sastera Malaysia
Maktab Rendah Sains MARA
Balik Pulau
15 Ogos 2021
MRSM BALIK PULAU
Mini Tesis Keunikan dan Keterbezaan
ggggggggggglllNovel
ISI KANDUNGAN
ABSTRAK
PENGHARGAAN
1. BAB 1: PENGENALAN
1.1. PENDAHULUAN -LATAR BELAKANG
1.2. APA ITU NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN
1.3. PENYATAAN MASALAH
1.4. OBJEKTIF KAJIAN
1.5. SKOP PENYELIDIKAN (8 NOVEL)
1.6. HIPOTESIS AWAL
1.7. KEPENTINGAN KAJIAN
2. BAB 2 : TINJAUAN BACAAN
2.1. BIOGRAFI SETIAP PENULIS
2.2. SINOPSIS 8 NOVEL
2.3. TARIKAN SETIAP NOVEL
3. BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 8 NOVEL
3.1. JENIS NOVEL PRPM
3.2. PROSES PENGUMPULAN DATA
3.3. TEMA SETIAP NOVEL
3.4. KEUNIKAN DALAM NOVEL
3.5. PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM 8 NOVEL
3.6. KETERBEZAAN ANTARA 8 NOVEL
3.7. BANDING BEZA NOVEL MALAYSIA DAN NOVEL LUAR NEGARA
3.8. NOVEL DAN KEHIDUPAN)
3.9. KEDUDUKAN NOVEL
3.10. KESIMPULAN
4. BAB 4 : PENUTUP
4.1. RUMUSAN KAJIAN (BAGAIMANA CARA TARIK MINAT
MEMBACA)
4.2. IMPLIKASI DAN CADANGAN
4.3. HIPOTESIS AKHIR
4.4. PENUTUP
Abstrak
E-mini tesis ini terdiri daripada empat novel bagi setiap novel menengah atas di
Malaysia.Jumlah novel bagi menegah atas ialah lapan.Setiap zon memiliki novel yang
berbeza seperti Jendela menghadap Jalan di kawasan zon utara. Novel tingkatan empat terdiri
daripada novel Jendela Menghadap jalan,Di sebalik Dinara,Leftenan Adnan Wira Bangsa dan
Pantai Kasih. Novel tingkaran lima pula terdiri daripada novel Songket Berbenang
Emas,Tirani,Silir Daksina dan Bima Sakti Menari.
Novel-novel ini ditulis berdasarkan kehidupan masyarakat Melayu pada zaman dahulu.
Perkara ini menyebabkan remaja-remaja tidak berminat untuk membaca novel-novel
sebegini. Penggunaan Bahasa Melayu Klasik juga merumitkan mereka untuk memahami
cerita yang dikarang dalam novel-novel tersebut.Jadi, pengarang atau penulis zaman sekarang
haruslah bijak dalam mengendalikan masalah sebegini agar golongan remaja kembali
berminat untuk membaca novel-novel Malaysia semula.
Kajian ini dijalankan bagi memudahkan para pelajar ataupun masyarakat sekliling untuk
membaca novel-novel tersebut.Objektif kajian ini ialah para pelajar Malaysia dapat dibantu
untuk mengetahui isi-isi novel ini dan secara tidak langsung membaca novel-novel ini.
Sumber e-mini tesis ini didapati melalui laman web yang memuat naik maklumat tentang
novel-novel ini.
Remaja zaman kini hilang minat untuk membaca kerana hiburan yang lebih menyeronokkan
berada di hujung jari mereka sahaja. Perkara ini mengakibatkan bahan bacaan seperti novel-
novel yang dinyatakan terabai dan seterusnya pupus jika tiada usaha untuk membantu pelajar
atau para remaja untuk kembalikan minat mereka untuk membaca. Konklusinya, penulis atau
pengarang perlulah bijak mengadaptisakan karya-karya mereka dengan keadaan sekarang
iaitu keadaan teknologi berkembang pesat agar karya-karya penulisan tidak disia-siakan.
Penghargaan
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat
masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada guru tercinta
saya, En.Shurdi bin Shuib kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka
ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai
saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
Bab 1 : 1.1 Latar Belakang Novel
Apakah novel ini sebenarnya? Berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, novel ialah
cerita dalam bentuk prosa, biasanya panjang dan kompleks, yang berkaitan dengan
pengalaman manusia dan kelakuan sosial. Perkataan “novel” mempunyai banyak maksud
dan dapat dibahagikan kepada dua iaitu “novel kecil” yang dikenali sebagai novella dan
“novel besar” yang dipanggil novel. Semua cerita yang panjangnya sederhana atau sangat
panjang semuanya boleh terangkum dalam satu dan dikenali sebagi novel. Kemuncunlan
karya-karya sastera seperti novel-novel Melayu sejak tahun-tahun 1920an hingga akhir-akhir
tahun 1960an dengan membawakan isu, pemikiran dan dan juga gaya bahasa dan teknik
penceritaan tersendiri dan sesuai pada kontek zamannya, sebenarnya telah menjadi dasar
(model) dan kovensi kepada proses penciptaan bentuk novel yang kukuh kepada pengarang-
pengarang novel Melayu yang mula berkarya pada dekad 40an hingga dekad 60an. Dalam
aspek teknik penceritaan yang terdapat pada novel-novel Melayu awal, memang tidak dapat
dinafikan terdapatnya unsur-unsur pembaharuan yang (reformasi) yang diungkapkan oleh
pengarang novel Melayu (kecuali Ishak Haji Muhammad) yang telah mula berkarya pada
tahun-tahun 1950an dan 60an seperti A. Samad Said, Salmi Manja, Hamzah Hussien,
Shahnon Ahmad, Ahmad Boestaman (Ruhi Hayat), Azizi Haji Abdullah, S.Othman Kelantan,
Hassan Ali, A. Samad Ismail, Hamidah Hassan, Khadijah Hashim dan Hassan Ibrahim.
Bab 1 : 1.2 Apa itu Novel fiksyen
dan Bukan Fiksyen
Sebelum kita mengenal pasti apa itu “Novel Fiksyen” dan “Novel Bukan Fiksyrn”, kita
haruslah mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan istilah “fiksyen” dan “bukan fiksyen”
itu sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah “fiksyen”? Fiksyen adalah sebarang
bentuk naratif yang berkaitan dengan peristiwa, yang tidak faktual. Watak-watak itu adalah
khayalan dan hanya ciptaan penulis. Terdapat banyak karya sastera fiksyen yang digunakan
dalam teater, filem, dan muzik. Fiksyen boleh menjadi ½ Fiksyen Realistik, ½ Fiksyen Bukan
realistik, Semi-fiksyen-cerita fiksyen cerita yang benar. “Bukan Fiksyen” merupakan
penceritaan fakta mengenai sesuatu subjek. Perkara ini boleh menjadi tepat atau tidak.
“Bukan Fiksyen” juga berdasarkan fakta yang bertujuan untuk memberitahu, dan perkara ini
adalah mudah, langsung, dan jelas. “Bukan Fiksyen” berkaitan dengan peristiwa yang
sebenarnya berlaku. Secara ringkasnya, Fiksyen adalah berdasarkan imaginasi penulis dan
hanya ciptaannya manakala bukan fiksyen adalah berdasarkan peristiwa factual .Fiksyen
bukan kisah yang benar manakala bukan fiksyen adalah benar. Fiksyen bertujuan untuk
menghiburkan manakala bukan fiksyen dimaksudkan untuk memberitahu Bukan fiksyen
membentangkan fakta secara jelas, mudah, dan langsung manakala fiksyen tidak.
Bab 1 : 1.3 Penyelesaian Masalah
Minat untuk membaca karya-karya sastera dalam kalangan rakyat kini semakin berkurangan
terutamanya karya-karya novel. Perkara ini amat membimbangkan kerana ancaman untuk
karya-karya sebegini pupus buat selamanya amatlah tinggi. Jadi, bagaimanakah kita dapat
mengelakkan perkara yang sedemikian? Salah satunya adalah dengan menarik minat
membaca novel dalam kalangan pelajar dan ke bawah. Mereka merupakan generasi yang
akan mewarisi kita pada masa hadapan. Akan tetapi, minat untuk membaca novel dalam
kalangan mereka amatlah rendah. Bagaimanakah kita dapat menarik minat pelajar untuk
membaca novel.
Antara langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang ramai
membaca karya sastera termasuklah peranan Pusat Sumber Sekolah. Pusat Sumber Sekolah
perlu memperbanyak buku sastera dan karya agung seperti novel ‘Ranjau Sepanjang Jalan’
oleh Shahnon Ahmad, ‘Salina’ oleh A.Samad Said, ‘Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur’
oleh Kamaludin Muhamad dan ‘Tulang-tulang Berserakan’ oleh Usman Awang agar murid
mahupun guru berpeluang untuk membacanya. Pusat sumber boleh menganjurkan
pertandingan mengulas novel-novel karya sasterawan negara berkenaan pada setiap bulan.
Langkah ini membolehkan para pelajar dapat mengenali dan menghayati pemikiran
karyawan-karyawan tersohor tersebut. Karya-karya yang berjaya dilekatkan pada papan
kenyataan berserta gambar novel dan penulisnya. Secara tidak langsung, minat pelajar
terhadap karya sastera akan semakin bertambah. Tegasnya, pihak sekolah khususnya pusat
sumber memainkan peranan yang penting dalam menarik minat pembaca terhadap karya
sastera. Selain itu, peranan ibu bapa juga amat penting dalam mengambil langkah untuk
menarik minat anak-anak membaca karya sastera. Ibu bapa haruslah memberikan pendedahan
tentang karya sastera kepada anak-anak sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Contohnya, ibu bapa boleh membaca sastera ralyat kepada anak-anak
sebelum mereka masuk tidur Melalui cara ini, hubungan silaturahim antara ibu bapa dengan
anak bukan sahaja dapat dipereratkan, malah anak-anak dapat mengetahui cara hidup dan
budaya masyarakat kita sendiri. Selain itu, ibu bapa bolehlah membelikan karya sastera untuk
dibaca oleh anak-anak supaya mereka dapat menghayati keindahan hasil warisan bangsa
selain dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Ibu bapa boleh menghadiahkan novel
yang sesuai kepada anak-anak mengikut umur mereka. Ibu bapa juga perlu pilih bahan
bacaan yang hendak dibeli untuk anak-anak sewaktu membawa mereka berkunjung ke kedai
buku mahupun pameran buku. Seterusnya, ibu bapa harus menyediakan sebuah perpustakaan
mini yang dilengkapi dengan pelbagai bahan bacaan khususnya karya-karya sastera seperti
prosa atau puisi tradisional dan moden yang dihasilkan oleh pengarang tersohor di rumah.
Dengan itu, minat anak-anak untuk membaca karya sastera dapat dipupuk dan disemai dalam
jiwa mereka.
Bab 1 : 1.4 Objektif Kajian
1. Mengkaji daya tarik novel
2. Menganalisis tarikan yang berkesan untuk
menggalakan pelajar membaca novel.
Bab 1 : 1.5 Skop Penyelidikan
Novel yang dikaji ialah Pantai Kasih. Pengarang novel ini ialah Azman Nordin. Novel
ini diterbitkan pada tahun 1994. Novel ini dispesifikasikan sebagai novel fiksyen.
Novel yang dikaji ialah Di sebalik Dinara. Pengarang novel ini ialah Dayang Noor.
Novel ini diterbitkan pada tahun 2012.
Novel yang dikaji ialah Jendela Menghadap Jalan. Pengarang novel ini ialah Ruhaini
Matdarin. Novel ini diterbitkan pada tahun 2009.
Novel yang dikaji ialah Leftenan Adnan : wira bangsa (Leftenan Adnan Wira Bangsa).
Pengarang novel ini ialah Abdul Latip Talib. Novel ini diterbitkan pada tahun 2008.
Novel yang dikaji ialah Songket berbenang emas.Pengarang novel ini ialah Khairuddin
Ayip. Novel ini diterbitkan pada tahun 1962.
Penulis Novel Tirani iaitu Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang
Awet, lahir di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior
Cambridge dari SMK Green Road Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas
@ diploma dari Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan
Temenggong Ibrahim, Johor Baharu.
Novel yang dikaji ialah Silir Daksina.Pengarang novel ini ialah Nizar Parman. Novel ini
diterbitkan pada tahun 2010.
Penulis novel Bima Sakti Menari, Sri Rahayu binti Mohd Yusop, 39, merupakan guru
bahasa Inggeris di SMK Pandan Jaya, Ampang. Beliau adalah bekas pelajar Sekolah
Tun Fatimah itu memiliki ijazah sarjana muda TESL dari Universiti Otago, New
Zealand dan kelayakan ikhtisas pendidikan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala
Lumpur.
Bab 1 : 1.6 Hipotesis Awal
Adakah kelapan-lapan novel diminati oleh para
pelajar?
Bab 1 : 1.7 Kepentingan Kajian
-menggalakan pelajar untuk membaca novel
-lapan novel ini penting kerana sebahagian daripada
spm
-bacaan daripada karya-karya ini dapat meningkatkan
kosa kata pelajar
-memperbaiki bahasa pelajar
Bab 2 : 2.1 Biografi Penulis
Azman Nordin - Pantai Kasih
Azmah Nordin dilahirkan di Kulim, Kedah pada 10 Januari 1958. Beliau menerima
pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Beliau ke Sabah pada
tahun 1973 dan seterusnya menetap di sana sehingga kini.
Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan
rencana. Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada awal tahun 1986.
Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan novel.
Azmah sangat aktif menghasilkan karya. Banyak karyanya yang telah terbit dan memenangi
hadiah. Antara kejayaan yang telah dicapainya termasuklah Hadiah Sastera Sabah dan Hadiah
Sastera Malaysia 1988/1989 bagi cerpennya, Singkowoton, Hadiah Kedua Sayembara ESSO-
GAPENA VIII 1991 bagi cerpennya, Kuntum Perdamaian dan Hadiah Pertama Peraduan
Mengarang Cerpen Maybank-DBP 1991 bagi cerpennya, Mikrotome. Novelnya yang pernah
memenangi hadiah ialah Kukui (1986), Noor Ainku Sayang (1987) dan Dukanya Abadi
(1988/89). Selain itu, novelnya, Dari Dalam Cermin (1992) telah dipilih untuk memenangi
tiga hadiah sastera, iaitu Hadiah Pertama Peraduan Menulis Novel 1989 sempena 25 Tahun
Sabah Merdeka, Hadiah Sastera Sabah 1993 dan Hadiah Sastera Malaysia 1992/93. Sehingga
kini Azmah masih aktif berkarya.
http://www.sabah.edu.my/cwm001/biodata.htm
Dayang Noor - Di sebalik Dinara
Nama Kormesil : Dayang Noor
Nama Sebenar : Nor Aziza binti Sulaiman
Akademik ; Ijazah Kejuruteraan (Elektronik dan Komputer) UPM
Kerjaya : 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang IT
Sejarah Pendidikan :
Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang, Pahang
Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor Bahru(Aliran Sains)
Ruhaini Matdarin - Jendela Menghadap Jalan
Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah. Mendapat
pendidikan sehingga Sarjana Pengurusan Kewangan, pernah berkhidmat sebagai juruaudit,
pengurus kewangan dan penasihat kewangan di beberapa buah syarikat pembinaan dan
konsultansi. Pernah berkhidmat di Tak Community Collegge sebagai tenaga pengajar separuh
masa program budaya Asean 2012-2013. Bermula tahun 2016 memilih untuk bekerja secara
freelance (tapi hal ini ternyata menambah kesibukannya terhadap kerja hakiki) supaya boleh
menulis pada bila-bila masa yang disukai dan melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat
selain bekerja keras hanya untuk membayar bil dan cukai-cukai. Ahli Badan Bahasa dan
Sastera Sabah serta ahli seumur hidup Penulis Nasional (PENA). Menjadi pembimbing dan
mentor bagi MPR peringkat negeri Sabah, bengkel penulisan novel dan cerpen anjuran unit
Penerbitan DBP cawangan Sabah. Alumni Mastera novel 2016. Pengasas bersama SUNTIK,
sebuah program bicara karya eceran (puisi dan cerpen) di surat khabar Sabah yang dianjurkan
setiap bulan bermula bulan Ogos 2017. Pengasas bersama program bicara santai Kupi & Snek
Sastera Malaysia - sejak Oktober 2020.
Abdul Latip Talib - Leftenan Adnan : wira bangsa (Leftenan Adnan Wira Bangsa).
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada
sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954
mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre;skrip
drama tv, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti
Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan,
dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama
Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan
Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005. Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan
Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya
diterbitkan oleh PTS.
Khairuddin Ayip - Songket berbenang emas
Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu
Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya
pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat
pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di
SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke
tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984
beliau mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan
Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun
1985, Khairuddin bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh
tahun di sekolah tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia
Petang. Bermula Disember 1995, bertugas sebagai Guru Penolong Kanan I di SK Seksyen 20,
Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang
Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM Teknik,
Shah Alam, Selangor. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist
Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.
Latar tempat tinggal banyak mempengaruhi Khairuddin dalam bidang penulisan.
Tempat lahir beliau Kampung Parit Jelotong, merupakan kampung tradisi masyarakat
berketurunan Jawa yang letaknya empat kilometer dari pekan Parit Raja,. Beliau melalui
kehidupan sebagai warga kampung, penghuni asrama sekolah pada tahun 1981 dan sewaktu
mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim. Kehidupannya
banyak berubah semasa bertugas di SRK Sri Petaling, sekolah elit yang menempatkan anak
menteri, kerabat raja, datuk, orang berpangkat besar dan golongan berada. Selain itu, beliau
melihat pelbagai ragam kehidupan manusia yang baik hinggalah penagih dadah dan pelacur.
Hidup di kawasan Chow Kit yang terlalu keras, pentingkan diri dan nekad, secara tidak
langsung membentuk dirinya menjadi berani hadapi segala kemungkinan.
Bibi Sabariah Hj Abang Awet – Tirani
BEB SABARIAH atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung
Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road
Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas @ diploma dari Maktab Perguruan
Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu.
Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi,
rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah adalah
ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera
Sarawak).
Karya-karya beliau dimuatkan dalam beberapa buah antologi cerpen iaitu KEPEZI SATU,
KEPEZI DUA (terbitan Haqaf Enterprise- selenggaraan Zaharah Nawawi) dan Memori
Sebuah Rindu (terbitan DBPCS), Antologi Pengucapan Puisi Hari Wilayah-Bandar Raya
2003, 2004, 2005, Antologi Puisi Pertemuan Budayawan BIMP-EAGA 2000, Pelagus-
Antologi Sastera Sarawak Jilid 1 2003.
Selain itu cerpen dan puisi beliau juga pernah disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia,
Utusan Melayu Mingguan, Berita Minggu, Utusan Sarawak, Mingguan Sarawak serta
Majalah Dewan Sastera dan Majalah Wanita.
Beliau juga penerima Anugerah Penghargaan Penulis Sarawak oleh DBP Cawangan Sarawak
pada tahun 2001 dalam genre puisi dan Naib Johan Sayembara Menulis Cerpen sempena
sambutan 50 tahun DBP-2006 dari bahagian Penerbitan dan Penulisan Sastera Kreatif DBP
Cawangan Sarawak.
Mendapat tempat ketiga rencana kritikan sastera Hari Guru dalam Antologi Guru ke-XX
tahun 2007. Kini bergiat dalam penulisan novel dan novel pertama berjudul Tirani kini di
pasaran. Dalam proses penerbitan adalah sebuah kumpulan cerpen berjudul Mawar Magenta
Nizar Parman - Silir Daksina
NIZAR Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di
Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Parit
Raja, Batu Pahat, sementara peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk Menteri, Ayer
Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1992.
Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Kinta (MPKI),
Jalan Dairy, Ipoh, Perak. Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah daripada Open University of Malaysia.
Sri Rahayu binti Mohd Yusop - Bima Sakti Menari
Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP
Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor
Tarikh lahir: 18 Jun 1976
Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988).
Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993).
Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand
dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999)
Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK
Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).
Bab 2 : 2.2 Sinopsis 8 Novel
Pantai Kasih
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang
bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.
Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian
terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata
kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu
yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-
lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati.
Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang,
ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri
ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi
ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia
memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu
Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-
ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu,
biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika
itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan
untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi
berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya,
menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami
kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas
oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan
sederhana.
Di sebalik Dinara
Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa
disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji
DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana
Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa
bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan
Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek
mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap
projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di
rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah
pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta
kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam
tempoh empat minggu.
Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida
memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana
manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan
oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada
Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana
mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan
arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang
meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan
Alia yang menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari,
Shida mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba
dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.
Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala
secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle
Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat dua
orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam kemudian,
Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa
Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga
Azraai.
Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun
Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan
Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha
tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat.
Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada
fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap
kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram,
Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.
Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr.
Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan
tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah
sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn kegembiraan.
Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida
yang kemurungan mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda
Shida namun gagal.
Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah Farisha
memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa Farisha
keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung dengan Karl
melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang
disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta ribuan manusia.
Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida)
mendedahkan kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga
cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita
cacat yang diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah
menjalani proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab.
Keadaan di Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang
didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya
mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan
menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran
tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi.
Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan
komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar
rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl
(Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak.
Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa dengan
Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00 malam.
Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara
dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat
bahawa Karl masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari mendapatkan
Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem,
Aqram terus terdiam.
Jendela Menghadap Jalan
Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama--sama ibu dan bapanya di
Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di
kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi disebabkan
perasaan hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan
neneknya.
Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan dirinya
lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang pertama
yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan tradisional.
Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih kepada cara
perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak mereka yang masih
muda.
Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan tua
berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada ataupun
membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika dalam perjalanan ke
kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran yang sama, tetapi
bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ.
Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah. Anak
Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka mencuri
dan terlibat dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang dari bandar,
dia telah ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang tidak diketahui
dan telah ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel.
Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat yang
berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah dan anak-
anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah yang tidak
bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan datang untuk berubat
dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu sehingga
pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah menceritakan sejarah
kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap jalan.
Leftenan Adnan : wira bangsa (Leftenan Adnan Wira Bangsa).
Pada awal penceritaan,novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil.Beliau
dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal,Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu
masih berada dalam kemiskinan.Kehidupan mereka bergantung pada sawah
dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup makan sahaja.Keadaan ini turut dirasai oleh Pak
Saidi dan Mak Milah,iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak,iaitu
Adnan,Ahmad dan Amarullah.Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi.Sejak
kecil,Adnan rajin membantu keluarganya dan merupakan anak yang taat akan perintah orang
tuanya.Walaupun usianya baru mencecah sepuluh tahun,setiap pagi Adnan akan pergi ke
kebun getah membantu orang tuanya menoreh getah.Selain itu,dia turut membantu
keluarganya mengerjakan sawah bendang.Pak Saidi dan anak-anaknya tidak suka membuang
masa dengan duduk bersembang di kedai kopi.
Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan.Beliau sengaja merahsiakan
keturunannya
kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi orang buruan
inggeris.Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan.Semangat patriotik
yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal.Pak Saidi amat mengambil berat tentang sejarah
tanah air.Beliau sentiasa menekankan betapa pentingnya orang-orang Melayu mengubah
kehidupan di negara sendiri.Para penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini dan
menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan.Nasib orang Melayu terpinggir dan
tidak terbela.Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya.Pengetahuan Pak
Saidi yang luas tentang sejarah tanah air amat dikagumi oleh penduduk kampungnya.Pak
Saidi banyak membaca tulisan pengarang tanah air ketika itu seperti Syed Syeikh Al-
Hadi.Keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said,Mat Kilau,Datuk Bahanam,dan Datuk
Siamang Gagap sering menjadi inspirasi dalam meningkatkan semangat patriotisme yang ada
dalam dirinya.
Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan pendidikan
terbaik untuk anak-anaknya.Beliau mahu anak-anaknya berbakti kepada agama,bangsa,dan
tanah air.Oleh sebab itu,Adnan telah dilengkapi dengan ilmu keagamaan dan ilmu
persilatan.Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah negara akan dapat
dibangunkan.Pihak penjajah sememangnya tidak suka orang melayu menjadi
pandai.Pelajaran yang diperolehi mereka setakat boleh membaca dan menulis sahaja.Atas
dasar itu,Pak Saidi berhasrat mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris
untuk memperoleh ilmu pengetahuan.Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada
masyarakat kampung yang khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama
Kristian dan seterusnya menjadi murtad.Tentangan penduduk kampung itu tidak mematahkan
semangat Pak Saidi untuk menghantar anak-anaknya menimba ilmu di sekolah aliran
inggeris.Bagi Pak Saidi,masyarakat Melayu perlu belajar daripada orang
Inggeris yang lebih maju dalam pelbagai bidang keilmuan.Anak-anak perlulah dilengkapi
dengan ilmu pengetahuan kerana itu sahaja caranya untuk mengambil alih pemerintahan
negara ini daripada tangan penjajah.
Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran inggeris.Di sekolah, Adnan terkenal
sebagai pelajar rajin dan pintar.Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh teman-teman
dan juga guru-guru sekolah.Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar.Setelah
tamat persekolahan, beliau diterima menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal.
Namun,bidang perguruan bukanlah minatnya.Cita-citanya hanyalah satu,iaitu untuk
menjadi askar.Adnan telah terpilih menjadi askar dalam suatu sesi temu duga yang diadakan
di Port Dikson.Kejayaan Adnan terpilih untuk menjalani latihan ketenteraan
menjadi buah mulut di pelosok kampung.
Konflik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi
tentera.Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali barut Inggeris.Adnan
tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya.Beliau menjadi
pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya berjumlah 25
orang.Kegigihan Adnan membolehkan beliau terpilih mewakili platun Askar Melayu dalam
perbarisan memberi hormat bagi menyambut upacara pertabalan King George VI di
London.Adnan telah berkahwin dengan Sophia,anak Pak Fakih.Adnan membawa Sophia dan
anak-anaknya ke Singapura.Namun,Adnan terpaksa menghantar anak-anaknya dan
isterinya pulang ke kampung selepas mendapat berita yang mengejutkan. Beliau mendapat
tahu bahawa Jepun mahu menyerang Singapura.Mereka juga mahu menjajah Tanah
Melayu.
Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah berjaya
menyakinkan Mejar G.Mc Bruce mengenai kemampuan anak-anak muda Melayu menjadi
tentera lalu diadakan pengambilan rekrut baharu.Pada 1 Januari 1935,pasukan percubaan
Askar Melayu telah ditukarkan menjadi Rejimen Askar Melayu dengan kekuatan anggota
sebanyak 150 orang.Kemudian dipercepatkan pengambilan anggota baharu menjadi 232
orang.Mereka dibahagikan kepada dua kompeni dilengkapi dengan platun
mesingan,seksyen semboyan, dan unit tambur.Pada 1 Januari 1938,Batalion Pertama Askar
Melayu ditubuhkan dengan dianggotai 17 pegawai British,6 pegawai melayu,11 pegawai
waran,759 pegawai,dan lain-lain pangkat.Pada bulan Mac 1941,Rejimen Askar Melayu
ditambah kekuatan menjadi dua batalion.Mereka diberi tanggungjawab untuk
mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun.
Pada Sabtu 6 Disember 1941,satu persidangan telah berlangsung di Manila yang
dihadiri oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British.Laporan perisikan
menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah berlayar menuju Asia.Risikan mendapati
sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal tempur,kapal
penjajap,dan kapal pembinasa menuju Laut China Selatan.Hal ini merupakan isyarat jelas
bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.
Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang pendaratan
askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember
1941.Pada hari pertama askar Jepun mendarat,mereka telah ditentang hebat oleh askar
Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang berkubu di sepanjang pantai.Pada hari
kedua,kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang pantai
menyebabkan ramai yang terkorban.Hal ini banyak menyebabkan askar India yang
berkhidmat dengan tentera British melarikan diri.Namun,askar Melayu terus bertahan dan
berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun.Namun,pada hari ketiga,askar Melayu yang
sedang bertempur diarahkan berundur.Dengan itu,askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan
setelah tiga hari bertempur.
Mitos keunggulan tentera British di Tanah Melayu dapat dihancurkan oleh Jepun
dalam masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di Kota
Bharu,Kelantan.Pertahanan tentera British mudah sahaja ditewaskan oleh tentera Jepun
yang cukup licik dan memiliki kemahiran dalam peperangan. Akibatnya,negeri-negeri di
Tanah Melayu satu persatu jatuh ke tangan tentera Jepun.Kemudian,mereka terus mara ke
Singapura dan dalam masa 69 hari Inggeris terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.
Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis
serangan askar Jepun.Sebaik-baik sahaja mendapat laporan tentang tentera Jepun
mendarat di Kota Bharu,Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang
pantai.British juga menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince Of Wales dan Repulse
untuk mempertahankan Tanah Melayu.Malangnya,kedua-dua buah kapal perang kebanggaan
British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang melakukan
serangan kamikaze.Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah mengejutkan
British sekali gus melemahkan moral dan semangat askarnya.
Namun,mereka masih percaya satu-satunya kubu pertahanan yang dianggap
kebal ialah Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu tidak akan dapat
ditembusi oleh askar Jepun.Dalam pertempuran dengan askar Melayu di Kelantan dan di
Singapura,askar Melayu telah menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang
hebat. Sebanyak 152 orang askar melayu,termasuk 7 pegawai Melayu yang dipinjamkan ke
Rejimen Askar Melayu terkorban.Antara pegawai askar Melayu yang terkorban itu
termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi.Beliau bersama-sama dengan 42 orang anggotanya
yang masih hidup telah berjuang sehingga titisan darah yang terakhir.Pada 15 Februari 1942,
askar Jepun berjaya menakluki Singapura setelah berlaku pertempuran
hebat.Akhirnya British terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.
Songket berbenang emas
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah
Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh
teman-temannya seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah
keluarga hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal
didudukinya. Ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana
kemurungan dan hilang ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital
Batu Pahat kerana pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar
kata / bersikap degil setelah tersilap memilih rakan. Dia tergamak menjual kambing
peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah mendapat
pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan masalah yang melanda
keluarganya walaupun dia anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula
beranggapan bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang kerana beranggapan rumah yang
didiami oleh mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering mencemuh mereka berbanding anak
cucunya yang lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil
keputusan untuk menjual tanahnya yang diduduki / ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun
begitu, Tauke Lim menawarkan pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.
Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya.
Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama penuh), Kiambang
(pelajar tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati (11 tahun) dan Anggerik (1 1/2 tahun) masih
belum mampu berdikari. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa memilih
untuk keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Apabila masalah kelurganya makin
meruncing, Dahlia bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi menyara adik-
adiknya yang masih bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya walaupun dinasihati oleh
cikgu Hisyam. Setelah ibunya dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka dilanda banjir
besar. Rumah mereka dihanyutkan manakala mereka sekeluarga pula dipindahkan ke pusat
pemindahan banjir (balai raya bersaiz 50m X 20m) yang terputus bekalan air dan elektrik.
Namun begitu, Dahlia tetap tabah mengulang kaji pelajarannya sehingga mendapat pujian
daripada Encik Daim (wakil perbadi Ahli Parlimen Sri Gading).
Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang serong
oleh jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak
dihargai malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun Dahlia
tetap tabah menghadapi dugaan demi dugaan yang menimpanya. Setelah keadaan dan
masalah keluarganya reda, Dahlia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya
semula. Memandangkan peperiksaan STPM cuma tinggal seminggu lagi (Hari Isnin- 29
November), Dahlia menemui cikgu Salwani bagi meminta kebenaran untuk tinggal di
asrama. Majlis pertunangannya dengan Azhari pula akan diadakan pada 30 Disember setelah
tamat peperiksaan STPM.
Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk
melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah
pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti
Malaya selama 6 bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia dipilih berdasarkan keputusan SPM
dan peperiksaan semesternya yang cemerlang. Dia perlu mendaftarkan dirinya pada 31
Disember, dan pada hari tersebut juga akan berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu,
Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada 30 Disember iaitu pada hari pertunangannya.
Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari terlambat
sampai ke rumah keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang menjadi jurucakap majlis
pertunangan lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua kampung telah menghantar Dahlia ke
stesen bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman juga menyerahkan
sumbangan penduduk kampung sebanyak RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah
tersebut Tauke Lim telah menyumbang sebanyak RM300.00. walau bagaimanapun Azhari
sempat bertemu dengan Dahlia sebelum bas bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam pertemua
tersebut, beliau telah menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi
mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur
walau di mana-mana dia berada.
Tirani
Novel Tirani mengisahkan kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai
cabaran dan dugaan dengan jiwa dan semangat yang kental, Cerita novel ini dimulakan
dengan kisah Waheeda yang berkeinginan tinggi untuk melakukan pembedahan plastik pada
wajahnya yang bertujuan untuk membaiki, memulih, serta menjaga kekemasan diri. Sebagai
pengurus inap desa Tajau Emas, Waheeda bertanggungjawab mengurus segala keperluan dan
kemudahan yang diperlukan oleh tetamu yang menginap di inap desanya dengan dibantu oleh
sanak saudaranya. Fadhil teringat akan bantahannya terhadap hasrat anaknya, Waheeda untuk
melakukan pembedahan kosmetik pada hidungnya kerana dianggap bertentangan dengan
hukum syarak dan konvensi agama. Suara Kamri mengejutkan Waheeda, Fatimah, dan para
pengunjung tentang kehadiran monyet Belanda yang menyerang secara tiba-tiba dalam
kawasan chalet mereka. Semua pekerja dan penghuni bertempiaran untuk menyelamatkan
diri. Waheeda telah dicederakan oleh salah seekor monyet Belanda pada wajah dan
hidungnya hingga dia dikejarkan ke hospital oleh Fadhil sambil ditemani oleh ibunya,
Raidah. Waheeda menaiki pesawat ke Singapura untuk menjalani proses pembedahan mata
dan hidungnya. Bazilah menyambut ketibaan Waheeda di rumahnya di Yishun Street dengan
membuat kejutan, iaitu menjengul secara tiba-tiba dari belakang pintu. Keesokan harinya,
Waheeda berbincang dan menyerahkan dokumen sejarah kesihatan dan pemeriksaan amnya
kepada Dr. Alma Hollis Chen tentang prosedur pembedahan yang akan dilaksanakan di SMC.
Waheeda memaklumkan kepada Bazilah bahawa pembedahan hidung dan mata yang akan
dilaluinya memakan masa antara 10 hingga 15 jam. Raidah meminta Ghazi membelikan tiket
kapal terbang dan meminta Kamri membelikan daun nipah muda untuk dibuat kelongsong
ketupat lepas atau ketupat tolak bala sebagai sebahagian adat orang Melayu Sarawak.
Menurut Dr. Alma Chen, pembedahan matanya akan diketuai oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh,
pakar bedah mata yang berpengalaman manakala pembedahan hidungnya akan diketuai oleh
Dr. Averroes. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama dengan ibunya setelah
menjelaskan sebahagian kos rawatan. Raidah kembali semula ke Sarawak setelah Waheeda
selamat menjalani pembedahan mata dan hidungnya. Petang itu, Waheeda menerima satu
berita yang menggembirakan apabila pihak pengurusan di Flamingo Resort menghubunginya
untuk temu duga jawatan Pegawai Perhubungan di resort itu. Waheeda hadir di Flamingo de
La Rossa sebagai Pegawai Perhubungan Awam. Di Restoran de La Rossa, Zahid
memperkenalkan Waheeda kepada bapanya, Datuk Vasser Arief. Anati menceritakan
pengalaman manisnya menemani Waheeda yang terlibat dalam Pertandingan Ratu
Pelancongan Antarabangsa di The Four Seasons Hotel. Kenangan menjadi lebih manis
apabila Waheeda dinobatkan sebagai juara pertandingan pada malam itu. Zahid menelefon
Waheeda untuk memberitahu bahawa upacara merisik pihak perempuan daripada pihak lelaki
telah selesai dijalankan dan Waheeda kini merupakan sebahagian miliknya. Zahid memujuk
Waheeda agar memberikan notis berhenti kerja di Hotel Flamingo de La Rossa tetapi
Waheeda enggan berbuat demikian atas alasan kontraknya yang masih terikat dengan pihak
hotel tersebut. Waheeda menghubungi Dr. Rushdi untuk memaklumkan bahawa tulang rawan
hidungnya yang dirasakan runtuh. Dr. Rushdi meminta Waheeda datang ke SMC untuk
pembedahan segera pada bahagian hidungnya.
Cerita diteruskan dengan peristiwa majlis pertunangan antara Waheeda dengan Zahid
dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan ringkas antara Ghazi dengan Fatimah.
Majlis perkahwinan antara Zahid dengan Waheeda dijalankan dengan meriah dan
berlandaskan adat serta budaya Melayu Sarawak. Waheeda tidak bersetuju dengan idea bapa
mentuanya, Datuk Vasser Arief untuk menggabungkan Hotel Seri Gading dan Chalet Tajau
Emas menjadi satu syarikat perniagaan. Zahid mencari dan menemui Waheeda di salah
sebuah bilik penginapan penghuninya di Chalet Tajau Emas. Peristiwa itu mewujudkan
perasaan cemburu serta salah sangka yang mendalam terhadap kesetiaan Waheeda. Waheeda
selamat melahirkan bayi perempuan dan menerima rawatan di bilik wad eksklusif, Hospital
Pakar Normah tetapi tidak dihiraukan oleh suaminya, Zahid. Waheeda meluahkan krisis
rumah tangganya kepada ibunya, Raidah. Raidah memberikan nasihat kepada Waheeda agar
bersabar dan sentiasa berfikir secara positif atas ketentuan Allah. Waheeda meminta dan
merayu suaminya agar melihat hasil laporan DNA tetapi dipertikaikan oleh suaminya. Zahid
bertindak nekad dengan menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak satu disebabkan faktor
cemburu dan sikap curiganya yang terlampau itu. Waheeda yang terlalu mencintai suaminya
itu mengalami masalah kemurungan dan migraine rneroyan akibat tindakan suaminya yang
kejam itu. Ghazidan Raidah menemani Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan khidmat
kaunseling di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi, Kuala Lumpur.Waheeda menyatakan
keinginannya kepada ibunya untuk berehat seketika di Semenanjung selepas selesai
menjalani rawatannya di Pusrawi.
Waheeda dan Ghazi membeli Chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Abdul Aziz yang terletak di
Cameron Highlands dan menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah setelah pengurusan
chalet itu bertukar tangan. Waheeda tetap cekal membangunkan chalet itu walaupun berasa
sedih kerana terpaksa berjauhan dengan anak kesayangannya, Izzati yang bersekolah di
Sarawak. Waheeda bersyukur kerana anaknya, Izzati kini sudah membesar sebagai gadis
sunti yang bijak dan amat berdikari, serta boleh membantu Lias menyelia Cafe Iwani dan
Restoran Iwana. Izzati bersembang dengan ibunya, Waheeda mengenai kertas laporan DNA
yang sedang diteliti oleh ibunya, gambar majlis konvokesyennya, dan kecantikan rupa paras
ibunya yang berbeza daripada wajahnya. Zahid dan Aiman yang kebetulan menginap di
Chalet Aya-Sajinah berehat di Cafe Iwani. Mereka berbual-bual tentang berbagai-bagai
perkara seperti perihal keinsafan atas kesilapan masa lalunya dan kemalangan jalan raya yang
dialaminya di Los Angeles hingga mendatangkan kecacatan pada kakinya itu. Lais dapat
mengesan bahawa pemuda yang bernama Zahid itu ialah bekas suami majikannya, Waheeda.
Izzati terkejut apabila Zahid memberitahunya bahawa nama anak gadis yang sebaya dengan
dirinya ialah Izzati. Di bilik penginapan, Zahid menyatakan kekesalannya terhadap sikapnya
yang enggan melihat laporan DNA yang dihulurkan oleh Waheeda pada 20 tahun lepas.
Zahid menangis apabila memberitahu dan mengesahkan bahawa Izzati merupakan anak
kandungnya dan Waheeda, ibu Izzati ialah insan yang dicarinya selama ini. Waheeda terkejut
lalu bergegas meninggalkan Cafe Iwani apabila dia terpandang akan bekas suaminya, Zahid
yang sedang berbual-bual dengan Lais dan Izzati. Izzati memberitahu ibunya tentang
penyesalan Zahid atas kesalahan masa lampaunya tetapi perkara itu sukar diterima oleh
Waheeda lantaran kekecewaan hatinya akibat tindakan kejam Zahid itu. Zahid berasa kesal
atas kesalahannya terhadap Waheeda dan anak kandung mereka, Izzati. Lais cuba
mententeramkan perasaan Zahid dan Waheeda manakala Izzati pula memujuk ibunya agar
memaafkan kesalahan bekas suaminya, Zahid.
Silir Daksina
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama
ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalmnya
terdapat hasil penulisan ayah kandungnya.
Teruja dengan kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan
arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke
kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke
Johor atas sebab-sebab tertentu.
Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah.
Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin
Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan
terhadap anaknya.
Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang
keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah
kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana.
Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal
ini dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana.
Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan
penduduk-penduduk kampung di situ.
Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang
amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya.
Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting
untuk memperkenalkan tarian zapin ini.
Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin.
Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik
tirinya turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah
melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.
Bima Sakti Menari
Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa
yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi
oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata
kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul
Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah
bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima
oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang
berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat
yang berlaku di Kuala Selangor.
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar
untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui
‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak
sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak
terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan
Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah
Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan
untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad
Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan
Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan
itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa
apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba
membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen
minyak Petronas.
Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat
aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini
menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri.
Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan
kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya
terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar
rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.
Bab 2 : 2.3 Tarikan Setiap Novel
Pantai Kasih
Daya tarikan yang terdapat dalam novel ini adalah plot cerita yang tidak dijangka oleh
pembaca. Novel ini bertemakan pahit manis kehidupan seorang siswi yang mengambil bidang
perubatan. Selain itu, kesukaran pesakit yang mempunyai masalah kewangan Berubat di
pusat rawatan yang dia bertugas. Di samping itu, kisah cinta mengenai perasaan Raiha yang
terpendam terhadap mentornya sendiri, doktor Uwang. Akhir sekali, kemalangan yang
ditimpa kat atas mentornya doktor Uwang
Di sebalik Dinara
Daya tarikan yang terdapat dalam novel ini adalah pengutaraan tema yang menarik. Novel ini
mengisahkan tentang persaingan dalam dunia sains antara kau dan Medina sehingga
merupakan unsur-unsur kemanusiaan. Selain itu, watak perwatakan yang digunakan dapat
memberi impak kepada masyarakat untuk mencontohkan sifat positif itu. Jalan cerita yang
teratur dan menarik juga dapat menarik perhatian pelajar untuk membaca novel in
Jendela Menghadap Jalan
Daya tarikan yang terdapat di dalam novel ini ialah penulis berjaya mereka sebuah suasana
kampung yang efektif serta bersesuaian. Perkara ini telah berjaya membuat pembaca
membayangkan pengalaman benda di kampung masing-masing. Penulis juga berjaya
menghasilkan bentuk cerita yang bagus demi mahu wujudkan perasaan ingin tahu dalam diri
pembaca. Sebagai contoh, peristiwa Lili diculik oleh rafi dan Haziq lalu dibawa ke sebuah
kawasan yang tidak diketahui. Penggunaan bahasa yang mudah difahami juga turut
memudahkan novel ini untuk dibaca serta difahami.
Leftenan Adnan : wira bangsa (Leftenan Adnan Wira Bangsa).
Daya tarikan yang terdapat di dalam novel ini adalah pengutaraan tema yang baik. Tema
novel ini mengisahkan keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air.
Selain itu,, banyak nilai dan pengajaran yang boleh dijadikan Iktibar kepada masyarakat.
Akhir sekali, novel ini juga dapat menarik perhatian pembaca kerana perwatakan watak
utama dalam novel ini berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa pembaca
terutama generasi muda yang masih mempunyai kudrat untuk berjuang mempertahankan
negara.
Songket berbenang emas
Daya tarikan yang terdapat dalam novel ini ialah binaan plot yang sangat baik. Watak-watak
direka dengan penuh kreativiti serta sangat bersesuaian. Sebagai contoh, watak Dahlia yang
tidak pernah berputus asa dan redho dengan ke tentuan Tuhan sangat sesuai dengan kisah ini.
Penulis pandai mengatur renta cerita untuk menarik perhatian pembaca. Sebagai contoh, pada
Blok permintaan di dalam novel, penulis berjaya mengujudkan perasaan simpati terhadap
nasib Dahlia yang perlu menghadapi pelbagai ujian yang sukar di dalam diri pembaca
Tirani
Daya tarikan yang terdapat dalam novel ini adalah mengutarakan tema yang baik. Demo
novel ini mengesahkan kecantikan fizikal yang bersifat sementara. Namun, ilmu yang
dimiliki seseorang dapat melindungi kelemahan diri. Banyak nilai dan pengajaran yang boleh
dicontohi seperti nilai kasih sayang seseorang ibu terhadap anaknya. Akhir sekali, pemaparan
watak utama iaitu Waheeda digambarkan sebagai seorang yang gigih berusaha. Waheeda
memajukan syarikat pelancongan Tajau emas milik keluarga sehingga syarikat tersebut
menjadi terkenal dan resort tersebut menerima kunjungan pelancong dalam dan luar negara.
Silir Daksina
Novel ini menarik perhatian pembaca yang berminat dalam cerita-cerita misteri. Novel ini
menceritakan tentang seorang lelaki yang bernama Haiqal yang tinggal bersama ibu dan ayah
dirinya. Kemudian, menerima sebuah manuskrip daripada seorang wanita Cina yang tidak
dikenali. Satu peristiwa yang dapat menarik perhatian saya ialah ketika Haiqal yang hampir
hampir-melanggar seorang budak kecil yang tiba-tiba berlari melintas jalan kerana
memikirkan manuskrip ayahnya yang dibaca setiap hari.
Bima Sakti Menari
Novel ini mempunyai struktur cerita yang amat menarik di mana novel ini menceritakan
tentang kegigihan seorang anak muda dalam usaha banyak melestarikan alam. Cerita ini juga
mengajar kita tentang bintang Orion serta membawa banyak nilai murni yang salah satunya
terdiri daripada semangat setia kawan yang dapat dibuktikan melalui peristiwa Nurul susah
dan abang yang mencari Taufik Setelah mendengar khabar bahawa dia cedera dan mereka
terus menghubungi Ambulans. Novel ini juga menjadi lebih menarik kerana Klimex cerita ini
membawa tema penculikan yang membuatkan pembaca membaca dengan penuh suspense
dan emosi dan minda dalam bank hayati cerita in.
BAB 3
3.1 JENIS NOVEL PRPM
A) Pantai Kasih –FIKSYEN
Di sebalik Dinara - FIKSYEN
Jendela Menghadap Jalan - FIKSYEN
Leftenan Adnan : wira bangsa (Leftenan Adnan Wira Bangsa). – BUKAN
FIKSYEN
Songket berbenang emas - FIKSYEN
Tirani - FIKSYEN
Silir Daksina - FIKSYEN
Bima Sakti Menari - FIKSYEN
3.2 PROSES PENGUMPULAN DATA
http://arazakadam.blogspot.com/2015/04/tema-dan-persoalan-novel-pantai-kasih.html
http://cikguchom.blogspot.com/2015/07/tema-dan-persoalan-novel-di-sebalik.html
https://cikgukumuzz.blogspot.com/2020/12/nota-komsas-analisis-novel-leftenan.html?m=0
https://bmspm2020.blogspot.com/2020/11/tema-dan-persoalan-novel-songket.html
https://bijaktekun.blogspot.com/2017/02/novel-songket-berbenang-emas-tema-dan.html
http://bahasamelayusmktamanmegahria.blogspot.com/2018/05/tema-silir-daksina-
bertemakan.html
https://www.rujukanspm.com/2017/12/tema-dan-persoalan-novel-bima-sakti.html
https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-leftenan-adnan.html
3.3 TEMA SETIAP NOVEL
Pantai Kasih - Tema novel Pantai Kasih ialah ketabahan hati seorang wanita menghadapi
pelbagai rintangan dalam menempuh kehidupnya.
Doktor Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak perempuan tunggalnya
itu adalah seorang anak istimewa yang menghidapi ‘down sindrom’. Sejak mengetahui
keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu digugurkan,
namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada
suaminya. Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak
istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan
menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa kerana
isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya
berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri.
Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak semena-mena
tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat
menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja
membakar anaknya itu.
Di sebalik Dinara – Tema novel ini ialah ketaasuban terhadap teknologi hingga
menghilangkan sifat kemanusiaan
Pada awalnya Karl dapat menerima Medina@Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya.
Tetapi apabila dia berasakan Marilyn lebih hebat daripadanya, dia mula merancang sesuatu
untuk melenyapkan pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia
menjadi gila. Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan
dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat
menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu
Dinara.
Jendela Menghadap Jalan - Tema novel ini ialah kecekalan seorang gadis dalam menempuh
berbagai-bagai ujian dan rintangan.
Semasa berada di Kampung sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di kuala Lumpur
untuk mengadu masalah. Dia berusaha sedaya upaya menempuh ujian dengan semangat
yang kental. Walaupun pernah ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq di sebuah pondok
buruk, peristiwa itu tidak mematahkan semangatnya. Peristiwa itu menguatkan lagi
keinginannya untuk mengikuti perkembangan diri Rafiq dan seterusnya cuba membantu. Lili
cekal mengikuti perkembangan kisah jendela rumah di kampung itu yang menghadap jalan.
Leftenan Adnan - Tema novel ini ialah keberanian seorang anggota tentera dalam
mempertahankan tanah air.
Keperwiraan askar Melayu yang diketuai oleh Leftenan Adnan bin Saidi melambangkan
perasaan cinta akan tanah air demi mempertahankan negara daripada penjajahan kuasa asing.
Keberanian anggota pasukan Rejimen Askar Melayu melawan tentera Jepun telah berjaya
memupuk semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat.
Songket Berbenang Emas – Tema novel ini ialah kegigihan seorang gadis dalam menempuh
berbagai-bagai cabaran dan dugaan hidup.
Dahlia, seorang gadis yang tinggal di Kampung Parit Haji Rais, cekal menempuh berbagai-
bagai cabaran dan dugaan. Dahlia tidak pernah menyalahkan nasib malang yang menimpa
diri dan keluarganya. Dahlia berusaha sedaya upaya untuk menghadapi semua ujian tersebut
dengan jiwa serta semangat yang kental. Cabaran bermula apabila ibunya apabila ibunya,
Saleha disahkan menghidap penyakit kemurungan dan terpaksa dihantar ke Hospital Batu
Pahat dan kemudian dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Baharu untuk rawatan
pemulihan. Dahlia juga gigih menghadapi sikap prejudis nenaknya, Nek Kiah terhadap
keluarga Dahlia kerana keluarga Dahlia miskin berbanding dengan keluarga anak-anaknya
yang lain. Kisah tragis berterusan apabila ayahnya dipatuk ular tedung sehingga terpaksa
menerima rawatan di hospital. Dahlia juga terpaksa berhadapan dengan konflik cinta apabila
dia menjadi rebutan dua jejaka, Azhari dan Najib. Kemelut dalam soal pelajaran terpaksa
dihadapinya kerana dia sering tidak dapat hadir ke sekolah demi adik-adiknya, walaupun
tahun itu dia akan menghadapi peperiksaaan STPM.
Tirani - Tema novel ini ialah kecantikan fizikal seseorang hanya bersifat sementara tetapi
ilmu pengetahuan yang dimiliki mampu melindungi kelemahan diri.
Waheeda yang bijak dan gigih berusaha dalam memajukan perniagaannya, telah melakukan
pembedahan rekonstruksi hidung bagi menjadikan dirinya cantik kerana hidungnya pesek,
tambahan pula hidungnya itu digigit oleh seekor monyet. Pembedahan itu menjadikan hidung
Waheeda mancung dan dia kelihatan berwibawa. Namun begitu, kecantikannya itu
menyebabkan dirinya dibebani pelbagai tugas dan harapan. Meskipun dia mempunyai
pengetahuan dan motivasi diri yang tinggi, Waheeda tidak berupaya untuk memikul semua
tugas tersebut sepenuhnya. Malahan, dia gagal dalam rumah tangga kerana suaminya yang
cemburu meragui status anak mereka kerana wajah bayi itu tidak mewarisi kecantikan
Waheeda.
Silir Daksina - Novel Silir Daksina bertemakan kekeluargaan.
Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca daripada penceraian umi dan ayahnya,
Bima Sakti Menari – Tema novel ini ialah kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan
alam sekitar.
Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk
melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan
mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang.
Mereka telah berusaha dengan mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek
Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama
Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan
membina rumah mesra alam.
3.4. KEUNIKAN DALAM NOVEL
a) Novel Bima Sakti
Keunikan yang ada di dalam novel Songket berbenang emas ini adalah pada jalan ceritanya
yang mengisahkan tentang rintangan yang perlu dihadapi oleh Dahlia untuk berjaya dalam
pelajaran nya apabila di uji dengan pelbagai permasalahan yang timbul.
b)Novel Tirani
Keunikan yang ada di dalam novel tirani ini adalah cerita ini memberi mesej yang sangat
penting untuk kaum wanita hari ini. Mesej yang dibawa oleh cerita ini adalah kecantikan
fizikal hanyalah sementara manakala ilmu dapat menyelamatkan diri.
c)Novel Jendela Menghadap Jalan
Keunikan yang ada dalam novel jendela menghadap jalan ini adalah pembawaan isu konflik
antara kehidupan moden dan Kirpan tradisional. Perkara ini mengingatkan kita bahawa tidak
semua perkembangan sains boleh diikuti oleh rakyat.
d)Novel Leftenan Adnan
Keunikan yang ada dalam novel Leftenan Adenan adalah latar masa yang digunakan dalam
cerita ini yang mengimbau masa lampau. Dimana Malaysia masih lagi belum merdeka
daripada kuasa luar
e)Novel Disebalik Dinara
Keuinikan yang ada di dalam novel di sebalik Dinara ini adalah cerita ini membawa konsep
perkembangan ilmu sains yang semakin meluas. Sifat tamak dalam bekerja boleh
mengakibatkan pelbagai permasalahan.
f)Novel Bima Sakti
Keunikan yang ada di dalam novel Bima sakti ini adalah di malam dibawakan oleh cerita ini
iaitu alam sekitar. Cerita ini mengingatkan kita tentang tugas kita sebagai untuk menjaga
alam sekitar.
g)Novel Silir Daksnina
Keunikan yang ada di dalam novel Silir Daksnina adalah kesungguhan merungkai identiti
ayahnya. Binaan plat dalam cerita ini membuatkan pembaca berasa teruja untuk mengenali
ayahnya.
h) Novel Songket Berbenang Emas
Keunikan yang ada di dalam novel Songket berbenang emas ini adalah pada jalan ceritanya
yang mengisahkan tentang rintangan yang perlu untuk berjaya dalam pelajaran nya apabila di
uji dengan pelbagai permasalahan yang timbul.
3.5. PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM 8 NOVEL
Tema pada setiap novel hampir sama
Misi novel mengekalkan sebuah tradisi ataupun tempat.
Setiap novel suka mengaitkan ahli keluarga ataupun hubungan semasa
Setiap novel mempunyai watak yang menarik
3.6. KETERBEZAAN ANTARA 8 NOVEL
Susunan jalan cerita
Fokus novel
Mesej atau nilai murni yang diterapkan di dalam novel
Tempat di dalam setiap novel.
3.7. BANDING BEZA NOVEL MALAYSIA DAN NOVEL LUAR NEGARA
Novel luar negara mengembangkan cerita mereka dengan bahasa mudah dan difahami. Amat
berbeza dengan novel Tanah air dimana pengembangan jalan cerita dikembangkan dengan
berbelit serta bahasa yang berpuisi. Perkara ini mengakibatkan sesetengah pembaca hilang
minat untuk meneruskan pembacaan mereka. Novel luar negara dapat menghuraikan sebuah
situasi dengan lebih realistic dan menyeronokkan sekali gus memberi pembaca kebolehan
untuk mak ni mengimaginasikan keadaan yang sebenar dengan lebih tepat.
Aturan novel negara menarik dan unit berbanding dengan novel Malaysia kerana perbezaan
cara pengisian yang digunakan. Pilihan teman yang jarang digunakan dalam novel Malaysia
dapat dalam novel-novel luar negara.
3.8. NOVEL DAN KEHIDUPAN
Setelah membuat beberapa rujukan, novel novel-novel Songket berbenang emas novel di
sebalik Dinara, novel tirani, novel disebalik dinara, novel jendela menghadap jalan dan silir
Daksina menunjukkan bahawa nilai berkasih sayang terdapat di dalam novel ini.
Pengajarannya, kita perlu menyayangi orang-orang yang berharga kepada kita agar mereka
rasa dihargai. Selain itu novel-novel seperti novel pantai kasih, novel bima sakti menari,
novel tirani novel Leftenan Adnan menunjukkan bahawa nilai keberanian terdapat di dalam
novel-novel ini. Pengajarannya, kita perlu berani mengambil cabaran yang baru dalam
kehidupan kita agar diam dapat membakar semangat kita hari-hari mendatang.
Seterusnya novel Leftenan Adnan menunjukkan nilai patrotik zam di dalam novel ini.
Pengajarannya ialah kita perlu menanam sifat patriotisme dalam diri kita agar semangat cinta
akan negara tidak semakin pupus. Akhir sekali, kita perlu mengamalkan sifat Siti kawan
sesama rakan agar hubungan persahabatan sama rakan tidak Renggam dan semakin erat.
3.9. KEDUDUKAN NOVEL
1) Novel Leftenan Adnan
2) Novel Jendela Menghadap Jalan
3)Novel Pantai Kasih
4)Novel Disebalik Dinara
5)Novel Songket Berbenang Emas
6)Novel Bima Sakti Menari
7)Novel Silir Daksina
8)Novel Tirani
3.10. KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, mempunyai banyak dan pengajaran yang dapat dijadikan contoh
kepada para pembaca. Selain itu, setiap novel upload cerita yang menarik serta tarikan yang
tersendiri. Pada pendapat saya, novel yang paling menarik minat saya sekali ialah novel
Leftenan Adnan. Hal ini kerana novel tersebut ditulis berdasarkan cerita sebenar sekali gus
saya dapat mempelajari sejarah hitam Malaysia. Di samping itu, jalan penceritaan yang
menarik dan struktur cerita yang disusun dengan baik dapat mengekalkan pembaca berminat
untuk kekal membaca. Novel yang bagus adalah novel yang mudah difahami serta susunan
cerita yang cantik dan menarik.
. BAB 4 : PENUTUP
4.1. RUMUSAN KAJIAN
Remaja pada zaman kini makin pudar minat mereka untuk membaca sebarang novel. Perkara
ini sedemikian kerana kewujudan hiburan-hiburan baru yang boleh diakses dihujung jari
mereka sahaja. Novel-novel ini perlu pembaharuan baru tanpa mengusik konten asal novel-
novel tersebut. Sebagai contoh, novel-novel tersebut boleh dicetak dengan beberapa visual
yang mewakili suasana cerita dalam tersebut memandangkan remaja pada zaman kini lebih
menggemarkan paparan visual sebagai hiburan mereka. Di samping itu, novel-novel ini boleh
dimodenkan dari segi bahasanya agar para pembaca lebih mudah membaca serta tertarik
dengan novel-novel tersebut.
4.2. IMPLIKASI DAN CADANGAN
Tujuan perkara diatas diusulkan adalah kerana untuk menambahbaik novel-novel tersebut
serta menggalakan lebih ramai remaja dan masyarakat lain untuk membaca novel-novel ini.
4.3. HIPOTESIS AKHIR
Novel-novel ini mempunyai kelebihannya masing-masing. Akan tetapi, kewujudan teknologi
yang semakin berkembang pesat mengakibatkan bahan-bahan bacaan ini semakin terabai dan
makin dilupakan. Diharap dengan beberapa usul yang diberikan dapat mengelakkan daripada
perkara ini berlaku dan seterusnya pupus buat selama-lamanya.
4.4. PENUTUP
Kesimpulannya, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha untuk
mengelakkan daripada bahan bacaan seperti novel dan sebagainya daripada pupus.
Kepupusan bahan-bahan sebegini akan menyebabkan Bahasa Melayu kehilangan identitinya
sendiri. Dengan usaha yang dilakukan, bahan-bahan bacaaan ini akan lenyap serta Bahasa
Melayu akan dipandang tinggi semula seperti pada zaman melayu