ADAB: JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
Assalamualaikum semua..
Sila baca nota di bawah, tekan link
yang dibagi di google classroom
dan jawab soalan yang ustazah
sediakan berdasarkan nota ini.
Pengertian Jiran
Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan
rumah seseorang dan disebut juga tetangga.
Orang Islam wajib beradab dengan jirannya
tanpa mengira agama dan bangsa.
Hukum menyakiti jiran ialah haram dan berdosa.
Perbuatan HAK JIRAN Emosi
•Menghormati adat, Percakapan • Berprasangka
budaya dan agama baik dengan
masing - masing. • Memberikan jiran.
nasihat
•Menziarahi jiran ketika sekiranya perlu. • Bersimpati
sakit. apabila jiran
• Mengucapkan ditimpa
•Memberikan pertolongan. tahniah atas kemalangan.
kejayaan jiran.
•Melebihkan sedikit
masakan dan • Menjaga
memberikannya kepada pertuturan.
jiran.
•Tidak menganggu
ketenteraman jiran.
•Saling memaafkan
kesalahan dan bertolak
ansur.
Mencontohi Kehidupan Berjiran Rasulullah saw
Berbuat baik dengan jiran
•Rasulullah saw sentiasa berbuat baik dengan jiran dan tidak pernah
menyakiti mereka walaupun jirannya yahudi.
Peka dengan kebajikan jiran
•Apabila memasak makanan Rasulullah saw menggalakkan kita
memberikan sedikit makanan kepada jiran, terutama apabila kematian
dan musibah.
•Rasulullah saw melarang kita membiarkan jiran berada dalam
kelaparan sedangkan kita kekenyangan.
Menghargai jiran
•Rasulullah saw berpesan agar kita kerap memberikan hadiah kepada
jiran, dan mendahulukan jiran yang berdekatan.
•Rasulullah saw juga menegah kita meremahkan pemberian jiran
walaupun kurang bernilai.
Kepentingan Adab Berjiran
Individu Masyarakat Negara
Mendapatkan Kerja yang berat Negara maju dan
pahala dan menjadi ringan. menarik
keredhaan Allah. kedatangan
pelancong.
Menjamin Hidup damai dan Ekonomi negara
ketenangan emosi. harmoni. bertambah baik.
Gejala negatif
dapat dibanteras.
Memupuk
silaturrahim.
Disediakan Oleh: Ustazah Hasliza bt Osman
Selamat Membaca