The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rafidah1rafidah1, 2021-09-14 02:37:03

latihan sains

latihan sains

SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 1

TEMA 1: Kaedah Saintifik

Memperkenalkan murid kepada aktiviti kehidupan harian yang menjurus kepada
takrifan sains di mana sains dilhat sebagai satu disiplin ilmu yang melbatkan
pemerhatian dan eksperimen yang sistematik terhadap fenomena alam semulajadi.

Bidang pembelajaran: 1. Pengenalan kepada penyiasatan saintifik

1.1 Sains adalah sebahagian daripada kehidupan harian
1.2 Makmal sains anda

Kuantiti fizik dan unitnya
1.3 Penggunaan alat pengukur, kejituan, kepersisan,

kepekaan dan ralat
1.4 Ketumpatan
1.5 Langkah dalam penyiasatan saintifik
1.6 Sikap saintifik dan nilai murni dalam menjalankan

penyiasatan saintifik

Standard Prestasi

Tahap Tafsiran
Penguasaan
Mengingat kembali definisi Sains / makmal sains / kuantiti
1 fizik dan unitnya / penggunaan alat pengukur / ketumpatan /
langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik

Contoh Soalan:
1.Namakan radas-radas makmal di bawah berdasarkan jawapan yang diberi

Bikar Kelalang kon Corong turas Tabung uji Silinder penyukat

1

SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 1
2.Padankan kuantiti fizik dengan unitnya.

Kuantiti Fizik Unit SI
Arus elektrik Meter
Saat
Panjang Kelvin
Jisim Kilogram
Masa Ampere
Suhu

Tandakan (V ) atau (X) bagi maksud simbol-simbol yang berbahaya di dalam makmal
sains

Simbol Maksud Betul (√) atau
Salah(X)

Mudah meletup

Mudah terbakar
Menghakis

2

SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 1
3.Ketumpatan tiga jenis cecair dalah seperti berikut:-

Cecair Ketumpatan (g/cm3)
Minyak kelapa 0.9
Petrol 0.7
Air 1.0

Danial menuang ketiga-tiga cecair ke dalam satu bikar, labelkan cecair di setiap
lapisan.

4. Namakan kemahiran proses yang terlibat berdasarkan pernyataan berikut.

Pernyataan Kemahiran Proses Sains
Pemerhatian
Pucuk tumbuh ke arah lubang Inferens

Daun tumbuh ke arah lubang
disebabkan gerakbalas terhadap
cahaya

3

SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 1

Tahap Tafsiran
Penguasaan
Memahami definisi Sains / makmal sains / kuantiti fizik dan
2 unitnya / penggunaan alat pengukur / ketumpatan / langkah-
langkah dalam penyiasatan saintifik

Contoh Soalan:

1.Kita perlu mematuhi semua peraturan keselamatan di dalam makmal. Kemalangan
di dalam makmal boleh dielakkan jika langkah keselamatan dipatuhi setiap masa.

Tandakan ( / ) bagi kenyataan yang betul dan ( X ) bagi kenyataan yang salah.

a. Menggunakan bahan kimia dalam kuantiti yang banyak ()

b. Maklumkan kepada guru di akhir sesi pembelajaran jika mengalami

kecederaan ( )

c. Cuci tangan dengan bersih setiap kali selesai melakukan kerja amali ( )

2. Rajah menunjukkan empat termometer Celsius yang berbeza. Suhu badan
seseorang yang tidak sihat ialah dalam julat 360C hingga 420C. Termometer yang
manakah paling sesuai untuk mengukur suhu badan?

45 37 60 100

30 0 20 0
A B C D

4

SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 1

Tahap Tafsiran
Penguasaan
Mengaplikasikan definisi Sains / makmal sains / kuantiti fizik dan
3 unitnya / penggunaan alat pengukur /ketumpatan /langkah-langkah
dalam penyiasatan saintifik

Contoh Soalan:

1.Amin melihat ayahnya memesan minuman teh ais tiga lapis di gerai. Dia mendapati air
yang dipesan mempunyai banyak lapisan

Terangkan mengapa lapisan gula Melaka berada di lapisan paling bawah?
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………

5

SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 1

Tahap Tafsiran
Penguasaan
Menganalisis dapatan penyiasatan dan membuat kesimpulan yang
4 selaras dengan tujuan penyiasatan saintifik ke atas definisi
Sains/makmal sains / kuantiti fizik dan unitnya / penggunaan alat
pengukur/ketumpatan

Soalan:

Kedua-dua radas di atas digunakan untuk menyukat isipadu cecair..
Pada pendapat anda, radas manakah yang paling sesuai untuk menyukat isi padu
cecair 35.5 cm3 dengan tepat. Terangkan jawapan anda.

…………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………

6

SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 1

Tahap Tafsiran
Penguasaan
Menilai keseluruhan proses penyiasatan saintifik yang telah
5 dilaksanakan untuk menentukan langkah-langkah yang boleh
ditambah baik ke atas definisi Sains/makmal sains/kuantiti
Fizik dan unitnya/penggunaan alat pengukur/ketumpatan

Soalan.

Ujian Kemalangan

Sebuah majalah membandingkan bagaimana kereta yang berbeza dapat melindungi
kaki pemandu dalam kemalangan kereta. Berikut adalah keputusan ujian yang telah
dijalankan.

Jenis Daya ke atas kaki (kN)

kereta Pemandu Penumpang

Bahagian atas Bahagian Bahagian atas Bahagian bawah
kaki bawah kaki kaki kaki

Kiri Kanan Kiri Kanan Kiri Kanan Kiri Kanan

AIFEN 11.4 8.8 5.3 1.4 0.5 1.8 2.0 2.1

VONDA 8.5 4.5 0.57 0.88 1.7 2.1 1.4 1.8

a.Buat senarai untuk semua pembolehubah di dalam jadual

Jenis kereta, Bahagian atas kaki kanan pemandu, Bahagian atas kaki kiri pemandu,
Bahagian bawah kaki kanan pemandu, Bahagian bawah kaki kiri pemandu,
Bahagian atas kaki kanan penumpang, Bahagian atas kaki kiri penumpang,
Bahagian bawah kaki kanan penumpang, Bahagian bawah kaki kiri penumpang,
Daya ke atas kaki

b.Yang manakah pembolehubah bergerak balas?
Daya ke atas kaki

7

SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 1

c.Dengan kereta AIFEN, apakah purata daya ke atas pemandu pada
iv.bahagian atas kaki
10.1
v.bahagian bawah kaki
3.35

vi.kedua-dua bahagian kaki
13.45

d.Guna semua data di dalam jadual untuk mengenal pasti kereta yang dapat
memberi perlindungan terbaik kepada kaki. Terangkan jawapan anda.
Kereta VONDA kerana ia mempunyai daya purata yang paling rendah untuk kedua-
dua bahagian kaki pemandu dan penumpang iaitu 2.68

Jadual di bawah menunjukkan data dari sebuah Negara di Eropah.

Jenis kenderaan Panjang kenderaaan (m) Jumlah kematian (per juta
kereta)

Mini 4.2 atau kurang 249
Kecil 4.2 – 4.6 181
Sederhana 4.61 – 5.0 127
Besar 5.01 – 5.3 112

Sangat besar lebih 5.3 133

John ingin membeli sebuah kereta. Berdasarkan jadual di atas, sekiranya anda
seorang jurujual kereta apakah cadangan dan nasihat yang anda berikan untuk
membantu John membuat pilihan. Apakah bukti yang boleh mengukuhkan
cadangan anda? Apakah justifikasi jawapan anda.

Kereta bersaiz besar kerana bilangan kematian yang rendah.

Kereta yang panjang. Panjang bermaksud terdapat zon remuk yang lebih besar
untuk menyerap daya.

8

SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 1

Tahap Tafsiran
Penguasaan
Merekacipta cara penambahbaikan yang boleh dilaksanakan
6 keatas definisi Sains/ makmal sains / kuantiti fizik dan unitnya /
penggunaan alat pengukur/ketumpatan

Contoh soalan:

Sebuah syarikat ingin tahu berapa baikkah aliran minyak motor.
Mereka mengukur masa untuk minyak mengalir keluar dari cawan pada 5 suhu yang
berbeza.

Minyak

Bikar untuk mengumpul
minyak

Jadual menunjukkan keputusan.

Suhu minyak Masa diambil untuk minyak mengalir
oC keluar dari cawan

20 Ujian 1 Ujian 2 Ujian 3 Purata
30 22.3 25.0
40 15.2 23.7 29.0
50 12.5 12.7
60 10.2 22.1 15.8 10.3
9.1 9.3
12.7 12.9

10.2 10.5

9.6 9.2

9

SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 1

a) Kirakan masa purata untuk aliran minyak keluar pada suhu 30° C.
17.7

b) Syarikat bercadang untuk memplotkan keputusan pada carta palang.

Cadangkan dua sebab cara ini bukan cara yang terbaik untuk memaparkan
keputusan.
Contohnya carta bar/palang tidak menunjukkan hubungan antara nilai-nilai/ nilai
sebenar dengan jelas/ tidak boleh melukis satu garis atau lengkung terbaik. ATAU
graf garis menunjukkan hubungan dan lebih tepat. ATAU mana-mana jawapan lain
yang betul.

Apakah nasihat yang akan anda berikan kepada syarikat tersebut untuk
membolehkan mereka membaiki penyiasatan mereka?
Ukur isi padu minyak dengan jitu menggunakan buret (atau peralatan volumetri yang
sesuai untuk mengukur). Ukur suhu dengan jitu menggunakan termometer -10
hingga 110 darjah Celsius. Ukur masa menggunakan jam randik, orang yang sama
akan mangambil bacaan. Yang paling penting ialah mengulangi ujian lebih banyak
kali bagi setiap suhu untuk memastikan kebolehpercayaan yang tinggi dalam hasil/
keputusan.

10


Click to View FlipBook Version