The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ccvui, 2022-09-10 05:06:04

Modul Pedagogi Terbeza

Modul Pedagogi Terbeza

MODUL
PEDAGOGI
TERBEZA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Terbitan 2022
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara
apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, 6 – 8, Blok E9, Parcel E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA.

MODUL PEDAGOGI TERBEZA
ISBN 978-967-420-671-0

PENYELARAS:
DR. NORINA MELATI BINTI MOHD YUSOFF
ABDUL BASITH MUHAMMAD BIN A. WAHID
Unit Projek Khas dan Inovasi
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum
KHIDMAT GRAFIK:
SITI ZULIKHA BINTI ZELKEPLI
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum
NIK ANITA BINTI NIK AHMAD
SMK Hamzah 2, Kelantan
DICETAK OLEH:
Unit Percetakan, Bahagian Pembangunan Kurikulum

PENGHARGAAN

PENASIHAT
HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN

Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum

PENGERUSI
ZURINA BINTI ZULKARNAIN

Timbalan Pengarah
Sektor Prasekolah

PANEL PENULIS
TAJUL EFFANDY BIN HASSAN Sektor Prasekolah
HAJAH MASH MANJAWANI BINTI MAT Sektor Teknologi Maklumat dan Reka Bentuk Teknologi
HAJAH ROFIAH BINTI ABDUL TALIB Sektor Sains Sosial

MOHAMAD RODZI BIN AYOB Sektor Pendidikan Khas
KASAR ANAK JAMPI Sektor Bahasa dan Kesusasteraan

NORDIANA BINTI AHMAD Sektor Sains dan Matematik
MUJIMAH BINTI MUJIM Sektor Prasekolah

SITI ZULIKHA BINTI ZELKPLI Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum

PAKAR RUJUK
DR HAMIMAH BINTI HASHIM Universiti Teknologi Mara

TURUT MEMBANTU
ZAHARIMAH BINTI SUBAINI PPD Petaling Perdana, Selangor
HAMIR BIN HABEED MOHD ABDUL SETTAR Sekolah Seri Puteri, Selangor

RUSILAWATI BINTI MOIN Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
SAPTUYAH BINTI LATIP SMK Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya
MUHAMMAD FIRDAUS BIN YUSUP SMK Desa Serdang, Selangor
DR. MOHD YUSRI BIN KAMARUDDIN SK Cherana Puteh, Melaka
NORMASAYU BINTI MAT RESID SK Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya
NOOR AZLINDA BINTI SHUHAIMI SK RTB Bukit Changgang, Selangor

CHUAH JOON MING SJKC Pei Eng, Kedah
IRENE JEBAMALAR A/P THUMBARAYAN SJKT Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor



ISI KANDUNGAN

RUKUN NEGARA .....................................................................................................vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN .............................................................. viii
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN ....................................................................ix
KATA ALU-ALUAN.....................................................................................................xi
PRAKATA ................................................................................................................ xiii
PENGENALAN........................................................................................................... 1
MATLAMAT DAN OBJEKTIF ..................................................................................... 2
DEFINISI PEDAGOGI TERBEZA .............................................................................. 3
KENAPA PEDAGOGI TERBEZA? ............................................................................. 4
KERANGKA PELAKSANAAN PEDAGOGI TERBEZA .............................................. 6
LIMA PRINSIP UTAMA PEDAGOGI TERBEZA ........................................................ 8
EMPAT ELEMEN PEDAGOGI TERBEZA.................................................................. 8
MEMAHAMI KEPELBAGAIAN MURID .................................................................... 10
LANGKAH PELAKSANAAN PEDAGOGI TERBEZA ............................................... 12
PENTAKSIRAN........................................................................................................ 13
PERANAN................................................................................................................ 15
CONTOH AKTIVITI PEDAGOGI TERBEZA DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN..................................................................................................... 17
BIBLIOGRAFI........................................................................................................... 75



RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak;
mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;

mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan
yang kaya dan pelbagai corak; dan

membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

vii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

viii

x
x
x
x
x

DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN

x
x
3. Kurikulum Kebangsaan
x
(1) Kurikulum Kebangsaan ialah satu program pendidikan
yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini
dan untuk menyampaikan pengetahuan.
x
x
Sumber: Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997

[PU(A)531/97.]

ix

“ Pelaksanaan kurikulum yang harmoni dan berkesan mencakupi
aspek kandungan, pedagogi dan pentaksiran yang berlaku di dalam

dan di luar bilik darjah untuk melahirkan insan yang seimbang.”

KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Penerbitan Siri Bahan Sokongan Bahagian Pembangunan Kurikulum 2022 (BSBPK
2022) merupakan satu usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk
memastikan pelaksanaan kurikulum persekolahan dilaksanakan dengan lebih efektif.
Pembangunan kurikulum bukan sahaja melibatkan aspek kandungan dan pentaksiran
sesuatu bidang disiplin ilmu malah juga merangkumi aspek pedagogi iaitu cara
kandungan kurikulum diterjemah dan dilaksanakan oleh guru.

Pembelajaran murid di sekolah akan lebih bermakna apabila dipacu dengan
pengajaran dan pentaksiran yang berkesan serta disokong oleh kepimpinan yang
berkaliber. Penerbitan Siri BSBPK 2022 adalah bertepatan dalam memastikan
kelancaran pelaksanaan kurikulum oleh guru di dalam dan di luar bilik darjah seperti
yang termaktub dalam definisi Kurikulum Kebangsaan. Setiap modul dalam siri ini
mengandungi pelbagai panduan dalam bentuk contoh aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta situasi pragmatik yang boleh diadaptasi oleh guru mengikut
kesesuaian sekolah masing-masing.

Tahniah saya ucapkan kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) atas
penerbitan siri BSBPK 2022 ini. Terima kasih dan syabas juga kepada semua pihak
yang telah menjayakan penerbitan siri ini. Semoga Siri BSBPK 2022 dapat
dimanfaatkan oleh semua guru dan warga KPM dalam menjayakan pelaksanaan
kurikulum kebangsaan di sekolah.

Datuk Hajah Nor Zamani Abdol Hamid

“ Pendekatan pedagogi yang bersesuaian dengan keperluan murid dapat
memastikan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna berlaku.”

Prakata

PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah membangunkan pelbagai bahan
sokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul pengajaran dan
pembelajaran (PdP) serta modul penerangan am berkaitan pengurusan dan
pelaksanaan kurikulum sebagai rujukan guru dan warga Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Siri Bahan Sokongan BPK (BSBPK) 2022 kali ini merupakan
kompilasi modul pedagogi terbitan 2001 yang telah ditambah baik dan beberapa
modul baharu berkonsepkan mesra pengguna bagi menyokong serta memudahkan
pelaksanaan kurikulum di sekolah.

Siri BSBPK 2022 terdiri daripada lima bahan sokongan PdP dan dua bahan
penerangan am. Bahan sokongan PdP tersebut ialah: Modul Pedagogi Terbeza;
Modul Pembelajaran Masteri; Modul Pembelajaran Teradun; Modul Pembelajaran
Berasaskan Projek; dan Modul Kecerdasan Pelbagai. Bahan sokongan PdP yang
dirangka merangkumi konsep, strategi dan contoh aktiviti PdP bermula dari peringkat
prasekolah hingga ke peringkat sekolah menengah. Contoh aktiviti PdP dalam bahan
sokongan ini juga disertakan dengan panduan pelaksanaan pentaksiran dalam bilik
darjah.

Bahan penerangan am pula menerangkan konsep dan amalan berkaitan dengan
pengurusan kurikulum dan PdP di sekolah. Bahan penerangan am tersebut ialah:
Modul Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum di Sekolah dan Modul Pembelajaran
Akses Kendiri.

Semoga dengan penerbitan Siri BSBPK 2022 ini dapat menjadi panduan yang
bermanfaat kepada guru untuk melaksanakan PdP dan Pentaksiran Bilik Darjah
dengan lebih berkesan. BPK mengucapkan terima kasih dan merakamkan
penghargaan atas kerjasama dan sumbangan semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan Siri BSBPK 2022 ini.

Haji Azman bin Haji Adnan

Siri BSBPK 2022 boleh digunakan untuk pelaksanaan kurikulum
di dalam dan di luar bilik darjah sebagaimana yang termaktub
dalam definisi Kurikulum Kebangsaan.

Kurikulum Kebangsaan

Kurikulum Kokurikulum

Segala rancangan pendidikan Apa-apa kegiatan yang
yang dikendalikan oleh dirancang selain daripada
sesebuah sekolah atau institusi proses PdP di dalam bilik darjah
pendidikan untuk mencapai (kurikulum).
matlamat pendidikan.

Pelaksanaan kurikulum yang harmoni dan berkesan mencakupi aspek
kandungan, pedagogi dan pentaksiran yang berlaku di dalam dan di luar

bilik darjah untuk melahirkan insan yang seimbang.

Setiap pokok mempunyai keperluan tersendiri untuk membesar
dengan subur.

Begitu juga halnya dengan murid
yang akan menyerlah potensi,

sekiranya diberikan peluang dan persekitaran
yang bersesuaian dengan

keupayaan dan kecenderungan mereka.

Modul Pedagogi Terbeza

PENGENALAN

Pendidikan yang adil dan saksama harus diberikan penekanan kepada
keperluan setiap murid di dalam bilik darjah. Semua guru perlu
merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) yang berkualiti untuk mengembangkan potensi serta
meningkatkan pencapaian setiap individu murid pada tahap
maksimum. Oleh itu, guru harus peka dengan kepelbagaian gaya
pembelajaran murid yang menuntut pendekatan pengajaran berbeza
bukan lagi dengan gaya “one-size-fits-all”. Pedagogi terbeza
merupakan salah satu pendekatan PdP bagi guru mengaplikasikan satu
bentuk pengajaran yang dapat melengkapi keperluan murid yang
pelbagai. Pendekatan pedagogi terbeza ini melibatkan perancangan,
persediaan dan penyampaian pengajaran untuk disesuaikan dengan
keupayaan murid yang pelbagai di dalam bilik darjah.

1

Modul Pedagogi Terbeza

MATLAMAT DAN
OBJEKTIF MODUL

Matlamat

Modul ini diterbitkan sebagai panduan untuk membantu dan
membimbing guru melaksanakan Pedagogi Terbeza. Adalah diharapkan
melalui penerangan mengenai pedagogi terbeza dan contoh PdP yang
disediakan dapat dijadikan sebagai panduan untuk guru merancang
pedagogi pengajaran terbeza. Di samping itu dapat menarik minat murid
untuk terlibat secara aktif dan yakin dengan kebolehan serta kemampuan
mereka.

OBJEKTIF

membantu guru melaksanakan PdP
Pedagogi Terbeza bagi kumpulan murid
yang pelbagai.

membantu guru mempelbagaikan kaedah
pengajaran yang sesuai mengikut tahap
penguasaan dan cara pembelajaran
murid.

membantu guru menarik minat murid untuk
terlibat secara aktif dan yakin dengan
kebolehan serta kemampuan mereka.

2

Modul Pedagogi Terbeza

DEFINISI PEDAGOGI TERBEZA

Guru melaksanakan PdP untuk memenuhi
keperluan individu, sama ada membezakan aspek

kandungan, proses, produk atau persekitaran
pembelajaran. Selain itu, guru menggunakan

kaedah pentaksiran berterusan dengan
merancang tugasan fleksibel untuk menjadikan

pendekatan pengajaran yang berjaya.

Tomlinson (2000)

Menurut Vygotsky, murid memerlukan cabaran
yang bersesuaian untuk belajar, tetapi
cabaran yang diberikan terlalu jauh daripada
pemahaman semasa. Maka, mereka tidak
akan dapat membuat perkaitan dengan
apa-apa yang sedang dipelajari.

Vygotsky (1978)

Pedagogi terbeza ialah pendekatan PdP yang melibatkan
guru secara proaktif untuk mempelbagaikan strategi

pengajaran sama ada membezakan elemen kandungan,
proses, produk atau persekitaran bagi memenuhi keperluan

murid yang pelbagai.

3

Modul Pedagogi Terbeza

KENAPA PEDAGOGI TERBEZA?

Meningkatkan Meningkatkan
hasil pembelajaran pelibatan murid

murid. dalam
pembelajaran.

Meningkatkan Meningkatkan
kesedaran pembelajaran
dan
murid yang
potensi murid. efisien dan
pemahaman
yang mendalam.

Meningkatkan
minat murid
untuk belajar.

Adaptasi: Yu (2014)

 Pedagogi terbeza berkesan untuk pelbagai murid daripada berkebolehan
tinggi hingga murid berkebolehan rendah dan Murid Berkeperluan Pendidikan
Khas (MBPK).

Pedagogi Terbeza merupakan suatu pedagogi yang bersifat mudah lentur dan
diubah suai mengikut kepelbagaian murid dan secara tidak langsung dapat
memberi keadilan kepada murid yang pelbagai di dalam bilik darjah.

Pedagogi Terbeza dapat meningkatkan motivasi kendiri, meningkatkan tabiat
belajar dengan memupuk sifat kerjasama dalam kumpulan serta dapat membina
hubungan yang harmoni antara guru dan murid.

Pelaksanaan Pedagogi Terbeza akan memberi rasa keterpunyaan,
keberkesanan dan keupayaan diri murid. Murid akan mendapati diri mereka
diraikan kerana Pedagogi Terbeza tidak meminggirkan atau mengecualikan
mana-mana murid di dalam bilik darjah, seterusnya dapat mengelakkan
keciciran murid dalam PdP.

44



Modul Pedagogi Terbeza

KERANGKA PELAKSANAAN
PEDAGOGI TERBEZA

5 PRINSIP UTAMA PEDAGOGI TERBEZA

Kualiti Persekitaran Pentaksiran yang
Kurikulum Konsisten

Pengajaran Pengurusan
Responsif Fleksibel

4 ELEMEN PEDAGOGI TERBEZA

Kandungan Proses Produk Persekitaran

Berdasarkan kepada:

Kesediaan Minat Profil
murid murid murid

Rajah 1: Kerangka Pelaksanaan Pedagogi Terbeza

Adaptasi: Souza & Tomlinson, (2018)

Rajah 1 menunjukkan kerangka pelaksanaan Pedagogi Terbeza. Guru perlu
memahami lima prinsip utama Pedagogi Terbeza dan menyesuaikan empat
elemen iaitu kandungan, proses, produk dan persekitaran pembelajaran
berdasarkan kesediaan, minat serta profil murid.

6

Modul Pedagogi Terbeza

Prinsip Utama
Pedagogi Terbeza

1 Guru perlu memahami dengan
Kualiti Kurikulum jelas prinsip utama pendekatan
pedagogi terbeza bagi
memastikan pelaksanaan yang
berkesan.

memastikan pelaksanaan
kurikulum mencapai
matlamat pembelajaran.

2 Persekitaran yang menyediakan persekitaran
menyokong yang kondusif, bagi
pedagogi terbeza menyokong PdP.

3 Pentaksiran yang melaksanakan pentaksiran
berterusan dan secara berterusan bagi
konsisten memastikan objektif
pembelajaran tercapai.
4 Pengajaran yang melaksanakan PdP yang
responsif untuk responsif yang bersesuaian
memenuhi dengan keupayaan murid
kepelbagaian murid agar mereka mampu
mencapai kejayaan.
5 menguruskan pelaksanaan
Pengurusan fleksibel PdP yang fleksibel dengan
mengiktirafkan kesediaan,
minat dan profil
pembelajaran murid.

7

Modul Pedagogi Terbeza

Elemen
Pedagogi Terbeza

1. Kandungan 2. Proses
Apakah yang dipelajari? Bagaimanakah isi kandungan
dipelajari?
Guru mengubah suai
kandungan pelajaran Guru merancang proses
mengikut kesediaan pengajaran yang melibatkan
murid, minat dan profil aktiviti PdP.
pembelajaran.
Guru mengubah suai mengikut
Guru menyesuaikan minat dan gaya pembelajaran
kandungan pelajaran murid.
mengikut keperluan dan
tahap kemampuan Guru mempelbagaikan kaedah
murid. pengajaran, sumber dan aktiviti
pengajaran seperti secara
individu, berpasangan,
kumpulan atau dalam
kumpulan.

Guru mempelbagaikan soalan
berdasarkan keupayaan murid.

Guru memastikan
perkembangan pembelajaran
murid secara berterusan
berdasarkan peningkatan
penguasaan murid.

8

Modul Pedagogi Terbeza

3. Produk 4. Persekitaran
Bagaimanakan hasil Suasana bilik dajah dan
pembelajaran murid dinilai? bagaimanakah ia berfungsi?

Guru membezakan produk Guru menyusun atur
dengan memberikan bahan persekitaran bilik darjah
yang berbeza mengikut yang kondusif bagi menarik
kecenderungan pembelajaran minat murid belajar dan
(kesediaan belajar, minat dan mewujudkan interaksi sosial
profil pembelajaran murid). yang baik.

Guru mempelbagai kaedah
penilaian.

Murid boleh memilih pelbagai
cara untuk menunjukkan hasil
pemahaman mereka seperti
penulisan, persembahan,
projek dan lain-lain.

9

Modul Pedagogi Terbeza

Memahami
Kepelbagaian Murid

Aspek Kecenderungan Murid

Latar belakang Penguasaan
bahasa

Keperluan Minat dan Budaya
tumpuan

Jika Guru perlu memahami dan
seseorang murid mengenali setiap murid yang
tidak berupaya belajar mempunyai cara pembelajaran
mengikut pendekatan PdP yang berbeza berdasarkan
tertentu, guru boleh kepelbagaian keperluan, latar
mengajar murid belakang sosioekonomi, minat
menggunakan pedagogi
dan budaya untuk
terbeza. melaksanakan Pedagogi

Terbeza.

10

Modul Pedagogi Terbeza

KEPELBAGAIAN CARA
MURID BELAJAR

VISUAL AUDITORI FIZIKAL LISAN

Lebih suka Lebih suka Lebih suka Lebih suka
menggunakan menggunakan menggunakan menggunakan
gambar, warna bunyi dan muzik. badan, tangan
perkataan
dan imej. dan deria dalam
sentuhan.
perbualan dan
penulisan.

SOSIAL LOGIK BERSENDIRIAN

Lebih suka untuk Lebih suka Lebih suka
belajar dalam menggunakan bekerja atau
kumpulan atau logik, penaakulan belajar sendiri.
dan sistematik.
bersama-sama orang Adaptasi: Parrula (2021)
lain. 11

Modul Pedagogi Terbeza

LANGKAH PELAKSANAAN PEDAGOGI TERBEZA

SEBELUM Memahami kehendak kurikulum dan

objektif pembelajaran yang sepadan dengan keperluan

pembelajaran murid dan melaksanakan praujian untuk

mengetahui pengetahuan sedia ada murid.

PENTAKSIRAN BERTERUSAN SEMASA PENTAKSIRAN BERTERUSAN
Penyesuaian kandungan, proses,

produk, persekitaran pembelajaran berdasarkan maklumat
kesediaan murid atau profil murid yang relevan untuk menangani
keperluan pembelajaran murid dengan lebih baik. Penyesuaian
mungkin dilaksanakan dengan pengelompokan kumpulan yang

sama atau individu dengan matlamat untuk menyelaras PdP
dengan lebih baik mengikut keperluan murid.

PENGELOMPOKAN MURID

BERKECENDERUNGAN BERKECENDERUNGAN INDIVIDU

YANG SAMA PELBAGAI

Matlamat Matlamat Matlamat
pembelajaran yang pembelajaran yang pembelajaran yang
sama untuk seluruh sama untuk seluruh sama untuk seluruh
kelas atau untuk sub kelas atau untuk sub kelas atau untuk sub
kumpulan kumpulan kumpulan

Guru membuat Guru membuat Guru membuat
keputusan keputusan keputusan
berdasarkan berdasarkan berdasarkan
kesesuaian aktiviti kesesuaian aktiviti kesesuaian aktiviti
melalui beberapa melalui beberapa melalui beberapa
bentuk penilaian bentuk penilaian bentuk penilaian

Aktiviti pembeajaran Pembezaan mengikut Pelajar mengikut
yang berbeza pembahagian tugas laluan pembelajaran
disedakan untuk atau pelbagai tahap individu untuk
kumpulan murid yang sokongan untuk mencapai matlamat
homogen (Contoh: setiap individu dalam pembelajaran
mengikut keupayaan kumpulan.
atau minat)

SELEPAS

Menilai sama ada semua murid telah mencapai objektif
yang ditetapkan dan menentukan murid yang memerlukan

pemulihan atau intervensi.

PENTAKSIRAN BERTERUSAN

12

Modul Pedagogi Terbeza

PENTAKSIRAN

Penekanan Pentaksiran dalam Pedagogi Terbeza

PRAUJIAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN

Praujian Pentaksiran formatif Pentaksiran sumatif

Kenapa? MENGENAL PASTI MENGIKUTI KEMAJUAN MENGESAHKAN
TAHAP PENGUASAAN MURID PEMAHAMAN DAN
KEUPAYAAN MURID
MURID Bagaimanakah untuk
memastikan murid Adakah murid
Apakah yang murid telah menguasai? mencapai tahap
tahu? Apakah yang masih penguasaan/objektif
perlu dibuat? yang ditetapkan?
Bagaimana? ▪ Inventori
▪ Senarai semak Persidangan Ujian topikal
Penilaian rakan Tugasan pencapaian
Pemerhatian Pemerhatian Produk/pameran
Penilaian kendiri Perbualan Demonstrasi
Soal jawab Soal jawab Semakan portfolio
Portfolio
Kuiz
Penilaian Kendiri

Keperluan Praujian dalam Pedagogi Terbeza

1 Membentuk kumpulan yang fleksibel.

Mengenali murid berdasarkan minat,

2 pengalaman dan kecenderungan.

Mengenal pasti perbezaan tahap

3 penguasaan murid sebelum

merancang PdP.

Menentukan kesediaan murid

4 untuk peringkat PdP seterusnya.

5 Menyediakan maklumat bagi
menentukan pembelajaran murid.

13

Modul Pedagogi Terbeza

Pentaksiran Berterusan

“PENTAKSIRAN dalam pedagogi terbeza lebih tertumpu kepada
membantu murid berkembang daripada melabelkan kelemahan
mereka”.

Carol Tomlinson (1999)

merancang memberi menjadi
PdP tumpuan amalan bilik
kepada cara
berkesan murid belajar darjah

membangunkan mengiktiraf mengutamakan
keupayaan untuk semua kemahiran
penilaian pencapaian profesional
kendiri pembelajaran
murid

menggalakkan membantu membina dan
pemahaman murid untuk memupuk
tentang meningkatkan motivasi
matlamat
dan objektif tahap
penguasaan
pembelajaran

PENTAKSIRAN menyediakan maklumat tentang kesediaan,
kekuatan dan keperluan setiap murid bagi guru
melaksanakan PEDAGOGI TERBEZA.

Hasil pentaksiran juga membantu guru membuat
keputusan untuk merancang PdP dalam memastikan murid

dapat menguasai
OBJEKTIF pembelajaran.

14

Modul Pedagogi Terbeza

PERANAN

PENTADBIR

Mewujudkan ruang dan GURU
fleksibiliti kepada guru untuk
melaksanakan pendekatan Merancang PdP berdasarkan
pedagogi terbeza. dokumen kurikulum, minat,
keupayaan serta profil murid.
Melibatkan pelbagai peringkat
kepimpinan di sekolah. Menilai pengetahuan dan
tahap penguasaan sedia ada
Merancang pelaksanaan dan murid.
penambahbaikan pendekatan
pedagogi terbeza di sekolah Memberikan pilihan dan
melalui Latihan Dalam peluang kepada murid untuk
Perkhidmatan/ Professional belajar dan mencapai objektif
Learning Community (PLC). pembelajaran.
Contoh: pengajaran mikro.

MURID Memberikan ruang kepada
murid untuk menghasilkan
Membuat pilihan pembelajaran tugasan mengikut tahap
yang sesuai mengikut minat dan keupayaan serta kreativiti
tahap penguasaan. murid.

Mempunyai kesedaran dan Merancang aktiviti mengikut
tanggungjawab dalam kesesuaian ruang dan suasana
pembelajaran. pembelajaran.

Menyelesaikan tugasan yang Menggunakan bahan atau
diberikan. sumber pembelajaran yang
sesuai dengan persekitaran.

Menjalin kerjasama dengan rakan Memastikan persekitaran yang
sekelas. kondusif sepanjang PdP.

Memainkan peranan aktif dalam Menyediakan aktiviti
proses pembelajaran. hands-on/learning by doing.

15







Modul Pedagogi Terbeza
19

Modul Pedagogi Terbeza
20

Modul Pedagogi Terbeza
21

Modul Pedagogi Terbeza
22

Modul Pedagogi Terbeza
23



Modul Pedagogi Terbeza
25

Modul Pedagogi Terbeza
26

Modul Pedagogi Terbeza
27

Modul Pedagogi Terbeza
28

Modul Pedagogi Terbeza
29



Modul Pedagogi Terbeza
31

Modul Pedagogi Terbeza
32


Click to View FlipBook Version