The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ires_seri84, 2021-10-26 09:11:22

Min Mesy Agung Koop 2020

Min Mesy Agung Koop 2020

KOPERASI SMK TENGKU AFZAN KUANTAN BERHAD

1. MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-17

2. BIL/TAHUN : KALI KETUJUH BELAS /2020

3. TARIKH : 21 OKTOBER 2020 (RABU)

4. MASA : 2.00 PETANG

5. TEMPAT : DEWAN SMK TENGKU AFZAN

6. KEHADIRAN : 428 orang

7. CATATAN MESYUARAT

7.1 Ucapan Pengerusi Mesyuarat Agung Tahunan

7.1.1 Puan Hajah Haniliza binti Sulaiman, selaku Pengerusi Mesyuarat Agung Koperasi
SMK Tengku Afzan Berhad kali ke-17 mengucapkan terima kasih kepada semua guru
dan pelajar yang hadir ke Mesyuarat Agung Koperasi SMK Tengku Afzan Bhd Kali ke-
17 hari ini.

7.1.2 Pengerusi turut menyatakan rasa syukur kerana berjaya mengadakan Mesyuarat
Agung Koperasi pada tahun ini walau pun dalam keadaan negara yang masih
bergelut menangani pandemik COVID-19. Pengerusi juga mengingatkan agar semua
ahli koperasi dapat mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang mesyuarat
berlangsung.

7.1.3 Pengerusi turut memaklumkan bahawa banyak sumbangan dapat diberikan kepada
sekolah sekiranya lebih banyak gur dan murid-murid yang berbelanja di koperasi.

7.1.4 Pengerusi juga menyatakan hasrat untuk mencapai sasaran perolehan sebanyak RM
300,000.00 pada tahun depan dan ini sangat memerlukan sokongan yang padu
daripada semua ahli.

7.2 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Terdahulu

7.2.1 Puan Nor Baizura binti Abdul Wahab selaku Setiausaha Koperasi SMK Tengku Afzan
Bhd membentangkan minit mesyuarat agung tahunan kali ke-16 dan meminta semua
ahli meneliti minit mesyuarat yang telah diedarkan.

7.2.2 Saudari Nurul Adleena binti Adli dari Kelas 4M mencadangkan agar minit mesyuarat
agung tahunan kali ke-16 diterima dan disahkan, cadangan disokong sebulat suara
oleh semua ahli yang hadir.

7.3 Menimbangkan Laporan Lembaga

7.3.1 Setiausaha membentangkan laporan aktiviti tahunan koperasi bagi sesi
2019 / 2020 untuk perhatian semua ahli koperasi. Semua ahli diminta merujuk buku

mesyuarat agung di muka surat 7 hingga muka surat 9.

7.3.2 Setiausaha juga turut membentangkan sumbangan yang telah diberikan kepada
sekolah melalui lima tabung koperasi yang berjumlah RM 7391.88. Tabung –tabung
ini digunakan untuk pelbagai keperluan dan kemudahan serta kebajikan pelajar dan
warga Afzan.Selain itu juga, tabung ini turut membantu dalam operasi membaikpulih
prasarana dan infrastruktur sekolah.

7.3.3 Saudari Amira Yasmin bt Mohd Nor Hisham dari Kelas 4M mencadangkan agar
laporan diterima dan disahkan. Cadangan disokong sebulat suara oleh semua ahli.

7.4 Menimbang dan meluluskan Laporan Teraudit bagi tahun berakhir 30 April 2020.

7.4.1 Puan Sazila binti Hashim selaku bendahari membentangkan laporan kewangan
teraudit bagi tahun berakhir 30 April 2020. Rujuk Penyata Kewangan dalam
buku mesyuarat agung di muka surat 1 hingga muka surat 11.

7.4.2 Saudari Chew Jia Xin dari Kelas 4M mencadangkan laporan kewangan teraudit
diterima dan disahkan. Cadangan disokong oleh semua ahli mesyuarat.

7.4.3 Bendahari memaklumkan bahawa pada tahun ini koperasi sekolah akan membuat
pembayaran dividen kepada semua ahli sebanyak RM738.00 dan dividen tersebut
akan diberi dalam bentuk baucar yang akan mula diedarkan pada minggu depan.
Pembayaran honorarium pada tahun ini juga akan dibayar kepada semua ALK
Koperasi sebanyak RM2,900.00. Setiap Tabung Koperasi iaitu Tabung Kebajikan
Anggota, Tabung Derma Tertentu, Tabung Pendidikan , Tabung Keceriaan Koperasi
dan Tabung Sukan Rekreasi Sekolah akan menerima RM2,900.00. Saudari Aina
Sofia bt Ruhaizat dari Kelas 4M mencadangkan agar pembayaran dividen dan
honorarium diluluskan dan disokong sebulat suara.

7.5 Meluluskan satu panel bagi mengaudit akaun-akaun koperasi

7.5.1 Pengerusi mencadangkan agar koperasi terus diaudit oleh Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM). Hal ini kerana pengawasan dan pengauditan di bawah SKM amat
memuaskan. Cadangan tersebut dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli.

Tindakan: Setiausaha

7.6 Menetapkan had maksimum keberhutangan koperasi.

7.6.1 Had maksimum keberhutangan yang dicadangkan ialah sebanyak RM 100,000.00
dan dipersetujui oleh semua ahli.

Tindakan: Bendahari

7.7 Membentangkan dan meluluskan Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Tahun
2019/2020.

7.7.1 Bendahari juga membentangkan anggaran pendapatan dan perbelanjaan koperasi
bagi sesi 2020/2021. Saudari Nur Aleeyah bt Zain Mokhsar dari Kelas 4M
mencadangkan agar anggaran pendapatan dan perbelanjaan koperasi bagi tahun
2020/2021 diterima dan disokong sebulat suara.

Tindakan: Setiausaha

7.8 Memilih Anggota Lembaga Koperasi 2020/2021.

7.8.1 Puan Pengerusi meminta semua ahli koperasi meneliti senarai calon Ahli Lembaga
Koperasi yang dipaparkan bagi sesi 2020/2021 . Puan Pengerusi memaklumkan
kepada semua ahli bahawa semua ALK yang disenaraikan merupakan ALK yang
berpengalaman dalam koperasi kerana mereka telah mengikuti kursus-kursus wajib
koperasi yang dianjurkan oleh pihak ANGKASA.

7.8.2 Saudari Tiu Hui En dari Kelas 3S mencadangkan agar semua nama yang
disenaraikan diterima sebagai Ahli Lembaga Koperasi SMK Tengku Afzan Bhd untuk
sesi 2020/2021. Cadangan disokong sebulat suara oleh semua ahli.

Anggota Lembaga Koperasi SMK Tengku Afzan Bhd bagi sesi 2020/2021

Pengerusi : Pn Hajah Haniliza binti Sulaiman
N. Pengerusi : Pn Josephine Hezrin binti Azhar
Setiausaha : Pn Nor Baizura Bt Abdul Wahab
Bendahari : Pn Sazila binti Hashim
Pengurus Jualan : Pn Seri Munira bt Abdul Rashid
Pengurus Stok : Pn Tan Hui Ling
Pengurus Fotostat : Pn Normie Mazlina bt Shamsuddin
ALK Pelajar : Intan Nurirdina Faqihah binti Mohd Azhar

Allysa Maisarah binti Salehuddin
Dhiya Adlina binti Mohd Azeli
Ainun Mardhiah binti Anuar
Nurul Aqilah binti Mohd Yunus
Nur Fatin Aqilah binti Mohd Adnan
Johanis Ayuniy binti Johari
Tiu Hui En

Tindakan: Setiausaha

7.9 Pelantikan anggota untuk menentukan draf minit mesyuarat agung tahunan.

7.9.1 Pengerusi meminta semua ahli menyemak senarai anggota untuk menentukan draf
minit mesyuarat yang telah dipilih. Cadangan tersebut dipersetujui sebulat suara.

7.9.2 Senarai ahli koperasi yang dilantik terdiri daripada :
a. Puan Muslina binti Mustafa
b. Puan Wan Rozita binti Wan Hassan

c. En Mohd Hafiz bin Abdul Rani
d. Puan Najjah binti Abu Hassan
e. Puan Nor Akmaliah binti Lokman
f. Puan Wan Norazmadiana binti Wan Abdullah

Tindakan: Setiausaha

8. Ucapan Penutup

8.1.1 Pengerusi berharap agar koperasi dapat mencapai target perolehan pada tahun hadapan
iaitu Rm300,000.00. Bagi mencapai matlamat ini, semua ahli koperasi mestilah
bekerjasama membantu koperasi dangan sentiasa membeli di koperasi. Pengerusi juga
berharap agar semua warga sekolah yang terdiri daripada guru, staf sokongan dan
pelajar dapat menjadi ahli koperasi sebagai tanda sokongan yang tak berbelah bagi
kepada koperasi. Sekalung tahniah diucapkan kepada ALK Koperasi dan sepenuh
harapan diberikan agar semua ALK dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh
integriti dan akauntabiliti.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.10 petang.

Disediakan oleh; Disahkan oleh,

__________________ ___________________________
Nor Baizura binti Abdul Wahab Puan Hajah Haniliza binti Sulaiman
Setiausaha Pengetua Cemerlang
Koperasi SMK Tengku Afzan Bhd SMK Tengku Afzan, Kuantan.


Click to View FlipBook Version