The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Boon See Khoo, 2023-02-10 18:54:09

Teks Ucapan Pengetua

TEKS UCAPAN PENGETUA (1)

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat petang dan salam Negaraku Malaysia. Terima kasih Pengerusi Majlis, Yang dihormati Barisan Guru Penolong Kanan: Puan Noriza binti Samean (Guru Penolong Kanan Pentadbiran) Puan Siti Hanim binti Ramli (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) Puan Norzakmar binti Nur Halim ( Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum) Puan Shahrina binti Zainal Abidin (Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam) Puan Rosaslinnah binti Kamis (Guru Penolong Kanan Petang ) TEKS UCAPAN PENGETUA


Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran Encik Husien bin Omar Puan Nor Aidah binti Abu Shah Puan Noryazawati binti Mohd Yazid Puan Rusmiyana binti Kamari Barisan guru dan staf SMK Perimbun serta semua tetamu jemputan yang dikasihi sekalian. Puan Nor Siah binti Daud Encik Sevasundram a/l Suppiah Puan Masita binti Mohd Zaini Puan Nur Zamiah binti Che Hussin@Zakaria Puan Roslinda binti Yusof Puan Nurul Nadia binti Mohd Izazi


ALHAMDULILLAH, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran kehadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah izinnya kita dapat berkumpul di dalam dewan ini bagi menjayakan satu majlis Jamuan Akhir Tahun “Hi-Tea” tahun 2021/2022 anjuran Kelab Guru dan Staf SMK Perimbun yang bakal menjadi ingatan di sanubari kita semua. TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN HADIRIN SEKALIAN, Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan selamat datang kepada semua warga SMK Perimbun sama ada yang masih berkhidmat atau pun yang telah menamatkan perkhidmatan mereka. Begitu juga buat rakan-rakan guru dan staf yang telah berhijrah ke tempat baharu. Namun pada hari ini, mereka masih sudi untuk bersamasama memeriahkan majlis yang penuh bermakna ini. Hal ini menunjukkan bahawa, ikatan silaturahim antara kita tiada batas dan penghujungnya.


HADIRIN SEKALIAN, Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli jawatankuasa Kelab Guru dan Staf tahun 2021/2022 serta individu-individu yang telah berusaha dalam menjayakan majlis pada petang ini. Malahan yang lebih penting mereka telah membuktikan kesungguhan dan memberi komitmen yang tinggi dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sepanjang tahun 2022. Semoga kerjasama ini akan dipertingkatkan lagi pada tahun 2023 ini. Insha Allah. Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada semua warga SMK Perimbun yang telah melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang sepanjang tahun 2022.


AKHIR KATA KEPADA SEMUA WARGA PERIMBUN JASA KALIAN AKAN SAYA KENANGI TERIMA KASIH DAUN KELADI PETANG INI KITA MESTI HAPPYHAPPY MAKANLAH SEPUAS HATI HARI INI JANGAN FIKIR PASAL KALORI KALAU TIDAK RUGI. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Click to View FlipBook Version