Selamat Datang ke
MESYUARAT
AGUNG PIBG
Kali Ke-39, Sesi 2020/2021
SMK Putatan, Penampang
23 Oktober 2021
8.00 pagi
Secara Dalam Talian
Dirasmikan Oleh:
YB Datuk Ir. Shahelmy Yahya
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,
merangkap ADUN N24 Tanjung Keramat.
Aturcara Majlis
7.30 pagi >> Kehadiran Ibu Bapa/ AJK PIBG/
Guru secara online
8.00 pagi >> Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku
dimainkan
8.15 pagi >> Aluan Pengacara Majlis
>> Bacaan Doa
>> Ucapan Alu-aluan Penasihat
>> Ucapan YDP PIBG
>> Ucapan PPD
>> Ucapan Perasmian oleh
YB Datuk Ir. Shahelmy Yahya
>> Persembahan Multimedia
>> Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39
Sesi 2020/2021 bermula
>> Penyampaian Sijil Penghargaan
kepada Pegawai PPD dan
Pegawai Perhubungan Polis
>> Paparan Senarai Nama AJK PIBG
Sesi 2019/2021
>> Penyerahan Sijil kepada AJK PIBG sesi
2019 - 2021
>> Membentang, Menerima dan
Mengesahkan Minit Mesyuarat
Agung Kali Ke-39
Aturcara Majlis
>> Membentang dan Menerima
Laporan Aktiviti Tahunan dan
Program Tahun 2019-2021
>> Membentang, Menerima dan
Meluluskan Penyata Kewangan
Berakhir 31 Disember 2020
>> Cadangan Usul
10.00 Pagi >> Pembubaran Jawatankuasa PIBG
Sesi 2019/2021
>> Pengumuman Pemilihan AJK PIBG
Sesi 2021/2022
>> Pengumuman Pemenang Cabutan
Bertuah
>> Pemilihan Juruaudit Dalaman
12.00 Tgh >> Majlis Bersurai
AJK Pelaksana Mesyuarat
AGM PIBG
2021
>> Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39
Sesi 2020/2021 bermula
>> Membentang, Menerima dan
Mengesahkan Minit Mesyuarat
Agung Kali Ke-39
>> Membentang dan Menerima
Laporan Aktiviti Tahunan dan
Program Tahun 2019-2021
>> Membentang, Menerima dan
Meluluskan Penyata Kewangan
Berakhir 31 Disember 2020
>> Cadangan Usul
>> Pembubaran Jawatankuasa PIBG
Sesi 2019/2021
>> Pengumuman Keputusan AJK
PIBG Sesi 2021/2022
>> Pemilihan Juruaudit Dalaman
>> Hal-hal lain
AJK Pelaksana Mesyuarat
AGM PIBG
2021
>> Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39
Sesi 2020/2021 bermula
>> Membentang, Menerima dan
Mengesahkan Minit Mesyuarat
Agung Kali Ke-39
>> Membentang dan Menerima
Laporan Aktiviti Tahunan dan
Program Tahun 2019-2021
>> Membentang, Menerima dan
Meluluskan Penyata Kewangan
Berakhir 31 Disember 2020
>> Cadangan Usul
>> Pembubaran Jawatankuasa PIBG
Sesi 2019/2021
>> Pengumuman Keputusan AJK
PIBG Sesi 2021/2022
>> Pemilihan Juruaudit Dalaman
>> Hal-hal lain
AJK Pelaksana Mesyuarat
AGM PIBG
2021
>> Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39
Sesi 2020/2021 bermula
>> Membentang, Menerima dan
Mengesahkan Minit Mesyuarat
Agung Kali Ke-39
>> Membentang dan Menerima
Laporan Aktiviti Tahunan dan
Program Tahun 2019-2021
>> Membentang, Menerima dan
Meluluskan Penyata Kewangan
Berakhir 31 Disember 2020
>> Cadangan Usul
>> Pembubaran Jawatankuasa PIBG
Sesi 2019/2021
>> Pengumuman Keputusan AJK
PIBG Sesi 2021/2022
>> Pemilihan Juruaudit Dalaman
>> Hal-hal lain
Senarai AJK PIBG
Sesi 2019/2021
YANG DIPERTUA PIBG : MOHD WASLI MATSIN
NAIB YANG DIPERTUA : LAHAJI M YUNUS
SETIAUSAHA : NOORASHIKIN BINTI OTHMAN
BENDAHARI :YUSNITA BINTI YUSOF
AJK GURU :
SITI KHADIJAH BT IBRAHIM
SHEILLAH MEI K. DIAZ
MALINJAH MAHSHAR
RIZUAN JOIKUL
NURUL FARHANA ABDULLAH
AJK IBU BAPA :
HAJI SAMSU BIN GARAM
HAJI DULLI BIN TIASEH@TIASI
ROSEMINAH BINTI SAWAJANN @ SAWADJAAN
JAMULUDIN BIN USMAN
SITI MASNIAH BINTI BASANIH
ZURAIDAH@AIDAH BINTI LAZIM
JURUAUDIT
MAZLAN MINHAT (GURU)
JAINAH MOHD HASSAN (IBU BAPA)
Agenda Mesyuarat
Agung PIBG
2021
>> Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39
Sesi 2020/2021 bermula
>> Membentang, Menerima dan
Mengesahkan Minit Mesyuarat
Agung Kali Ke-38
>> Membentang dan Menerima
Laporan Aktiviti Tahunan dan
Program Tahun 2019-2021
>> Membentang, Menerima dan
Meluluskan Penyata Kewangan
Berakhir 31 Disember 2019 - 2020
>> Cadangan Usul
>> Pembubaran Jawatankuasa PIBG
Sesi 2019/2021
>> Pengumuman Pemilihan AJK
PIBG Sesi 2021/2022
>> Pemilihan Juruaudit Dalaman
>> Hal-hal lain
Ucapan Alu-aluan Penasihat
Datin Joharah Abdullah
Pengetua SMK Putatan
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Datuk Ir Shahelmey bin Yahya,
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan
Rakyat Sabah, merangkap ADUN N24 Tanjung Keramat.
Yang Berusaha Puan Indang Kasi binti Hj Sibin, Pegawai Pendidikan Daerah
Penampang.
Yang Berusaha Encik Mohd Wasli Matsin, Yang Dipertua PIBG SMK Putatan, serta
barisan AJK PIBG ;
Yang Setia ASP Farid bin Hj Sairi, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu
Pejabat Polis Daerah Penampang ;
Yang Setia Inspektor Arisanti binti Aziz, IPD Penampang ;
Yang Berusaha barisan Penolong Kanan SMK Putatan,
Barisan Guru Kanan mata pelajaran,
Guru-guru dan para ibu bapa yang saya hormati sekalian.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah izinNya kita dapat berkumpul
secara maya sempena Mesyuarat Agung PIBG SMK Putatan yang ke-39 ini.
Sesungguhnya, jauh di sudut hati saya, saya mengimpikan mesyuarat ini dilakukan
secara bersemuka kerana sejak saya mengemudi SMK Putatan ini, saya belum
berkesempatan bersua muka, beramah mesra dengan para waris di sekolah ini. Namun
apakan daya, pandemik Covid-19 menjadi penghalang bukan sahaja kepada kita
bahkan kepada masyarakat seluruh dunia.
Namun kita perlu akur kepada Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan demi
memastikan kita kembali ke dalam norma biasa. Walau bagaimanapun, sebagai
pentadbir saya tetap akan melaksanakan tugas saya sebaik mungkin. Justeru, atas
sokongan ibu bapa dan guru-guru, saya telah menambah baik banyak prasarana di
sekolah ini untuk kemudahan pembelajaran murid-murid SMK Putatan. Setiap kelas
dipastikan mempunyai kipas dan lampu yang berfungsi, pintu dan tingkap yang
sempurna, tandas murid dibaik pulih, bilik guru dinaik taraf untuk keselesaan guru dan
persekitaran sekolah diceriakan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Tidak lama lagi sesi persekolahan akan bermula, dan anak tuan-puan akan kembali ke
sekolah. Saya pasti para ibu bapa bimbang akan keselamatan anak-anak yang akan
kembali ke sekolah kelak. Untuk makluman para ibu bapa, keselamatan guru dan anak-
anak sentiasa menjadi keutamaan pihak sekolah dengan memastikan semua SOP yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dipatuhi.
Ucapan Alu-aluan Penasihat
Datin Joharah Abdullah
Pengetua SMK Putatan
Kami yakin dengan kerjasama ibu bapa, guru dan anak-anak dalam mematuhi SOP
yang telah disarankan, anak-anak yang hadir ke sekolah Insya Allah akan berada
dalam keadaan selamat. Dalam hal ini kami berharap ibu bapa atau penjaga dapat
memastikan bahawa anak-anak yang sihat sahaja dihantar ke sekolah.
Alhamdulillah dengan restu Allah walaupun dalam keadaan pandemik ini, sekolah kita
masih mencipta kejayaan cemerlang sama ada dalam bidang akademik mahupun
kokurikulum. Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan usaha guru-guru yang
tidak pernah putus asa dalam mendidik anak-anak tuan-puan. Kejayaan ini juga
menggambarkan usaha dan kerjasama yang terjalin kukuh antara guru dengan ibu
bapa selama ini, diberkati oleh Allah SWT. Buktinya dengan pencapaian cemerlang
murid kita dalam peperiksaan awam SPM yang telah berjaya melonjakkan kedudukan
sekolah kita di tangga yang ke-4 di daerah Penampang.
Untuk itu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan PIBG yang
sentiasa menyokong pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti. Pihak PIBG juga
banyak memberi sumbangan dalam bentuk kewangan untuk pelbagai aktiviti sekolah
serta hadiah kecemerlangan untuk anak-anak yang berjaya. Sumbangan yang PIBG
berikan dalam menjayakan semua aktiviti ini adalah hasil sumbangan ibu bapa kepada
tabung PIBG. Untuk itu, saya menyeru kepada ibu bapa agar terus menyumbang
kepada tabung PIBG untuk kita sama-sama terus menjana dan merancang pelbagai
aktiviti yang akan menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak kita.
Ibu bapa yang dihormati sekalian,
Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru
mengajar, atau pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, tetapi perlu seiring
dengan komitmen ibu bapa. Kita tidak boleh lepas tangan menyerahkan bulat-bulat
urusan mendidik anak-anak kepada pihak sekolah. Jika pihak sekolah mengambil tahu
segala tindak-tanduk anak-anak dari sekecil-kecil salah laku umpamanya datang lewat
kepada sebesar-besar masalah, umpamanya merosakkan harta benda sekolah, itu
menggambarkan kecaknaan guru-guru dan pihak sekolah terhadap anak-anak.
Pesanlah selalu kepada anak-anak untuk sentiasa menjaga harta benda sekolah
seperti menjaga harta benda di rumah sendiri.
Ucapan Alu-aluan Penasihat
Datin Joharah Abdullah
Pengetua SMK Putatan
Sidang hadirin sekalian,
Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan
musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham sesama kita. Masalah
disiplin dan tingkah laku anak-anak perlu ditangani bersama. Masalah ponteng sekolah
yakni tidak hadir ke sekolah tanpa sebab mesti diambil tindakan segera. Jangan kita
biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab. Para guru akan berasa bangga jika ibu
bapa sentiasa mengambil berat dengan disiplin anak-anak di sekolah.
Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima
kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dalam majlis maya pada hari ini. Kehadiran
para ibu bapa menggambarkan kesungguhan dan komitmen dalam meningkatkan
kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan.
Harum melekat ruangan kita,
Haruman wangian kayu cendana;
Teruskan muafakat sesama kita,
Agar keberhasilan cakna terjana .
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ucapan YDP PIBG
En. Mohd Wasli Matsin
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Datuk Ir Shahelmey bin Yahya,
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan
Rakyat Sabah, merangkap ADUN N24 Tanjung Keramat.
Yang Berusaha Datin Hajah Joharah binti Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK
Putatan.
Yang Berusaha Puan Indang Kasi binti Hj Sibin, Pegawai Pendidikan Daerah
Penampang. Yang Dihormati Encik Lahaji M. Yunus, Timbalan Yang Dipertua PIBG
SMK Putatan, serta barisan AJK PIBG ;
Yang Setia ASP Farid bin Hj Sairi, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu
Pejabat Polis Daerah Penampang ;
Yang Setia Inspektor Arisanti binti Aziz, IPD Penampang ;
Yang Berusaha barisan Penolong Kanan SMK Putatan,
Barisan Guru Kanan mata pelajaran,
Guru-guru dan para ibu bapa yang saya hormati sekalian.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat berkumpul sekali
lagi bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 ini. Saya mengucapkan tahniah
kepada semua ibu bapa dan guru yang dapat bersama-sama dalam mesyuarat pada
hari ini.
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas
kepada barisan AJK PIBG kerana walaupun amat sibuk dengan pelbagai tugas, namun
masih berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini. Sesungguhnya
Mesyuarat Agung ini menjadi platform terbaikuntuk semua ibu bapa bersua muka,
berkenalan serta berkongsi idea dan pendapat bernas secara maya, untuk bersama-
sama melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah sama ada dalam bidang akademik
mahupun kokurikulum. Hal ini bukan omong kosong, atau untuk menyedapkan hati ibu
bapa yang hadir pada hari ini, tetapi SMK Putatan sememangnyatelah mencatatkan
pelbagai kejayaan. Contohnya SMK Putatan berjaya melonjakkan kedudukan ke
tangga ke-4 di daerah Penampang dalam peperiksaan awam. Syabas kepada semua
tenaga pendidik yang begitu tegar dan tabah telah bekerja keras untuk memastikan
kejayaan anakanak kita yang belajar disekolah ini.
Ucapan YDP PIBG
En. Mohd Wasli Matsin
Tuan-tuan dan Puan-puan Sekalian,
Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan
tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala tindakan yang dilakukan,
kami sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak kita semua di sekolah ini dan ingin sentiasa
memberikan yang terbaik walaupun kadang kala berdepan dengan kesukaran
terutamanya masalah kewangan, serta masalah pandemik masa kini. Sumbangan wang
ke dalam tabung PIBG yang tuan puan berikan, telah digunakan dengan sebaik-baiknya
untuk membantu membiayai program-program sekolah, untuk meningkatkan pencapaian
pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Oleh itu saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi sumbangan kepada
PIBG. Hal ini memudahkan pelbagai aktiviti dan program sekolah dilaksanakan demi
pembelajaran anak-anak.
Tuan-tuan dan Puan-puan Sekalian,
Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu bapa.
Sumbangan tersebut bukan semata-mata wang ringgit tetapi juga kerjasama ibu bapa
untuk memastikan anak-anaksentiasa hadir ke sekolah. Sokongan dan dorongan
daripada ibu bapa itulah yang lebih utama dan penting sebagai kunci kejayaan anak-
anak. Oleh itu saya menyeru agar ibu bapa turut membantu anak-anak dalam proses
pembelajaran mereka. Pihak PIBG jugaamat berbesar hati untuk merakamkan ucapan
TAHNIAH kepada ibu bapa yang begitu prihatin memberikan komitmen dan memastikan
anak-anak mereka mengikuti PDPR yang diadakan oleh guru-guru pada setiap hari.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
Kolaborasi seumpama inilah diharap dapat menarik lebih ramai penglibatan ibu bapa
dalam memberikan sumbangan kepada sekolah. Oleh itu ingin saya tekankan bahawa
tanpa sokongan ibu bapa SMK Putatan, maka agak sukar bagi mencapai kejayaan dan
kecemerlangan anak-anak kita.
Sebelum mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar
sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama padu kepada pihak sekolah
bagimemastikan SMK Putatan terus melakar kejayaan dan saya juga berharap supaya
semua AJK PIBG yang bakal dilantik kelak, akan meneruskan usaha yang lebih gigih lagi
bagi membantu pihak sekolah sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga.
Akhirul kalam, saya menyusun sepuluh jari andai ada kata-kata mahupun tingkah laku
saya yang membuatkan mana-mana pihak tersinggung. Semoga Allah merestui dan
memberkati segala usaha baik kita untuk SMK Putatan.
Wabillahitaufiq walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakathu.
Sekian, terima kasih.
Ucapan PPD
Puan Indang Kasi Binti Hj. Sibin
Pegawai Pendidikan Daerah Penampang
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Datuk Ir Shahelmey bin Yahya,
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan
Rakyat Sabah, merangkap ADUN N24 Tanjung Keramat.
Yang Berusaha Datin Hajah Joharah binti Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK
Putatan.
Yang Dihormati Encik Mohd Wasli Matsin, Yang Dipertua PIBG SMK Putatan, serta
barisan AJK PIBG ;
Yang Setia ASP Farid bin Hj Sairi, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu
Pejabat Polis Daerah Penampang ;
Yang Setia Inspektor Arisanti binti Aziz, IPD Penampang ;
Yang Berusaha barisan Penolong Kanan SMK Putatan,
Barisan Guru Kanan mata pelajaran,
Guru-guru dan para ibu bapa yang saya hormati sekalian.
Pertama-tamanya saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana berkat
dan restuNya kita dapat bersua melalui maya untuk satu lagi agenda pendidikan yang
utama iaitu Mesyuarat Agung PIBG yang ke-39 ini. Saya amat teruja untuk
mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan kepimpinan PIBG SMK Putatan
kerana berkat kolaborasi yang padu, maka Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini dapat
direalisasikan. Bukan mudah untuk melaksanakannya, apatah lagi dalam situasi
pandemik masa kini. Walaupun demikian, pihak PPD sentiasa mengikuti perkembangan
perjalanan program PIBG bersama dengan pihak sekolah. Kolaborasi padu seumpama
inilah yang yang mampu mengangkat martabat sesebuah sekolah dan PPD setempat.
Tuan-puan yang dihormati sekalian,
Saya berharap permuafakatan di antara ibu bapa dan pihak sekolah dapat
diteruskan dalam suasana murni dan harmoni sebegini. Permuafakatan sebegini
penting untuk membuahkan keberhasilan yang diharapkan. Permuafakatan
seumpama ini akam melahirkan anak-anak didik kita yang cemerlang di dunia dan di
akhirat. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan PIBG adalah sangat penting untuk
saling melengkapi fungsi Kementerian Pendidikan dalam menyediakan prasarana
kemudahan dan suasana sekolah yang kondusif khusus buat anak-anak dan guru-guru
di sekolah. Peranan PIBG dalam memberi motivasi kepada ibu bapa agar memastikan
anak-anak terus mengikuti PDPR, juga tidak dapat dinafikan.Tahniah atas kerjasama
dan usaha gigih semua pihak. Semoga pencapaian anak-anak tuan puan tidak akan
terjejas mahupun patah semangat dalam menempuh pandemik ini.
Ucapan PPD
Puan Indang Kasi Binti Hj. Sibin
Pegawai Pendidikan Daerah Penampang
Kita mempunyai kewajipan yang besar dalam memastikan anak-anak di Daerah
Penampang ini terus bersemangat menuntut ilmu, dan mencapai kecemerlangan.
Hadirin yang dihormati,
Saya difahamkan pada hari ini pihak PIBG dan Pihak sekolah akan menjalankan
pemilihan AJK PIBG yang baharu, serta membincangkan beberapa usul yang
dikemukakan oleh ahli PIBG. Justeru, saya berharap agar semua ahli mesyuarat akan
melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Terima kasih atas perkhidmatan
cemerlang AJK PIBG yang lama. Semoga legasi kecemerlangan AJk lama akan
diteruskan oleh AJK yang bakal dilantik. Saya juga berdoa agar perlaksanaan
agenda hari ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Semoga ukhuwah PIBG
dengan pihak sekolah dan PPD Penampang akan terus seiring ke arah melahirkan
modal insan yang berwibawa dan berwawasan.
Sebelum mengundurkan diri, saya persembahkan dua rangkap pantun buat hadirin
sekalian,
Pergi ke Papar membeli tapai,
Tapai dibeli di warung Mak Lang;
Kolaborasi dicipta muafakat dicapai,
Semoga SMK Putatan terus gemilang.
Tapai dibeli bawa ke seberang,
Buat kudapan insan tersayang,
Tercapai muafakat bukan temberang,
Lihat kemesraan nampak tertayang.
Sekian , semoga berjumpa lagi.
Wabillahitaufiqwalhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakathu.
Ucapan Perasmian
YB Datuk Ir. Shahelmy Yahya
Menteri Pembangunan Masyarakat
dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,
merangkap ADUN N24 Tanjung Keramat.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berusaha Datin Hajah Joharah binti Abdullah,
Pengetua Cemerlang SMK Putatan.
Yang Berusaha Puan Indang Kasi binti Hj Sibin, Pegawai Pendidikan Daerah
Penampang. Yang Dihormati Encik Mohd Wasli Matsin, Yang Dipertua PIBG SMK
Putatan, serta barisan AJK PIBG ;
Yang Setia ASP Farid bin Hj Sairi, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu
Pejabat Polis Daerah Penampang ;
Yang Setia Inspektor Arisanti binti Aziz, IPD Penampang ;
Yang Berusaha barisan Penolong Kanan SMK Putatan,
Barisan Guru Kanan mata pelajaran,
Guru-guru dan para ibu bapa yang saya hormati sekalian.
Salam Keluarga Malaysiaku.
Terlebih dahulu, marilah kita bersyukur ke hadrat Illahi kerana berkat rahmatNya kita
dapat berkumpul bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG SMK Putatan untuk yang
ke-39 ini. Saya berasa gembira melihat semangat, kerjasama dan iltizam yang ditunjukkan
oleh semua pihak dalam melibatkan diri untuk menjayakan majlis ini. Secara peribadi saya
berasa amat bangga terhadap usaha, semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh
semua pihak. Para hadirin sekalian,
Syabas dan tahniah kepada barisan AJK PIBG SMK Putatan, kerana selama 2 tahun ini
dalam situasi Pandemik, anda semua begitu waja melaksanakan tugasan menghadapi
cabaran. Kolaborasi seumpama inilah yang amat diharapkan untuk memetik keberhasilan
yang boleh dibanggakan. Sememangnya dalam situasi begini, peranan PIBG amat
penting dalam membantu pihak sekolah merealisasikan penyampaian ilmu kepada anak-
anak. Peranan utama pihak PIBG ialah menebarkan motivasi kepada para ibu bapa untuk
terus menggalakkan anak-anak mereka menunutut ilmu. Hal ini demikian kerana ilmu
penting untuk menjana masa depan yang cemerlang untuk diri anak-anak kita, keluarga,
masyarakat, agama dan seterusnya negara yang kita cintai ini. Saya berharap agar
semangat ibu bapa untuk melihat kejayaan anak-anak dalam pelajaran, masih utuh dan
teguh.
Ucapan Perasmian
YB Datuk Ir. Shahelmy Yahya
Menteri Pembangunan Masyarakat
dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,
merangkap ADUN N24 Tanjung Keramat.
Pada hari ini, kita melihat betapa besar peranan sekolah dalam memastikan anak-anak
didik mereka terus mendapat ilmu dan pendidikan sungguhpun dalam situasi pandemik
Covid-19 yang sangat mengancam keselamatan kita semua. Para pendidik terus berusaha
menebarkan ilmu menerusi Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah atau lebih popular
disebut PDPR. Pelbagai cabaran yang golongan pendidik ini hadapi. Tapi alhamdulillah
mereka tetap tabah menghadapi cabaran tersebut. Hal ini sedemikian kerana
kefahaman para pendidik, betapa pentingnya pelajaran kepada anak-anak tuan-puan.
Anak-anak kita inilah bakal pewaris, peneraju, dan pemacu kemajuan keluarga, daerah
dan negara kita. Oleh itu para ibu bapa perlu menyokong dan menghargai semangat
padu barisan guru-guru kita.
Jika diimbau akan keputusan SPM dan STPM SMK Putatan tahun 2020, SMK Putatan telah
mencatatkan pencapaian yang sangat membanggakan. Anak-anak tuan puan banyak
yang telah lulus dengan begitu baik. Semua ini berkat kerjasama para ibu bapa, penjaga
dengan pihak guru- guru sekolah. Tahniah saya ucapkan atas kerjasama ini. Saya juga
berharap agar para ibu bapa akan terus berkolaborasi dengan pihak sekolah dalam
memastikan anak-anak bersemangat belajar dan menjana cita-cita yang berwawasan.
Dengan cara inilah matlamat dan objektif yang digariskan dalam Dasar Pendidikan
Negara dapat dilaksana dengan jayanya.
Hadirin yang dikasihi sekalian.
Betapa besar dan berat sekalipun sesuatu kerja atau perkara itu, namun jika dilakukan
dengan kerjasama, dan semangat kolaborasi yang tinggi, sesuatu yang berat bakal
menjadi ringan.
Buat warga pendidik,
Kepimpinan sekolah perlu memacu penghasilan daya kreativiti dan inovasi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran secara berterusan. Bagi menghasilkan pendidikan yang
berkualiti, para pendidik perlu melakukan anjakan paradigma dalam melaksanakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan para pelajar untuk
berfikir secara kreatif dan inovatif. Kita perlu berganjak daripada pendekatan model
kilang penghasilan pendidikan (factory model of producing education) kepada model
penciptaan pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan minda, yang
menguji daya kreativiti dan inovasi, yang mencungkil keupayaan menyelesaikan masalah
dan yang mengasah ketajaman penaakulan (reasoning) para pelajar. Ertinya, orientasi
pengajaran dan pembelajaran mesti berganjak daripada pembelajaran berbentuk
hafalan (rote learning) kepada pembelajaran yang memberangsangkan akal (mind
stimulating learning).
Ucapan Perasmian
YB Datuk Ir. Shahelmy Yahya
Menteri Pembangunan Masyarakat
dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,
merangkap ADUN N24 Tanjung Keramat.
Sebelum saya berundur diri, hayatilah tiga rangkap pantun ini,
Indah sungguh warna pelangi ,
Tidak luput hingga ke petang ;
Bukit dan lurah sama diharungi,
Kolaborasi bersama keberhasilan datang .
Buah salak di dalam kantung,
Kulitnya keras isinya kelat,
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
Beras segantang sudah disukat,
Lalu disimpan di atas para,
Andai seluruh masyarakat muafakat,
Negara maju rakyat sejahtera.
Muafakat Membawa Berkat.
Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat
Agung PIBG SMK Putatan kali ke-39 .
Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufiqwalhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakathu.
Minit Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-38
Minit Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-38
Minit Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-38
Minit Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-38
Minit Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-38
Minit Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-38
Minit Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-38
Laporan Aktiviti Tahunan
2019 - 2021
Laporan Aktiviti Tahunan
2019 - 2021
Laporan Aktiviti Tahunan
2019 - 2021
Laporan Aktiviti Tahunan
2019 - 2021
Laporan Aktiviti Tahunan
2019 - 2021
Laporan Aktiviti Tahunan
2019 - 2021
Laporan Aktiviti Tahunan
2019 - 2021
Laporan Kewangan
31 Disember 2019
Laporan Kewangan
31 Disember 2019
LLaappoorraan Kewwaannggaann
3311DDiisseemberr22001919
LLaappoorraan Kewwaannggaann
3311DDiisseemberr22001919
LLaappoorraan Kewwaannggaann
3311DDiisseemberr22001919
LLaappoorraan Kewwaannggaann
3311DDiisseemberr22001919
Laporan Kewangan
31 Disember 2019
LLaappoorraan Kewwaannggaann
3311DDiisseemberr22001919
LLaappoorraan Kewwaannggaann
3311DDiisseemberr22001919
Laporan Kewangan
31 Disember 2020
Laporan Kewangan
31 Disember 2020
LLaappoorraan Kewwaannggaann
331 1DDiisseemberr22002200
LLaappoorraan Kewwaannggaann
331 1DDiisseemberr22002200
LLaappoorraan Kewwaannggaann
331 1DDiisseemberr22002200
LLaappoorraan Kewwaannggaann
331 1DDiisseemberr22002200
LLaappoorraan Kewwaannggaann
331 1DDiisseemberr22002200
Senarai Usul
Senarai Usul