The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BDK20622 NUR A'ISYAH SOLEHAH BT MOHD FADLI, 2024-03-17 13:17:40

BUKU LOG PPIM

BUKU LOG PPIM

Keywords: BUKU LOG PPIM

BIODATA DIRI Nama : Nur A’isyah Solehah bt Mohd Fadli No. K/P : 030121021172 No. Telefon : 011-56544643 Alamat : 2-2-5, Blok 2, Apartmen Kenari, Taman Melati, Setapak, 53100, KL Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Unit : Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling Kemanusiaan 2 Angka Giliran : 2021152340251 Pensyarah : Puan Erana bt Abd Seman Jawatan : Ahli Aktif


LATAR BELAKANG PPIM Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T


SEJARAH PPIM Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama. Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.


SEJARAH PPIM Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.


SEJARAH PPIM Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama. Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987. Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun. Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.


SEJARAH PPIM Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital. PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa.


SEJARAH PPIM Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005. Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011.


VISI PPIM Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut : Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal. Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.


MISI PPIM Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program- program yang dijalankan. Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik. Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.


OBJEKTIF PPIM Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan seperti berikut:- 1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang Taat kepada Allah, Raja dan Negara Berilmu Berakhlak mulia Berbakti kepada masyarakat 1.2 Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa. 1.3 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima masyarakat. 1.4 Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.


TUJUAN DAN MATLAMAT PPIM Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaan secara gabung jalin dan bersepadu. PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut : Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri- puteri. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti. Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri. Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.


FALSAFAH PPIM Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah di Universiti-universiti, Maktab-maktab Perguruan dan Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah. Aktiviti yang dijalankan sebagai Ko-Kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. Usaha ini adalah bertujuan menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan negara selaras dengan ajaran islam.


LOGO PPIM PENGERTIAN WARNA Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan Hijau : Agama Taqwa sebagai TERAS Putih : Kesucian Kuning : Kesetiaan dan ketaatan


LOGO PPIM PENGERTIAN LOGO Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif) Di bawah logo ini tertulis perkataan :- “PUTERI"-Bagi AhliAhli Puteri “PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin


LAGU PPIM Puteri Lembaga Islam Riang Gembira Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja Berkorban Untuk Agama Dan Negara Dunia Akhirat Mendapat Bahagia Berusaha Mencari Pengetahuan Berbakti Membuat Kebajikan Belajar Mencapai Kemajuan Bersemangat Penuh Keimanan Puteri Lembaga Islam Riang Gembira Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja Berkorban Untuk Agama Dan Negara Dunia Akhirat Mendapat Bahagia


IKRAR PPIM BAHAWA KAMI, AHLI-AHLI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA, BERIKRAR AKAN: TAAT KEPADA ALLAH DAN RASUL. TAAT KEPADA PEMERINTAH,GURU DAN IBUBAPA. MEMPERKUKUHKAN IMAN DAN MEMPERBAIKI AKHLAK. MEMBANGUNKAN DIRI DENGAN SEMPURNA. MENGUKUHKAN SILATURRAHIM SESAMA PUTERI. BERKHIDMAT UNTUK KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA.


BENDERA Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera Penggunaan - Setiap upacara rasmi - Tatacara Perjumpaan


SULUH KATA PPIM P - Patuh kepada ibu bapa U - Ugama/agama berteraskan Al-Qurandan Al-Hadis T - Taat kepada Allah dan Rasul E - Erat ukhwah islamiyah R - Rela berbakti kerana Allah I - Iman dipupuk ilmu di tuntut I - Insaf diri S - Solat ditunai setiap waktu L - larangan Allah dijauhi A - Akhlak mulia pengukuh keimanan M – Muslimah Mukminah rakyatseperjuangan


COGANKATA PPIM BERILMU BERIMAN BERAMAL


PERLEMBAGAAN BADAN BERUNIFORM (PPIM)


ISTIADAT-ISTIADAT RASMI


ISTIADAT-ISTIADAT RASMI


PERSEDIAAN TATACARA PERJUMPAAN DAN PENUTUPAN


UNIFORM PPIM Baju Kawad Baju Pemimpin


UNIFORM PPIM Baju Puteri Baju Riadah


KEANGGOTAAN Keahlian Pergerakan Puteri Islam Malaysia terbuka kepada kaum wanita di semua peringkat:- Suri rumah tanpa had umur Wanita yang bekerja samada di sektor awam atau swasta Gadis-gadis atau remaja lepasan sekolah Pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi awam atau swasta Pelajar-pelajar di Sekolah Menengah dan Rendah berusia 10 tahun ke atas


KURIKULUM PPIM DI SEKOLAH


KURIKULUM PPIM DI SEKOLAH


KURIKULUM PPIM DI SEKOLAH


KURIKULUM PPIM DI SEKOLAH


KURIKULUM PPIM DI SEKOLAH


KURIKULUM PPIM DI SEKOLAH


KURIKULUM PPIM DI SEKOLAH


STRUKTUR DAN ORGANISASI PPIM


STRUKTUR DAN ORGANISASI PPIM


STRUKTUR DAN ORGANISASI PPIM


STRUKTUR DAN ORGANISASI PPIM


STRUKTUR DAN ORGANISASI PPIM


STRUKTUR DAN ORGANISASI PPIM


Click to View FlipBook Version