The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by niknoorsyanazatulasyiqyn, 2021-08-19 03:17:17

tenis

tenis

TENIS

Nama:- Nik Noor Syanazatul Asyiqyn Binti Noor Azahar
Kelas:- 3 Intelek

SEJARAH PERMAINAN TENIS

 Tenis merupakan salah satu pemainan menggunakan raket yang disukai oleh
sebahagian besar penduduk dunia. Ia dikenali sebagai Jeu de Paume di Perancis, Real
Tennis di Britain dan Royal Tennis di Australia. Ia merupakan sukan raket yang tertua
berbanding sukan squash dan beberapa sukan raket yang lain. Berdasarkan beberapa
catatan sejarah, permainan menggunakan bola dan raket telah dimainkan sejak
sebelum masihi lagi. Ketika itu, ia dimainkan di Mesir dan Yunani. Roger Morgan’s
pula di dalam bukunya yang bertajuk “Tennis, The Development of The European Ball
Game”, menyatakan bahawa permainan tenis ini dimainkan di jalan raya pada Zaman
Pertengahan

 Tetapi pada abad ke-11, permainan yang seakan-akan tenis telah dimainkan pada
pertama kalinya di salah sebuah kawasan di Perancis. Bola yang digunakan dibalut
dengan benang berbulu dan pemukulnya hanya menggunakan tangan. Pada ketika itu,
tenis dimainkan oleh para rahib di Perancis dan Itali. Permainan ini berkembang
apabila rahib-rahib tersebut mengembara dari satu biara ke biara yang lain, yang
seterusnya mewujudkan banyak peraturan. Keseronokan bermain tenis ini
menyebabkan para rahib tidak mengendahkan larangan Pope. Pada abad ke-14, ia
telah berkembang dari kawasan gereja sehingga ke istana dan turut menjadi
permainan bagi golongan bangsawan.

 Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Itali dan Inggeris pada abad ke-13 dan ia
telah mendapat sambutan hangat dalam waktu yang singkat dan terus berkembang ke
negara-negara Eropah yang lain. Walaupun pada mulanya permainan tenis hanya
menggunakan tangan, tetapi lama-kelamaan ada pemain yang menggunakan sarung
tangan (glove), dan kemudiannya memintal tali di tangan. Seterusnya, ia mengalami
perkembangan apabila mereka menggunakan rangka yang dipintal dengan tali dan
berpemegang. Ia merupakan raket bertali yang mula diperkenalkan sekitar abad ke-
15 oleh Antonio da Scalo, seorang profesor berbangsa Itali. Beliau menamakan
permainan ini sebagai 'tenis padang' (lawn tennis). Manakala, di dalam buku Book of
Games And Sports, yang diterbitkan dalam tahun 1801 pula, ia disebut sebagai ‘tenis
panjang’.

 Bola tenis pula diperbuat daripada gabus yang dibalut dengan kain yang diikat secara
ketat, tetapi ia hanya boleh bertahan selama 2 minggu. Bola tenis seterusnya mengalami
revolusi apabila ia diperbuat menggunakan bulu biri-biri. Bola tersebut lebih ringan
berbanding sebelumnya. Manakala, gelanggang tenis yang pertama telah dibina di
Hampton Court pada tahun 1625 dan ia telah memperlihatkan motif sebenar
permainan. Gelanggang tersebut masih lagi digunakan sehingga sekarang untuk

pertandingan.

 Pada ketika itu juga, iaitu sekitar abad ke-16 dan abad ke-17, golongan bangsawan di England dan
Perancis mula memainkannya. Di England, Henry VII amat menyukai sukan ini dan pewarisnya
sendiri memiliki gelanggang asal di Hampton Court Palace. Pada ketika itu juga di Paris, sebanyak
1800 gelanggang telah dibina. Ada pendapat mengatakan bahawa gelanggang tenis telah di bina di
atas kapal 2000 tan di Perancis. Manakala, gelanggang yang dibina di Versailles, Perancis pada
tahun 1686, pula berharga 45,403 franc. Tetapi pada sekitar tahun 1700, tenis mula disisihkan di
Perancis. Sungguhpun begitu, terdapat juga gelanggang yang dibina seperti di Bath pada tahun 1777
tetapi ia hanya digunakan selama 37 tahun sahaja, dan kini bangunan itu telah dikenali sebagai
Bath Industrial Heritage Centre. Pada pertengahan abad ke 19, kebangkitan semula tenis mula
dirasai. Ketika itu, gelanggang tenis yang pertama di Amerika Syarikat dan Australia telah dibina
pada tahun 1876 dan 1882. Tetapi, perang dunia pertama telah memberikan impak yang negatif
terhadap permainan tenis ini.

 Kelab tenis pertama iaitu Leamington telah didirikan di Perancis oleh J.B. Perera, Harry Gem, Dr.
Frederick Haynes, dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872. Pada masa itu, tenis dikenali sebagai
pelota atau lawn rackets. Dalam tahun 1874, permainan tenis pertama kali dimainkan di Amerika
Syarikat oleh Dr. James Dwight dan F.R. Sears. Sementara itu, All England Croquet Club pula telah
didirikan pada tahun 1868. Pada tahun 1970, barulah pejabatnya dibuka di Jalan
Worple, Wimbledon. Pada tahun 1875, kelab ini bersedia memberikan dana untuk permainan tenis
dan badminton. Peraturan permainan tenis padang juga ditulis. Amerika Syarikat pula mendirikan
kelab tenis yang pertama di Staten Island. Keadaan ini menyebabkan perkembangan yang pesat
dalam sukan tenis dan berjaya melahirkan ramai pemain tenis yang hebat di peringkat dunia.
Kejuaraan tenis yang pertama telah bermula pada tahun 1877. Ketika itu, seramai 21 orang pemain
telah mengambil bahagian. Dalam kejuaraan tersebut. Spencer William Gore telah menjadi
pemenangnya. Kini, kejuaraan tenis tersebut dikenali sebagai Kejuaraan Wimbledon. Sukan tenis
ini juga telah melahirkan ramai bintang tenis yang hebat dan terkenal, seperti Jimmy Connors,
John Mc Enro, Ile Natashe, Bjorn Borg, Boris Becker, Mats Wilander, Stefie Graff, Monica Seles,
Martina Hingis, Pete Sampras, Andre Agassi. Kini, tenis telah menjadi satu permainan yang
berbentuk komersil yang menawarkan hadiah yang lumayan.

PERATUTAN PERMAINAN

JARING

 Jaring diperbuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal.
 Digantungkan pada kabel yang tahan karat dan dilitupi dengan pita putih.

 Bawah jaring hendaklah menyentuh tanah.
 Bahagian atas jaring mestilah 0.91 tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 m pada kedua-dua

bahagian tiangnya.
 Ia perlu dipasang tegang semasa permainan.

GELANGGANG TENIS

 Gelanggang tenis indoor dan outdoor.
 Permukaannya rata dan bebas daripada sebarang gangguan.

Ia dalam bentuk gelanggang rumput, yang diperbuat daripada
kayu, simen ataupun parguay.
 Ukuran gelanggang ialah 23.77 m (78 kaki) panjang dan 8.23 m
(27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 m bagi keseluruhan

gelanggang.


 Gelanggang tenis dibahagi kepada dua bahagian.
 Bahagian tengah gelanggang terdapat satu jaring.
 Setiap bahagian di bahagi lagi kepada tiga bahagian, iaitu dua

bahagian berbentuk empat segi di hadapan dan satu bahagian
empat segi di belakang.
 Semua bahagian tersebut dipisahkan dengan garisan yang jelas
dan sebaik-baiknya ditanda menggunkan garisan putih.
 Bola yang dipukul dari luar gelanggang hendaklah tidak
menyentuh garisan kerana ia hanya akan membawa mata kepada
pihak lawan.

RAKET

 Raket terdiri daripada beberapa jenis, iaitu yang diperbuat
daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi.

 Berat raket bagi pemain lelaki hendaklah di antara 282.7 g
sehingga 396.9 g. Manakala bagi pemain wanita, berat raket
adalah di antara 368.0 g sehingga 382.0 g.

 Pemain haruslah memilih raket yang sesuai dengannya,
terutama dari aspek keselesaan pemegangnya.

PAKAIAN UNTUK PERMAINAN

 Pemain wanita memakai baju lengan pendek atau panjang,
berseluar, berstoking dan berkasut.

 Warna baju dan seluar bagi pemain adalah bebas.
 Keselesaan pemakaian adalah penting.
 Pemain lelaki memakai baju lengan pendek, berseluar

pendek, berstoking dan berkasut.

BOLA

 Warna bola tenis biasanya hijau kekuningan.
 Beratnya adalah di antara 56.7 g sehingga 58.5 g.
 Saiz diameter bola tenis ini adalah di antara 6.35 cm sehingga 6.65 cm
 Ia perlu dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.

KEMAHIRAN ASAS TENIS

Beberapa contoh teknik pukulan:

 Cekak
 Pukulan Pepat
 Pukulan Kilas satu Tangan
 Pukulan Kilas dua Tangan
 Volley
 Servis
 Smesy
 lob

CEKAK

Dalam permainan tenis, grip atau cekak raket amat
penting. Terdapat tiga cekak utama iaitu

 Cekak timuran (eastern grip)
 Cekak barat ( western grip)
 Cekak kontinental (continentalgrip).

PUKULAN PEPAT

Terdapat empat peringkat dalam kemahiran membuat
pukulan pepat, iaitu ayunan balik(backswing) , ayunan
hadapan (forward swing), kontak dengan bola dan ikut
lajak. Teknik pukulan :

 Diri sedia (stance)

 Ayun balik (backswing ) dan tangan pemukul berada di paras pinggang

 Lakukan ayunan ke hadapan (forward swing )

 Apabila membuat ayunan ke hadapan raket akan ke atas dan ke hadapan dengan
membuat
kontak pada bola.

 Semasa mebuat kontak, pastikan bahawa lengan adalah lurus sepenuhnya,pergelangan
tangan hendaklah tegap apabila berlakunya kontak dengan bola.

 Apabila kontak telah dibuat, raket akan berada pada paras bahu.
Ikut lanjak. Ketika ini raket akan terus menyilang bahu supaya bola akan bergerak

kearah hadapan atau keatas

PUKULAN KILAS

 Pukulan kilas ialah pukulan bahagian yang bertentangan
pukulan tepat belakang raketyang dilakukan pada bahagian
tangan tidak dominan. Terdapat dua kaedah pukulan kilas, iaitu
pukulan kilas satu tangan dan pukulan kilas dua tangan.

PUKULAN KILAS satu
TANGAN

Terdapat empat fasa dalam pukulan kilas satu tangan
iaitu ayun belakang, ayunhadapan, kontak dan ikut
lajak.

 Semasa ayunan ke belakang , bengkokkan lutut dan pastikan bahu menghala kearah bola yang
hendak dipukul.

 Semasa ayunan ke hadapan pastikan mata memandang bola.
 Semasa kontak, tangan diayun ke atas dan lutut diluruskan untuk mendapatkan lebih tenaga.
 Selepas kontak, ikut lajak.

PUKULAN KILAS dua TANGAN

Pukulan kilas dua tangan adalah lebih tepat dan laju. Ketika pukulan ini, cekak
pertama(tangan bawah) ialah tangan dominan dan cekak kedua( tangan atas ) ialah
tangan tidakdominan.Ketika membuat pukulan kilas dua tangan , empat
pergerakan utama yangterlibat iaitu diri sedia, ayunan belakang, kontak dan ikut
lajak.
 Diri sedia
 Raket diayunkan ke belakang dan kedua-dua tangan berada pada paras pinggangdengan lutut

dibengkokkkan .
 Bahu menghala ke arah yang hendak dituju.
 Raket diayun ke hadapan dengan raket diluruskan sedikit untuk mendapatkkan daya.
 Semasa kontak dengan bola, lengan dan lutut diluruskan dan raket diayunkan keatas.
 Selepas kontak , ikut lajak.

VOLLEY

Voli ialah menghentam bola di udara dengan cepat ke
gelanggang lawan bagi memastikanbola.Voli tidak memerlukan
ayunan belakang.Terdapat tiga fasa utama dalam melakukanvoli
iaitu diri sedia, ayunan hadapan dan kontak. Teknik voli adalah
seperti yang berikut :-

 Diri sedia
 Bengkokkan lutut dengan kedudukan kaki seluas bahu dan berat badan

ke atas kakihadapan.
 Ayunan hadapan dengan membawa raket ke hadapan.
 Kontak, membuat punch pada bola dengan ketinggian bahu.

SERVIS

Servis digunakan untuk memulakna permainan. Terdapat tiga jenis
servis iaitu servis cantas,American twist dan servis rata. Servis
dimulakan di garisan belakang. Sekiranyamenggunakan tangan
kanan, letakkan kaki kiri ke hadapan dan kaki kanan berada 30-35
cmdi belakang kaki kiri dan bagi yang kidal adalah
sebaliknya.Terdapat empat fasa utamasemasa melakukan servis iaitu
lambungan, ayun belakang, kontak dan ikut lajak.

 Bola dilambung ke udara dengan tangan yang tidak memegang raket(
bolahendaklah dilambung secara lurus dan ke hadapan sedikit daripada bahu
kiri.)

 Setelah bola dilambung, ayunan belakang dilakukan.
 Raket ditarik ke belakang disebelah kanan badan.
 Ayunan hadapan dengan melakukan kontak bola pada ketinggian maksimum

bolamenurun dan berada pada aras kontak tertinggi.
 Ikut lajak.

SMESY

Smesy ialah pukulan kencang untuk memukul bola yang melantun
tinggi di hadapan jaring.Terdapat empat fasa melakukan smesy iaitu
ayunan belakang, ayunan hadapan, kontak danikut lanjak.Teknik
lakuannya adalah seperti yang berikut :-

 Raket diayunkan ke belankang. Tangan yang tidak memgang raket
mengimbangibadan. Mta focus kepada bola.

 Ayun raket ke hadapan, badan dan lengan diluruskan dengan berat
badandipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan sehingga bola
dikontak.

 Semasa kontak, kekuatan pergelangan tangan digunakan untuk memukul
boladengan kuat masuk ke gelanggang lawan.

 Ikul lajak

LOB

Lob ialah hantaran tinggi yang bertujuan untuk melepasi pemain lawan yang berada
dikawasan jaring dan sebagai pukulan bertahan bagi memboleh pemukul
mendapatkansemula posisi mengawal gelanggang.

 Ayun belakang dengan bahu kiri menghadap jaring.
 Raket diayun ke hadapan untuk melakukan kontak dengan bola. Ayunan raketbermula dari bawah ke

atas bagi membolehkan bola naik tinggi.
 Selepas kontak, pastikan raket diayun ke atas dengan aksi ikut lajak.

CARA PERMAINAN

 Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat umur, sama ada lelaki atau
wanita.
Ia boleh dimainkan secara:

 Perseorang lelaki
 Perseorangan wanita
 Bergu lelaki
 Bergu wanita
 Bergu campuran

 Permainan tenis dimainkan dengan bermatlamat mendapatkan mata
dengan memukul bola dengan harapan pihak lawan tidak dapat
mengembalikan bola tersebut dengan baik.

 Kawasan servis berada di kedua-dua kawasan gelanggang, iaitu,
kawasan servis di kanan pemain dikenali sebagai kawasan dius,
manakala kawasan kiri pemain, dikenali sebagai kawasan advantage.

 Permainan tenis bermula dengan pemain yang melakukan servis
melambungkan bola ke udara dan memukulnya menggunakan raket.

 Matlamatnya menghantar bola mengikut arah pepenjuru supaya ia
dapat mendarat di kawasan dius penerima.

 Apabila mata pertama diperolehi, pemain akan bergerak ke kiri dan
menyambung permainan semula.

 Pemain kemudiannya bertukar kawasan sama ada ke kiri atau ke kanan
selepas setiap mata dibuat sehinggalah ada pemenangnya.


Click to View FlipBook Version