E-PORTFOLIO PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN EDUP 3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MERRELLINEE ESMERELDA ANAK SIEGFRED | PSV
BIODATA PELAJAR NAMA : MERRELLINEE ESMERELDA ANAK SIEGFRED ANGKA GILIRAN : 2022172440239 SEMESTER/TAHUN : SEMESTER 5 / TAHUN 2 AMBILAN : PISMP OGOS 2022/2027 KUMPULAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL KURSUS: EDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN NAMA PENSYARAH : ENCIK ABDULL LATIF BIN ADULLAH
MUKA DEPAN
PENGHARGAAN Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan pentaksiran berterusan ini dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah saya, yang dihormati Encik Abdull Latif Bin Abdullah, atas bimbingan, tunjuk ajar, serta ilmu yang telah diberikan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya atas sokongan moral dan dorongan yang berterusan, serta kesabaran mereka dalam membantu saya menyelesaikan tugasan ini dengan lebih mudah. Selain itu, ribuan terima kasih saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan, khususnya mereka yang berada dalam bidang yang sama, atas perkongsian pendapat, nasihat, dan dorongan. Mereka banyak membantu saya dalam memahami tugasan ini dengan lebih mendalam serta mengingatkan saya tentang kepentingan menyiapkannya dengan sempurna. Sekali lagi, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini. Semoga segala kebaikan yang diberikan mendapat ganjaran yang setimpal.
BIL. PERKARA 1. Pengenalan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2. Analisis Instrumen Pentaksiran 3. Penilaian Profesional Instrumen Pentaksiran 4. Refleksi Pelaksanaan PBD 5. Rujukan ISI KANDUNGAN
PENGENALAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan satu kaedah pentaksiran yang dilaksanakan secara berterusan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi menilai tahap penguasaan murid dalam sesuatu mata pelajaran. Berbeza dengan pentaksiran berpusat yang menekankan ujian dan peperiksaan formal, PBD memberi fokus kepada perkembangan murid secara holistik merangkumi aspek kognitif, afektif, dan psikomotor. Ia dilaksanakan bagi memastikan setiap murid mendapat peluang untuk menunjukkan potensi mereka dalam pelbagai kaedah pentaksiran yang lebih fleksibel dan menyeluruh. Dalam konteks pendidikan masa kini, PBD menjadi semakin penting kerana ia tidak hanya menilai pencapaian akademik semata-mata, tetapi juga perkembangan sikap, kemahiran, dan kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah serta berkomunikasi. Guru memainkan peranan penting dalam memastikan PBD dijalankan secara sistematik dengan menggunakan pelbagai instrumen pentaksiran seperti pemerhatian, soal jawab, perbincangan, aktiviti berkumpulan, dan tugasan bertulis. Melalui kaedah ini, guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid, seterusnya menyesuaikan pendekatan pengajaran mereka agar lebih berkesan dan relevan dengan keperluan murid. Selain itu, PBD juga membolehkan murid mengambil bahagian secara aktif dalam proses pentaksiran melalui pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya. Pendekatan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran murid terhadap perkembangan pembelajaran mereka, tetapi juga menggalakkan mereka untuk lebih bertanggungjawab dalam memperbaiki prestasi akademik. Dengan kata lain, PBD bukan sekadar alat penilaian, tetapi juga satu strategi pembelajaran yang berkesan dalam membina kemahiran murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif.
Seiring dengan perkembangan teknologi, PBD kini boleh dilaksanakan secara dalam talian menggunakan platform digital seperti Google Classroom, Telegram, dan Microsoft Teams. Ini membolehkan guru menilai pembelajaran murid secara lebih fleksibel tanpa bergantung sepenuhnya kepada kaedah pentaksiran konvensional. Walaupun pelaksanaannya mungkin berbeza bergantung kepada situasi dan keperluan sekolah, matlamat utama PBD tetap sama, iaitu untuk memastikan setiap murid memperoleh pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna dan berkesan. Kesimpulannya, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah satu pendekatan pentaksiran yang berpusatkan murid dan memberi penekanan kepada perkembangan menyeluruh mereka. Dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah pentaksiran yang fleksibel serta memanfaatkan teknologi dalam pelaksanaannya, PBD bukan sahaja membantu meningkatkan kualiti pengajaran guru, tetapi juga memberi ruang kepada murid untuk mencapai potensi terbaik mereka dalam pembelajaran. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) RAJAH 1.0
OBJEKTIF PBD OBJEKTIF PBD Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) berperanan sebagai satu kaedah penilaian formatif yang membantu guru dan murid memahami tahap pembelajaran secara menyeluruh. Objektif utama PBD adalah untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai perkembangan murid dalam pembelajaran serta menilai keberkesanan strategi pengajaran guru. Objektif ini boleh dianalisis melalui dua aspek utama, iaitu dari perspektif guru dan pelajar. ASPEK GURU a.Mengesan pengetahuan sedia ada murid b.Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa c. d.Mengetahui keberkesanan PdP e.Merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdP f.Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta ASPEK PELAJAR a.Mengesan perkembangan diri b.Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran c.Meningkatkan pencapaian pembelajaran
CIRI UTAMA PBD RAJAH 2.0
KAEDAH PENTAKSIRAN RAJAH 4.0 Terdapat tiga kaedah utama dalam pentaksiran, iaitu pemerhatian, lisan, dan penulisan. Pemerhatian melibatkan guru menilai murid secara langsung melalui sahsiah, kemahiran, dan hasil kerja seperti lukisan atau buku skrap. Ia membantu guru mengenal pasti perkembangan murid dalam pelbagai aspek pembelajaran. Lisan melibatkan komunikasi antara murid dengan guru atau rakan melalui perbincangan, soal jawab, dan pembentangan. Kaedah ini menguji kefahaman, kemahiran berkomunikasi, serta pemikiran kritis murid. Penulisan menilai murid melalui interaksi mereka dengan bahan pembelajaran seperti latihan, esei, dan ujian bertulis. Ia digunakan untuk mengukur penguasaan konsep dan kemahiran dalam bentuk bertulis.
ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN
Dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), guru menentukan hasil pembelajaran yang akan dicapai oleh murid berdasarkan objektif pembelajaran yang ditentukan dari Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Dalam proses penilaian PBD, guru melaksanakan pentaksiran secara berterusan dalam PdP dengan menggunakan kaedah lisan, bertulis dan pemerhatian (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2019). Pelaksanaan PBD bertujuan untuk menggantikan peperiksaan supaya perkembangan pelajar boleh ditaksir dengan lebih holistik untuk melihat sejauh mana tahap penguasaan murid. Hal ini dikatakan demikian kerana, bentuk pentaksiran ini memberikan gambaran tentang perkembangan dan kemajuan pembelajaran, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid supaya tindakan susulan yang sesuai sama ada untuk meningkatkan atau memperbaiki pembelajaran murid dapat diambil secara serta merta disamping dapat memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru. 1.0 ANALISIS INSTRUMEN PENILAIAN PBD 1.1 ANALISIS INSTRUMEN PEMERHATIAN Komponen yang sukar dikenal pasti melalui kaedah lisan dan penulisan dinilai melalui penilaian pemerhatian. Didapati bahawa penilaian PBD di Sekolah Kebangsaan Sentul 2 dijalankan menggunakan kaedah pemerhatian dalam skala sederhana iaitu dengan 29.2 % (RAJAH 5.0). Hal Ini disebabkan oleh fakta bahawa penilaian ini boleh membantu guru memberikan penjelasan tambahan mengenai keputusan penilaian yang mereka perolehi secara lisan dan tulis. Dapatan kajian daripada pemerhatian yang dilakukan di Sekolah Kebangsaan Sentul 2 mendapati bahawa guru turut gemar melakukan penilaian secara pemerhatian untuk menilai PBD dari segi kertas soalan ujian, penghasilan projek serta lembaran kerja. Hal ini demikian kerana, melalui pemerhatian guru mudah untuk menilai murid dengan pelbagai aspek seperti menilai sikap murid sepanjang proses PdP serta melihat penguasaan kemahiran belajar murid.
RAJAH 5.0 Oleh hal yang demikian, guru gemar menggunakan penilaian secara pemerhatian dalam melaksanakan PBD sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana guru mudah menilai aspek-aspek yang yang sukar dikesan melalui kaedah lisan dan penulisan seperti sikap, amali, perlakuan, kemahiran manipulatif, kemahiran bersosial, kemahiran belajar, kemahiran kinestetik, kemahiran literasi komputer dan kemahiran mereka cipta. Oleh hal yang demikian, melalui dapatan analisis yang telah dilakukan bahawa oleh instrumen PBD yang dilaksanakan oleh guru-guru di Sekolah Kebangsaan Setul 2 didapati bahawa, instrumen pemerhatian tersebut dijalankan dengan menggunakan pentaksiran alternatif secara amali untuk mata pelajaran muzik dan pendidikan jasmani. Selain itu, dalam mata pelajaran moral, guru telah melaksanakan kuiz secara dalam talian yang dilakukan secara formatif.
RAJAH 5.1
Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga berlandaskan dengan kemahiran berfikir. Oleh itu, didapati guru telah menggunakan instrumen pemerhatian ini adalah bertujuan bagi mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Hal ini demikian, dalam mata pelajaran seni telah menunjukkan hasil kerja murid yang telah dilaksanakan. Oleh itu, penilaian boleh guru lakukan adalah melalui pemerhatian. Selain itu, guru juga melakukan pemerhatian terhadap hasil kerja murid iaitu dalam penghasilan produk buku skrap, lukisan murid kraf tangan, produk, lembaran kerja serta Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran. 1.2 ANALISIS INSTRUMEN PENILAIAN LISAN Aktiviti soal jawab boleh mendorong pelajar untuk berfikir secara kritis dan berkongsi pendapat mereka. Soalan yang mencabar harus sesai dengan ebolehan murid. Mengikut analisis yang telah dijalankan didapati bahawa guru-guru di Sekolah Kebangsaan Sentul 2 ini berapada pada tahap sederhana menggunakan penilaian secara lisan dalam mentaksir PBD murid. Hal ini dikatakan demikian kerana, pentaksiran secara lisan bersesuaian untuk mentaksir kemahiran dengar tutur, kemahiran membaca, kemahiran analisis maklumat dan juga menguji kemahiran tatabahasa. Pentaksiran secara lisan digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara (RAJAH 6) : i. murid dengan guru ii. murid dengan murid ili. murid dengan pembelajaran.
Pentaksiran secara lisan yang dilakukan oleh guru-guru di Sekolah Kebangsaan Sentul 2 membolehkan guru dapat berinteraksi dengan murid melalui penyoalan dan membuat penilaian secara teliti dengan memberi komen kepada respons murid untuk menggalakkan pembelajaran yang berkesan. Berdasarkan pengumpulan data penilaian instrumen di sekolah didapati bahawa guru mata pelajaran pendidikan islam dan sejarah telah melakukan pembentangan lisan. Oleh itu dengan pentaksiran secara lisan yang telah dilakukan oleh guru ini memerlukan respons guru yang pelbagai. Guru harus memberi motivasi untuk membantu murid menambah baik jawapan mereka. RAJAH 6.0
Selain itu, guru mata pelajaran sejarah juga telah melakukan Pentaksiran Secara Lisan Antara Murid Dengan Murid (Pentaksiran Rakan Sebaya). Pentaksiran ini berlaku semasa penerangan murid kepada rakanrakannya dalam aktiviti berkumpulan. Murid juga boleh membuat penilaian kendiri semasa berbincang dengan rakan-rakannya. Berdasarkan penilaian terhadap instrumen PBD guru-guru di sekolah, guru mata pelajaran Sejarah menggunakan kaedah pentaksiran rakan sebaya untuk memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam pasukan atau kumpulan, berkomunikasi antara satu sama lain dan melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran dengan bertanggungjawab. Kaedah ini dapat meningkatkan motivasi murid dalam proses pembelajaran dan melahirkan rasa kepunyaan terhadap proses pentaksiran. Dalam kaedah ini murid berpeluang membuat pentaksiran yang sewajarya terhadap rakan sebaya. Di samping itu, ia membolehkan guru menilai murid dari segi kemahiran berkomunikasi dan sosialisasi semasa mereka berinteraksi sesama rakan sebaya dalam kerja berpasukan. RAJAH 6.1 GAMBAR DI ATAS MENUNJUKKAN INSTRUMEN SECARA LISAN YANG DIJALANKAN OLEH GURU
Seterusnya, pentaksiran Secara Lisan antara Murid dengan Bahan Pembelajaran telah digunakan dalam mata pelajaran sains, di mana guru ini menggunakan penilaian secara pembentangan murid adalah salah satu aspek penting dalam penilaian murid. Melalui instrumen ini guru boleh membuat penilaian yang lebih jelas samada dari segi penggunaan bahasa, pengetahuan isi kandungan, kemahiran mahupun kreativiti murid. Memudahkan sumbangsaran bahan dan murid seronok kongsikan dengan rakan-rakan. Oleh itu, guru akan menilai rakaman video pembentangan oleh murid. 1.3 ANALISIS INSTRUMEN PENILAIAN PENULISAN RAJAH 7.0 GAMBAR DI ATAS MENUNJUKKAN INSTRUMEN SECARA PENULISAN YANG DIJALANKAN OLEH GURU
Pentaksiran secara bertulis banyak menjadi pilihan guru di Sekolah Kebangsaan Sentul 2 dalam melaksanakan PBD. Dapatan kajian ini selari dengan Idris (2016) yang mendapati pentaksiran secara bertulis banyak ditemukan ketika aktiviti perkembangan pengajaran. Pentaksiran yang sering menjadi pilihan ialah aktiviti penulisan dalam buku aktiviti murid penulisan dalam buku tulis murid, hasil kerja pada lembaran kerja, peta minda yang dihasilkan oleh murid, hasil kerja daripada projek kumpulan serta jawapan dalam ujian bertulis dengan peratusan sebanyak 41.7% (RAJAH 7.0) . RAJAH 7.1
Kaedah ini turut menjadi pilihan kerana hasil kerja murid lebih mudah disimpan sebagai bukti. Selain itu, pentaksiran bertulis melalui buku aktiviti, buku tulis dan lembaran kerja yang dilengkapkan oleh murid adalah perlu ditaksir dengan teliti supaya guru dapat menyediakan aktiviti untuk penambahbaikan murid. Hal ini juga disebut oleh Kalai (2019) bahawa proses tersebut akan membantu guru-guru mengenal pasti masalah dan melaksanakan penambahbaikan terhadap murid secara berterusan dari masa ke masa. Kaedah ini dilaksanakan untuk mengesan kebolehan murid dalam menguasai kemahiran dan perkembangan murid yang melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan murid dan juga pentaksiran kendiri. Antara instrumen yang digunakan oleh guru-guru di Sekolah Kebangsaan Sentul 2 adalah Lembaran Kerja (Soalan Latihan). Hal ini kerana Guru dapat mentaksir pencapaian murid melalui latihan yang dibuat oleh murid. Sebagai contohnya dalam mata pelajaran bahasa melayu, matematik, pendidikan islam, sejarah dan bimbingan kaunseling. Selain itu, guru yang memfokuskan terhadap ujian formatif dan sumati akan menggunakan kaedah bertulis dalam penilaian pentaksiran bilik darjah di sekolah. Melalui analisis yang didapati bahawa guru hampir kesemua guru di Sk Sentul 2 menggunakan kaedah pentaksiran bertulis dalam melaksanakan pbd. Antara instrumen yang digunakan oleh guru adalah melalui buku tulis, lembaran kerja, ujian akhir sesi akademik dan portfolio.
PENILAIAN PROFESIONAL INSTRUMEN PENTAKSIRAN
2.0 PENILAIAN PROFESIONAL Penilaian profesional terhadap instrumen PBD yang dibuat ini telah menggunakan pengetahuan yang profesional terhadap kurikulum yang dihasratkan mencakupi pengetahuan, kemahiran dan nilai, bukti pembelajaran, strategi pengajaran dan kaedah pentaksiran, serta kriteria dan standard yang ditetapkan untuk penguasaan murid dalam pembelajaran mereka. Penilaian profesional membolehkan guru membuat keputusan berdasarkan analisis dan rumusan maklumat pembelajaran murid secara beretika serta bertanggungjawab mengenai tahap penguasaan murid. Dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah ini guru perlu memainkan peranan yang amat penting sebagai penilai yang profesional dan bertanggungjawab. Selain itu, guru perlu mempertimbangkan beberapa aspek penting dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah agar ia dapat mencapai objektifnya dengan berkesan. Antara aspek-aspek penilaian profesional yang didapati terhadap guru SK Sentul 2 terhadap instrumen PBD dapat dihuraikan bahawa, guru menekankan aspek pengetahuan. Hal ini demikian kerana, didapati melalui penilaian terhadap instrumen PBD membolehkan guru di SK Sentul 2 berpengetahuan luas dalam mata pelajaran yang diajar meliputi ilmu, kandungan, strategi pengajaran serta berkebolehan mentaksir murid (dengan pelbagai kaedah pentaksiran) secara adil, telus dan konsisten. RAJAH 8.0 GAMBAR CARTA PAI PERATUSAN PELBAGAI JENIS INSTRUMEN YANG DIGUNAKAN DALAM PELAKSANAAN PBD
Guru melaksanakan pentaksiran secara bertanggungjawab dan beretika berdasarkan pengetahuan, input murid serta pengalaman yang ada dengan cekap, adil, telus, sistematik dan holistik. Guru juga melaksanakan pentaksiran PBD dengan melihat input murid. Oleh itu, guru dapat menganalisis dan membuat pertimbangan berdasarkan pemerhatian, secara bertulis dan lisan seperti perbincangan dua hala. Selain itu, penilaian secara formatif paling banyak digunakan oleh guru dengan peratus 22.6% dan sumatif sebanyak 9.7% kerana hanya menumpukan kepada UASA. (rujuk lampiran 5) yang mengandungi lembaran kerja murid, portfolio, tugasan bertulis, sesi soal jawab dan sebagainya. Guru juga membuat pertimbangan berdasarkan prestasi murid dalam aktiviti PdP, ujian atau latihan yang diberikan. Didapati berdasarkan penilaian instrumen PBD di sekolah itu guru juga telah menggunakan pengalaman mengajar dalam interaksi dengan murid. Penilaian profesional guru-guru di Sekolah Kebangsaan Sentul 2 dapat dilihat daripada pelaporan pentaksiran bilik darjah yang telah dianalisis dapat menunjukkan tahap kemahiran guru terhadap pelaksanaan PBD (RAJAH 8). Hal ini demikian, dapat dijelaskan bahawa guru-guru ini telah dapat menetapkan objektif yang bersesuaian berdasarkan instrumen pentaksiran. Guru juga telah merujuk DSKP semasa pembinaan instrumen pentaksiran. Oleh itu, guru dapat memastikan pelaksanaan PBD secara berterusan di bilik darjah. Didapati guru di Sekolah Kebangsaan Sentul 2 dapat mempelbagaikan kaedah pentaksiran berdasarkan tahap penguasaan pelajar dan diguna berdasarkan kesesuaian pelajar. RAJAH 8.1 CONTOH PELAPORAN PBD OLEH GURU SK SENTUL 2
Menurut analisis terhadap instrumen PBD yang telah dikaji Sekolah Kebangsaan Sentul 2 ini didapati bahawa guru mash tidak mempunyai maklumat yang jelas tentang teknik pelaksanaan, menjalankan pemerhatian serta menguasai maklumat pentaksiran untuk melakukan tindakan susulan. Perkara ini disebabkan mereka kurang bimbingan yang betul dalam melaksanakan pentaksiran, mereka hanya melaksanakan PBD mengikuti garis panduan yang diberi oleh KPM sahaja. Menurut Masfarizan dan Mohammed Yusoff (2020), guru-guru dikritik bahawa mereka kurang mempunyai kemahiran dan teknik yang betul untuk melaksanakan pentaksiran dengan tepat. Hal ini telah mempengaruhi keyakinan warga pendidik untuk melaksanakan pentaksiran dengan baik, mereka berasa tidak yakin dan ragu terhadap teknik pelaksanaan PBD (Husaina Banu Kenayathulla, 2020). Dengan hal yang demikian didapati bahawa sebilangan guru di SK Sentul 2 tidak banyak menggunakan kaedah pentaksiran yang pelbagai dalam melaksanakan pentaksiran. Hal ini demikian, guru menggunakan bilangan instrumen penilaian yang minimum kepada murid menyebabkan kurangnya gambaran yang komprehensif. Hal ini demikian kerana guru yang tidak kreatif dalam mentaksir PBD murid tanpa pelbagai kaedah pentaksiran menyebabkan guru mungkin tidak dapat mendapatkan gambaran yang komprehensif tentang pencapaian pelajar. Sebagai contonya, melalui 'google form' ini didapati bahawa guru di SK Sentul 2 kurang menerapkan penilaian kendiri dan pentaksiran rakan sebaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini boleh menyulitkan guru dalam merancang pengajaran yang sesuai dengan keperluan pelajar dan menyediakan bantuan tambahan jika diperlukan. Selain itu, guru tidak berupaya mengukur kemahiran abad ke21. Pentaksiran yang tidak mempelbagaikan mungkin tidak mampu mengukur kemahiran abad ke-21 seperti kemahiran kolaboratif, kreativiti, pemecahan masalah, dan komunikasi. Ini adalah kemahiran penting yang diperlukan untuk berjaya dalam dunia yang semakin kompleks dan berubah-ubah (Pei Juan et al., 2023).
2.1 PENILAIAN PROFESIONAL JADUAL 1 RUBRIK PEMARKAHAN PENGHASILAN KARYA SENI JADUAL 2 SENARAI SEMAK PENGHASILAN KERYA SENI
JADUAL 3 SENARAI SEMAK PENGHASILAN PROJEK BERKUMPULAN
Kesahan merujuk kepada sejauh mana sesuatu kajian atau penilaian benar-benar mengukur aspek yang sepatutnya dinilai. Berdasarkan dokumen yang dikaji, seperti senarai semak murid, instrumen penilaian projek, dan rubrik pemarkahan, kesahan kajian ini dapat diklasifikasikan sebagai tinggi kerana ia menggunakan pendekatan penilaian yang sistematik dan sejajar dengan objektif pembelajaran. Sebagai contoh, dalam senarai semak murid, pelbagai dimensi penilaian seperti kemahiran psikomotor, kognitif, dan sosial telah diambil kira. Ini menunjukkan bahawa kajian ini tidak hanya menilai hasil akhir karya seni tetapi turut memberi penekanan kepada proses penghasilan, penggunaan bahan, serta tingkah laku murid sepanjang aktiviti seni. Selain itu, gambargambar hasil kerja murid yang dikategorikan sebagai "cemerlang," "sederhana," dan "lemah" mengukuhkan kesahan kajian kerana penilaian dibuat berdasarkan kriteria yang jelas dan objektif. 2.2 PENILAIAN PROFESIONAL ( KESAHAN ) JADUAL 4 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
2.3 PENILAIAN PROFESIONAL ( KEBOLEHPERCAYAAN ) Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu hasil penilaian apabila kajian dijalankan berulang kali dalam situasi yang serupa. Dalam kajian ini, kebolehpercayaan dapat dipertingkatkan melalui penggunaan rubrik pemarkahan yang jelas yang menetapkan kriteria pemarkahan yang konsisten dan boleh diguna pakai secara berulang. Tambahan pula, penggunaan instrumen penilaian projek yang merangkumi elemen seperti komunikasi, penyelesaian masalah, dan kerja berkumpulan memastikan bahawa murid dinilai secara menyeluruh merentas pelbagai dimensi pembelajaran. Ini mengukuhkan kebolehpercayaan kerana penilaian tidak hanya tertumpu kepada satu aspek sahaja, malah ia dapat dibandingkan secara sistematik antara murid yang berbeza. Selain itu, dokumentasi bergambar yang menunjukkan murid menjalankan aktiviti seni secara berkumpulan memberikan bukti kukuh bahawa kajian ini bukan sekadar dilakukan secara sekali lalu, tetapi merupakan satu proses pembelajaran berterusan. Ini memperkukuhkan kebolehpercayaan kerana hasil yang diperoleh adalah konsisten dalam pelbagai situasi dan konteks. Dokumen berkaitan keselamatan bengkel turut menyumbang kepada kesahan kajian dengan menunjukkan bahawa aspek keselamatan dan penggunaan bahan seni turut diambil kira dalam proses pembelajaran. Ini membuktikan bahawa kajian ini bukan sahaja berfokus kepada kemahiran artistik tetapi juga membentuk kesedaran murid terhadap keselamatan dalam pengendalian peralatan seni.
2.4 PENILAIAN PROFESIONAL ( KEMUDAHTAFSIRAN) Kemudahtafsiran merujuk kepada sejauh mana data yang diperoleh mudah difahami dan digunakan untuk membuat kesimpulan yang bermakna. Kajian ini menunjukkan tahap kemudahtafsiran yang tinggi kerana ia menggabungkan pendekatan visual dan kuantitatif dalam menilai pencapaian murid. Sebagai contoh, penggunaan gambar hasil seni murid yang dikategorikan mengikut tahap pencapaian membantu dalam membuat perbandingan visual dengan mudah. Guru dan penyelidik dapat memahami perbezaan tahap kemahiran murid secara langsung tanpa memerlukan analisis yang terlalu kompleks. Di samping itu, penggunaan rubrik pemarkahan yang berasaskan skala jelas memudahkan guru dalam menentukan tahap pencapaian murid secara lebih sistematik dan objektif. Dokumen senarai semak murid, yang menggunakan format biner seperti "Ya" dan "Tidak", turut meningkatkan kemudahtafsiran kerana ia membolehkan guru mengenal pasti bahagian yang memerlukan penambahbaikan dengan cepat. Ini menjadikan kaedah penilaian lebih cekap dan berkesan. Akhir sekali, dokumentasi murid yang sedang melaksanakan aktiviti seni secara berkumpulan memberikan gambaran lebih luas tentang aspek kolaboratif dan kreatif dalam pembelajaran seni. Ini bukan sahaja membolehkan penilaian terhadap tahap kemahiran teknikal murid tetapi juga terhadap aspek seperti komunikasi, interaksi sosial, dan kerja berpasukan.
REFLEKSI PELAKSANAAN PBD
2.5 KELEBIHAN Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mempunyai beberapa kekuatan yang ketara, terutamanya dalam memastikan penilaian yang lebih holistik dan autentik terhadap perkembangan murid. Instrumen seperti senarai semak, rubrik pemarkahan, dan borang penilaian projek membolehkan guru menilai bukan sahaja pencapaian akademik, tetapi juga kemahiran sosial, psikomotor, dan pemikiran aras tinggi. Hal ini penting kerana pembelajaran tidak hanya terhad kepada aspek teori, tetapi turut melibatkan kemahiran aplikasi dan penyelesaian masalah dalam situasi sebenar. Selain itu, rubrik pemarkahan yang jelas membantu murid memahami kriteria penilaian yang ditetapkan, sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki pencapaian berdasarkan maklum balas guru. Ketelusan dalam sistem ini juga dapat meningkatkan motivasi murid kerana mereka lebih sedar akan tahap kemajuan mereka dan cara untuk memperbaikinya. Selain itu, PBD memberi fleksibiliti kepada guru dalam menyesuaikan kaedah pentaksiran mengikut keperluan dan tahap keupayaan murid. Dengan adanya pelbagai bentuk penilaian seperti pemerhatian, temu bual, dan penilaian projek, guru dapat mengenal pasti kekuatan serta kelemahan murid secara lebih mendalam. Ini membolehkan intervensi yang lebih berkesan dilaksanakan bagi membantu murid yang memerlukan bimbingan tambahan. Selain itu, penilaian berterusan melalui PBD mengurangkan tekanan peperiksaan akhir yang sering menjadi tumpuan utama dalam sistem penilaian konvensional. Murid dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif, tanpa tekanan untuk mencapai gred tinggi dalam satu ujian sahaja. Justeru, PBD bukan sahaja meningkatkan kefahaman murid secara berperingkat, tetapi juga membentuk sikap pembelajaran sepanjang hayat.
2.6 KELEMAHAN Walaupun Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mempunyai banyak kelebihan, terdapat beberapa kelemahan yang boleh menjejaskan keberkesanannya dalam pelaksanaan sebenar. Salah satu kelemahan utama ialah beban tugas yang tinggi terhadap guru. PBD memerlukan guru untuk sentiasa membuat pemerhatian, menyediakan senarai semak, memberi maklum balas berterusan, serta mendokumentasikan perkembangan murid secara sistematik. Hal ini boleh menjadi cabaran, terutamanya bagi guru yang mengajar ramai murid dalam satu kelas. Kesibukan dalam memenuhi keperluan pentaksiran ini boleh mengurangkan masa pengajaran sebenar, sekali gus menjejaskan keberkesanan proses pembelajaran. Selain itu, tanpa pemantauan yang ketat, terdapat kemungkinan bahawa pentaksiran tidak dijalankan secara konsisten antara guru yang berbeza, menyebabkan ketidaksamaan dalam penilaian terhadap murid. Di samping itu, PBD juga menghadapi cabaran dalam memastikan objektiviti dan keadilan dalam pentaksiran. Tidak seperti peperiksaan bertulis yang mempunyai jawapan yang lebih objektif, penilaian berasaskan pemerhatian dan senarai semak boleh dipengaruhi oleh persepsi atau interpretasi guru yang berbeza. Guru yang kurang berpengalaman atau tidak diberikan latihan yang mencukupi mungkin menghadapi kesukaran dalam menilai murid secara adil dan tepat. Selain itu, dalam kalangan murid, ada yang mungkin kurang bersungguhsungguh kerana mereka tidak merasakan tekanan peperiksaan seperti dalam sistem konvensional. Ini boleh menyebabkan tahap pencapaian sebenar murid sukar untuk dikenal pasti, terutamanya bagi mereka yang kurang berdisiplin dalam pembelajaran kendiri. Oleh itu, tanpa mekanisme kawalan kualiti yang baik, terdapat risiko bahawa PBD tidak dapat mencerminkan tahap pencapaian murid dengan tepat.
2.7 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Untuk memastikan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) lebih berkesan dan adil, beberapa penambahbaikan boleh dilakukan. Pertama, beban tugas guru perlu dikurangkan dengan memperkenalkan sistem pentaksiran digital yang lebih sistematik dan mudah diakses. Penggunaan aplikasi atau platform dalam talian boleh membantu guru merekod dan menganalisis prestasi murid secara automatik, sekali gus mengurangkan keperluan pencatatan secara manual. Selain itu, latihan berkala perlu diberikan kepada guru bagi memastikan mereka memahami teknik pentaksiran yang betul dan dapat menilai murid secara konsisten dan objektif. Ini boleh dilakukan melalui bengkel berkala atau modul latihan yang disediakan oleh pihak kementerian bagi menyeragamkan kaedah pentaksiran dalam kalangan guru. Selain itu, bagi meningkatkan motivasi murid, strategi pengajaran yang lebih interaktif dan berpusatkan murid boleh diterapkan dalam PBD. Contohnya, elemen gamifikasi seperti pemberian lencana pencapaian atau ganjaran simbolik boleh digunakan untuk menggalakkan murid lebih berusaha dalam tugasan mereka. Penilaian rakan sebaya dan refleksi kendiri juga boleh digalakkan untuk membantu murid lebih memahami kekuatan dan kelemahan mereka sendiri. Dalam masa yang sama, ibu bapa perlu dilibatkan secara aktif dalam pemantauan prestasi anak-anak mereka melalui laporan berkala atau sesi perbincangan bersama guru. Dengan gabungan elemen ini, PBD dapat dijalankan dengan lebih sistematik, adil, dan memberi impak positif kepada perkembangan murid secara menyeluruh.
RUJUKAN
Husaina Banu Kenayathulla. (2020). Pentaksiran bilik darjah dan prestasi murid sekolah jenis kebangsaan Cina di Hulu Langat, Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(3), 1–21. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/26777 Institut Pendidikan Guru. (2022). Persidangan Minda Inovasi Dinamik. Jurnal Penyelidikan MUADDIB, 16(5), 1689–1699. Kalai Selvan Arumugham. (2019). Pentaksiran bilik darjah dan kemajuan murid: Pengukuran tahap perkembangan pembelajaran murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. ResearchGate, March 2019, 1–13. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (Vol. 4, Issue 1). Marnizam, F. I., & Ali, S. R. (2021). Penilaian pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD) dalam kalangan guru Matematik sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 11(2), 81–94. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol11.2.7.2021 Mohd Amir Shaukhi Hj Ahmad, Kalai Selvan Arumugham, & Azhan Anuar. (2022). Pentaksiran bilik darjah (PBD) dalam norma baharu: Pemimpin pertengahan dalam mengupayakan pelaksanaan PBD berasaskan teknologi. Sains Insani, 7(1), 37–43. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol7no1.354 Nor Asilah Osman, Shariza Said, Zahanim Ismail, Norliyah Sulaiman, & Vijayaletchumi Maniveloo. (2024). Pentaksiran dalam pendidikan. MK e-Solutions Sdn. Bhd. Pei Juan, Ng., Rahman, Saemah., & Surat, Shahlan. (2023). Tahap pengetahuan, kemahiran dan kesediaan guru terhadap pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(5), e002339. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i5.2339 Primus, V. W., & Mosin, M. (2021). Strategi pengurusan evidens pentaksiran bilik darjah murid berkeperluan khas dalam program inklusif sekolah rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9), 282–293. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1026 Saliman, F., & Zamri Mahamod. (2022). Jurnal pendidikan bahasa Melayu Malay Language Education Journal. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12, 29–39. https://spaj.ukm.my/jpbm Sh. Siti Hauziman Wan Omar. (2019). Pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah guru dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah bahasa Melayu di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM (Malay Language Education Journal-MyLEJ), 9(1), 56–67. http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/195
SEKIAN, TERIMA KASIH !