The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2016-02-15 02:26:47

prog_booklet_01

prog_booklet_01

Melayu,
Hargamu laku
Kalau kau kenal asal usulmu

Bangkitlah yang masih tidur itu
Bantu mereka yang perjuangkan bangsamu
Yang masih lagi ligat peliharamu

Melayu, mari.
Mari singkap kembali keindahanmu
Keindahan khazanah warisanmu
Keindahan yang ditinggalkan moyangmu

Silat dahulu menjadi gerak hias
Penyelemat setiap yang kilas

Sama juga adat bekerjasama
Jadi pemanis setiap acara

Janganlah kau cakap tentang bahasa
Indahnya memukau tidak terkata

Busana juga menjadi santapan mata
Penyeri gadis memikat jejaka

Tidak perlu dipertikai lagi adab tingkah
Umpama pelengkap, kebanggaan bangsa

Melayu,
Kau tidak kaku
Kau belum beku
Kau mungkin hanya terkedu
Terbawa sebentar dengan waktu

Marilah singkap kenangan lalu
Perjuangkan bersama yang baru
Biar semua tahu
Indahnya asalmu itu

KATA PENGANTAR
FOREWORDS

PENERBIT ‘ASAL’
MUHAMMAD HAFIZ SAIFUL IMRAN
& SITI NABILA SUHAIZAT

Bismillahirrahmanirrahim.

Kami bersyukur kerana dihadiahkan peluang keemasan ini untuk menerbitkan
ASAL 2016, yang merupakan produksi NTU Beztari yang kelima.
Memandangkan kami baru sahaja menjinakkan diri dalam bidang tarian
Melayu, pelbagai cabaran dirintangi sepanjang persiapan produksi ini bersama
ahli jawatankuasa dan para penari kami. Namun kerjasama mereka dengan
mengaitkan kemahiran kami dalam seni Dikir Barat dan muzik Melayu ke dalam
produksi ini, semuanya berjalan dengan lancar. Kami ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua yang telah menjayakan ASAL dengan apa jua cara!

ASAL mengetengahkan bagaimana jiwa seseorang itu yang menentukan
budayanya, bukan sahaja dari segi penampilan, adab dan adat. Ia juga
menyingkap cerminan hidup masyarakat Melayu dulu dan sekarang melalui
penerapan kedua-dua seni tari tradisional dan kontemporari. Dengan ini, ASAL
menyusul kerelevanan adat dan nilai masyarakat Melayu yang semakin pudar
pada konteks zaman sekarang. Mungkin...perubahan ini semua merupakan satu
rahmat bagi kita?

Kami berharap agar isu-isu yang diketengahkan mengajak kita untuk membuat
kesimpulan sendiri sambil merenung kembali apa yang mungkin kita telah lupa,
agar kita sentiasa sedar akan ASAL usul kita.

KATA PENGANTAR
FOREWORDS

PRESIDEN PERBAYU
NADZIRAH AMIR HAMZAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Pertama sekali, tahniah kepada NTU BEZTARI kerana telah berjaya
menghasilkan pementasan tarian ASAL ini. Semestinya, kesemua penari telah
memberikan yang terbaik dan segala penat lelah bagi persiapan mereka telah
menghasilkan satu persembahan yang amat gah di samping mengimbangi
persekolahan mereka.

ASAL berkonsepkan persoalan yang ingin ditujukan kepada para penonton
tentang aspek-aspek kehidupan masyarakat Melayu yang semakin hilang
ditelan masa. Kali ini, reka tari bagi pementasan ini diketuai oleh Cikgu Azmi
Juhari, dan juga Encik Ismail dan Encik Haizad yang merupakan anak-anak didik
beliau. Dengan adanya pereka-pereka tari yang muda, ia diharapkan agar dapat
memberikan suntikan yang baru kepada tarian-tarian ini.

Pementasan ini merupakan satu platform bagi penari-penari mapan dan
baharu untuk mempamerkan dan ketengahkan bakat mereka, di mana
semangat mereka patut dipuji. Bak kata pepatah dari Martha Graham,
“Tiada siapa yang kisah sekiranya anda bukan seorang penari yang hebat.
Bangun dan terus menari kerana penari yang handal dilahirkan dari semangat
kental mereka.”

Semoga anda terhibur dengan persembahan ASAL.

KATA PENGANTAR
FOREWORDS

KAPTEN NTU BEZTARI
MUHAMMAD FIRDAUS AMIR HAMZAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebagai pembuka kata, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua ahli jawatankuasa dan para penari Beztari, yang telah
bertungkus-lumus menjayakan pementasan tarian ini sejak 4 bulan yang lalu.

Selaku kapten Beztari, saya amat teruja diberikan peluang untuk menerajui
ASAL. Yang istimewa untuk produksi kali ini, hampir kesemua penari kami
merupakan penari yang baharu pertama kali berkecimpung dalam produksi
tarian. Namun, ini tidak langsung mengurangi tahap persembahan ini
kerana semangat dan komitmen yang ditunjukkan terhadap setiap latihan
sememangnya membuat saya terasa bangga dapat bekerjasama dengan
penari-penari seperti mereka. Saya juga amat berbesar hati kerana kami
diiringi oleh para pemuzik daripada Orkestra Sri Temasek, yang sudah pastinya
telah menambahkan lagi seri pementasan ini. Tidak lupa juga perhargaan
yang setingginya kepada ketiga-tiga jurulatih kami, yang sentiasa memastikan
bahawa mesej ASAL yang ingin disampaikan melalui gerak tari akan dapat
digarab oleh para hadirin. Sudah sememangnya, semua ini telah membuat
pementasan kali ini berlainan dari tahun-tahun sebelumnya, terutama
sekali dari segi konsep, serta olahan gerak tari dan iringan muzik ‘live’ yang
disertakan dalam ASAL.

Akhir kata, produksi in tidak akan dapat dijayakan tanpa sokongan para
hadirin yang telah meluangkan masa untuk menyokong usaha kami dalam
melestarikan seni tari Melayu di Singapura, disamping menyampaikan mesej-
mesej yang kami berharap, dapat mengembalikan bangsa Melayu ke ASAL
zaman kegemilangan kami di persada nusantara ini. Namun, ASALkan semua
terhibur dengan pementasan tarian kami ye.

KATA PENGANTAR
FOREWORDS

PENGARAH ARTISTIK ‘ASAL’
AZMI JUHARI

Sekapur Sireh Seulas Pinang
ASAL

Salam sejahtera semua.

Dengan rasa tanggungjawab pelajar, ASAL dihasilkan. Banyak persoalan dan
pertanyaan yang di utarakan, kenapa, mengapa dan bagaimana amalan budaya
dan tradisi hilang dan pupus. Dengan perubahan-perubahan yang berlaku
tanpa disedari oleh kita, ia pun berubah mengikut keadaan yang disuaikan.

Kesedaran kita adalah tanggungjawab kita sama ada harus dijaga atau
dilupakan sahaja. Biar lah tradisi budaya kita dijaga oleh bangsa lain. Patut kah?
Tapi ia sudah pun terjadi tanpa kita sedari.

Makanan kita

Musik kita

Bahasa kita

Pakaian kita

Perubahan itu baik dan perlu ada pengorbanan. Dan pengorbanan itu harus
disedari oleh kita apa yang nak di korbankan. Dengan harapan semua akan
sedar walaupun sudah sedar bahawasanya adat budaya amalan tradisi kita iaitu
MELAYU, siapa yang harus jaga?

Wassalam.

KATA PENGANTAR
FOREWORDS

PEREKA TARI ‘ASAL’
ISMAIL JEMAAH
& NORHAIZAD ADAM

Bismillahirrahmanirrahim.

Terlebih dahulu, kami amat bersyukur kerana dapat mengongsi keindahan
menjalankan produksi ASAL 2016 bersama penari-penari Beztari, apalagi
apabila mereka sudah kian lama mempunyai hubungan yang istimewa dengan
kami berdua.

Bagi Haizad, sebagai seorang pereka tari kontemporari, persiapan produksi
ini telah menyebarluaskan kemahirannya dalam gerak tari tradisional, adat
dan adab Melayu. Bagi Ismail pula, persiapan untuk mereka tari bagi segmen
‘Adab’ merupakan proses yang menarik kerana ia memberinya peluang untuk
mengaitkan reka tari tersebut dengan sesuatu yang sering menjadi ‘cerita
kedai kopi’ baginya. Amat sukar untuk mengait kemaskan kedua-dua seni
tari tradisional dan kontemporari, tetapi dengan kegigihan dan kerjasama
pengarah artistik dan para penari, ia akan membuahkan hasil yang baik,
in shaa Allah.

Akhir kata, kami berpendapat bahawa ASAL usul kita masih wujud dan relevan
pada masa kini. Mungkin hanya dalam konteks yang berbeza. Sebaiknya,
kita selami intipati adat, adab dan amalan yang membentuk masyarakat
Melayu, bukan sekadar apa yang dilihat dengan mata kasar. Marilah kita saling
mengingati dan bersikap lebih prihatin terhadap ASAL usul kita.

KONSEP
CONCEPT

ASAL:

KETURUNAN DISUSULI,
SOALAN DIUSULKAN

(ASAL: FOLLOWING OUR TRADITIONS,
AND THE QUESTIONS THAT FOLLOW)

Definitions of ASAL
1. Asal (Origin) – where our ancestors come from and to know our roots
2. Asal (Why?) – a question to be asked to the current generation

The tagline “keturunan disusuli” means Hence, the items will be hung at the
to follow our ancestors path from back of the stage at the end of each
generation to generation. The “soalan segment. As much as we want to follow
diusulkan” means proposed questions our ancestors’ footsteps, there are
to our current generation. some things that we cannot follow
blindly. In the world we are in, the
In this production, we will be using practicality of sticking through with
symbolic items that are associated to these traditions is often questioned
Malays of the past. It shows that we which brings about the idea of this
want to follow our origin and heritage production: Reaching a compromise
but ultimately we still need to question between heritage and its struggling
how practical they are today. relevance of today.

SINOPSIS
SYNOPSIS

1
ASAL WAJA SEMANGAT PERWIRA
AS STRONG-WILLED AS THE WARRIORS’ SPIRIT

PEREKA TARI | CHOREOGRAPHER
ISMAIL JEMAAH

PENARI | DANCERS
ISMAIL, FIRDAUS, HAFIZ, SYAFIQ, SUFY, SAMIR

Pada zaman dahulu, silat merupakan seni pertahanan diri yang melambangkan keberanian orang Melayu
dalam menentang musuh. Silat juga dipersembahkan untuk tujuan perubatan. Masyarakat Melayu sangat
tegas dalam mempertahankan hak mereka. Namun begitu, kini budaya sebegini tidak lagi wujud dalam
kalangan masyarakat Melayu. Asal…?

In the olden times, Silat was practiced as an art of self-defence and also for spiritual healing. It became a
symbol of bravery for the Malay community. We used to stand up for our rights. The Malay community used to
be firm in fighting for their rights. However, it is rare to see such act nowadays. Why…?

2
ASAL GOTONG DARI KAMPONG
KAMPONG, WHERE THE SPIRIT OF TOGETHERNESS WAS SEEDED

PEREKA TARI | CHOREOGRAPHER
AZMI JUHARI

PENARI | DANCERS
SUHANA, HAIRIL, FIRDAUS, ATIKAH, HAFIZ, NABILA, SYAFIQ, ‘AMIRAH, SABRINA, AZHAR, SUFY,
SAMIR, ISMAIL, AIN, LIYANA, ASHILAH

Semangat gotong-royong merupakan salah satu budaya hidup masyarakat Melayu yang hidup sekampong.
Masyarakat Melayu akan sentiasa menolong antara satu sama lain dalam majlis keramaian. Tanpa disedari,
sikap ini semakin berkurangan dalam masyarakat kita. Meskipun hidup berjiran, masyarakat Melayu
sekarang hidup berdinding batu, berpagar besi, bertingkap gelas. Kita sudah tidak bertegur sapa dengan
jiran kita. Asal…?

Our Malay community is very famous for our kampong spirit. We will always volunteer and help one another
out in various events and gatherings. However, such act of selflessness is depleting in our current generation
and we do not even acknowledge our neighbors anymore. Why...?

SINOPSIS
SYNOPSIS

3
ASAL BOLEH JE EH
ANYHOW ONLY

PEREKA TARI | CHOREOGRAPHER
ISMAIL JEMAAH

PENARI | DANCERS
ISMAIL, FARAH DIYANAH, ASHILAH, NADZIRAH, HAIRIL, AZHAR

Bahasa Melayu ialah bahasa Nasional Singapura, tetapi telah dijadikan sebagai bahasa kedua akibat
globalisasi. Bahasa Melayu kini jarang digunakan antara generasi muda. Ini telah mengakibatkan mereka
kurang fasih berbahasa Ibunda dan terbiasa dengan pengaruh lain. Asal…?

Malay Language used to be the national language of Singapore. However, it is now recognized as a second
language due to globalization, thus hindering the younger generation’s fluency in it. Why…?

4
ASAL BUSANA MEMBELA KHAZANAH
AS LONG AS THE COSTUMES DEFEND THE TRADITIONAL TREASURES

PEREKA TARI | CHOREOGRAPHER
NORHAIZAD ADAM

PENARI | DANCERS
NABILA, SUHANA, INSYIRAH, LENA, ‘AMIRAH, ATIKAH, AIN, SABRINA

Masyarakat Melayu dahulu kala sering mengenakan pakaian tradisional kerana ia melambangkan
keMelayuan orang kita. Kini, ia hanya dikenakan sewaktu menghadiri majlis perkahwinan ataupun ketika
menyambut Hari Raya. Apakah pengaruh ala Barat telah menakluki hati sebahagian masyarakat Melayu
kini untuk mengubah pakaian tradisi mereka? Asal…?

During the early years, the Malay communities would don their traditional costumes as they were a significance
to the Malay culture. However today, they can only be seen during occasions such as weddings or Hari Raya. It
is a trend now where some influence of modernity is being injected into the traditional attires. People are open
to accepting this. Why…?

SINOPSIS
SYNOPSIS

5
ASAL BERADAB BUKAN BIADAP
TO BE RESPECTFUL THAN TO BE RUDE

PEREKA TARI | CHOREOGRAPHER
ISMAIL JEMAAH

PENARI | DANCERS
AZHAR, HAFIZ, SYAFIQ, NADZIRAH, SAMIR, NABILA, SUHAILAH, ASHILAH, SUFY, LIYANA

Orang Melayu dibesarkan dengan penuh adab seperti hormat-menghormati, bersopan-santun dan
berbudi bahasa. Kini, adab ini semakin berkurangan dengan pengaruh daripada kehidupan bangsa lain.
Apa yang akan terjadi pada adab Melayu? Sudahkah Melayu kita hilang kebanggaan terhadap bangsa dan
budaya mereka sendiri? Asal…?

Our way of life largely revolves around practices that have been embedded from young as we have internalized
these beliefs to make it a routine. As our values and traditions change, so does our way of life. What about our
manners? Are they not upholding their own race and culture anymore? Why…?

6
TAKKAN SESAL BERPANDUKAN ASAL
GUIDED BY ORIGINS, FOLLOWED BY NO REGRETS

PEREKA TARI | CHOREOGRAPHER
NORHAIZAD ADAM

Apakah yang akan terjadi jikalau semua adat budaya Melayu disalahgunakan?

Silat – Menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri
Gotong-royong – Sudah tidak bertegur sapa. Tidak kenal jiran masing-masing
Bahasa – Ramai yang tidak tahu berbahasa Melayu
Khazanah – Pengaruh gaya pakaian orang Barat
Adab – Masyarakat yang kurang adab?

Masih adakah anak-anak Melayu zaman sekarang yang akan meneruskan apa yang ditinggalkan?

What will happen if all characteristics of our Malay culture are being misused?

Silat – Misusing power for own benefits
Gotong-royong –Ignorant about our neighbours
Bahasa – The scarce use of the Malay language among the communities
Khazanah – Strong influence from the westerners
Adab – Lack of discipline of the current generation

If we do not uphold our own values and traditions, who else will?

Insert Insert Insert Insert Insert
Exco Exco Exco Exco Exco
Here Here Here Here Here

JAWATANKUASA & PENARI
COMMITTEE & DANCERS

JAWATANKUASA NTU BEZTARI

KAPTEN BENDAHARI
Md Firdaus Amir Hamzah Nurul ‘Amirah Arifin

NAIB KAPTEN PENGURUS BUSANA
Md Hafiz Saiful Imran Nur Sabrina Bohari
Siti Nabila Suhaizat

JAWATANKUASA PRODUKSI

PENASIHAT PENGURUS LANTAI KETUA
Nadzirah Amir Hamzah Nur Farhanah Abdul Rahman PENGURUS BUSANA
Nur Sabrina Bohari
PENYELARAS PROJEK PEGAWAI SERANTA Md Hairil Asraf Md Nasir
Md Firdaus Amir Hamzah Nurul Ashilah Abdul Latiff
Siti Shafiqah Walid PENGURUS BUSANA
PENERBIT Nurul Asyikin Abdul Latiff & PENATA RIAS
Md Hafiz Saiful Imran Wan Nurfatin Taha
Siti Nabila Suhaizat KETUA Ashikin Shakirin Sabtu
PEGAWAI LOGISTIK Nordiyanah Md Hassan
BENDAHARI & PEGAWAI LOGISTIK Afiqa Nadia Zainal
& PENGURUS TIKET Md Asrul Abdul Rahim
Nurul ‘Amirah Arifin Md Azhar Khidzer PEGAWAI KEBAJIKAN
Nur Atikah Ibrahim Md Aidil Shahril Md Shah
PENATA CAHAYA & BUNYI
PENGURUS PENTAS Sofea Lyana Kamusuri
Md Hairulnizam Samsudin Nur Haziqah Rosidin

PENARI NTU BEZTARI

Ahmad Samir Ahmad Sanni Md Sufy Abdul Karim Nurul ‘Amirah Arifin
Farah Diyanah Md Tayib Md Syafiq Awaludin Nurul Ain Yusoff
Ismail Jemaah Nadzirah Amir Hamzah Nurul Ashilah Abdul Latiff
Lena Haziqah Nur Atikah Ibrahim Siti Nabila Suhaizat
Md Firdaus Amir Hamzah Nur Azhar Hassim Suhailah Sulaiman
Md Hafiz Saiful Imran Nur Liyana Kamaludin Suhana Jumadi
Nur Sabrina Bohari Syairah Insyirah Md Shafiee
Md Hairil Asraf Md Nasir

DISOKONG OLEH
SUPPORTED BY

DITAJA OLEH
SPONSORED BY

FREE SHIPPING PROMO CODE
FOR SERIGALA APPAREL

ASAL16SRGL

ON WWW.SERIGALAPPAREL.COM


Click to View FlipBook Version