The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HADIZATULKAMAR, 2019-09-12 01:07:24

SMK PAYA RUMPUT,

SMK PAYA RUMPUT,

SMK PAYA RUMPUT,
MELAKA

DOKUMENTASI

PROGRAM BERMALAM DI MUZIUM 2019

Isi Kandungan

1.0 PENGENALAN
2.0 RASIONAL
3.0 MATLAMAT
4.0 OBJEKTIF
5.0 BUTIRAN PROGRAM
6.0 JURULATIH / FASILITATOR

6.1 KATEGORI JURULATIH / FASILITATOR
6.2 BILANGAN FASILITATOR
6.3 KATEGORI JANTINA
6.4 KOMPOSISI KAUM
7.0 LAPORAN
8.0 PENUTUP
9.0 TENTATIF PROGRAM
10.0 LAMPIRAN

1.0 PENGENALAN
Sempena meraikan sambutan Kemerdekaan Negara yang ke-62 , Muzium Negara akan
menganjurkan program Bermalam di Muzium 2019. Program ini bertujuan memberi
pendedahan kepada kepada pelajar tentang peranan institusi muzium sebagai sebuah pusat
rujukan dan pendidikan yang menarik untuk dilawati. Justeru itu, program seumpama ini
dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali dan mendekati seterusnya
memantapkan kefahaman bahawa muzium bukanlah sebuah bangunan yang usang yang
menyimpan barangan lama sahaja sebaliknya sebuah institusi pendidikan yang
melaksanakan tanggungjawab memulihara, memelihara dan mempamerkan berbagai koleksi
artifak kebudayaan yang amat bernilai dan seterusnya menyumbang ke arah pembangunan
negara.

2.0 RASIONAL
Setiap sekolah mengimpikan melahirkan murid yang berdaya saing, di samping murid yang
mempunyai semangat cinta akan negara yang tinggi. Hasrat ini boleh dicapai sekiranya
pihak yang bertanggungjawab memainkan masing – masing. Jika semangat cinta akan
negara dapat dipupuk dalam diri murid – murid, sudah semestinya murid akan semakin
bersemangat untuk meneruskan pembelajaran.

3.0 MATLAMAT
Melahirkan murid - murid berbilang bangsa yang cinta akan negara dan berdaya saing
serta jati diri yang tinggi. Di samping itu murid – murid juga dapat mengetagui betapa
pentingnya sejarah dalam negara untuk masa depan.

4.0 OBJEKTIF
• Mengukuhkan peranan muzium sebagai sebuah institusi pendidikan tidak formal.
• Mendidik dan membentuk generasi muda yang berpengetahuan dan peka terhadap

khazanah warisan negara.
• Mendekatkan muzium dengan masyarakat terutamanya dengan pelajar – pelajar

sekolah.
• Menggalakkan budaya mengunjungi muzium dalam kalangan generasi muda.
• Mermupuk persefahaman dan semangat perpaduan sesame warganegara.
• Memupuk semangat patriotik dan cintakan negara.
• Meningkatkan kepuasan pelanggan dengan pelbagai program dan aktiviti untuk setiap

lapisan masyarakat.

5.0 BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : 30 dan 31 ogos 2019
Tempoh : 2 hari 1 malam
Tempat : Muzuim Seni Bina Malaysia

Muzium Penjara Malaysia

6.0 JURULATIH / FASILITATOR
6.1 KATEGORI JURULATIH / FASILITATOR
• Pegawai Psikologi
• Pegawai Ugama
• kakitangan daridapa Penjara Negeri Melaka.

6.2 BILANGAN FASILITATOR
1 orang guru SMK Paya Rumput
1 kakitangan daripada Muzium Penjara
4 kakitangan daripada Penjara Negeri Melaka

6.3 KATEGORI JANTINA
Guru dan fasilitator lelaki : 6 orang

6.4 KOMPOSISI KAUM
Melayu, India, Cina

7.0 LAPORAN PROGRAM BERMALAM DI MUZIUM 2019
30-31 Ogos 2019 Muzium Penjara Malaysia Melaka dan Muzium Seni Bina Malaysia

telah bekerjasama dalam menjayakan Program Bermalkam Di Muzium 2019. Program
ini mula diperkenalkan oleh Muzium Negara (MN) bermula tahun 2005 bersempena
sambutan bulabn kemerdekaan negara. Pogram ini dijalankan serentak melibatkan 36
buah muzium di Malaysia di mana rekod baharu telah tercipta untuk kategori
pemakaian tengkolok beramai-ramai sempena Program Bermalam Di Muzium 2019 di
dalam The Malaysia Book Of Records dengan penyertaan 3209 orang peserta.

Program ini telah disertai oleh 1 orangguru pengiring (SMKPR), 5 orang fasilitator, 5orang
pelajar SMK Paya Rumput dan 15 orang pelajar SMK Ayer Molek .Progarm ini diketuai oleh
penjaga Muzium Penjara.

JUMAAT 30 OGOS 2019

Perjalanan program bermula dengan sesi pendaftaran para peserta. Yang dikendalikan oleh
fasilitator program dalam keadaan hangat petang bermula kira-kira jam 1420 di dalam dewan
Muzium Seni Bina. Sewaktu pendaftaran peserta menerima risalah mengenai paraturan-peraturan
program , baju t-shirt program berserta tentatif sepanjang program berlangsung, seterusnya
mendengar taklimat oleh urusetia program.

Kira-kira jam 1640 guru pengiring, fasilitator dan para peserta bergerak ke tempat solat
dalam Muzium Seni Bina untuk menunaikan solat asar. Setelah selesai solat, para peserta bertolak
ke kawasan lapang Muzium Seni Bina, untuk memulakan latihan memanah.Para peserta begitu
teruja dengan riadah yang telah diranjang pihak pengannjur.

Tepat jam 1900 para peserta dan uru pengiring dikehendaki bertolak ke Muzium Penjara
untuk meneruskan aktiviti program seterusnya. Kira-kira jam 1930 para peserta sudah selesai
menunaikan solat maghrib, diiringi dengan bacaan surah Yaasin dan kuliah agama yang
disampaikan oleh Pegawai Agama daripada Penjara Negeri Melaka.

Pada 2130, latihan dalam kumpulan dimulakan. Para peserta kelihatan bersemangat untuk
meneruskan program yang telah disediakan. Aktiviti ini memerlukan sifat kesabaran para peserta
serta sifat kerjasama untuk menyelesaikan masalah. Kira-kira jam 2200 para peserta dikehendaki
membersihkan diri setelah selesai menjalani aktiviti seharian.

Jam 2345 minum malam telah disediakan untuk para peserta. Seterusnya para peserta kelihatan
sabar menunggu detik 12 malam menandakan hari esok telah tiba. Tepast jam 0000 lagu Negaraku
telah mula dimainkan. Para peserta kelihatan masih bersemangat menyanyikan lagu Negaraku
walaupun sudah seharian menjalankan aktiviti. Pada jam 0030 para peserta dikehandaki untuk tidur
supaya tidak kekurangan tenaga pada keesokan hari.

SABTU 31 OGOS 2019

Para peserta segera bangun awal untuk menyiapkan diri dan seterusnya bergerak ke surau
untuk menunaikan solat subuh.Pada jam 0700 para peserta dikendalikan oleh jurulatih luar untuk
aktiviti senam robik. Selesai senam robik, para peserta dihidangkan dengan sarapan pagi. Pada jam
0830 para peserta dikehendaki membuat persediaan persembahan untuk dipersembahkan nanti.
Ianya berlanjutan sehingga jam 1000 dan seterusnya para peserta dikehendaki membuat penilaian
sepanjang kursus berlangsung dan ianya adalah untuk menilai sama ada mencapai objektif program
atau tidak. Pada jam 1200 majlis penutup berlangsung, dan berakhirlah Program Bermalam Di
Muzium 2019.

8.0 PENUTUP
Kerjasama dan komitmen semua pihak telah menjayakan program kali ini dan berharap agar program
seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan supaya murid-murid akan lebih cinta akan negara Malaysia
dan tidak melupakan sejarah negara yang terdapat pada muzium yang ada di Malaysia.

9.0 TENTATIF PROGRAM
30 OGOS 2019
1430 : pendaftaran peserta
1431 : taklimat urusetia dan ice breaking / minum petang
1432 : solat asar
1433 : latihan memanah
1434 : bersih diri
1435 : makan malam
1436 : solat maghrib berjemaah / bacaan Yaasin / kuliah agama / solat isyak berjemaah
1437 : latihan dalam kumpulan
1438 : minum malam
1439 : ambang merdeka

31 OGOS 2019
0500 : bangun / bersih diri
0550 : solat subuh berjemaah
0645 : senam robik
0800 : sarapan pagi
0845 : persediaan persembahan
1000 : persembahan pelajar / penilaian kursus / perkongsian pengalaman pelajar
1200 : majlis penutup / penyampaian hadiah
1230 : makn tengahari
1300 : bersurai

10.0 LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version