The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HADIZATULKAMAR, 2021-04-22 03:11:41

BULETIN RAMADHAN

BULETIN RAMADHAN

BILANGAN 1 . 11 RAMADHAN . APRIL 2021

BULETIN RAMADHAN

Panitia Pendidikan Islam

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT, MELAKA

RAMADAN BULAN SERIBU RAHMAT JOM SERTAI AKTIVITI

DARI MEJA PENGARANG RAMADHAN 1442H

Alhamdulillah, bersyukurlah kerana kita masih diberi hubUunngituGk kuertuerPang.Iansllaamnjuatn, da
ruang dan peluang bertemu Ramadan tahun ini. Bulan
Ramadan adalah anugerah agung daripada Allah swt untuk Tadarus Al-Quran
umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih
ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikankanNya. Tazkirah setiap Jumaat
Bacaan Yaasin, Surah
Bulan Ramadan penuh keberkatan dan manfaat. Detik Al-Kahfi : Setiap Jumaat
demi detik di bulan suci ini bagaikan rangkaian berlian yang Kuiz Ramadhan
sangat berharga bagi orang beriman kerana semua Pertandingan Melukis
perbuatan kita ketika berpuasa menjadi ibadah berpahala poster “Ramadhan Karim”
yang balasannya langsung dari Allah SWT. Kehadiran bulan Pertandingan “Kad Hari
suci Ramadan menjadi sebuah hadiah yang indah bagi kita, Raya Untuk Guru”
kerana padanya ada seribu kebaikan bernilai lebih serta
berlipat ganda dan terdapat padanya amalan-amalan yang Pertandingan Azan
tidak terdapat pada bulan lainnya. Baik sekecil mana
sekalipun akan dilipatgandakan pahala jika dilakukan dengan Pertandingan nasyid
ikhlas.
Pertandingan Tilawah Al
Bulan Ramadan hanya menjenguk satu tahun sekali. Quran
Ia merupakan jarak waktu yang membawa kita pada suatu
keadaan dimana kita terkadang agak terlupa dengan Pertandingan Hafazan
amalan-amalan di tahun sebelumnya. Keluaran Buletin Majlis Khatam Al Quran
Ramadan Bil.1 cuba mengulangkaji kembali ingatan Sumbangan Asnaf
kita kepada amalan-amalan yang dituntut dilakukan Bubur lambuk
dibulan mulia ini. Moga bermanfaat.
PAGE 01
BILANGAN 1/ RAMADHAN 1442H

Amalan-amalan yang "Bulan Ramadhan,
bulan yang diturunkan
dituntut di dalamnya Al Quran
sebagai petunjuk bagi
dibulan Ramadan
manusia dan
1. Puasa penjelasan-penjelasan
mengenai petunjuk itu
Amalan yang WAJIB di bulan Ramadan adalah melaksanakan dan perbezaan (antara
ibadah puasa yang merupakan rukun Islam yang keempat.
Puasa setiap orang dari kita berbeza nilai dan pahalanya di sisi yang haq dan yang
Allah swt. Oleh itu, mari kita berpuasa bukan sekadar untuk bathil)”
melepaskan kewajiban, tetapi kita melaksanakannya dengan
penuh keimanan dan mengharap balasan Allah, merasa AL-BAQARAH : 185
senang berpuasa dan bukan merasa terbebani. Kita juga
melaksanakan kewajiban dan sunnah-sunnahnya serta
meninggalkan larangan dan hal-hal yang mengurangi nilainya,

2. solat malam / Tarawih

Solat malam adalah solat sunat yang sangat besar
pahalanya samada dilakukan di bulan Ramadan ataupun
di luar bulan Ramadan. Solat Tarawih memiliki
keutamaan lebih daripada bulan-bulan lain. Maka
hendaklah kita berlumba-lumba melakukannya. Suasana
Ramadan dan balasan pahala yang besar memberikan
kepada kita semangat yang lebih untuk
melaksanakannya. Semoga apa yang kita lakukan di
bulan Ramadan menjadi latihan bagi kita untuk
membiasakan diri setelah Ramadan berlalu. Diantara
pahala yang besar dari shalat Tarawih adalah diampuni
dosa yang telah lalu.

3. Membaca dan mentadabbur Al-Quran

Ramadhan adalah bulan Al Qur’an kerana Al-Quran
diturunkan dalam bulan Ramadan. Diriwayatkan, pada bulan
Ramadan, Jibril ‘alahis salam menemui Rasulullah saw untuk
membaca bersama-sama dan mengulangi bacaan Al Qur’an.
Di bulan Ramadhan, para sahabat dan salafus shalih
berlumba-lumba mengkhatamkan Al Qur’an, baik dalam
bacaan solat ataupun bacaan di luar solat.
Al Qur’an adalah kitab petunjuk agar kita mengambil
petunjuk darinya. Maka kita harus memahami erti dan
maknanya. Membaca Al Qur’an adalah amalan yang luar
besar nilainya. Tapi mentaddaburi dan memahami maknanya,
kemudian mengambil petunjuk hidup darinya, itulah tujuan
Al Qur’an diturunkan. Oleh karena itu, mari kita jadikan bulan
Ramadan bulan membaca dan mentaddaburi Al Qur’an.

BILANGAN 1/ RAMADHAN 1442H PAGE 02

Amalan-amalan yang
dituntut

dibulan Ramadan

4. Sedekah “Rasulullah saw adalah
orang yang paling
Amalan bulan Ramadan tidak hanya yang berhubungan
langsung dengan Allah swt sahaja, tetapi juga terdapat amalan dermawan. Dan beliau lebih
yang memberikan kebaikan langsung kepada orang lain iaitu dermawan lagi di bulan
bersedekah. kelebihan bersedekah ialah: Ramadan saat beliau
bertemu Jibril. Jibril
Sedekah dapat menghapuskan dosa-dosa.
Orang yang bersedekah akan mendapatkan naungan di hari menemuinya setiap malam
akhirat kelak. untuk mengajarkan Al-
Sedekah memberi keberkatan kepada harta yang ada.
Allah melipat gandakan pahala orang yang bersedekah. Qur’an. Dan kedermawanan
Terdapat pintu surga yang hanya dapat dimasuki oleh orang Rasulullah shallallahu
yang bersedekah.
Sedekah akan menjadi bukti/saksi keimanan seseorang. ‘alaihi wa sallam melebihi
Sedekah dapat membebaskan diri daripada siksa kubur. angin yang berhembus.”
Sedekah dapat mencegah pedagang melakukan maksiat
dalam jual-beli HR. BUKHARI
Orang yang bersedekah merasakan dada yang lapang dan
hati yang bahagia.
Pahala sedekah terus berkembang diumpamakan dari sebiji
menjadi sebesar gunung pahala.
Sedekah menjauhkan diri dari api neraka.
Iri atau hasad adalah akhlak yang tercela, namun iri kepada
orang yang suka bersedekah, ingin menyaingi
kedermawanan dia, ini adalah akhlak yang terpuji.

’5. I tikaf

I’tikaf dilakukan dengan berada didalam masjid selama
waktu i’tikaf samada siang ataupun malam. Tidak keluar
daripada masjid kecuali untuk memenuhi hajat yang darurat,
seperti makan dan buang air. Seorang yang beri’tikaf
menyibukkan dirinya hanya dengan ibadah seperti berzikir,
membaca Al-Qur'an, memperbanyak solat dan amalan-
amalan ibadah yang lain. Ia meninggalkan pekerjaan yang
melalaikan dan amalan yang sia-sia kerana waktu ia beri’tikaf
benar-benar menjadi waktu yang dikhususkan untuk
mendekat dirinya kepada Allah swt. I’tikaf merupakan
kebiasaan Rasulullah saw di bulan Ramadan. Seperti yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, “Rasulullah saw beri’tikaf
selama sepuluh hari setiap bulan Ramadan, dan beri’tikaf
selama dua puluh hari pada tahun beliau wafat”. (HR.
Bukhari)

BILANGAN 1/ RAMADHAN 1442H PAGE 03

Amalan-amalan yang
dituntut

dibulan Ramadan

6. Menghidupkan Malam Lailatul Qadar

Dengan kasih sayang dan rahmat-Nya, Allah swt
menghadiahkan kepada kita satu malam yang sangat
istimewa di bulan Ramadan. "Lailah" bermaksud apabila
tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar atau
berlawanan dengan siang hari manakala "al-Qadar" pula
bermaksud kemuliaan atau hukum dan ketetapan.

Para ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah
pada malam Qadar yang mana ianya lebih baik daripada
seribu bulan. Antara kelebihan malam ini ialah:

Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan.
Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam
Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan
juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk
mengaminkan doa orang yang memohon pada malam
tersebut hingga waktu fajar.
Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan
perintah Allah swt.
Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa
sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar.

Walaupun syaitan diikat pada bulan Ramadan, namun diri kita tidak terlepas daripada melakukan
kesilapan. Dengan iman di dada yang pasang surut, serta nafsu di dalam diri yang sukar dikawal,
kita sering melakukan kesilapan yang kita anggap sebagai kesalahan remeh. Kesalahan-kesalahan ini

sebenarnya mengurangkan pahala Ramadan kita. Sesungguhnya inilah bulan yang kita perlu
gunakan untuk menjadi permulaan kepada muslim yang lebih baik dan seterusnya beristiqamah pada

bulan-bulan seterusnya.

BILANGAN 1/ RAMADHAN 1442H RAnatmaardaan.kesilapan yang perlu dielakkan dibulan

Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa
dengan sengaja, bukan dengan sebab keuzuran.
Berpuasa dan melakukan solat sunat tetapi
meninggalkan solat fardhu
Makan terlalu banyak ketika berbuka hingga
melewatkan solat.
Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di
siang hari dengan alasan berpuasa.
Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas
bangun di akhir malam.

Masih Tidak Merasa Malu Membuka Aurat

Berpuasa Tapi Melakukan Maksiat

PAGE 04

Peluang untuk semua murid SMK Paya Rumput untuk
mengisi ruang Ramadan dengan aktiviti yang berfaedah,

jom sertai semua aktiviti berikut:

BILANGAN 1/ RAMADHAN 1442H PAGE 05

BILANGAN 1/ RAMADHAN 1442H PAGE 06

“Wahai orang-orang
beriman, Kamu

diwajibkan berpuasa
sebagaimana yang
diwajibkan ke atas
orang-orang yang
terdahulu daripada
kamu, supaya kamu

bertakwa”.

BAQARAH AYAT 183 DAN
185

BILANGAN 1/ RAMADHAN 1442H PAGE 07


Click to View FlipBook Version