Buat anak-anakku tersayang
PANDUAN
SOLAT TARAWIH
RAMADHAN 1441 H
Disediakan oleh :
Ibu Hadizatul
Panduan Solat Tarawih Bersendirian & Berjemaah
Isi Kandungan
1. Pengenalan
2. Waktu Tarawih
3. Jumlah Rakaat
4. Niat Solat Tarawih
• Solat Tarawih Bersendirian
• Solat Tarawih Berjemaah
5. Bacaan Seruan Bilal Semasa Tarawih
6. Rukun & Surah yang Digalakkan
7. Doa Selepas Solat Tarawih
8. Solat Witir: Penutup kepada Solat Tunat Tarawih
• Niat Solat Witir
9. Doa Selepas Solat Witir
10. Doa Qunut (Malam 16 Terakhir)
11. Kelebihan Mengerjakan Tarawih
Pengenalan Tarawih
Melaksanakan solat sunat tarawih adalah antara amalan-amalan yang begitu dituntut
(sunat muakkad) dalam bulan Ramadhan. Ia boleh dilakukan secara bersendirian di
rumah mahupun berjemaah di masjid dan surau.
Tarawih ertinya Istirehat.
Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’.
Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan
ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping
mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesiapa yang melakukan solat malam (Tarawih) pada Ramadan kerana
keimanan dan mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah semata-mata,
maka diampunkan segala dosanya yang lalu
— Hadis riwayat Muslim
Solat sunat tarawih adalah satu ibadah qiamullai yang sangat digalakkan pada bulan
Ramadan sehingga nabi menggelarkan ia “qiam ramadan”.
Ia sangat istimewa sehingga Allah menjanjikan ganjaran keampunan kepada mereka
yang mengerjakannya.
Waktu Untuk Mengerjakan
Waktu untuk mengerjakan solat sunat tarawih adalah selepas Solat Sunat Ba’diyyah
Isyak sehinggalah terbit waktu fajar.
Adalah digalakkan untuk mengerjakan solat sunat ini secara berjemaah di masjid
kerana ganjaran pahalanya begitu besar.
Lafaz Niat Solat Tarawih
Solat Tarawih Bersendirian
Lafaz niat solat sunat tarawih secara bersendirian ialah:
Usolli sunnatal tarawih rak’ataini lillahi taala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.
Solat Tarawih Berjemaah (Makmum)
Niat solat sunat tarawih secara berjemaah (sebagai makmum) adalah seperti
berikut:
Usolli sunnatal tarawih rak’ataini makmuman lillahi taala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
Niat ini perlu dibaca sebelum setiap kali mengangkat takbir.
Bacaan Bilal Semasa Tarawih
Semasa solat tarawih berjemaah, menjadi kebiasaan untuk bilal melaungkan seruan
selawat sebelum memulakan solat.
Bacaan Seruan Bilal Solat Tarawih disediakan di bahagian belakang info ini.
Rukun Solat & Surah Yang Boleh Dibaca
Rukun Solat
Rukun solat sunat tarawih adalah sama seperti rukun solat solat fardu atau solat
sunat yang lain.
Jika terdapat beberapa beberapa bacaan tambahan di antara solat sunat tarawih ini,
ia bukanlah rukun atau syarat.
Tetapi ia hanyalah semata-mata untuk mengambil peluang untuk memperbanyakkan
zikir, tasbih, selawat dan doa dalam bulan Ramadan yang mulia.
Kedudukan Saf
Bila mengerjakan solat tarawih berjemaah bersama keluarga, illustrasi kedudukan
saf di bawah ini boleh dijadikan rujukan:
Pemilihan Surah
Tiada penetapan khas untuk surah yang perlu dibaca dalam solat sunat tarawih.
Boleh membaca mana-mana surah pilihan hati yang diingati.
Namun sebagai panduan, dicadangkan surah-surah biasa berikut
selepas Al-Fatihah:
1. Surah at-Takatsur (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
2. Surah Al-Asr (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
3. Surah Al-Humazah (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
4. Surah Al-Fiil (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
Oleh kerana jumlah rakaat adalah 8 rakaat dan ditunaikan sebanyak 4 kali
solat (satu salam bagi setiap 2 rakaat), maka bacaan ditanda dengan nombor 1
hingga 4 mewakili susunan solat.
Nota
Biasanya di Malaysia, selepas selesai 4 rakaat, kita akan membaca doa terlebih
dahulu sebelum mengerjakan 4 rakaat yang terakhir.
Doa tersebut adalah seperti berikut:
Doa Antara Tarawih (Selepas 4 Rakaat)
Allahumma inna nas aluka ridho ka wajannah wa na u’zubika min sahotika
wannar. Allahumma innaka ghofur karimun tuhibbul afwa fagfu anna wa an
jami’il muslimina wal muslimat, birahmatika ya arhamarrohimin.
Maksudnya:
Ya Allah, kami meminta redha-Mu dan syurga dan kami berlindung denganMu
daripada kemurkaanMu dan api neraka.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Mulia, Engkau sangat suka
memaafkan maka maafkanlah kami dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat.
Dengan rahmatMu Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Doa Selepas Solat Tarawih
Selepas selesai solat tarawih
yang terakhir, bacalah doa ini. Bismillahirrahmanir rahim.
Alhamdulillahi rabbil alamin. Wassolatu wassalamu ala
sayyidina muhammadin wa ala Alihi wasohbihi ajmain,
Allahummaj ‘alna bil imani kamilin, walifara idhika
muaddin. Wa lissolati haafizin. wa lizzakati faa ilin, wa
limaa ‘indaka tholibin, wa li ‘afwika raajiina wa bil hudaa
mutamassikiin.
Wa anil laghwi mu’ridhiin. Wa fiddunya zaahidin. Wa fil
aakhirati ra ghibin. Wa bil qadaa i raa dhiin. Wa binnu
amaa i syaakirin. Wa alal balaa ya saabiriin. Wa tahta
liwaa i sayyidinaa muhammmadin sallaahu alaihi wa
sallama yaumal qiyamaati saa iriin. Wa ilal haudhi
waaridiin. Wafil jannati daakhiliin.
Wa Alaa sariiratil karaa mati qaa idiiin. Wa bihuurin linim
mutazawwajiin. Wa min sundusiw waistabraqiw
wadiibaajim mutalabbisiin. Wa min to aamil jannati aa
kilin. Wa mil labaniw wa asalim musoffaini syaaribiin. bi
akwaa biw wa abaariiqa wakaksim mimma ‘in. ma
Allaziina an amta alaihim minan nabiyyiina
wassiddiiqiina wasy syuhadaa iwassoolihin.
Allahummaj ‘alna fii haazihil lailatisy syahrisy syariifatil
mubaarakati minassu Adaail maqbuuliin. Wa alaa taj
‘alnaa allaahumma minal asy qiyaa ilmarduudiin.
ilaahana Aafinaa wa’fu annaa waghfir allaahumma
lanaa. waliwaalidiina wali ummahaatina wali
ikhwaaninaa wali akhawaatinaa wali azwaajinaa wali
ahliinaa wali ahli baitinaa
wali ajdaadinaa wali jaddatinaa wali masyaa ikhinaa wali
mu allimiinaa, wa jamii il muslimiina wal muslimaati wal
mukminiina wal mukminaat., al ahya i minhum wal
amwaat.
Waktubillahummas-salaamata wal aafiyata alai na wa
alaa abiidikal hujjaaji wal ghuzaati wazzuwaar, wal
musaafiriina wa muqiimiina fil barri wal bahri minal
muslimin.
Waqinaa syarrazh zholimin. Wan surnaa alal qaumil
kaafiriin, ya mujiibassaa iliin. Wakh tim lanaa yaa
rabbanaa minka bikhairiyyaa arhamar raahimin,
Wassollahu ‘ala khairi kholqihi muhammadin wa ‘ala
Alihi wasohbihi wassallam. Walhamdulillahi
robbil Aalamin.
Maksudnya:
Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan
nikmatNya dan mencukupkan pertambahannya.
Wahai Tuhan kami, bagiMu pujian seperti yang selayakNya dan kemudian ZatMu
dan kebesaran pemerintahanMu. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi
Muhammad dan keluarga serta sahabat-sahabatNya.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna. Segala
kewajipan zakat kami laksanakan dan segala apa yang ada di sisiMu kami pohonkan
dan keampunanMu kami harapkan.
Kami berpegang dengan petunjukMu dan menjauhi perkara yang sia-sia, zuhud
dengan dunia dan cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan
nikmat-nikmatMu, dan bersabar dengan bala bencana.
Kami berlindung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari kemudian, kami
berkehendak kepada perlindunganMu dan dapat memasuki syurgaMu dan duduk di
atas katil yang mulia (di syurga), berkahwin dengan bidadari-bidadari dan memakai
perhiasan-perhiasan di syurga, memakan makanan di Syurga, minum susu dan
madu yang suci dari gelas-gelas yang indah bersama mereka yang telah Engkau
beri nikmat daripada golongan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang soleh.
Ya Allah, jadikan kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada
orang yang berbahagia kerana diterima amalannya, dan janganlah jadikan kami
orang yang berdukacita kerana ditolak amalan kami.
Ya Tuhan kami, afiatkan kami dan berikan kami keafiatan, Ya Tuhan kami, ampuni
kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami, suami/isteri kami dan guru-guru kami
dan mereka yang kami ajarkan, dan mereka yang mempunyai hak ke atas kami, dan
mereka yang mencintai kami dan berbuat baik kepada kami, dan mereka yang
membimbing kami dan yang kami bimbing kepada kebaikan, dan mereka yang
berwasiat kepada kami dan yang kami wasiatkan dengan doa, dan seluruh muslimin
dan muslimat.
Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas hamba-
hambaMu yang terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga,
orang yang berziarah, musafir-musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di
laut daripada orang Islam.
Dan jauhkan kami daripada orang yang zalim, dan bantulah kami ke atas orang kafir,
wahai Tuhan yang memperkenankan orang yang bermohon.
Dan sempurnakanlah untuk kami wahai Tuhan kami daripadaMu dengan kebaikan
wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala segala yang mengasihani.
Selawat dan salam ke atas sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad dan ke atas
keluarganya dan Sahabat-sahabatnya, dan segala puji untuk Allah Tuhan sekalian
alam.
Seruan Bacaan Bilal Solat Tarawih & Doa Selepas Solat
Ini adalah panduan seruan bacaan bilal solat tarawih
Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun.Doa selepas solat tarawih juga
turut disediakan.
Isi Kandungan
1. Seruan Bacaan Bilal Solat Tarawih
2. Doa Selepas Tarawih
3. Seruan Bilal Untuk Solat Witir
4.
Seruan Bacaan Bilal Solat Tarawih
Petunjuk:
• Bacaan untuk bilal ditandakan dengan warna biru
• Bacaan untuk makmum adalah berwarna hitam
Selawat yang dinyatakan adalah untuk solat 8 rakaat
Pra-Solat
1.Biasanya untuk memulakan solat tarawih, bilal akan menyebut lafaz ini:
subhanallah walhamdulillah wa laa ilaaha illallaah wallahu akbar walaa haula
walaa quwwata illaa billa hil aliyyil ‘azim
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tiada
daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
2.seterusnya bilal menyambung lagi dengan ayat:
Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad
Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad
3.kemudian para jemaah menjawab beramai-ramai:
Sollallaah wassalama ‘alaih
Allah mencurahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad
4.Disambung bilal dengan lafaz selawat:
Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad
Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad
.Para jemaah menjawab beramai-ramai:
Sollallaah wassalama ‘alaih
Allah mencurahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad
6.Disambung lagi oleh bilal dengan lafaz:
Allahumma solli ‘ala sayyidina wahabibina wa syafi-‘ina wa zukh rinaa wa
maulaanaa muhammad
Ya Allah, anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami,
yang mensyafaatkan kami (kelak), pertaruhan kami, dan pemimpin kami Nabi Muhammad.
7.Para jemaah menjawab beramai-ramai:
Sollallaah wassalama ‘alaih
Allah mencurahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad
8.Seterusnya bilal menyeru jemaah untuk mendirikan Solat Sunat
Tarawih dengan lafaz:
solaatut taraawiihi min qiyaami syahri ramadhona asa bakumullah
Solat Tarawih menghidupkan Bulan Ramadan, semoga Allah memberikan ganjaran pahala
9.Para jemaah menjawab beramai-ramai:
Assolatu laa ilaha illallaah
Dirahmati, tiada Tuhan melainkan Allah
Maka bangun untuk mengerjakan Solat Tarawih yang pertama sebanyak 2 rakaat.
Selesai Solat Pertama
1.Sesudah salam solat yang pertama, bilal akan melafazkan:
Fadlun minallah taala wani’mah
Kelebihan kurnia daripada Allah Taala dan nikmatNya.
1.Kemudian makmum bersama-sama bilal menyebut:
Wamaghfirotan warahmah, Laa ila ha illallah wahdahu laa syarikalah, lahul-
mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu, wahuwa ‘ala kulli syai-in qadir
Dan keampunan serta rahmatNya. Tiada Tuhan melainkan Allah, dia Yang Maha Esa!
Tiada sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki segala kerajaan dan bagiNya segala pujian,
Dia yang menghidupkan dan mematikan dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.
3.Bilal berselawat:
Allahumma solli ‘ala Muhammad
Ya Allah, anugerahkan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad
4.Makmum menjawab selawat:
Sollallaah wasallama ‘alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
5.Disambung oleh bilal dengan lafaz:
al Badrul muniiru muhammad
Bulan yang bercahaya Nabi Muhammad
Makmum menjawab selawat:6.
Sollallaah wasallama ‘alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
Maka bangun untuk mengerjakan solat tarawih yang kedua
Sesudah Solat Kedua
1.Sesudah salam solat kedua, bilal akan menyebut lafaz:
Subhanal malikil ma’bud
Maha Suci Allah, Tuhan Pemilik (Alam)
2.Para jemaah beramai-ramai menjawab:
Subhanal malikil maujud, subhanal malikil hayyillazi la yanaa mu wa la yamuu
tu wa la yafuu tu abada. Subbuhun quddusun robbuna wa robbul mala’ikati
warruhi, subhanallah wal hamdulillah wa la ilaha illallahu wallahu akhbar, wa la
hau la wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim.
Maha Suci Tuhan Pemilik yang hidup, tidak mati dan tidak hilang selama-lamanya. Maha Suci, Maha Qudus, Tuhan kami, dan
Tuhan Malaikat dan roh. Maha Suci Allah, dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Yang Maha
Besar. Tiada satu daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
3.Seterusnya bilal berselawat:
Allahumma solli ‘ala Muhammad
Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad SAW.
4.Makmum menjawab selawat:
Sollallaah wasallama ‘alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
5.Disambung oleh bilal dengan selawat:
Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad
Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan ke atas Junjungan Besar kami, Nabi kami, kekasih kami,
yang mensyafaatkan kami, pertaruhan kami, dan pemimpin kami Muhammad SAW.
6.Para jemaah menjawab beramai-ramai:
Sollallaah wasallama ‘alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
Disambung oleh bilal dengan lafaz:
Allahumma solli ‘ala sayyidina wahabibina wa syafi-‘ina wa zukh rinaa wa
maulaanaa muhammad
Ya Allah, anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami, yang mensyafaatkan kami (kelak), pertaruhan
kami,
dan pemimpin kami Nabi Muhammad.
8.Para jemaah menjawab:
Sollallaah wasallama ‘alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
9.Imam membaca doa setiap kali selesai satu tarawih (4 rakaat)
Imam membaca doa setiap kali selesai satu tarawih (4 rakaat)
Allahumma inna nas aluka ridho ka wajannah wa na u’zubika min sahotika
wannar. Allahumma innaka ghofur karimun tuhibbul afwa fagfu anna wa an
jami’il muslimina wal muslimat, birahmatika ya arhamarrohimin
Ya Allah, kami meminta redhaMu dan syurga dan kami berlindung denganMu daripada kemurkaanMu dan api neraka.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Mulia, Engkau sangat suka memaafkan maka maafkanlah kami
dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat. Dengan rahmatMu Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
10.Sesudah doa, bilal menyebut:
al khalifatul awwalu amiirul mu’minin sayyiduna abu bakri as-Siddiq
Khalifah yang pertama, pemimpin para ulama muslimin, saidina Abu Bakar as-Siddiq
Para jemaah menjawab:
radiyallahu anh
Telah reda Allah ke atas beliau
Maka bangun untuk mengerjakan solat tarawih yang ketiga
Sesudah Solat Ketiga
1.Sesudah selesai memberi salam, bilal akan melafazkan:
Fadlun minallah taala wani’mah
Kelebihan kurnia daripada Allah Taala dan nikmatNya.
2.Disambung oleh para jemaah:
Wamaghfirotan warahmah, Laa ila ha illallah wahdahu laa syarikalah, lahul-
mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu, wahuwa ‘ala kulli syai-in qadir
Dan keampunan serta rahmatNya. Tiada Tuhan melainkan Allah, dia Yang Maha Esa!
Tiada sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki segala kerajaan dan bagiNya segala pujian,
Dia yang menghidupkan dan mematikan dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.
3.Disambung oleh bilal dengan lafaz selawat:
Allahumma solli ‘ala Muhammad
Ya Allah, anugerahkan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad
4.Para jemaah beramai-ramai menjawab:
Sollallaah wasallama ‘alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
5.Disambung bilal dengan lafaz:
al Badrul muniiru muhammad
Bulan yang bercahaya Nabi Muhammad
6.Para jemaah menjawab beramai-ramai:
Sollallaah wasallama ‘alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
Maka bangun untuk mengerjakan solat tarawih yang keempat
Sesudah Solat Keempat
6.Sesudah salam, bilal akan menyebut:
Subhanal malikil ma’bud
Maha Suci Allah, Tuhan Pemilik (Alam)
6.Para jemaah beramai-ramai menjawab:
Subhanal malikil maujud, subhanal malikil hayyillazi la yanaa mu wa la yamuu
tu wa la yafuu tu abada. Subbuhun quddusun robbuna wa robbul mala’ikati
warruhi, subhanallah wal hamdulillah wa la ilaha illallahu wallahu akhbar, wa la
hau la wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim.
Maha Suci Tuhan Pemilik yang hidup, tidak mati dan tidak hilang selama-lamanya.
Maha Suci, Maha Qudus, Tuhan kami, dan Tuhan Malaikat dan roh. Maha Suci Allah,
dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar.
Tiada satu daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
6.Disambung bilal dengan lafaz selawat.
Allahumma solli ‘ala muhammad
Ya Allah, anugerahkan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad
6.
Para jemaah beramai-ramai menjawab:
Sollallaah wa sallama alaiih
Allah mencurahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad
6.Disambung oleh bilal dengan lafaz selawat:
Allahumma solli ‘ala sayyidina muhammad
Ya Allah, anugerahkan kesejahteraan ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad
6.Para jemaah beramai-ramai menjawab:
Sollallaah wa sallama alaiih
Allah mencurahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad
6.Disambung oleh bilal dengan lafaz selawat:
Allahumma solli ‘ala sayyidina wa nabiyyina wahabibina wa syafi’ina wa zukh
rinaa wa mau laana muhammad
Ya Allah, anugerahkan kesejahteraan ke atas junjungan kami, nabi kami, kekasih kami, yang mensyafaatkan kami (kelak),
pertaruhan kami, dan pemimpin kami Nabi Muhammad
6.Para jemaah menjawab beramai-ramai:
Sollallaah wasallama ‘alaih
Allah mencurahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad
Setelah habis tarawih 8 rakaat ini, maka bacalah Doa Tarawih seperti berikut
Doa Selepas Solat Tarawih
Setelah selesai 8 rakaat dan bacaan selawat, imam mengakhiri solat sunat
Tarawih dengan membaca doa ini:
Bismillahirrahmanir rahim.
Alhamdulillahi rabbil alamin. Wassolatu wassalamu ala sayyidina muhammadin wa
ala Alihi wasohbihi ajmain, Allahummaj ‘alna bil imani kamilin, walifara idhika
muaddin.
Wa lissolati haafizin. wa lizzakati faa ilin, wa limaa ‘indaka tholibin, wa li ‘afwika
raajiina wa bil hudaa mutamassikiin.
Wa anil laghwi mu’ridhiin. Wa fiddunya zaahidin. Wa fil aakhirati ra ghibin. Wa bil
qadaa i raa dhiin.
Wa binnu amaa i syaakirin. Wa alal balaa ya saabiriin.
Wa tahta liwaa i sayyidinaa muhammmadin sallaahu alaihi wa sallama yaumal
qiyamaati saa iriin. Wa ilal haudhi waaridiin. Wafil jannati daakhiliin.
Wa Alaa sariiratil karaa mati qaa idiiin. Wa bihuurin linim mutazawwajiin.
Wa min sundusiw waistabraqiw wadiibaajim mutalabbisiin. Wa min to aamil jannati
aa kilin.
Wa mil labaniw wa asalim musoffaini syaaribiin. bi akwaa biw wa abaariiqa
wakaksim mimma ‘in. ma Allaziina an amta alaihim minan nabiyyiina wassiddiiqiina
wasy syuhadaa iwassoolihin.
Allahummaj ‘alna fii haazihil lailatisy syahrisy syariifatil mubaarakati minassu Adaail
maqbuuliin. Wa alaa taj ‘alnaa allaahumma minal asy qiyaa ilmarduudiin.
ilaahana Aafinaa wa’fu annaa waghfir allaahumma lanaa.
waliwaalidiina wali ummahaatina
wali ikhwaaninaa wali akhawaatinaa
wali azwaajinaa wali ahliinaa wali ahli baitinaa
wali ajdaadinaa wali jaddatinaa wali masyaa ikhinaa wali mu allimiinaa, wa jamii il
muslimiina wal muslimaati wal mukminiina wal mukminaat., al ahya i minhum wal
amwaat.
Waktubillahummas-salaamata wal aafiyata alai na wa alaa abiidikal hujjaaji wal
ghuzaati wazzuwaar, wal musaafiriina wa muqiimiina fil barri wal bahri minal
muslimin. Waqinaa syarrazh zholimin.
Wan surnaa alal qaumil kaafiriin, ya mujiibassaa iliin. Wakh tim lanaa yaa rabbanaa
minka bikhairiyyaa arhamar raahimin,
Wassollahu ‘ala khairi kholqihi muhammadin wa ‘ala Alihi wasohbihi wassallam.
Walhamdulillahi robbil Aalamin.
Maksudnya:
Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatNya dan
mencukupkan pertambahannya.
Wahai Tuhan kami, bagiMu pujian seperti yang selayakNya dan kemudian ZatMu dan kebesaran
pemerintahanMu.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat-
sahabatNya.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna.
Segala kewajipan zakat kami laksanakan dan segala apa yang ada di sisiMu kami pohonkan dan
keampunanMu kami harapkan.
Kami berpegang dengan petunjukMu dan menjauhi perkara yang sia-sia, zuhud dengan dunia dan
cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan nikmat-nikmatMu, dan bersabar dengan
bala bencana.
Kami berlindung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari kemudian,
kami berkehendak kepada perlindunganMu dan dapat memasuki syurgaMu dan duduk di atas katil
yang mulia (di syurga),
berkahwin dengan bidadari-bidadari dan memakai perhiasan-perhiasan di syurga,
memakan makanan di Syurga,
minum susu dan madu yang suci dari gelas-gelas yang indah bersama mereka yang telah Engkau
beri nikmat daripada golongan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang soleh.
Ya Allah, jadikan kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada orang yang
berbahagia kerana diterima amalannya,
dan janganlah jadikan kami orang yang berdukacita kerana ditolak amalan kami.
Ya Tuhan kami, afiatkan kami dan berikan kami keafiatan,
Ya Tuhan kami, ampuni kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami, suami/isteri kami dan guru-guru
kami dan mereka yang kami ajarkan, dan mereka yang mempunyai hak ke atas kami,
dan mereka yang mencintai kami dan berbuat baik kepada kami,
dan mereka yang membimbing kami dan yang kami bimbing kepada kebaikan,
dan mereka yang berwasiat kepada kami dan yang kami wasiatkan dengan doa,
dan seluruh muslimin dan muslimat.
Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas hamba-hambaMu yang
terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga, orang yang berziarah, musafir-musafir
dan orang yang bermukim, di darat atau di laut daripada orang Islam.
Dan jauhkan kami daripada orang yang zalim, dan bantulah kami ke atas orang kafir, wahai Tuhan
yang memperkenankan orang yang bermohon.
Dan sempurnakanlah untuk kami wahai Tuhan kami daripadaMu dengan kebaikan wahai Tuhan Yang
Maha Pengasih daripada segala segala yang mengasihani.
Selawat dan salam ke atas sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan
Sahabat-sahabatnya, dan segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Akhiri Solat Tarawih Dengan Solat Witir
Selepas berdoa, diikuti dengan solat sunat witir sebanyak tiga rakaat.
1.Untuk memulakan solat sunat witir, bilal menyeru:
autiruu wa majjidu wa azzhimu syahrokum syahrossiyami rahimaku mullah.
Adalah diberkati, dimuliakan dan dihormati bulan kamu (Ramadan) bulan untuk berpuasa, moga-moga Allah merahmati kamu.
2.Makmum menjawab:
Wamaghfirotan warahmah, Laa ila ha illallah wahdahu laa syarikalah, lahul-
mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu, wahuwa ‘ala kulli syai-in qadir
Solatlah, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah! Dia Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya,
Dialah yang memiliki segala kerajaan dan segala pujian hanyalah untukNya,
Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.
3.Bilal berselawat:
Allahumma solli ‘ala sayyidina wa nabiyyina wahabibina wa syafi’ina wa zukh
rinaa wa mau laana muhammad
Ya Allah, anugerahkan kesejahteraan ke atas junjungan kami, nabi kami, kekasih kami,
yang mensyafaatkan kami (kelak), pertaruhan kami, dan pemimpin kami Nabi Muhammad
4.Makmum menjawab selawat:
Sollallaah wa sallama alaiih
Allah mencurahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad
SELESAI SOLAT WITIR DAN SOLAT TARAWIH
Membaca Doa Qunut Pada Malam Ke-16
Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadan, disunatkan membaca Doa
Qunut pada rakaat yang akhir solat sunat witir sesudah bangkit daripada rukuk.
Lafaznya sama sebagaimana lafaz doa Qunut solat fardhu Subuh.
Allahhumma dinii fiiman hadait,
Wa’aa finii fiiman ‘aafait,
Watawallanii fiiman tawal-laiit,
Wabaariklii fiimaa a’thait,
Waqinii syarramaa qadhait,
Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik,
Wainnahu laayadzilu man walait,
Walaa ya’izzu man ‘aadait,
Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait,
Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait,
Astaghfiruka wa’atuubu ilaik,
Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi,
Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.
Kelebihan Mengerjakan Tarawih
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesiapa yang melakukan solat malam (Tarawih) pada Ramadan kerana
keimanan dan mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah semata-mata,
maka diampunkan segala dosanya yang lalu
— Hadis riwayat Muslim
Penutup
Semoga Ramadan ini menjadi bulan terbaik kepada kita untuk beribadah
Ramadhan adalah tetamu yang agung.
Datangnya berkunjung selama sebulan dalam setahun.
Dia membawa kepada kita pelbagai hadiah yang sangat berharga yang perlu kita
ambil dan hargai.
Jika tidak kitalah orang yang paling rugi kerana mengabaikan hadiah yang istimewa
ini
Di antara hadiah-hadiah istimewa itu ialah pahala berganda untuk setiap amal di
bulan Ramadan.
Oleh itu kita perlu mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan segala amalan di
bulan ini dengan sebaiknya dengan menambah amalan sunat seperti membaca al-
Quran dan bertarawih bagi merebut gandaan pahala yang hanya di tawarkan di
bulan yang mulia ini.
Moga anak-anak ibu dapat menjadikan ini pedoman dan melaksanakan ibadah ini
dengan ikhlas. Aminn