SMK PAYA RUMPUT
SALAM
MERDEKA
Tahun ini merupakan tahun ke-63 rakyat Malaysia
menyambut kemerdekaan negara. Sambutan Bulan
Kemerdekaan disambut di seluruh negara sempena
merayakan tahun-tahun kemerdekaan yang telah dikecapi
oleh Malaysia di samping mengingati jasa tokoh-tokoh
kemerdekaan negara.
Sambutan kali ini memberi satu pengalaman berlainan
daripada tahun-tahun sebelumnya kerana seluruh rakyat
Malaysia bersama-sama berganding bahu memerangi
pandemik Covid 19. Sama ada kita adalah penjawat awam,
pekerja sektor swasta, sukarelawan mahupun orang
perseorangan yang menjadi barisan hadapan bagi memastikan
negara kita berjaya menangani wabak ini, kita berada digarisan
yang sama iaitu membangunkan Malaysia, negara tercinta.
Sambutan Bulan Kemerdekaan tetap bermatlamat untuk
mewujudkan perasaan cinta akan negara yang boleh menjadi
tali pengikat utama kepada perpaduan bangsa di negara ini.
Normal baharu akibat pendemik yang melanda tidak akan
membantutkan usaha kita membina negara dan bangsa.
Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama
memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan dalam normal
baharu, walau di mana sahaja kita berada tanpa mengira
umur, bangsa dan agama.
OBJEKTIF :
❖ Mendidik semua murid dan warga SMK Paya
Rumput untuk menghayati kemerdekaan yang
telah dicapai oleh negara di samping menghargai
dan mensyukuri nikmat kemerdekaan tersebut.
❖ Memupuk semangat muhibbah dan kerjasama erat
antara pelajar dan warga SMK Paya Rumput yang
terdiri daripada pelbagai kaum melalui aktiviti
yang dilaksanakan sepanjang Sambutan Bulan
Kemerdekaan.
❖ Memupuk semangat kerjasama dan sikap tidak
mudah putus asa dalam kalangan murid semasa
melaksanakan aktiviti yang dirancang.
❖ Memberi kesedaran kepada murid-murid dan
warga SMK Paya Rumput tentang pengorbanan
yang telah dibuat oleh tokoh-tokoh pejuang
kemerdekaan dan seterusnya sentiasa
menghormati mereka dan menghargai serta
mencontohi perjuangan mereka.
❖ Mencungkil bakat dan kreativiti murid melalui
aktiviti dan penghasilan tugasan yang menarik.
❖ Mendidik murid-murid agar mengisi
kemerdekaan yang sedang mereka kecapi
dengan menjadi generasi muda yang
berwawasan, cinta akan agama, bangsa dan
tanah air mereka serta rela berkorban demi
negara yang tercinta.
Aktiviti
KEMERDEKAAN
AKTIVITI-AKTIVITI
BIDANG
KEMANUSIAAN &
UNIT HEM (UBK)
15 OGOS- 16 SEPTEMBER
2020
PENDIDIKAN
MORAL
PANITIA SEJARAH
PANITIA SEJARAH
PANITIA PENDIDIKAN
ISLAM
PANITIA PENDIDIKAN
MORAL
PANITIA GEOGRAFI
PANITIA GEOGRAFI &
MUZIK
PANITIA PENDIDIKAN
SIVIK
KEWARGANEGARAAN
UNIT BIMBINGAN &
KAUNSELING
JIWA HAMBA
Termenung seketika sunyi sejenak
Kosong di jiwa tiada penghuni
Hidup terasa diperbudak-budak
Hanya suara melambung tinggi
Berpusing roda beralihlah masa
Pelbagai neka hidup di bumi
Selagi hidup berjiwa hamba
Pasti tetap terjajah abadi
Kalau hidup ingin merdeka
Tiada tercapai hanya berkata
Ke muka maju sekata, maju kita
Melemparkan jauh jiwa hamba
Ingatkan kembali kata sakti
Dari bahang kesedaran berapi
Di atas robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka
Usman Awang (1949)
Sambutlah kemerdekaan
kali ke -63 ini dengan lebih
bersemangat & dengan jiwa
yang penuh kecintaan
kepada negara.
Daripada Seluruh Warga
SMK Paya Rumput, Melaka.