The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU DIGITAL USULUDDIN (DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norafrisyaazlan27, 2022-01-02 07:25:22

PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA (ARPRM)

BUKU DIGITAL USULUDDIN (DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN)

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA
KOD KURSUS: IIX1004

NAMA KURSUS: PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN
BIDANG: DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN
NAMA PENSYARAH: DR. NUR SHAHIDAH PAAD
TAJUK:

DOKUMENTASI PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA
(ARPRM)

BIL. NAMA NO. MATRIK

1. NURUL FATHINAH AULA BINTI WAILIE 17200047/3
2. MAISARAH MORINAVA BINTI ZUHAIR ZULFA 17199166/3
3. NOR AFRISYA BINTI AZLAN 17200491/3
4. NURIZZATI BINTI AWANG MUSTAPHA 17199965/3

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrobil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi dengan
limpah dan kurniaNya,dapat kami menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.Kami merakamkan
setinggi penghargaan kepada Dr.Nur Shahidah Paad atas kesudian beliau memberi tugasan ini
kepada kami serta membantu kami sepanjang proses tugasan ini dilakukan. Dalam pada itu,kami
juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara
langsung mahupun tidak langsung sepanjang proses penghasilan buku digital ini.Pelbagai ilmu
yang dapat kami rungkaikan sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.

Sedikit maklumat tentang buku digital ini, ia merupakan satu dokumentasi program
pembangunan remaja yang kami pilih dimana program tersebut adalah program yang mampu
membantu golongan remaja berhadapan dengan pelbagai masalah dan kesukaran dalam
menghadapi Pandemik COVID-19. Antara isi yang kami rangkumkan di dalam buku ini adalah
objektif program serta pelaksanaan program.

Menyedari hakikat bahawa setiap remaja perlu dibimbing, maka kami bersetuju memilih
Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) ini sebagai program yang dapat
membantu remaja mencari jati diri mereka semula melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Selain
itu, perkembangan teknologi yang semakin pesat juga amat membimbangkan kerana banyak
remaja yang kecanduan terhadap internet sehingga menjadikan mereka kurang minat terhadap
pembelajaran. Perkara ini harus dititikberatkan dan digembleng jalan penyelesaiannya kerana
remajalah yang akan menentukan masa depan negara. Melalui Program ARPRM ini, remaja akan
dipupuk dengan pelbagai nilai dan kemahiran baharu yang pastinya akan menjadikan mereka lebih
proaktif sekaligus menghasilkan kemenjadian remaja yang berkualiti.

Akhir kata daripada kami, semoga penulisan kami ini memberi impak dan nilai positif terhadap
pembaca dan membuka minda bahawa tiap masalah yang ada pastinya mempunyai jalan
penyelesaian.

2

ISI KANDUNGAN

1. Latar belakang program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda 4
2. Objektif program 4
3. Pelaksanaan program 5
5
3.1 Konsep program 5
3.2 Tarikh Program 5
3.3 Tempat Program 5
3.4 Penganjur Program 5
3.5 Penyertaan Peserta 6
3.6 Carta Alir Pelaksanaan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda 7
3.7 Jadual operasi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda 8
4. Pengisian program 8
5. Pembimbing/Fasilitator 9
6. Impak program terhadap masalah remaja. 10
7. Penutup 11-12
8. Rujukan 13-15
9. Lampiran

3

1. LATAR BELAKANG PROGRAM
Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda merupakan sebuah program pengiktirafan oleh
Kerajaan di atas penglibatan remaja secara aktif dalam bidang-bidang yang menyumbang ke arah
proses kematangan mereka. Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ini telah diadaptasi
daripada sebuah program iaitu Program The Duke of Edinburgh’s Award atau pada masa kini
ianya lebih dikenali sebagai The International Award for Young People. Program tersebut mula
diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 1956. Selain itu, Program Anugerah Antarabangsa
ini juga kini telah diiktiraf di 126 buah negara di seluruh dunia. Program Anugerah Remaja
Perdana Rakan Muda ini, memperkenalkan belia kepada aktiviti-aktiviti sukarela,sukan dan
kemahiran yang menggalakkan proses penerokaan diri, kepercayaan diri, semangat dedikasi, dan
perasaan tanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat serta negara.

2. OBJEKTIF PROGRAM

● Memberi peluang kepada para belia mempelajari mengenai sikap tanggungjawab, berdikari
,persaingan yang positif serta mempertingkatkan pembangunan diri.

● Membuka peluang kepada remaja untuk mengembangkan bakat, kemahiran dan minat
kearah hidup berdikari disamping khidmat kepada masyarakat.

● Menggilap kemahiran kepimpinan remaja sebagai pemimpin muda.
● Mendorong belia menjadi ahli masyarakat yang dinamik dan matang.
● Memberi pendedahan kepada para remaja terhadap aktiviti-aktiviti sukarelawan serta

mengiktiraf remaja dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan yang diikuti.

4

3. PELAKSANAAN PROGRAM
3.1 Konsep program
Program ini berkonsepkan anugerah dimana terdapat tiga peringkat Anugerah yang boleh dicapai
oleh setiap peserta yang telah berdaftar iaitu Gangsa, Perak dan Emas.Untuk melayakkan para
peserta mendapat pentauliahan setiap anugerah ini, para peserta perlu melengkapkan empat
komponen aktiviti yang telah ditetapkan iaitu khidmat masyarakat,sukan dan kebudayaan ,
kemahiran dan penjelajahan lasak.Bagi peserta tahap emas ,mereka juga perlu melaksanakan
projek penempatan sebagai aktiviti tambahan.

3.2 Tarikh dan masa program
Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda adalah fleksibel atau boleh dijalankan sepanjang
tempoh masa yang telah ditetapkan untuk setiap anugerah.

3.3 Tempat Program
Program ini di jalankan mengikut badan operasi di setiap cawangan tempat masing-masing seperti
mana baru-baru ini bahagian Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, mereka berjaya
menganjurkan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP) 2021 bagi komponen
Penjelajahan Lasak untuk tahap gangsa iaitu dalam ekpedisi mendaki ke puncak air terjun Lata
Medang, Kampung Peretak di Hulu Langat, Selangor iaitu pada 13 November 2021 bersamaan
hari sabtu

3.4 Penganjur Program
Penganjur Program ini adalah daripada Badan Berkuasa Anugerah Kebangsaan (NAA) iaitu
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan
Belia dan Sukan Negara. Mana-mana institusi, agensi atau persatuan yang bergiat aktif dalam
aktiviti pembangunan belia dan remaja boleh memohon untuk melaksanakan program ini sebagai
Badan Operasi.

3.5 Penyertaan Peserta
Program ini terbuka kepada semua belia atau remaja yang berumur 14 hingga 25 tahun tanpa
mengira perbezaan agama,jantina,bangsa mahupun ketidakupayaan fizikal.

5

3.6 CARTA ALIR PELAKSANAAN PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA
RAKAN MUDA

Dapatkan maklumat Mendapatkan dan Mendaftarkan diri
daripada pejabat sukan mengisi borang sebagai peserta
dan belia atau badan
penyertaan samada Gangsa,Perak
operasi program. atau Emas

Peserta membuat Mengenal pasti mentor Dapatkan pasport dan
pilihan aktiviti yang atau jurulatih yang diari program yang
ingin dilakukan atau akan membimbing telah disediakan
dipelajari berdasarkan peserta
4 komponen aktiviti
yang diwajibkan iaitu
khidmat masyarakat,
sukan, kemahiran dan
penjelajahan lasak.

Peserta menjalankan Aktiviti tamat Penilaian Aktiviti
aktiviti dengan Peserta

bimbingan daripada
mentor

Pentauliahan anugerah Pencapaian peserta
kepada peserta iaitu disahkan
Gangsa,Perak dan

Emas.

6

3.7 JADUAL OPERASI PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA

Tahap Khidmat Kemahiran sukan/ Penjelajahan Tambahan masa
Anugerah masyarakat dan inovasi rekreasi
GANGSA fizikal lasak dan bulan

PERAK Tempoh 3 Tempoh 3 Tempoh 3 2 hari Peserta perlu
bulan bulan bulan 1 malam menambah satu
EMAS (15 jam) komponen aktiviti,
(15 jam) (15 jam) 3 hari dengan memilih
2 malam samada khidmat
Tempoh 6 Tempoh 6 Tempoh 6 masyarakat, sukan
bulan bulan bulan 4 hari atau kemahiran
3 malam untuk dilaksanakan
(30 jam) (30 jam) (30 jam) dalam tempoh 3

Tempoh 12 Tempoh 12 Tempoh 12 bulan lagi.
bulan bulan bulan
Bagi peserta yang
(60 jam) (60 jam) (60 jam) bukan pemegang

gangsa, perlu
menambah satu
komponen aktiviti,
dengan memilih
samada khidmat
masyarakat, sukan
atau kemahiran
untuk dilaksanakan
dalam tempoh 6

bulan.

Bagi peserta bukan
pemegang perak,
perlu menambah
satu komponen
aktiviti, dengan
memilih samada

khidmat
masyarakat, sukan

atau kemahiran
untuk dilaksanakan

dalam tempoh 6
bulan.

7

4. PENGISIAN PROGRAM
Terdapat 4 kegiatan yang difokuskan dalam program ini iaitu:

Perkhidmatan masyarakat
Antara aktiviti yang dianjurkan adalah seperti membantu masyarakat yang kurang bernasib baik
sebagai contoh membantu mangsa banjir,berkhidmat di rumah-rumah sakit dan sebagainya.
Aktiviti ini memberi pengalaman kepada remaja untuk melaksanakan tanggungjawab mereka
terhadap kebajikan masyarakat.

Sukan dan kebudayaan
Melalui komponen ini remaja didedahkan dengan aktiviti seperti senaman, sukan olahraga,
pertahanan diri, dan aktiviti kebudayaan seperti nyanyian, puisi dan lain-lain. Pendedahan sebegini
mampu mendorong remaja bergiat ke peringkat yang lebih jauh dan memberi kesedaran kepada
mereka tentang gaya hidup yang aktif.

Kemahiran dan inovasi
Program ARPRM ini juga turut mengetengahkan aktiviti yang melibatkan kemahiran seperti
kemahiran dalam bidang kesenian, komunikasi ,teknologi, gubahan dan reka bentuk. Dengan itu
,remaja mampu mengembangkan bakat serta potensi mereka dalam bidang-bidang yang diminati.

Penjelajahan Lasak
Projek penjelajahan lasak seperti berkemah, mengembara, berenang dan memancing dapat
meningkatkan semangat remaja dalam menerokai sesuatu yang baru bahkan menjadikan gaya
hidup mereka lebih produktif dari sebelumnya.

5. PEMBIMBING/FASILITATOR:
Dalam program ini, setiap peserta akan dibimbing oleh fasilitator yang berpengalaman untuk
menjalankan setiap kegiatan aktiviti. Tugas fasilitator boleh dilakukan secara rasmi seperti di
dalam bilik darjah atau secara informal apabila diperlukan.

8

5. IMPAK PROGRAM TERHADAP MASALAH REMAJA

Pelbagai masalah tingkah laku timbul dalam kalangan remaja masa kini khususnya sewaktu
pandemik covid-19 melanda. Antaranya ialah :

Kehilangan jati diri akibat ketagihan terhadap internet.
Masalah kehilangan jati diri remaja, menjadi satu agenda yang perlu dipandang serius oleh semua
pihak memandangkan remaja merupakan aset negara pada masa akan datang. Pentingnya
“program Anugerah Remaja Perdana” ini adalah untuk menggilap kembali potensi yang ada pada
diri remaja. Bukan itu sahaja, dengan adanya aktiviti berkumpulan,seperti khidmat masyarakat dan
aktiviti pengembaraan akan melahirkan remaja yang aktif dan berdaya saing selain menghasilkan
remaja yang proaktif dan percaya diri.

Kekurangan kemahiran atau soft skill dalam diri
Dewasa ini, kita dapat melihat masalah remaja yang lain adalah kurangnya kemahiran atau soft
skill dalam diri mereka. Melalui program ini, remaja akan diajar dan dilatih dengan pelbagai
kemahiran baharu seperti kemahiran ukiran , senibina, jahitan, sulaman, dan sebagainya. Peserta
akan dibimbing oleh fasilitator yang dilantik bermula daripada asas sehingga peserta mampu
menghasilkan sendiri produk yang terbaik.

Kurang Motivasi
Program ini dapat dilihat sebagai wacana terbesar bagi menaikkan kembali semangat remaja yang
hilang akibat terlalu terkurung di rumah seiring dengan pelaksanaan pembelajaran dari rumah
sewaktu virus Covid-19 ini melanda seluruh dunia. Program yang disertai peserta daripada
pelbagai latar belakang ini pastinya akan mengeratkan silaturahim melalui aktiviti Khidmat
Masyarakat. Selain itu, melalui aktiviti yang dijalankan dalam program ini juga, dapat
menambahkan nilai ihsan dan syukur dalam diri setiap peserta.

9

6. PENUTUP
Kesimpulannya, Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (Arprm) yang dianjurkan ini
telah memberi dampak yang cukup besar terhadap remaja. Hal ini kerana, program pembangunan
remaja ini telah melahirkan remaja-remaja yang berdisiplin tinggi, berdedikasi dan berdaya saing
seiring dengan kehendak sektor awam serta industri. Pandemik Covid-19 yang melanda di Negara
Malaysia ketika ini merupakan salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh pihak penganjur dalam
melaksanakan program ini. Namun, ianya bukanlah penghalang untuk pihak penganjur tidak
menjalankan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda malah menjadi penguat semangat
mereka demi membantu para remaja menghadapi kesukaran pandemik Covid-19. Hal ini kerana,
untuk memastikan remaja kekal aktif walaupun terpaksa menjalani kehidupan norma baharu.

10

RUJUKAN

Yaccob, Y., & Assim, M. I. S. A. (2017). Corak Tingkah Laku Pembangunan Potensi Diri Belia
dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di Malaysia. Malaysian Journal
of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 2(2), 9-17. Retrieved from
https://msocialsciences.com/index.php/mjssh

YASMIN BINTI YACCOB, & MOHD IBRANI SHAHRIMIN ADAM ASSIM. (2018).
KESEPADUAN SOSIAL MELALUI PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN
MUDA. Institute for Youth Research Malaysia. Retrieved January 2, 2022, from
http://iyres.gov.my/en/malaysian-journal-of-youth-studies-2019/2018/207-vol-18-
jun/1742-kesepaduan-sosial-melalui-program-anugerah-remaja-perdana-rakan-muda

Melaka, P. J. B. S. (2020, January 31). Info menarik program Anugerah Remaja perdana Rakan
Muda (ARPRM). Portal Rasmi JBSN. Retrieved January 2, 2022, from
https://www.jbsn.gov.my/en/berita-jbs-negeri-melaka/info-menarik-program-anugerah-
remaja-perdana-rakan-muda-arprm.html

1, P. J. B. S. N. (2021). Majlis Pentauliahan Emas: Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
(ARPRM) 2021. Portal Rasmi JBSN. Retrieved January 2, 2022, from
https://www.jbsn.gov.my/berita-jbs-negeri-sembilan/majlis-pentauliahan-emas-anugerah-
remaja-perdana-rakan-muda-arprm-2021.html

JBS, P. L. (2020). Rakan Muda. Portal Rasmi JBSN. Retrieved January 2, 2022, from
https://www.jbsn.gov.my/rakan-muda.html

Admin, I. K. B. N. P. (2021, December 1). Program Anugerah Remaja perdana Rakan Muda

(ARP) 2021 di lata medang, Kampung Peretak. Laman Utama. Retrieved January 2, 2022,

from http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kursus-pengacaraan-dan-pengurusan-

majlis/item/5010-program-anugerah-remaja-perdana-rakan-muda-arp-2021-di-lata-

medang-kampung-peretak.html

Bernama, B. (2019, September 11). 254 belia Malaysia Terima Anugerah Duke of Edinburgh.
Sinarharian. Retrieved January 2, 2022, from
https://www.sinarharian.com.my/article/47493/BERITA/Nasional/254-belia-Malaysia-
terima-Anugerah-Duke-of-Edinburgh

Pentadbir JBS Sarawak, Z. T. (2021). Majlis penyampaian sijil pentauliahan Perak anugerah
remaja perdana Rakan Muda. Portal Rasmi JBSN. Retrieved January 2, 2022, from
https://www.jbsn.gov.my/berita-jbs-negeri-sarawak/majlis-penyampaian-sijil-pentauliahan-
perak-anugerah-remaja-perdana-rakan-muda.html

11

Pentadbir JBS, J. (2021). Majlis pentauliahan Anugerah Remaja perdana rakan muda TAHAP
Gangsa Dan perak 2019 - FASA 2. Portal Rasmi JBSN. Retrieved January 2, 2022, from
https://www.jbsn.gov.my/berita-jbs-negeri-johor/majlis-pentauliahan-anugerah-remaja-
perdana-rakan-muda-tahap-gangsa-dan-perak-2019-fasa-2.html

Pentadbir JBS, N. S. (2021, December 31). Majlis pentauliahan Anugerah Remaja perdana Rakan
Muda (ARPRM) Tahap Emas Tahun 2020. Portal Rasmi JBSN. Retrieved January 2, 2022,
from https://www.jbsn.gov.my/berita-jbs-negeri-sembilan/majlis-pentauliahan-anugerah-
remaja-perdana-rakan-muda-arprm-tahap-emas-tahun-2020.html

Pentadbir JBS Sarawak, Z. T. (2020). Majlis pentauliahan Anugerah Remaja perdana Rakan
Muda (ARPRM) sarikei. Portal Rasmi JBSN. Retrieved January 2, 2022, from
https://www.jbsn.gov.my/berita-jbs-negeri-sarawak/majlis-pentauliahan-anugerah-remaja-
perdana-rakan-muda-arprm-sarikei.html

https://www.facebook.com/arprm.kbs/
https://sites.google.com/site/remajasekolah/project-definition
https://pdfslide.net/documents/anugerah-remaja-perdana-rakan-muda.html
https://jiairagia.wordpress.com/komponen-arp-2/
https://pbsdtaiping.tripod.com/anugerah_remaja_perdana.htm.htm

12

LAMPIRAN
ANTARA AKTIVITI PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA

Aktiviti penjelajahan lasak untuk tahap gangsa berjaya dianjurkan oleh Institut Kemahiran Belia
Negara (IKBN) Peretak pada 13 November 2021 (Sabtu). Seramai 50 orang peserta dan 10 orang
pegawai telah terlibat dalam ekspedisi mendaki ke puncak air terjun Lata Medang, Kampung
Peretak yang terletak didalam Daerah Hulu Selangor.

13

ANTARA GAMBAR-GAMBAR MAJLIS PENTAULIAHAN ANUGERAH PERDANA
REMAJA PERDANA RAKAN MUDA TAHUN 2020 DAN TAHUN 2021

Majlis pentauliahan anugerah remaja perdana rakan muda tahap emas untuk tahun 2020 telah
diadakan pada 28 disember 2021 di Paroi,Negeri Sembilan.

Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Negeri Johor Tahun 2020
telah diadakan di Bangunan Persekutuan Batu Pahat, Johor pada 25 november 2020. Seramai 22
orang penerima anugerah tahap perak dan 25 orang penerima anugerah tahap gangsa telah
ditauliahkan.

14

Majlis penyampaian sijil pentauliahan tahap perak, Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
kepada saudara David Lau Hong Kiong telah berlangsung di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei
bertarikh 3 Disember 2021.

Majlis Pentauliahan Tahap Emas Program ARPRM 2021 telah berlangsung pada 16 Disember 2021
bertempat di Bangi Resort Hotel, Selangor. Penyampaian Sijil Pentauliahan tersebut telah
disempurnakan oleh YB Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

15


Click to View FlipBook Version