Siapa sangka di balik kepolosan
wajahnya, Nurissa Rose pernah berperang
dengan maut? Kemalangan teruk yang
berlaku bukan sahaja menyebabkan dia
koma setahun, malah sebaik sahaja dia
membuka mata, tiada langsung memori
silamnya.
Tiga tahun berlalu, kehidupannya
kembali normal meskipun tanpa ingatan.
Hanya dikelilingi oleh orang-orang
kesayangannya. Sehinggalah suatu hari,
kematian ayahnya membawa kepada
perkenalannya dengan lelaki bernama Dheo
Han.
Dheo Han punya aura penuh misteri. Di
balik wajah beku dan mata dinginnya itu,
Nurissa tahu pasti ada rahsia yang
tersimpan. Sesuatu yang gelap dan juga
bahaya! Bukan sembarangan orang kalau
dah bekas samseng pun tunduk hormat
kepadanya.
TAJUK : HULAGU KHAN-
KHABAR HITAM DARI TIMUR
PENGARANG : ABDUL
LATIP TALIB
Plot novel ini bermula dari masa Hulagu
Khan masih lagi seorang kanak-kanak.
Ibunya telah menceritakan kehebatan
datuknya, Temujin atau lebih dikenali
sebagai Genghis Khan dan menggalakkan
Hulagu untuk mengikut jejak langkah
datuknya sebagai penakluk yang hebat.
Sejak usia yang masih muda, Hulagu dilatih
dengan ilmu kepahlawanan.
Setelah dewasa, Hulagu bercita-cita
untuk membina empayarnya sendiri dan
berusaha untuk menumbangkan Kerajaan
Bani Abbasiyyah. Sementara itu, Kerajaan
Bani Abbasiyyah pula menghadapi konflik
dalaman seperti pelantikan Khalifah Al-
Musta'shim yang lemah dalam pentadbiran
serta penentangan yang dihadapi akibat
ketidakpuasan hati rakyat terhadap
pentadbirannya.
Ia bermula dengan Maharaja Alexius 1, yang
meminta bantuan Barat, demi
mempertahankan Empayar Rom Byazantine.
Seruan itu bersambut, dengan Paus
Urban II berucap di persidangan Clermont.
Dia menyeru bagi membantu Empayar Rom
Byzantine, menyeru kepada balas dendam,
dan menyeru membebaskan
Baitulmuqaddis.
Seruan itu merebak ke seluruh Eropah.
Akhirnya puluhan ribu sukarelawan sudah
berkumpul di Kota Konstantinopel.
Sementara itu, jauh di Timur, kerajaan
Islam Turki Seljuk, Kerajaan Fatimiyah
Mesir, Bani Abbasiyah terus bertelagah
kuasa.
Mereka tidak sedar, satu gerombolan
tentera yang tinggi semangat juangnya,
yang dahsyat kemahuannya sedang menuju
ke arah mereka, yang akan menghancurkan
segala yang menghalang. Mereka adalah
gerombolan tentera Salib.
Ibn Zuhr adalah cerdik pandai Islam
kelahiran Sevila atau Seville di Sepanyol
pada 1162. Beliau adalah generasi ketiga
daripada keluarga Abul Marwan yang amat
terkenal dalam bidang perubatan selama
lima generasi, termasuk melahirkan
beberapa orang doktor wainta. Beliau
dianggap sebagai “Pengasa Ilmu Latihan
Perubatan” kerana bertanggungjawab
menyusun sukatan pelajaran untuk
membolehkan seseorang itu layak menjadi
doktor dan mengamalkan ilmu kedoktoran
secara praktikal.
Selain daripada itu, beliau juga dianggap
antara pakar jantung terkemuka di samping
bertanggungjawab mengasaskan pusat
latihan kedoktoran atau sekolah perubatan
pertama di Sepanyol
TAJUK : KETIKA AZAZIL
BERPUTUS ASA
PENGARANG : HADI
FAYYADH
Kisahnya dibongkar di dalam kitab kuno
lampau. Kebangkitannya disebut ribuan
tahun lalu. Makhluk Purba yang hidup di
dalam sangkar tahanan Tuhan.
Dia menggelarkan dirinya sebagai
“Tuhan Abadi” lantas di dahinya terukir KA
Fa Ra. Berita kemunculannya jadi amaran
setiap Ummat. ‘The Power of God’ bakal
dinobat. Penakluk Jendela Timur dan Barat.
Tujuh Penjuru Pintu Dunia, bakal
tertutup rapat. Dimensi MASA dan USIA
terus berlari. Rotasinya berputar pantas,
bagai bukan lagi sehari. Paksi, dan medan
magnerik Bumi tidak selari. Matahari
terbenam, terbit dari ufuk misteri. Disana,
ada cahaya dari Ufuk Timur. Sinarannya
mencetus ledakan pertembungan.