INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
PEREMPUAN MELAYU
PENULISAN SKRIP SECARA
BERSTRUKTUR
(TEMA DAN ISU)
Ahli Kumpulan 3:
❖ Nurain Zaffirah Nasiha binti Ahdi
❖ Nur Aisyah binti Mohd Zubir
❖ Nur Elleyana binti Ngadiman
❖ Nurul Farahiyah binti Kamdani
❖ Nurul Husna binti Bakhori
PISMP BAHASA MELAYU 1 JUN 2020
TEMA
● Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok yang diungkapkan oleh
pengkarya, sama ada cerpenis, novelis, penyair atau penulis skrip
drama bagi mendasari karyanya.
● Tema sesuatu karya tidak dinyatakan secara langsung dengan jelas
tetapi dinyatakan melalui unsur-unsur yang membentuk karya itu.
● Tema sesuatu karya lazimnya dapat diketahui hanya sesudah karya
itu dibaca dan dihayati seluruhnya.
ISU
● Isu merupakan perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada
hubungannya dengan tema. Isu wujud dalam sesuatu karya bertujuan
menghidupkan dan memperkukuhkan tema yang diketengahkan oleh
pengkarya.
CONTOH TEMA DAN ISU DRAMA ‘ANNA’
● TEMA
○ Pergolakan rumah tangga yang berlaku dalam kehidupan sepasang suami
isteri yang berasal dari negara, bangsa dan latar belakang keluarga yang
berbeza.
■ CONTOH:
Watak suami, iaitu Zaki berketurunan Melayu, manakala isterinya Anna
merupakan peranakan Inggeris dan Melayu. Pergolakan ini berlaku
kerana Anna kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada
suaminya Zaki dan menganggap Zaki terlebih sayang kepada ibunya
Mak Munah. konflik timbul apabila Anna terasa dirinya diabaikan dan
cinta mereka semakin pudar. Anna bertindak dengan mengambil
keputusan pulang ke London.
CONTOH TEMA DAN ISU DRAMA ‘ANNA’
● ISU KONFLIK KEKELUARGAAN
➔ Masalah yang terjadi antara seorang ayah, seorang anak, seorang
isteri, seorang suami dan seorang ibu mentua. Contoh yang dapat
dilihat dalam drama ini adalah masalah ayah Anna yang terlampau
menegaskan bahawa dirinya tidak akan bahagia setelah berkahwin
dengan orang Timur. Selain itu, Anna bersikap terburu-buru dalam
membuat keputusan yang tidak berpenghujung dan menyebabkan
konflik rumah tangga mereka berterusan.
➔ Terlampau banyak campur tangan pihak ketiga dalam urusan rumah
tangga.
CONTOH TEMA DAN ISU DRAMA ‘TENANG-TENANG AIR DI
TASIK’ KARYA NORHASHIMAH
● Tema
- Sikap prejudis segelintir masyarakat terhadap golongan kurang upaya.
→ CONTOH:
Muzammir disisihkan oleh ibu bapanya dengan menyerahkannya kepada
orang lain kerana dia cacat penglihatan. Namun, Muzammir bernasib
baik kerana keluarga angkatnya memberikan kasih sayang dan
pendidikan kepadanya.
CONTOH TEMA DAN ISU DRAMA ‘TENANG-TENANG AIR DI
TASIK’ KARYA NORHASHIMAH
● ISU KEMANUSIAAN
- Masalah penerimaan seorang ibu terhadap keadaan fizikal anak-anaknya.
CONTOH
Ibu Muzafar yang membuang anaknya, Muzamir kerana dia cacat
penglihatan. Ibu Muzafar cuba pelbagai cara untuk memastikan Muzafar tidak
mengetahui dan mendekati Muzamir.
SEKIAN,
TERIMA KASIH