The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MUDAHKAN MENJAWAB SOALAN KBAT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-24022634, 2021-08-15 00:23:08

TEKNIK BAKSUD

MUDAHKAN MENJAWAB SOALAN KBAT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAKSAMANA
PETI SURAT 74, JALAN BUKIT SRI LALANG
81900 KOTA TINGGI JOHOR

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

TEKNIK BAKSUD - MENINGKATKAN KEMAHIRAN DALAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN
KBAT SEJARAH DALAM KALANGAN MURID 4 USM

Oleh :
Siti Hajar binti Ab Mulop
Guru Mata Pelajaran Sejarah

Tingkatan 4 dan 5
SMK Laksamana

0197555859

1

SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT
3
BIL. PERKARA 4
1 Kod QR Teknik BAKSUD dan Video Penggunaan 5
2 Penghargaan 5
3 1.0 Tajuk 6
4 2.0 Pengenalan 7
5 3.0 Demografi / Profil Sekolah dan Murid 7
6 4.0 Pelaksanaan Kajian Tindakan : 9
7 i. Pemerhatian 12
8 ii. Refleksi 14
9 iii. Merancang 17
10 iv. Bertindak 19
11 v. Pemerhatian 31
12 vi. Refleksi 32
13 5.0 Kesimpulan 33
14 Bibliografi
15 Lampiran

2

Kod QR Teknik BAKSUD

Video Penggunaan Teknik BAKSUD
https://drive.google.com/file/d/1bQBCPObDPVi3ukAcgWGWm1RumGejuMG1/view?usp=

sharing

3

Penghargaan

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinanNya,

maka saya telah dapat menyempurnakan Kajian Tindakan 2021 dengan jayanya. InshaAllah,
Kajian Tindakan ini akan memberikan manfaat kepada murid-murid dalam menempa kejayaan

di peringkat SPM khususnya bagi menjawab soalan KBAT mata pelajaran Sejarah.
Sekalung penghargaan buat Ayahanda Pengetua, En Samion bin Kassim, Pengetua SMK
Laksamana atas segala dorongan, galakan, semangat dan nasihat yang dititipkan dalam saya
menyempurnakan kajian tindakan ini.
Buat rakan-rakan guru dan murid-murid SMK Laksamana, terima kasih atas segala sokongan,
kerjasama dan bantuan yang diberikan dalam menyiapkan kajian ini.
Teristimewa buat keluarga, jutaan terima kasih kerana selalu memberi sokongan dan inspirasi
serta sentiasa memahami kekangan masa sebagai isteri, anak dan ibu dalam penat lelah
menyiapkan Kajian Tindakan 2021 ini.
Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari kelemahan diri
saya sendiri.

Salam sayang untuk semua,

……………………………….
Siti Hajar binti Ab Mulop
SMK Laksamana

4

1.0 TAJUK

Teknik BAKSUD - Meningkatkan Kemahiran Dalam Teknik Menjawab Soalan KBAT Sejarah
Dalam Kalangan Murid 4 USM

2.0 PENGENALAN :

Pandemik Covid 19 yang melanda negara menyebabkan sesi pembelajaran dan pengajaran
dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr). Pastinya, pembelajaran
secara PdPr tidak sama seperti bersemuka. Namun, ia bukan alasan untuk guru tidak
memberikan yang terbaik kepada murid. Oleh itu, pengkaji telah menyediakan satu pendekatan
terbaik untuk murid dalam memastikan mereka memperoleh kefahaman yang maksimun semasa
sesi PdPr berlangsung terutama berkaitan soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT). Konsep dan teknik asas KBAT seharusnya dikuasai oleh muird tidak kira soalan
berbentuk struktur mahupun esei.

Dalam hal ini, pengkaji menyedari bahawa kebanyakan murid tidak berminat untuk menjawab
soalan berbentuk esei terutama soalan KBAT kerana mereka kurang memahami konsep soalan
KBAT itu sendiri. Asas bagi menulis jawapan KBAT masih rapuh dalam diri mereka. Oleh itu,
adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memantapkan penguasaan KBAT dalam diri murid
walaupun melalui PdPr sahaja. Murid yang mempunyai asas yang kukuh dalam menjawab soalan
KBAT, pastinya akan rajin dan bersungguh-sungguh dalam mengikuti kelas PdPr yang dijalankan
oleh guru, sekaligus menjawab latihan yang diberikan oleh guru dengan memperoleh markah
yang cemerlang.

Pengkaji turut menyedari bahawa hampir 50% markah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah
menerusi soalan KBAT, maka murid seharusnya mengusai teknik menjawab soalan ini agar
mereka tidak keciciran markah untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Diharapkan kajian ini dapat membantu guru dan murid dalam menambahbaik serta
mempelbagaikan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sedia ada demi kejayaan murid.
Harapan pengkaji agar kajian ini mampu menggalakkan lagi semangat murid dalam menyertai
kelas PdPr dan seterusnya memantapkan penguasaan KBAT, bukan hanya bagi mata pelajaran
Sejarah, tetapi juga bagi lain-lain mata pelajaran.

5

3.0 DEMOGRAFI / PROFIL SEKOLAH DAN MURID

SMK Laksamana pernah dinobatkan sebagai 'Sekolah Harapan Negara' pada tahun 1991.
Sekolah yang terletak di daerah Kota Tinggi ini merupakan sekolah harian biasa di kawasan
bandar yang merangkumi 3 kaum utama di dalamnya iaitu Melayu, Cina dan India. Bilangan murid
yang menghampiri angka 2000 orang, pastinya memberikan cabaran yang besar kepada guru-
guru dalam menjayakan PdP yang berkesan dan seterusnya menghasilkan jumlah calon
cemerlang dalam peperiksaan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi memberi nafas baru kepada
guru dan murid dalam menguasai teknik menjawab soalan KBAT dengan mudah dan tepat
terutama sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) merupakan transformasi yang berlaku dalam dunia
pendidikan dan merupakan satu cabaran besar kepada guru kerana setiap guru perlu
menjalankan kaedah Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang lebih dinamik dan kreatif
dengan kandungan pembelajaran yang relevan dan sesuai dengan perkembangan semasa.
Oleh itu semua guru perlu bersedia menerima segala perubahan dan dapat mengurus perubahan
tersebut dengan cekap dan berkesan terutama pada fasa negara dilanda virus merbahaya kerana
guru merupakan agen yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan perubahan tersebut.
Melalui perubahan ini juga guru harus menyedari bahawa dunia pendidikan harus seiring dengan
perubahan zaman agar bidang pendidikan kita tidak ketinggalan zaman.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu diubahsuai selari dengan perkembangan teknologi
maklumat dan berpusatkan murid serta dapat menarik minat murid untuk menghayati mata
pelajaran yang dipelajari sekaligus memantapkan KBAT. KSSM yang memasuki tahun kedua
juga terus dilaksanakan dan merupakan penambah baik KBSM yang telah digunakan sebelum
ini. Perubahan kurikulum ini diyakini mampu melahirkan murid yang dinamik, berfikiran kritis dan
inovatif serta berdaya saing di peringkat global. Kedua-dua elemen ini yang sejajar dengan
transformasi yang dilaksanakan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
dan merupakan cabaran bagi guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas.

6

4.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

a. Pemerhatian

Kebanyakkan murid mengalami masalah tidak dapat menyelesaikan soalan berbentuk KBAT
dengan tepat. Berikut merupakan contoh soalan KBAT :

Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pemimpin untuk memastikan kemakmuran

negara kita. (8 markah)

Bagaimanakah generasi muda pada hari ini perlu meneladani perjuangan pemimpin

terdahulu? (8 markah)

Jelaskan iktibar daripada peristiwa peperangan. (8 markah)

Buktikan peranan pemimpin yang berfikiran strategik. (8 markah)

Mengapkah kita perlu menghormati keputusan pemimpin negara kita? (8 markah)

Mengapakah rakyat perlu bersikap bertolak ansur dan saling menghormati serta menyayangi

antara satu sama lain? (8 markah)

Jawapan terbaik dan mengikuti kehendak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) mestilah
mempunyai :
i. Fakta
ii. Huraian
iii. Contoh
iv. Inferens

7

Berikut merupakan antara kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid saya dalam menjawab
soalan KBAT :

i. Fakta dan huraian tidak saling berturutan

H1 F1

Fakta 1 (F1) dan Huraian 1 (H1) terletak jauh antara satu sama lain. Jawapan yang baik adalah
saling berturutan antara satu sama lain untuk menunjukkan kesinambungan ayat.

ii. Jawapan tidak mempunyai huraian F2
F1

Jawapan pelajar tidak mempunyai huraian, hanya fakta sahaja.
8

b. Refleksi Terhadap Pemerhatian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kebolehupayaan murid dalam menjawab soalan KBAT dalam
mata pelajaran Sejarah. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menjadi satu pemudahcara
kepada pelajar dalam menjawab soalan KBAT dengan lebih sistematik dan tepat untuk diterima
oleh pihak LPM. Hasil pemerhatian semasa mengajar di kelas 4 USM bagi mata pelajaran
Sejarah, pengkaji mendapati bahawa murid tidak dapat menjawab soalan KBAT dengan baik.
Jika perkara ini tidak ditangani maka mereka akan berulangkali melakukan kesilapan dan
seterusnya mempengaruhi markah dalam soalan esei. Secara tidak langsung, perkara ini turut
menghilangkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Sejarah dan seterusnya
beranggapan bahawa Sejarah adalah satu mata pelajaran yang sukar dan membosankan.

Berikut merupakan data markah yang diperoleh daripada murid 4 USM dalam soalan KBAT
menerusi latihan yang diberi :

MURID MARKAH

Murid 1 2/8

Murid 2 4/8

Murid 3 1/8

Murid 4 3/8

Murid 5 2/8

Murid 6 0/8

Murid 7 3/8

Murid 8 5/8

Murid 9 2/8

Murid 10 1/8

Jadual 1 :

Markah yang diperoleh murid 4 USM dalam latihan KBAT pertama mata pelajaran Sejarah

Kumpulan yang disasarkan ialah seramai 10 orang murid kelas 4 USM iaitu murid kelas
pertengahan SMK Laksamana. Kajian bermula sejak awal persekolahan sehingga selepas Ujian

9

Formal 1 dijalankan menerusi kaedah kekerapan latihan, ujian formal dan ujian post. Masalah
dalam menjawab soalan KBAT dengan tepat telah menyebabkan markah murid terjejas dan
seterusnya akan memberi impak kepada gred yang akan diperoleh pelajar. Bagi mengatasi
masalah ini, satu pendekatan yang lebih santai, mudah dan menyeronokkan perlu diwujudkan
apatah lagi apabila pelaksanaan pembelajaran secara atas talian dilaksanakan bagi memastikan
murid terus kekal minat dan bersemangat mengikuti PdPR.

PdPr yang diperkenalkan telah menjadi agenda utama dalam sistem pendidikan di Malaysia sejak
Mac 2020 apabila negara menghadapi pandemik Covid 19. Dalam kesibukan guru mengejar
silibus mata pelajaran secara PdPr, pastinya guru mempunyai kekangan masa untuk
mencurahkan segala ilmu dan tunjuk ajar kepada murid. Selain itu, kekangan jaringan internet
dan peranti yang terhad oleh murid, pasti semakin menyukarkan guru untuk memberi lebih
kefahaman kepada mereka, baik daripada segi memahami fakta mahupun menguasai KBAT.
Impaknya, murid sering ketinggalan dalam mengikuti setiap penerangan guru dan pasti memberi
kesan terhadap keputusan peperiksaan mereka kelak.

Hal ini ditambah pula dengan isi kandungan silibus KSSM yang memaksa guru untuk mencipta
dan meramalkan bentuk-bentuk soalan KBAT yang boleh ditanya dalam peperiksaan
berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Di samping itu, persekitaran murid yang sering
dimomokkan dengan soalan KBAT yang susah, sudah pasti akan melemahkan lagi semangat
mereka dalam menjawab soalan KBAT tersebut. Apabila murid diberikan latihan dalam menjawab
soalan struktur atau esei, mereka akan meninggalkan soalan berbentuk KBAT, walaupun soalan
tersebut membawa markah sebanyak 8 markah.

Keadaan semakin membimbangkan, apabila keadaan yang sama berlaku sewaktu Ujian Formal
1, murid tidak memperoleh markah yang maksimum dalam soalan struktur dan sekurang-
kurangnya separuh daripada markah penuh dalam soalan esei. Guru telah membimbing murid
untuk menjawab soalan KBAT, latihan demi latihan telah diberi dan dibincangkan, namun
keputusan tetap tidak mencapai seperti yang dikehendaki oleh guru. Menerusi refleksi di atas,
terbukti bahawa murid tidak dapat menguasai kemahiran KBAT dengan baik. Berikut merupakan
contoh soalan dan jawapan yang telah dijawab oleh murid :

10

11

Contoh soalan KBAT dalam Ujian Formal 1. Soalan KBAT ini adalah berbentuk soalan respon
terbuka dan seharusnya mudah untuk dijawab oleh murid. Namun, murid tidak dapat menjawab
dengan baik. Keadaan ini sangat membimbangkan apabila kelak murid perlu menjawab soalan

KBAT yang membawa kepada 8 markah.

c. Merancang

i. Sasaran

Kajian melibatkan pengajaran seorang guru dalam mata pelajaran Sejarah tingkatan 4, khusus
dalam soalan berbentuk KBAT. Secara keseluruhannya, kebolehan murid menguasai soalan
KBAT dalam kelas ini adalah pada tahap sederhana – lemah. Lazimnya, pasti terdapat beberapa
orang murid yang menghadapi masalah pembelajaran khususnya mereka yang masih tidak lagi
menguasai teknik menulis jawapan KBAT dengan baik. Oleh itu, kajian tindakan telah
dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut. Seramai 10 orang murid daripada tingkatan 4
USM telah terpilih mengikuti kajian ini.

ii. Objektif Kajian

Dalam kajian yang dijalankan ini, objektif am adalah untuk menerapkan cara menulis jawapan
KBAT dengan tepat bagi murid-murid 4 USM yang mempunyai masalah dalam menguasai
KBAT.

12

Manakala objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:
i. Murid-murid dapat meningkatkan penguasaan dalam menulis jawapan KBAT dengan
tepat berdasarkan teknik BAKSUD
ii. Murid-murid lulus ujian post yang melibatkan soalan struktur dan esei
iii. Memudahkan proses PdP yang berkaitan dengan latihan menjawab KBAT dengan
teknik yang mudah, sesuai dan betul

iii. Intervensi
1. Guru membantu pelajar mengukuhkan asas KBAT menerusi teknik BAKSUD.
2. Guru mengatasi corak penulisan murid yang lemah kepada yang gramatis dan tepat.
3. Guru memberi motivasi kepada murid agar terus berusaha menghasilkan jawapan KBAT
yang tepat.

iv. Indikator
1. Penilaian prestasi adalah melalui latihan yang diberikan oleh guru.
2. Soal selidik terhadap pelajar berkaitan mata pelajaran Sejarah dan pemahaman yang
mereka peroleh sebelum dan selepas menjawab soalan KBAT menerusi teknik
BAKSUD.
3. Ujian sebelum dan selepas penggunaan teknik BAKSUD.

13

d. Melaksanakan Tindakan

Teknik BAKSUD

FAKTA BAKSUD HURAIAN

B - Bagi

A - Agar

K - Kerana

S - Supaya

U - Untuk

D - Demi

Jadual 2 :
Fakta dan huraian pasang siap telah diberikan oleh guru.

Dalam penulisan jawapan KBAT, 4 perkara yang perlu ditekankan iaitu :

 FAKTA
 HURAIAN
 CONTOH
 INFERENS

14

FAKTA dan HURAIAN perlu disambungkan untuk mempamerkan jawapan yang matang. Selain
itu, gabungan FAKTA dan HURAIAN dalam satu ayat adalah penting dalam memandu murid
menulis jawapan yang tepat agar tidak bercampur aduk dengan jawapan FAKTA yang lain.
Namun, terdapat murid yang mengasingkan jawapan FAKTA dan HURAIAN. Jika murid kelas
hadapan, tiada masalah. Namun, jika murid kelas pertengahan hingga kelas terakhir, menjadi
masalah apabila mereka hilang arah dan idea dalam menulis jawapan mengikut pengasingan
jawapan FAKTA dan HURAIAN.

Pengasingan jawapan FAKTA dan HURAIAN ini seringkali menyebabkan murid hilang fokus
terhadap jawapan yang hendak ditulis. Murid akan cenderung untuk menulis FAKTA yang kedua
dan mengabaikan HURAIAN yang sepatutnya ditulis. Maka, teknik BAKSUD ini akan
mengingtkan murid bahawa selepas menulis fakta, PERLU DIIKUTI dengan huraian dengan
menambahkan BAKSUD agar murid tidak kehilangan markah dan jawapan yang ditulis itu lebih
gramatis dari sudut strukturnya. Gabungan ini bukan sahaja boleh dibuat dalam isi FAKTA dan
HURAIAN, tetapi juga dalam isi CONTOH dan INFERENS.

Gabungan antara FAKTA dan HURAIAN ini juga dapat menyelamatkan murid daripada risiko
kehilangan markah. Penandaan secara holistik memaksa guru membimbing murid menulis
jawapan yang diolah dan digarap dengan baik dan lengkap. Kesinambungan antara FAKTA dan
HURAIAN juga lebih ditonjolkan menerusi teknik BAKSUD ini. Dalam masa yang sama, guru
perlu mengingatkan murid untuk menjawab jawapan mengikut kehendak markah. Murid harus
menjawab mengikut markah yang ditetapkan di dalam soalan. Jika markah yang diperuntukkan
8 markah, maka murid perlu membuat:

8 isi untuk FAKTA + HURAIAN / INFERENS dan
1 isi lengkap iaitu FAKTA + HURAIAN + CONTOH + INFERENS.

Namun begitu, murid harus menulis jawapan dengan menggunakan teknik BAKSUD supaya
jawapan murid dilihat matang oleh penanda dan penulisan jawapan tersebut akan memperoleh
markah yang maksima dalam penandaan secara analitikal mahupun holistik.

15

Contoh BAKSUD yang telah dibuat oleh salah seorang murid 4 USM
**Fakta dan huraian telah diberikan oleh guru (pasang siap)

Murid hanya perlu menyambungkan ayat antara Fakta dan Huraian / Inferens sahaja.
Penyambungan ayat sangat penting untuk menunjukkan kepada penanda bahawa murid ini
berfikiran kritis dalam mengolah jawapan. BAKSUD sangat penting dalam pembinaan sesebuah
jawapan yang matang dan seterusnya mampu memberi peluang kepada murid untuk berfikiran
kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu jawapan atau masalah.

16

e. Pemerhatian

1. Pemerhatian
 Sikap murid dilihat secara langsung di dalam kelas sewaktu aktiviti PdP / PdPc
 Guru memberi borang soal selidik berkaitan mata pelajaran Sejarah dan KBAT. (sebelum
dan selepas Teknik BAKSUD diperkenalkan)

2. Tindak Balas Dalam Aktiviti PdP
 Tindak balas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru
berpandukan contoh latihan yang disediakan dalam pendekatan berfokus.

3. Ujian Formal 1
 Ujian ini diberikan kepada murid untuk mengukur tahap pencapaian mereka terutama
dalam menjawab soalan KBAT

4. Penyesuaian Penggunaan Teknik BAKSUD
 Murid digalakkan menggunakan teknik ini dalam menjawab soalan KBAT.
 Teknik BAKSUD telah disesuaikan oleh murid dalam menjawab soalan KBAT.

5. Semakan Latihan
 Latihan akan disemak oleh guru dari semasa ke semasa sebagai tindakan pengayaan
dan pengukuhan penguasaan teknik menjawab soalan KBAT dengan tepat.
 Tindakan semakan secara langsung dapat menilai tahap perkembangan murid dalam
menguasai kemahiran berkenaan.
 Semasa semakan latihan, penandaan adalah mengikut standard penandaan dan
pemarkahan SPM sebenar.

6. Ujian Post
 Ujian post diberi untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar dalam menjawab soalan
KBAT pada akhir kajian.

17

Berikut merupakan aktiviti yang telah pengkaji jalankan :

AKTIVITI LANGKAH

Langkah 1 : Memberi borang soal selidik kepada murid berkaitan

AKTIVITI 1 mata pelajaran Sejarah dan KBAT

Langkah 2 : Mencatatkan dapatan yang diperoleh

Langkah 1 : Penyoalan secara terbuka berkaitan soalan KBAT

AKTIVITI 2 Langkah 2 : Mencatatkan markah murid

Langkah 1 : Ujian Formal 1
AKTIVITI 3 Langkah 2 : Markah dicatatkan

Langkah 1 : Pengenalan Teknik BAKSUD
AKTIVITI 4 Langkah 2 : Mengajar cara menggunakan Teknik BAKSUD

Langkah 1 : Memberi latihan KBAT
AKTIVITI 5 Langkah 2 : Menanda latihan tersebut

Langkah 3 : Markah dicatatkan
Langkah 1 : Ujian Post
AKTIVITI 6 Langkah 2 : Markah dicatatkan

Langkah 1 : Memberi borang soal selidik kepada murid berkaitan

AKTIVITI 7 mata pelajaran Sejarah dan KBAT

(selepas Teknik BAKSUD diperkenalkan)

Langkah 2 : Data dicatatkan

Jadual 3 :

Aktiviti yang telah dilakukan sepanjang kajian ini jalankan.

18

f. Refleksi

Berdasarkan kepada pelaksanaan tindakan mengikut kaedah yang telah ditetapkan, pengkaji
telah melaksanakan aktiviti seperti berikut :

AKTIVITI TARIKH / LANGKAH CATATAN

AKTIVITI MASA
1
20 / 2 / 2021 Langkah 1 : PdPr

Memberi soal selidik kepada Menerusi Google Form

murid 10 orang murid menjawab soal

selidik tersebut

21 / 2 / 2021 Langkah 2 : Rujuk dapatan data di bawah

Mencatatkan data yang

diperoleh

Jadual 4 :

Aktiviti 1 yang dijalankan

Dapatan yang diperoleh sebelum guru memperkenalkan Teknik BAKSUD sangat mengejutkan
dan mendukacitakan. Kesemua 10 orang murid tidak meminati mata pelajaran Sejarah, tidak
boleh menjawab soalan KBAT dengan baik, tidak berminat untuk menjawab soalan KBATserta
tidak faham apa yang diajarkan oleh guru dalam teknik menjawab soalan KBAT. Hal ini sangat
membimbangkan kerana Sejarah adalah mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM. Lebih
membimbangkan lagi apabila soalan KBAT yang tidak diminati oleh murid ini merupakan soalan
yang membawa kepada 50% markah dalam Kertas 2 Sejarah.

Bertitik tolak daripada dapatan ini, pengkaji perlu melalukan anjakan paradigma dalam
membetulkan keadaan dan menangani masalah supaya tidak menular dan menjadi semakin
parah. Penggunaan teknik BAKSUD sudah pasti mampu memimpin murid menulis jawapan
terbaik dalam soalan KBAT, seterusnya meningkatkan keyakinan murid untuk memperoleh gred
yang cemerlang dalam setiap peperiksaan.

19

SOALAN % SETUJU % TIDAK

SETUJU

i. Saya meminati mata pelajaran Sejarah 0 100

ii. Mata pelajaran Sejarah telah menjadikan saya 10 100

seorang murid yang berfikiran kreatif dan kritis

iii. Saya boleh menjawab soalan KBAT dengan baik 0 100

iv. Saya tidak berminat untuk menjawab soalan KBAT 100 0

v. Saya tidak faham apa yang diajarkan oleh guru dalam 100 0

teknik menjawab soalan KBAT

vi. Saya yakin untuk menjawab soalan KBAT dengan 10 90

teknik yang betul

vii. Saya yakin akan memperoleh keputusan yang 10 90

cemerlang dalam mata pelajaran Sejarah

viii. Saya sangat teruja setiap kali kelas Sejarah 10 90

dijalankan sewaktu PdPr

ix. Saya sentiasa menyiapkan latihan KBAT yang 10 90

diberikan oleh guru

x. Saya bersemangat mengikuti kelas PdPr Sejarah 10 90

Jadual 5 :

Data yang diperoleh murid 4 USM berkenaan pendapat mereka tentang mata pelajaran

Sejarah dan KBAT

20

AKTIVITI TARIKH / LANGKAH CATATAN
MASA
Langkah 1 : Bersemuka
AKTIVITI 23 / 4 / 2021
2 Penyoalan secara terbuka 20 orang murid menjawab

23 / 4 / 2021 berkaitan soalan KBAT soalan KBAT secara lisan

Langkah 2 : Rujuk jadual markah di

Mencatatkan markah murid bawah

Jadual 6 :

Aktiviti 2 yang dijalankan

MURID MARKAH

Murid 1 3/8

Murid 2 4/8

Murid 3 2/8

Murid 4 3/8

Murid 5 3/8

Murid 6 1/8

Murid 7 3/8

Murid 8 3/8

Murid 9 1/8

Murid 10 1/8

Jadual 7 :

Markah yang diperoleh murid 4 USM dalam latihan KBAT secara lisan di dalam kelas

21

AKTIVITI TARIKH / LANGKAH CATATAN

MASA

AKTIVITI 3 4 / 5 / 2021 Langkah 1 : Bersemuka

Ujian Formal 1 10 orang murid menjawab Ujian Formal 1

8 / 5 / 2021 Langkah 2 : Rujuk jadual markah di bawah

Markah dicatatkan

Jadual 8 :

Aktiviti 3 yang dijalankan

MURID MARKAH

Murid 1 2/8

Murid 2 1/8

Murid 3 2/8

Murid 4 3/8

Murid 5 3/8

Murid 6 1/8

Murid 7 0/8

Murid 8 2/8

Murid 9 5/8

Murid 10 1/8

Jadual 9 :

Markah yang diperoleh murid 4 USM dalam Ujian Formal 1

22

AKTIVITI TARIKH / LANGKAH CATATAN

MASA

AKTIVITI 16 / 5 / 2021 Langkah 1 : Teknik BAKSUD ditulis

4 Pengenalan Teknik BAKSUD didalam sehelai kertas.

Dijadikan seperti kad

mini.

17 / 5 / 2021 Langkah 2 : Google Meet

Mengajar cara menggunakan Teknik

BAKSUD

Jadual 10 :

Aktiviti 4 yang dijalankan

Contoh Teknik BAKSUD
Murid perlu membuat kad mini Teknik BAKSUD mengikut kreativiti masing-masing.

23

AKTIVITI TARIKH / LANGKAH CATATAN
MASA

AKTIVITI 5 24 / 5 / 2021 Langkah 1 : Memberi latihan KBAT PdPr

(Google Meet)

24 / 5 / 2021 Langkah 2 : Menanda latihan tersebut BDR

25 / 5 / 2021 Langkah 3 : Markah dicatatkan BDR

Jadual 11 :

Aktiviti 5 yang dijalankan

Contoh latihan KBAT yang diberi
24

AKTIVITI TARIKH / LANGKAH CATATAN

MASA

AKTIVITI 6 13 / 6 / 2021 Langkah 1 : Ujian Post PdPr (Telegram)

14 / 6 / 2021 Langkah 2 : Markah dicatatkan BDR

Jadual 12 :

Aktiviti 6 yang dijalankan

MURID MARKAH

Murid 1 7/8

Murid 2 7/8

Murid 3 8/8

Murid 4 8/8

Murid 5 8/8

Murid 6 8/8

Murid 7 7/8

Murid 8 6/8

Murid 9 7/8

Murid 10 7/8

Jadual 13 :

Markah yang diperoleh murid 4 USM dalam Ujian Post

25

Contoh 1 Ujian Post yang dilakukan oleh murid
26

Contoh 2 Ujian Post yang dilakukan oleh murid
27

AKTIVITI TARIKH / LANGKAH CATATAN

MASA

AKTIVITI 20 / 6 / 2021 Langkah 1 : PdPr

7 Memberi soal selidik kepada Menerusi Google Form

murid 10 orang murid menjawab soal

selidik tersebut

(soalan soal selidik ini adalah

sama seperti pada tinjauan awal

kajian)

21 / 6 / 2021 Langkah 2 : Rujuk dapatan data di bawah

Mencatatkan data yang

diperoleh

Jadual 14 :

Dapatan data selepas Teknik BAKSUD diperkenalkan.

Dapatan yang diperoleh selepas guru memperkenalkan Teknik BAKSUD sangat mengujakan dan
menggembirakan. Kesemua 10 orang murid bersetuju bahawa mata pelajaran Sejarah telah
menjadikan mereka berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu memandu mereka menulis
jawapan KBAT dengan baik. Selain itu, kesemua 10 orang murid memahami dengan baik apa
yang diajar oleh guru berkenaan Teknik BAKSUD serta sentiasa teruja dan bersemangat
meneruskan sesi PdPr bagi mata pelajaran Sejarah. Respon positif ini sangat memberikan
semangat kepada guru untuk memberikan yang terbaik kepada murid-murid.

Bertitik tolak daripada dapatan ini, pengkaji perlu menyebarluas Teknik BAKSUD ini agar dapat
digunapakai oleh murid lain dalam meningkatkan kemahiran menulis jawapan KBAT.
Penggunaan teknik BAKSUD sudah pasti mampu memimpin mereka menulis jawapan terbaik
serta berkesinambungan antara satu sama lain.

28

SOALAN % SETUJU % TIDAK

SETUJU

xi. Saya meminati mata pelajaran Sejarah 90 10

xii. Mata pelajaran Sejarah telah menjadikan saya 100 0

seorang murid yang berfikiran kreatif dan kritis

xiii. Saya boleh menjawab soalan KBAT dengan baik 100 0

xiv. Saya tidak berminat untuk menjawab soalan KBAT 10 90

xv. Saya tidak faham apa yang diajarkan oleh guru dalam 0 100

teknik menjawab soalan KBAT

xvi. Saya yakin untuk menjawab soalan KBAT dengan 90 10

teknik yang betul

xvii. Saya yakin akan memperoleh keputusan yang 70 30

cemerlang dalam mata pelajaran Sejarah

xviii. Saya sangat teruja setiap kali kelas Sejarah 100 0

dijalankan sewaktu PdPr

xix. Saya sentiasa menyiapkan latihan KBAT yang 70 30

diberikan oleh guru

xx. Saya bersemangat mengikuti kelas PdPr Sejarah 100 0

Jadual 15 :

Data yang diperoleh murid 4 USM berkenaan pendapat mereka tentang mata pelajaran

Sejarah dan KBAT

29

Pemerhatian yang dijalankan mendapati terdapat perubahan markah pada Ujian Post berbanding
latihan KBAT yang diberikan pada aktiviti pertama. Kaedah pengajaran ini dapat diterima pakai
oleh murid walaupun mereka belajar secara PdPr dan hanya mengambil masa selama 1 minggu
untuk menyesuaikan diri menggunakan Teknik BAKSUD ini. Tuntasnya, teknik ini sememangnya
boleh membimbing murid ke arah menulis jawapan yang tepat seperti yang digariskan oleh LPM.
Perubahan markah yang diperoleh murid jelas menunjukkan peningkatan melebihi 50%
berbanding markah sewaktu latihan KBAT pertama diberikan.
Secara tidak langsung, objektif kajian ini berjaya tercapai. Peningkatan markah yang diperoleh
murid telah menunjukkan kejayaan kajian ini. Oleh itu, diharapkan kaedah ini dapat disebarluas
penggunaannya kepada murid lain untuk memastikan mereka memperoleh manfaat yang
maksima daripada Teknik BAKSUD dengan meraih gred terbaik dalam peperiksaan SPM kelak
terutama bagi mata pelajaran Sejarah. Pastinya sejarah baru tercipta menerusi peningkatan
keputusan peperiksaan disamping menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif dalam
menjalani kehidupan sehari-hari.

30

5. KESIMPULAN
Hasil dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa penggunaan BAKSUD dapat membantu
murid menguasai kemahiran menjawab soalan KBAT dengan mudah. Selepas kajian ini, murid
telah melahirkan rasa yakin dan seronok untuk menjawab soalan yang melibatkan KBAT
menerusi penggunaan Teknik BAKSUD.
Dalam tempoh pelaksanaan ini, murid memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pengkaji.
Mereka sentiasa mendengar arahan dan memberi perhatian yang tinggi semasa pengkaji
memberi penerangan berkaitan penggunaan Teknik BAKSUD. Dengan itu, ia memudahkan
pengkaji mengawal seluruh aktiviti dengan sistematik.
Melalui kajian tindakan ini juga telah merapatkan hubungan pengkaji dengan 10 orang murid 4
USM. Hal ini disebabkan pengkaji sering berhubung bertanyakan permasalahan mereka dan
berusaha mencari solusi dalam setiap masalah yang diutarakan oleh mereka. Interaksi dua hala
yang aktif dapat dicapai dengan baik.
Tuntasnya, murid menjadi lebih berani dalam mengutarakan pandangan yang bernas apabila
disoal secara spontan oleh guru berkaitan soalan KBAT. Penggunaan Teknik BAKSUD secara
maksima telah membawa murid kelas pertengahan ini duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan murid di kelas hadapan.

31

BIBLIOGRAFI
Mohd Ridzuan Md Nasir. (2020). Asas Penulisan Laporan Kajian Tindakan (1st
ed). Kota Bharu, Kelantan: Menhajj Resources.
https://youtu.be/Z236mEtMy10 - Bedah Proposal Kajian Tindakan
http://cikgulizpendidikankhas.blogspot.com/2018/10/laporan-kajian-tindakan-mengikut-
format.html?m=1

32

LAMPIRAN
Aktiviti 1 – Soal selidik sebelum penggunaan Teknik BAKSUD
Borang soal selidik di pautan dibawah :
https://forms.gle/FwaPFfiN8j3Kk2RMA

33

34

Aktiviti 7 - Soal selidik selepas Ujian Post
Borang soal selidik di pautan dibawah :
https://forms.gle/4HvrU4JdCbX3WrC4A

35

36


Click to View FlipBook Version