The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Yunni Baiduri, 2024-03-24 22:58:34

Halangan Dalam Komunikasi dan Cara Mengatasinya

BMMB 1134

Halangan Dalam Komunikasi dan Cara Mengatasinya KETERAMPILAN BERBAHASA-BMMB 1 134 NUR AYUNNI BAIDURI


HALANGAN DALAM KOMUNIKASI DAN CARA MENGATASINYA WWW.REALLYGREATSITE.COM Pengenalan 04 Kesimpulan 13 Halangan komunikasi 05 Rujukan 14 Cara mengatasi 10 AYUNNI BAIDURI @REALLYGREATSITE ISI KANDUNGAN Penghargaan 03


HALANGAN DALAM KOMUNIKASI DAN CARA MENGATASINYA AYUNNI BAIDURI PENGHARGAAN DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan tugasan kursus BMMB 1134 Keterampilan Berbahasa ini dalam kekangan masa dan pengisian waktu yang cukup mencabar sebagai bakal guru. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah khasnya Pensyarah Akademik Kursus BMMB 1134 Keterampilan Berbahasa Puan Sapinah binti Zakaria yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempuma kepada saya dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini Selain itu jugasaya mengucapkan terima kasih kepada p uan kerana memberi kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat saya menghasilkan tugasan ini dengan sempuma seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu kami menyiapkan kerja kursus ini. Buat semua warga IPG Kampus Kota Bharu dalam setiap bantuan dan sokongan secara langsung dan tidak langsung. Semoga kita semua sama-samatiba ke destinasi gurunya. Insya-Allah. "KAMI BANGGA MENJADI GURU"


AYUNNI BAIDURI APA ITU KOMUNIKASI? PENGENALAN Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, komunikasi bermaksud perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon, dan lain-lain. Ini bermaksud, komunikasi boleh berlaku secara langsung sama ada bersemuka atau melalui media massa. Komunikasi biasanya berlaku di antara dua orang atau lebih dengan tujuan untuk menyampaikan maklumat atau arahan. Komunikasi itu dikatakan berkesan apabila maklumat atau arahan yang ingin disampaikan diterima dan difahami sepenuhnya oleh penerima. Namun begitu, terdapat beberapa halangan yang berlaku semasa proses komunikasi. Oleh itu, penyampai haruslah tahu cara untuk mengatasi halangan-halangan yang bakal dihadapi ketika menyampaikan maklumat agar tidak berlaku salah faham kepada si penerima. Ebook ini akan mendedahkan halangan-halangan yang biasa terjadi semasa berkomunikasi dan cara untuk mengatasinya. HALANGAN DALAM KOMUNIKASI DAN CARA MENGATASINYA


AYUNNI BAIDURI HALANGAN KOMUNIKASI Halangan dalam komunikasi bermaksud masalah yang berlaku semasa proses komunikasi yang boleh mengganggu penyampai untuk menyampai maklumat atau penerima untuk menerima maklumat yang disampaikan. Terdapat beberapa jenis gangguan yang semasa proses berkomunikasi. Antaranya ialah, HALANGAN SIKAP Halangan siakp merupakan halangan yang datang dari diri penyampai atau penerima itu sendiri. Sikap yang negatif dapat memberi kesan yang tidak baik semsa berkomunikasi. Sebagai contoh, sikap penyampai yang terlalu agresif dalam menyampaikan maklumat akan membuatkan si penerima berasa tidak selesa dan tidak dapat menumpukan perhatian semasa penyampai menyampaikan maklumat. Ini secara jelasnya akan menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan tidak dapat difahami dan diambil dengan baik oleh penerima. Seterusnya ialah, sikap penyampai yang suka mengarah. Sikap penyampai yang suka mengarah akan menyebabkan si penerima berasa jengkel dan tidak ingin menerima maklumat yang disampaikan walaupun maklumat tersebut mengandungi HALANGAN DALAM KOMUNIKASI DAN CARA MENGATASINYA


AYUNNI BAIDURI maklumat yang bermanfaat. Oleh hal yang demikian, maklumat tidak dapat disampaikan dengan baik dan akan menjejaskan peluang komunikasi tersebut. Dalam pada itu, sikap penerima juga menjadi pengukur untuk menilai sama ada sesuatu komunikasi itu berkesan atau tidak. Sikap negatif yang ditunjukkan oleh penerima seperti tidak menghormati si penyampai akan memberikan kesan yang buruk terhadap penyampaian maklumat. Sebagai contoh, pelajar yang tidak memberi tumpuan semasa guru yang sedang mengajar. Ini akan menyebabkan guru berasa kecil hati dan tidak bersemangat untuk menyampaikan ilmu kepada muridmuridnya. Di samping itu, mimik muka si penerima juga akan memperngaruhi proses berkomunikasi. Mimik muka yang tidak mesra semasa penyampai memberikan hujah akan menyebabkan ketidak selesaan kepada penyampai. Sebagai contoh, mimik muka juri semasa persembahan pidato akan membuat penyampai pidato berasa gugup dan berdebar. Akhirnya, penyampai akan tergagap atau lupa apa yang hendak disampaikan. Oleh itu, sikap penyampai dan penerima sangatlah memainkan peranan yang besar dalam proses berkomunikasi. Ia menjadi kayu ukur utama dalam menentukan sama ada sesuatu komunikasi itu berkesan atau tidak. HALANGAN DALAM KOMUNIKASI DAN CARA MENGATASINYA


HALANGAN DALAM KOMUNIKASI DAN CARA MENGATASINYA AYUNNI BAIDURI HALANGAN FIZIKAL Halangan yang seterusnya ialah halangan fizikal. Halangan fizikal merupakan halangan yang disebabkan oleh persekitaran sekeliling semasa berkomunikasi. Halangan ini boleh terjadi dalam dua bentuk, sama ada secara semula jadi atau secara bukan semula jadi. Sebagai contoh, halangan semula jadi ialah gangguan bunyi semasa hujan. Bunyi hujan yang lebat akan mengganggu pendengaran penerima dan menjadikan suara penyampai tidak dapat didengari secara jelas. Selain itu, gangguan semula jadi juga boleh berlaku semasa cuaca yang panas. Suhu yang tinggi akan membuatkan si penyampai dan penerima berada dalam keadaan yang tidak selesa. Sebagai contoh, taklimat yang diadakan di dataran terbuka dan pada cuaca yang terik. Ini seterusnya akan menyebabkan si pendengar tidak bersemangat dan tidak dapat menumpukan perhatian selama proses penyampaian maklumat berlangsung. Seterusnya, gangguan berbentuk tidak semula jadi pula seperti situasi yang tidak selesa. Misalnya, situasi yang terlalu ramai orang dan dalam keadaan yang sesak. Ini akan memberikan gangguan kepada kedua-dua, penyampai dan penerima menyebabkan mesej tidak dapat disampaikan sepenuhnya. Namun, halangan ini bergantung kepada si penyampai sama ada mereka mampu atau tidak untuk mengawalnya.


AYUNNI BAIDURI Intihannya, halangan ini perlulah dikenal pasti dengan baik oleh si penyampai agar dapat bersedia dan proses penyampaian maklumat berjalan dengan lancar. HALANGAN BAHASA Lain daripada itu, berlaku juga halangan bahasa dalam sesetengah proses komunikasi. Halangan bahasa merupakan halangan yang berlaku akibat loghat dan dialek bahasa yang digunakan oleh penyampai yang membuatkan penerima tidak mampu untuk memahami apa yang hendak disampaikan. Ini mungkin berlaku apabila orang yang berlainan negeri cuba untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Sebagai contoh, dialek yang digunakan oleh orang Kelantan. Sesetengah orang dari negeri yang berbeza tidak dapat memahami apa yang diujarkan oleh orang Kelantan kerana terdapat perkataan berbeza yang digunakan dalam dialog perbualan mereka. Kesesuaian laras bahasa juga adalah sangat penting untuk diambil kira samasa inign berkomunikasi. Si penyampai perlulah menganalisis dahulu golongan yang menjadi target untuk menyampaikan seseuatu maklumat. Tamsilnya, apabila hendak berkomunikasi dengan golongan kanak-kanak, laras bahasa yang harus digunakan adalah laras bahasa rendah agar mudah difahami dan menarik minat kanak-kanak untuk mendengarnya. HALANGAN DALAM KOMUNIKASI DAN CARA MENGATASINYA


AYUNNI BAIDURI Konklusinya, si penyampai haruslah peka dengan siapa yang menjadi target pendengar dan menyesuaikan teks ucapan atau pertuturan agar tidak menimbulkan kekeliruan kepada si pendengar. Ini juga akan membantu pendengar untuk lebih memahami mesej dan maklumat yang disampaikan. HALANGAN FISIOLOGI Dalam pada itu, terdapat juga halangan dalam komunikasi yang disebabkan oleh halangan fisiologi. Halangan fisiologi ialah halangan yang disebabkan oleh gangguan kesihatan secara fizikal yang memberi kesan kepada penyampai mahupun penerima. Sebagai contoh, penerima merupakan seorang yang mempunyai masalah pendengaran, maka penerima tidak boleh mendengar dengan jelas apa yang disampaikan oleh penyampai jika suara penyampai tidak jelas ataupun berada dalam situati yang riuh-rendah. Selain, pandangan yang kurang jelas juga akan memberikan gangguan semasa berkomunikasi. Ini kerana, bagi seseorang yang mempunyai masalah rabun, mereka akan lebih fokus untuk melihat apa yang didepan mereka berbanding mendengar apa yang disampaikan kepada mereka. Jadi, ini akan menganggu perhatian mereka untuk tidak fokus semasa mendengar. Bukan itu sahaja, mereka yang mempunyai masalah kesihatan akan lebih cenderung untuk membuat kesalahan semasa membaca. HALANGAN DALAM KOMUNIKASI DAN CARA MENGATASINYA


AYUNNI BAIDURI Oleh itu, mereka akan salah dalam mentafsir apa yang disampaikan kepada mereka. Secara tuntas, masalah fisiologi merupakan masalah yang juga boleh diatasi agar proses komunikasi dapat dilakukan secara berkesan dan dapat memberi manfaat kepada keduadua pihak, penyampai dan penerima. HALANGAN DALAM KOMUNIKASI DAN CARA MENGATASINYA CARA MENGATASI Komunikasi yang berkesan hendaklah kurang dari masalah dan ralat semas penyampaian. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah dan halangan yang dihadapi agar komunikasi berlaku dengan lancar. MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI DAN TETAP TENANG Cara yang pertama ialah dengan meningkatkan keyakinan diri dan tetap tenang dalam pelbagai situasi. Untuk meningkatkan keyakinan diri, penyampai boleh melakukan persedian sebelum memulakan ucapan. Sebagi contoh, menulis apa yang ingin disampaikan agar ucapan menjadi lebih tersusun dan tidak terlepas pandang butiran-butiran yang penting. Selain itu, penyampai boleh juga membuat carian dan rujukan tentang apa yang ingin disampaikan agar dapat menambah lebih banyak ilmu untuk disampaikan kepada pendengar. Dengan ini, penyampai akan lebih berasa yakin dari segi mental dan fizikal kerana maklumat yang ingin disampaikan adalah lengkap.


HALANGAN DALAM KOMUNIKASI DAN CARA MENGATASINYA AYUNNI BAIDURI BERFIKIRAN POSITIF Seterusnya, penyampai mahupun penerima hendaklah berfikiran positif dan terbuka. Hal ini kerana, fikiran yang positif akan mempengaruhi personaliti seseorang itu. Sebagai contoh, penerima hendaklah berfikiran positif semasa mendengar ucapan dari penyampai dan tidak merendahkan apa yang hendak disampaikan oleh penyampai. Ini secara tidak langsung akan memberikan suasana yang lebih selesa kepada kedua-dua pihak, pendengar dan penyampai. MENCARI INISIATIF YANG SESUAI Si penyampai hendaklah peka dengan keadaan dan situasi semasa hendak menyampaikan hujah. Jika hujah disampaikan kepada khalayak yang ramai, maka hendaklah si penyampai menggunakan bantuan pembesar suara agar suara dapat didengari oleh semua. Selain itu, jika berhadapan dengan masalah cuaca yang terik, penyampai mungkin boleh mengambil inisiatif untuk mencari tempat yang selesa bukan sahaja kepada penyampai malah kepada penerima juga.


MENGGUNAKAN BAHASA STANDARD Bahasa yang digunakan semasa menyampaikan maklumat hendaklah menggunakan bahasa yang standard agar tidak menimbulkan kekeliruan dan membantu si penerima memahami apa yang hendak disampaikan dengan baik. Laras bahasa yang digunakan juga hendaklah bersesuaian dengan kategori umur dan golongan si penerima. Sebagai contoh laras bahasa yang digunakan semasa menyampaikan ucapan kepada orang atasan adalah formal dan standard supaya dapat menonjolkan profesionalisme dan menghasilkan komunikasi yang berkesan. MENGGUNAKAN ALAT BANTUAN Bagi sesetengah individu yang mempunyai masalah fisiologi boleh menggunakan alat bantuan semasa berkomunikasi. Misalnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran boleh menggunakan alat bantuan pendengaran seperti yang disarankan oleh doktor. Alat ini adalah bertujuan untuk membantu si pemakai mendengar apa yang disampaikan dengan lebih jelas. HALANGAN DALAM KOMUNIKASI DAN CARA MENGATASINYA AYUNNI BAIDURI


KESIMPULAN Kesimpulannya, si penyampai dan penerima hendaklah mengenal pasti cabaran yang mungkin atau bakal dihadapi semasa komunikasi supaya setiap halangan dapat diatasi dengan baik dan meningkatkan lagi keberkesanan komunikasi. HALANGAN DALAM KOMUNIKASI DAN CARA MENGATASINYA AYUNNI BAIDURI


HALANGAN DALAM KOMUNIKASI DAN CARA MENGATASINYA AYUNNI BAIDURI RUJUKAN (2023). Coursehero.com. https://www.coursehero.com/file/60452843/HALANG AN-DALAM-KOMUNIKASI-REPORTdocx/ Ahmad, J. (2022, December 8). Halangan kepada komunikasi berkesan dalam organisasi | UTM NewsHub. https://news.utm.my/ms/2022/12/halangan-kepadakomunikasi-berkesan-dalam-organisasi/ (2022). Coursehero.com. https://www.coursehero.com/file/92421441/Halangan -dalam-Komunikasidocx/ Carian Umum. (n.d.). Prpm.dbp.gov.my. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1? keyword=komunikasi&d=175768&


Click to View FlipBook Version