MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47 ( 2021 )
SK ISMAIL (2), MUAR
PERSATUAN IBU BAPA - GURU, Telefon : 06-9522259
SEKOLAH KEBANGSAAN ISMAIL ( 2 ),
JALAN TUNKU BENDAHARA,
84000 MUAR, JOHOR.
Rujukan Kami : JBB 5031/100-9/4/1/( )
Tarikh : 1 OKTOBER 2021
Kepada
……………………………………………….
……………………………………………….
Tuan,
Jemputan Ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 47 SK Ismail ( 2 ), Muar
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 47 akan diadakan
seperti ketetapan berikut :
HARI : AHAD
TARIKH : 24 OKTOBER 2021
MASA : 2.45 PETANG
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING
PAUTAN : GOOGLE MEET
3. Pihak PIBG berbesar hati menjemput tuan/puan hadir bagi menunaikan
tanggungjawab sebagai ahli Persatuan.
4. Segala kerjasama tuan, kami dahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“Muafakat Membawa Berkat”
Yang menjalankan amanah,
( NORHAIDA BINTI SULAIMAN )
Yang DiPertua PIBG
SK Ismail (2), Muar
Sk.
1. PPD Muar
2. Guru Besar SK. Ismail (2) Muar
-2-
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47 ( 2021 )
SK ISMAIL (2), MUAR
TENTATIF PROGRAM
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -47
TARIKH : 24 OKTOBER 2021
MASA : 2.45 PETANG
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING (VIA GOOGLE MEET)
2.45 petang : Bacaan doa oleh Ustaz FADHIL Bin Mohd Amin
: Ucapan alu-aluan YDP
: Persembahan nyayian oleh
Muhammad Riffat Hafeezi Bin Saiful Bazlin (2A)
: Ucapan Guru Besar
: Persembahan sajak oleh
Muhammad Aidil Bin Kamal (4A)
: Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -47
1) Ucapan pengerusi
2) Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Agung PIBG
kali ke- 46
3) Membentang , menerima dan meluluskan penyata kewangan
berakhir Disember 2020
4) Membahaskan usul yang diterima
5) Ucapan penangguhan oleh YDP
6) Mesyuarat ditangguhkan
-3-
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47 ( 2021 )
SK ISMAIL (2), MUAR
UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
CIKGU NORHAIDA BINTI SULAIMAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera
Yang Berusaha lagi dihormati Tuan Guru Besar En Zulkefli Bin Abdullah, Barisan
pentadbir, guru-guru serta ibu bapa yang dikasihi sekalian.
Alhamdulilah dan bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana kita dapat
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 pada tahun ini. Sekali saya ingin
mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG kerana telah berjaya
menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG walaupun dalam keadaan norma baharu
serta dalam keadaan pandemik yang berlaku ini.
Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini adalah platform terbaik untuk ibu bapa
serta pihak sekolah bertemu bagi berkongsi idea dan pendapat untuk kejayaan
dan kecemerlangan sekolah.
Sekalung penghargaan dan Syabas kepada warga pendidik kerana
sentiasa bekerja keras demi memastikan kejayaan anak anak SID.
Permuafakatan ini hendaklah diteruskan dan dikekalkan demi untuk anak-
anak kita, demi misi KPM yang ingin melihat penglibatan ibu bapa yang aktif
melalui program sarana ibu bapa PIBG.
Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada ibu bapa dan warga SK Ismail (2)
kerana anda adalah nadi kejayaan SK Ismail (2). Tanpa anda semua, tidak mungkin
SK Ismail (2) sekarang berada di landasan kegemilangan dari segi akademik dan
kokurikulum. Terima kasih kepada semua pihak kerana kejayaan tidak datang
bergolek tanpa usaha dan pengorbanan.
Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama dan pemuafakatan kita
serta peranan PIBG akan menjadikan anak-anak kita sebagai seorang insan yang
berilmu dan cemerlang seterusnya akan menjadi rakyat yang berjasa kepada
agama, bangsa dan negara yang tercinta.
Terima Kasih.
#staysafe
#kitajagakita
-4-
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47 ( 2021 )
SK ISMAIL (2), MUAR
UCAPAN GURU BESAR
CIKGU ZULKEFLI BIN ABDULLAH
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Yang dihormati Yang Dipertua PIBG Pn. Norhaida Binti Sulaiman, Naib Yang Dipertua PIBG,
Barisan AJK PIBG, guru-guru serta ibubapa yang dirahmati Allah .
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin NYA buat pertama kalinya kita
berkumpul secara maya bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 pada tahun
ini. Sekali lagi pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang dapat
hadir pada mesyuarat kali ini. Peranan dan tanggungjawab PIBG amat penting terutama
dalam bidang akademik dan kokurikulum murid-murid. Saya yakin dan percaya bahawa
kemajuan sesebuah sekolah adalah terletak di atas kekuatan dan peranan PIBG. Justeru,
sokongan padu PIBG amat diperlukan dalam menjayakan setiap program sekolah.
Gandingan PIBG dan pihak sekolah diharapkan dapat memberi kesan positif dan manfaat
yang besar kepada masa depan murid-murid SID.
Pihak sekolah mengucapkan setinggi terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa
memainkan peranan membantu dan mendidik anak anak dalam PdPR bagi memastikan
setiap tugasan yang diberikan dapat diselesaikan dengan baik. Keprihatinan dan
pemantauan rapi daripada ibu bapa amat diperlukan dalam membantu perkembangan
pelajaran anak-anak . Kedua-dua pihak haruslah sederap langkah dan berganding bahu
agar prestasi anak-anak dapat dipertingkat. Pihak sekolah sentiasa bersikap terbuka dan
berfikiran positif serta rasional sekiranya ibu bapa menghadapi sebarang permasalahan
berkaitan masalah pembelajaran anak-anak di sekolah.
Akhir kata, saya amat berharap ukhuwah antara dua pihak terjalin erat dan bagai isi
dengan kuku demi kecemerlangan anak-anak murid di SID. Semoga Sekolah Ismail (2),
terus unggul dan cemerlang dalam semua aspek pendidikan.
Sekian, terima kasih.
#staysafe
#kitajagakita
-5-
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47 ( 2021 )
SK ISMAIL (2), MUAR
SENARAI AJK PIBG
SESI 2020 / 2021
PENASIHAT : EN. ZULKEFLI BIN ABDULLAH
YANG DIPERTUA : PN. NORHAIDA BINTI SULAIMAN
NAIB YANG DIPERTUA : EN. MOHD IZWAN BIN JOHARI
SETIAUSAHA : PN. RUHAIZAH BINTI AHMED
BENDAHARI : EN. MOHD YATIM BIN OTHMAN
AJK IBU BAPA :
1. DOKTOR HAIRIAH BINTI ABAS
2. PN. NORSHEILA BINTI HJ OTHMAN
3. PN. ANA MARLINA BINTI MANAP
4. PN. VIANI BINTI LUKIN
5. EN. MOHD RIZAL BIN ABD RAZAK
6. EN. MOHD ALI BIN ABD HAMID
AJK GURU :
1. EN. KHAIRUDIN BIN OMAR
2. EN. MOHD YAZRI BIN ABU BAKAR
3. PN. HJH ALIZA BINTI HJ PUNIRAN
4. PN. SITI HAJAR BINTI MOHD NAZIR
PEMERIKSA KIRA-KIRA :
1. PN. AZIAH BINTI ZAINUDDIN
2. PN. SITI NOR FARADILLA BINTI MOHAMED
-6-
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47 ( 2021 )
SK ISMAIL (2), MUAR
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 47
DEWAN GEMILANG
SK ISMAIL (2), MUAR
JAWATANKUASA PENGELOLA
PENASIHAT : EN. ZULKEFLI BIN ABDULLAH
PENGERUSI : PN. NORHAIDA BINTI SULAIMAN
NAIB PENGERUSI : EN. MOHD IZWAN BIN JOHARI
SETIAUSAHA : PN. RUHAIZAH BINTI AHMED
BENDAHRI : EN. MOHD YATIM BIN OTHMAN
BACAAN DOA
EN. FADHIL BIN MOHD AMIN
TEKNIKAL DAN MULTIMEDIA
EN. MUHAMMAD HISHAMUDDIN BIN ABD JABAR
PENGACARA MAJLIS
PN. HJH ALIZA BINTI HJ PUNIRAN PP
PEJDIUFJFJFNVJVMPN
PENCATAT MINIT MESYUARAT
PN. NORSHEILA BINTI OTHMAN
PN. VIANI BINTI LUKIN
-7-
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47 ( 2021 )
SK ISMAIL (2), MUAR
SEKOLAH KEBANGSAAN ISMAIL (2), MUAR
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 46 TAHUN 2020
Tarikh : 8 Mac 2020
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Gemilang Sekolah Kebangsaan Ismail (2), Muar
Pengerusi : PUAN NORHAIDA BINTI SULAIMAN
Kehadiran : 68 ORANG
1 PERUTUSAN PENGERUSI
Puan Norhaida Binti Sulaiman selaku Yang Dipertua PIBG mengucapkan
kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dapat berkumpul bagi menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 46 bagi tahun 2020. Beliau melahirkan kesyukuran
kerana ini merupakan tahun pertama beliau menerajui PIBG Sk Ismail (2), beliau
juga mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada semua ibu bapa, penjaga dan
guru-guru yang hadir dalam mesyuarat pada tahun ini bagi memenuhi tuntutan kita
sebagai ahli Persatuan Ibu bapa dan Guru serta kerjasama yang terbaik dari semua
pihak untuk kecemerlangan sekolah.
2 MENERIMA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE 45
Dibentangkan oleh Pn. Ruhaizah Binti Ahmed ( Setiausaha)
Cadangan untuk disahkan oleh En.Mohd Izwan Bin Johari
Disokong untuk disahkan oleh Pn. Noraziah Binti Abdullah
Keputusan – Mesyuarat sebulat suara menyokong.
3 PERKARA BERBANGKIT
Tiada
4 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN PIBG 2019
Dibentangkan oleh Pn. Ruhaizah Binti Ahmed ( Setiausaha)
Cadangan untuk disahkan oleh Pn. Aziah Binti Zainuddin
Disokong untuk disahkan oleh Pn. Siti Hajar Binti Md Nasir
Keputusan – Mesyuarat sebulat suara menyokong.
5 MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN
PIBG BERAKHIR DISEMBER 2019
Dibentangkan oleh En Mohd Yatim Bin Othman ( Bendahari )
Cadangan untuk diterima dan diluluskan oleh Pn. Aminah Binti Md Nasir
Disokong untuk diterima dan diluluskan oleh Pn. Siti Nor Faradilla Binti
Muhammad
Keputusan - Mesyuarat menerima sebulat suara tanpa bahas.
-8-
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47 ( 2021 )
SK ISMAIL (2), MUAR
.
6. MEMBAHASKAN USUL
A) Usul yang diterima tanpa bahas :
6.1 Puan Norhaida Binti Sulaiman
6.1.1) Ibubapa yang menghantar anak perlu melintaskan sendiri anak
masing -masing sehingga ke pintu pagar.
6.1.2) Tidak meletakkam kereta di laluan ibubapa menurunkan anak-
anak yang menyebabkan kesesakan lalu lintas.
6.1.3) Mengosongkan kawasan parking di antara tempat menunggu bas
SID dengan SKPK.
B) Usul yang diterima dengan bahas :
6.2 En. Mohd Izwan Bin Johari
Cadangan Sumbangan PIBG RM40 satu keluarga dikekalkan.
Keputusan : Mesyuarat menerima sebulat suara sumbangan
PIBG RM 40 satu keluarga dikekalkan.
6.3 Puan Nor Sheila Binti Hj Othman
Cadangan penubuhan Kelab Zapin SK Ismail (2), Muar
Tujuannya agar Kelab Zapin ini mempunyai pelapis, mudah
berkembang luas dan dapat mencari dana dengan mudah dengan
mengadakan serta menerima persembahan dari luar.
Murid-murid zapin akan diserap dalam Kelab Kebudayaan Sekolah.
Usul diterima sebulat suara untuk dilaksanakan
6.4 Puan Norhaida Binti Sulaiman
Cadangan Penubuhan Kelab Sokongan Ibubapa di setiap kelas
( Sarana PIBG ) secara rasmi untuk membantu menceriakan kelas
dan menjadi sukarelawan ko akademik sekolah atau kebudayaan dan
akademik tanpa mengganggu PdPc.
GB : mengalu-alukan ibubapa yang mempunyai kemahiran tinggi
selain pengajaran untuk hadir membantu dan memberi pandangan.
Usul diterima sebulat suara untuk dilaksanakan
6.5 Puan Norhafizah Binti Syofiyan
Cadangan untuk mengecat bangunan sekolah dan memperbaiki
pagar sekolah sekiranya memperolehi sumbangan yang mencukupi.
En Ahmad Rashid ( mantan YDP PIBG ) mencadangkan agar
Membuat Program Infaq Cat setiap keluarga Rm30
Usul diterima sebulat suara untuk dilaksanakan
-9-
: MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47 ( 2021 )
7. SK ISMAIL (2), MUAR
HAL- HAL LAIN
7.1 En Fadhil Bin Mohd Amin :
Mencadangkan Penubuhan Kelab Silat dalam Unit Beruniform
Sekolah
Puan Halimahtun (PK KOKO) :
Tidak bersetuju kerana murid SID tidak ramai hanya 99 orang
sahaja yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum.
GB :
Membenarkan murid-murid Silat untuk memakai uniform Silat
setiap hari Rabu minggu kedua dan keempat.
7.2 En Mohd Razi Bin Matsirat :
Mencadangkan pembelian 2 helai baju pantul cahaya untuk
Pengawal keselamatan.
Sehelai telah ditaja oleh ibubapa dan sehelai lagi mohon PIBG
Untuk menaja.
PIBG bersetuju untuk menaja baju pantul cahaya.
7.3 En. Khairudin Bin Omar :
Mencadangkan Kutipan Lembaran Kerja setiap murid RM40
dikekalkan.
Mesyuarat sebulat suara menerima untuk dikekalkan bayaran
tersebut.
8. UCAPAN PENANGGUHAN
Ydp mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran ibubapa pada hari
ini kerana dapat berbincang secara muafakat untuk mengetahui kebenaran sesuatu
perkara yang dibincangkan. YDP mengharapkan kerjasama yang baik antara PIBG,
Ibubapa dan sekolah demi kecemerlangan dan kejayaan anak-anak.
Ydp juga mengumumkan pelantikan ahli jawatankuasa kalangan ibubapa yang
baru untuk menggantikan En Ridhauddin dan Doktor Hairiah yang telah memberi
surat letak peletakkan jawatan iaitu Puan Viani.
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 46 ditangguhkan pada jam 12.35 tengahari.
Disediakan oleh , Disemak oleh,
( RUHAIZAH BTE AHMED (NORHAIDA BINTI SULAIMAN )
Setiausaha Yang Di Pertua
Persatuan Ibubapa dan Guru Persatuan Ibubapa dan Guru
Sk Ismail (2), Muar SK Ismail (2), Muar
- 10 -
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47 ( 2021 )
SK ISMAIL (2), MUAR
PEMBENTANGAN USUL
A) USUL DITERIMA DENGAN BAHAS
OLEH : PN NORHAFIZAH BINTI SYOFIYAN
ANAK : MUHAMMAD AFIF HANNAN BIN MOHD ZULHAIRE (1A)
Teruskan dengan cadangan yang pernah diusulkan pada sesi lepas
untuk mengutip wang sumbangan ibu bapa bagi mengecat sekolah
untuk persekitaran yang lebih kondusif dan menaikkan tembok pagar
sekolah yang kukuh untuk keselamatan murid SID.
B) USUL DITERIMA TANPA BAHAS :
OLEH : PN VIANI BINTI LUKIN
ANAK : MUHAMMAD IZZ ZAHWAN BIN ROYDIN (2A)
Pemakaian tali leher untuk semua murid tidak kira murid berjawatan atau
tidak berjawatan untuk memudahkan anak anak menghadapi
persekitaran alam persekolahan yang lebih tinggi (membiasakan diri
untuk menguruskan diri sendiri).
OLEH : PN NORAZURA BINTI SUDIN
ANAK : MUHAMMAD RAYYAN HIJAZI BIN SAIFUL BAZLIN (5A)
Diberikan penghargaan kepada murid yang berjaya menghadiri sesi
PdPR tanpa gagal dan hasil tugasan terbaik turut diberikan
penghargaan,mungkin boleh dibuat secara bulanan. Tidak perlulah
diberikan hadiah yang mahal,cukuplah sekadar sijil penghargaan
sahajauntuk menghargai dan menggembirakan hati anak anak.
- 11 -
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47 ( 2021 )
SK ISMAIL (2), MUAR
SENARAI GURU DAN AKP
SEKOLAH KEBANGSAAN ISMAIL (2), MUAR
TAHUN 2021
BIL NAMA GURU DAN KAKITANGAN JAWATAN
1. EN. ZULKEFLI BIN ABDULLAH GURU BESAR
2. EN. NORHASINI BIN ISHAK PK PENTADBIRAN
3. EN. KAMAL BIN AHMAD
4. EN. MUHAMAD SHAHRIZAN BIN BASAR PK HEM
5. TN. HJ. HUSSEINI BIN AHMAD PK KOKURIKULUM
6. PN. HJH. ALIZA BTE PUNIRAN GURU AKADEMIK BIASA
7. EN. ABD. HALIM BIN ABD. AZIZ GURU AKADEMIK BIASA
8. PN. SITI ZAMALIAH BTE JUKIM GURU AKADEMIK BIASA
9. PN. RUHAIZAH BTE AHMED GURU AKADEMIK BIASA
10. EN. MOHD YAZRI BIN ABU BAKAR GURU AKADEMIK BIASA
11. PN. SITI HAJAR BTE MOHD NAZIR GURU AKADEMIK BIASA
12. EN. KHAIRUDIN BIN OMAR GURU AKADEMIK BIASA
13. PN. AZURA BINTI SAADON GURU AKADEMIK BIASA
14. EN. ISMADI BIN SUDIN GURU AKADEMIK BIASA
15. PN. UMA DEVI A/P RAJOO GURU AKADEMIK BIASA
16. EN. FADHIL BIN MOHD AMIN GURU AKADEMIK BIASA
17. EN. MOHD YATIM BIN OTHMAN GURU AKADEMIK BIASA
18. EN. MUHAMMAD HISHAMUDDIN BIN ABD JABAR GURU AKADEMIK BIASA
19. PN. AZIRA NUR NADIAH BINTI MD ESA GURU AKADEMIK BIASA
20. EN. MOHD SOFIAN BIN MD NOH GURU AKADEMIK BIASA
GURU AKADEMIK BIASA
KAKITANGAN BUKAN GURU PEMBANTU TADBIR
1.
2. PN ZANARIAH BTE ABD SAMAD PEMBANTU OPERASI
PEMBANTU PENGURUSAN
3. PN. MASRINAAIZA BTE SARMUN
MURID
- 12 -
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47 ( 2021 )
SK ISMAIL (2), MUAR
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada:
CIKGU ZULKEFLI BIN ABDULLAH
(Guru Besar)
CIKGU NORHAIDA BINTI SULAIMAN
(YDP PIBG)
EN MOHD IZWAN BIN JOHARI
(NYDP PIBG)
CIKGU NORHASINI BIN ISHAK
(Guru Penolong Kanan 1)
CIKGU KAMAL BIN AHMAD
(Guru Penolong Kanan HEM)
CIKGU MUHAMAD SHAHRIZAN BIN BASAR
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
Guru-guru dan Kakitangan SK Ismail(2), Muar
AJK PIBG SESI 2020/2021
Ibubapa / Penjaga
serta semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak secara
langsung dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47
Tahun 2021
- 13 -
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47 ( 2021 )
SK ISMAIL (2), MUAR
-1-