ATUR CARA PROGRAM SAHSIAH UNGGUL MURID TERBILANG
07.30 pagi : Bacaan Surah Yasin
07 :50 pagi : Bacaan Doa
Ucapan Pengerusi Majlis
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan dan Lagu Sekolah
Bacaan Ikrar Murid
Makluman ringkas mengenai Program Sahsiah Unggul
Murid Terbilang – Cikgu Aida
Tazkirah Sahsiah dari sudut agama (5 minit) – Ustaz Mustaffa
Demonstrasi Amalan Nilai Murni oleh wakil murid – Cikgu Rozaihan
Ucapan dan Perasmian Program oleh Tuan Guru Besar
Penyampaian hadiah kepada murid yang hadir awal ke sekolah
Penutup / Bersurai / Iringan lagu “Budi Bahasa
RASIONAL
Pelaksanaan Program Sahsiah di sekolah adalah sebagai salah satu program yang dapat memberi
pendedahan dan galakan kepada murid untuk sentiasa menunjukkan tingkah laku yang baik tidak
kira walau di mana sahaja berada sama ada di dalam kawasan sekolah atau di luar kawasan
sekolah. Program pembangunan sahsiah dan nilai murni ini perlu disemai dari kecil supaya dapat
dijadikan contoh tauladan kepada murid lain dan dapat mengurangkan kes disiplin di sekolah.
OBJEKTIF
1. Melahirkan murid SKKTEM yang berakhlak mulia, berdisiplin dan dan berketerampilan.
2. Penghargaan kepada murid-murid yang sentiasa menunjukkan akhlak dan disiplin yang baik
3 .Mendorong murid SKKTEM untuk menyemai nilai akhlak yang baik di dalam diri mereka.
4. Sebagai salah satu medium pembentukan modal insan cemerlang aspirasi negara di masa
hadapan.
JAWATANKUASA PROGRAM SAHSIAH UNGGUL MURID TERBILANG
TAHUN 2022
JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi
Cg Nor Azlin bin Mohamed @ Ibrahim(Guru Besar)
Naib.Pengerusi
Cg Mohd Arif Farihan bin Azih (GPK HEM)
Naib Pengerusi I
Cg Zulaini binti Abdul Rahman (GPKP)
Naib Pengerusi II
Cg Faeiz bin A.Rahman (GPK Kokurikulum)
Setiausaha HEM
Cg Nur Azura @ Raihanah binti Ibrahim
Penyelaras Program
Cg Aida binti Mohd
Setiausaha Program
Cg Rozaihan binti Zakaria
JAWATANKUASA KERJA
Pengacara Majlis
Cg Nur Azura @ Raihanah binti Ibrahim
Bacaan Doa
Ustaz Usop bin Awang
Tempahan Bunting
Cg Aida binti Mohd
Hadiah Murid
Cg Aida binti Mohd
Cg Norazura @ Raihanah binti Ibrahim
Buku Program
Cg Sapeni bint iAbdullah @ Sulong
Demonstrasi Murid
Cg Rozaihan binti Zakaria
Tazkirah 5 Minit Sahsiah (Agama)
Ustaz Mustaffa Bakari bin Mohd
Jurufoto
Cg Nashruddin bin Hamzah
Cg Norazlina binti Hamzah
Dokumentasi / Kertas Kerja
Cg Aida binti Mohd
PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI MURID
MURID UNGGUL SAHSIAH TERBILANG
Murid yang bertanggungjawab,menepati masa dan berdisiplin.
Mengamalkan sikap memberi salam dan mengucapkan terima kasih.
Sentiasa menghormati guru, warga sekolah dan rakan-rakan.
Membantu rakan-rakan dalam pelajaran.
Sentiasa menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru.
Tidak mengganggu rakan.
Tidak melanggar disiplin dan peraturan sekolah.
Berpenampilan kemas dan bersih
Mempunyai daya kepimpinan, ketrampilan diri dan berkeyakinan tinggi.
Bahasa pertuturan yang sopan dan beradab.
Tidak mengejek atau menggelarkan rakan dengan nama yang tidak elok.
Menjaga tingkah laku di khalayak umum.
Tidak ponteng sekolah dan kelas.
Tidak membuat bising di dalam kelas, perhimpunan dan majlis rasmi sekolah.
Mendapat pujian lisan dari guru-guru mata pelajaran.
Sentiasa memanfaatkan masa dengan aktiviti atau perkara yang berfaedah.
.
SEKALUNG PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH
KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT MENJAYAKAN
PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DAN
DISIPLIN MURID
SAHSIAH UNGGUL MURID TERBILANG
SK KOMPLEKS TEMBESU
TAHUN 2022.