The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Menghuraikan maklumat semantik melalui kamus bergambar.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ibnuhamka295, 2025-11-16 17:56:56

Perkaitan Makna dalam Semantik

Menghuraikan maklumat semantik melalui kamus bergambar.

SemantikNama: Ibnu Hamka bin AziziKelas: PT1S1-8Tugasan 2 : PenghasilanProdukNama Pensyarah : EncikZainuddin bin WahonoPerkaitan Makna dalam1


Isi KandunganPenghargaan……………….3Definisi Semantik…………4Perkaitan Makna………….5Sinonim……………………….6Antonim……………………….8Hiponim……………………...10Homonim……………………12Homograf……………….13Homofon……….………..13Polisem……………….……..14Mironim……………….…….16Rujukan……………..……....18Refleksi…………..………….192


Saya Ibnu Hamka bin Azizi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasihkepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan dorongan sepanjang sayamenyiapkan tugasan kedua bagi subjek Pengantar Bahasa Melayu berkod kursus BMMB3333. Pertama sekali, jutaan terima kasih saya tujukan kepada keluarga tercinta yang sentiasamenjadi sumber kekuatan dan inspirasi. Sokongan moral, doa yang tidak putus-putus, sertakasih sayang yang diberikan amat saya hargai dan menjadi pemangkin semangat dalammenempuh cabaran akademik.Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu,berkongsi idea, dan memberikan dorongan sepanjang proses pembelajaran. Kerjasama dansemangat setiakawan yang ditunjukkan amat bermakna buat saya. Akhir sekali, saya inginmerakamkan penghargaan kepada Encik Zainuddin bin Wahono yang telah membimbingdan memberikan tunjuk ajar dengan penuh dedikasi. Ilmu dan nasihat yang diberikansangat berharga dalam memperkukuh pemahaman saya terhadap subjek ini.Penghargaan3


Apakah itu Semantik?4


Perkaitan MaknaSemantikDalam semantik, perkaitan maknamerujuk kepada hubungan antarakata, frasa atau ayat berdasarkanmakna yang dikongsi ataudibezakan. Hubungan inimembantu kita memahamibagaimana makna dibentuk,ditafsir dan digunakan dalamkomunikasi. 5


SinonimSinonim merujuk kepada dua atau lebihperkataan yang mempunyai makna yanghampir sama, walaupun tidak semestinyasetara 100% dalam semua konteks (Lyons,1995). Dalam linguistik semantik, sinonimdikaji untuk memahami bagaimana variasibahasa digunakan untuk memperhalusmakna, meluahkan emosi, dan kesesuaiankonteks.6


Sinonim7


AntonimAntonim ialah dua perkataan yang mempunyaimakna bertentangan. Hubungan ini membantukita memahami perbezaan makna dalam bahasa,memperjelas konsep yang berlawanan, danmemperkaya komunikasi. Menurut Prof. EmeritusDatuk Dr. Nik Safiah Karim, antonim merupakansebahagian daripada hubungan makna yangpenting dalam bahasa Melayu kerana iamembantu memperkayakan wacana danmenegaskan perbezaan makna dalam komunikasi(Nik Safiah Karim, 2025 )8


AntonimImbas kod qr atau Masukkan Kod 3760 8794 di Quizizz untuk menjawab soalan di Quizizz Imbas kod qr atau Masukkan Kod 3760 8794 di Quizizz untuk menjawab soalan di Quizizz9


Hiponim ialah perkataan yang lebih khusus danberada di bawah kategori makna yang lebih umum.Perkataan umum dipanggil hiperonim, manakalaperkataan khusus di bawahnya dipanggil hiponim.Hubungan ini menunjukkan adanya hierarki maknadalam bahasa yang membantu kita memahamiperbezaan dan persamaan antara kata.Hiponim ialah perkataan yang lebih khusus danberada di bawah kategori makna yang lebih umum.Perkataan umum dipanggil hiperonim, manakalaperkataan khusus di bawahnya dipanggil hiponim.Hubungan ini menunjukkan adanya hierarki maknadalam bahasa yang membantu kita memahamiperbezaan dan persamaan antara kata.HiponimMenurut Chaer, hubungan hiponim dan hiperonim menggambarkan adanya kelasbawahan dan kelas atasan dalam semantik. Hal ini penting kerana ia memperjelasstruktur makna dan memudahkan pemahaman sistem bahasa (Chaer, 2013).Menurut Chaer, hubungan hiponim dan hiperonim menggambarkan adanya kelasbawahan dan kelas atasan dalam semantik. Hal ini penting kerana ia memperjelasstruktur makna dan memudahkan pemahaman sistem bahasa (Chaer, 2013).Contoh :Buah (hiperonim)epal (hiponim)Contoh :Buah (hiperonim)epal (hiponim)10


HiponimImbas kod qr atau Masukkan Kod 0368 9176 di Kahoot untuk menjawab soalan di Kahoot Imbas kod qr atau Masukkan Kod 0368 9176 di Kahoot untuk menjawab soalan di Kahoot11


HomonimHomonim ialah kata yang sama bentuk atau bunyi tetapi berbeza makna, danhal ini boleh menimbulkan kekeliruan jika konteks tidak jelas. MenurutFarizah Hashim, Nur Farahkhanna Mohd Rusli, dan Anida Sarudin (2025),analisis homonim dalam buku teks Bahasa Melayu menunjukkan bahawahomonim sering menimbulkan ketaksaan makna dalam kalangan muridsekolah rendah (Farizah Hashim et al. 2025) . Mereka menegaskan bahawapemahaman konteks ayat sangat penting untuk mengelakkan salah tafsir,kerana homonim boleh membawa lebih daripada satu makna bergantungpada penggunaannya.Homonim ialah kata yang sama bentuk atau bunyi tetapi berbeza makna, danhal ini boleh menimbulkan kekeliruan jika konteks tidak jelas. MenurutFarizah Hashim, Nur Farahkhanna Mohd Rusli, dan Anida Sarudin (2025),analisis homonim dalam buku teks Bahasa Melayu menunjukkan bahawahomonim sering menimbulkan ketaksaan makna dalam kalangan muridsekolah rendah (Farizah Hashim et al. 2025) . Mereka menegaskan bahawapemahaman konteks ayat sangat penting untuk mengelakkan salah tafsir,kerana homonim boleh membawa lebih daripada satu makna bergantungpada penggunaannya.12


Jenis- jenis HomonimHomofonPerkataan yang sama sebutan,tetapi ejaan berbeza dan maknajuga berbeza.Contoh :bang (abang)bank (institusi kewangan)HomofonPerkataan yang sama sebutan,tetapi ejaan berbeza dan maknajuga berbeza.Contoh :bang (abang)bank (institusi kewangan)HomografPerkataan yang sama ejaan tetapisebutan berbeza dan membawamakna yang berbeza.Contoh :semak (belukar)semak (periksa)HomografPerkataan yang sama ejaan tetapisebutan berbeza dan membawamakna yang berbeza.Contoh :semak (belukar)semak (periksa)Imbas kod qruntuk mengetahuilebih lanjuttentang HomonimImbas kod qruntuk mengetahuilebih lanjuttentang Homonim13


Polisem ialah keadaan di mana satu perkataan mempunyai banyak makna,tetapi semua makna tersebut masih berkaitan dengan makna asas. Hubunganini menunjukkan fleksibiliti bahasa kerana kata yang sama boleh digunakandalam konteks berbeza tanpa kehilangan inti makna. Menurut Farizah Hashim,polisem dalam bahasa Melayu memperlihatkan bagaimana satu kata bolehmembawa pelbagai makna yang saling berkaitan. Beliau menegaskan bahawapemahaman terhadap polisem penting dalam pengajaran bahasa kerana iamembantu murid memahami makna kata berdasarkan konteks ayat, sekaligus mengurangkan kekeliruan semantik (Farizah, 2025).Polisem ialah keadaan di mana satu perkataan mempunyai banyak makna,tetapi semua makna tersebut masih berkaitan dengan makna asas. Hubunganini menunjukkan fleksibiliti bahasa kerana kata yang sama boleh digunakandalam konteks berbeza tanpa kehilangan inti makna. Menurut Farizah Hashim,polisem dalam bahasa Melayu memperlihatkan bagaimana satu kata bolehmembawa pelbagai makna yang saling berkaitan. Beliau menegaskan bahawapemahaman terhadap polisem penting dalam pengajaran bahasa kerana iamembantu murid memahami makna kata berdasarkan konteks ayat, sekaligus mengurangkan kekeliruan semantik (Farizah, 2025).Polisem14


KepalaKepala manusiaKepala airKepala paipKepalaKepala manusiaKepala airKepala paipContoh polisem15


Mironim ialah unit leksikal yang menerangkan komponen atau bahagiandaripada sesuatu benda. Jika X ialah sebahagian daripada Y, maka X adalahmeronim kepada Y. Hubungan ini menunjukkan struktur semantik yangmenekankan hubungan bahagian keseluruhan dalam bahasa. Awang Sariyandalam penulisan linguistik menegaskan bahawa hubungan semantik sepertisinonim, antonim, hiponim, dan mironim adalah asas penting dalam kajianbahasa. Beliau menyatakan bahawa mironim memperlihatkan bagaimanabahasa membina makna melalui hubungan bahagian dengan keseluruhan,contohnya roda sebagai mironim kepada kereta (Awang, 2019). Hubungan inibukan sahaja memperjelas makna, tetapi juga memperkukuh keupayaanbahasa untuk menggambarkan realiti dengan lebih tepat.Mironim ialah unit leksikal yang menerangkan komponen atau bahagiandaripada sesuatu benda. Jika X ialah sebahagian daripada Y, maka X adalahmeronim kepada Y. Hubungan ini menunjukkan struktur semantik yangmenekankan hubungan bahagian keseluruhan dalam bahasa. Awang Sariyandalam penulisan linguistik menegaskan bahawa hubungan semantik sepertisinonim, antonim, hiponim, dan mironim adalah asas penting dalam kajianbahasa. Beliau menyatakan bahawa mironim memperlihatkan bagaimanabahasa membina makna melalui hubungan bahagian dengan keseluruhan,contohnya roda sebagai mironim kepada kereta (Awang, 2019). Hubungan inibukan sahaja memperjelas makna, tetapi juga memperkukuh keupayaanbahasa untuk menggambarkan realiti dengan lebih tepat.Mironim16


Roda adalah sebahagian daripada keretaDahan adalah sebahagian daripada pokokContoh mironim17


Awang Sariyan. (2019). Memartabatkan linguistik dan pendidikan bahasa: Apa,mengapa dan bagaimana? In Norsofiah Abu Bakar, Radiah Yusoff, & Muhammad Zuhair Zainal(Eds.), Proceedings of Seminar Linguistik Bahasa dan Pendidikan (SLIBA 2019) (pp. 1–15).Universiti Sains Malaysia.Chaer, A. (2013). Linguistik umum. Jakarta: Rineka Cipta.Dewan Bahasa dan Pustaka. (2011). Apa itu semantik ?. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=semantik&d=175768&Farizah Hashim, et al. (2025). Analisis ketaksaan homonim dalam buku teks Bahasa Melayu (SK)murid tahun empat berdasarkan teori semantik kognitif. Jurnal Linguistik, 29(1), 59–79.Farizah Hashim (2025). Analisis ketaksaan homonim dan polisem dalam buku teks Bahasa Melayu(SK) murid tahun empat berdasarkan teori semantik kognitif. Jurnal Linguistik, 29(1), 59–79.Lyons, J. (1995). Linguistic semantics: An introduction. Cambridge University Press.Nik Safiah Karim. (2025). Pemikiran tokoh berkaitan sistem ejaan dan tatabahasa bahasa Melayu.https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/ahmad-bazli-bin-sautan/asas-tatabahasa-bahasamelayu-bmmb1084/pemikiran-tokoh-berkaitan-sistem-ejaan-dan-tatabahasa-bahasa-melayuRujukan18


Pembelajaran tentang hubungan makna dalam semantik seperti sinonim, antonim, hiponim,homonim, polisem dan mironim membantu saya memahami bahawa bahasa bukan sekadarhimpunan perkataan, tetapi satu sistem makna yang sangat teratur. Saya menyedari bahawasetiap konsep ini memainkan peranan penting dalam memperkayakan kefahaman sayaterhadap makna sesuatu perkataan. Contohnya, sinonim dan antonim membantu sayamemilih perkataan yang tepat dan berkesan, manakala hiponim membolehkan sayamengelaskan idea secara lebih tersusun. Dalam masa yang sama, homonim dan polisemmengingatkan saya bahawa konteks sangat penting untuk mengelakkan salah tafsir dalamkomunikasi.Selain itu, konsep mironim mengajar saya bahawa sesuatu makna juga boleh difahamimelalui hubungan bahagian dan keseluruhan, yang menjadikan pemahaman saya terhadapobjek atau konsep lebih mendalam. Secara keseluruhan, pembelajaran ini menjadikan sayalebih peka terhadap penggunaan bahasa, lebih yakin dalam menyampaikan makna, dan lebihkritis apabila menilai perbezaan atau persamaan antara satu perkataan dengan yang lain.Saya percaya pengetahuan tentang hubungan makna ini sangat penting untuk meningkatkankemahiran bahasa saya, terutamanya dalam penulisan dan pertuturan yang berkesanRefleksi19


SEKIANTERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version