The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by coerndkmm123, 2021-05-31 03:36:05

GARIS PANDUAN KIK

GARIS PANDUAN KIK

PROGRAM MATRIKULASI KPM
KALI PERTAMA
(KonPPI-1 2021)

KONVENSYEN PENYELIDIKAN, PLC DAN INOVASI
PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

(KonPPI-1)

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN KUMPULAN KREATIVITI & INOVASI
(KIK HB)

1. OBJEKTIF PERTANDINGAN KIK HB

Objektif Pertandingan KIK HB Konvensyen Penyelidikan, PLC dan Inovasi
Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia 2021 adalah untuk:

1.1 Memberi pengiktirafan kepada hasil inovasi yang diperkenalkan oleh
kumpulan-kumpulan KIK Program Matrikulasi dan KPM;

1.2 Memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara
bekerja yang diamalkan;

1.3 Memperkenalkan dan menyebarkan hasil-hasil inovasi yang boleh
dicontohi untuk faedah institusi yang lain; dan

1.4 Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan
kepada pelanggan.

2. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN KIK HB

2.1 Projek KIK hendaklah dihasilkan oleh warga kolej matrikulasi, kolej
tingkatan 6, IPG, asasi UA dan warga KPM.

2.2 Penyertaan hendaklah disahkan oleh Pengarah kolej.

2.3 Setiap kumpulan terdiri daripada seorang ketua, seorang fasilitator (tidak
wajib) dan 9 orang ahli.(maksima).

2.4 Projek KIK yang dihasilkan hendaklah memberi faedah yang jelas dari
segi meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi serta berpotensi
memberi faedah kepada Program matrikulasi.

2.5 Inovasi-inovasi berikut adalah TIDAK LAYAK untuk turut serta:

(i) Inovasi daripada hasil penyelidikan dan pembangunan atau R&D
yang tiada kaitan dengan peningkatan kualiti dan produktiviti
organisasi;

(ii) Inovasi yang berusia melebihi tiga (3) tahun dari tarikh ianya
diperkenalkan.

2.6 Peserta perlu mengisi Borang Penyertaan dengan lengkap. Rujuk Borang
Penyertaan di Lampiran A. Peserta perlu emelkan Borang Penyertaan ke
emel [email protected].

2.7 Kaedah penilaian akan dilaksanakan:
i. Pertandingan bersemuka

● Untuk secara bersemuka, peserta perlu menyediakan
Laporan Projek KIK dan menyediakan booth pameran.

● Penilaian secara lisan 80%. Peserta diberi masa TUJUH (7)
minit untuk berkongsi inovasi dan menyampaikan kepada
khalayak penonton dalam Bahasa Melayu secara sehala dan
DUA (2) minit untuk sesi soal jawab bersama juri.

● Tapak Pameran 20%. Penilaian tapak pameran akan
dijalankan di kawasan pameran yang telah ditetapkan. Setiap
kumpulan akan diberikan kawasan pameran bersaiz 2 kaki x 4
kaki dan sebuah meja dan kerusi sahaja. Tiada papan
pameran disediakan.

● Laporan perlu disimpan sebagai Nama Kumpulan diikuti
dengan Tajuk Projek. Peserta perlu emailkan Laporan Projek
KIK yang lengkap ke email yang akan diberikan nanti. Peserta
perlu membawa satu salinan laporan dalam bentuk hardcopy
untuk juri semasa pembentangan

ii. Pertandingan dalam talian (online)

● Kaedah secara virtual, peserta perlu menyediakan Video dan
Laporan Projek KIK. Durasi video 7 minit sahaja. Video perlu
disimpan sebagai Nama Kumpulan diikuti dengan Tajuk Projek.

● Peserta akan muat naik video di Channel YouTube dengan
tetapan Private dan Share to ke alamat email yang akan
diberikan nanti.

● Laporan perlu disimpan sebagai Nama Kumpulan diikuti
dengan Tajuk Projek. Peserta perlu emailkan Laporan Projek
KIK yang lengkap ke email [email protected].

3. KRITERIA PENILAIAN PERTANDINGAN KIK HB
Kriteria yang digunakan dalam proses penilaian dan pemilihan adalah seperti
berikut:

i. Latar belakang kumpulan * penglibatan pihak pengurusan
ii. Maklumat kumpulan (borang penyertaan) & Sokongan serta kelulusan

pihak pengurusan tertinggi
iii. Signifikan Pemilihan Projek
iv. Tindakan Penyelesaian
v. Keberhasilan Projek
vi. Potensi Pengembangan Inovasi

4. TATACARA PERMOHONAN

Peserta yang ingin menyertai pertandingan ini hendaklah menyempurnakan
tindakan-tindakan berikut:

i. Melengkapkan borang penyertaan dengan ditandatangani oleh
Setiausaha Bahagian/Ketua Jabatan/Agensi di Lampiran A.

ii. Menyediakan laporan projek inovasi dalam Bahasa Melayu yang
mengandungi perkara seperti yang dijelaskan di Lampiran B.

iii. Menyediakan video bagi peserta dalam talian (online).

iv. Proses Penilaian dan Pemilihan di Lampiran C.

v. Borang Penilaian di Lampiran D.

LAMPIRAN A

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN KIK HB
KONVENSYEN PENYELIDIKAN, PLC DAN INOVASI PENDIDIKAN

PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

5 - 7 OKTOBER 2021

1. Nama Kumpulan dan kolej :

2 Nama ketua Kumpulan :

No. Telefon :

Emel :

3. Nama Fasilitator :

4 Nama Projek :

5 Nama Ahli Kumpulan :

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

viii

ix

5 Pengesahan Ketua Jabatan/Agensi :

Saya mengesahkan bahawa hasil projek KIK seperti tajuk di atas adalah

hasil daripada kumpulan ini untuk dipertandingkan di Konvensyen

Penyelidikan, PLC dan Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi

Kementerian Pendidikan Malaysia Kali Pertama

Tandatangan :
Nama :
Cop Jawatan

Tarikh :

Untuk Kegunaan Urusetia

Tarikh diterima :

Catatan :

LAMPIRAN B

1. Laporan projek KIK hendaklah dihasilkan dalam Bahasa Melayu dan
mengandungi perkara-perkara berikut :

a. Borang penyertaan
b. Ringkasan Esekutif

Maksima 300 hingga 500 perkataan dan tidak melebihi dua (2) muka surat.
c. Perician Projek

Maksima 3000-5000 patah perkataan dan tidak melebihi 15 muka surat.
Lampiran yang disertakan tidak melebihi 30 muka surat.

Perincian projek merangkumi kriteria berikut:
i) Latar belakang Kumpulan
ii) Signifikan Pemilihan Projek
iii) Tindakan Penyelesaian
iv) Keberhasilan Projek
v) Potensi Pengembangan Inovasi

(Penerangan mengenai faedah perlu disokong dengan data dan bukti
yang nyata)

2. Satu (1) salinan laporan soft copy perlu dihantar untuk setiap satu projek inovasi
kepada Urusetia Panel Penilai ke alamat email akan diberikan nanti sebelum atau
pada 23 Julai 2021.

3. Format penulisan laporan inovasi adalah seperti berikut :
a. Jenis Font – Arial
b. Saiz Font – 11
c. Spacing multiple at 1.15

4. Video projek perlu di muatnaik pada 21 September 2021 di Channel YouTube
dengan tetapan Private dan Share to ke alamat emel yang akan diberikan

LAMPIRAN C

i. Peringkat Pertama : Tapisan oleh Pihak Urusetia

Semua permohonan yang diterima akan dibuat tapisan di peringkat urusetia untuk
memastikan permohonan memenuhi syarat-syarat penyertaan dan tatacara
permohonan yang telah ditetapkan. Tapisan pertama bermula pada 22 September
2021.

ii. Peringkat Kedua : Penilaian Berasaskan Laporan dan Video

Semua laporan projek KIK dan video yang diterima akan dinilai oleh Panel Penilai
yang dipilih dan dilantik khas. Penilaian akan dilaksanakan berdasarkan kriteria
penilaian yang telah ditetapkan.

iii. Peringkat ketiga: Penilaian Projek KIK yang di senarai Pendek Berasaskan
Taklimat dan Demonstrasi

Pada peringkat ini, sekiranya perlu, projek KIK yang di senarai pendek oleh Panel
Penilai di peringkat kedua akan dijemput untuk memberi taklimat serta
demonstrasi tentang projek inovasi masing-masing. Taklimat ini bertujuan untuk
membolehkan Panel Penilai mendapat maklumat terperinci, penjelasan lanjut dan
membuat pengesahan ke atas pematuhan kriteria penilaian yang ditetapkan.

Pada peringkat ini juga, sekiranya perlu, projek-projek KIK berkenaan akan dirujuk
kepada agensi-agensi teknikal yang berkaitan untuk mendapat ulasan dan
pengesahan berhubung dengan inovasi-inovasi yang dihasilkan. Berasaskan
taklimat dan demonstrasi tersebut serta ulasan teknikal (sekiranya ada).

iv. Peringkat keempat : Keputusan Muktamad Pemenang Pertandingan Inovasi
oleh Jawatankuasa Panel Penilai Pertandingan KIK HB Konvenyen
Penyelidikan, PLC dan Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Senarai projek inovasi yang diperakukan sebagai penerima Anugerah Inovasi
akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Induk Panel Penilai Anugerah Inovasi
untuk pertimbangan dan keputusan muktamad.

TAJUK PROJEK: LAMPIRAN D

NAMA KUMPULAN: HYBRID
SOSIAL
AGENSI / JABATAN: PENAMBAHBAIKAN

Arahan : Sila tanda ( √ ) pada ruang yang berkaitan.

JENIS KUMPULAN : PRIMER

BIDANG INOVASI : PENYAMPAIAN
KATEGORI INOVASI : PERKHIDMATAN

PENCIPTAAN

NAMA PANEL:

Skala Likert

1 23 4 5
Baik Amat baik
Amat Lemah Sederhana
lemah

KRITERIA SKALA MARKAH CATATAN
PEMILIHAN DIPILIH WAJARAN
ITEM SUB KRITERIA WAJARAN OLEH
PANEL

Latar belakang Maklumat kumpulan

kumpulan & (borang penyertaan)

1 Penglibatan a. & Sokongan serta

pihak kelulusan pihak

pengurusan [4] pengurusan tertinggi
Jabatan

Kaitan dengan fungsi

a. utama
jabatan/organisasi

Memenuhi

b. kehendak pelanggan
dan pemegang taruh

(stakeholder)

Signifikan Sejajar dengan
Pemilihan c. agenda dan matlamat

nasional

2 projek Kaitan dengan
[10]
d. keadaan dan
ITEM KRITERIA ekosistem semasa
PEMILIHAN
Kaedah pemilihan WAJARAN SKALA MARKAH CATATAN
Tindakan e. projek dan analisis DIPILIH
3 penyelesaian OLEH WAJARAN
Penyataan PANEL
[23] f. Sasaran

Outcome dan
Impak

SUB KRITERIA

Strategi Penyelesaian
a. kreatif termasuk

aplikasi penggunaan
tools
Penghasilan dan
b. Pengujian Prototaip

Perakuan daripada
c. pihak

bertauliah/pihak
berkuasa
d. Pelaksanaan Inovasi

KEBERHASILAN PROJEK

4.1 Outcome Pencapaian Outcome
a. dan Pembuktian
projek [35]
4 Faedah sampingan
b. (luar jangka)

4.2 Impak Penilaian Impak dan
projek a. Pembuktian
[18]
Faedah sampingan
b. (luar jangka)

Potensi Tahap ketersediaan
a. teknologi/ sistem/

5 Pengembangan proses
Inovasi Tahap Replikasi

[10] b. atau

Pengkomersialan

...../500

Jumlah 100


Click to View FlipBook Version