The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by coerndkmm123, 2021-05-31 03:33:56

GARIS PANDUAN INOVASI

GARIS PANDUAN INOVASI

PROGRAM MATRIKULASI KPM
KALI PERTAMA
(KonPPI-1 2021)

KONVENSYEN PENYELIDIKAN, PLC DAN INOVASI PENDIDIKAN
PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KALI PERTAMA 2021 (KonPPI1-2021)

GARIS PANDUAN ANUGERAH INOVASI

1. OBJEKTIF PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI

Objektif Anugerah Inovasi Konvensyen Penyelidikan, PLC dan Inovasi
Pendidikan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia kali
pertama 2021 adalah untuk:

1.1 Memberi pengiktirafan kepada hasil inovasi yang diperkenalkan oleh
pensyarah-pensyarah Program Matrikulasi dan KPM.

1.2 Memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara
bekerja yang diamalkan;

1.3 Memperkenalkan d a n m e n y e b a r k a n hasil-hasil i n o v a s i y a n g b o l e h
dicontohi untuk faedah institusi yang lain; dan

1.4 Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan
kepada pelanggan.

2. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN INOVASI

2.1 Inovasi hendaklah dihasilkan oleh warga kolej matrikulasi, kolej
tingkatan 6, IPG, asasi UA dan warga KPM.

2.2 Penyertaan hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan Institusi.

2.3 Setiap kumpulan terdiri daripada seorang ketua dan 5 orang ahli
(maksima).

2.4 Inovasi yang dihasilkan hendaklah memberi faedah yang jelas dari segi
meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi serta berpotensi
memberi faedah kepada Program Matrikulasi.

2.5 Inovasi-inovasi berikut adalah TIDAK LAYAK untuk turut serta:

i. Inovasi daripada hasil penyelidikan dan pembangunan atau R&D
yang tiada kaitan dengan peningkatan kualiti dan produktiviti
organisasi;

ii. Inovasi yang berusia melebihi tiga (3) tahun dari tarikh ianya
diperkenalkan.

2.6 Peserta perlu mengisi Borang Penyertaan dengan lengkap. Rujuk
Borang Penyertaan di Lampiran A. Peserta perlu emelkan Borang
Penyertaan ke emel [email protected].

2.7 Kaedah penilaian akan dilaksanakan:

i. Pertandingan bersemuka

 Untuk secara bersemuka, peserta perlu menyediakan
Laporan Projek Inovasi dan menyediakan booth
pameran.

 Penilaian secara lisan 80%. Peserta diberi masa LIMA (5)
minit untuk berkongsi inovasi dan menyampaikan kepada
khalayak penonton dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris
secara sehala dan DUA (2) minit untuk sesi soal jawab
bersama juri.

 Tapak Pameran 20%. Penilaian tapak pameran akan
dijalankan di kawasan pameran yang telah ditetapkan.
Setiap kumpulan akan diberikan kawasan pameran bersaiz
2 kaki x 4 kaki dan sebuah meja dan kerusi sahaja. Tiada
papan pameran disediakan.

 Laporan perlu disimpan (save) sebagai Nama Kumpulan
diikuti dengan Tajuk Projek. Peserta perlu emailkan softcopy
Laporan Projek Inovasi yang lengkap ke email
[email protected]. Peserta perlu membawa satu
salinan laporan dalam bentuk hardcopy untuk juri semasa
pembentangan.

ii. Pertandingan Online

 Untuk pembentangan secara virtual, peserta perlu
menyediakan Video dan Laporan Projek Inovasi. Durasi
video 7 minit sahaja. Video perlu disimpan sebagai Nama
Kumpulan diikuti dengan Tajuk Projek.

 Video yang dihasilkan hendaklah dimuatnaik di Channel
YouTube dengan tetapan Private dan Share to email
[email protected].

 Laporan perlu disimpan (save) sebagai Nama Kumpulan diikuti
dengan Tajuk Projek. Peserta perlu emailkan Laporan Projek
Inovasi yang lengkap kepada [email protected]

3. KRITERIA PENILAIAN ANUGERAH INOVASI
Kriteria yang digunakan dalam proses penilaian dan pemilihan adalah seperti
berikut:

3.1 Novelti

 Idea yang dicetuskan bagi menghasilkan sesuatu inovasi itu
diukur dari segi kreativitinya iaitu dengan menilai keaslian dan
adaptasi inovasi tersebut serta keunikan inovasi tersebut.

 Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana projek
inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri keaslian dan
adaptasi. Penerangan mengenai kriteria ini perlu mempunyai
ciri-ciri berikut:

i) keaslian – inovasi yang dihasilkan adalah idea yang
asli, unik dan tersendiri; atau

ii) adaptasi – inovasi yang dihasilkan merupakan
penambahbaikkan atau pengubahsuaian idea sedia
ada kepada idea yang lebih berinovatif, berkualiti dan
berdaya saing;

iii) keunikan/pendekatan di luar kotak;

iv) memenuhi keperluan semasa.

3.2 Praktikal dan Kebolehgunaan

Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana inovasi yang
dihasilkan mudah digunakan, berkesan dan berpotensi untuk
dikembangkan.

3.3 Impak

 Impak (outcome) dinilai dengan melihat kepada kriteria
efisien (kecekapan) dan keberkesanan inovasi serta
signifikan dan relevan sesuatu inovasi tersebut.

 Kriteria efisien dan keberkesanan bertujuan untuk menilai sejauh
mana inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri efisien iaitu
yang dapat menyumbang kepada:

i. Penjimatan masa;
ii. Penjimatan kos/ sumber/ value for money;
iii. Peningkatan Produktiviti;
iv. Memberi Faedah Yang Nyata; dan
v. Memberi Kepuasan Pelanggan/Stakeholders

 Kriteria signifikan dan relevan bertujuan untuk menilai sejauh
mana inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri signifikan dan
terdapat bukti yang nyata bahawa inovasi dapat memberi impak
kepada keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian
perkhidmatan dalam tahap:

i. Tinggi (Impak kepada Umum merentasi sempadan / Global) atau
ii. Sederhana (Impak kepada National dan bersesuaian

diperingkat tempatan) atau
iii. Rendah (Impak kepada Kolej- kolej Matrikulasi sahaja)

3.4 Perluasan

Kriteria untuk melihat replikasi atau pengkormersialan inovasi.

4. TATACARA PERMOHONAN

Peserta yang ingin menyertai pertandingan ini hendaklah menyempurnakan
tindakan - tindakan berikut:

i. Melengkapkan borang penyertaan dengan ditandatangani oleh
Setiausaha Bahagian/Ketua Jabatan/Agensi di Lampiran A.

ii. Menyediakan laporan projek inovasi dalam Bahasa Melayu yang
mengandungi perkara seperti yang dijelaskan di Lampiran B.

iii. Menyediakan video bagi peserta online
iv. Proses Penilaian dan Pemilihan di Lampiran C
v. Borang penilaian di Lampiran D

LAMPIRAN A

BORANG PENYERTAAN INOVASI
KONVENSYEN PENYELIDIKAN, PLC DAN INOVASI PENDIDIKAN

PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

5-7 OKT 2021

1. Nama Kumpulan dan Kolej :

2 Nama Ketua Kumpulan :

No. Telefon :

Emel :

3. Nama Projek :

4 Nama Ahli Kumpulan

:i

ii

iii

iv

v

5 Kaedah Pembentangan Bersemuka/Online

6 Pengesahan Ketua Jabatan/Agensi :

Saya mengesahkan bahawa hasil projek inovasi seperti tajuk diatas adalah hasil
daripada kumpulan ini untuk dipertandingkan di Konvensyen Penyelidikan, PLC Dan
Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Kali 1

Tandatangan :
Nama :
Cop Jawatan

Tarikh :

Untuk Kegunaan Urus Setia

Tarikh diterima :

Catatan :

LAMPIRAN B

1. Laporan inovasi hendaklah dihasilkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris dan mengandungi perkara-perkara berikut :

a. Maklumat ringkas mengenai Bahagian/ Kolej/Jabatan/Unit yang
memperkenalkan inovasi;

b. Penerangan mengenai inovasi yang diperkenalkan, objektif, tempoh
pelaksanaan sama ada secara penuh atau percubaan dan lokasinya;

c. Penerangan ringkas mengenai kedudukan sebelum Inovasi dilaksanakan;
d. Masalah yang dihadapi sebelum Inovasi dilaksanakan; dan
e. Faedah-faedah pelaksanaan inovasi bagi meningkatkan kualiti

perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan mengikut kriteria
penilaian yang telah ditetapkan.

(Penerangan mengenai faedah perlu disokong dengan data dan bukti
yang nyata)
i) Novelti – Keaslian/ Adaptasi
ii) Praktikal dan kepenggunaan
iii) Impak (Outcome)-Efisien/Keberkesanan & Signifikan/ Relevan
iv) Replikasi /Komersial

f. Gambar-gambar inovasi berserta dengan tajuk
i) Minimum 4 keping
ii) Maksimum 10 keping
iii) Sekurang-kurangnya 1 keping gambar sebelum inovasi dan 1
keping gambar selepas inovasi

2. Satu (1) salinan laporan soft copy perlu dihantar untuk setiap satu projek
inovasi kepada Urus Setia Panel Penilai di alamat email
[email protected] sebelum atau pada 23 Julai 2021.

3. Format penulisan laporan inovasi adalah seperti berikut :
a. Jenis Font – Arial
b. Saiz Font – 12
c. Maksimum 10 mukasurat

4. Video projek perlu di muatnaik pada 21 September 2021 di Channel YouTube
dengan tetapan Private dan Share to emel [email protected]

LAMPIRAN C

i. Peringkat Pertama : Tapisan oleh Pihak Urus Setia

Semua permohonan yang diterima akan dibuat tapisan di peringkat urus setia
untuk memastikan permohonan memenuhi syarat-syarat penyertaan dan
tatacara permohonan yang telah ditetapkan. Tapisan pertama bermula pada 22
September 2021.

ii. Peringkat Kedua : Penilaian Berasaskan Laporan dan Video

Semua laporan inovasi dan video yang diterima akan dinilai oleh Panel Penilai
yang dipilih dan dilantik khas. Penilaian akan dilaksanakan berdasarkan
kriteria penilaian yang telah ditetapkan.

iii. Peringkat ketiga: Penilaian Inovasi yang Disenarai Pendek Berasaskan
Taklimat dan Demonstrasi

Pada peringkat ini, sekiranya perlu, inovasi yang di senarai pendek oleh
Panel Penilai di peringkat kedua akan dijemput untuk memberi taklimat serta
demonstrasi mengenai projek inovasi masing-masing. Taklimat ini bertujuan
untuk membolehkan Panel Penilai mendapat maklumat terperinci, penjelasan
lanjut dan membuat pengesahan ke atas pematuhan kriteria penilaian yang
ditetapkan.

Pada peringkat ini juga, sekiranya perlu, projek-projek inovasi berkenaan akan
dirujuk kepada agensi-agensi teknikal yang berkaitan untuk mendapat ulasan
dan pengesahan berhubung dengan inovasi-inovasi yang dihasilkan.
Berasaskan taklimat dan demonstrasi tersebut serta ulasan teknikal (sekiranya
ada).

iv. Peringkat keempat : Keputusan Muktamad Pemenang Pertandingan
Inovasi oleh Jawatankuasa Panel Penilai Anugerah Inovasi Konvenyen
Penyelidikan, PLC dan Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Senarai projek inovasi yang diperakukan sebagai penerima Anugerah Inovasi
akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Induk Panel Penilai Anugerah
Inovasi untuk pertimbangan dan keputusan muktamad.

BORANG PENILAIAN INOVASI LAMPIRAN D

KONVENSYEN PENYELIDIKAN, PLC DAN INOVASI PENDIDIKAN
PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KALI PERTAMA

NO KRITERIA JUMLAH

PEMILIHAN SUB KRITERIA WAJARAN SKOR SKOR

(WAJARAN

x SKOR

1 Novelti a. Novelti dalam amalan Pendidikan 5

(25%) b. Sumbangan kepada amalan terkini (selesai 15

masalah/ baiki proses)

Strategi penyelesaian dan idea reka bentuk

yang digunakan (contoh; strategi, carta alir,

tools, prototaip dan ujian rintis).

c. Keaslian dan tiada unsur plagiarism 5

Idea projek ini sama ada asli atau adaptasi

dari mana-mana sumber/model

2 Praktikal dan a. Mudah dilgunakan (Userfriendly) 10

Kebolehgunaan b. Keberkesanan inovasi 5

(20%) Bukti disertakan. Contohnya gambar,

refleksi, jurnal pembelajaran, buku log,

temu bual, kaji selidik, testimoni dan

sebagainya. Bukti perlu disertakan dalam

bentuk portfolio bercetak dan portfolio

digital (url/QR Code).

c. Berpotensi untuk dikembangkan 5

3 Impak Inovasi Efisien/ Keberkesanan

(35%) a. Jimat masa 5

b. Jimat Kos 5

c. Tingkatkan produktiviti 5

d. Memberi Faedah yang nyata 5

e. Memberi kepuasan 5

Pelanggan/Stakeholders

Signifikan/Relevan

a. Tinggi (Impak kepada umum merentasi 10

sempanan / Global) terhadap bidang

Pendidikan

b. Sederhana (Impak kepada National dan

bersesuaian diperingkat tempatan ) atau

c. Rendah (Impak kepada Kolej Matrikuasi

terlibat sahaja)

4 Persembahan a. Kelancaran dan gaya bahasa 5

(15%) b. Penerangan jelas dan mudah difahami 5

c. Menarik 5

5 Replikasi /Komersial Projek ini disebar luas dan dikomersialkan 5 /300
(5%) Bukti disertakan. Contohnya, MyIPO, ISBN dan 100
nota kolaboratif (sekolah/institusi). Bukti perlu
disertakan dalam bentuk portfolio bercetak dan
portfolio digital (url/QR Code).

JUMLAH MARKAH


Click to View FlipBook Version