The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN RND KonPPIedit 22 feb (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by coerndkmm123, 2021-05-31 02:37:54

GARIS PANDUAN R&D KonPPI

GARIS PANDUAN RND KonPPIedit 22 feb (1)

PROGRAM MATRIKULASI KPM
KALI PERTAMA
(KonPPI-1 2021)

KONVENSYEN PENYELIDIKAN, PLC DAN INOVASI PENDIDIKAN
PROGRAM MATRIKULASI KPM KALI PERTAMA (KonPPI-1)

GARIS PANDUAN PENYELIDIKAN

1. SYARAT PENYERTAAN PENYELIDIKAN

1.1 Kertas kajian (Tindakan dan Asas) yang ditulis hendaklah merupakan
karya asli penulis dan belum pernah diterbitkan dalam apa jua
penerbitan jurnal, prosiding atau seumpamanya di dalam negara
mahupun luar negara.

1.2 Kertas kajian (Tindakan dan Asas) yang ditulis juga hendaklah belum
pernah dibentangkan di mana-mana seminar/ kolokium/ persidangan
sama ada di peringkat institusi, kebangsaan atau antarabangsa.

1.3 Penulisan kertas kajian (Tindakan dan Asas) boleh dikongsi tidak lebih
dari lima (5) orang penulis bersama.

1.4 Semua kertas kajian yang berjaya dipilih akan diterbitkan dalam
Prosiding KonPPI-1 secara atas talian dan semua kertas kajian menjadi
hak milik Bahagian Matrikulasi KPM.

1.5 Penyelidik boleh memilih untuk membentangkan kajian dalam bentuk:

i. Lisan (bersemuka atau atas talian)
ii. Poster
1.6 Semua kertas kajian yang dihantar mesti melalui proses tapisan di
peringkat kolej masing-masing melalui panel penilai dalaman di bawah
kelolaan Jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan kolej serta
disahkan oleh pengarah kolej.
1.7 Sebarang maklumat atau perubahan akan dikongsi di laman web Kolej
Matrikulasi Selangor yang boleh rujuk dari semasa ke semasa.

2 FORMAT PENULISAN KERTAS KAJIAN

2.1 Kertas kajian boleh ditulis sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris.

2.2 Wajib ditaip di atas kertas bersaiz A4 dalam jarak langkau satu (single
spacing) menggunakan huruf Times New Roman bersaiz 12.

2.3 Ukuran kertas A4 perlulah menggunakan jidar berikut:

i. Atas: 2.00 cm
ii. Bawah: 2.00 cm
iii. Kiri: 2.00 cm
iv. Kanan: 2.00 cm

2.4 Panjang penulisan hendaklah dalam lingkungan 3000 patah perkataan
dan sepuluh (10) muka surat mengikut format berdasarkan sistem
penulisan APA (American Psychological Association) edisi terkini.

2.5 Penyediaan Abstrak

i. Abstrak merupakan sinopsis yang padat, ringkas dan
merangkumi aspek-aspek permasalahan, objektif, kaedah dan
dapatan serta kesimpulan.
Berikut adalah maklumat penting untuk abstrak:

a. Patah perkataan tidak melebihi 200 patah;
b. Format Italic;
c. Bersaiz 11; dan
d. Justified.

ii. Jika penulisan adalah dalam Bahasa Melayu, maka abstrak harus
ditulis dalam Bahasa Melayu. Jika kertas kajian ditulis dalam
Bahasa Inggeris, maka abstrak harus ditulis dalam Bahasa
Inggeris.

2.6 Kata Kunci

Penyelidik perlu memberikan tiga (3) hingga lima (5) kata kunci dan
diletakkan di bawah abstrak yang bertujuan untuk memudahkan
pencarian maklumat. Tajuk kata kunci perlu ditulis menggunakan format
normal dan bold. Perkataan bagi kata kuncinya berformat Italic bersaiz
11 dan justified.

2.7 Kandungan

i. Format pelaporan Kajian Asas mesti mengandungi perkara
berikut iaitu:

TAJUK
NAMA PENYELIDIK
NAMA INSTITUSI

ABSTRAK
● Tujuan
● Bilangan & Jenis Responden
● Instrumen
● Kerangka Kajian & Prosedur
● Dapatan

KATA KUNCI

1.0 PENDAHULUAN
● Pernyataan Masalah
● Persoalan Kajian
● Objektif Kajian
● Hipotesis (jika ada)
● Kepentingan Kajian
● Skop & Batasan Kajian
● Kerangka Teori

2.0 TINJAUAN LITERATUR

3.0 METODOLOGI KAJIAN
● Reka Bentuk Kajian
● Populasi & Sampel
● Instrumen
● Analisis Data
● Pengumpulan Data
● Ujian Kebolehpercayaan & Kesahan (jika perlu)

4.0 DAPATAN KAJIAN
● Analisis dan interpretasi data

5.0 KESIMPULAN
● Perbincangan
● Cadangan

6.0 PENGHARGAAN

7.0 RUJUKAN

ii. Format pelaporan Kajian Tindakan mesti mengandungi perkara
berikut iaitu:

TAJUK
NAMA PENYELIDIK
NAMA INSTITUSI

ABSTRAK
● Tujuan Kajian
● Kumpulan Sasaran
● Penggunaan Tindakan
● Reka Bentuk & Prosedur Kajian
● Kesan/Hasil Dapatan

KATA KUNCI

1. PENDAHULUAN
● Latar Belakang
● Tujuan/Kepentingan
o Andaian, Nilai & Kepercayaan Pengkaji Terhadap
PdP
● Lain-lain Berkaitan

2. REFLEKSI PdP LALU
● Refleksi Kendiri Pensyarah
● Refleksi Pelajar
● Lain-lain Refleksi/Aspek Berkaitan

3. FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
● Penentuan/Pemilihan Konsep

4. OBJEKTIF KAJIAN

5. KUMPULAN SASARAN

6. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
● Pengumpulan Data Sebelum/Awal (Kaedah & Isu)
● Tindakan/Aktiviti PdP (Penggunaan bahan/aktiviti,
Strategi Pengajaran, Inovasi/Kreativiti & Justifikasi)

7. PEMERHATIAN
● Kaedah penggumpulan dan analisis data

8. REFLEKSI DAN KESIMPULAN
● Penerangan Perubahan
● Kekuatan & Kelemahan Kajian, Pencapaian Objektif
serta Keberkesanan Tindakan/Aktiviti

9. PENGHARGAAN

10. BIBLIOGRAFI

11. LAMPIRAN
● Bahan atau alat sebagai pendekatan adalah
sebagaimana yang dijelaskan dalam perkara no. 6.

2.7 Templet penulisan boleh diperolehi di laman web yang akan diwar-
warkan nanti.

2.8 Kertas kajian yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 23
Julai 2021 ke alamat emel berikut:

[email protected]

3 FORMAT PEMBENTANGAN

3.1 Secara Lisan

i. Hanya seorang sahaja dibenarkan membuat pembentangan bagi
satu tajuk kajian untuk kaedah pembentangan secara
bersemuka.

ii. Slaid pembentangan menggunakan perisian Microsoft Power
point dan masa yang diperuntukkan adalah selama 15 minit sesi
pembentangan dan disusuli 5 minit untuk sesi soal jawab.

iii. Penyelidik juga boleh membentangkan secara atas talian dengan
menggunakan aplikasi Google Meet (tertakluk kepada
perubahan).

3.2 Poster

i. Penyelidik hanya perlu menyediakan satu (1) poster sahaja bagi
setiap penyertaan.

ii. Ukuran saiz Poster ialah A1 (594 mm x 841 mm).

iii. Orientasi poster adalah Potrait (Lebar: 594mm & Tinggi: 841
mm).

iv. Kandungan Poster:

Kajian Asas:
● Tajuk
● Nama Penyelidik dan Institusi
● Pendahuluan
● Metodologi Kajian
● Dapatan Kajian
● Kesimpulan

Kajian Tindakan:
● Tajuk
● Nama Penyelidik dan Institusi
● Pendahuluan
● Refleksi PdP Lalu
● Fokus Kajian / Isu Keprihatinan
● Objektif
● Kumpulan Sasaran
● Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan
● Pemerhatian
● Refleksi dan Kesimpulan

v. Peringatan: Elakkan
● Penggunaan font size yang kecil dan berbayang (shadow).
● Penggunaan warna latar belakang hampir sama dengan
warna tajuk atau kandungan.
● Menggunakan gambar produk/gambar penyelidik yang
tidak jelas.
● Terlalu banyak perkataan - perlu diselitkan gambar yang
berkaitan dengan penyelidikan

4 BORANG PENILAIAN

4.1 Borang penilaian kajian asas adalah seperti di Lampiran KA.

4.2 Borang penilaian kajian tindakan adalah seperti di Lampiran KT.

Lampiran KA

KONVENSYEN PENYELIDIKAN, PLC DAN INOVASI PENDIDIKAN
PROGRAM MATRIKULASI KPM KALI 1
BORANG PENILAIAN KAJIAN ASAS

Tajuk

Nama 1.
Penyelidik 2.
Institusi 3.
4.
5.
6.

NAMA PENILAI TANDATANGAN TARIKH

KUALITI/GRED KERTAS KAJIAN KOMEN PENILAI
(Tandakan ‘✓’)

Cemerlang Baik Sederhana
AB C

BIL KRITERIA RUBRIK KAJIAN ASAS MARKAH MARKAH
PENUH PENILAI

1 TAJUK Menggambarkan kandungan kajian secukupnya. 5
5
2 ABSTRAK a Tujuan Kajian 15

b Bilangan & Jenis Respondan 10
30
c Instrumen Kajian
15
d Kerangka Kajian & Prosedur 15
5
e Dapatan Kajian 100

3 PENDAHULUAN a Pernyataan Masalah

b Persoalan Kajian

c Objektif Kajian

d Hipotesis (jika ada)

e Kepentingan Kajian

f Skop & Batasan Kajian

g Kerangka Teori

Dinyatakan dengan jelas.

4 TINJAUAN LITERATUR a Komprehensif (dianalisis, dikritik & dihuraikan)

b Kajian berkaitan telah cukup memberi rasional untuk

kajian lanjutan.

c Meliputi ringkasan & takrifan bagi literatur & implikasi
masalah kajian yang dikaji

5 METODOLOGI KAJIAN a Reka bentuk kajian - sesuai dengan kajian.

b Populasi & sampel - metadologi persampelan, saiz &

ciri utama sampel dihuraikan dengan jelas.

c Instrumen - bersesuaian untuk mengukur

pembolehubah kajian.

d Analisis data - jenis analisis data menepati objektif

kajian & bersesuaian dengan jenis data.

e Penggumpulan data - menerangkan proses

penggumpulan data dengan jelas.

f Ujian kebolehpercayaan & kesahan dijalankan (jika
perlu).

6 DAPATAN KAJIAN a Data dihurai dengan jelas berdasarkan objektif kajian.
(Analisis & Tafsiran
Data) b Jadual/rajah (jika ada) disusun atur dengan baik &
mudah difahami.
7 KESIMPULAN
(Perbincangan & c Data di dalan jadual/rajah dihuraikan dalam teks.
Cadangan)
a Setiap dapatan kajian dibincangkan dari sudut
8 RUJUKAN kesesuaian dengan dapatan kajian-kajian lain.

b Generalisasi konsisten dengan dapatan kajian.
c Implikasi dapatan kajian (teori dan praktikal)
d Cadangan kajian lanjutan ada dibincangkan.
Ditulis mengikut peraturan ilmiah yang diiktiraf
(contoh : format APA).

JUMLAH MARKAH

Lampiran KT

KONVENSYEN PENYELIDIKAN, PLC DAN INOVASI PENDIDIKAN
PROGRAM MATRIKULASI KPM KALI 1
BORANG PENILAIAN KAJIAN TINDAKAN

Tajuk

Nama 1.
Penyelidik 2.
3.
Institusi 4.

NAMA PENILAI TANDATANGAN TARIKH

KUALITI/GRED KERTAS KAJIAN KOMEN PENILAI
(Tandakan ‘’)

Cemerlang Baik Sederhana
AB C

BIL KRITERIA RUBRIK KAJIAN TINDAKAN MARKAH MARKAH
1 TAJUK PENUH PENILAI
2 ABSTRAK Tajuk dan hala tuju sangat jelas, dan pernyataan
berorientasikan tindakan. 5
3 PENDAHULUAN a Tujuan kajian 5
b Kumpulan sasaran jelas
4 REFLEKSI c Penggunaan tindakan dalam kajian. 5
PdP LALU d Reka bentuk & prosedur kajian jelas. 15
e Kesan tindakan/hasil dapatan dinyatakan.
5 FOKUS KAJIAN / Ditulis dengan bahasa yang baik 5
ISU KEPERIHATINAN Latar belakang. Pengalaman mengajar. 5
Tujuan/kepentingan kajian & kesan kajian. 5
6 OBJEKTIF KAJIAN Andaian, nilai dan kepercayaan pengkaji terhadap
7 KUMPULAN PdP. Model kajian Tindakan. Lain-lain berkaitan. 30
a Refleksi :
SASARAN 10
8 PERANCANGAN & • Refleksi kendiri pensyarah
• Refleksi/aspek pelajar 10
PELAKSANAAN • Refleksi/aspek lain – persekitaran, ibubapa,
TINDAKAN 5
status sosio ekonomi, sikap dll. 100
9 PEMERHATIAN b Menghurai pengalaman PdP yang berkaitan

10 REFLEKSI & dengan masalah kajian.
KESIMPULAN c Semua refleksi disokong oleh data.
Menentukan/pemilihan konsep yang hendak dikaji
11 BIBLIOGRAFI berserta dengan alasan.
Objektif kajian selari dengan fokus kajian, realistik,
boleh diukur & dinyatakan dengan jelas.
a Pemilihan kumpulan sasaran: tepat & selari

masalah/fokus kajian.
Cara pemilihan dinyatakan.
b Penjelasan kumpulan sasaran - jantina,
bangsa, latar belakang akademik dll.
a Pengumpulan Data Sebelum/Awal (15%)
• Kaedah sesuai dengan objektif kajian
• Pengumpulan data awal untuk membuktikan

masalah / isu yang wujud.
b. Tindakan / Aktiviti PdP (15%)

• Penggunaan bahan/aktiviti
• Strategi pengajaran
• Inovasi/kreativiti
• Justifikasi teknik digunakan/dipilih.

Berdasarkan teori dan kajian-kajian lain.
a Kaedah pengumpulan data selari dengan

objektif kajian.

b Data dianalisis dengan baik, jelas dan bermakna.

c Data dipersembahkan secara sistematik, jelas
dan menarik.

a Menerangkan perubahan pada pelajar,
pensyarah, proses, produk dan pengurusan.

b Menerangkan kekuatan dan kelemahan kajian,
pencapaian objektif dan keberkesanan
tindakan/aktiviti.

Mempunyai bibliografi/rujukan yang berkaitan.
Senarai rujukan sangat relevan dengan tajuk kajian.

JUMLAH MARKAH


Click to View FlipBook Version