The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Program ini dilaksanakan Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-70 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Selaman pada kedalaman 70 kaki dan membawa banner berukuran 7 kali 10 kaki adalah sebagai simbolik Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-70 Tahun 2022.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alphabangichannel, 2022-06-12 23:11:09

PROGRAM SELAMAN DEKAD PLATINUM ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Program ini dilaksanakan Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-70 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Selaman pada kedalaman 70 kaki dan membawa banner berukuran 7 kali 10 kaki adalah sebagai simbolik Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-70 Tahun 2022.

Keywords: SELAMAN DEKAD PLATINUM

LAPORAN PROGRAM SELAMAN DEKAD PLATINUM
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
________________________________

Tarikh : 25 - 27 Mei 2022 (Rabu - Jumaat)
Pulau Tioman, Pahang.
Tempat : Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia

Penganjur :

1. TUJUAN

Program ini dilaksanakan Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-70
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Selaman pada kedalaman 70 kaki dan
membawa banner berukuran 7 kali 10 kaki adalah sebagai simbolik Sambutan Hari
Ulang Tahun Pertahanan Awam Ke-70 pada tahun ini. Penganjuran program ini adalah
selaras dengan surat daripada Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
berkaitan “PELANTIKAN SEBAGAI KETUA SEGMEN SEMPENA SAMBUTAN HARI
ULANG TAHUN PERTAHANAN AWAM KALI KE-70 TAHUN 2022” nombor rujukan;
PA.BPA.100-2/6/2 Jilid 7 (13) bertarikh 07 Mac 2022.

.

2. OBJEKTIF PROGRAM

2.1 Menzahirkan semangat kecintaan kepada Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia;

2.2 Sebagai simbolik sambutan HUTPA ke-70 Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia;

2.3 Meningkatkan kemahiran para pegawai ALPHA dalam bidang selaman;

2.4 Menunjukkan komitmen yang jitu daripada pegawai ALPHA bagi menjayakan
program ini.

3. PERJALANAN PROGRAM
Program ini berjalan dalam dua (2) fasa iaitu fasa pertama adalah Latihan

Refreshment scuba yang berlangsung di Kolam Latihan ALPHA pada 23 hingga 24 Mei
2022 manakala fasa kedua (2) adalah selaman sebenar di Pulau Tioman pada 25
hingga 27 Mei 2022.

3.1. Fasa Pertama Program;

Latihan Refreshment Scuba di Kolam Latihan ALPHA;
Turut disertai kpj dan PKPB - gmbr

3.2. Fasa Kedua (2) Program;

Selaman sebenar di empat (4) dive side di Pulau Tioman;

3.2.1. Selaman pertama di Damai Reef Roof pada 25 Mei 2022, jam 4.00 petang.
Kedalaman lapan (8) hingga dua belas meter jika air pasang.

3.2.2. Selaman kedua (2) di Sea Fan Garden pada 26 Mei 2022, jam 12.00 tengahari.
Kedalaman lima belas hingga dua puluh meter jika air pasang.

3.2.3. Selaman ketiga (3) di Teluk Gadong pada 26 Mei 2022, jam 3.00 petang.
Kedalaman lima belas hingga dua puluh lima meter jika air pasang. Selaman ketiga
(3) ini telah mencapai sasaran kedalaman 70 kaki sebagai simbolik HUTPA ke-70 bagi
tahun 2022.

3.2.4. Selaman keempat (4) di Vietnam Reef pada 27 Mei 2022, jam 8.00 pagi.
Kedalaman lapan belas hingga dua puluh lima meter jika air pasang. Selaman ini
hanya untuk melengkapkan jadual sahaja kerana sasaran selaman dengan kedalaman
70 kaki telah dicapai sebelumnya.

4. Penutup
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua

yang terlibat dalam menjayakan program ini sama ada secara langsung ataupun tidak
langsung. Kejayaan program ini adalah dengan kerjasama yang jitu daripada semua
pihak. Tanpa kerjasama yang diberikan sudah pasti program ini tidak dapat
direalisasikan. Sekian, terima kasih.

QR code/link IG FB

Disediakan oleh :

(KAPT. (PA) NASRUL BIN ISHAK @ MOHD YAMIN)
Ketua Program Akuatik
Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia,
Bangi.
10 Jun 2022


Click to View FlipBook Version