LAPORAN PROGRAM SELAMAN DEKAD PLATINUM
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
________________________________
Tarikh : 25 - 27 Mei 2022 (Rabu - Jumaat)
Tempat : Pulau Tioman, Pahang.
Penganjur : Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia
(ALPHA)
1. TUJUAN
Program ini dilaksanakan Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam
(HUTPA) Kali ke-70. Selaman pada kedalaman 70 kaki dan membawa banner berukuran
7 kali 10 kaki adalah sebagai simbolik Sambutan HUTPA Kali ke-70 pada tahun ini.
Penganjuran program ini adalah selaras dengan surat daripada Ibu Pejabat Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkaitan “PELANTIKAN SEBAGAI KETUA
SEGMEN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN PERTAHANAN AWAM KALI
KE-70 TAHUN 2022” bernombor rujukan; PA.BPA.100-2/6/2 Jilid 7 (13) bertarikh 7 Mac
2022.
.
2. OBJEKTIF PROGRAM
2.1 Menzahirkan semangat kecintaan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia;
2.2 Sebagai simbolik sambutan HUTPA Kali ke-70;
2.3 Meningkatkan kemahiran para pegawai ALPHA dalam bidang selaman;
2.4 Menunjukkan komitmen yang jitu daripada pegawai ALPHA bagi menjayakan
program ini.
3. PERJALANAN PROGRAM
Program ini terbahagi kepada dua (2) fasa. Fasa pertama adalah Latihan Refreshment
Scuba yang berlangsung di Kolam Latihan ALPHA pada 23 hingga 24 Mei 2022
manakala fasa kedua adalah selaman sebenar di Pulau Tioman pada 25 hingga 27 Mei
2022.
3.1. Fasa Pertama Program;
Latihan Refreshment Scuba di Kolam Latihan ALPHA. Latihan ini turut disertai oleh
Yang Amat Setia KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya APM
dan Pegawai Kehormat serta Bersekutu APM;
3.2. Fasa Kedua Program;
Selaman sebenar di empat (4) dive side sekitar Pulau Tioman;
3.2.1. Selaman pertama di Damai Reef Roof pada 25 Mei 2022, jam 4.00 petang.
Kedalaman lapan (8) hingga dua belas (12) meter jika air pasang.
3.2.2. Selaman kedua di Sea Fan Garden pada 26 Mei 2022, jam 12.00
tengahari. Kedalaman lima belas hingga dua puluh meter jika air pasang.
3.2.3. Selaman ketiga di Teluk Gadong pada 26 Mei 2022, jam 3.00 petang.
Kedalaman lima belas hingga dua puluh lima meter jika air pasang. Selaman
ketiga ini telah mencapai sasaran kedalaman 70 kaki sebagai simbolik Sambutan
HUTPA Kali ke-70 pada tahun 2022.
3.2.4. Selaman keempat di Vietnam Reef pada 27 Mei 2022, jam 8.00 pagi.
Kedalaman lapan belas hingga dua puluh lima meter jika air pasang. Selaman ini
hanya untuk melengkapkan jadual sahaja kerana sasaran selaman dengan
kedalaman 70 kaki telah dicapai sebelumnya.
4. Penutup
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat
dalam menjayakan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Kejayaan program ini adalah dengan kerjasama yang jitu daripada semua pihak. Tanpa
kerjasama yang diberikan sudah pasti program ini tidak dapat direalisasikan.
Sekian, terima kasih.
Facebook : Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi
https://www.facebook.com/apm.alpha
Instagram : alpha_bangi
https://www.instagram.com/alpha_bangi/
YouTube : ALPHA BANGI
https://youtube.com/channel/UCXz37Po1IxdxnthcTg17Pag
Disediakan oleh :
(KAPT. (PA) NASRUL BIN ISHAK @ MOHD YAMIN)
Ketua Program Akuatik
Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia,
Bangi.
10 Jun 2022