The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Erinna Mohammad, 2024-04-26 23:31:38

Buku Laporan MAT PPPMCS Kali Ke-35

Buku Laporan bergambar

28 April Mesyuarat Agung Tahunan



Kandungan Muka surat Persetiaan, Visi dan Misi …………………………………………………. 1 Perutusan Yang Dipertua ……………………………………………..…… 2 Kata Alu-Aluan Ketua Pesuruhjaya Cawangan …………………………… 3 Senarai Penaung-Penaung Diraja PPPM Cawangan Selangor dan……… 4 Senarai Yang Dipertua PPPM Cawangan Selangor Lembaga Eksekutif Cawangan………………………………………………… 5-6 Majlis Pesuruhjaya Daerah ……………………………………………….…… 7 Laporan Tahunan PPMCS Feb 2022 – Jan 2023……………………………... 8- 23 Laporan Tahunan Daerah (Feb 2022 – Jan 2023): Daerah Gombak…………………………………………………….. 25 - 27 Daerah Hulu Langat ……………………………………………….. 28 - 30 Daerah Klang…………………………………………………………. 31 - 33 Daerah Kuala Langat……………………………………………….. 34 - 35 Daerah Kuala Selangor …………………………………………… 36 - 38 Daerah Petaling Perdana …………………………………………. 39 - 41 Daerah Petaling Utama …………………………………………… 42 - 45 Daerah Sabak Bernam ……………………………………………. 46 - 47 Daerah Sepang ……………………………………………………… 48 – 51


PERSETIAAN PANDU PUTERI Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya; menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan negara saya Malaysia menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri VISI Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita dalam membawa perubahan (Taking the lead in developing the potentials of girls and women for change) MISI Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa. (Girl Guides Association Malaysia is committed to the development of girls and women of calibre through internalisation of Girl Guiding MAT PPPMCS Kali Ke-35


ssalamualaikum Salam Sejahtera Salam Pandu Puteri Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga PPPM Cawangan Selangor kerana berjaya merealisasikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-35 pada tahun 2024. Ucapan terima kasih ditujukan khas kepada Timbalan Yang Dipertua, barisan Lembaga Eksekutif Cawangan, Majlis Pesuruhjaya Daerah atas daya usaha dan komitmen semua dalam menggerakkan aktiviti persatuan. Sepanjang tahun 2023 dan suku pertama tahun 2024, persatuan semakin rancak dengan pelbagai program yang disusun untuk ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin. Saya secara peribadi berasa gembira dengan perkembangan yang amat positif ini. Saya juga amat berbesar hati dapat memberikan sumbangan saya kepada ahli-ahli muda dan pemimpin yang terlibat dalam aktiviti peringkat kebangsaan, terutamanya seperti Cabaran Pandu Puteri Tunas dan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan.Pelibatan aktif anak-anak pandu puteri dan pemimpin menandakan bahawa PPPM Cawangan Selangor merupakan satu daripada cawangan di negara ini yang amat aktif mengambil bahagian dalam apa-apa juga program yang disediakan sama ada di peringkat kebangsaan, mahupun di peringkat cawangan. Saya juga berharap agar pelibatan aktif seperti ini diteruskan pada masa-masa yang akan datang, kerana dengan hal demikian PPPM Cawangan Selangor secara tidak langsung dapat meningkatkan imej sebagai satu daripada cawangan yang terbaik di Malaysia. Namun demikian, saya ingin mengambil peluang ini untuk memberikan peringatan kepada semua, agar kita semua sentiasa bersyukur dengan apa-apa kelebihan yang diberikan, dan berpadalah dengan apa-apa yang kita dapat. Hendaknya kita semua pandai menjaga diri kerana imej diri yang baik akan memberikan impak positif kepada orang di sekeliling kita. Dengan itu secara langsung kita dapat meningkatkan imej diri sepanjang pelibatan dalam aktiviti persatuan ini dari peringkat daerah, cawangan, kebangsaan dan di peringkat global. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada pengurusan di peringkat negeri dan pengurusan di peringkat daerah yang sentiasa bekerjasama dan komited dalam tugas masing-masing. Janganlah ada mana-mana pihak atau sesiapa yang tercicir atau ketinggalan daripada mengikuti pelabagai program yang direncanakan demi keadilan dan hak yang sepatutnya mereka dapat. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan “Selamat Maju Jaya” kepada semua agar PPPM Cawangan Selangor terus melakarkan kejayaan dan kecemerlangan. YAM Dato’ Seri Datin Paduka Setia Tunku Irinah Almarhum Tuanku Jaafar Tengku Puan Panglima Raja Selangor Yang Dipertua PPPM Cawangan Selangor MAT PPPMCS Kali Ke-35


ssalamualaikum Salam Sejahtera Salam Pandu Puteri Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana saya masih berpeluang membuat coretan di ruangan ini untuk terakhir kalinya. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga PPPM Cawangan Selangor kerana berjaya merealisasikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-35 pada tahun 2024 terutamanya kepada semua perwakilan dan pemerhati yang memberikan komitmen hadir pada tahun ini, biarpun dalam majlis yang sederhana, namun di tempat yang begitu kondusif dan selesa. Rakaman ucapan jutaan terima kasih ditujukan khas kepada YAM Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, barisan Lembaga Eksekutif Cawangan, Majlis Pesuruhjaya Daerah atas daya usaha dan komitmen yang sentiasa memberikan kerjasama dalam menggerakkan aktiviti persatuan yang dirancang. Tanpa kalian, tidak mungkin aktiviti dapat dilaksanakan seadanya. Saya sedar bahawa hanya dengan kerjasama dan kerja buat bersama-sama, apa-apa pun boleh direalisasikan mengikut kehendak dan acuan kita sendiri. Sepanjang tahun 2023 dan suku pertama tahun 2024, kita menyaksikan ahli-ahli muda dan pemimpinpemimpin dan tidak ketinggalan ahli-ahli Guild Trefoil semakin rancak bergiat aktif dengan pelbagai program yang dirancang dan disusun untuk mereka. Perkembangan yang amat positif ini memberikan banyak peluang untuk pelibatan anak-anak pandu puteri dan pemimpin memperoleh sijil di peringkat cawangan dan peringkat kebangsaan. Hal yang lebih memberangsangkan ialah terdapat program yang mendapat pengiktirafan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan pemberian markah PAJSK.Dengan ini ahli-ahli pandu puteri mendapat banyak manfaat hasil daripada pelibatan mereka dalam program-program yang disediakan. Hal ini juga menandakan bahawa PPPM Cawangan Selangor merupakan satu daripada cawangan di negara ini yang amat aktif kerana masing-masing berlumba-lumba untuk terus mengambil bahagian agar manfaat daripada program-program berkenaan dapat diraih oleh semua ahli persatuan dari peringkat usia yang paling muda, iaitu Pandu Puteri Kelip-Kelip sehinggalah Guild Trefoil iaitu peringkat ahli-ahli dewasa. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengambil peluang ini untuk memberikan peringatan kepada semua, terutamanya pengurusan di peringkat daerah memastikan agar tidak ada dalam kalangan ahli-ahli kita yang tercicir atau ketinggalan daripada mengikuti pelbagai program yang direncanakan. Setiap ahli kita, tanpa mengira usia mempunyai hak untuk bergiat. Sama-samalah kita melunaskan tanggungjawab agar kita dapat memberikan peluang terbaik dan sama rata kepada semua ahli dan pemimpin di seluruh ceruk rantau negeri ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada pengurusan di peringkat negeri dan pengurusan di peringkat daerah yang sentiasa bekerjasama dan komited dalam tugas masing-masing. Mudah-mudahan segala kerja buat kita yang ikhlas dan jujur akan mendapat balasan yang sebaik-baiknya daripada Allah SWT. Semoga PPPM Cawangan Selangor terus menempa nama, melakarkan kejayaan dan kecemerlangan sebagai cawangan yang terbaik di negara ini. Puan Saadiah binti Yusof P.P.T Ketua Pesuruhjaya PPPM Cawangan Selangor MAT PPPMCS Kali Ke-35


Senarai Penaung-Penaung Diraja PPPM Cawangan Selangor Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Rahimah Yang Amat Mulia Tengku Puan Panglima Perlis Puan Sri Datin Tengku Puteri Nor Zehan Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Senarai Yang Dipertua PPPM Cawangan Selangor Yang Amat Mulia Tengku Puan Panglima Diraja Selangor, Tunku Hajah Kamariah Maimunah Bt. Sultan Iskandar, DK (Johor), SPMJ Yang Amat Berbahagia Puan Seri Wan Noor Bt. Daud Yang Amat Berbahagia Datin Seri Zahrah Bt. Kecik Y.A.M. Tengku Puan Panglima Raja Selangor, Tunku Irinah Almarhum Tuanku Jaafar 4 MAT PPPMCS Kali Ke-35


Ahli Lembaga EksekutIf Cawangan (LEC) PENAUNG DIRAJA DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN YANG DIPERTUA YAM TUNKU IRINAH ALMARHUM TUANKU JAAFAR TIMBALAN YANG DIPERTUA PN. SRI AISHA BINTI SHAMSUDDIN SETIAUSAHA KEHORMAT PN. ERINNA ERNA BINTI MOHAMMAD BENDAHARI KEHORMAT PN. ERAWATI BINTI HUDONG PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT PN. NUR JUNITA BINTI ABDUL LATIFF KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN PN. SAADIAH BINTI YUSOF MAT PPPMCS Kali Ke-35


Ahli Lembaga EksekutIf Cawangan (LEC) PESURUHJAYA LATIHAN PN. ZALIFAH BINTI REDUAN PESURUHJAYA PERHUBUNGAN DENGAN MASYARAKAT PN. MARIAH BINTI GHANIB PN. AISAH BINTI IBRAHIM (MEMANGKU) PESURUHJAYA STRUKTUR & PENGURUSAN PESURUHJAYA PP TREFOILD GUILD PN. HJH. NORSHAM BINTI SALIM PN. HJH. NORLIAN BINTI MHD HASHIM PESURUHJAYA BAHAGIAN PP TUNAS PN. NURNAZATULIZA BINTI ABAS PESURUHJAYA BAHAGIAN PP KELIP-KELIP PESURUHJAYA BAHAGIAN PP REMAJA PN. JULIE CHUAH GAIK SUAN PESURUHJAYA ANTARABANGSA PN. NORHAYATI BINTI ZURAIRI PESURUHJAYA PROGRAM PN. SITI HAJJAR BINTI ABDOOL SHUKOR PN. KALAI SELVI A/P MANIAM PESURUHJAYA KEAHLIAN PESURUHJAYA BAHAGIAN PP RENJER PN. SANISAH BINTI ABDUL AZIZ (MEMANGKU) PESURUHJAYA BAHAGIAN PP KLOVER PN. NOR AZURA BINTI RAZLI 6 MAT PPPMCS Kali Ke-35


Ahli majlis pesuruhjaya daerah (mpd) PESURUHJAYA DAERAH KLANG PN. ZULAIHA BINTI DAKUN PESURUHJAYA DAERAH PETALING UTAMA PN. AISAH BINTI IBRAHIM PESURUHJAYA DAERAH SEPANG PN. ISLINAH BINTI BAKAR PESURUHJAYA DAERAH KUALA SELANGOR PN. MARIAH BINTI GHANIB PESURUHJAYA DAERAH HULU SELANGOR PN. NAZRIN BINTI RUSLY PESURUHJAYA DAERAH KUALA LANGAT PUTI NOORMAZA BINTI MASHUDI PESURUHJAYA DAERAH HULU LANGAT PN. NORLIAN BINTI MHD HASHIM PESURUHJAYA DAERAH GOMBAK PN. JAMALIAH BINTI MOHAMAD PESURUHJAYA DAERAH PETALING PERDANA PN. JAMUNESVERI A/P A. ERULAPPAN PESURUHJAYA DAERAH SABAK BERNAM PN. MARLIYA BINTI ABD RAHIM MAT PPPMCS Kali Ke-35


LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR Februari 2023 – Januari 2024


Laporan Aktiviti PPPMCS Oleh: Pn. Erinna Erna binti Mohammad PERSIDANGAN DAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PPPMCS KALI KE-33 Persidangan yang dilaksanakan bersekali dengan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PPPMCS Kali Ke-34 telah diadakan di Hotel Summit Subang, USJ pada 23 Mei 2023. Slot-slot menarik turut dipadatkan ke dalam program persidangan yang dihadiri seramai lebih kurang 100 orang pemimpin/perwakilan. Persidangan disambung pada 24 Mei 2023 bertempat di Dewan DESTAR, Subang Jaya, Selangor. YAM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dengan sudinya mencemar duli menyampaikan pingat dan anugerah-anugerah sebelum MAT PPPMCS kali ke34 bersidang. Dicatatkan lebih kurang seramai 150 orang yang terlibat dalam persidangan hari kedua. . MAT PPPMCS Kali Ke-35 10 MAT PPPMCS Kali Ke-35


0.2, 0% 0.005, 0% 6.72, 7% 8.21, 8% 60.08, 60% 23.06, 23% 1.71, 2% TG SUKARELAWAN PEMIMPIN TUNAS RANJER REMAJA KADET/CLOVER Laporan Pesuruhjaya Bahagian Keahlian Oleh: Pn. Kalai Selvi a/p Maniam NO. BAHAGIAN DAERAH TUNAS REMAJA RENJER KADET CLOVER PEMIMPIN TREFOIL GUILD SUKARELAWAN JUMLAH 1 GOMBAK 2,164 996 379 54 65 2 HULU LANGAT 2,657 673 119 1 362 1 3 HULU SELANGOR 131 125 97 3 14 4 KLANG 833 487 281 74 188 5 KUALA LANGAT 555 63 17 1 56 6 KUALA SELANGOR 1,018 265 72 1 164 7 PETALING PERDANA 1,676 642 109 3 135 35 (Open Company) 1 8 PETALING UTAMA 489 357 175 168 88 9 SABAK BERNAM 83 132 67 0 26 10 SEPANG 1,096 367 147 0 110 JUMLAH 10,702 4,107 1,463 305 1,198 36 1 17,812 TREND DATA KEAHLIAN PPPM CAWANGAN SELANGOR DATA KEAHLIAN (AKTIF) PPPM CAWANGAN [email protected] 10 MAT PPPMCS Kali Ke-35


Laporan Pesuruhjaya Bahagian Program Oleh: Pn. Siti Hajjar binti Abdool Shukor E-KARNIVAL MALAYSIA MADANI PANDU PUTERI MALAYSIA, NEGERI SELANGOR’ SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2023 Tarikh : Pertandingan e-Karnival Malaysia Madani : 10 Ogos - 10 September 2023 Majlis Penutupan : 16 September 2023 (Sabtu) Tempat : Secara atas talian Jumlah penyertaan : 250 ahli dari setiap daerah Laporan ringkas : Satu platform yang memberi peluang kepada ahli-ahli Pandu Puteri Cawangan Selangor bertemu secara maya dalam aktiviti yang mencabar minda dan kreativiti mereka adalah penting dalam melahirkan satu masa depan positif. Justeru itu tema Hari Kebangsaan, 2023 iaitu “MALAYSIA MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” dijadikan tema dalam penganjuran semua pertandingan dalam e-Karnival ini. Persekitaran kondusif dalam penganjuran e-karnival ini diharap dapat memupuk dan memperkembangkan kemahiran insaniah serta jati diri dalam peribadi setiap Pemimpin dan ahli Pandu Puteri. Perkembangan pelbagai kemahiran insaniah boleh memotivasikan ahli Persatuan Pandu Puteri untuk menghasilkan satu masa depan positif dalam dunia masingmasing disamping dapat memupuk sikap cintakan negara. MAT PPPMCS Kali Ke-35


Laporan Pesuruhjaya Bahagian Latihan Oleh: Pn. Zalifah binti Reduan BENGKEL LENCANA WAJIB PERINGKAT KEBANGSAAN Tarikh: 31 Mei -2 Jun 2023 Tempat: Kem Permata Resort ,Alor Gajah Melaka Penganjuran : Majlis Jurulatih Kebangsaan Penerangan ringkas tentang aktiviti: Seramai 80 pemimpin dari cawangan Selangor telah menghadiri kursus Lencana Wajib anjuran peringkat Kebangsaaan. Tujuan bengkel ini adalah penataran kepada pemimpin mengenai pelaksanaan modul baru Lencana Kecekapan. Modul Lencana Kecekapan Tunas Puteri, Remaja dan Renjer . Keseluruhan penyertaan seramai 300 pemimpin dari seluruh Malaysia.Syabas dan tahniah kepada penganjur kerana mencapai target bilangan penataran modul baru lencana Kecekapan Persatuan Pandu Puteri. BENGKEL PERSEDIAAN UJIAN JURUBANTU MULA DAN KAUTERMASTER GURU GURU PEMIMPIN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN Tarikh: 30 Sept 2023 – 2 Oktober 2023 Tempat: Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak Penganjuran : Majlis Jurulatih Kebangsaan Penerangan ringkas tentang aktiviti: Seramai 58 pemimpin dari cawangan Selangor telah menghadiri bengkel. Tujuan bengkel adalah untuk memberi pengetahuan kepada calon calon yang akan mengambil Ujian Kuatermaster dan Jurubantu mula mengenai perkara-perkara yang diuji dalam perkhemahan. Pihak persatuan dalam usaha membantu pemimpin baru untuk menjadi Jurulatih. PPPMCS dibawah kepimpinan Puan Saadiah binti Yusof selaku Pesuruhjaya Cawangan Selangor telah menggalakkan pemimpin agar bergiat aktif mengambil ujian kuatermaster dan Jurubantu mula bagi membantu calon calon PP Raja di peringkat cawangan. MOD UJIAN KUATERMASTER Ujian Kuartermaster diambil sebagai salah satu ujian untuk melayakkan pemimpin mendapat pengiktirafan dan seterusnya melayakkan diri menerima anugerah-anugerah di dalam persatuan. Penglibatan pemimpin dalam perkhemahan adalah untuk memajukan kemahiran diri dan semangat menyahut cabaran Tarikh: 17-19 OGOS 2023 (Kursus Lanjutan Pandu Puteri Daerah Hulu Langat) Tempat: Rumah Pandu Puteri Selangor Jumlah penyertaan: 36 Murid Pemimpin : 6 Orang Nama Pemimpin 1: Thenmoli a/p Mohan (Hulu Langat) Penguji 1: Pn Hjh Nurulain bin Ngah (Jurulatih) Nama Pemimpin 2 : Bibi Iklima binti Muhammad Rashid (Hulu Langat) Penguji 2: Pn Paridah binti Wahab (Jurulatih Selangor) 12 MAT PPPMCS Kali Ke-35


MOD UJIAN JURUBANTU MULA Tarikh: 24-26 November 2023 Tempat: Rumah Pandu Puteri Selangor, PJ Jumlah penyertaan: 36 Murid Pemimpin : 6 Orang Nama Pemimpin 1: Chuah Gaik Suan (Sepang) Penguji 1: Pn Jamunes a/p Erulappan (Lesen Perkhemahan) Nama Pemimpin 2 : Kong Su Chan (Petaling Utama) Penguji 2: Pn Saadiah binti Salim (Jurulatih Pandu Puteri) Penerangan ringkas tentang aktiviti: Ujian bagi Jurubantu Mula diadakan sewaktu Perkhemahan S.T.E.M Explorer. Ujian Jurubantu mula juga telah diambil Puan Chuah Gaik Suan dari daerah Sepang dan Puan Kong Su Chan dari daerah Petaling Utama. Penglibatan pemimpin untuk mengambil ujian Jurubantu mula dan Jurumasak adalah ke arah pemimpn berkemahiran ilmu ilmu pandu puteri dan ke arah peningatan syarat menjadi jurulatih Pandu Puteri Malaysia selain mendapatkan pengiktirafan kemajuan kemahiran Pandu Puteri. Tarikh: 26-28 Ogos 2023 (Perkhemahan PP Remaja dan PP Renjer Daerah Petaling) Tempat: SMK USJ 12, Petaling Utama Jumlah penyertaan: 36 Murid Pemimpin : 6 Orang Nama Pemimpin : Kalai Selvi Maniam (Kuala Langat) Penguji : Pn Aisah bt Ibrahim (Jurulatih Selangor) Tarikh: 17-20/12/2023 (Perkhemahan Pandu Puteri Remaja dan Renjer Daerah Sepang) Tempat: Padang Sekolah SK Desa Pinggiran Putra Jumlah penyertaan: 30 Murid Pemimpin : 6 Orang Nama Pemimpin : AZLUL ADILAH BINTI ZAGHLOL(Pemimpin Petaling Utama) Penguji : Puan Paridah bt Wahab( Jurulatih Selangor) Tarikh: 1-3 Disember 2023(Program Khidmat Komuniti Dan Perkhemahan Pandu Puteri Klover 4.0) Tempat: Rumah Pandu Puteri Selangor Jumlah penyertaan: 36 Murid Pemimpin : 6 Orang Nama Pemimpin : Bibi Iklima binti Muhammad Rashid (Hulu Langat) Penguji : Pn Parames (Jurulatih PP Malaysia) MAT PPPMCS Kali Ke-35


MOD UJIAN JURUBANTU MULA Tarikh: 17-20/12/2023 Tempat: Padang Sekolah SK Desa Pinggiran Putra Jumlah penyertaan: 30 Murid Pemimpin : 6 Orang Nama Pemimpin : Rasmidi binti Juzad (Sepang) Penguji : Pn Paridah Wahab (Jurulatih Selangor) Penerangan ringkas tentang aktiviti: Ujian Jurubantu mula juga telah diambil oleh Puan Rasmidi Juzad pemimpin dari Sepang.Aktiviti berkaitan bantu mula telah dijadikan slot dalam perkhemahan Pandu Puteri Remaja dan Renjer Daerah Sepang.Penganjuran Perkhemahan ini adalah mod Ujian. MOD UJIAN LESEN PERKHEMAHAN Tarikh: 26-29/12/2023 Tempat: Padang Sekolah SMJK Katholik Jumlah penyertaan: 24 Murid Pemimpin : 6 Orang Nama Pemimpin : CHEE PEW LING (Petalin Perdana) Penguji : MS NG LYE YING (Jurulatih Pulau Pinang) Penerangan ringkas tentang aktiviti: Ujian Lesen Perkhemahan diadakan sewaktu Perkhemahan Pandu Puteri SMJK Katholik PJ atau dikenali sebagai Kem Krismas. Bertemakan Harmoni dan tujuan perkhemahan ini adalah syarat Ujian bagi pemimpin yang mahu memperolehi Lesen Perkhemahan. Pencapaian ini adalah laluan pemimpin untuk ke arah Jurulatih bertauliah dari Persatuan Pandu Puteri Malaysia. MOD UJIAN LESEN PERKHEMAHAN Tarikh: 17-20/12/2023 Tempat: Padang Sekolah SK Desa Pinggiran Putra Jumlah penyertaan: 30 Murid Pemimpin : 6 Orang Nama Pemimpin Sub Kem 1: ZALIFAH REDUAN(Sepang) Penguji Sub Kem 1: CIK KAMSURI BT IBRAHIM( Jurulatih Pahang) Nama Pemimpin Sub Kem 2: ASMA BINTI TAHRIM (Hulu Langat) Penguji Sub Kem 2: Pn Noorulhalalawati binti Che Ahmad ( Jurulatih Terengganu) Penerangan ringkas tentang aktiviti: Perkhemahan mod Ujian Lesen Perkhemahan sewaktu Perkhemahan Pandu Puteri Remaja dan Renjer daerah Sepang dibahagi kepada 2 subkem. Sub Kem 1 dikendalikan oleh Pn Zalifah bt Reduan (Pesuruhjaya latihan cawangan Selangor) dan SubKem 2 dikendalikan oleh Pn Asma Tahrim dari daerah Hulu Langat. Perkhemahan bertemakan Kem Tradisional untuk mengimbau kembali zaman kanak Kanak. Perkhemahan ini melibatkan seramai 28 Pandu Puteri Remaja daerah Sepang dan dihadiri juga 4 orang dari daerah Gombak dan 1 orang dari daerah Kuala Selangor. 14 MAT PPPMCS Kali Ke-35


Laporan Pesuruhjaya Bahagian PP Tunas Oleh: Pn. Hjh. Norlian binti Mhd Hashim ROSBUD CAMP Tarikh: 12-14 Mei 2023 Tempat: Baitun Nur Jumlah penyertaan: 10 pemimpin, 37 panel penguji , 164 Pandu Puteri Tunas Penerangan ringkas tentang aktiviti: Ahli-ahli Pandu Puteri Tunas terus mendapat ilmu dan pengetahuan berkaitan Pandu Puteri Tunas sejajar dengan sukatan program bagi sekolah rendah. SEMAKAN BUKU LOG CALON APPTKPC 2023 Tarikh: 17-18 Jun 2023 Tempat: Tabung Haji Jumlah penyertaan: 47 orang pemeriksa Penerangan ringkas tentang aktiviti: Program ini bertujuan untuk membuat semakan fail log calon APPTKP dari Cawangan Selangor.Dengan adanya semakan berpusat ini dapat membina dan meningkatkan kemahiran pemimpin tentang ilmu semakan dan penilaian yang selaras dengan skima pemeriksaan fail log peringkat kebangsaan. CABARAN PPT CAWANGAN Tarikh: 21-23/7 2023 Tempat: Baitun Nur, Selangor Jumlah penyertaan: 26 Pemempin, 123 calon APPTKPC Penerangan ringkas tentang aktiviti: Cabaran ini memberi pengetahuan dan pendedahan secara amali kepada calon APPTKPC dalam mengharungi segala cabaran dan rintangan dalam menyelesaikan tugasan kepanduan.Ia secara tidak langung memantapkan lagi calon APPTKPC dari segi mental, jasmani dan emosi.serta menentukan adanya peningkatan setiap tahun calon dari cawangan maju ke peringkat kebangsaan. MAT PPPMCS Kali Ke-35


PENYEMAKAN FAIL LOG TOPAZ III Tarikh: 4– 5 September 2023 Tempat: Baitun Nur,Selangor Jumlah penyertaan: 36 pemeriksa Penerangan ringkas tentang aktiviti: Program ini bertujuan untuk membuat semakan fail log Topaz III calon APPTKP dari Cawangan Selangor. PENYEMAKAN FAIL LOG TOPAZ II Tarikh: 15 Julai 2023 Tempat: Sk Taman Alam Megah,Selangor Jumlah penyertaan: 33 pemeriksa Penerangan ringkas tentang aktiviti: Program ini bertujuan untuk membuat semakan fail log Topaz II calon APPTKP dari Cawangan Selangor. CABARAN PANDU TUNAS KETUA PESURUHJAYA KEBANGSAAN Tarikh: 18 - 20/ 10 Tempat: USIMA Forest Resort, Melaka Jumlah penyertaan: 107 orang calon APPTKP 12 orang pemimpin pengiring Penerangan ringkas tentang aktiviti: Cabaran Anugerah Pandu Puteri Tunas (PPT) Ketua Pesuruhjaya 2023 peringkat Kebangsaan berlangsung selama 3 hari pada 18 - 20 Oktober 2023 di USIMA Forest Resort. Semua, murid yang telah berjaya melengkapkan 23 lencana kecekapan dan mengikuti pelbagai aktiviti Pandu Puteri di pelbagai peringkat (sekolah hingga antarabangsa) melayakkan mereka menerima anugerah ini. 16 MAT PPPMCS Kali Ke-35


BENGKEL PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PANDU PUTERI TUNAS 2024/2025 Tarikh: 18-19 Disember 2023 Tempat: Yeab Village,Hulu Langat Selangor Jumlah penyertaan: 30 orang peserta Penerangan ringkas tentang aktiviti: Program ini bertujuan bagi menghasilkan takwim aktiviti Pandu Puteri Tunas 2024/2025 Cawangan Selangor dan secara tidak langsung membentuk satu jaringan yang kukuh di kalangan guru pemimpin Pandu Puteri Tunas Cawangan Selangor. MAJLIS TERBANG NAIK 2024 Tarikh: 2 Feb 2024 Tempat: Sek keb Taman Muda,Selangor Jumlah penyertaan: Murid:56org Guru/Pemimpin Pandu Puteri/ AJK:39 org Penerangan ringkas tentang aktiviti: Program ini memberi pengiktirafan Pingat Sayap Terbang kepada penerima Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya 2023. Secara tidak langsung mengeratkan hubungan dan komunikasi sesama ahli dan sekolah yang terlibat. MAT PPPMCS Kali Ke-35


Laporan Pesuruhjaya Bahagian PP Remaja Oleh: Pn. Julie Chuah Gaik Suan PERKHEMAHAN PANDU PUTERI STEM EXPLORERS Tarikh : 24 – 26 NOV 2022 Tempat : RPPS Seramai 30 ahli pandu puteri remaja telah menyertai dalam perkhemahan yang diadakan selama 3 hari 2 malam. Matlamat utama perkhemahan ini diadakan ialah untuk membantu ahli pandu puteri remaja terutamanya dari Tingkatan 2 dan 3 mendapat bilangan hari yang cukup untuk perkhemahan selain dari mendapat pendedahan kepada aktiviti S.T.E.M ,khasnya aktiviti dalam lencana kecekapan GEAR UP. Pada hari pertama, peserta perkhemahan telah didedahkan aktiviti kreatif. Aktiviti menganyam tikar menggunakan plastic dan menghasilkan patung Sue Bonnet berlangsung pada waktu malam Pada hari kedua , ahli pandu puteri didedahkan dengan cara-cara membuat balutan ringkas seperti dalam Modul LK Bantu Mula. Mereka juga belajar bagaimana untuk membuat usungan ringkas. Pada waktu petang, ahli pandu puteri diberi peluang menunjukkan bakat mereka dalam memasak semasa aktiviti QM. Aktiviti kemuncak ialah Malam Unggun Api. Walaupun hujan turun lebat namun semangat ahli pandu puteri untuk berseronok masih tinggi. Perkhemahan berakhir dengan penyampaian sijil penyertaan dan sijil pencapaian kepada peserta perkhemahan. Majlis ini dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya Cawangan, Puan Saadiah binti Yusof. 18 MAT PPPMCS Kali Ke-35


Laporan Pesuruhjaya Bahagian PP Renjer Oleh: Pn. Sanisah binti Abdul Aziz PERTANDINGAN PIDATO MERDEKA E-KARNIVAL MALAYSIA MADANI 2023 PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR Tarikh : 16 September 2023 Tempat : Secara dalam talian Program Pidato Merdeka E-Karnival Malaysia Madani diadakan sempena Hari Kemerdekaan ke-65 berkonsepkan Jalur Liputan Internet bertemakan “Keluarga Malaysia Teguh Bersama” yang menunjukkan keharmonian dan keteguhan rakyat Malaysia sebagai satu keluarga selepas kemerdekaan. Oleh itu Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor mengambil peluang untuk sama-sama memeriahkan Hari Kebangsaan Malaysia dengan Pidato Merdeka bertajuk Kemerdekaan. Kemerdekaan bermaksud merdeka dari pelbagai sudut yang boleh membawa kepada keharmonian dan kebahagiaan dalam sesebuah keluarga setiap anak pandu khasnya. MAT PPPMCS Kali Ke-35


Laporan Pesuruhjaya Bahagian PP Klover Oleh: Pn. Nor Azura binti Razli PERTANDINGAN POSTER DIGITAL SEMPENA HARI KEMERDEKAAN Tarikh: 31. 8. 2023 Tempat: Dalam Talian Jumlah penyertaan: 60 peserta Sekolah dan institusi yang layak ke peringkat akhir: 1. Daerah Gombak -Smk Bukit Gading- 5 peserta 2. Daerah Hulu Langat -Smk Taman Tasek – 5 peserta 3. Daerah Petaling Utama - Kolej T6 Petaling Jaya – 5 Peserta 4. Daerah Klang - Kolej T6 Seri Istana - 5 peserta 5. Daerah Petaling Perdana - Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah – 5 peserta 6. Daerah Kuala Selangor - Kolej T6 Sultan Abdul Aziz - 5 peserta Penerangan ringkas tentang aktiviti: Pertandingan Poster Digital sempena Hari. Kemerdekaan, Dijalankan secara maya dan objektif pertandingan adalah untuk memupuk semangat Kemerdekaan dan sayangkan Negara Malaysia. Selain itu pertandingan ini juga dapat mencungkil bakat dan kemahiran Pandu Puteri dalam menghasilkan poster secara digital seiring dengan kemajuan sains dan teknologi yang berkembang pesat. Seramai 60 peserta menyertai program ini dari 6 daerah, 30 peserta berjaya ke peringkat negeri dan 6 peserta telah dipilih sebagai pemenang Peringkat Negeri. KEPUTUSAN PERTANDINGAN JOHAN FIONA NUR ARIESYA BINTI KAMARUDDIN SMK BUKIT GADING GOMBAK NAIB JOHAN NURSHERADILLA KTE PETALING JAYA PETALING UTAMA NAIB JOHAN SEE JIN WEN KTE SERI ISTANA KELANG KETIGA NURAFIFF AZZIQQA BINTI RODZUAN SMK BUKIT GADING GOMBAK KETIGA PARAMES A/P MUNIAN KTE PETALING JAYA PETALING UTAMA KETIGA CHIN XIN JIE KTE SERI ISTANA KELANG 20 MAT PPPMCS Kali Ke-35


Laporan Pesuruhjaya Bahagian PP Guild Trefoil Oleh: Pn. Hjh. Zulaika binti A. Rahman AHLI JAWATANKUASA GUILD TREFOIL Penasihat YBrs. Puan Saadiah binti Yusof Pesuruhjaya Guild Caw Selangor YBrs. Puan Hajah Norsham binti Mohd Salim Pengerusi YBhg. Puan Sri Datin Seri Hajjah Zalillah bte Mohd Taib Timbalan Pengerusi YBrs. Prof Madya Dr. Rohana binti Ngah Setiausaha Kehormat YBrs. Puan Hajah Zulaika binti A.Rahman Pen. Setiausaha Kehormat YBrs. Puan Hajah Laila @ Marzinah binti Ali Bendahari Kehormat YBrs. Puan Hajah Suzilawati binti Isa AJK YBrs. Puan Hajah Nor’Adza binti Ismail AJK YBrs. Puan Hajah Julia binti Tasrip AJK YBrs. Dr.NoorLina binti Mohd Yusof AJK YBrs. Puan Adzlinda binti Adnan Juruaudit YBhg. Datin Zuraidah binti Mohamad PROGRAM LESTARI KASIH PP GUILD TREFOIL CAWANGAN SELANGOR – LAWATAN KE MAAHAD TAHFIZ. Tarikh: 17 Februari 2023 Tempat: Maahad Tahfiz Sulaimaniyah Seksyen 7 Shah Alam. Jumlah penyertaan: 7 orang. Penerangan ringkas tentang aktiviti: Lawatan diketuai oleh Pengerusi Guild Trefoil CS Puan Sri Datin Seri Hajjah Zalillah bte Mohd Taib. Kami diberi penerangan tentang Sejarah penubuhan maahad ini di Malaysia. Ahli-ahli Guild Trefoil CS telah menghulurkan sumbangan dalam bentuk barang keperluan dan makanan kepada 40 orang penghuni Maahad Tahfiz Sulaimaniyah. SUMBANGAN MAKAN MALAM PP GUILD TREFOIL CS Tarikh:23 Februari 2023 Tempat:Rumah Pandu Puteri Cawangan Selangor Jumlah penyertaan: 7 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: PP Guild Trefoil CS telah memberikan sumbangan “packed food” untuk makan malam kepada 80 orang ahli Pandu Puteri dan 4 orang pemimpin yang merupakan peserta kepada World Thinking Day yang diadakan di Gong Badak Kuala Terengganu. WALK FOR PEACE SELANGOR 2023 – VIRTUAL RUN Tarikh: 22 Februari – 16 Mac 2023 Tempat: Di persekitaran Kawasan rumah masing-masing Jumlah penyertaan: 8 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: Seramai 8 orang ahli Guild Trefoil telah berjaya mengambil bahagian dan melepasi 5 km. Larian dibuat di kawasan kediaman masing-masing. MAT PPPMCS Kali Ke-35


PERSIDANGAN GUILD TREFOIL PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KEDUA Tarikh: 7 – 10 Mac 2023. Tempat: Waterfront Hotel, Kuching, Sarawak Jumlah penyertaan: 13 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: Seramai 13 orang ahli Guild Trefoil telah mewakili Selangor dalam persidangan ini. Selain menghadiri majlis perasmian, ahliahli telah terlibat dalam pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur. Antaranya lawatan ke muzium Sarawak, pertandingan membuat video Kumpulan, demonstrasi memasak dan kraf tangan tradisional Sarawak. Pada hari terakhir, mesyuarat agung Guild Trefoil Peringkat Kebangsaan kali kedua telah diadakan NATIONAL PLASTIC BUSTERS – BEACH, RIVER/ PARK CLEAN UP TAHUN 2023 Tarikh: 8 Julai 2023. Tempat: Taman Tasik Shah Alam Jumlah penyertaan: 10 orang ahli Guild Trefoil. Penerangan ringkas tentang aktiviti: Ahli-ahli Guild Trefoil menjalankan tugas sebagai AJK membantu PPPM Daerah Petaling. Selain membantu di bahagian pendaftaran, ahli GT juga terlibat dalam pembahagian dan pengagihan makanan serta minuman kepada para peserta. Ahli GT juga turut serta dalam membersihkan kawasan di sekitar Taman Tasik Shah Alam. MESYUARAT AGUNG PANDU PUTERI GUILD TREFOIL CAWANGAN SELANGOR BIL 2. Tarikh: 9 Julai 2023. Tempat: Kediaman Pengerusi Guild Trefoil Cawangan Selangor. Jumlah penyertaan: 20 orang ahli Guild Trefoil. Penerangan ringkas tentang aktiviti: Mesyuarat Agung dirasmikan oleh YBrs. Puan Saadiah binti Yusof, Ketua Pesuruhjaya Cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor. Mesyuarat Agung dipengerusikan oleh YBhg. Puan Sri Datin Seri Hajjah Zalilah binti Mohd Taib, Pengerusi Pandu Puteri Trefoil Cawangan Selangor. Mesyuarat diadakan secara hybrid dan telah berjalan dengan lancarnya. Pada tahun ini tiada pemilihan AJK baharu, AJK lama dikekalkan. MAJLIS HI-TEA AMAL PANDU PUTERI GUILD TREFOIL CAWANGAN SELANGOR Tarikh: 20 Ogos 2023. Tempat: Kelab Taman Perdana Diraja Kuala Lumpur Penerangan ringkas tentang aktiviti: Majlis dirasmikan oleh YAM Dato Seri Datin Paduka Setia Tunku Irinah binti Almarhum Tuanku Jaafar, Tengku Puan Panglima Diraja Selangor, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor. Turut hadir ialah YBhg Dato’ Yeoh Soo keng, Ketua Pesuruhjaya PPPM, Puan Hajah Juriah binti Mohamed, Pesuruhjaya Guild Kebangsaan,PPPM Syabas dan Tahniah kepada Pengerusi Guild Trefoil Cawangan Selangor, Puan Sri Datin Seri Hajjah Zalilah binti Mohd Taib, barisan AJK dan semua ahli Guild Trefoil Cawangan Selangor atas kejayaan Majlis Hi-Tea Amal ini. 22 MAT PPPMCS Kali Ke-35


PROGRAM LESTARI KASIH GUILD TREFOIL CAWANGAN SELANGOR – LAWATAN KE PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN, SABAK BERNAM (PAYSA). Tarikh:11 Oktober 2023. Tempat: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin, Sabak Bernam (PAYSA) Jumlah penyertaan: 28 orang ahli Guild Trefoil dan fasilitator. Penerangan ringkas tentang aktiviti: PP Guild Trefoil Cawangan Selangor telah menyantuni seramai 22 orang anak- anak di PAYSA. Rombongan seramai 28 orang diketuai oleh Pengerusi Guild Trefoil Cawangan Selangor, Puan Sri Datin Seri Hajjah Zalillah bte Mohd Taib, barisan AJK, ahli- ahli Guild Trefoil dan siswi siswa UiTM. Terima kasih kepada semua ahli yang telah memberikan sumbangan kepada PAYSA. LARIAN MONSUN SELANGOR 2023 VIRTUAL RUN Tarikh: 20 -30 November 2023 Tempat: Taman Tasik Shah Alam dan kawasan kediaman masing-masing. Jumlah penyertaan: 14 orang ahli Guild Trefoil. Kategori: Guild Trefoil 3km Penerangan ringkas tentang aktiviti: Tahniah kepada sahabat-sahabat yang telah mengambil bahagian. Peserta larian telah mengambil bahagian beramai-ramai di Taman Tasik Shah Alam dan juga ada yang mengambil bahagian di persekitaran rumah masing-masing. GIRL GUIDES VIRTUAL WALK 2023 PERINGKAT KEBANGSAAN Tarikh: 3 Disember 2023 Tempat: Taman Tasik Shah Alam Jumlah penyertaan: 14 orang ahli Guild Trefoil. Kategori: Guild Trefoil 3km Penerangan ringkas tentang aktiviti: Syabas dan tahniah kepada ahli Guild Trefoil yang telah mengambil bahagian dalam acara Virtual Walk anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Pada hari Ahad, 3 Disember 2023, sebahagian daripada ahli telah mengambil bahagian bersama-sama diketuai oleh Pengerusi Guild Trefoil Cawangan Selangor, Puan Sri Datin Seri Hajjah Zalillah bte Mohd Taib. Kami berjaya menamatkan Virtual Walk sejauh 3 kilometer (kategori Guild Trefoil) bertempat di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam. Manakala peserta yang lain mengambil bahagian di kawasan persekitaran rumah masing-masing. MAT PPPMCS Kali Ke-35


PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR Februari 2023 – Januari 2024


Laporan Tahunan Daerah Gombak LEMBAGA EKSEKUTIF DAERAH Yang Dipertua Hajah Nasimah binti Ahmad Pesuruhjaya Daerah Jamaliah binti Mohamad Setiausaha Kehormat Mazlina binti Ismail Bendahari Kehormat Ummi Farah Aqilah binti Zulkipeli Pesuruhjaya Kelip-Kelip Nor Rafidah binti Othman Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Sinisia Enti a/k Tong Keng Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Siti Hajar Abdool Shukur Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Majidah binti Omar Pesuruhjaya Pandu Puteri Klover Nor Azura binti Razli Pesuruhjaya Latihan Maryanti binti Jamaludin Pesuruhjaya Keahlian Natasha Shafrini binti Mat Yusof Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat Haniza binti Hanafi Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan Saadiah binti Yusof JURULATIH BERTAULIAH Azizah binti Abdul Majid Pengurusan Saadiah binti Yusof Pandu Puteri Renjer PENOLONG JURULATIH Noriah binti Basid Pandu Puteri Remaja Jamaliah binti Mohamad Pandu Puteri Renjer Laporan Aktiviti Bergambar MAJLIS ANUGERAH JED Tarikh: 28 Januari 2023 Tempat: Dewan Seri Melawati, SMK Tmn Melawati Penerangan ringkas tentang aktiviti: Majlis ini telah dihadiri oleh 26 orang ahli PP Remaja. Masjlis diadakan untuk menyampaikan Anugerah JED kepada PP Remaja yang telah berjaya melengkapkan semua lencana kecekapan untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya iaitu Anugerah PP Remaja. Sebanyak 26 orang ahli PP Remaja telah pun berjaya mendapatkan anugerah ini. INTRODUCTION TO CYBERSECURITY COURSE 17.2.2023- 24.2.2023, secara dalam talian di kediaman masingmasing. Penerangan ringkas tentang aktiviti: Kursus pengenalan tentang keselamatan siber, dijalankan secara atas talian dengan kerjasama Microsoft dan ASEAN Foundation. Jumlah penyertaan adalah seramai 39 orang. Murid- murid mendengar taklimat di sesi yang telah ditetapkan ketika mendaftar dan mereka diminta melengkapkan module dalam masa seminggu.Murid yang berjaya akan diberikan sijil peringkat Kebangsaan MAT PPPMCS Kali Ke-35


PERTANDINGAN MEREKACIPTA TAMAN DIGITAL SEMPENA WORLD THINKING DAY 2023 Tarikh: 28 February 2023 Penerangan ringkas tentang aktiviti: Pertandingan Rekacipta Taman Digital ini telah diadakan secara atas talian. Peserta diminta mencipta taman digital ini menggunakan aplikasi pilihan masing-masing. Seramai 24 orang ahli PP Remaja dan Renjer telah pun mengambil bahagian. 5 pemenang telah mendapat sijil pencapaian dan semua peserta telah mendapat sijil penyertaan. FIJI GIRLGUIDE FRIENDLY MEET Tarikh: 17.6.2023, Wisma Pandu Puteri Kuala Lumpur Penerangan ringkas tentang aktiviti: Aktiviti demonstrasi masakan tradisional untuk delegasi daripada negara Fiji. Aktivit yang sangat menarik dan mendapat sambutan. masakan yang di demonstrasi lepat pisang, dumpling, air sirap, cekodok dan kuih ketayap. Seramai 6 orang ahli terpilih dan mereka telah berjaya menjayakan aktivit ini dengan cemerlang. PLASTIC BUSTERS Tarikh: 8.7.2023, Taman Metropolitan Kepong Penerangan ringkas tentang aktiviti: Aktiviti yang dijalankan serentak di seluruh negara disertai oleh 13 orang, objektifnya untuk membersihkan taman-taman, sungai dan kawasan pantai. Menerapkan nilai untuk murid - murid menjaga dan melindungi alam sekitar PERTANDINGAN FASHION SHOW MERDEKA EKARNIVAL MADANI Tarikh: Mulai 10 Ogos 2023 Hingga 10 September 2023 Penerangan ringkas tentang aktiviti: Pertandingan secara dalam talian sempena hari kemerdekaan. Pertandingan yang disertai oleh 5 orang ahli PP Kelip-kelip ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri ahli pandu puteri Kelip-Kelip yang menyertainya seperti semangat cintakan negara, menghargai warisan budaya dan berkeyakinan menonjolkan bakat masing-masing. 26 MAT PPPMCS Kali Ke-35


KHIDMAT MASYARAKAT PANDU PUTERI TUNAS Tarikh: 19 Ogos 2023 Penerangan ringkas tentang aktiviti: Program khidmat masyarakat ini diadakan pada 19 Ogos 2023 di Dewan MPKK Kg Sg Tua Baharu dan Balai Wanita di Kg Sg Tua Baharu. Seramai: 13 orang Pemimpin dan 33 orang ahli PPT menyertai program ini. Matlamat projek kami ini adalah menyediakan persekitaran dewan dan balai wanita yang lebih bersih dan selesa serta mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan antara yang terlibat. Aktiviti yang dijalankan semasa program khidmat masyarakat ini adalah membersihkan kawasan dewan dan bergotong royong membersihkan balai wanita dengan aktiviti mengelap cermin tingkap, menyapu kawasan dalam dewan dan balai wanita. Ahli PPT juga didedahkan dengan aktiviti menggoreng telur dadar dengan menggunakan daun kelor dan menanam pokok bunga menggunakan bahan terbuang seperti botol air mineral dan botol sabun pencuci pakaian. Pada masa yang sama juga kami menerima lawatan YB Menteri Besar Selangor untuk aktiviti memasang Jalur Gemilang sempena dengan Bulan Kemerdekaan. Ahli PPT merasa seronok kerana dapat menyumbangkan bakti kepada masyarakat setempat dan kami disambut dengan penuh kemeriahan oleh JKK di sana. MONSUN RUN Dalam Talian - di kediaman sendiri Penerangan ringkas tentang aktiviti: Pertandingan adalah secara Maya di kediaman masing-masing, disertai oleh 14 ahli dan 2 pemimpin. Seorang ahli telah berjaya mendapat tempat Anugerah Platinum dan 13 lagi mendapat Anugerah Emas. MONSUN RUN (RENJER) Tarikh: 21 Nov - 15 Disember 2023, secara maya Penerangan ringkas tentang aktiviti: Aktiviti ini dilajalankan secara maya di sekitar kediaman masing-masing yang disertai oleh 36 ahli PP Renjer Gombak. 9 ahli renjer telah berjaya mendapat tempat Pertama (Platinum), 10 orang ahli renjer telah berjaya mendapat tempat kedua (Gold) 7 orang ahli renjer mendapat tempat ketiga (Silver) dan 10 orang ahli renjer mendapat tempat keempat (Bronze) VIRTUAL WALK Tarikh: Tarikh:22.11.2023 Penerangan ringkas tentang aktiviti: Larian secara Maya ini telah disertai oleh 14 ahli PP dan 2 orang pemimpin. Boleh membuat larian 3km, 5, km dan 10 km. Peserta yang berjaya menghantar dan menamatkan larian akan diberikan sijil dan lencana. Aktiviti ini memupuk gaya hidup sihat di kalangan ahli Pandu Puteri. MAT PPPMCS Kali Ke-35


Laporan Tahunan Daerah Hulu Langat LEMBAGA EKSEKUTIF DAERAH Pengerusi Datin Wan Nor Ashikin bt Hj Abu Kassim Pesuruhjaya Daerah Puan Hjh Norlian bt Mhd Hashim Setiausaha Kehormat Puan Azura Aini bt Abdullah Bendahari Kehormat YM Raja Khariyah bt Raja Leman Pesuruhjaya Kelip-kelip Puan Nurnazatuliza bt Abas Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Puan Noorzilawati bt Yusof Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Puan Rasipah bt Sahari Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Puan Noraini binti Kamarudin Pesuruhjaya Pandu Puteri Klover Puan Nurul Khalbee bt Abdul Kadir Pesuruhjaya Latihan Puan Paramesvary a/p Perumal Pesuruhjaya Program Puan Norlia bt Abdullah Pesuruhjaya Keahlian Puan Norliza bt Zulkaply Pesuruhjaya Perhubungan Dengan Masyarakat Puan Nor Zarina bt Ahmad Zainudin Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan Puan Nor Rahimah bt Mahidin JURULATIH BERTAULIAH Puan Paramesvary a/p Perumal Perkhemahan PENOLONG JURULATIH Puan Norlia bt Abdullah Pengurusan Laporan Aktiviti Bergambar MAJLIS TERBAIK NAIK 2023 Tarikh : 6 Januari 2023, Tempat : SK Bandar Tun Hussien Onn 2 Penerangan ringkas tentang aktiviti: Persatuan Pandu Puteri Daerah Hulu Langat telah menganjurkan Majlis Terbang Naik yang telah melibatkan 7 buah daerah dalam Cawangan Selangor. Seramai 47 orang yang menyertai majlis ini. Program yang dirancang adalah bagi memberi pengiktirafan kepada ahli-ahli yang telah berjaya menyelesaikan sukatan dan mendapat anugerah di peringkat kebangsaan pada tahun 2022 serta mengukuhkan hubungan dan interaksi dalam kalangan pemimpin dan memberi semangat kepada mereka agar dapat melahirkan lebih banyak lagi calon APPTKP pada tahun 2023. MAJLIS TADARUS & KHATAM AL-QURAN PPPMCS DAERAH HULU LANGAT TAHUN 2023 Majlis Tadarus Al Quran Tarikh : 29 Mac hingga 10 April 2023 (Tadarus Al-Quran), Tempat : Lokasi rumah masing-masing (secara dalam talian) Majlis Khatam Al Quran Tarikh : 15 April 2023, Tempat : Dataran Bestari, SK Taman Rakan Penerangan ringkas tentang aktiviti: Program ini telah disertai oleh seramai 458 orang. Pandu Puteri Daerah Hulu Langat telah mengadakan Majlis Tadarus & Khatam Al Quran bermula 29 Mac hingga 10 April dan Majlis Khatam Al Quran pada 15 April 2023 di SK Taman Rakan. Pendaftaran peserta dibuka pada 20 hingga 26 Mac 2023. Pengagihan juzuk al quran untuk semua ahli Pandu Puteri pada 28 Mac 2023. Sebanyak 40 buah sekolah rendah dan 15 buah sekolah menengah menyertai program ini. 28 MAT PPPMCS Kali Ke-35


MUSTIKA KEMERDEKAAN 2023 PANDU PUTERI TUNAS Tarikh : 9 – 23 Ogos 2023, Tempat : secara atas talian Penerangan ringkas tentang aktiviti: Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli Pandu Puteri Tunas mengambil bahagian di peringkat daerah dalam aktiviti yang dianjurkan, menyemarakkan semangat patriotisma di kalangan ahli terutamanya Pandu Puteri Tunas dan untuk memilih karya yang terbaik di peringkat daerah untuk dihantar dan dipertandingkan di peringkat cawangan.Sebanyak 2 pertandingan telah diadakan iaitu Pertandingan Kad Ucapan Bulan Kemerdekaan dan Pertandingan TIK TOK MERDEKA. KURSUS LANJUTAN PEMIMPIN PANDU PUTERI DAERAH HULU LANGAT 2023 Tarikh : 17 hingga 19 Ogos 2023, Tempat: Rumah Pandu Puteri Penerangan ringkas tentang aktiviti: Program Pemimpin Pandu Puteri Malaysia telah pun disemak semula dan pemurnian telah dilakuan dari masa ke semasa sepanjang tahun 2022. Sebilangan pemimpin juga telah menghadiri dengan jayanya Kursus Lanjutan Pemimpin secara dalam talian tanpa adanya pendekatan kemahiran amali (‘hands-on’). Kesinambungan daripada itu pihak Pandu Puteri Daerah Hulu Langat akan menganjurkan KURSUS LANJUTAN, PEMIMPIN PANDU PUTERI DAERAH HULU LANGAT, CAWANGAN SELANGOR, 2023 untuk mengukuhkan dan meningkatkan penguasaan Pemimpin-Pemimpin Pandu Puteri serta terus maju dalam program pemimpin pandu puteri Malaysia. Kursus ini disertai seramai 42 orang pemimpin Pandu Puteri. Program ini juga merupakan satu platform untuk pemimpin yang berpengalaman supaya dapat mengambil Ujian Jurubantu Mula / Kuartermaster dalam Kursus Lanjutan. JOM BERKHEMAH Tarikh : 20 – 22 Oktober 2023, Tempat : Kem Baitun Nur, Banting Penerangan ringkas tentang aktiviti: Jumlah Penyertaan : 71 orang Pandu Puteri Tunas, 43 orang Pandu Puteri Remaja Program yang dirancang sesuai untuk calon melayakkan diri untuk menerima Anugerah Pandu Puteri di peringkat cawangan dan kebangsaan. Perkhemahan ini bertujuan untuk membina jati diri ahli bagi melahirkan insan seimbang yang mampan dan mampu menghadapi saingan dalam kehidupan. Aktiviti seumpama ini juga, berupaya menyerlahkan kemampuan ahli untuk mendepani saat sukar dan boleh mencipta insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Setiap ahli yang menyertai perkhemahan ini bakal kalis mengharungi alam kehidupan sebenar yang lebih mencabar dengan mengaplikasikan pengalaman yang ditimba nanti. BENGKEL LENCANA KECEKAPAN SAINS DAN TEKNOLOGI (ROBOTIK, PANGATURCARAAN & KOMPUTER) Tarikh : 4 dan 18 November 2023, Tempat : Asia Pacific University, Bukit Jalil, Kuala Lumpur Penerangan ringkas tentang aktiviti: Bengkel Aktiviti Sains dan Teknologi disertai oleh 188 orang diadakan untuk memenuhi skim lencana kecekapan dan anugerah Pandu Puteri Remaja dan Renjer. Ahli yang hadir dapat menimba ilmu berkaitan dengan komputer dan Internet, pengaturcaraan, robotik dan pengetahuan semasa seperti ChatGPT, Generative AI dan Metaverse. Ahli juga boleh menghasilkan dokumen menggunakan aplikasi yang berlainan, carta alir menggunakan kod pseudo, projek animasi yang ringkas dan prototaip robot secara “hands-on”. Ahli boleh melengkapkan modul fail log setelah melaksanakan perkaraperkara yang ditetapkan dan mendapat lencana-lencana tersebut. MAT PPPMCS Kali Ke-35


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PANDU PUTERI DAERAH HULU LANGAT KALI KE 24 Tarikh : 19 Mei 2023, Tempat : Dewan Gemilang SEMUHSIN, SMK Engku Husain Pandu Puteri Daerah Hulu Langat telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 24 tahun 2023 pada 19 Mei 2023 dan dihadiri seramai 120 orang pemimpin. Antara agenda mesyuarat ialah ucapan pengerusi, mengesahkan minit mesyuarat kali ke 23 tahun 2022, membentangkan dan mengesahkan penyata kewangan tahun 2022, membentang dan mengesahkan laporan aktiviti tahun 2022 dan aktiviti tahun 2023, perkara berbangkit, hal-hal lain dan ucapan penangguhkan. Program diteruskan dengan penyampaian sijil dan anugerah kepada pemimpin dan ahli pandu puteri. Antara anugerah yang disampaikan ialah Pingat Jasa Lama 5 tahun, Pingat Jasa Lama 10 tahun, Lencana Mutiara 1, Anugerah Pandu Puteri Remaja 2022, Anugerah Pandu Puteri Raja 2022, Penghargaan kepada Sekolah serta Pemimpin Pandu Puteri Remaja 2022. BENGKEL GEAR UP DAN MAJLIS PANDU PUTERI RENJER PPPM CAWANGAN SELANGOR DAERAH HULU LANGAT TAHUN 2023 Tarikh : 15 Julai 2023, Tempat : Dewan Gemilang SEMUHSIN, SMK Engku Husain Bengkel Lencana Kecekapan Gear Up telah dihadiri oleh 144 ahli Pandu Puteri Renjer dan diadakan untuk memberi input kepada pemimpin dan ahli Pandu Puteri Renjer tentang lencana kecekapan Pandu Puteri yang baharu. Ahli yang hadir dapat mempelajari lencana kecekapan Gear Up yang betul yang merupakan lencana wajib dalam aktiviti Pandu Puteri. Selain daripada itu, ahli juga dapat melengkapkan modul fail log Lencana Kecekapan Gear Up yang merupakan lencana wajib dalam syarat Prinsip asas Pandu Puteri Renjer untuk lantikan sebagai ahli Pandu Puteri renjer. Program Majlis Pandu Puteri Renjer peringkat daerah merupakan satu program yang dirancang khusus untuk ahli Pandu Puteri Renjer Hulu Langat. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada ahli Pandu Puteri Renjer melibatkan diri dalam aktiviti Pandu Puteri. Di samping itu, ahli Pandu Puteri Renjer yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Renjer akan berkesempatan untuk merancang aktiviti untuk ahli Pandu Puteri Renjer daerah. Selain itu, ahli Pandu Puteri Renjer juga berpeluang untuk mempraktikkan ilmu Pandu Puteri dalam pertandingan yang diadakan. BENGKEL LENCANA KECEKAPAN WAJIB PANDU PUTERI TUNAS, PANDU PUTERI REMAJA & PANDU PUTERI RENJER BAGI PEMIMPIN DAERAH HULU LANGAT TAHUN 2023 Tarikh : 9 & 10 Jun 2023, Tempat : IPG Bangi Bengkel ini telah disertai oleh 80 orang pemimpin Pandu Puteri Tunas, Remaja dan Renjer diadakan untuk memberi input kepada pemimpin Pandu Puteri Tunas, Remaja dan Renjer tentang lencana kecekapan wajib yang perlu dilaksanakan oleh ahli Pandu Puteri di sekolah rendah dan sekolah menengah . Pemimpin yang hadir dapat mempelajari syarat-syarat lencana kecekapan yang betul yang merupakan asas penting dalam aktiviti Pandu Puteri. Selain daripada itu, ahli juga dapat melengkapkan modul fail log Lencana Kecekapan yang merupakan lencana wajib dalam syarat Prinsip asas Pandu Puteri untuk lantikan sebagai ahli Pandu Puteri Tunas, Remaja dan Renjer. FIESTA PANDU PUTERI KELIP-KELIP DAERAH HULU LANGAT, CAWANGAN SELANGOR TAHUN 2023. Tarikh : 9 Disember 2023, Tempat : SK Kantan Permai Bilangan Penyertaan : 108 ahli Pandu Puteri Kelip-kelip Pelbagai aktiviti yang diadakan sempena Fiesta Pandu Puteri Kelipkelip antaranya memasang khemah, menjaringkan bola, memancing, tuju tin, menguli doh, nyanyian dan gerakan, Saintis Muda, Permainan Kim dan Perfect Looking Girl. Fiesta ini bermula pada pukul 7.30 pagi dan tamat pada pukul 2.00 petang. Seramai 108 ahli PP Kelip-Kelip menyertai program ini. 30 MAT PPPMCS Kali Ke-35


Laporan Tahunan Daerah Klang LEMBAGA EKSEKUTIF DAERAH Pesuruhjaya Daerah Pn Zulaiha Binti Dakun Pen. Pesuruhjaya Daerah Pn Sanisah Binti Abdul Aziz Setiausaha Pn Norashikin Binti Sumailan Bendahari Cik Lim Ling Ling Pesuruhjaya Kelip-Kelip Pn. Norshahrina Binti Sirun Pesuruhjaya PP Tunas Cik Rozani Binti Kamarudin Pesuruhjaya PP Remaja Pn Rachel A/P Raveendran Pesuruhjaya PP Renjer Pn Nor Roshidah Binti Mohd. Arshad Pesuruhjaya Clover Pn Sharifah Mazwin Binti Syed Adam Pesuruhjaya Program Pn Lee Chung Ling Pesuruhjaya Latihan Pn Irmayanty Binti Mohd Simin Pesuruhjaya Keahlian Pn Nor Azlin Binti Md Yusof Pesuruhjaya Antarabangsa Pn Norhayati Binti Zurairi Pesuruhjaya Perhbgn Dgn Masy Pn Musni Malisa Binti Mustafar Pesuruhjaya Struktur & Organisasi Pn Norazah Binti Mohd. Yassin Laporan Aktiviti Bergambar Bengkel WAGGGS FBM Pandu Puteri Tunas Tarikh: 8 Jun 2023 (Khamis), Tempat: Sekolah masingmasing (Google Meet) Jumlah penyertaan: 56 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: Bengkel ini telah diadakan pada 8 Jun 2023 di sekolah masing-masing secara Google Meet. Bengkel ini telah diketuai oleh Fasilitator WAGGGS iaitu Pn Zaliah binti Zakaria dan Pn Nor Roshidah binti Mohd Arshad. Seramai 56 orang peserta telah mengambil bahagian yang bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang. Semua peserta telah diberi modul WAGGGS - Free Being Me sebelum bengkel berlangsung. Guru-guru pemimpin bagi sekolah yang terlibat juga telah diberi taklimat awal cara-cara membantu murid menjalankan modul semasa aktiviti bengkel dijalankan di sekolah masing-masing. Semua peserta diberikan masa seminggu untuk melengkapkan modul masing-masing sebelum lencana WAGGGS diberikan. Semakan Buku Log Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya Cawangan Fasa 2 Tarikh: 14 Jun 2023 (Rabu), Tempat: SK Tengku Bendahara Azman 2 Jumlah penyertaan: 8 orang penilai buku log Daerah Klang Penerangan ringkas tentang aktiviti: Aktiviti semakan buku log dijalankan bagi menyemak calon Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Semakan ini telah dijalankan di SK Tengku Bendahara Azman 2. Buku log yang disemak adalah Log Topaz II. Calon diberi cadangan cara yang betul dan sesuai untuk menyiapkan log Topaz II dengan lengkap. Calon juga diberikan masa untuk melengkapkan log masing-masing sekiranya mempunyai pembetulan atau perlu diperbaiki. MAT PPPMCS Kali Ke-35


KURSUS PERKHEMAHAN REMAJA RENJER Tarikh: 20 dan 21 Julai 2023 (Khamis dan Jumaat), Tempat: Sekolah masing-masing (Google Meet) Jumlah penyertaan: 120 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: Kursus perkhemahan ini bertujuan melahirkan ahli Pandu Puteri Remaja dan Renjer yang berpengetahuan tinggi dan luas dalam ilmu Pandu Puteri. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti Asas Mendirikan Khemah, Ikatan, Simpulan dan Gajet, Penulisan Buku Log, Kawad Kaki, Istiadat Bendera, Irama dan Lagu. Semua kumpulan peserta juga dikehendaki menghantar video menjalankan aktiviti irama dan lagu kepada pihak penganjur. PROGRAM KHIDMAT MASYARKAT – KUNJUNG KHIDMAT PANDU PUTERI TUNAS Tarikh: 13 Julai 2023 (Selasa), Tempat: Kediaman Hjh Mokminah binti Hj Ahmad, Sungai Udang Klang Jumlah penyertaan: 11 orang calon Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Penerangan ringkas tentang aktiviti: Aktiviti kunjung khidmat ini telah diadakan pada 13 Julai 2023 di Kediaman Hjh Mokminah binti Hj Ahmad, Sungai Udang Klang. Calon-calon telah berkumpul pada pukul 2.00 petang dan diberi taklimat oleh Cik Rozani binti Kamarudin, Pesuruhjaya Tunas Daerah Klang tentang aktiviti yang akan dijalankan di rumah tersebut. Tuan rumah juga mengalu-alukan kehadiran semua calon dan menerangkan beberapa tugasan yang boleh dilakukan seperti menyapu sampah, mengelap tingkap dan menyiram pokok bunga di sekeliling rumah. Pada akhir aktiviti, Hjh Mokminah menjamu semua calon dengan hidangan minum petang sebelum bersurai. ePROGRAM SEMARAK BULAN KEBANGSAAN PPT DAERAH KLANG 2023 Tarikh: 16 Ogos hingga 3 Sept 2023, Tempat: Dalam talian Jumlah penyertaan: a) Pertandingan Membuat Kad Ucapan Merdeka (32 orang) b) Pertandingan Kolaj Merdeka (34 orang) c) Pertandingan Swafoto Merdeka (20 orang) Penerangan ringkas tentang aktiviti: Pertandingan yang telah diadakan bagi memupuk jati diri dan semangat cintakan negara kepada ahli- ahli Pandu Puteri melalui aktiviti yang dijalankan sempena sambutan kemerdekaan tanah air Malaysia yang ke-66. 3 kategori pertandingan telah dijalankan iaitu Pertandingan Kad Ucapan Merdeka, Pertandingan Kolaj Hari Kebangsaan dan Pertandingan Swafoto Hari Kebangsaan. Syarat-syarat telah diberikan dan semua hasil mestilah dijadikan laporan bergambar sebelum laporan tersebut dimuatnaik ke dalam Google Form yang disediakan. 32 MAT PPPMCS Kali Ke-35


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PANDU PUTERI DAERAH KLANG 2023 Tarikh: 13 Oktober 2023 (Jumaat), Tempat: SK Bukit Rimau Jumlah penyertaan: 33 AJK dan 53 pemimpin Penerangan ringkas tentang aktiviti: Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri dijalankan bagi membentangkan laporan kewangan dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun bagi setiap bahagian. Dalam mesyuarat ini juga, aktiviti yang bakal dijalankan pada tahun 2024 juga telah diwar-warkan. Majlis juga diserikan lagi dengan penganugerahan Pingat Jasa Lama, penerima Mutiara 1, penyampaian sijil terima kasih atas komitmen AJK Daerah dan para penilai fail log daerah, Mesyuarat yang bermula pada pukul 8.00 pagi berakhir pada pukul 12.30 tengah hari. BENGKEL WAGGGS FBM DAN MESYUARAT MAJLIS RENJER Tarikh: 16 – 17 November 2023 (Khamis dan Jumaat), Tempat: SMK Taman Klang Utama dan dalam talian Jumlah penyertaan: 56 Penerangan ringkas tentang aktiviti: Bengkel ini telah dijalankan selama 2 hari. Pada hari pertama, perjumpaan bagi bengkel WAGGGS FBM dijalankan secara bersemuka di SMK Taman Klang Utama. Bengkel telah dikendalikan oleh Fasilitator WAGGGS iaitu Pn Siti Zaliah binti Zakaria dan Pn Nor Roshidah binti Mohd Arshad. Pada hari kedua, Mesyuarat Majlis Renjer dijalankan secara dalam talian. Mesyuarat Renjer dijalankan bagi memilih kepimpinan tertinggi bagi Majlis Renjer. BENGKEL LENCANA WAJIB PEMIMPIN PP TUNAS, REMAJA DAN RENJER DAERAH KLANG Tarikh: 23 – 24 November 2023 (Khamis dan Jumaat), Tempat: SK (1) Simpang Lima Jumlah penyertaan: 38 AJK dan fasilitator, 90 orang pemimpin Penerangan ringkas tentang aktiviti: Bengkel Lencana Wajib bagi pemimpin Pandu Puteri Tunas, Remaja dan Renjer ini telah diadakan selama 2 hari. Semua pemimpin didedahkan dengan silibus terkini bagi pasukan masing-masing. Pembentangan dan ceramah telah disampaikan oleh fasilitator yang mempunyai pengalaman mengikuti bengkel lencana wajib di peringkat kebangsaan. Kerjasama dari jawatankuasa dan guru pemimpin sekolah-sekolah yang terlibat dalam menjalankan aktiviti memudahkan pengurusan sepanjang 2 hari program dijalankan MAT PPPMCS Kali Ke-35


Laporan Tahunan Daerah Kuala Langat LEMBAGA EKSEKUTIF DAERAH Pesuruhjaya Daerah Pn. Puti Noormaza binti Mashudi Timbalan Pesuruhjaya Daerah Pn. Rohani bt Yusop Setiausaha Kehormat Pn. Norazah binti Mohammad Nordi Bendahari Kehormat Pn. Syahirah binti Mohamad Yazid Pesuruhjaya Kelip-Kelip Pn. Hairin Najah bt Mohd Sajuri Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Pn. Norwahidah binti Abdul Malek Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Pn. Kalai Selvi A/P Maniam Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Pn. Yokammal A/P Maria Somalia Pesuruhjaya Guild Trefoil Pn. Nur Maizan bt Mohd Ismail Pesuruhjaya Antarabangsa Pn. Nuurulazwa binti Hasan Pesuruhjaya Latihan Pn. Hasnah binti Mohamed Annuar Pesuruhjaya Program Pn. Siti Anom binti Abdul Rahman Pesuruhjaya Keahlian Pn. Noormala binti Md Yusof Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat Pn. Sri Mohana A/P Karuppiah Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan Pn. Farah Azmin binti Amiruddin Laporan Aktiviti Bergambar MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PESURUHJAYA DAN WARAN Tarikh: 31 Januari 2023, Tempat: Dewan Aula Delima, PPD Kuala langat Jumlah penyertaan: 30 pemimpin Penerangan ringkas tentang aktiviti: Majlis ini diadakan bagi melantik pesuruhjaya baharu. Selain itu, turut diadakan istiadat pelantikan pemimpin baharu yang berjaya melengkapkan fail secara rasmi. Pemimpin baharu mengangkat persetiaan pandu puteri kepada Pesuruhjaya Daerah Kuala Langat iaitu, Puan Puti Noormaza binti Mashudi. Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Penolong Pegawai Daerah Kuala Langat, iaitu En Shahrulrazi bin Hj Omar BENGKEL PENDAFTARAN KEAHLIAN PPPM DAERAH KUALA LANGAT Tarikh: 9 MEI 2023, Tempat: atas talian Jumlah penyertaan: 40 orang pemimpin Penerangan ringkas tentang aktiviti: Bengkel ini memberikan penerangan kepada setiap ketua pemimpin tentang tugas sebagai ‘school admin’ dan tatacara mendaftarkan keahlian murid dalam talian. Melalui kursus ini juga, setiap ketua pemimpin diberikan penerangan tentang nombor pasukan dan tatacara mendapatkan nombor ahli mereka. 34 MAT PPPMCS Kali Ke-35


PERTANDINGAN PATCHES PANDU PUTERI REMAJA Tarikh: 14 hingga 28 Ogos 2023, Tempat: Atas talian Jumlah penyertaan: 25 ahli pandu puteri Penerangan ringkas tentang aktiviti: Program ini merupakan sebuah pertandingan mencungkil bakat dan mengembangkan kreativiti murid bagi melahirkan murid yang kreatif. Selain itu, murid diterapkan dengan semangat cintakan negara dalam diri mereka. Justeru, persatuan Pandu Puteri Remaja Daerah Kuala Langat menganjurkan pertandingan seumpama ini PERTANDINGAN KAD UCAPAN BULAN MERDEKA Tarikh: 14 hingga 28 Ogos 2023, Tempat: Atas talian Jumlah penyertaan: 30 ahli pandu puteri tunas Penerangan ringkas tentang aktiviti: Program ini merupakan sebuah pertandingan mencungkil bakat dan mengembangkan kreativiti murid bagi melahirkan murid yang kreatif. Selain itu, murid diterapkan dengan semangat cintakan negara dalam diri mereka. Justeru, persatuan Pandu Puteri Tunas Daerah Kuala Langat menganjurkan pertandingan seumpama ini BENGKEL FAIL LOG PANDU PUTERI REMAJA Tarikh: 30 Ogos 2023, Tempat: Kediaman Puan Kalai Jumlah penyertaan: 15 pesertaPenerangan ringkas tentang aktiviti: Bengkel ini dilaksanakan bagi melahirkan Pandu Puteri Remaja yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang pandu puteri. Disamping itu, bengkel ini dapat membantu pandu puteri remaja untuk melengkapkan fail mereka di samping membantu mereka untuk memperoleh Anugerah Pandu Puteri Diraja. Majlis Penyampaian Sijil Lencana Mutiara Tarikh: 13 September 2023, Tempat: Aula Baiduri, PPD Kuala Langat Jumlah penyertaan: 29 orang pemimpin Penerangan ringkas tentang aktiviti: Majlis ini diadakan bagi menyerahkan lencana mutiara kepada beberapa orang pemimpin pandu puteri. Lencana telah disematkan oleh Pesuruhjaya Daerah Kuala Langat iaitu, Puan Puti Noormaza binti Mashudi. Lencana mutiara disampaikan bagi memberi galakan kepada pemimpin berwaran yang berpotensi dan berminat mencorakkan masa depannya dalam Persatuan Pandu Puteri. MAT PPPMCS Kali Ke-35


Laporan Tahunan Daerah Kuala Selangor BIL JAWATAN NAMA BIL JAWATAN NAMA 1. Pesuruhjaya Daerah Pn. Mariah binti Ghanib 21. Pesuruhjaya Latihan / Program Pn. Midzatiah binti Mohanan 2. Penolong Pesuruhjaya Daerah Pn. Norsiah binti Dasikon 22. Cik Maryani binti Sirash 3. Setiausaha Kehormat Pn. Norazlinda binti Ab Aziz 23. Pn. Nor Afizah binti Baharudin 4. Setiausaha Teknikal Pn. Basyirah binti Abd Rahman 24. Pesuruhjaya Keahlian Pn. Suhanawaty binti Surawi 5. Naib Setiausaha Cik Shangarry a/p Mogana 25. Pen. Pesuruhjaya Keahlian Pn Maslini binti Markom 6. Setiausaha Kerja Pn. Sri Asmahani binti Suliman 26. Pesuruhjaya Komunikasi dan Data Pn. Siti Faezahnor binti Md Isa 7. Bendahari Kehormat Pn. Fatimah binti Muhamad 27. Pen. Pesuruhjaya Komunikasi dan Data Pn. Arbainah binti Hasan 8. Penolong Bendahari Pn. Khalijah binti Jamudin 28. Pesuruhjaya Antarabangsa Pn. Mas Ayu Fadzliana binti Mohd Alwi 9. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Pn. Sulaitullani binti Sulaiman 29. Pesuruhjaya Perhubungan Masyarakat Pn. Normawati binti Mohd Panut 10. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Pn. Fairozah binti Mohamad @ Harun 30. Pemimpin Muda Cik Nur Syahira binti Fuzai 11. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Pn. Siti Norhawa binti Amat Juar 31. AJK Zon Kuala Selangor Pn. Dharshini Nair a/p Sukumaran 12. Pemimpin Pandu Puteri Klover Pn. Nurul Sayang binti Abdul Rashid 32. Pn. Rosmedzawaty binti Hussin 13. AJK Zon Bestari Jaya Pn. Siti Mariam binti Buniran 37. Pemimpin Tugas-tugas Khas Pn. Fatihatun Najah Leong binti Abdullah 14. Pn. Joliah binti Tomiran 38. Pn Mariana binti Abdullah 15. AJK Zon Tanjong Karang Pn. Eniza binti Marlan 39. Pn. Hashida binti Sakisan 16. Pn. Noma binti Mat Salleh 40. Pn. Hazwani binti Husin 17. AJK Zon Jeram Pn Siti Zubaidah binti Abu Bakar 41. Pn. Maizura binti Abdul Isa 18. Cik Siti Kamilah binti Sakdon 42. Juru audit Pn. Johana binti Juhari 19. Ajk Zon Puncak Alam Pn. Noorasnisa binti Abidin 43. Pn. Siti Khairiah binti Sakdon 20. Cik Nur Izyan binti Ismail Laporan Aktiviti Bergambar LAPORAN AKTIVITI PERINGKAT DAERAH BIL AKTIVITI GAMBAR 1 Nama aktiviti : Bengkel Kerja Pengurusan Organisasi Pandu Puteri Tarikh : 27-28 Jan 2023, Tempat : Triangle Farm Cottage House, Sekinchan Jumlah penyertaan : Semua AJK PPMDKSel Penerangan ringkas tentang aktiviti : Memperkemaskan, memperkasakan dan memantapkan pengurusan organisasi . 36 MAT PPPMCS Kali Ke-35


BIL AKTIVITI GAMBAR 2 Nama aktiviti : Majlis Tadarus Perdana Pandu Puteri 2023 Tarikh : 15 Apr 2023, Tempat : Masjid Jami’ul Ubudiah, Rantau Panjang Bestari Jaya Jumlah penyertaan : 6 orang ahli PP dan 2 orang guru pemimpin setiap sekolah, jumlah termasuk AJK ialah 240 orang. Penerangan ringkas tentang aktiviti : Program tadarus Al-Quran bersama-sama ini untuk membudayakan Al-Quran dalam jiwa pemimpin dan ahli PP Kuala Selangor. 3. Nama aktiviti : Program Kasih Prihatin 2023 Tarikh : 17 Apr 2023,Tempat : SMK Jeram Jumlah penyertaan : Semua ahli PP asnaf (3-4 orang setiap sekolah) Penerangan ringkas tentang aktiviti : Program ini memberi sumbangan berbentuk makanan kepada anak-anak asnaf di kalangan ahli-ahli yang terpilih daripada 43 buah sekolah di seluruh Daerah Kuala Selangor. 4. Nama aktiviti : Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Kuala Selangor Kali ke 28 Tahun 2023 Tarikh : 17 Jun 2023, Tempat : Hotel Grand Dorset Jumlah penyertaan : Pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Kuala Selangor Penerangan ringkas tentang aktiviti : Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Kuala Selangor Kali ke 28 5. Nama aktiviti : Bengkel Urus Tadbir Organisasi PPPMDKS Tarikh : 17 -18 Jun 2023, Tempat : Hotel Grand Dorset Jumlah penyertaan : Semua guru penasihat sekolah-sekolah daerah Kuala Selangor Penerangan ringkas tentang aktiviti : Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua guru penasihat tentang pengurusan ahli Pandu Puteri, pengurusan aktiviti dan semua yang berkaitan dengan urus tadbir organisasi. 6. Nama aktiviti : Program Plastics Busters Beach-River Clean Up Peringkat Kebangsaan Tarikh : 8 Julai 2023,Tempat : Pantai Remis Jeram & Stadium Tertutup Kuala Selangor Jumlah penyertaan : Semua ahli PP yang berdaftar Penerangan ringkas tentang aktiviti : Program peringkat Kebangsan ini telah dijalankan pada 8 Julai di Pantai Remis Jeram dan Stadium Tertutup Kuala Selangor dengan dihadiri tetamu VVIP dan lebih 800 ahli Pandu Puteri yang berdaftar. 7. Nama aktiviti : Bengkel Kerja Lencana Kecekapan Persatuan Pandu Puteri Malayasia Daerah Kuala Selangor Tarikh : 5 Ogos 2023,Tempat : Dewan Terbuka SK, Assam Jawa Jumlah penyertaan : 4 ahli PPT, 4 ahli PP Remaja, 4 ahli PP Renjer dan 1 atau 2 orang pemimpin setiap sekolah Penerangan ringkas tentang aktiviti : Bengkel ini membantu ahli PP yang telah selesai Prinsip Asas untuk melengkapkan Skim Lencana Kecekapan mengikut kategori masingmasing (Topaz I, Anugerah Jed, dan Anugerah Delima) 8. Nama aktiviti : Khidmat Komuniti Sekolah: Program Mentor Mentee Berfokus bersama murid-murid tahun 6 Mumtaz SRA Rantau Panjang. Tarikh : 20 Ogos 2023,Tempat : SRA Rantau Panjang Jumlah penyertaan : Ahli PP Renjer KUSES dan SMKSU, P. Daerah dan 5 orang pemimpin Penerangan ringkas tentang aktiviti : Program Khidmat Komuniti ini memberi bimbingan berfokus kepada murid-murid tahun 6 SRA Rantau Panjang sebelum menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama. MAT PPPMCS Kali Ke-35


BIL AKTIVITI GAMBAR 9. Nama aktiviti : E-Karnival Merdeka Peringkat Daerah Kuala Selangor 2023 Tarikh : 4-7 Sept 2023 Tempat : Online, kediaman masing-masing Jumlah penyertaan : Semua ahli PP daerah yang berdaftar Penerangan ringkas tentang aktiviti: Pertandingan terbuka kepada semua ahli PP berdaftar untuk mencari wakil pemenang sebelum mewakili daerah ke E-Karnival peringkat Cawangan Selangor. 10. Nama aktiviti : Bengkel Kerja Bantu Mula Pandu Puteri Daerah Kuala Selangor 2023 Tarikh : 9 Sept 2023 Tempat : Dewan Bitara, SK Kuala Selangor Jumlah penyertaan : 4 ahli PP Tunas, 4 ahli PP Remaja, 4 ahli PP Renjer dan 1 orang pemimpin setiap sekolah Penerangan ringkas tentang aktiviti: Menyiapkan Lencana Kecekapan Bantu Mula untuk ahli PP Tunas, PP Remaja dan PP Renjer. 11. Nama aktiviti : Larian Monsun Selangor 2023 & Larian Monsun Kuala Selangor 2023 Tarikh : 20-30 Nov 2023 Tempat : Virtual Run Jumlah penyertaan : Semua pemimpin dan ahli PP yang berdaftar Penerangan ringkas tentang aktiviti: Peserta dikehendaki menyelesaikan larian dalam tempoh dan jarak larian yang ditetapkan mengikut kategori masing-masing. 12. Nama aktiviti : Keputusan E-Karnival Merdeka peringkat Daerah Kuala Selangor Tarikh : 23 Nov 2023 Tempat : Online: Video Jumlah penyertaan : Semua pemimpin dan ahli PP yang terlibat. Penerangan ringkas tentang aktiviti: Keputusan pemenang E-Karnival Merdeka peringkat Daerah Kuala Selangor. 38 MAT PPPMCS Kali Ke-35


Laporan Tahunan Daerah Petaling Perdana LEMBAGA EKSEKUTIF DAERAH Yang Dipertua YBhg. Puan Sri Aisha Shamsuddin Timbalan Yang Dipertua YBhg. Datin Hjh. Hanim Ahmad Pesuruhjaya Daerah Pn. Jamunesveri a/p A. Erulappan Setiausaha Kehormat Tuan Noor Hanisah Binti Tuan Ismail Penolong Setiausaha Pn. Jalaja Krishnan A/p Balakrishnan Bendahari Kehormat Pn. Hjh. Halimah Jaafar Pesuruhjaya Program Pn. Erawati Hudong Pesuruhjaya Kelip-Kelip Pn. Nur Adibah binti Ismail Penolong Pesuruhjaya Kelip-Kelip Pn. Zaiton Ibrahim Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Cik Saranya a/p Selvadorai Penolong Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Cik Siti Aisyah Sifyan Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Pn. Munirah binti Abu Bakar Penolong Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Pn. Norazlina binti Saad Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Pn. Nurul Izzati Che’ Man Penolong Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Pn. Hasniza binti Mohamad Pesuruhjaya Pandu Puteri Klover Dr Wan Rosmehah Wan Omar Pesuruhjaya Guild Trefoil Pn. Sidar binti Mohamad Isa Pesuruhjaya Antarabangsa Cik Noornee Nabilah binti Razak Pesuruhjaya Latihan Pn. Bazlina Sapar Ali AJK Bahagian Latihan Pn. Siti Zahera Ibrahim Pesuruhjaya Keahlian Pn. Sivagami a/p Govindasamy Penolong Pesuruhjaya Keahlian Pn. Jalaja Krishnan A/P Balakrishnan Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat Pn. Siti Kamariah Kamari Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan Pn. Munirah binti Abu Bakar Tugas-tugas khas Pn. Sri Hani bt Mohamad Ali PENOLONG JURULATIH Pn. Sivagami a/p Govindasamy PP Tunas Pn. Jamunesveri a/p A.Erulappan Pesuruhjaya Daerah Laporan Aktiviti Bergambar AKTIVITI GAMBAR Nama aktiviti: Mesyuarat AJK Kali 1/2023 Tarikh: 31/12/2022, Tempat: Dewan Langkawi, Bukit Jalil & Country Resort, Bukit Jalil Jumlah penyertaan: 26 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: - Peranan AJK Daerah - Laporan aktiviti 2022/2023 setiap unit - Membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan Nama aktiviti: Program Khidmat Masyarakat (PP Kolver) Tarikh: 25/01/2023, Tempat: Masjid Nurdiniah Parit 2 Sungai Haji Dorani Jumlah penyertaan: 40 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: - membantu masyarakat setempat dalam membersih kawasan masjid MAT PPPMCS Kali Ke-35


AKTIVITI GAMBAR Nama aktiviti: Bengkel Kesihatan Mental Kanak-kanak PP Tunas PPD Perdana Tarikh: 04/2/2023, Tempat: SK Alam Megah 2 Jumlah penyertaan: 20 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: - Bengkel ceramah tentang Kesihatan Mental Kanak-kanak - Peserta di dedahkan dengan apakah stress. - Bagaimana cara untuk mengurangkan atau mengelakkan stress. - Apakah kesan kesihatan mental pada kanak-kanak. - Bahaya / kesan buruk stress yang dan kesannya terhadap kesihatan mental kanak-kanak. Nama aktiviti: Majlis Pelancaran Kelip-kelip Daerah Petaling Tarikh: 11/2/2023,Tempat: SJKT Puchong Jumlah penyertaan: 147 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: - Tayangan slide aktiviti PP Kelip-kelip -Pelantikan ahli Kelip-kelip -Pertandingan (Puzzle,padanan gambar dan kolaj) Nama aktiviti: Karnival Ikhtiar Hidup PP Tunas (Daerah) Tarikh: 20-21 Februari 2023, Tempat: SK Alam Megah 2 Jumlah penyertaan: 17 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: - Murid melihat tayangan video tentang perkhemahan dan isyarat komunikasi dalam hutan berserta maksud isyarat tersebut. -Taklimat tentang kesihatan mental kanak-kanak Nama aktiviti: Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Renjer (Daerah) Tarikh: 7 April 2023, Tempat: Secara Atas Talian Jumlah penyertaan: 82 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: - Aktiviti Pandu Puteri Renjer - Pemilihan Majlis Pandu Puteri Renjer 2023 Nama aktiviti: Pertandingan Fun Craft Tarikh:29 April-5 Jun 2023, Tempat: Secara Atas Talian Jumlah penyertaan: 10 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: -peserta membuat satu fun craft dan hantar melaui atas talian Nama aktiviti: Pertandingan Bouquet ‘Terima Kasih Ibu’ Tarikh: 30 Mei-25 Julai 2023, Tempat: Secara Atas Talian Jumlah penyertaan:43 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: -Menghasilkan satu bouquet mengikut kreativiti masing-masing 40 MAT PPPMCS Kali Ke-35


AKTIVITI GAMBAR Nama aktiviti: Perkhemahan Cuti Pasukan Gabungan Daerah Petaling Perdana Dan Petaling Utama 2021 Tarikh: 6 - 8 Julai 2021, Tempat: Rumah Pandu Puteri Selangor Jumlah penyertaan: 21 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: Melaksanakan aktiviti Kraf kem, Gajet: ikatan dan simpulan, Khidmat Masyarakat dan Malam bakat Nama aktiviti: Pertandingan Fashion Show Merdeka e-Karnival Malaysia Madani 2023 anjuran Pandu Puteri Kelip-Kelip Daerah Petaling Tarikh: 10 Ogos-5 September 2023, Tempat: Secara Atas Talian Jumlah penyertaan:11 Penerangan ringkas tentang aktiviti: -Video ucapan sempena hari kemerdekaan sambil memakai baju tradisional Nama aktiviti: Pertandingan Manipulasi Imej Bulan Kebangsaan 2023 Tarikh: 11 Ogos-16 September 2023 Tempat: Secara atas talian Jumlah Penyertaan: 4 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: - Poster digital secara individu Nama aktiviti: Bengkel Pemurnian Data Tarikh: 8 September 2023, Tempat: SK Seafield Jumlah penyertaan: 74 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: - Menyelesaikan masalah pendaftaran ahli dan pemurnian data ahli Nama aktiviti: Sambutan Hari Kanak-kanak Tarikh: 20 November 2023, Tempat: Sekolah Jumlah penyertaan: 200 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: - Pelbagai aktiviti dijalankan melibatkan kanak-kanak MAT PPPMCS Kali Ke-35


Laporan Tahunan Daerah Petaling Utama LEMBAGA EKSEKUTIF DAERAH Penaung YBhg. Datin Hajah Habbatulmatain bt Maliki Yang Dipertua YBhg. Puan Sri Aisha Shamsuddin Timbalan Yang Dipertua YBhg. Datin Hjh. Hanim Ahmad Pesuruhjaya Daerah / Pesuruhjaya Struktur & Pengurusan Pn. Aisah binti Ibrahim Timbalan Pesuruhjaya Daerah/ Pesuruhjaya Guild Cik Noor Lina Mohd Yusuf Setiausaha Kehormat Pn. Nik Rafidah Binti Nik Yusoff Pen Setiausaha Kehormat Pn. Zarina Binti Zainal Alam Bendahari Kehormat Pn. Hajah Nurulain Hj. Ngah Pesuruhjaya Data Keahlian Pn. Tuan Sahikra Akmar Tuan Will Pesuruhjaya Latihan Pn. K Jasmine Annie Cleetus Pesuruhjaya Program / Pesuruhjaya Antarabangsa Cik Kong Su Chan Pesuruhjaya Klover Pn Zaviah Che Cob Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Pn. Chee Pew Ling Pen. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Pn. Aniza Ismail Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Pn. Felicity John French Udin Pen. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Pn. Ismaeza Ismail Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Pn. Murniza binti Yunus Pen. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Pn Norbaiti Binti Mahmud Pesuruhjaya Pandu Puteri Kelip-kelip Pn. Yusnah binti Yusof Pen. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kelip-kelip Pn. Siti Rabiatul Ashikin Binti Jamaludin Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat Pn. Mariana Binti Ahmad AJK PP Tunas Pn. Nur Junita Abd. Latif AJK PP Tunas Pn. Hanina Wirah Binti Mohd Hanif AJK Bahagian Program Pn. Adzlinda Adnan JURULATIH BERTAULIAH Pn. Aisah Ibrahim PP Remaja Pn Nurulain Hj. Ngah PP Renjer Cik Margaret Lim Perkhemahan Laporan Aktiviti Bergambar AKTIVITI GAMBAR Nama aktiviti: Mesyuarat AJK Kali 1/2023 Tarikh: 31/12/2022, Tempat: Dewan Langkawi, Bukit Jalil & Country Resort, Bukit Jalil Jumlah penyertaan: 26 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: - Peranan setiap AJK Daerah - Pembentangan Laporan aktiviti 2022/2023 bagi setiap unit - Pembentangan Takwim Daerah 2023/2024 42 MAT PPPMCS Kali Ke-35


AKTIVITI GAMBAR Nama aktiviti: Majlis Pelancaran Kelip-kelip Daerah Petaling Tarikh: 11/2/2023, Tempat: SJKT Puchong Jumlah penyertaan: 147 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: - Tayangan slide aktiviti PP Kelip-kelip - Pelantikan ahli Kelip-kelip - Pertandingan (Puzzle,padanan gambar dan kolaj) Nama aktiviti: Penyerahan Projek Khidmat Masyarakat Pandu Puteri Raja 2023 Tarikh: 13 Februari 2023, Tempat: Rumah Pandu Puteri Selangor Jumlah penyertaan: 4 orang calon Pandu Puteri Raja Penerangan ringkas tentang aktiviti: - Majlis Penyerahan Projek Khidmat Masyarakat selama 3 bulan di lokasi pilihan masing-masing. Nama aktiviti: Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Renjer (Daerah) Tarikh: 7 April 2023, Tempat: Secara Atas Talian Jumlah penyertaan: 82 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: - Aktiviti Pandu Puteri Renjer - Pemilihan Majlis Pandu Puteri Renjer 2023 Nama aktiviti: Kem Permata Tunas Tarikh: 2-4 Jun 2023,Tempat: SK Bandar Baru Sri Damansara Jumlah penyertaan: 15 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: Melaksanakan Kraf kem, Gajet: ikatan dan simpulan, Khidmat Masyarakat dan Malam bakat Nama aktiviti: Pertandingan Pakaian Tradisional/Etnik KelipKelip Tarikh:29 April-5 Jun 2023, Tempat: Secara Atas Talian (Kediaman masing-masing) Jumlah penyertaan: 3 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: peserta memperagakan pakaian tradisional/ etnik pilihan sendiri mengikut kaum di Malaysia MAT PPPMCS Kali Ke-35


AKTIVITI GAMBAR Nama aktiviti: Pertandingan Bouquet ‘Terima Kasih Ibu’ Tarikh: 30 Mei-25 Julai 2023, Tempat: Dalam Talian (Di kediaman masing-masing) Jumlah penyertaan:9 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: Menghasilkan satu bouquet mengikut kreativiti masing-masing untuk diberikan kepada ibu. Nama aktiviti: Perkhemahan Pandu Puteri Remaja dan Renjer Daerah Petaling 2023 Tarikh: 6 - 8 Julai 2023, Tempat: SMK USJ 12, Subang Jaya Jumlah penyertaan: 3 orang (Petaling Utama) Penerangan ringkas tentang aktiviti: - Perkhemahan bertemakan Teddy World. - Modul Perkhemahan - Program WAGGGS - Malam bakat Nama aktiviti: Mesyuarat AJK Kali 3/2023 & Majlis Persaraan AJK Tarikh: 28 Julai 2023, Tempat: TH Kelana Jaya Jumlah penyertaan: 24 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: • Pembentangan Laporan setiap Unit • Pembentangan aktiviti yang akan dijalankan (Kursus pemimpin baharu, perkhemahan PP, bengkel lencana kecekapan kraftangan) • Majlis Persaraan Pn Hasniza dan Pn Jasmine Nama aktiviti: Pertandingan Cute Character Bento (Tunas) Daerah Petaling Tarikh: 13 -30 Julai 2023, Tempat: Atas Talian (Di kediaman masing-masing) Jumlah penyertaan: Penerangan ringkas tentang aktiviti: - Bertemakan makan tengah hari. - Peserta mereka cipta bento box masing-masing. Nama aktiviti: Kursus Asas Pemimpin Baharu Daerah Petaling Tarikh: 3-4 Ogos 2023, Tempat: Asia Pasific Smart School, Subang Jumlah penyertaan: 53 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: • Pembentangan Modul Kursus • Pakaian Seragam • Penyediaan Buku Log Pemimpi 44 MAT PPPMCS Kali Ke-35


AKTIVITI GAMBAR Nama aktiviti: Pertandingan Manipulasi Imej Bulan Kebangsaan 2023 Tarikh: 11 Ogos-16 September 2023 Tempat: Secara atas talian Jumlah Penyertaan: 4 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: - Poster digital secara individu Nama aktiviti: Bengkel Pemurnian Data Keahlian Daerah Petaling Tarikh: 8 September 2023 Tempat: SK Seafield Jumlah penyertaan: 29 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: - Menyelesaikan masalah pendaftaran ahli dan pemurnian data ahli Nama aktiviti: Perkhemahan Cuti Pasukan Daerah Petaling 2023 Tarikh: 13-15 Oktober 2023 Tempat: Rumah Pandu Puteri Selangor Jumlah penyertaan: 19 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: - Kraf kem - Gajet: ikatan dan simpulan - Khidmat Masyarakat - Malam bakat Nama aktiviti: Mesyuarat AJK Kali 4/2023 Tarikh: 23 November 2023 Tempat: Rumah Pandu Puteri Selangor Jumlah penyertaan: 24 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: • Laporan setiap bahagian • Perancangan aktiviti untuk 2024 untuk setiap bahagian Nama aktiviti: Sambutan Hari Kanak-kanak Tarikh: 15 Disember 2023 Tempat: Pra Sekolah Permata Kasih 2 (SK Seksyen 7, K Damansara) Jumlah penyertaan: 25 orang Penerangan ringkas tentang aktiviti: Pelbagai aktiviti dijalankan melibatkan kanak-kanak pra sekolah (Sambutan Hari Lahir, pakaian beragam bertemakan Cita-Cita Saya). MAT PPPMCS Kali Ke-35


Laporan Tahunan Daerah Sabak Bernam LEMBAGA EKSEKUTIF DAERAH Penaung Pn Wan Rushidah binti Wan Hassan Yang Dipertua Pn Siti Norrasidah binti Md Ramli Pesuruhjaya Daerah Pn Hjh Marliya binti Hj Abd Rahim Penolong Pesuruhjaya Daerah Pn Intan Azila binti Mohamad Asri Setiausaha Kehormat Pn Musni binti Hamid Bendahari Kehormat Cik Nur Jannah binti Wahab Kulop Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Cik Koshla a/p Segaran Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Cik Adib Afiqa binti Mansor Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Cik Nurul Shuhada binti Omar Pesuruhjaya Latihan Cik Vasugi a/p Mathiallanan Pesuruhjaya Keahlian Cik Siti Nuraein binti Ahmad Pesuruhjaya Antarabangsa Pn Nurulhafizah Adibah binti Ismail Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat PN Nur Atikah binti Yahya Laporan Aktiviti Bergambar AKTIVITI GAMBAR Nama aktiviti: Tarikh: 8 Julai 2023 Tempat: Pantai Redang, Sekinchan Selangor Jumlah penyertaan: 50 Penerangan ringkas tentang aktiviti: Membersih kawasan pantai dengan mengutip sampah terutama sampah dari plastik. Sampah dikumpulkan dan dibuang di tempat yang disediakan. Nama aktiviti: Tarikh: 10 Ogos - 10 September 2023 Tempat: Sekolah masing-masing Jumlah penyertaan: 30 Penerangan ringkas tentang aktiviti: Aktiviti terbahagi kepada tiga mengikut kategori Tunas, Remaja dan Renjer. Di peringkat daerah, telah menjalankan aktiviti terlebih dahulu kemudian dihantar ke peringkat negeri. 46 MAT PPPMCS Kali Ke-35


Click to View FlipBook Version