The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GROUP 9
KASYFIL(F1042)
ALIF(F1038)
FIKRI(F1039)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KASYFIL AZHIM, 2023-05-31 07:01:30

PENYALAHGUNAAN ICT

GROUP 9
KASYFIL(F1042)
ALIF(F1038)
FIKRI(F1039)

PENYALAHGUNAAN ICT


MUHAMMAD ALIF AIMAN BIN NABIR(23DBSf1038) KASYFIL AZHIM BIN BAHRIN(23DBSF1042) AHMAD FIKRI HEIQAL BIN AHMAD ZULRUSHDI(23DBSF1039) GROUP 9 MEMBERS


Objektif Melalui tugasan ini, ia merangkumi beberapa objektif seperti yang berikut: Tugasan e-folio ini dilakukan secara amnya bagi mengenal pasti pandangan Islam dalam penyalahgunaan ICT yang dilakukan oleh orang- orang di Malaysia sekarang. Dalam tugasan e-folio ini, kami melakukan segalanya dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat bagi menjayakan tugasan e-folio ini. Kami juga menguasai kemahiran dalam mencari, mengumpul, dan menganalisiskan segala maklumat mengenai penyalahgunaan ICT dan apa pandangan Islam terhadapnya di masa sekarang ini. Tugasan e-folio ini juga dapat menambah pengetahuan kami tentang penyalahgunaan ICT dari sudut pandangan Islam di kalangan masyarakat Malaysia. Ia juga memberi kami banyak pendedahan bagi mengenali dan memahami apakah asal usul penyalahgunaan ICT ini. Bukan itu sahaja, malah hal ini memberi kesan negatif terhadap diri seseorang yang terlibat. Dalam tugasan e-folio ini, kami juga mencadangkan beberapa cara untuk menghindari kegiatan penyalahgunaan ICT ini. Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan kepada yang membaca e-folio ini. Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana limpah kurnia dan izin-Nya dapatlah kami sekumpulan menyiapkan sebahagian tugasan daripada MPU23012-Pengajian Islam di Politeknik Nilai,Negeri Sembilan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ustazah Norfazila bt Ahmad, selaku pensyarah bagi kursus MPU23012 - Pengajian Islam untuk semester 2 ini bagi kelas DBS yang telah memberi banyak bimbingan, pengajaran dan juga nasihat sehingga la tugasan e-folio ini disiapkan. Penghargaan dan terima kasih juga kami ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan dan keluarga-keluarga kami yang memberi banyak sokongan, dorongan dan bantuan bagi melengkap tugasan e-folio ini. Akhir sekali, terima kasih kami ucapkan kepada mana-mana pihak yang telah membantu kami sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan e-folio ini. Walaupun serba sedikit kami dapat, banyak pengajaran yang kami perolehi dengan melakukan tugasan e-folio ini. Semoga Allah SWT memberikan balasan yang lebih baik jua. Aamiin Ya Rabbal Alamin. Penghargaan


PENGENALAN 1.SEJARAH Menurut pandangan Islam, umat Islam telah menunjukkan cara yang terbaik dalam usaha penyebaran maklumat yang lebih awal daripada penganutpenganut agama lain, iaitu dengan memulakan industri kertas pada tahun 729M di Baghdad, berbanding orang Kristian yang pertama sekali menggunakan percentakan kertas dalam tahun 1276M. Sejak 1040M lagi, kerajaan Islam kita telahpun menggunakan kertas dalam urusan rasmi kerajaan, tetapi malangnya, apabila muncul soal isu bidaah tentang penggunaan teknologi pada abad ke-17M, umat Islam mengambil sikap yang agak mudah dan berpuas hati denga napa sahaja mereka ada. Ini mengakibatkan, industry percetakan dikuasai oleh masyarakat Barat (Abu Bakar dan Siti Fatimah, 1999). Sejarah di atas, telah membuktikan bahawa teknologi telah lama wujud dalam kalangan kehidupan manusia dari dulu, sehinggalah sekarang ini. Merujuk kepada sejarah Islam kita, teknologi merupakan sesuatu yang bukanlah asing. Ianya adalah satu proses yang berterusan, sama berkembang dengan kepandaian manusia untuk memudahkan urusan kehidupan. Islam tidak pernah menghalang mahupun mengharamkan teknologi ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan dalam system pendidikan kita. Oleh itu, hukum asal sesuatu adalah harus, termasuk segala yang dibawa oleh pelbagai peradaban sama ada lama ataupun baharu. Tidak ada sama sekali bahawa sesuatu itu hukum haram kecuali terdapat nas dan dalil agama yang sesuai dengan perubahan zaman dan menuntut agar umatnya selalu maiu dalam peradaban masing-masing. Agama Islam juga merupakan satu agama yang menitikberatkan soal ilmu pengetahuan. Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah S.W.T merupakan satu arahan untuk kita semua, untuk mempunyai ilmu pengetahuan adalah amat luas dan mencukupi pelbagai bidang dan juga sub bidang. Ini tidak terkecuali ilmu yang berhubung erat dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang merupakan salah satu daripada bidang ilmu yang perlu dikuasai oleh umat Islam. Tegasnya, kegunaan ICT masih tertakhluk kepada syariah dan hukum yang dibenarkan oleh Islam. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, penyalahgunaan adalah perihal iaitu perbuatan menyalahgunakan sesuatu tak kira dadah, kuasa mahupun tenaga dan kepakaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Dalam bahasa Inggeris iaitu, misuse (menyalahgunakan) yang bermaksud penggunaan yang salah tidak betul; salah guna. (Dictionary.com) Penyalahgunaan ICT ini selalunya terjadi di kalangan masyarakat anak-anak muda kerana mereka suka sangat mengambil tahu tentang ICT ini. Dengan itu, terdapat beberapa punca daripada permasalahan tersebut mendatangkan kesan negatif pada mereka. Oleh itu, kami akan menerangkan apakah penyalahgunaan ICT dari sudut pandangan Islam, beberapa punca, akibat dan cara untuk menangani permasalahan penyalahgunaan ICT dalam kalangan masyarakat Malaysia.


II. KESAN DAN CARA MENGATASINYA Dalam penyalahgunaan ICT, terdapat perkara yang boleh dilihat bahawa golongan remaja mudah terdedah kepada perkara negatif tanpa kawalan dan pengawasan. Sekiranya hal ini tidak terkawal, perkara ini memberi kesan yang lebih besar kepada psikologi dan tindakan remaja sekarang, ia juga akan membawa kepada permasalahan moral. Seterusnya, kesan yang boleh dilihat adalah peningkatan keterlibatan remaja dengan seks luar nikah dan menglibatkan kelahiran anak nikah. Hal ini secara tidak langsung akan mendorong remaja sekarang melakukan perbuatan yang lebih buruk iaitu menggugurkan kandungan dan membuang bayi yang tidak berdosa sama sekali. Selain daripada itu, terdapat juga isu utama yang dikenalpasti seperti, penyebaran maklumat palsu, dan gambar-gambar yang tidak bermoral. Lagi, penyebaran maklumat kepada orang yang tidak dikenali secara terbuka dan penuh percaya semakin berleluasa sekarang. Kemudahan ICT juga telah membuka ruang yang sangat luas bagi seseorang yang ingin mengenali dan berhubungan dengan seseorang yang lain secara terbuka dan bebas. Ini bukan sahaja berlaku diantara golongan remaja, tetapi juga di golongan dewasa terdedah pada permasalahan ini sehinggalah mungkin boleh mendedahkan perkara-perkara sulit yang tidak sepatutnya dikongsikan. Menurut punca-punca di atas, boleh memberi kesan kepada remaja seperti kes-kes kehilangan remaja, kesannya daripada penggunaan ICT secara tidak terkawal. Tambahan pula, penipuan dalam bentuk kewangan melalui internet juga semakin meningkat. Penipuan ini telah semakin merebak dan banyak masyarakat yang telah menjadi mangsa daripadanya.


PENUTUP Kemajuan dan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu pengetahuan dan bijak dalm mentadbir negara di masa depan nanti. Berkenaan dengan penggunaan ICT dari sudut pandangan Islam, umat Islam haruslah tahu bahawa: a. Dalam dunia ini, umat Islam harus memastikan bahawa negara umat Islam menjadi negara yang kuat dan terpengaruh. Hal ini boleh membantu dalam usaha penyebaran dakwah Islamiyyah bagi memuliakan kalimah Allah dapat dilakukan dengan lebih berkesan. b. Semua ilmu berasal daripada Allah S.W.T sendiri, jugalah termasuk sains, teknologi dan ICT. Selain daripada itu, umat Islam terdahulu telah Berjaya muncul sebagai pelopor dan peneroka dalam bidang ini. Maka umat Islam sekarang harus berusaha dalam mengembalikan status tersebut. Perbincangan di atas telah membuktikan bahawa sains, teknolgi dan ICT merupakan sesuatu yang sangat penting bagi kehidupan manusia sekarang. Dengan penguasaan yang kuat dalam sains, teknologi dan ICT, kita mampu menjadi lebih kuat, dihormati dan mudah untuk menyebarkan dakwah Islamiyyah kepada manusia sejagat.


thank you


Click to View FlipBook Version