The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-42332121, 2021-06-26 12:03:12

T2 BAB 1

T2 BAB 1

WARISAN
NEGARA

SEJARAH
TINGKATAN 2

(ms 2-19)

SEJARAH TISNOGCKIAALTMAENDI2A

BAB 1 :
Your Text Here

You can simply impress your audience and add a unique zing
and appeal to your Reports and Presentations with our

KERAJAAN ALAM MELAYUTemplates. Easy to change colors, photos and Text.

KERAJAAN ALAM MELAYU

1.1 KONSEP ALAM MELAYU
 Aspek Geografi
 Aspek Bahasa
 Aspek Budaya
1.2 KEWUJUDAN KERAJAAN DI ALAM MELAYU
 Kerajaan Funan
 Kerajaan Champa
 Kerajaan Srivijaya
 Kerajaan Angkor
 Kerajaan Majapahit
 Kerajaan Kedah Tua
 Kerajaan Gangga Nagara
1.3 KERAJAAN ALAM MELAYU YANG MASHYUR
 Kemasyhuran
1.4 KERAJAAN ALAM MELAYU DAN KERAJAAN LUAR YANG SEZAMAN
 Hubungan Perdagangan
 Hubungan Keagamaan
 Hubungan Diplomatik

GARIS MASA KERAJAAN ALAM MELAYU

K

E
R MAJAPAHIT

A ANGKOR
J
A SRIVIJAYA

A GANGGA NAGARA
N

KEDAH TUA

CHAMPA

FUNAN

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

ABAD

1.1
KONSEP ALAM

MELAYU

Pada akhir pembelajaran,
murid akan dapat:
 menjelaskan konsep Alam

Melayu

KONSEP ALAM MELAYU - GEOGRAFI

Alam Melayu meliputi kawasan Madagaskar ke Tanah Melayu,
Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik
sampai ke Taiwan.
Profesor Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman,
Ahli Arkeologi

KONSEP ALAM MELAYU - GEOGRAFI

Alam Melayu merupakan suatu
lingkungan geografi yang luas

meliputi Kepulauan Melayu
sehingga selatan Thailand

Abdul Hadi Haji Hassan
Ahli Akademik

KONSEP ALAM MELAYU - GEOGRAFI

Dunia Melayu meliputi selatan Vietnam,
Kemboja, selatan Myanmar, Segenting
Kra, Malaysia, Indonesia, Brunei dan
Filipina

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Pendeta (Dr) Ismail Hussein
Ahli Bahasa dan Kebudayaan

KONSEP ALAM MELAYU - GEOGRAFI

Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga
Tenasserim dan Kepulauan Nicobar, Filipina dan
Kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea
Alfred Russel Wallace
Sarjana Barat

KONSEP ALAM MELAYU - GEOGRAFI

Dunia Melayu merupakan
sebuah kawasan yang luas
meliputi Malaysia, Indonesia,
Brunei, Singapura, selatan

Thailand dan Filipina.
Prof. Dr. Ding Choo Ming

Pengkaji Manuskrip Melayu

KONSEP ALAM MELAYU - BAHASA Apabila membuat
perbandingan bahasa-
Bahasa serumpun mempunyai bahasa serumpun ini,
perkaitan dengan bahasa etnik terdapat pertalian
peribumi. Persamaan ini boleh kekeluargaan bahasa-
dikenal pasti melalui kata-kata bahasa ini dengan bahasa
Melayu - Prof. Emeritus
tertentu. Dato’ Dr Asmah Haji
Omar (Tokoh Bahasa)

Sifat bahasa Melayu yang sederhana Bahasa Melayu digunakan secara Sifat orang Melayu gemar
dan mudah dipelajari membolehkan meluas di Alam Melayu sejak awal berlayar mengembangkan
bahasa ini diterima di Alam Melayu lagi bahasa Melayu ke Alam
Masihi lagi. Melayu
– Sutan Takdir Alisjahbana
(Tokoh Bahasa)

KONSEP ALAM MELAYU - BUDAYA

Penduduk Alam Melayu mempunyai budaya
serumpun yang merangkumi bahasa dan tulisan,
persuratan, struktur sosial, kesenian,
kepercayaan dan adat
Wujud nilai serumpun dalam masyarakat seperti
gotong-royong manakala bagi aspek seni
persembahan muncul wayang kulit di Kelantan dan
Pulau Jawa – Dato’ A. Aziz Deraman (Budayawan)

Munculnya kepandaian dalam kesenian seperti
pembuatan gangsa dan seni mempertahankan
diri.

ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK (K)

Kedudukan strategik penting dalam menyumbang kepada kemajuan
sesebuah kerajaan. Bahaskan.

APLIKASI KBAT DAN
ELEMEN K (K5.1.5)

CAKNA MINDA

Aspek keserumpunan merupakan ciri yang penting menggambarkan
konsep Alam Melayu. Bincangkan

1.2
KEWUJUDAN
KERAJAAN DI
ALAM MELAYU

Pada akhir pembelajaran,
murid akan dapat:
 menerangkan kewujudan

kerajaan Alam Melayu

KEWUJUDAN KERAJAAN AWAL DI ALAM MELAYU

Pelabuhan Kerajaan - Kerajaan Alam
berkembang Funan, Melayu telah
Champa,
menjadi Srivijaya, berjaya
kerajaan Angkor, membina
kegemilangan
Majapahit,
Kedah Tua, dan
Gangga Nagara kemasyhuran

Petempatan Kerajaan Alam Melayu
kecil wujud seawal mempunyai
abad pertama
berkembang kerajaan
menjadi sezaman
dengan
pelabuhan tamadun lain

KEWUJUDAN KERAJAAN AWAL DI ALAM MELAYU

• Lokasi : Lembah Sungai Mekong ANGKOR • Lokasi : Selatan & tengah Vietnam
• Masa: Abad 9 - 16 CHAMPA • Masa: Abad 2 - 15
• Pusat kerajaan : Hariharalaya
• Pusat kerajaan: Indrapura

• Lokasi : Lembah Sungai Mekong
FUNAN • Masa: Abad 1 - 6

• Pusat kerajaan : Vyadhapura

• Lokasi : Sungai Mas dan Sungai Bujang
KEDAH TUA • Masa: Abad 5 - 11
• Lokasi : Pantai Barat • Pusat kerajaan : Sungai Mas & Pangkalan Bujang
bahagian tengah Tanah
Melayu GANGGA
• Masa: Abad 6 - 11 NAGARA

• Pusat kerajaan : Pangkalan • Lokasi : Lembah Sungai Musi, Sumatera

SRIVIJAYA • Masa: Abad 7 - 11
• Pusat kerajaan : Palembang

• Lokasi : Lembah Sungai Brantas, JawaTimur
MAJAPAHIT • Masa: Abad 13 - 15

• Pusat kerajaan : Kota Trowulan

ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK (K)

Kebijaksanaan pemimpin penting untuk membina dan mengekalkan
kemajuan negara. Terangkan.

APLIKASI KBAT DAN
ELEMEN K (K5.1.6)

CAKNA MINDA

Sungai dan laut memainkan peranan penting dalam kehidupan
masyarakat Alam Melayu. Bincangkan.

1.3
KERAJAAN
ALAM MELAYU
YANG MASYHUR

Pada akhir pembelajaran,
murid akan dapat:
 memerihal kerajaan-

kerajaan Alam Melayu
yang masyhur

KERAJAAN FUNAN

Berpusat di Vyadhapura
Diasaskan oleh Brahmin bernama Kaundinya
Kemudian beliau berkahwin dengan Soma, pemerintah
wanita di Sungai Mekong dan membentuk Kerajaan
Funan
Masyhur semasa pemerintahan Fan Shih-man
Fan Shih-man meluaskan kuasa ke Sungai Mekong
hingga Teluk Camranh sebelah Timur.

Seterusnya, beliau menguasai selatan Myanmar dan
Segenting Kra
Ini menyebabkan Funan menguasai jalan perdagangan
utama antara Timur dan Barat
Kesannya, abad ke-3 Funan menjadi pusat perdagangan
utama di Alam Melayu
Raja terakhir Rudravarman
Merosot apabila diserang oleh Kerajaan Chenla

KERAJAAN CHAMPA

Berpusat di Indrapura
Diasaskan oleh Chu-Lien pada 192M
Sering berhadapan dengan serangan Dai Viet.
Chu-Lien berjaya bebaskan Champa daripada
pengaruh China
Masyhur semasa pemerintahan Che Bong Nga
Che Bong Nga berjaya atasi serangan dari Dai Viet

Seterusnya, beliau meluaskan kuasa ke wilayah Dai
Viet hingga ke Lembah Sg. Merah
Serangan ke wilayah Dai Viet berjaya membunuh Raja
Tran Due Tong
Kesannya, pemerintahan beliau diiktiraf oleh Dinasti
Ming pada 1369
Merosot apabila Raja Indravarman meninggal dunia
pada 1441
Dai Viet melancarkan serangan dan Champa ditawan
pada 1471

KERAJAAN SRIVIJAYA Kesannya, Srivijaya
menguasai jalan laut
Berpusat di Palembang antarabangsa iaitu Selat
Diasaskan oleh Dapunta Melaka dan Selat Sunda
Hyang Sri Jayanasa pada Menjadikan Srivijaya kuasa
683M perdagangan utama
Beliau mengukuhkan di Alam Melayu
kedudukan dgn menakluk Ia juga menjadi pusat
kawasan sekitarnya seperti pengajian agama Buddha
Bangka dan Taruma Merosot apabila diserang
Masyhur semasa oleh tentera Chola dari
pemerintahan selatan India pada 1025
Sangramadhananjaya
(abad ke-8)
Beliau berjaya menakluk
Sumatera, selatan
Myanmar, Tanah Melayu
dan Segenting Kra

KERAJAAN ANGKOR

Berpusat di Hariharalaya
Diasaskan oleh Jayavarman II dari Chenla
Beliau menyatukan wilayah di Sungai Mekong
Masyhur semasa pemerintahan Suryavarman II dengan meluaskan kuasa empayar Angkor dari
sekitar Lembah Sg Mekong hingga ke selatan Myanmar

Beliau berjaya menghalang ancaman dari Champa dan Dai Viet
Beliau juga mewujudkan jalinan perdagangan antara pedagang tempatan dengan pedagang luar
Usaha beliau diteruskan oleh Jayavarman VII yang meluaskan kuasa hingga ke sempadan Annam.
Beliau membina Angkor Thom dan 102 buah hospital
Merosot apabila Jayavarman VII mati dan diserang oleh Siam pada 1594

KERAJAAN MAJAPAHIT Beliau mula meluaskan kuasa ke Timur Pulau
Jawa, pesisir pantai Timur Sumatera, pesisir
Berpusat di Kota Trowulan. selatan dan barat Pulau Borneo, bahagian
Diasaskan oleh Raden Vijaya dengan selatan dan utara Sulawesi dan Kepulauan
bantuan tentera Mongol pada 1294. Maluku.
Masyhur bermula dengan perlantikan Patih Majapahit menjadi pusat perdagangan pada
Gajah Mada sebagai Perdana Menteri oleh abad ke-14.
pemerintah Tribuana Tunggadewi. Merosot apabila Patih Gajah Mada mati dan
Beliau berjaya kembalikan keamanan dan diserang oleh Kerajaan Demak pada 1478
keselamatan Majapahit

KERAJAAN KEDAH TUA

Sumber China menamakannya sebagai Cheih Ch’a,
Sumber India Kataha dan Arab Kalah-bar.
Masyhur dengan kepesatan kegiatan perdagangan
di Lembah Bujang, melibatkan pedagang Timur dan
Barat.
Dikuasai oleh Srivijaya. serangan tentera Chola pada
1025 telah melemahkan perdagangan di Kedah Tua.
Pada abad ke-7, perubahan pemerintahan dengan
pengasasan Kesultanan Kedah.

Berpusat di Sungai Mas dan Pangkalan Bujang.
Muncul apabila masyarakat Guar Kepah
menjalinkan hubungan perdagangan dengan
pedagang luar.
Kewujudannya diperkukuh dengan catatan
golongan agama dan pedagang (China, India dan
Arab-Parsi)
Menjadi pusat keagamaan Buddha

KERAJAAN GANGGA NEGARA

Berpusat di Pangkalan.
Muncul kerajaan pada abad ke-6 tetapi berfungsi
sebagai pusat pelabuhan sejak abad ke-5.
Diasaskan oleh Raja Ganji Sarjuna.
Pendapat lain menyatakan ia diasaskan oleh Raja
Khmer dari Kemboja.
Mula masyhur pada abad ke-9.
Pada abad ke-5 mula dikunjungi oleh pedagang luar
kerana kekayaan hasil bumi (emas dan bijih timah).
Berjaya mempertahankan kedaulatan daripada
serangan Srivijaya pada 850M.
Mula lemah apabila diserang oleh tentera Chola dari
India pada 1025.
Serangan telah memusnahkan pelabuhan Gangga
Nagara.

ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK (K)

Menghargai kegemilangan kerajaan Alam Melayu dapat membentuk jati
diri generasi muda. Bahaskan.

APLIKASI KBAT DAN
ELEMEN K (K5.1.7)

CAKNA MINDA

Kemasyhuran Kerajaan Alam Melayu dipengaruhi oleh kewibawaan
pemimpinnya. Bincangkan.

1.4
KERAJAAN ALAM

MELAYU DAN
KERAJAAN LUAR
YANG SEZAMAN

Pada akhir pembelajaran,
murid akan dapat:
 menghubung kait

kerajaan Alam Melayu
dengan kerajaan di luar
Alam Melayu yang
sezaman

KERAJAAN ALAM MELAYU & KERAJAAN LUAR YANG SEZAMAN

Empayar Rom Kerajaan Empayar
Empayar Parsi Abbasiyah Mongol
Empayar Kushan Empayar Kerajaan
Dinasti Han Byzantine Turki
Dinasti Tang Uthmaniah
Kesultanan
Delhi

KERAJAAN Kerajaan Chola
LUAR

Champa Champa
Srivijaya Angkor
Angkor Majapahit
(Abad 9M) (Abad 14M)

KERAJAAN Funan
ALAM MELAYU (Abad 1M)

KERAJAAN ALAM MELAYU & KERAJAAN LUAR YANG SEZAMAN

Kedudukan strategik di Kekayaan hasil bumi Sikap keterbukaan
laluan perdagangan pemimpin Alam Melayu
timur dan barat

KERAJAAN ALAM MELAYU & KERAJAAN LUAR YANG SEZAMAN

HUBUNGAN KEAGAMAAN AGAMA HINDU
disebarkan melalui peranan pedagang, tentera dan
golongan Brahmin.
Bukti - penemuan artifak pengaruh Hindu di Lembah
Bujang, Kedah

AGAMA BUDDHA
disebarkan melalui peranan Asoka yang
menghantar sami-sami Buddha ke Alam
Melayu. Bukti - penemuan artifak pengaruh
Buddha di Lembah Bujang, Kedah
AGAMA ISLAM
disebarkan melalui peranan pedagang, pemerintah
dan pendakwah.
Bukti - ukiran pengaruh Islam ditemui di Beruas,
Perak

KERAJAAN ALAM MELAYU & KERAJAAN LUAR YANG SEZAMAN

HUBUNGAN DIPLOMATIK

KERAJAAN CHINA KERAJAAN INDIA
 Abad ke-3  Abad ke-3, Funan kukuhkan

 Funan memohon bantuan ketenteraan bagi melawan Dai hubungan perdagangan dan
Viet keagamaan
 Abad ke-9, Srivijaya eratkan
 Champa memulihkan hubungan setelah berperang hubungan persahabatan dan
dengan sekutu China iaitu Dai Viet keagamaan
 Abad ke-12, Angkor eratkan
 Abad ke-7 hubungan persahabatan
 Srivijaya mohon mendapat pengiktirafan dan  Abad ke-14,Majapahit eratkan
mengukuhkan hubungan persahabatan dan perdagangan hubungan persahabatan
 Kedah Tua memperkukuhkan hubungan perdagangan

 Abad ke-12, Angkor mengukuhkan persahabatan dan
perdagangan

 Abad ke-14, Majapahit jalinkan hubungan persahabatan

ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK (K)

Generasi muda wajar berbangga terhadap kelangsungan warisan
kerajaan Alam Melayu. Berikan hujah anda.

APLIKASI KBAT DAN
ELEMEN K (K5.1.8)

CAKNA MINDA

Hubungan diplomatik penting bagi sesebuah kerajaan dalam
mempertahankan kedaulatan. Bincangkan.

TERIMA
KASIH

Cg. Saulin binti Sinding

+601110802647
[email protected]
[email protected]


Click to View FlipBook Version