The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KIT PEMBELAJARAN MUHAMMAD HAZMAN BIN MOHAMAD FAUZI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazmanfawzi, 2021-03-13 23:14:55

KIT PEMBELAJARAN

KIT PEMBELAJARAN MUHAMMAD HAZMAN BIN MOHAMAD FAUZI

BMMB3052: SENI DALAM PENDIDIKAN

Penghasilan Kit
Pembelajaran Persembahan

Individu

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD HAZMAN BIN
MOHAMAD FAUZI

KELAS: BAHASA MELAYU 1

ISI KANDUNGAN

● Pengenalan
● Kerangka Konsep
● Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
● Elemen SDP yang diaplikasikan
● Objektif
● Kaedah Pelaksanaan
● Kit Persembahan

PENGENALAN

 DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah digubal dengan
menekankan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
yang perlu dikuasai oleh murid-murid.

 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran bertunjangkan
kemahiran bahasa yang merangkumi kemahiran mendengar,
kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis,
aspek seni bahasa serta aspek tatabahasa

 Penerapan elemen SDP dalam PdPC membantu dalam
mengoptimumkan lagi pembelajaran murid.

KERANGKA KONSEP!

KAJIAN Penerapan elemen seni dalam pendidikan dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Bahasa Melayu.

DSKP DSKP KSSR Semakan 2011 Bahasa Melayu
ELEMEN SDP Sekolah Rendah Tahun Dua.

3 elemen SDP iaitu:
• Seni Visual
• Muzik
• Pergerakan

KIT Penghasilan Kit Pembelajaran yang mencakupi
PEMBELAJARAN semua komponen DSKP yang dipilih dan
penerapan elemen SDP.

STANDARD STANDARD

KANDUNGAN PEMBELAJARAN

1.3 Mendengar, memahami dan memberi 1.3.3 Mendengar, memahami dan
respons terhadap sesuatu arahan, soalan, memberikan respons secara lisan dan
dan pesanan yang didengar dengan betul. gerak laku berdasarkan pesanan mengikut

urutan dengan betul.

ELEMEN SDP
YANG DIAPLIKASIKAN

Antara elemen SDP yang diterapkan ke dalam pengajaran
dan pembelajaran ini ialah elemen seni visual dan elemen
pergerakan.
• Elemen seni visual yang diaplikasikan dalam kit

pembelajaran “Tonim Kata” ialah penggunaan warna
dan visual buah-buahan yang merangsang minda murid.
• Elemen seni pergerakan yang diaplikasikan dalam kit
pembelajaran adalah apabila murid menterbalikkan
kad Tonim Kata.

OBJEKTIF:

Penghasilan kit pembelajaran ini bertujuan untuk
menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik. Selain itu, kit pembelajaran ini juga dihasilkan
bagi membantu murid yang mempunyai masalah dengan
kata sinonim dan antonym selain dapat menambah

penguasaan kosa kata murid-murid.

KIT PERSEMBAHAN

• NAMA KIT PERSEMBAHAN IALAH TONIM KATA
• TONIM KATA TERBAHAGI KEPADA DUA SET IAITU:

TONIM KATA TONIM KATA EDUCATION
(ANTONIM) (SINONIM)

KAEDAH PELAKSANAAN

● Permainan ini mempunyai dua set kad “Tonim Kata” yang terdiri daripada
kata sinonim dan kata antonim.

● Murid akan dibahagikan secara berpasangan (2 orang)
● Setiap kumpulan akan diberi satu set kad “Tonim Kata”
● Setiap murid dalam kumpulan akan mengambil giliran untukbermain

permainan.
● Murid akan memilih dua kad lalu menterbalikkan kad tersebut bagi melihat

sama ada mereka memilih kad yang betul atau tidak.

KAEDAH PELAKSANAAN

● Sekiranya kad yang dipilih murid betul, maka murid tersebut mendapat
satu mata dan kad dibiarkan terbalik.

● Sekiranya kad yang dipilih tidak berkait dan salah, kad akan diterbalikkan
semula dan murid tidak mendapat mata.

● Guru perlu melihat sama ada kad yang dipilih diterbalikkan itu betul atau
tidak.

● Murid bermain permainan sekali lagi dengan set Tonim Kata berbeza.

● Murid yang mendapat mata tertinggi akan mendapat gula-gula sebagai
hadiah.

KIT PEMBELAJARAN TONIM KATA


Click to View FlipBook Version