KATA GANTI NAMA
Digunakan sebagai kata ganti nama manusia. Membawa maksud tunggal atau jamak. Terbahagi kepada 3 jenis; Kata Ganti Nama Diri Pertama Kata Ganti Nama Diri Kedua Kata Ganti Nama Diri Ketiga Definisi
KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang bercakap atau dikenali sebagai pihak pertama.
Kata Ganti Diri Pertama Kegunaan Contoh Aku Apabila bercakap dengan kawan atau Tuhan. a) Aku ke sekolah dengan menaiki bas. b) Lindungi aku Ya Allah. Beta Digunakan oleh raja atau sultan apabila bercakap dengan rakyat. a) Beta murka dengan kejadian semalam. Patik Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan a) Ampunkan patik Tuanku. Saya Digunakan untuk bercakap dengan orang lain atau baru dikenali. a) Saya minta maaf encik. Contoh kata ganti nama diri pertama tunggal
Kata Ganti Diri Pertama Kegunaan Contoh Kami Digunakan kepada diri sendiri serta teman apabila bercakap dengan orang lain. a) Kami dipanggil oleh CIkgu Farid ke bilik guru. Kita Digunakan kepada diri sendiri serta orang lain a) Kita mesti segera ke klinik. Contoh kata ganti nama diri pertama jamak
KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA Digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang bercakap dengan kita.
Kata Ganti Diri Pertama Kegunaan Contoh Anda Digunakan kepada orang kedua apabila kita tidak berhadapan dengannya. a) Saya harap anda berjaya dalam peperiksaan akan datang. Awak Digunakan untuk orang yang kedua dalam hubungan rapat. a) Saya hendak ke rumah awak esok. Engkau Digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungan dengan kita atau tuhan. a) Engkau mahu membeli makanan di kantin? b) Ya Allah, sesungguhnya engkaulah yang maha mengetahi segalanya. Contoh kata ganti nama diri kedua tunggal
Kata Ganti Diri Pertama Kegunaan Contoh Kamu Digunakan untuk orang yang rapat hubungan dengan kita. a) Kamu memang baik. Tuanku Digunakan apabila bercakap dengan sultan atau raja. a) Ampunkan [atik, tuanku. Contoh kata ganti nama diri kedua tunggal
Kata Ganti Diri Pertama Kegunaan Contoh Kalian Digunakan semasa beberapa orang diajak bercakap a) "Kalian hendak ke mana?" tanya Ali kepada rakan - rakannya. Contoh kata ganti nama diri kedua jamak
KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA Digunakan untuk merujuk kepada orang ketiga semasa bercakap
Kata Ganti Diri Pertama Kegunaan Contoh Baginda Digunakan untuk raja atau sultan . a) Baginda telah mangkat. Beliau Digunakan untuk orang ketiga yang dihormati. a) Beliau merupakan bekas guru saya. Dia Digunakan untuk orang ketiga yang umum. a) Dia seorang yang sangat gigih. Contoh kata ganti nama diri ketiga tunggal
Kata Ganti Diri Pertama Kegunaan Contoh Mereka Digunakan untuk orang ketiga yang bilangannya lebih daripada seorang. a) Mereka telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan bola sepak semalam. Contoh kata ganti nama diri ketiga jamak
SEKIAN TERIMA KASIH