PERPADUAN
NAMA: THARINI A/P KRISNAN MURTEK
NOMBOR MATRIK: BG22160496
SUBJEK: EK00202 PENGURUSAN ORGANISASI PELAJAR
SECTION: 102
TAJUK: PERPADUAN
NAMA PENSYARAH: RENOGADEWI A/P SANDARA SEGARAN
MAKSUD
• Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan
sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jirannya. Istilah ini lazimnya
digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.
• Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau
biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati
dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa
teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun
masyarakat.
RUKUN NEGARA
KEPERCAYAAN KESETIAAN KEPADA
KEPADA TUHAN RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN
PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN KESOPANAN DAN
UNDANG-UNDANG KESUSILAAN
HALANGAN DAN KESUKARAN UNTUK PERPADUAN
AGAMA DAN KEBUDAYAAN
– Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat
resam, bahasa, kesenian, budayadan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali, memahami
dan seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang
menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum.
PERBEZAAN POLITIK MENGIKUT BANGSA, KAUM DAN ETNIK
– Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah
memperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syakwasangka kerana setiap kumpulan
hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan
kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak
keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.
CARA MEMUPUK PERPADUAN
▪ Rakyat Malaysia seharusnya menghindari
sebarang tindakan yang boleh mencetuskan
provokasi kaum.
▪ Meraikan hari perayaan kaum Malaysia bersama-
sama.
▪ Menghormati antara satu sama lain.
▪ Mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum.
▪ Media massa yang menyebarkan mesej positif
tentang kepentingan perpaduan.