The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Pembangunan Holistik Pelajar UniSZA, 2023-08-09 22:44:41

ASAS PENGUCAPAN AWAM-SHAHRIZAL NASIR

ASAS PENGUCAPAN AWAM-SHAHRIZAL NASIR

KOD KURSUS : KKN 10303 NAMA KURSUS : ASAS PENGUCAPAN AWAM (A) NAMA PROJEK : “GILAP KOMUNIKASI BINA IDENTITI” ANJURAN BERSAMA : PUSAT PEMBANGUNAN HOLISTIK PELAJAR (PPHP) UniSZA TARIKH : 20 MEI 2023 MEDIUM : BLOK AKADEMIK UNISZA KAMPUS GONG BADAK NAMA FASILITATOR : EN. MOHD SHAHRIZAL BIN NASIR LAPORAN PROJEK AKHIR


2 KANDUNGAN NO. KANDUNGAN HALAMAN 1 PENGENALAN 3 2 OBJEKTIF PROGRAM 4 3 LATAR BELAKANG PROGRAM 4-5 4 ATUR CARA PROGRAM 6 5 PENGISIAN PROGRAM 7-14 6 PENUTUP 14-15 7 JAWATANKUASA PELAKSANA 16-17 8 LAPORAN KEWANGAN 18-19 9 SALINAN SURAT KELULUSAN PROGRAM 20 10 SALINAN SURAT KELULUSAN PERUNTUKAN PROGRAM 21-22 11 RAKAMAN GAMBAR PROGRAM 23-25


3 1.0 PENGENALAN 1.1 Setiap orang mempunyai bakat terpendam dalam diri masing-masing. Namun, mereka mungkin malu untuk menonjolkan bakat mereka kepada orang awam malah ada sesetengah daripada mereka berasa malu untuk mengemukakan idea mahupun pendapat mereka sendiri. 1.2 Program ‘Gilap Komunikasi Bina Identiti’ merupakan program yang dianjurkan oleh Kelas Asas Pengucapan Awam (A) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP), UniSZA. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang kemahiran berkomunikasi dan teknik pengucapan awam yang berkesan sekaligus mengasah bakat komunikasi pelajar. 1.3 Program ini mengandungi tiga sub program yang kecil terbahagi kepada Slot ‘Nak Kenal Boleh’, ‘Tekad Bersama, Kita Berjaya’ dan Pertandingan ‘Kelakar Tak Kelakar; Parodi Cerita Rakyat’ yang dijalankan pada 20 Mei 2023 selama satu hari bersama-sama murid daripada SK Kompleks Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. 1.4 Penganjuran program seperti ini diharapkan mampu menjadi batu loncatan buat para peserta untuk lebih berkeyakinan dalam mempraktikkan teknik bertutur yang berkesan seterusnya melahirkan masyarakat yang berketerampilan dan mampu bertutur secara profesional.


4 2.0 OBJEKTIF 2.1 Melengkapkan tugas-tugas lebih awal daripada jadual dengan mewujudkan pelan dan jadual waktu untuk menyiapkan tugasan dalam kertas cadangan projek. 2.2 Membina hubungan baik dengan semua pihak yang terlibat dalam projekyang dijalankan. 2.3 Menyampaikan kandungan projek dengan jelas. 2.4 Mendedahkan kepada para peserta mengenai teknik komunikasi dan asas pengucapan awam yang baik serta memupuk nilai keberanian, keyakinan dalam semangat kerjasama dalam aktiviti berpasukan. 3.0 LATAR BELAKANG PROGRAM 3.1 SLOT ‘NAK KENAL BOLEH’ i Tarikh : 20 Mei 2023 ii Hari : Sabtu iii Penyertaan : 40 peserta, 1 fasilitator dan 37 mahasiswa iv Tempat : SK Kompleks Gong Badak v Masa : 8.30pagi – 10.00 pagi


5 3.2 SLOT ‘TEKAD BERSAMA, KITA BERJAYA’ i Tarikh : 20 Mei 2023 ii Hari : Sabtu iii Penyertaan : 40 peserta, 1 fasilitator dan 37 mahasiswa iv Tempat : SK Kompleks Gong Badak v Masa : 10.15 pagi – 12.30 tengahari 3.3 SLOT PERTANDINGAN ‘KELAKAR TAK KELAKAR; PARODI CERITA RAKYAT’ i Tarikh : 20 Mei 2023 ii Hari : Sabtu iii Penyertaan : 40 peserta, 1 fasilitator dan 37 mahasiswa iv Tempat : SK Kompleks Gong Badak v Masa : 2.00 petang – 3.00 petang


6 4.0 ATUR CARA PROGRAM MASA AKTIVIT I 7.30 – 8.00 pagi Pendaftaran Peserta dan Sarapan Pagi 8.00 – 8.30 pagi Taklimat Ringkas dan Sesi Pengenalan Fasilitator 8.30 – 8.45 pagi Sesi Perkongsian Bersama Fasilitator 8.45 – 10.00 pagi SLOT 1 = NAK KENAL BOLEH ? Ice Breaking Aktiviti ‘Pisang Goreng’ 10.00 – 10.15 pagi Latihan Untuk Slot 3 10.15 – 12.30 tengahari SLOT 2 = TEKAD BERSAMA, KITA BERJAYA Aktiviti ‘Si Buta Memandu’ Aktiviti ‘Adiwira” Aktiviti ‘Radio Rosak’ Aktiviti ‘Pantun Santan’ Aktiviti ‘Aku Yang Cipta, Kau Yang Panas’ 12.30 – 2.00 petang Makan Tengahari dan Solat Zohor 2.00 – 3.00 petang SLOT 3 = KELAKAR TAK KELAKAR ; PARODI CERITA RAKYAT 3.00 – 3.50 petang Majlis Penutup dan Sesi Fotografi 3.50 – 6.00 petang Refleksi


7 5.0 PENGISIAN PROGRAM 5.1 Aktiviti Sebelum Program Berlangsung Semua ahli kelas telah dibahagikan tugasan mengikut empat kumpulan bagi mengendalikan tiga slot program iaitu, slot ‘Nak Kenal Boleh’, slot ‘Tekad Bersama, Kita Berjaya’ dan slot Pertandingan ‘Kelakar Tak Kelakar; Parodi Cerita Rakyat’ atas perbincangan bersama fasilitator kelas Asas Pengucapan Awam A. Semua ahli kelas diwajibkan untuk menghadiri setiap perbincangan bagi sesi perbincangan dan perkongsian idea untuk memastikan program diadakan dengan lancar dan jayanya. Pada sesi perbincangan yang pertama, semua ahli dibahagikan tugas dan skop kerja masing-masing. Seterusnya, perbincangan diteruskan dengan persediaan setiap slot, pengenalan mengenai setiap aktiviti yang akan dilakukan bersama-sama peserta dan perkara-perkara pentingyang perlu dibincangkan demi kelancaran program. Setiap keputusan perbincangan dikongsi bersama kepada fasilitator dan ahli kelas bagi memastikan semua ahli cakna tentang perkembangan semasa. 5.2 Aktiviti Semasa Program Berlangsung 5.2.1 ‘NAK KENAL BOLEH’ Untuk ahli jawatankuasa slot ini terdiri daripada tiga orang diketuai oleh Muhamad Aiman Bin Wahed dan dibantu oleh Rasyidah Husna Binti Abu Hanifah dan Nur Sabrina BintiMohammad Yusoff. 1.1 TAKLIMAT RINGKAS Program telah bermula pada pukul 8.00 pagi dimulai dengan taklimat ringkas daripada ketua slot 1 iaitu Muhamad Aiman Bin Wahed kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan


8 Gong Badak. Pelajar-pelajar terlebih dahulu didedahkan dengan maksud yang tersirat di sebalik nama program ini iaitu Gilap komunikasi, Bina Identiti untuk memberi faham kepada pelajar apa itu komunikasi dan apa itu identiti supaya pelajar-pelajar lebih memahami tujuan sebenar program ini dianjurkan. Kemudian pelajar diberi taklimat mengenai tentatif program bermula daripada Tips untuk berkeyakinan bercakap di khalayak ramai sehingga majlis penutup yang berlangsung pada hari yang sama serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan supaya program berlangsung dengan lancar. Pelajar-pelajar juga telah dipantau dengan kerjasama ahli jawatan kuasa yang lain. 1.2 TIPS UNTUK BERKEYAKINAN BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI Antara program yang ada dijalankan adalah sesi perkongsian dari fasilitator dan ahli jawatankuasa dari unit pendaftaran.Sesi tersebut disampaikan oleh Rasyidah Husna binti AbuHanifah dan Mardhiah binti Hairuddin. Program ini bermula sebelum memulakan aktiviti ‘ice breaking’ dan ‘pisang goreng’ selama 20 minit dari pukul 8.30 pagi hingga 8.40 pagi. Program ini juga berlangsung di Bangunan Akademi,UniSZA bertempat di Auditorium. Di samping itu, program ini berlangsung dengan lancar dan tiada sebarang gangguan.Semua murid-murid yang hadir memberikan kerjasama yang baik dengan fasilitator yang sedang mengendali dengan cara menjawab soalan yang diberikan oleh fasilitator yang sedang bertugas. Fasilitator juga memanggil murid-murid untuk tampil ke hadapan iaitu seramai dua orang perempuan dan dua orang lelaki untuk bercakap apa sahaja yang ada pada minda mereka ketika itu. Tambahan lagi, setiap fasilitator yang lain


9 turut bersama-sama menemani murid-murid untuk mengurangkan rasa gugup dan takut berada di Auditorium tanpa pengawasan guruguru sekolah mereka. Ketika sesi perkongsian berlangsung juga, fasilitator berhubung dengan murid-murid untuk memberanikan diri mereka ke hadapan untuk bercakap di khalayak ramai.Sebahagian daripada mereka sangat petah dan pandai dalam berkata-kata dan menyahut cabaran kakak-kakak dan abang-abang fasilitator yang sedang bertugas. Selain itu,Mereka juga fokus dalam sesi bicara dan intipati yang disampaikan oleh fasilitator. 1.3 ICE BREAKING DAN PERMAINAN PISANG GORENG Seramai tiga orang ahli jawatankuasa telah ditugaskan bagi program “Pisang Goreng”. Program ini telah dijalankan dengan lancar bermula jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi di dewan auditorium. Sebelum memulakan aktiviti ini, murid- murid telah dibahagikan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan berdasarkan kod-kod yang telah tertulis di kad nama mereka yang telah diberi kepada pelajar-pelajar semasa pendaftaran. Para pelajar telah memberi kerjasama yang baik serta dipantau oleh fasilitator dalam setiap kumpulan. Ketika aktiviti ini dijalankan, murid-murid begitu bersemangat serta pantas dalam membuat sesuatu keputusan demi mencapai kemenangan dengan membina kerjasama diantara ahli pasukan dengan baik. Mereka juga dapat melatih diri untuk lebih fokus dalam menyelesaikan permainan ini. Permainan ini menggunakan perkataan yang rawak dari kumpulan lain dan kumpulan seterusnya perlu bersedia perkataan yang diberi dan menyelesaikan bahagian mereka sambil dibantu oleh para fasilitator. Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan permainan ini ialah, sifat beraniserta pantas dalam mengambil keputusan dan yakin pada diri


10 dapat dikuasai oleh murid-murid agar mereka dapat menonjolkan diri mereka ke hadapan. 5.2.2 ‘TEKAD BERSAMA, KITA BERJAYA’. Secara umumnya, slot “Tekad Bersama, Kita Berjaya” yang berlangsung pada minggu lepas ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan meriah daripada para peserta yang terdiri daripada pelajar tahun 4, 5 dan 6 dari SK Kompleks Gong Badak.Slot ini juga merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan iaitu dalam bentuk pemainan explorace yang mempunyai 5 checkpoint. Setiap aktiviti ini mempunyai 2orang fasilatator yang telah ditugaskan untuk menjaga checkpoint masing-masing di mana setiap checkpoint ini mempunyai jenis permainan yang tersendiri bagi menyampaikan objektif dan matlamat program.Seterusnya, aktiviti ini jugadijalankan secara pusingan di mana semua kumpulan akan bergerak bersamasama mencari checkpoint masing-masing. Oleh itu, antara 5 aktiviti yang dijalankan dalam slot 2 ini adalah seperti berikut : 1) SI BUTA MEMANDU Checkpoint 1 yang dinamakan Si Buta Memandu ini telah dijalankan dengan lancar dan semua peserta memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang aktiviti ini dijalankan. Dalam permainan ini salah seorang ahli pasukan perlu menutup mata dengan kain bagi menyelesikan masalah tersebut tanpa melihat dan hanya melalui sentuhan berpandukan arahan daripada ahli kumpulan yang lain. Bukan itu sahaj, sepanjang aktiviti ini dijalankan terdapat banyak faedah yang boleh didapati oleh para pelajar salah satunya adalah dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi antara ahli dalam satu kumpulan.


11 2) ADIWIRA Adiwira merupakan aktiviti checkpoint 2 yang turut berjalan dengan baik dan teratur sesuai dengan atur masa program yang telah ditetapkan.Dalam aktiviti ini,seorang ahli dalam kumpulan diminta maju kehadapan untuk menggayakan ciri- ciri superhero tertentu kemudian rakan yang lain perlu berbincang dan meneka siapakah superhero tersebut. Melalui aktiviti ini semua pelajar terlihat sangat teruja dan menikmati permainnan kerana dapat meneka supeherodengan cepat dan mudah. 3) RADIO ROSAK Seterusnya, Checkpoint 3 ini adalah permainan radio rosak yang telah dijalankan dengan sempurna bagi memantapkan tahap komunikasi dalam kalangan ahli kumpulan.Dalam permainan ini fasilatator akan memberikan sehelai kertas yang disertakan dengan ayat pada peserta pertama yang duduk paling hadapan kemudian ayat tersebut perlu disampaikan kepada peserta yg kedua dan aktiviti tersebut akan berulang sehingga ke peserta akhir. Semua kumpulan dalam aktiviti ini berjaya mendengar dengan teliti setiap perkataan yang disebut oleh ahli kumpulannya dan menghabiskan permainan lebih awal dari masa yang ditetapkan. 4) PANTUN SANTAN Aktiviti ini berada pada checkpoint 4 di mana setiap kumpulan perlu mencabut satu perkataan yang terdapat dalam sebuah kotak kemudian semua ahli kumpulan perlu bekerjasama dan berbincang untuk membina pantun 4 kerat berdasarkan perkataan yang telah dicabut. Melalui aktiviti ini, setiap pelajar dapat mencungkil bakat masingmasing dalam membina pantun yang hebat secara spontan. Aktiviti ini juga


12 telah berjaya dijalankan dengan lancar disebabkan adanya sokongan dan kerjasama yang baik dari setiap pelajar. 5) AKU YANG CIPTA, KAU YANG PANAS Aktiviti ini merupakan checkpoint terakhir yang telah dilalui oleh semua kumpulan. Berakhirnya aktiviti ini menunjukkan bahawa semua kumpulan telah selesai menjalani slot permainan explorace dengan jayanya.Dalam permainan ini, salah seorang pelajar diminta berdiri dihadapan kemudian sehelai kertas akan dilekatkan di dahi pelajar tersebut manakala ahli kumpulan yang lain akan menggayakan sifat berdasarkan perkataan yang diberikan kemudian pelajar yang berada dihadapan itu perlu meneka apakah itu.Permainan ini sangat mendapat sambutan yang meriah daripada para pelajar kerana dapat bermain dengan riang dan gembira.Melalui aktiviti ini juga pelajar dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap mesej yang disampaikan oleh rakan lain semasa proses komunikasi berjalan secara langsung. Pada akhir aktiviti ini juga, semua lampiran aktiviti telah dikutip oleh ahli jawatankuasa untuk memberikan markah kepada setiap kumpulan dan menjelaskan nilai dan pengajaran semasa berlangsungnya aktiviti slot “Tekad Bersama, Kita Berjaya” tersebut. 5.2.3 PERTANDINGAN ‘KELAKAR TAK KELAKAR; PARODI CERITA RAKYAT’. Slot 3 bagi program ini ialah slot pertandingan. Slot ini mempunyai lima ahli jawatankuasa yang merancang dan menguruskan slot pertandingan untuk dilakukan dengan baik ketika hari program dijalankan. Slot 3 mempunyai nama iaitu “Kelakar Tak Kelakar, Parodi Cerita Rakyat”. Hal ini bermaksud kami telah merancang


13 untuk melakukan satu pertandingan di mana peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakonkan setiap cerita rakyat yang diterima sebelum waktu pertandingan berlangsung. Terdapat lima cerita rakyat yang dipilih untuk dilakonkan dalam pertandingan ini iaitu, Pak Pandir, Bawang Putih Bawang Merah, Pak Kaduk, The Amazing Awang Kenit dan Si Tanggang. Tujuan utama pertandingan ini dilakukan adalah untuk mengasah keyakinan para peserta dikhalayak ramai dan cara mereka berkomunikasi ketika lakonan dijalankan. Penentuan kumpulan dengan tajuk cerita dipilih berdasarkan fasilitator- fasilitator masingmasing sebelum waktu latihan dalam sekitar pukul 11:30 hingga 12:30 tengah hari pada hari program sejurus selesai aktiviti slot 2. Semua ahli jawatankuasa pula memastikan setiap kumpulan mendapatkan barangbarang tambahan untuk disesuaikan denngan tema dan watak cerita bagi karakter yang dilakonkan. Pada pukul 2:00 petang pula, waktu pertandingan berlangsung sehingga pukul 3:00 petang dengan dimulakan dengan taklimat ringkas oleh ketua slot 3. Sewaktu pertandingan berlangsung, salah seorang ahli jawatankuasa akan mengendalikan acara dan seorang lagi ahli jawatankuasa akan merekod masa supaya semua kumpulan tidak melebihi masa yang ditetapkan. Setiap kumpulan diberi masa hanya 10 minit untuk mempersembahkan lakonan dalam kumpulan di atas pentas. Mereka diadili oleh tiga orang juri iaitu fasilitator kelas Asas Pengucapan Awam A, timbalan pengerusi dan setiausaha kelas Asas Pengucapan Awam A menggunaan borang pemarkahan yang telah disediakan. Setelah kesemua kumpulan menyelesaikan lakonan masingmasing, borang pemarkahan akan diambil semula untuk mendapatkan jumlah markah bagi mengetahui juara bagi pertandingan tersebut. Hanya satu kumpulan yang dipilih sebagai pemenang dan mereka mendapat hadiah berupa hamper. Kumpulan yang memenangi pertandingan ini ialah kumpulan Pak Pandir.


14 MAJLIS PENUTUP Majlis penutup program Gilap Komunikasi Bina Identiti ini telah dijalankan dari jam 3 petang sehingga jam 4.00 petang bertempat di Auditorium Blok Akademik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Majlis tersebut melibatkan tetamu jemputan, kesemua peserta program iaitu murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, guru pengiring dan ahli jawatankuasa program. Tetamu jemputan yang merasmikan majlis penutup program ini ialah Encik Rusnizam bin Mohamad selaku Penolong Kanan Pentadbiran SK Kompleks Gong Badak tersebut. Majlis penutup ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, ucapan aluan, diikuti pula dengan ucapan daripada pengarah program iaitu saudara Muhammad Nabil Imran bin Abd Razak, serta ucapan perasmian daripada Penolong Kanan Pentadbiran SK Kompleks Gong Badak. Majlis tersebut diteruskan lagi dengan gimik perasmian dan tayangan montaj kepada hadirin. Seterusnya, sesi penyampaian hadiah para peserta dan penyampaian sijil ahli jawatankuasa telah dilaksanakan. Sebelum sesi fotografi dan hadirin diumumkan untuk bersurai, terdapat sesi penyampaian cenderahati daripada tuan rumah program kepada sekolah jemputan. Secara keseluruhannya, majlis penutup bagi program ini berjalan lancar. 6.0 PENUTUP Program “Gilap Komunikasi Bina Identiti” telah berjalan dengan lancar sehingga ke akhir program. Inisiatif seperti ini diharap dapat dianjurkan lagi dari semasa ke semasa kerana ia dapat melatih dan menjadikan mahasiswa sebagai seorang mahasiswa yang berkeyakinan diri, mempunyai semangat kepimpinan yang tinggi serta mampu bekerja dalam pasukan sekaligus melahirkan mahasiswa yang berintegrasi dan berwawasan. Program seperti ini diharap dapat dianjurkan lagi pada masa yang akan datang. Hal ini demikian kerana dapat melatih mahasiswa menjadi seorang yang berkepimpinan, berkeyakinan diri serta memupuk


15 kerjasama antara satu sama lain dan dapat melahirkan mahasiswa yang berintegrasi tinggi dan berwawasan pada masa yang akan datang. Selain itu, masyarakat luar yang terlibat dalam program ini juga dapat menimba ilmu pengetahuan yang baru untuk diaplikasikan dalam kehidupan seterusnya dapat membina hubungan dua hala yang lebih erat antara mahasiswa UniSZA dengan komuniti setempat iaitu pelajar dan guru dari SK Kompleks Gong Badak, Kuala Nerus. Penganjuran program ’Gilap Komunikasi Bina Identiti’ ini diharapkan dapat dijadikan salah satu medium yang berkesan kepada para peserta untukmempelajari teknik pengucapan awam dan memperkasakan kemahiranberkomunikasi mereka sekaligus melahirkan generasi muda yang berketerampilan tinggi. Setinggi- tinggi penghargaan diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses pelaksanaan dalam menjayakan programini. Disediakan oleh: ............................................................... (SUFI HANANY BINTI OMAR) Setiausaha Kelas Asas Pengucapan Awam (A) Disemak oleh: .......................................……………...... (MUHAMMAD NABIL IMRAN BIN ABDRAZAK) Pengarah Kelas Asas Pengucapan Awam (A)


16 JAWATANKUASA PELAKSANA PROJEK AKHIR PROGRAM ‘GILAP KOMUNIKASI BINA IDENTITI’ ASAS PENGUCAPAN AWAM (A) SEMESTER 2, SESI 2022/2023 PENAUNG Y.Brs. Dr. Akila bin Mamat PENASIHAT En. Mohd Shahrizal bin Nasir PENGARAH Muhammad Nabil Imran bin Abd Razak (073383) (010-8782583) TIMBALAN PENGARAH Nur Aisyah Farhani binti Mohd Norzie (071894) (013-7294301) SETIAUSAHA Sufi Hanany binti Omar (074420) (013-3602891) BENDAHARI Muhammad Najmi bin Mohd Nasibi(073059) (011-39158267) AJK MEDIA DAN PUBLISITI 1. Fitrah Adilah binti Mohd Fadhli(072234) (0109488025) (K) 2. Nurul Azzuriena Haznieta binti Mohd Azmie (073010) 3. Aisyah Ermina binti Tarmidi (072777) 4. Umie Nurliela (073708) AJK PENDAFTARAN DAN LOGISTIK 1. Mardhiah binti Hairuddin (072440) (01114936902) (K) 2. Nur Amalina bintiBaharum (073714) 3. Syafiyah binti Sapik (071980) AJK HADIAH, PERALATAN DAN MAKANAN 1. Nurul Natasha bintiIkbarol Hakim (073133) (0169337045) (K) 2. Nur Ainbalqis binti Maleki (074953) 3. Illyana Naeimah binti Ramli(074877) 4. Muhammad Hafizuddin Syakhir bin Suhaiza (073834)


17 AJK PROTOKOL 1. Suhaila binti Abdul Wahab (071900) (0188744911) (K) 2. ‘Ain Syamila binti Khairul Azman (072097)3. Kho Ya Ni (074997) 4. Elly Nur Najwa (072009) AJK SLOT 1 1. Muhammad Aiman bin Wahed (073639) (0143201251) (K) 2. Rasyidah Husna binti Abu Hanifah (072642) 3. Nur Sabrina binti Mohammad Yusoff (074632) 4. Nursyahiza Adilah binti Mohd Tahir (074820) AJK SLOT 2 1. Nur Fadilla binti Rahman (072654) (01125341472) (K) 2. Nurul Alia Athirah binti Mat Rifin (074807) 3. Nur Anis Ashatunnisha binti Md Isa (074789) 4. Nur Hafizan Afiqa binti Mohd Ramlan (074685) 5. Nurul Atikah Nadia binti Zakaria (074712) 6. Fitri Nasyaruni binti Fauzi AJK SLOT 3 1. Muhammad Amzar Wafi bin Ramli (072795)(0133039136) (K) 2. Aida Najihah binti Usop (072885) 3. Nurfarizah Fitri binti Harinin (073246) 4. Nur Najihah binti Abdul Manan (072754) 5. Nurul Huda Farahiya binti Hafendy (074830)


18 LAPORAN KEWANGAN 1. PERUNTUKAN YANG DILULUSKAN BIL PERKARA KAEDAH (Cth: Invois/Tunai/EFT) JUMLAH (RM) 1. MAKANAN PELAJAR ASAS PENGUCAPAN AWAM (TENGAH HARI SHJ) INVOIS PEMBEKAL RM296.00 2. MAKAN MINUM PESERTA (PAGI DAN TENGAH HARI SHJ) INVOIS PEMBEKAL RM480.00 3. MINUM PETANG TETAMU JEMPUTAN INVOIS PEMBEKAL RM28.00 4. BANNER INVOIS PEMBEKAL RM80.00 5. CENDERAMATA TETAMU JEMPUTAN INVOIS PEMBEKAL RM50.00 6. HAMPER INVOIS PEMBEKAL RM400.00 7. SIJIL PESERTA TUNTUTAN SEMULA RM60.00 8. AIR MINUMAN TUNTUTAN SEMULA RM100.00 9. PENYEDUT MINUMAN TUNTUTAN SEMULA RM12.00 10. MARKER PEN TUNTUTAN SEMULA RM21.00 11. KERTAS MAHJONG TUNTUTAN SEMULA RM5.00 12. PITA PELEKAT TUNTUTAN SEMULA RM15.00 13. TANDA NAMA PESERTA TUNTUTAN SEMULA RM120.00 JUMLAH KESELURUHAN RM1652.00 2. PERBELANJAAN KAEDAH PERKARA NO. RESIT JUMLAH (RM) INVOIS PEMBEKAL MAKANAN PELAJAR ASAS PENGUCAPAN AWAM (TENGAH HARI SHJ) RM296.00 INVOIS PEMBEKAL MAKAN MINUM PESERTA (PAGI DAN TENGAH HARI SHJ) RM480.00


19 INVOIS PEMBEKAL MINUM PETANG TETAMU JEMPUTAN RM28.00 INVOIS PEMBEKAL BANNER RM80.00 INVOIS PEMBEKAL CENDERAMATA TETAMU JEMPUTAN RM50.00 INVOIS PEMBEKAL HAMPER RM400.00 TUNTUTAN SEMULA SIJIL PESERTA 201721 RM48.00 TUNTUTAN SEMULA AIR MINUMAN 1135-596922 RM40.00 TUNTUTAN SEMULA PENYEDUT MINUMAN 139902305130 14455 RM12.00 TUNTUTAN SEMULA MARKER PEN 139902305130 14455 RM4.80 TUNTUTAN SEMULA KERTAS MAHJONG 542-54481 RM6.20 TUNTUTAN SEMULA PITA PELEKAT 542-54481 RM13.90 TUNTUTAN SEMULA TANDA NAMA PESERTA P4-295957 RM40.00 JUMLAH KESELURUHAN RM1498.90 PERUNTUKAN - PERBELANJAAN RM153.10 * JUMLAH TUNTUTAN SEMULA: RM164.90


20 SALINAN SURAT KELULUSAN PROGRAM


21 SALINAN SURAT KELULUSAN PERUNTUKAN PROGRAM


22


23 RAKAMAN GAMBAR PROGRAM Sesi Pengenalan Program Bersama Fasilitator Sesi Pengenalan Fasilitator Bersama Peserta


24 Slot 1 : ‘Nak Kenal Boleh’ Slot 2 : ‘Tekad Bersama, Kita Berjaya’


25 Slot 3 :Pertandingan ‘Kelakar Tak Kelakar: Parodi Cerita Rakyat’ Majlis Penutup Program ‘Gilap Komunikasi Bina Identiti’


Click to View FlipBook Version