LAPORAN BERITA AKTIVITI MEDSCHOOL OUTREACH DAN AKITIVITI GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN PANTAI BATU BUROK Lokasi: Maktab Rendah Sains MARA Kuala Terengganu dan Pantai Batu Burok Masa: 9.30 a.m. - 6.00 p.m. 28 Julai 2023
Aktiviti Forum Santai : Medschool Outreach Forum ini melibatkan saudari Siti Hasnah selaku moderator, Associate Professor Dr. Mohd Farid bin Md Noor (Head of School of Basic Medical Sciences) sebagai panel jemputan pertama dan saudara Muhammad Aiman bin Md Nazir sebagai panel jemputan kedua. Aktiviti berlangsung pada jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi di Dewan Ibnu Sina, MRSM Kuala Terengganu. Peserta merupakan pelajar Tingkatan 4 dan 5 MRSM Kuala Terengganu. Aktiviti ini berakhir dengan soal jawab bersama para pelajar dan penyampaian cenderahati kepada barisan panel jemputan. Aktiviti Penyampaian Cenderahati Kepada Panel Jemputan Pertama Panel jemputan pertama iaitu Associate Professor Dr Mohd Farid bin Md Noor (Head of School of Basic Medical Sciences) dijemput untuk menerima cenderahati yang disampaikan oleh Cikgu Alimin selaku kaunselor MRSM Kuala Terengganu sebagai tanda terima kasih menjadi panel Forum Santai : Medschool Outreach serta atas ilmu dan perkongsian yang diberikan kepada para pelajar MRSM Kuala Terengganu.
Aktiviti Penyampaian Cenderahati Kepada Panel Jemputan Kedua Panel jemputan kedua iaitu saudara Muhammad Aiman bin Md Nazir dijemput untuk menerima cenderahati yang disampaikan oleh Cikgu Alimin selaku kaunselor MRSM Kuala Terengganu sebagai tanda terima kasih menjadi panel Forum Santai : Medschool Outreach serta atas pengalaman dan perkongsian yang diberikan kepada para pelajar MRSM Kuala Terengganu. Aktiviti Penyampaian Cenderahati Kepada Fasilitator Program Medschool Outreach Selaku fasilitator dan pensyarah pengiring Kelas PKM K iaitu Dr. Mohd Firdaus bin Yahaya dijemput untuk menerima cenderahati yang disampaikan oleh Puan Nasrin binti Ibrahim selaku Timbalan Pengetua Pembanguna Bakat MRSM Kuala Terengganu sebagai tanda penghargaan atas usaha dan jasa baik dalam menjayakan program Medschool Outreach yang berlangsung di MRSM Kuala Terengganu.
Aktiviti Pengiringan Panel Jemputan Forum dan Pensyarah Pengiring Panel jemputan iaitu Associate Professor Dr Mohd Farid bin Md Noor dan saudara Muhammad Aiman bin Md Nazir serta pensyarah pengiring Kelas PKM K iaitu Dr. Mohd Firdaus bin Yahaya diiring keluar Dewan Ibnu Sina oleh usher iaitu saudara Abdul Hakim, saudara Afif Aiman, saudara Amir Mursyidi, saudara Muhammad Hafiy dan saudari Siti Hasnah setelah tamatnya sesi penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat pada jam 10.30 pagi. Tetamu kehormat diiring menuju ke dewan makan bagi menjamu selera hidangan pagi yang telah disediakan. Aktiviti Saringan Kesihatan Aktiviti saringan kesihatan dijalankan di booth hadapan Dataran Homeroom yang melibatkan penyertaan pelajar Tingkatan 4 MRSM Kuala Terengganu bermula pada jam 10.30 pagi. Antara ujian saringan kesihatan yang dilakukan ialah ukuran tekanan darah, BMI dan ujian buta warna. Terdapat juga perkongsian informasi berkaitan Jurusan Perubatan, merokok, vape dan demostrasi CPR.
Aktiviti Sukaneka : Tiup Bola Ping Pong Aktiviti sukaneka melibatkan pelajar Tingkatan 5 dan salah satu aktiviti yang dijalankan ialah Tiup Bola Ping Pong yang dilakukan di tempat duduk di perkarangan bengkel Kemahiran Hidup di mana dua cawan diisi dengan air dan bola ping pong diletakkan di atas cawan pertama dan setiap peserta perlu meniup bola tersebut sehingga cawan terakhir. Aktiviti Sukaneka : Biskut Gantung Aktiviti sukaneka ini dilakukan di tempat parkir kereta di mana setiap kumpulan perlu menghantar 3 orang pemain yang perlu berjaya menghabiskan setiap biskut dalam masa satu minit. Aktiviti Sukaneka : Gula Dalam Tepung Aktiviti sukaneka ini dilakukan di gazebo yang mana para peserta perlu meniup tepung di dalam pinggan untuk mendapatkan sekurang kurangnya enam biji gula-gula dalam temph masa yang ditetapkan.
Aktiviti Sukaneka : Kotak Beracun Aktiviti sukaneka ini dilakukan di dalam Dewan Ibnu Sina yang memerlukan peserta duduk dalam sebuah bulatan dan apabila muzik bermula, kotak perlu di ‘pass’ sehinggalah muzik berhenti di mana peserta terakhir memegang kotak perlu ambil satu kertas dalam kotak tersebut dan berlakon. Aktiviti Sukaneka : Pictionary Aktiviti sukaneka ini dilakukan di Dataran Homeroom di mana seramai 4 peserta akan melukis perkataan yang diberi dan peserta yang lain perlu meneka gambar tersebut. Peserta diberikan masa 30 saat untuk melukis dan meneka setiap gambar dalam tempoh 6 minit. Aktiviti Mini Games Aktiviti mini games dalam booth iaitu Bowling Ping Pong dan juga Dart Belon yang melibatkan para pelajar Tingkatan 4 MRSM Kuala Terengganu. Peserta perlu jatuhkan salah satu botol dalam game Bowling Ping Pong tu dan sambung kepada mainan Dart Belon jika berjaya.
Aktiviti Usrah Nisa Usrah Nisa bagi pelajar perempuan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 semasa solat Jumaat berlangsung di Dewan Ibnu Sina bagi sesi perkongsian mengenai hala tuju selepas SPM, tips-tips belajar dan pengenalan kepada sekolah perubatan. Aktiviti Penyampaian Hadiah Pemenang Sukaneka Sesi pengagihan hadiah kepada pemenang aktiviti sukaneka oleh Cikgu Irma selaku warden MRSM Kuala Terengganu dan diiringi oleh saudari Kauthar binti Roselan pada Majlis Penutup Medschool Outreach. Aktiviti Fotografi Sesi penggambaran pelajar Kelas PKM K di hadapan pejabat pentadbiran MRSM Kuala Terengganu selepas tamat program Medschool Outreach sebagai kenangan.
Aktiviti Briefing Gotong Royong Sesi briefing pengagihan tugasan gotong-royong di Pantai batu Burok oleh Pengarah Kelas PKM K iaitu saudara Abdul Hakim dan Timbalan Pengarah iaitu saudari Kauthar binti Roselan pada jam 4.00 petang. Aktiviti Gotong Royong Membersihkan Sampah Para pelajar Kelas PKM K bergotong royong membersihkan sampah di sekitar Pantai Batu Burok yang bermula pada jam 4.00 petang sehingga jam 5.00 petang yang bertujuan untuk berkhidmat kepada masyarakat serta memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk tidak membuang sampah di tempat awam. Aktiviti Pengagihan Brosur Para pelajar Kelas PKM K ditugaskan untuk mengagihkan brosur mengenai Jurusan Perubatan kepada orang awam di sekitar Pantai Batu Burok sambil mendedahkan dan berkongsi informasi kepada mereka berkaitan Jurusan Perubatan.
Aktiviti Refleksi Setelah selesai aktiviti gotong-royong dan pengagihan brosur, para pelajar Kelas PKM K berkumpul untuk sesi refleksi bersama Dr. Firdaus berkenaan pendapat dan pengajaran yang pelajar perolehi menerusi program Medschool Outreach dan aktiviti gotong-royong membersihkan Pantai Batu Burok yang tamat pada jam 5 petang. Aktiviti Fotografi AJK Tertinggi Selesainya refleksi program Medschool Outreach dan aktiviti gotong-royong membersihkan Pantai Batu Burok, pensyarah pengiring Kelas PKM K iaitu Dr. Mohd Firdaus bin Yahaya bergambar bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang terdiri daripada Pengarah, iaitu saudara Abdul Hakim bin Musa, Timbalan Pengarah, iaitu saudari Kauthar binti Roselan, Setiausaha, iaitu saudari Siti Hasnah binti Ambo’miri , Penolong Setiausaha, iaitu saudara Muhammad Nur Hafiy bin Hayan dan Bendahari, iaitu saudari Noraisyahtul Nazihah binti Abdul Razak sebagai penutup kepada projek akhir Kelas PKM K.