The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hisharuddin, 2022-03-29 23:00:50

SAINS T6 SK (SEMAKAN 2017) - PART 2

SAINS T6 SK (SEMAKAN 2017) - PART 2

Kaedah Ketiga

Tujuan: Menjalankan projek pengawetan cili dengan menggunakan
kaedah penyejukbekuan
Alat dan bahan: ruang penyejukbekuan, plastik berzip, sarung tangan plastik,
tisu dapur, 15 biji cili segar

Berhati-hati agar tidak menyentuh mata atau hidung semasa
mengendalikan cili.

Langkah-langkah:

1. 2. 3.

Gunakan sarung Keringkan cili dengan Masukkan cili ke dalam
tangan plastik ketika menggunakan beg plastik berzip.
mencuci cili. tisu dapur.

4. 5. 6.

Kemaskan beg Simpan beg plastik Biarkan keseluruhan
plastik berzip dengan berzip tersebut cili membeku.
mengeluarkan semua pada bahagian
udara sebelum penyejukbekuan
menutupnya. di dalam peti sejuk.

Soalan:
1. Apakah kaedah pengawetan makanan yang digunakan untuk mengawet cili?
2. Apakah faktor pertumbuhan mikroorganisma dalam kaedah

pengawetan ini? Jelaskan.

137

Kaedah Keempat

Tujuan: Menjalankan projek pengawetan cili dengan menggunakan
kaedah pendidihan

Alat dan bahan: kuali, dapur gas, mesin pengisar, bekas berpenutup,
sarung tangan plastik, 15 biji cili segar, dua cawan air, minyak masak

1. Berhati-hati agar tidak menyentuh mata atau hidung semasa mengendalikan cili.
2. Berhati-hati ketika menggunakan dapur gas.

Langkah-langkah: 2. 3.
1.

Gunakan sarung Masukkan cili, dua cawan Kisarkan cili sehingga
tangan plastik ketika air dan dua sudu besar menjadi lumat.
mencuci cili. minyak masak ke dalam
mesin pengisar.
4.
5. 6.

Didihkan cili yang Tutup api dan biarkan Masukkan cili
telah dikisar di dalam cili menyejuk. ke dalam bekas
kuali sehingga
berpenutup.
menjadi pekat.

Soalan:
1. Apakah kaedah pengawetan makanan yang digunakan untuk mengawet cili?
2. Mengapakah minyak digunakan dalam kaedah pengawetan ini? Jelaskan.
3. Apakah faktor pertumbuhan mikroorganisma dalam kaedah pengawetan

ini? Jelaskan.

Cili boleh diawet dengan menggunakan pelbagai Apakah yang dapat
kaedah pengawetan seperti pengeringan, kamu rumuskan
penjerukan, penyejukbekuan dan pendidihan. Oleh berdasarkan
itu, terbukti satu jenis makanan boleh diawet dengan kaedah pengawetan
menggunakan pelbagai kaedah pengawetan. cili yang telah
dijalankan?

138

Gabungan Kaedah Pengawetan Makanan

Tahukah kamu bahawa makanan juga boleh diawet dengan
menggabungkan lebih daripada satu kaedah pengawetan?

Mari kita lakukan aktiviti yang menggabungkan
pelbagai kaedah pengawetan makanan.

MARI UJI Gabungan Kaedah Pengawetan Makanan

Tujuan: Menjalankan aktiviti mengawet ikan dengan
menggabungkan lebih daripada satu kaedah pengawetan

Alat dan bahan: pisau, papan pemotong, dawai pelapik, dua ekor ikan,
300 g garam halus

1.

Berhati-hati ketika menggunakan pisau.

Langkah-langkah: 2.
1. Buang insang dan perut ikan. Kemudian, 3.

bersihkan ikan dengan menggunakan air.
2. Belah bahagian sisi ikan supaya potongan ikan

menjadi lebar.
3. Lumurkan garam pada seluruh bahagian ikan.
4. Letakkan ikan di atas dawai pelapik. Kemudian,

jemur dan balik-balikkan ikan sehingga kering
di bawah cahaya matahari yang terik selama
seminggu.
5. Catat hasil pemerhatian kamu.

Soalan: 4.
1. Apakah kaedah pengawetan makanan yang

digunakan semasa mengawet ikan?

2. Mengapakah kuantiti garam yang banyak

digunakan semasa mengawet ikan?

3. Apakah yang dapat kamu rumuskan berdasarkan

aktiviti di atas?

Berikan contoh makanan lain yang boleh

8.2.5, diawet dengan menggabungkan lebih
8.2.7
daripada satu kaedah pengawetan. 139

Kepentingan Teknologi Pengawetan Makanan

Teknologi pengawetan makanan adalah sangat penting untuk memenuhi
keperluan bekalan makanan.

Bagaimanakah teknologi pengawetan makanan
mampu memenuhi keperluan bekalan makanan
dalam kehidupan harian?

Makanan dapat bertahan lama Adakah makanan ini dapat
bertahan lama?

Cencaluk, keropok
inang-inang dan
keropok ikan adalah
antara makanan
yang dapat
bertahan lama.

Ya, makanan ini dapat disimpan
hingga tahun hadapan.

Makanan yang diawet dapat bertahan dan disimpan dengan lebih lama.
Oleh itu, keperluan bekalan makanan secara berterusan dapat dipenuhi.

Pembaziran makanan dapat dielakkan dan dicegah

Ibu, rendang daging Kita jadikan
lebihan kenduri serondeng daging
banyak lagi. untuk mengelakkan
pembaziran.

Lebihan makanan
dapat diproses
dan dikeringkan.

Makanan yang diawet dengan menggunakan pelbagai kaedah pengawetan
makanan dapat mengelakkan dan mencegah pembaziran daripada berlaku.

140 8.2.6

Makanan mudah untuk disimpan Jangan bimbang.
Ayah, sungguh Makanan di dalam
banyak makanan tin mudah untuk
yang kita beli. Adakah disusun di dalam
kita mempunyai ruang penyimpanan
ruang penyimpanan makanan kita.
makanan yang cukup?

Makanan di dalam tin dan botol tidak
memerlukan ruang penyimpanan
yang besar.

Makanan yang diawetkan secara pengetinan dan pembotolan dapat
memudahkan penyimpanan dan menjimatkan ruang.

Pembekalan makanan di luar musim
Jem rambutan ini
saya buat sendiri.
Saya awetkan buah
rambutan pada musim
buah tahun lalu.

Buah-buahan bermusim seperti durian,
rambutan dan manggis boleh diawet.

Makanan bermusim boleh diawet dengan menggunakan pelbagai kaedah
pengawetan supaya dapat dinikmati sepanjang tahun.

Makanan mudah untuk dieksport
Produk santan
kelapa telah
siap untuk
dieksport.

Makanan yang dihasilkan oleh Malaysia

Baiklah. Tolong hantar boleh dinikmati di negara lain.

ke kapal dengan segeranya.

Teknologi pengawetan makanan membolehkan makanan dihantar ke tempat
yang jauh untuk dieksport ke luar negara.

141

Penghasilan makanan sedia dimakan Wah, mesti sedap!

Saya makan rendang
dan nasi untuk malam ini.

Makanan sedia dimakan mudah
untuk disediakan dan dibawa
ke mana-mana.

Makanan sedia dimakan yang telah diawet dapat memudahkan pengurusan
bekalan makanan ketika makanan sukar untuk didapati secara langsung
seperti pada musim kemarau, musim sejuk atau ketika musibah melanda.

Kini, teknologi pengawetan makanan telah banyak membantu orang ramai
untuk memenuhi keperluan bekalan makanan dalam kehidupan harian.
Teknologi pengawetan makanan adalah penting untuk menjadikan makanan
tahan lama, mengelakkan dan mencegah pembaziran, memudahkan
penyimpanan makanan, membolehkan pembekalan makanan di luar musim,
menjadikan makanan mudah untuk dieksport dan menghasilkan makanan
sedia dimakan.

Berdasarkan kefahaman kamu, perihalkan
kepentingan teknologi pengawetan makanan
bagi memenuhi keperluan bekalan makanan.

INFO SAINS

Setiap makanan yang diawet mempunyai tarikh luput,
contohnya, GUNA SEBELUM 14 APRIL 2021. Tanda ini
menunjukkan makanan tersebut sesuai untuk dimakan
sebelum tarikh yang berkenaan.

142

AKTIVITI RIA Jeruk Ikan

Alat dan bahan: pisau, papan pemotong, bekas berpenutup,
dawai pelapik, tisu dapur, seekor ikan, garam, minyak masak
Langkah-langkah:

1. Berhati-hati ketika menggunakan pisau.

2.

Buang insang dan perut ikan. Jemur ikan di bawah
Kemudian, bersihkan ikan dengan cahaya matahari yang
air dan keringkannya dengan terik selama dua jam.
menggunakan tisu dapur.
3.

4.

Lumurkan ikan dengan
garam sehingga meliputi
keseluruhan ikan.

5.

Tutup bekas dan simpan ikan Masukkan ikan ke dalam
selama beberapa hari. bekas berpenutup dan tuang
minyak masak ke dalam
bekas tersebut sehingga ikan
ditenggelami minyak masak.

Soalan:
1. Apakah kaedah pengawetan yang dilakukan dalam aktiviti ini?
2. Apakah tujuan penggunaan garam dan minyak masak dalam kaedah

pengawetan ini?
3. Mengapakah ikan yang telah diawetkan dapat disimpan dalam tempoh

yang lama?
4. Nyatakan makanan lain yang sesuai untuk diawetkan dengan

menggunakan kaedah yang sama.

8.2.5, 143
8.2.7

SANTAI SAINS Keropok Inang-inang

Hasilkan keropok inang-inang dengan menggunakan dapur gas, kuali,
penutup kuali, penapis, bekas berpenutup, dawai pelapik, dulang, air,
satu mangkuk nasi, satu sudu kecil garam dan
empat sudu besar tepung ubi kayu. Berhati-hati ketika
Langkah-langkah: menggunakan dapur gas.

1. 2. 3.

Rendam satu mangkuk Gaul satu sudu kecil Cedok satu sudu besar
nasi di dalam air selama garam dan empat adunan nasi dan ratakan
lima minit. Kemudian, sudu besar tepung ubi hingga nipis di atas kuali
tapis air tersebut. kayu ke dalam nasi yang dipanaskan dengan
yang telah direndam. api yang kecil. Kemudian,
tutup kuali selama
4. 5. tiga minit.

6.

Terbalikkan adunan Angkat keropok Jemur keropok
supaya kedua-dua inang-inang dan inang-inang di bawah
bahagian adunan biarkan menyejuk cahaya matahari
mengering. di atas dawai pelapik. sehingga kering.

7. Simpan keropok inang-inang di dalam
bekas berpenutup. Keropok inang-inang
boleh disimpan dalam tempoh yang lama.

8. Sebelum dimakan, goreng keropok keropok
inang-inang dalam minyak masak inang-inang
yang panas.

144

IMBAS KEMBALI

1. Makanan menjadi rosak akibat tindakan mikroorganisma.

2. Kerosakan makanan berlaku disebabkan oleh:

• kehadiran air. • kehadiran udara.

• suhu persekitaran yang sesuai. • keasidan yang sesuai.

3. Ciri-ciri makanan yang rosak adalah seperti yang berikut:

• Susu yang rosak akan berbuih-buih, berketul-ketul, berbau busuk
dan berasa masam.

• Roti dan nasi yang rosak akan ditumbuhi tompok-tompok kehitaman,
berlendir dan berbau busuk.

• Buah-buahan dan sayur-sayuran yang rosak akan berkulat serta berubah
tekstur, rasa dan warna.

• Daging ayam dan daging lembu yang rosak akan kelihatan kehitaman,
berbau busuk dan berlendir.

• Ikan, sotong dan udang yang rosak akan berubah tekstur, berbau busuk,
melekit dan menjadi lembik.

4. Tujuan pengawetan makanan adalah untuk menghalang atau melambatkan
pertumbuhan mikroorganisma.

5. Kaedah pengawetan makanan adalah seperti yang berikut:

• pengeringan • pembungkusan vakum • penjerukan

• pendidihan • pengetinan • pemasinan

• pendinginan • pembotolan • penyalaian

• penyejukbekuan • pempasteuran • pelilinan

6. Makanan boleh diawetkan dengan:

• menggunakan lebih daripada satu kaedah pengawetan.
• menggabungkan lebih daripada satu kaedah pengawetan.

7. Kepentingan teknologi pengawetan makanan adalah seperti yang berikut:

• makanan dapat bertahan lama
• pembaziran makanan dapat dielakkan dan dicegah
• makanan mudah untuk disimpan
• pembekalan makanan di luar musim
• makanan mudah untuk dieksport
• penghasilan makanan sedia dimakan

145

ASAH MINDA

Jawab soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.
1. Lihat bahan makanan yang berikut. Nyatakan ciri-ciri yang dapat dikenal

pasti jika makanan ini rosak.

2. Perhatikan gambar makanan di bawah.

(a) Apakah kaedah pengawetan makanan yang
ditunjukkan pada gambar di sebelah?

(b) Nyatakan tujuan pengawetan makanan tersebut.

3. Gambar di bawah menunjukkan beberapa jenis makanan laut.
(a) Apakah kaedah yang sesuai untuk mengawetkan
makanan dalam gambar?
(b) Apakah faktor pertumbuhan mikroorganisma
yang terlibat dalam kaedah pengawetan
yang dinyatakan dalam 3(a)? Jelaskan.

4. Gambar di bawah menunjukkan tiga jenis makanan. Nyatakan pelbagai
kaedah pengawetan bagi makanan di bawah.

5. Lihat gambar di sebelah. Puan Anis hendak
mengawetkan makanan yang ada
di hadapannya. Makanan tersebut boleh
diawet dengan menggabungkan lebih
daripada satu kaedah pengawetan supaya
dapat disimpan dengan lebih lama. Nyatakan
kaedah pengawetan makanan tersebut.

146

UNIT BAHAN BUANGAN

9

Aduh, sakitnya! Maaf, penyu. Saya tidak dapat
Tolong keluarkan membantu kamu. Saya juga
penyedut minuman terperangkap di dalam beg
ini dari hidung saya. plastik ini.

Eh, ada jala besar
tersekat pada ekor
saya!

Wah, lihat kawan-kawan!
Banyak makanan yang
saya dapat pada hari ini.

Itu bukan makanan. Selain botol-botol plastik,
Itu ialah botol-botol plastik terdapat banyak beg plastik
yang dibuang ke habitat kita. yang juga dibuang di sini.

Siapakah yang tidak
bertanggungjawab membuang
sampah di habitat kita ini?

Apakah kesannya jika
bahan buangan tidak
diurus dengan betul?

Sedihnya apabila habitat
kita dipenuhi sampah.

147

Pengurusan Bahan Buangan

Terdapat banyak sampah sarap yang dibuang pada setiap hari. Sampah sarap
ialah sejenis bahan buangan.

Apakah maksud bahan buangan?

Bahan buangan ialah bahan yang tidak diperlukan
dan tidak mahu disimpan lagi. Bahan buangan
ini boleh dikategorikan mengikut jenis-jenisnya.

Kaca

Bahan buangan kaca adalah
seperti botol kaca dan gelas.

Logam

Bahan buangan logam adalah seperti
tin aluminium dan besi buruk.

Kertas

Bahan buangan kertas adalah seperti
surat khabar, kotak, buku dan majalah.

148 9.1.1

Tinja

Tinja ialah bahan buangan yang
disingkirkan oleh manusia dan haiwan.

Plastik
Bahan buangan plastik adalah seperti
pembungkus makanan plastik dan
botol plastik.

Sisa makanan

Sisa makanan ialah bahan buangan
domestik seperti kulit bawang, tulang
ayam, kulit telur, sisa sayur-sayuran
dan minyak masak terpakai.

Sisa toksik

Sisa toksik ialah bahan buangan seperti
asap dan sisa bahan kimia daripada bengkel
kenderaan serta bidang perindustrian.

Bahan buangan terdiri daripada Berdasarkan jenis bahan buangan
kaca, logam, kertas, tinja, plastik, yang telah ditunjukkan, nyatakan
sisa makanan dan sisa toksik. contoh bahan buangan lain.

149

Bahan Buangan Terbiodegradasi
dan Bahan Buangan Tidak Terbiodegradasi

Ayah Jesy meminta Jesy untuk mengasingkan bahan buangan domestik
mengikut jenis sebelum dibuang ke tempat pembuangan sampah.
Mari ikuti perbualan mereka.

Jesy, sudahkah kamu Ayah, mengapakah
mengasingkan semua bahan bahan buangan
buangan sebelum dibuang? perlu diasingkan?

Belum, ayah.

Bahan buangan perlu diasingkan
kerana ada bahan buangan
terbiodegradasi dan ada bahan
buangan tidak terbiodegradasi.

Bahan Buangan Terbiodegradasi

Tahukah kamu apakah Bahan buangan terbiodegradasi
bahan buangan ialah bahan yang boleh diuraikan
terbiodegradasi oleh mikroorganisma seperti bakteria
dan bahan buangan dan fungi. Ketika proses penguraian ini
tidak terbiodegradasi? berlaku, nutrien akan kembali ke dalam
tanah. Bahan buangan terbiodegradasi
terdiri daripada bahan organik seperti
dalam gambar di bawah.

sisa makanan kertas dan daun kering tinja
kotak

150 9.1.2,
9.1.3

Bahan Buangan Tidak Terbiodegradasi

Bahan buangan tidak terbiodegradasi ialah bahan yang tidak boleh diuraikan
oleh mikroorganisma. Bahan buangan ini akan terus berada di persekitaran
kita untuk tempoh yang lama dan akan menyebabkan pencemaran alam
sekitar. Bahan buangan tidak terbiodegradasi terdiri daripada bahan
seperti dalam gambar di bawah.

plastik logam kaca sisa toksik

AKTIVITI RIA Bahan Buangan Terbiodegradasi
dan Bahan Buangan Tidak Terbiodegradasi

Alat dan bahan: gam, kadbod, gunting,

gambar-gambar bahan buangan, capaian Internet,

komputer, mesin cetak Berhati-hati ketika menggunakan gunting.

Langkah-langkah:

1. Dapatkan jenis gambar-gambar bahan buangan melalui carian

di Internet dan muat turun.

2. Cetak gambar-gambar bahan buangan yang telah dimuat turun.

3. Perhatikan setiap gambar.

4. Kenal pasti jenis bahan buangan terbiodegradasi dan bahan buangan

tidak terbiodegradasi.

5. Gunakan kreativiti untuk mempersembahkan hasil kerja kumpulan kamu.

Soalan:
1. Apakah bahan buangan terbiodegradasi dan bahan buangan tidak

terbiodegradasi yang dikenal pasti?
2. Apakah maksud bahan buangan terbiodegradasi dan bahan buangan

tidak terbiodegradasi?

9.1.1, 151
9.1.2,
9.1.6

Penggunaan Bahan Terbiodegradasi
dan Bahan Tidak Terbiodegradasi

Perkembangan teknologi kini telah menyebabkan penciptaan pelbagai
barangan yang terdiri daripada bahan terbiodegradasi dan bahan tidak
terbiodegradasi. Walau bagaimanapun, kita harus menggunakan bahan
terbiodegradasi dan bahan tidak terbiodegradasi secara berhemah.

Mengapakah kita perlu menggunakan
bahan terbiodegradasi secara berhemah?

Bahan Terbiodegradasi

Pinggan yang manakah Saya hendak
yang hendak kamu beli? membeli pinggan
yang tidak
mencemarkan
alam sekitar.

Bagaimanakah penggunaan bahan terbiodegradasi boleh
mengurangkan pencemaran alam sekitar?

Kita tidak harus membuang sisa
makanan ke dalam sungai ini.

Ya, betul. Sisa makanan akan
terurai dan menyebabkan
kandungan oksigen di dalam
sungai ini berkurang.

Bagaimanakah bahan terbiodegradasi boleh menjejaskan
hidupan akuatik?

152 9.1.4

Bahan Tidak Terbiodegradasi

Mengapakah kita perlu menggunakan bahan
tidak terbiodegradasi secara berhemah?

Adakah puan perlukan Oh, tidak perlu!
penyedut minuman? Terima kasih.

Bagaimanakah kita dapat mengurangkan penggunaan bahan tidak
terbiodegradasi untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar?

Banjir kilat semakin kerap berlaku Longkang di bandar kita
di bandar kita ini. ini tersumbat agaknya.

Bagaimanakah bahan tidak terbiodegradasi menyumbang
kepada terjadinya banjir kilat?

153

Bagaimanakah bahan tidak terbiodegradasi memberi kesan kepada
kesihatan manusia?

Berdasarkan pemahaman kamu, rumuskan tujuan
penggunaan bahan terbiodegradasi dan bahan tidak
terbiodegradasi secara berhemah.

Bahan tidak terbiodegradasi seperti botol
minuman plastik dapat dikitar semula
untuk menghasilkan produk baharu
seperti pakaian. Botol-botol ini dikumpulkan
dan dibersihkan, seterusnya diasingkan
mengikut warna. Botol yang jernih akan
menghasilkan benang putih dan botol
berwarna hijau akan menghasilkan benang
berwarna hijau. Kemudian, botol tersebut akan
dihancurkan menjadi cebisan kecil dan diproses menjadi serat plastik. Serat
plastik akan dipintal menjadi benang plastik. Benang plastik yang terhasil
akan ditenun menjadi fabrik. Bagi menghasilkan sehelai kemeja, hanya lapan
biji botol minuman plastik yang diperlukan.

154

AKTIVITI RIA Mengelas Bahan Buangan

Alat dan bahan: kertas nota, kertas mahjung,
pensel warna

Langkah-langkah:

1. Perhati bahan buangan yang dibuang daripada rumah kamu
selama seminggu.

2. Catat pemerhatian kamu ke dalam jadual.

Bahan Kuantiti bahan buangan
buangan
Jenis bahan tidak
terbiodegradasi terbiodegradasi

Jumlah

3. Berdasarkan data yang dikumpulkan, bincangkan hasil pemerhatian
dalam kumpulan.

4. Kelaskan bahan buangan kepada bahan terbiodegradasi dan bahan
buangan tidak terbiodegradasi.

5. Bina carta pengelasan pada kertas mahjung.
6. Rancang cara mengurangkan setiap bahan buangan secara berhemah.
7. Laporkan hasil perbincangan kamu di hadapan kelas.

Soalan:
1. Apakah bahan buangan yang paling banyak dibuang dalam

tempoh seminggu?
2. Bagaimanakah kamu mengelaskan bahan buangan terbiodegradasi dan

bahan buangan tidak terbiodegradasi?
3. Bagaimanakah kamu dapat mengurangkan setiap bahan buangan

secara berhemah?
4. Jelaskan pengurusan bahan buangan secara terancang berserta contoh.

9.1.3, 155
9.1.4,
9.1.6

Pengurusan Bahan Buangan Secara Terancang

Pengurusan bahan buangan secara terancang perlu dilaksanakan untuk
mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar dan menjamin kehidupan
yang lestari agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

Bagaimanakah kamu dapat memainkan peranan dalam
membantu pengurusan bahan buangan secara terancang?

Saya membungkus dan mengikat
bahan buangan dengan kemasnya.

Bahan buangan hendaklah
dibungkus dan diikat dengan
kemas sebelum dibuang untuk
mengelakkan bahan buangan
daripada terdedah kepada
haiwan pembawa penyakit
seperti tikus dan lalat.

Saya menggunakan sisa makanan
untuk dijadikan baja kompos.

Bahan buangan seperti sisa makanan
boleh terurai dan dijadikan baja kompos.

156 9.1.5

Saya menggunakan bekas
khas untuk membuang
sisa minyak.

Gunakan bekas khas untuk
membuang bahan buangan
seperti sisa minyak.

Saya mengasingkan
bahan buangan
mengikut jenisnya.

Bahan buangan
hendaklah diasingkan
mengikut jenis bahan
untuk memudahkan
proses pelupusan.

Barangan ini akan saya dermakan.

Bahan buangan yang masih elok
dan berfungsi boleh didermakan
kepada yang memerlukan.

Buaian ini dibina oleh ayah
saya dengan menggunakan
tayar lori terpakai.
Saya gunakan surat khabar
lama untuk membuat
layang-layang ini.

Bahan buangan boleh digunakan semula
atau kegunaannya dipelbagaikan.

157

Kami mengasingkan bahan buangan
untuk dihantar ke pusat kitar semula.

Bahan buangan dikitar
semula menjadi produk
yang baharu.

Kita dapat menjimatkan wang dengan
membaiki kerosakan yang ada.

Membaik pulih alatan
yang rosak dapat
menjimatkan perbelanjaan.

Adakah puan Oh, tidak perlu!
perlukan beg plastik? Saya ada
membawa beg
guna semula.

Beg guna semula digunakan
untuk mengurangkan bahan
buangan seperti beg plastik.

Bagaimanakah pengurusan bahan buangan dilakukan
di tempat tinggal kamu? Cadangkan cara pengurusan
bahan buangan yang lebih lestari.

158

Apakah jenis bahan buangan yang boleh dibuang
ke dalam tong kitar semula?

Pengasingan bahan buangan dapat dilakukan dengan menggunakan tong
kitar semula seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

Tong kitar semula berwarna biru digunakan untuk membuang
bahan buangan yang diperbuat daripada kertas. Contoh
bahan buangan yang boleh dibuang ke dalam tong ini
adalah seperti yang berikut:

surat khabar majalah buku kotak kadbod

Tong kitar semula berwarna coklat digunakan untuk membuang
bahan buangan yang diperbuat daripada kaca. Contoh bahan
buangan yang boleh dibuang ke dalam tong ini
adalah seperti yang berikut:

botol minuman balang makanan botol kosmetik cermin

Tong kitar semula berwarna jingga digunakan untuk membuang
bahan buangan yang diperbuat daripada tin aluminium, tin keluli
dan plastik. Contoh bahan buangan yang boleh dibuang
ke dalam tong ini adalah seperti yang berikut:

tin minuman bekas makanan botol cecair tin makanan
ringan plastik pencuci

159

Pengurusan bahan buangan secara terancang juga adalah di bawah
tanggungjawab pihak berkuasa tempatan. Mari fahami proses pengurusan
bahan buangan yang dibuang setiap hari.

proses pengurusan bahan bahan buangan dikutip
buangan bermula

mula

pusat pengumpulan dan pengasingan

bahan boleh bahan tidak boleh bahan boleh
dikitar semula dikitar semula terurai

tempat pelupusan
pusat kitar semula

kilang proses kitar semula pusat baja kompos
dipasarkan semula

kembali kepada pengguna

Bagaimanakah kita dapat mengurus
bahan buangan secara terancang untuk
menjamin kehidupan lestari?

160

AKTIVITI RIA Projek 5R (Reuse, Reduce, Recycle,
Repair, Refuse )

Alat dan bahan: kamera, komputer, mesin cetak,
gunting, gam, pensel, kertas, pensel warna, kad manila

Langkah-langkah: Berhati-hati ketika
menggunakan gunting.
1. Jadual di bawah ialah Projek 5R yang akan
dilaksanakan oleh kelas kamu.

Aktiviti 5R Penerangan

Reduce pengurangan bahan buangan
(kurangkan)

Reuse penggunaan semula bahan
(guna semula) pengitaran semula bahan

Recycle
(kitar semula)

Repair pembaik pulih bahan
(baik pulih)

Refuse fikir semula sebelum guna
(tolak)

2. Ketua setiap kumpulan akan membuat undian untuk memilih satu Aktiviti 5R
yang akan dilaksanakan.

3. Rancang setiap tugasan yang perlu dijalankan untuk melaksanakan aktiviti
tersebut. Contohnya, setiap ahli kumpulan yang akan melaksanakan
aktiviti Recycle (kitar semula) akan mengumpulkan bahan yang boleh dikitar
semula seperti tin aluminium, kertas dan botol plastik dari kawasan sekitar
sekolah dan kediaman masing-masing.

4. Lakukan Aktiviti 5R dalam tempoh satu minggu.
5. Rakamkan foto tugasan yang dilakukan.
6. Cetak dan tampal foto-foto tersebut pada kad manila.
7. Bentang hasil Aktiviti 5R kumpulan kamu mengikut kreativiti masing-masing.

Soalan:
1. Berikan satu cadangan untuk meningkatkan kesedaran amalan 5R

dalam kalangan rakan kamu.
2. Nyatakan kesan pengurusan bahan buangan secara tidak terancang

kepada alam sekitar.

9.1.5, 161
9.1.6

SANTAI SAINS Baja Kompos

Hasilkan baja kompos dengan menggunakan air, tanah dan bahan buangan
terbiodegradasi seperti sisa sayur-sayuran, kulit telur, kulit pisang, surat khabar
dan daun kering. Sediakan satu bekas khas untuk menempatkan baja kompos.
Langkah-langkah:

1. 2. 3.

Tebuk lubang pada Potong bahan buangan Masukkan tanah sebagai
bekas. terbiodegradasi menjadi lapisan pertama.
cebisan yang kecil.
4.
5. 6.

Masukkan bahan Masukkan tanah Semburkan air setiap hari
pada campuran tersebut.
buangan terbiodegradasi dan bahan buangan
sebagai lapisan kedua. terbiodegradasi secara
berselang-seli hingga

kesemua bahan

habis digunakan.

7. 8. Biar campuran di dalam baja kompos
bekas dan gaul campuran
Pastikan bekas ditutup ini setiap seminggu sekali
selepas disiram. hingga kesemua bahan
terurai menjadi baja kompos.
162

IMBAS KEMBALI

1. Bahan buangan ialah bahan yang tidak diperlukan dan tidak mahu disimpan.

2. Terdapat tujuh jenis bahan buangan, iaitu:

• kaca. • logam. • kertas. • tinja.

• plastik. • sisa makanan. • sisa toksik.

3. Bahan buangan terbiodegradasi ialah bahan yang boleh diuraikan
oleh mikroorganisma.

4. Bahan buangan tidak terbiodegradasi ialah bahan yang tidak boleh
diuraikan oleh mikroorganisma.

5. Jenis bahan buangan terbiodegradasi adalah seperti sisa makanan,
kertas, daun kering dan tinja.

6. Jenis bahan buangan tidak terbiodegradasi adalah seperti plastik, logam,
kaca dan sisa toksik.

7. Beberapa kesan yang terjadi jika bahan terbiodegradasi dan bahan
tidak terbiodegradasi tidak digunakan secara berhemah adalah seperti
yang berikut:

• Pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air dan pencemaran
udara akan berlaku.

• Hidupan akuatik akan mati kerana kekurangan oksigen.
• Hidupan laut akan mati kerana termakan bahan plastik yang dibuang

ke dalam laut.
• Laluan longkang akan tersumbat dan menyebabkan banjir kilat.
• Nyawa manusia terancam akibat pembuangan sisa toksik.

8. Cara pengurusan bahan buangan secara terancang untuk
menjamin kehidupan lestari adalah seperti yang berikut:

• Bahan buangan hendaklah dibungkus dengan kemasnya sebelum dibuang.
• Bahan buangan sisa makanan boleh diuraikan dan dijadikan baja kompos.
• Gunakan bekas khas untuk membuang bahan buangan seperti sisa minyak.
• Bahan buangan hendaklah diasingkan mengikut jenis bahan untuk

memudahkan proses pelupusan dibuat.
• Bahan terpakai yang masih elok dan berfungsi boleh didermakan

kepada yang memerlukan.
• Bahan buangan boleh digunakan semula atau kegunaannya dipelbagaikan.
• Bahan buangan dikitar semula menjadi produk yang baharu.
• Alatan yang rosak dapat dibaik pulih untuk menjimatkan perbelanjaan.
• Beg guna semula digunakan untuk mengurangkan bahan buangan.

163

ASAH MINDA

Jawab soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.

1. Lengkapkan jadual yang berikut dengan menyenaraikan contoh
bahan buangan.

Jenis bahan plastik kertas kaca logam
buangan

Contoh bahan
buangan

2. Apakah maksud:
(a) bahan buangan terbiodegradasi?
(b) bahan buangan tidak terbiodegradasi?

3. Gambar di bawah menunjukkan longgokan bahan buangan di tepi jalan.

(a) Nyatakan jenis bahan buangan yang terdapat dalam longgokan
bahan buangan tersebut.

(b) Kelaskan bahan buangan terbiodegradasi dan bahan buangan
tidak terbiodegradasi dalam gambar di atas.

(c) Apakah kesan bahan buangan ini terhadap alam sekitar?
(d) Cadangkan cara untuk memperbaik amalan pembuangan

bahan tersebut.

164

UNIT Gerhana

10

Adam, inilah gambar
gerhana Matahari. Saya
pernah melihat gerhana
Matahari di Sarawak pada
hujung tahun 2019.

Apakah gambar
yang ditunjukkan ini?

Betul, Jesy. Inilah gambar
gerhana Matahari.

Ini ialah gambar
gerhana Bulan,
Adam.

Apakah pula Betul, Jesy. Gambar
gambar yang gerhana Bulan ini juga
ditunjukkan ini? nampak seperti gambar
fasa Bulan purnama.

Cikgu Ema dengan murid-muridnya mengunjungi Planetarium Negara
di Kuala Lumpur. Mereka tertarik akan pameran yang berkaitan dengan
fenomena gerhana. Tahukah kamu bagaimanakah fenomena gerhana
berlaku? Apakah perbezaan antara gerhana Matahari, gerhana Bulan
dan fasa Bulan?

165

Gerhana Bulan

9:45 malam 10:15 malam 11:10 malam

Wah, lihat! Warna
Bulan telah bertukar
menjadi merah.

Banyaknya orang. Apakah Fenomena ini
yang dilihat oleh mereka? dinamakan sebagai
gerhana Bulan.

Gambar di atas menunjukkan peringkat perubahan yang dapat diperhatikan
pada permukaan Bulan semasa berlakunya fenomena gerhana Bulan.
Tahukah kamu bagaimanakah gerhana Bulan berlaku?

Gerhana Bulan

Bulan

Bumi gerhana Bulan

Matahari

orbit Bulan

Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dengan Bulan
dalam satu garis lurus. Bumi menghalang sebahagian atau seluruh cahaya
matahari daripada sampai di Bulan. Oleh itu, bayang-bayang Bumi akan
terbentuk di atas permukaan Bulan semasa gerhana Bulan berlaku. Gerhana
Bulan hanya berlaku semasa fasa Bulan purnama.

166 10.1.1 Rajah di atas tidak menunjukkan perkadaran saiz
dan jarak yang sebenar.

Mengapakah gerhana Bulan tidak berlaku pada
setiap bulan semasa fasa Bulan purnama?

Gerhana Bulan tidak semestinya berlaku pada setiap bulan semasa fasa Bulan
purnama kerana orbit Bulan yang mengelilingi Bumi adalah condong kira-kira
5o kepada orbit Bumi yang mengelilingi Matahari.

Kecondongan pada orbit Bulan menyebabkan Bulan
berada di atas atau di bawah bayang-bayang Bumi.
Oleh itu, gerhana Bulan tidak semestinya berlaku pada
setiap bulan semasa fasa Bulan purnama.

Kedudukan Bulan di atas bayang-bayang Bumi

Matahari Bulan
kira-kira 5°
Bumi

orbit Bumi
orbit Bulan

Kedudukan Bulan di bawah bayang-bayang Bumi

orbit Bulan Matahari

Bumi

kira-kira 5° orbit Bumi
Bulan

Gambar-gambar di atas menunjukkan Matahari, Bumi dan Bulan tidak
selalunya berada dalam satu garis lurus semasa fasa Bulan purnama.
Gerhana Bulan boleh berlaku dua kali setahun.

167

Gerhana Matahari

Gerhana Matahari berlaku apabila Bulan berada di antara Matahari
dengan Bumi dalam satu garis lurus. Bulan akan menghalang sebahagian
atau seluruh cahaya matahari daripada sampai di permukaan Bumi. Oleh
itu, bayang-bayang Bulan akan terbentuk di atas permukaan Bumi semasa
gerhana Matahari berlaku. Perhatikan gambar di bawah.

Gerhana Matahari

Bumi

Matahari gerhana
Matahari

Bulan orbit Bulan

penumubmruabmrabra umbra
pen penumbra

Malaysia

Gerhana Matahari hanya Glob ini menunjukkan kawasan
berlaku pada waktu siang. lintasan bayangan Bulan di
permukaan Bumi. Gerhana
Matahari penuh dan gerhana simulasi gerhana
Matahari separa dapat dilihat Matahari
di sepanjang kawasan lintasan
bayangan umbra. Gerhana
Matahari separa hanya dapat
dilihat di sepanjang kawasan
lintasan bayangan penumbra.

Berdasarkan gambar kedudukan Matahari, Bulan dan Bumi di atas, gerhana
Matahari hanya berlaku semasa fasa Bulan baharu.

INFO SAINS

Umbra ialah bahagian bayang-bayang yang sangat gelap. Penumbra

168 ialah kawasan yang sebahagiannya gelap di sekeliling umbra.

10.1.2

Gerhana Matahari tidak semestinya berlaku pada setiap bulan semasa fasa
Bulan baharu kerana orbit Bulan yang mengelilingi Bumi adalah condong
kira-kira 5o kepada orbit Bumi yang mengelilingi Matahari.

Kecondongan pada orbit Bulan menyebabkan bayang-bayang
Bulan tidak dapat terbentuk di atas permukaan Bumi kerana
bayang-bayang Bulan berada di atas atau di bawah Bumi. Oleh
itu, gerhana Matahari tidak semestinya berlaku pada setiap
bulan semasa fasa Bulan baharu.

Kedudukan bayang-bayang Bulan di bawah Bumi

Matahari orbit Bulan
kira-kira 5°
orbit Bumi Bumi

Bulan

Kedudukan bayang-bayang Bulan di atas Bumi

Matahari

Bumi Bulan

kira-kira 5° orbit Bumi
orbit Bulan

Gambar-gambar di atas menunjukkan Matahari, Bumi dan Bulan tidak
selalunya berada dalam satu garis lurus semasa fasa Bulan baharu.
Gerhana Matahari boleh berlaku dua kali setahun.

INFO SAINS

Dalam bidang astronomi, fasa Bulan baharu berlaku ketika Bulan berada dalam
satu garis lurus di antara Matahari dengan Bumi. Pada fasa ini, permukaan Bulan
adalah gelap sepenuhnya dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

169

MARI UJI Model Simulasi Gerhana

Tujuan: Memerihalkan fenomena gerhana

Alat dan bahan: lampu suluh, jarum peniti, gunting, pembaris, jangka sudut,

plastik lut sinar, plastisin, lidi, kad putih Berhati-hati ketika

Langkah-langkah: menggunakan gunting
dan jarum peniti.

1. 2. 3.

1.5 cm
12 cm

Gunting plastik lut sinar Hasilkan sebuah sfera Lekat jarum peniti

kepada bentuk bulatan dengan menggunakan pada bahagian tepi

mengikut ukuran plastisin dan pasangkan plastik lut sinar dengan

diameter seperti sfera tersebut pada menggunakan plastisin.

dalam gambar. bahagian tengah

plastik bulat.

4. 5. 6.

30°

Cucukkan lidi pada Lakukan aktiviti di dalam Pegang sekeping kad
sfera plastisin dengan bilik yang gelap putih menghadap model
sudut kecondongan dan letakkan lampu gerhana dan lampu
kira-kira 30°. suluh di atas meja. suluh. Perhatikan
bayang-bayang model
yang terbentuk.

7. Lakukan simulasi gerhana dan perihalkan kejadian gerhana Matahari
dan gerhana Bulan.

Soalan:
1. Apakah yang diwakili oleh kepala jarum peniti, plastisin sfera

dan lampu suluh dalam simulasi di atas?
2. Bagaimanakah kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari menyebabkan

fenomena gerhana Bulan dan gerhana Matahari berlaku?

170 10.1.1,
10.1.2,
10.1.5

Hubung kait antara Gerhana dengan Sifat Cahaya

Matahari merupakan sumber cahaya utama dalam Sistem Suria kita. Cahaya
matahari bergerak dalam garis lurus dan tidak dapat menembusi objek legap
seperti Bumi dan Bulan.

Semasa gerhana Bulan berlaku, cahaya matahari yang melalui Bumi akan
menghasilkan dua jenis bayang-bayang yang dikenali sebagai umbra
dan penumbra.

Pandangan dari sisi umbra

Matahari Bumi

orbit Bumi Bulan
C
orbit Bulan
B
A
penumbra

Apabila Bulan mengorbit melalui bayang-bayang Bumi dari kedudukan
A ke kedudukan C, gerhana Bulan akan berlaku.

Pandangan dari Bumi

kedudukan B kedudukan C

gerhana Bulan gerhana Bulan gerhana
separa penuh Bulan penuh

INFO SAINS

Warna perang kemerahan semasa gerhana Bulan penuh merupakan
kesan serakan dan pembiasan cahaya matahari melalui atmosfera
Bumi. Kesan ini biasanya dapat diperhatikan semasa Matahari terbit
dan terbenam.

Semasa gerhana Bulan, cahaya pada Bulan adalah 171
selamat untuk dilihat dengan menggunakan mata kasar.
10.1.3 Mengapa?

Semasa gerhana Matahari berlaku, cahaya matahari yang bergerak
melalui Bulan akan menghasilkan dua jenis bayang-bayang yang dikenali
sebagai umbra dan penumbra. Bayangan umbra adalah lebih kecil dan lebih
gelap daripada bayangan penumbra.

Pandangan dari sisi

orbit Bumi gerhana Matahari separa

Matahari orbit Bulan

Bumi
umbra

Bulan

penumbra

gerhana Matahari penuh

Apabila bayang-bayang Bulan terbentuk di permukaan Bumi, dua jenis
gerhana Matahari yang asas akan terjadi. Gerhana Matahari penuh dan
gerhana Matahari separa dapat dilihat melalui kawasan lintasan bayangan
umbra, manakala hanya gerhana Matahari separa sahaja dapat dilihat
melalui kawasan lintasan bayangan penumbra.
Pandangan dari Bumi

gerhana Matahari separa gerhana Matahari penuh

172 10.1.3 gerhana Matahari penuh

Bolehkah kita melihat Jangan melihat Matahari atau
gerhana Matahari gerhana Matahari secara terus
dengan mata kasar? dengan mata kasar. Mata kita akan
rosak selama-lamanya.

Kita harus menggunakan penuras yang sesuai seperti
cermin mata khas semasa melihat gerhana Matahari.

Apakah cara lain yang selamat untuk memperhatikan
gerhana Matahari?

AKTIVITI RIA Lukisan Gerhana dan Sifat Cahaya

Alat MdaAnRbIaUhJaIn: pembaris, pensel warna, kertas lukisan 173
Langkah-langkah:
1. Lakarkan dan labelkan kedudukan Matahari,

BgueEmrhKiaSdnPaaEnRBBIuuMlalaEnnNddaennggearnhabneatuMlnaytaahbaargi.i fenomena
2. Warnakan lakaran kamu.
3. Pamerkan hasil lukisan kamu di dalam kelas.

INFO SAINS
Soalan:
1. Senaraikan perbezaan antara gerhana Bulan
2. dAepSnagAkaaNnhTghAeuIrbhSuaAnngIaNMkSaaittaahnatari.ra gerhana dengan

sifat cahaya?

IMBAS KEMBALI

10.1.3,
10.1.5

ASAH MINDA

Keadaan di Bumi Semasa Gerhana

Pada 26 Disember 2019, penduduk di Malaysia terutamanya di Johor dan
Sarawak telah berpeluang untuk menyaksikan gerhana Matahari. Gambar
di bawah menunjukkan keadaan sekeliling sebelum dan semasa berlakunya
gerhana Matahari.

Kecerahan Persekitaran

Sebelum Semasa

Reaksi Haiwan Semasa

Sebelum

Bagaimanakah reaksi haiwan semasa fenomena gerhana Matahari penuh?

174 10.1.4

Apakah yang akan berlaku kepada Bumi semasa gerhana Bulan?

Gambar di bawah menunjukkan perbezaan keadaan air laut di jeti
semasa berlakunya fenomena fasa Bulan sabit dan gerhana Bulan.

AKTIVITI RIA

MARI UJI

EKSPERIMEN Semasa gerhana Bulan

Semasa fasa Bulan sabit

Apakah ramalan kamu mengenai keadaan air laut semasa berlakunya
gerhana IBNulFaOn?SAINS

SANTAI SAINS Kamera Lubang Jarum

Hasilkan sebuah kamera lubang jarum dengan menggunakan gunting, jarum,

pita pelekat, dua keping kadbod putih dan kerajang aluminium.
IMBAS KEMBALI
Berhati-hati ketika menggunakan
gunting dan jarum.
Langkah-langkah:

1. ASAH MINDA 2. 3.

Gunting lubang segi Tampalkan kerajang Tebuk beberapa
empat di tengah-tengah aluminium pada lubang lubang pada kerajang
kadbod. segi empat tersebut. aluminium. Lubang
yang ditebuk dikenali
4. sebagai lubang jarum.

Biarkan cahaya matahari masuk Gerhana Matahari
melalui lubang jarum sehingga dapat dilihat dengan
membentuk imej yang jelas selamatnya menerusi
di atas kadbod lain. kamera lubang jarum.

175

SANTAI SAINS

IMBAS KEMBALI

1. Gerhana Bulan hanya akan berlaku
• apAaSbAilHa BMuImNi DbeArada di antara Matahari dengan Bulan dalam satu
garis lurus.

• semasa fasa Bulan purnama.
• apabila Bulan memasuki kawasan bayang-bayang Bumi.
2. Gerhana Matahari hanya akan berlaku
• apabila Bulan berada di antara Matahari dengan Bumi dalam satu

garis lurus.
• semasa fasa Bulan baharu.
• apabila bayang-bayang Bulan terbentuk di permukaan Bumi.
3. Gerhana Bulan atau gerhana Matahari tidak semestinya berlaku pada

setiap bulan semasa fasa Bulan purnama atau fasa Bulan baharu kerana
kecondongan pada orbit Bulan sering menyebabkan Bulan berada di atas
atau di bawah Bumi.
4. Cahaya matahari bergerak dalam satu garis lurus dan tidak dapat
menembusi objek legap seperti Bumi dan Bulan.
5. Gerhana Matahari penuh dan gerhana Matahari separa dapat dilihat
melalui kawasan lintasan bayangan umbra, manakala hanya gerhana
Matahari separa sahaja dapat dilihat melalui kawasan lintasan bayangan
penumbra.
6.88..T22i..n67dakan melihat Matahari atau gerhana Matahari secara terus dengan
mata kasar akan merosakkan mata selama-lamanya.
7. Semasa fenomena gerhana Matahari, keadaan sekeliling akan menjadi
semakin gelap, suhu sekeliling akan menurun dan benda hidup seperti
haiwan akan kembali ke sarangnya.
8. Semasa fenomena gerhana Bulan, kedudukan air laut pasang akan
lebih tinggi.

176

IMBAS KEMBALI

ASAH MINDA
Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.
1. Nyatakan jenis gerhana yang ditunjukkan dalam gambar yang berikut.

2. Tandakan () pada penyataan yang betul mengenai gerhana Bulan.

(a) Gerhana Bulan hanya akan berlaku semasa fasa Bulan purnama.
(b) Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan berada di antara

Matahari dengan Bumi dalam satu garis lurus.
(c) Gerhana Bulan tidak boleh dilihat dengan menggunakan
8.2.6 mata kasar.
8.2(d.7) Apabila Bulan berada dalam bayangan umbra Bumi,

gerhana Bulan penuh akan berlaku.
3. Semasa gerhana A berlaku, keadaan sekeliling akan menjadi semakin

gelap seperti waktu malam dan suhu sekeliling akan menurun.
Jawab soalan berikut berdasarkan penyataan di atas.
(a) Apakah jenis gerhana A yang berlaku?
(b) Jelaskan jawapan kamu berdasarkan 3(a).
(c) Nyatakan alat yang sesuai untuk memperhatikan gerhana A.
4. Isikan tempat kosong di bawah dengan jawapan yang betul.
Apabila gerhana _______________ berlaku, Bulan akan berada
di antara Matahari dengan Bumi dalam ___________________. Gerhana
ini hanya akan berlaku semasa fasa ____________________.

177

5. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan
bagi fenomena suatu gerhana. Jawab soalan yang berikut.

Matahari

Bumi Bulan

bayangan A

bayangan B

(a) Apakah jenis fenomena gerhana yang ditunjukkan dalam gambar di atas?
(b) Berikan nama bagi bayangan A dan bayangan B.
(c) Nyatakan dua sifat cahaya matahari bagi fenomena bayangan A dan

bayangan B.
(d) Ramalkan fenomena yang dapat dilihat apabila Bulan berada di

kedudukan P.

6. Ramalkan keadaan di Bumi semasa fenomena
(a) gerhana Bulan penuh.
(b) gerhana Matahari penuh.

178

UNIT GALAKSI

11

Adam, cepat bangun. Awan sudah Wah, cantiknya! Lihat itu, ayah.
tiada. Kita sudah dapat melihat Apakah jaluran cahaya yang
banyak bintang. samar-samar di langit itu?

Baiklah, ayah.

Itulah objek yang
ayah hendak
rakamkan.

Jaluran cahaya berbintang
banyak yang Adam lihat itu
ialah galaksi Bima Sakti. Bumi
kita juga berada di dalam
galaksi ini.

Bukankah Bumi
berada di dalam
Sistem Suria?

Pernahkah kamu melihat galaksi seperti yang ditunjukkan dalam gambar
di atas? Galaksi Bima Sakti dapat dilihat pada waktu malam di kawasan
yang sangat gelap sahaja. Apakah itu galaksi?

179

Kenali Galaksi

Chua dan ayahnya sedang mencerap galaksi dengan menggunakan teleskop.

Apakah objek itu?

Itulah galaksi. Cuba
kamu perhatikan galaksi
itu dengan telitinya.

Apakah itu galaksi?

Galaksi ialah suatu sistem yang terdiri daripada berjuta-juta
bintang, gas, debu dan jirim lain. Terdapat berbilion-bilion
galaksi dalam alam semesta ini yang mempunyai pelbagai
bentuk dan saiz. Saiz galaksi terdiri daripada beberapa juta
bintang sehingga beberapa trilion bintang. Bintang-bintang ini
mengorbit pusat galaksi masing-masing.

Sayalah Teleskop Angkasa Hubble!

Bagaimanakah kita
mengetahui terdapat
banyaknya galaksi dalam
alam semesta ini?

180 11.1.1

Saya dapat melihat banyak
bintang di dalam galaksi
itu dan pusatnya juga
sangat terang.

Kita boleh melihat galaksi itu dengan
jelasnya kerana saiz galaksi itu sangat
besar dan terletak paling hampir
dengan galaksi kita. Banyak lagi
galaksi dalam alam semesta ini. Ada
di antara titik-titik kecil yang kamu lihat
di langit merupakan galaksi.

Mari kita lihat gambar ini.
Gambar ini dirakam oleh
Teleskop Angkasa Hubble
yang menunjukkan
beribu-ribu titik kecil. Setiap
titik kecil ini sebenarnya
ialah galaksi.

INFO SAINS 181

Galaksi Andromeda ialah galaksi pilin yang besar dan berada paling
dekat dengan Bumi. Galaksi ini dapat dilihat dengan mata kasar dari
hemisfera utara di langit yang sangat gelap.

Apakah jenis galaksi yang terdapat dalam alam semesta ini?

Tahukah kamu bahawa galaksi mempunyai beberapa jenis?
Mari kita kenali beberapa contoh jenis galaksi.

galaksi berpilin galaksi elips galaksi tidak sekata

AKTIVITI RIA Lakaran Galaksi

Alat dan bahan: komputer, capaian Internet,
pensel warna, kertas putih

Langkah-langkah:

1. Melalui enjin carian Internet, cari gambar galaksi
yang menunjukkan bentuk galaksi tertentu.

2. Lakar bentuk galaksi tersebut.
3. Pamerkan hasil lakaran kamu di dalam kelas.

Soalan:
1. Apakah galaksi yang telah kamu lakarkan?
2. Apakah yang kamu faham tentang galaksi?

182 11.1.5

Galaksi Bima Sakti

Cuba lihat ke langit apabila kamu berada di kawasan yang sangat gelap pada
waktu malam. Kamu mungkin berpeluang untuk melihat jaluran bintang yang
merentang di langit dan cahayanya samar-samar seperti yang ditunjukkan
dalam gambar di bawah.

Ahli astronomi menamakan jaluran bintang ini sebagai Bima Sakti.
Bima Sakti ialah galaksi. Kita dapat melihat galaksi Bima Sakti yang besar di
langit malam kerana Bumi berada di dalam galaksi ini. Bintang-bintang yang
kita lihat di langit malam kebanyakannya berada di dalam galaksi Bima Sakti.

Jaluran bintang ini dinamakan Apakah Bima Sakti?
sebagai Bima Sakti atau Milky
Way kerana orang Roman purba
menggambarkannya seumpama

tumpahan susu di langit malam.

11.1.2, 183
11.1.3

Bumi merupakan sebahagian daripada Sistem Suria. Adakah kamu masih
ingat tentang Sistem Suria? Tahukah kamu di manakah terletaknya
Sistem Suria kita dalam alam semesta ini?

Mari kita lihat gambar ini. Galaksi Bima Sakti merupakan
satu daripada berbilion-bilion galaksi yang terdapat
dalam alam semesta. Pusat galaksi Bima Sakti dikelilingi
oleh berbilion-bilion bintang.

pusat palang galaksi

lengan berpilin galaksi

Galaksi Bima Sakti

Sistem Suria yang terdiri daripada Matahari, Bumi dan tujuh planet
lain merupakan sebahagian daripada galaksi Bima Sakti.
Bima Sakti ialah galaksi pilin berpalang yang mempunyai dua
lengan utama. Galaksi ini juga mempunyai pusat bintang yang
cerah dan tebal. Oleh itu, galaksi ini kelihatan seperti sebuah
cakera nipis yang membonjol pada bahagian tengah
jika diperhatikan dari pandangan sisi.

184

Sistem Suria kita berada
di pinggir satu daripada
lengan berpilin galaksi
Bima Sakti.

Sistem Suria

Matahari merupakan
satu daripada
bintang di dalam
galaksi Bima Sakti.

Bumi

Oh, begitu! Patutlah kita
hanya boleh melihat
sebahagian daripada
galaksi Bima Sakti dari
Bumi kerana Bumi berada
di pinggir galaksi ini.

pandangan sisi galaksi Bima Sakti

185

AKTIVITI RIA Galaksi Bima Sakti

Aktiviti 1

Alat dan bahan: komputer, capaian Internet,
pen penanda, kad manila

Langkah-langkah:
1. Lakukan carian mengenai galaksi Bima Sakti.
2. Setiap ahli bergilir-gilir menulis sekurang-kurangnya satu fakta

berkenaan dengan galaksi Bima Sakti pada kad manila.
3. Bentangkan hasil kerja kumpulan kamu.

Soalan:
1. Perihalkan galaksi Bima Sakti berdasarkan aktiviti di atas.
2. Adakah asteroid, meteoroid dan komet juga berada di dalam galaksi

Bima Sakti? Mengapa?

Aktiviti 2
Alat dan Bahan: gunting, pensel, tali, gam, kadbod, kertas putih

Langkah-langkah: 2. Berhati-hati ketika
1. menggunakan gunting.

3.

Gunting kadbod Lekat cakera putih Lukis galaksi Bima Sakti
dan kertas putih pada cakera kadbod. pada cakera putih.
kepada bentuk Tandakan kedudukan
cakera bulat. Sistem Suria.
4.
5. 6.

Tebuk dua lubang di Masukkan tali melalui Pusingkan cakera untuk
bahagian tengah cakera. kedua-dua lubang dan memintal tali. Kemudian,
ikat hujung tali. tarik tali tersebut.

Soalan:
Terangkan kedudukan Bumi di dalam galaksi Bima Sakti.

186 11.1.2,
11.1.3,
11.1.5


Click to View FlipBook Version