The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Buletin Kolej Vokasional Sungai Petani 2, 2021-10-04 02:34:03

Buletin KVSP2 Edisi Mei - Ogos 2021 Bil 2/2021

Edisi Mei - Ogos 2021
Bil 2/2021

Keywords: Edisi Mei - Ogos 2021 Bil 2/2021

KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

facebook.com/kolejvokasionalsungaipetani2

Tarikh :
12 Januari 2021 (Selasa)

Anjuran :
Unit Psikologi & Kerjaya

Penceramah Jemputan :
Pn. Mawarni Binti Ismail
Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan
PERKESO

Sasaran :
Pelajar 2 DVM

Platform : Google Meet

Program ini telah berlangsung secara
Google Meet bersama penceramah
jemputan dan pelajar Tahun 2 DVM.
Melalui program ini, penceramah
berkongsi tentang bahana Covid 19
kepada pasaran buruh, cabaran
graduan dalam pasaran buruh,
graduan dikaca mata majikan dan
membongkarkan rahsia graduan
yang cemerlang.

Pelajar juga diberikan maklumat

tentang kaedah untuk mendapatkan

maklumat tentang sesuatu

perubahan ke arah norma baharu

selain mendapatkan maklumat

berkaitan PERKESO.

Pelajar yang berminat untuk
memohon pekerjaan melalui
PERKESO boleh mendapatkan
maklumat lanjut melalui laman
sesawang PERKESO.

Program Pengantarabangsaan Maya
ini telah berlangsung pada 12 Januari
2021 secara Google Meet bersama
SMK Negeri 6, Palembang, Indonesia
melibatkan tenaga pengajar dan
pelajar dari Program Kosmetologi
(KVSP2) dan Tata Kecantikan Kulit
dan Rambut (SMK N6).

Tema solekan adalah solekan orang Program ini juga secara tidak
tua. Program ini bertujuan memberi langsung mampu meningkatkan
pendedahan kepada pelajar tentang keyakinan diri para pelajar untuk
cara solekan yang berbeza dan para berinteraksi melalui demonstrasi
pensyarah serta pelajar dapat solekan sekaligus mengasah
menambah ilmu pengetahuan di kemahiran berkomunikasi. Program
dalam bidang yang diceburi. ini juga semestinya dapat
mengeratkan kerjasama di samping
membuat perkongsian kepakaran.

Program ini adalah anjuran Unit
Psikologi & Kerjaya bagi
menyampaikan maklumat dan
pengetahuan kepada pelajar
berkaitan cabaran keselamatan siber
era globalisasi serta memberi
pendedahan tentang kaedah
penipuan di alam siber pada masa
sekarang. Jenis-jenis penipuan dalam
talian adalah parcel scam, phishing
scam, macau scam, vishing,
investment scam, online purschasing
scam, scam 419/ love scam, travel
scam, dan load & credit card scam.

Pelajar yang terlibat adalah Tahun
2 SVM. Program ini telah dijalankan
secara Google Meet pada 14
Januari 2021. Penceramah
jemputan En. Ahmad Sirhan Bin
Abdul Ghazali, Eksekutif Kanan
CyberSecurity Malaysia.

Tarikh : 16 Januari 2021
Lokasi : Bengkel Kosmetologi 1 dan 3

Proses sanitasi di bengkel kosmetologi telah dibantu oleh pekerja kebersihan
serta pelajar dari program Kosmetologi. Ini bagi memastikan kebersihan kolej
terjaga serta dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit Covid 19.

Tarikh : 19 Januari 2021

Pelajar Tahun 2 SVM, 2 DVM dan
Tingkatan 5 SKM telah hadir mendaftar
ke residensi untuk memulakan sesi
pengajian secara bersemuka pada
20 Januari 2021.

oleh Pengurusan Kolej Vokasional Sungai Petani 2

Tarikh :
20 Januari 2021

Pelajar yang terlibat adalah semua pelajar Tahun 2 SVM, Ting 5 SKM dan
2 DVM. Taklimat disampaikan oleh pihak pengurusan kolej melalui
Google Meet. Semua pelajar mengikuti taklimat di bengkel dan kelas
yang telah ditetapkan mengikut program masing-masing.

Tarikh :
22 dan 29 Januari 2021
05,10, 11 dan 19 Februari 2021

Pelajar yang terlibat adalah semua
pelajar Tahun 2 SVM Semester 4
yang akan menduduki Penilaian
Akhir semester. Pelajar diberi modul
secara berfokus (latih tubi rumusan)
untuk membantu pelajar menjawab
soalan kertas 2.

Pelajar juga didedahkan dengan
teknik menjawab kertas Bahasa
Melayu dan memfokuskan pada
aspek kelemahan pelajar.

Sasaran :
Pelajar Tahun 1 dan 2 Diploma

Membantu pelajar membina resume yang ringkas dan
padat.

Tarikh :
31 Januari – 4 Februari 2021

Lokasi : Bengkel BKP 1

Program ini dijalankan untuk menilai perkembangan projek tahun akhir
pelajar, membantu meningkatkan kemahiran teknik pembentangan yang
betul serta meningkatkan kualiti penulisan PTA pelajar.

Sesi saringan dijalankan oleh pensyarah program manakala bagi sesi
pemilihan akhir, pensyarah program dibantu oleh Tn. Hj Buhari Bin Sarik, Tn.
Hj Khoiruddin Bin Ismail serta En. Muhammad Zahir Bin Tahir.

Tarikh :
3 & 8 Februari 2021

Sasaran Pelajar :
Pelajar Tahun 2 Diploma Jabatan Perniagaan

Lokasi :
Dewan Mutiara dan Bengkel BAK 3

Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi kata nasihat,
semangat serta dorongan kepada pelajar yang akan menempuhi
latihan industri dan dunia pekerjaan yang sebenar.

Perkongsian disampaikan oleh Pn. Ruzaina
Ahmad, Ketua Unit Psikologi & Kerjaya.
Program ini bertujuan untuk
mempersiapkan pelajar untuk menjalani
latihan industri dengan lebih positif dan
berdisiplin di tempat kerja. Program ini
telah berlangsung di Dewan Mutiara
melibatkan semua pelajar asrama Tahun 2
Diploma.

Pensyarah dan pelajar Program Bakeri dan Pastri Zon Kedah/Perlis bersama
tenaga pengajar dan pelajar dari SMK Negeri 6 Palembang, Indonesia berkongsi
kepakaran bidang bakeri dan pastri melalui Google Meet. Program ini bertujuan
untuk meningkatkan kerjasama dua hala antara KVSP2 dan SMK N6 Palembang,
Indonesia dalam bidang pendidikan.

Unit Sukan dan Kokurikulum telah mengambil inisiatif mengikut situasi
semasa pandemik Covid 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan dengan
menganjurkan Program e-Koko Virtual Fitness pada 11 Februari 2021.

Program ini bertujuan mencungkil bakat pelajar dalam menyediakan
video pendek di samping melaksanakan aktiviti kecergasan diri
secara maya tanpa penglibatan ramai.

Antara pertandingan yang dijalankan ialah Virtual Fitness di antara blok
kediaman yang menggunakan aplikasi TikTok. Setiap penyertaan
diberikan sijil penyertaan serta hadiah.

Seramai 103 orang pelajar yang
terdiri daripada golongan asnaf
(Tahun 2 SVM, Ting 5 SKM dan Tahun
2 Diploma) menerima bantuan wang
zakat berjumlah RM100 dan RM150.
Kupon makanan turut diberikan
kepada 138 orang pelajar yang
layak.

Majlis agihan ini telah berlangsung
pada 16 Februari 2021 di Bilik Baiduri.
Jawatankuasa yang terlibat ialah
Jawatankuasa Zakat, Unit Hal Ehwal
Pelajar serta Unit Psikologi & Kerjaya.

17 Februari 2021 | Makmal Kristal 2

Unit Psikologi & Kerjaya dengan
kerjasama Bahagian Pendidikan
dan Latihan Teknikal Vokasional
telah menganjurkan program
Diskusi TVET : Bangkit Hebat yang
disampaikan oleh CR Jasmi Bin
Bahrim (Ikon Guru Negeri Sembilan
2015) pada 15 & 16 Februari 2021.

Sasaran pelajar adalah dari Tahun 2
Diploma dan melibatkan kolej
vokasional dan SM Teknik seluruh
Malaysia.

Program ini telah berlangsung
secara Google Meet. Semua pelajar
berkumpul di bengkel dan bilik
kuliah yang telah ditetapkan
mengikut program masing-masing.

Jabatan Hospitaliti Kolej Vokasional

Sungai Petani 2 dengan kerjasama

Bahagian Pendidikan dan Latihan

Teknikal Vokasional telah

menganjurkan program Diskusi TVET :

Persediaan Pelajar ke Latihan Industri

yang disampaikan oleh pengamal

industri dan akademik bidang

hospitaliti pada 15 Februari 2021.

Sasaran pelajar adalah dari Tahun 2
Diploma dan melibatkan kolej
vokasional dan SM Teknik seluruh
Malaysia.

Program ini telah berlangsung secara
Google Meet. Semua pelajar
berkumpul di bengkel dan bilik kuliah
yang telah ditetapkan mengikut
program masing-masing.

Unit Psikologi & Kerjaya dengan
kerjasama Bahagian Pendidikan
dan Latihan Teknikal Vokasional
telah menganjurkan program
Diskusi TVET : Entrepreneurship Talk
yang disampaikan oleh Dato’
Zulkifly Mohamed (Pengarah Urusan
Fereena Beauty) dan Chef Nazeri
Ismail (Group Executive Pastry Chef
JW Marriott) pada 17 Februari 2021.

Sasaran pelajar adalah dari Tahun 2
Diploma dan melibatkan kolej
vokasional dan SM Teknik seluruh
Malaysia.

Program ini telah berlangsung
secara Google Meet. Semua
pelajar berkumpul di bengkel dan
bilik kuliah yang telah ditetapkan
mengikut program masing-masing.

Unit Psikologi & Kerjaya dan Program Kesetiausahaan Pentadbiran dengan
kerjasama Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional telah
menganjurkan program Diskusi TVET : Bicara Selebriti – Imej dan Penampilan
Profesional yang disampaikan oleh En. Mior Abdul Malek (Penerbit Exsekutif
& Selebriti TV3), Cik Hawa Rizwana (Penyampai Berita & Pengacara TV3)
dan moderator En. Saiful Mohamed Shuib (Jabatan Pelancongan &
Hospitaliti Alumni SMTSP2) pada 18 Februari 2021 melalui Google Meet.

Program ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj Azman Bin Hj Adnan, Pengarah
Bahagian Pendidikan dan Latihan Vokasional. Sasaran pelajar adalah dari
Tahun 2 Diploma dan melibatkan kolej vokasional dan SM Teknik seluruh
Malaysia. Semua pelajar berkumpul di bengkel dan bilik kuliah yang telah
ditetapkan mengikut program masing-masing.

Jabatan Hospitaliti Kolej Vokasional

Sungai Petani 2 dengan kerjasama

Bahagian Pendidikan dan Latihan

Teknikal Vokasional telah

menganjurkan program Diskusi TVET :

Future Hospitality Graduate

Employability yang disampaikan oleh

Dr Reezlin Abd Rahman (Caretaker

The Bakers Kolej Komuniti Pendang)

pada 18 Februari 2021 melalui

Google Meet.

Sasaran pelajar adalah dari Tahun 2
Diploma dan melibatkan kolej
vokasional dan SM Teknik seluruh
Malaysia.

Semua pelajar berkumpul di bengkel
dan bilik kuliah yang telah ditetapkan
mengikut program masing-masing.

Jabatan Pendidikan Umum telah menganjurkan Program Pecutan Akhir kepada
pelajar Tahun 2 SVM dan Ting 5 SKM sebagai persediaan menghadapi Penilaian
Akhir. Program ini telah berlangsung pada 15 – 28 Februari 2021 mengikut jadual
yang telah ditetapkan. Pensyarah membuat ulangkaji bersama pelajar dan
memberikan tips menjawab soalan peperiksaan.

Tarikh : 22 Februari – 4 Mac 2021
Lokasi : Dewan Mutiara

Proses sanitasi di Dewan Mutiara telah dibantu oleh pekerja kebersihan.
Sanitasi ini adalah untuk memastikan persekitaran Dewan Mutiara yang
dijadikan sebagai dewan peperiksaan dalam keadaan yang bersih, selamat
dan kondusif dalam membantu proses penilaian akhir dijalankan.

Aktiviti sanitasi dimulakan dengan menyediakan campuran cecair sanitasi.
Pekerja kebersihan mengelap meja dan kerusi pelajar setelah tamat sesi
peperiksaan.

Unit Psikologi & Kerjaya telah menganjurkan Bengkel Muet kepada 50
orang pelajar Tahun 2 Diploma dari KV Sungai Petani 1 dan KV Sungai
Petani 2. Bengkel ini berlangsung dalam 2 sesi iaitu pada 23 & 24 Februari
2021.

Penceramah jemputan ialah Pn. Azliza Binti Rusli dari UniKL MSI berkongsi
tentang skop kertas ujian MUET agar pelajar lebih yakin untuk menduduki
peperiksaan tersebut.

Kolej Vokasional Sungai Petani 2 telah menerima lawatan kerja rasmi Pengarah
BPK Tn. Hj Azman Bin Hj Adnan, mantan Pengarah BPLTV pada 24 Februari 2021.
Dalam lawatan ini, tuan Pengarah telah merasmikan logo baharu KVSP2, Galeri
Aazeen dan Taska Al Fateh. Beliau juga membuat lawatan ke bengkel, bilik-
bilik khas, residensi serta projek tanaman cili fertigasi.

Turut hadir bersama ialah Cik Hajah Sarinah Mhd Sari (KPP Kanan, Sektor
Pengurusan Kecemerlangan TVET), En Supian bin Abdul Kadir (KPP, Sektor
Pengurusan Kecemerlangan TVET), En Mohd Fadzli bin Abu Bakar (PP Unit
Pengurusan Institusi TVET), Pn Nur Fakhriyyah Elemin binti Muhardi (KPP Unit Dasar
dan Perancangan TVET), En Rehan Ikhsan bin Abdul Jalil (PP Pembangunan
Infrastruktur TVET) dan En Mohd Jelani Yaacob (Pengerusi MPKVT Zon Kedah
Perlis).

Program Pengantarabangsaan Maya ini telah berlangsung pada 8 Mac 2021
secara Google Meet bersama SMK Negeri 6, Palembang, Indonesia
melibatkan tenaga pengajar dan pelajar dari Program Kosmetologi (KVSP2)
dan Tata Busana (SMK N6).

Fashion show telah berlangsung di Galeri Aazeen yang memperagakan
pakaian yang telah dijahit oleh pelajar Sijil Kemahiran Malaysia, pelajar
Diploma Vokasional Malaysia dan alumni KVSP2.

Tarikh :
11 Mac 2021

Lokasi :
Blok kediaman pelajar

Pelajar menonton ceramah berkaitan Israk Mikraj melalui Youtube. Program
ini telah memberikan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai peristiwa
Israk Mikraj. Kuiz berkaitan ceramah yang ditonton turut diberi kepada pelajar.



Tarikh :
20 Mac 2021

Program ini disampaikan oleh Pn. Asmawiza Hj Hussin, Pengarah Pusat Budaya
dan Seni UUM yang juga merupakan alumni KVSP2. Sasaran pelajar adalah
dalam kalangan pelajar MPP dan Pembimbing Rakan Sebaya. Program ini
dijalankan melalui Google Meet.

Hari Pendaftaran Pelajar 1 SVM 2021

Tarikh :
6 April 2021

Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi di kaunter pendaftaran bagi pelajar
yang mendapat tawaran residensi manakala pelajar luar hanya
menghantar dokumen kepada guru bertugas di pintu masuk. Perjalanan
pendaftaran berjalan dengan lancar.

Program ini dianjurkan oleh
Unit Psikologi & Kerjaya pada 6
& 7 April 2021. Semua pelajar
Tahun 1 SVM diberikan taklimat
berkaitan Biasiswa, Pegurusan
Residensi, Hal Ehwal Pelajar &
Disiplin, Sukan & Kokurikulum,
Pusat Sumber, serta taklimat
pengenalan kolej oleh pihak
pengurusan.

Semua pelajar mengikuti
program secara Google Meet
di bengkel yang telah
ditetapkan mengikut program
masing-masing.

Seramai 197 orang graduan
dari kohort 2018 telah
menerima skrol diploma pada
10 April 2021 yang disampaikan
oleh Tn Hj Azman Bin Hj Adnan,
Pengarah Bahagian Pendidikan
Kurikulum.

Majlis ini berlangsung selama 3
sidang dan ditayangkan
secara langsung di Facebook.
Seorang graduan dari program
Kosmetologi telah menerima
Anugerah Pelajar Terbaik
Program.

12 April 2021 | Bilik Ketua Jaminan Kualiti





Semua pelajar Tahun 1 DVM telah terlibat dan para pensyarah turut
digalakkan untuk mengikuti program ini yang diadakan secara
Google Meet pada 19 April 2021. Program ini disampaikan oleh Tengku
Asma’a Binti Tengku Abdul Jalil, Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan
KWSP berkongsi tentang konsep berbelanja, faedah simpanan KWSP
kepada masa hadapan mereka serta memberi bimbingan berkaitan
perancangan kewangan yang betul.

Jalinan kerjasama ini adalah
bagi mendapat pendedahan
seperti ceramah / taklimat
pendedahan kursus kepada
pensyarah mahupun pelajar,
perkongsian kepakaran / ilmu,
lawatan sambil belajar selepas
pandemik covid 19 dan lain-lain
aktiviti. Kedua-dua pihak akan
menandatangani Note Of
Understanding (NoU) dalam
masa terdekat.

Program yang diadakan pada setiap tahun ini adalah kerjasama Unit
Pendidikan Islam, Majlis Perwakilan Pelajar, Jawatankuasa Surau serta Biro
Kerohanian Residensi. Ia telah berlangsung pada 22 April 2021 bersamaan
10 Ramadan 1442H melibatkan semua pensyarah dan pelajar kolej. Program
ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar menghayati keberkatan bulan
yang mulia dan memperbanyakkan amalan seperti membaca al-quran.

Setiap pelajar dan pensyarah telah dibahagikan kepada kumpulan kecil
untuk bertadarus mengikut juzuk yang telah diagihkan. Program ini telah
berlangsung dengan sop yang telah ditetapkan.

Disampaikan oleh Pn. Natasha Binti Adnan, Pegawai Khidmat
Pelanggan LHDNM, Cawangan Sungai Petani. Sasaran pelajar
adalah Tahun 1 dan 2 Diploma Program Perakaunan.

KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2


Click to View FlipBook Version