The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Arnab yang Berani dan Bersatu padu (Lastest)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by junyihwong, 2022-05-28 10:41:15

Arnab yang Berani dan Bersatu padu (Lastest)

Arnab yang Berani dan Bersatu padu (Lastest)

Arnab yang Berani dan Bersatu Padu



Arnab sekarang mempunyai banyak spesis dan warna. Contohnya,
badan arnab yang berwarna hitam, putih, kuning, coklat dan lain–

lain. Pada zaman dahulu, warna arnab sebenarnya hanya
berbadan dan bermata coklat sahaja. Masa itu, semua orang tidak

suka dan memandang rendah arnab, tetapi arnab-arnab sangat
bersatu padu. Tiada seekor arnab pun dalam keluarga mereka
yang tidak mengenali antara satu sama lain. Tetapi arnab-arnab
sangat takut kepada manusia sehingga mereka hidup menyendiri di
pergunungan. Di bawah gunung itu, ada sebuah kampung. Kampung itu

mempunyai lebih kurang serratus orang penduduk.



Pada suatu hari, penduduk kampung menemui arnab-arnab di pergunungan apabila
mereka sedang mengutip kayu. Selepas itu, penduduk kampung mengetuai sekumpulan

orang mengelilingi arnab-arnab dan menangkap arnab-arnab. Penduduk kampung
berjaya menangkap lebih kurang 20 ekor arnab manakala arnab yang lain

melarikan diri dan menyembunyikan diri di dalam sebuah gua. Ternyata beberapa
hari lalu, seekor raksasa datang ke kampung itu. Raksasa itu merosakkan benda-

benda dalam kampung itu dan mengarahkan penduduk kampung itu membuat
penghormatan setiap tahun. Jika tidak, raksasa itu akan membunuh semua orang di
kampung itu. Tahun ini, mereka secara tidak sengaja menemui arnab di pengunungan

dan membuat kuputusan untuk menjadikan arnab-arnab sebagai penghormatan
kepada raksasa itu, maka mereka balik ke kampung dengan penuh arnab yang

mereka berjaya menangkap.



Akhirnya tiba masanya untuk menghantar penghormatan kepada
raksasa. Empat lelaki muda yang kuat dan bersenjata membawa arnab
yang berat ini dengan pantas dan menghantarnya kepada raksasa itu.
Dalam perjalanan, seekor arnab kecil yang baru lahir di dunia ini. Nama
arnab kecil ini ialah Minnie dan dia bertanya kepada ibunya, “Ibu, kita
hendak ke mana?” Ibu tidak menjawab dan hanya menitiskan air mata.

Pada masa yang sama, ketua arnab membuat keputusan untuk
menyelamatkan arnab yang sedang dihantar ke istana raksasa. Ketua
arnab mengetuai arnab yang lain mengekori mereka secara diam-diam.
Selepas beberapa ketika, mereka datang ke istana raksasa, empat orang
muda itu meletakkan penghormatan di pintu dan mereka melarikan diri

dengan tergesa-gesa.



Pada masa ini, raksasa itu keluar. Rupa raksasa itu memang menakutkan. Raksasa itu mempunyai
cangkuk beracun jengking di kepalanya. Raksasa itu mempunyai tiga muka, satu muka mempunyai
satu mata, satu muka mempunyai tiga mata, dan lagi satu muka mempunyai sepuluh mata! Bukan ini

sahaja, raksasa itu mempunyai lima tangan dan kesan darah di seluruh badannya, yang
membuatkan orang ramai menggigil.

Hanya arnab kecil yang baru lahir itu jahil, dan masih bermain di sana dengan gembira.
Pada masa ini, raksasa itu bergumam dengan suara yang mengerikan: "Saya lapar, yang mana satu
harus saya makan dahulu? Makan yang kecil dahulu." Jadi, dia baru sahaja hendak menghulurkan

tangan untuk menangkap Minnie, ibu arnab tiba-tiba berdiri di hadapannya dan berkata,
"Raksasa, kamu tidak boleh menyentuh anak saya!" Raksasa itu berkata, "Apa yang akan saya
makan jika saya tidak makan?" Selepas bercakap, dia melambai-lambaikan tangannya, ibu arnab
terlanggar dinding dan ibu arnab menjerit lagi: "Kalau awak nak makan, makan saya dulu! Jangan
sentuh anak saya!" Masa ini, seekor arnab yang kuat lagi berkata: "Tidak, makanlah saya dahulu!
Awak jaga luka awak baik-baik. Raksasa makan saya dahulu jika mau makan!" "Ya, makanlah saya
dahulu jika awak ada kemampuan!" Arnab yang lain berebut-rebut berkata. Raksasa itu meraung,

"Saya tidak akan makan sesiapa, saya akan makan yang kecil!"



Raksasa itu menangkap Minnie dan masuk ke istananya. Minnie berasa takut dan memanggil ibunya.
Pada masa ini, arnab lain yang tidak ditangkap oleh penduduk kampung sampai di hadapan istana

raksasa itu. Ibu arnab dan arnab yang lain meluru ke hadapan dan melanggar raksasa itu.
Apabila raksasa itu dilanggar jatuh, ia segera berdiri dan menjerit: "Saya mahu Makan kamu
semua!" "Berhenti!" Suara keras keluar. Ah! Tuhan datang dan dia berkata dengan sungguh-
sungguh, "Hai raksasa, kamu melakukan perkara jahat di dunia, lihat bagaimana saya menghukum
kamu! " Tuhan berpakaian putih, mempunyai rambut putih dan misai putih yang panjang, tangannya
memegang sebatang tongkat ajaib dan berdiri di atas awam. Setelah berkata demikian, dua askar
syurga yang berpakaian baju besi dan lengkap bersenjata datang. Dua orang askar syurga itu
bergatuh dengan raksasa itu dengan sangat garang. Selepas seketika, raksasa ditewaskan oleh
dua askar syurga itu. Raksasa itu berbaring di atas lantai dengan perlahan dan mati. Kemudian,
Tuhan melambaikan tongkat ajaibnya, badan arnab itu menjadi putih, dan matanya menjadi
merah, dan Tuhan berkata dengan gembira: "Kamu semua sangat berani dan bersatu padu dan ini
ialah hadiah kamu semua, putih bermakna kamu mempunyai hati yang suci dan merah bermakna
kesatuan kamu." Oleh itu, arnab yang sekarang kita nampak mempunyai badan yang putih dan

mata yang merah.



Selepas Tuhan habis bercakap, Tuhan lenyap, sama seperti dia tadi
datang. Bermula dari masa itu, penduduk kampung itu tidak memandang
rendah arnab-arnab itu lagi dan berasa malu kerana tidak mempunyai
keberanian dan kesatuan seperti arnab-arnab itu. Bukan ini sahaja,
penduduk kampung juga meminta maaf daripada arnab-arnab dengan

ikhlas. Namun begitu, arnab-arnab itu membuat keputusan untuk
memaafkan penduduk kampung itu dan melupakan kelakuan mereka

sebelum ini. Akhirnya, penduduk kampung dan arnab-arnab hidup
bersama-sama dengan aman dan harmoni.



Melalui cerita ini, kita dapat mempelajari bahawa kita mestilah berani untuk
menjaga keselamatan ahli keluarga ketika ahli keluarga kita sedang

menghadapi situasi yang bahaya. Contohnya, ibu arnab tidak hendak raksasa
menyentuh anaknya dan berdiri di hadapan anaknya untuk menjaga
keselamatan anaknya. Selain itu, kita mestilah bersatu padu apabila

menghadapi masalah. Contohnya, semua arnab meluru ke hadapan dan
melanggar raksasa itu supaya dapat menyelamatkan arnab kecil. Di samping
itu, kita mestilah mengakui kesalahan diri apabila kita melakukan kesalahan.
Contohnya, penduduk kampung meminta maaf daripada arnab-arnab dengan

ikhlas kerana mereka menangkap arnab-arnab menjadikan penghormatan
kepada raksasa.

RUJUKAN

Qing, Z. (2013, March 27). Rabbit [Illustration]. Qing’s Diary. http://qing-love-novel.blogspot.com/2013/05/blog-
post_27.html

Jing Ling, C. W. (2017, January 14). Travel [Illustration]. Daily News. https://kknews.cc/zh-sg/travel/rek9yv4.html
You, W. (2019). Village [Illustration]. Yao51. http://yao51.com/jiankangtuku/pjfbeeiz.html

Luo, L. (2019, February 13). Castle [Illustration]. 3DM GAME. https://shouyou.3dmgame.com/gl/112558.html
Zhuan, S. J. (2020, July 1). Monster [Illustration]. SHIJIZHUAN. https://www.shijizhuan.com/jiemi/shijieshi/251416.html

Hua, W. (2017, July 31). Immortal [Illustration]. Daily News. https://kknews.cc/zh-my/culture/2m2ok8r.html
Q, Q. (2020, September 26). NPC [Illustration]. Encyclopedia. http://y.qichejiashi.com/tupian/1430720.html

Guo, S. (2016). NPC [Illustration]. 4399. http://web.4399.com/swsg/zyjs/a360633.html
Xiao Wan Zi, M. C. (2020, May 14). Baby [Illustration]. Daily News. https://kknews.cc/zh-my/pet/25mp3lg.html


Click to View FlipBook Version