NAMA KURSUS : SEJARAH MALAYSIA 1 KOD KURSUS: SADN 1123 SESI PENGAJIAN: 21/22 TAJUK KAJIAN: PENGENALAN KEPADA KERAJAAN MELAYU AWAL NAMA PENSYARAH: DR. HASLINDA BINTI HASAN DISEDIAKAN OLEH: NURSAZLINA BINTI MAHAMAD(293186)
P E N G E N A L A N K E P A D A K ER A J A A N M E L A YU A W A L A E S T H E T I C M A G A Z I N E DISEDIAKAN OLEH: NURSAZLINA BINTI MAHAMAD (293186)
ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2.1Mengkaji perkembangan sejarah di Kedah Tua 2.2 Mengenalpasti penemuan arca-arca Hindu-Buddha. 2.3 Menganalisis zaman kejatuhan Kerajaan Kedah Tua. 3.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Instrumen kajian 3.2 Cara pengumpulan data 3.3 Caramendapatkan data 4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 4.1Mengkaji perkembangan sejarah di Kedah Tua 4.2 Mengenalpasti penemuan arca-arca Hindu-Buddha. 4.3 Menganalisis zaman kejatuhan Kerajaan Kedah Tua. 5.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN 6.0 LAMPIRAN
1.0PENGENALAN Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis pengenalan Kerajaan Melayu Awal sekitar abad ke 5 masihi. Kerajaan merujuk kepada kewujudan pentadbiran sesebuah kampung atau dikenali sebagai wilayah yang kecil dan memerlukan seorang ketua. Hal ini dikatakan demikian kerana peranan ketua amat penting dalam sesebuah kampung atau negeri dalam mentadbir secara sistematik serta menjaga keselamatan penduduknya daripada diancam oleh musuh luar. Bahkan, tugas seorang pemimpin bukan sekadar memberi nasihat namun ia dapat berubah kepada satu kuasa yang berwibawa ke atas setiap pengikut dan wilayah yang dipimpinnya. Oleh itu, muncullah masyarakat yang semakin hari semakin berkembang dan membentuk satu struktur politik piramid yang jelas dan teratur agar dapat menuju ke arah pembentukan sebuah negeri atau negara. Perkataan melayu pula merujuk kepada masyarakat yang beradab dan telah mendiami negeri Tanah Melayu kira-kira 1500 tahun dahulu. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat bukti yang kukuh mengenai melayu yang bermula dari zaman neolitik, Semenanjung Tanah Melayu dan kepuluan di Asia Tenggara yang telah didiami oleh rumpun melayu. Rumpun melayu ini telah berhijrah dari daerah Yunan dan digelar sebagai Melayu-Proto atau lebih spesifik iaitu Melayu Tua atau Melayu Purba. Antara Kerajaan Melayu Awal temasuklah Kedara Kerajaan Melayu Awal temasuklah Kedah Tua, Chih Tu, Temasik, Beruas, Santubong dan Gangga Negara. Lokasi Kedah Tua yang terletak di Lembah Bujang merupakan sebuah kota yang bergiat aktif dalam aktiviti pelabuhan pada suatu ketika dahulu. Zaman ini dikatakan wujud sebuah penempatan dan pelabuhan perdagangan di daerah Lembah Bujang dan pesisir Selat Melaka sejak kurun ke-2 Masihi lagi. Kedah tua yang mempunyai keluasan lebih kurang 369 kilometer persegi mampu mewujudkan perkembangan yang pesat dari segi politik, ekonomi dan juga sosial. Selain itu, Kerajaan Kedah Tua juga menyumbang kepada aktiviti pelabuhan entrepot kerana mempunyai lokasi yang strategik iaitu berada di kawasan Lembah Sungai Muda di Selatan sehingga ke Sungai Sala di Utara.
2. 0 O BJ EKT I F KAJ IA N V O L U M E 3 2 • I S S U E N O . 8 ES €2.50 IT €3.00 FR €6.00 GB €3.00 USA $6.99 (a) Mengkaji perkembangan sejarah di Kedah Tua. (b) Mengenalpasti penemuan arca-arca Hindu-Buddha. (c) Menganalisis zaman kejatuhan Kerajaan Kedah Tua.
3.1 PENDAHULUAN Metodologi ialah sistem yang merangkumi konsep dan prosedur yang digunakan dalam sesuatu aktiviti, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat yang diterbitkan pada tahun 2013. Metodologi juga merujuk kepada pemahaman tentang disiplin atau prosedur yang digunakan apabila sesuatu kajian dijalankan untuk memenuhi objektif tertentu. Aktiviti ialah kajian (usaha, proses, belajar). Kesimpulannya, metodologi kajian memilih pendekatan yang sesuai untuk menangani topik kajian. Dengan menggariskan prosedur kajian yang diikuti, metodologi berfungsi untuk membantu pengkaji dalam memahami aplikasi teknik dengan lebih teliti atau meluas. 3.2 INSTRUMEN KAJIAN Semasa membuat kajian, penyelidik menggunakan alat yang dipanggil instrumen kajian. Bagi mencapai matlamat kajian, instrumen kajian digunakan sebagai asas pengumpulan data. Pengkaji menggunakan teknik temu bual, soal selidik, dan kajian ke perpustakaan. Tinjauan ini mempunyai seramai 5 orang responden, yang akan dipilih secara rawak. Terdapat dua jenis instrumen yang digunakan untuk mengumpul data: kualitatif dan kuantitatif. 3.2.1 Temu bual Pengkaji telah menggunakan kaedah temu bual dengan menemu bual beberapa orang penduduk berkaitan kronologi yang diketahui oleh penduduk setempat berkaitan kewujudan Kerajaan Kedah Tua di Lembah Bujang. Sehubungan dengan itu, pengkaji mendapati terdapat beberapa orang individu yang ditemu bual merupakan salah seorang generasi yang pernah mendengar kisah kewujudan Kedah Tua daripada nenek moyang mereka. Oleh itu, dengan melakukan temubual ini, pengkaji dapat mengetahui dengan lebih terperinci mengenai kronologi perkembangan Kerajaan Kedah Tua. 3.2.2 Kepustakaan Bibliografi mewakili usaha yang dilakukan oleh penyelidik untuk menyusun semua data yang berkaitan dan sesuai untuk isu semasa atau topik yang dikaji. Buku saintifik, penemuan penyelidikan, kertas penyelidikan, ensiklopedia,sumber bercetak serta sumber elektronik adalah tempat terbaik untuk mencari semua maklumat ini. Untuk mencari bahan yang relevan dan sesuai dengan subjek yang dikaji, kajian literatur telah dilakukan. 3.2 3 Kaedah Pemerhatian Teknik kajian yang digunakan untuk mengukur pembolehubah kajian ialah pemerhatian. Selain temu bual, pilihan tambahan untuk mengumpul maklumat atau data adalah pemerhatian. Pengkaji boleh mengetahui tentang sesuatu peristiwa sejarah yang dilalui oleh masyarakat Melayu melalui pemerhatian apa-apa sahaja. Tugas penyelidik adalah untuk melihat perubahan tingkah laku, mendengar, dan mengkaji tingkah laku sama ada dari dekat dan dari jauh. 3.3 CARA MENDAPATKAN DATA Pengkaji memperoleh data dan maklumat kajian ini dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti soal selidik, temu bual, dan kepustakaan. 3.4 Cara analisis data Menurut Sidek Mohd Noah (2002), kajian deskriptif adalah bertujuan untuk memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri sesuatu populasi atau bidang yang diminati secara fakta dan tepat. Pada peringkat akhir kajian ini, pengkaji telah melakukan analisis secara deskriptif untuk menganalisis data daripada temu bual dan penilaian untuk menghasilkan laporan kajian yang dijalankan. Data yang diperoleh daripada analisis ini menggunakan kekerapan bersoal jawab Pada peringkat awal soalan 3.0 METODOLOGI KAJIAN
3.3.1 Temu Bual Pengkaji telah menemubual 5 orang penduduk di Kampung . Pengkaji juga telah mengajukan beberapa soalan temu bual secara langsung atau tidak langsung. Tujuan utama temu bual ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti peerkembangan Kerajaan Kedah Tua dari aspek politik, sosial dan ekonomi. Sehubungan dengan itu, pengkaji juga mengajukan soalan berkaitan keistimewaan Kedah Tua sehingga berkembang menjadi kerajaan yang hebat suatu ketika dahulu. Pengkaji telah mengadakan sesi temu bual bersama beberapa orang penduduk kampung dengan berkunjung ke rumah mereka dan mengajukan soalan secara rawak. 3.3.2 Pemerhatian Pengkaji telah meluangkan masa dengan mengunjungi kediaman beberapa orang penduduk yang mengetahui maklumat berkaitan Kerajaan Kedah Tua yang wujud suatu ketika dahulu. Sehubungan dengan itu, pengkaji juga banyak mengajukan soalan berkaitan pengalaman atau keadaan yang dialami oleh mereka. 3.3.3 Kepustakaan Kajian ini dimulakan dengan mengambil sumber daripada melalui bahan ilmiah yang diterbitkan. Selain itu, pengkaji melayari laman web berkaitan kajian untuk mencari butiran tentang subjek kajian. 3.3 CARA MENDAPATKAN DATA Pengkaji memperoleh data dan maklumat kajian ini dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti soal selidik, temu bual, dan kepustakaan.
3.4 Cara analisis data Menurut Sidek Mohd Noah (2002), kajian deskriptif adalah bertujuan untuk memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri sesuatu populasi atau bidang yang diminati secara fakta dan tepat. Pada peringkat akhir kajian ini, pengkaji telah melakukan analisis secara deskriptif untuk menganalisis data daripada temu bual dan penilaian untuk menghasilkan laporan kajian yang dijalankan. Data yang diperoleh daripada analisis ini menggunakan kekerapan bersoal jawab. Pada peringkat awal, soalan-soalan telah dikumpulkan dan ditulis serta disediakan dalam bentuk point (isi-isi). Seterusnya, pada peringkat kedua, pengkaji telah menulis fakta fakta berkaitan isiisi yang ditulis. Pada peringkat ketiga, pengkaji akan menghuraikan dapatandapatan kajian berdasarkan fakta-fakta yang diperoleh dan esei mini yang telah disediakan secara terperinci. Selain itu, data pemerhatian turut disediakan sebagai penyokong dapatan kajian melalui temu bual yang dilakukan. Melalui semua proses tersebut, pengkaji dapat menyediakan satu kajian berkenaan kronologi serta perkembangan politik, ekonomi dan sosial Kerajaan Kedah Tua.
( A ) M E N G K A J I P E R K E M B A N G A N S E J A R A H K E R A J A A N K E D A H T U A Kedah dikenali sebagai salah sebuah pusat tamadun yang maju dan terawal di Semenanjung Malaysia.Nama Kedah juga mempunyai asal usul yang berbeza-beza berunsurkan perkataan Arab, Parsi, Sanskrit, China malah ada asal usul nama Kedah juga terdiri daripada penemuan kajian dan rekod pengembaraan. Jika dilihat perkataan Kedah dari sudut Arab, nama Kedah berasal dari perkataan “Kheddah” yang membawa makna perangkap gajah seperti yang dinyatakan oleh Wilkinson. Malah, ada yang berpendapat bahawa Kedah juga mempunyai maksud gelas berkaki. Hal ini dikatakan demikian kerana pada ketika itu, sebahagian pedagang Arab yang menjalankan aktiviti perniagaan seperti menjual gelas berkaki dan menyebut perkataan Kedah untuk menarik perhatian masyarakat lain terhadap barang yang dijual. Selain itu, sumber Arab yang lain turut menyebut Kedah sebagai “Kalah” kerana pada ketika itu, ramai pelarian asing termasuk masyarakat Arab dan India menjadikan Kedah sebagai tempat untuk pelarian berlindung. Hal ini dikatakan demikian kerana pelarian dari Arab dan India melarikan diri serta mencari tempat perlindungan di Kalah dan disitulah lahirnya masyarakat Kalah yang berbilang bangsa dan agama seperti Hindu, Parsi dan juga Islam. Perkataan Kedah juga mempunyai unsur dari Parsi. Menurut bahasa Parsi, Kedah disebut sebagai “Kala” yang membawa makna Kota. Hal ini dikatakan demikian kerana menurut sumber yang diriwayatkan dikatakan Raja Kedah yang kedua didapati telah membina sebuah kota atau kubu di sebuah tempat yang dikenali sebagai Serokam. Sehubungan dengan itu, Serokam pula dihubungkan dengan perkataan Hindustan iaitu “Sara” yang bererti bangunan dan “Kami” iaitu “urusan”. Unsur yang terdiri daripada Arab dan Parsi ini telah mewujudkan satu lagi perkataan yang menggambarkan Kedah iaitu “Kilah”, “Kalah” dan juga “Qalha”. Qalha dapat dipecahkan pula kepada empat buah kawasan atau daerah seperti Kuala Qilah, Kuala Bahang, Kuala Merpah dan Kuala Bara.
Di samping itu, asal usul nama Kedah juga terdiri daripada perkataan China. Pada ketika itu, orang Cina menyebut Kedah sebagai “Kie-tc’a” malah ada juga orang Cina menyebutnya sebagai “Cie-c’a”. Beralih kepada zaman pemerintahan Dinasti Liang pula, Kedah dikenali sebagai “Langgasu” atau “Langa” yang turut dikenali sebagai Langkasuka. Namun, hal ini masih menjadi tanda tanya tentang lokasi sebenar Kerajaan Langkasuka ini terletak. Selain itu, pada zaman pemerintahan Dinasti Tang pula, Kedah dikenali sebagai “Kola”. Nama-nama Kedah yang lain turut dikenali sebagai “ChiahChin” , “Kie Ta’a” dan juga “Kietaha” yang tercatat dalam penulisan IChin pada kurun yang ke-17. Selain itu, Kedah juga terdiri daripada perkataan Sanskrit iaitu “Kadaram” yang telah disebut dalam puisi tamil yang bertajuk Pattinappalai. Sehubungan dengan itu, “Kadaram” juga membawa maksud kuali besar malah ada juga yang menyebut Kedah sebagai “Kalagam” yang bermaksud berwarna hitam serta pelabuhan yang menjalankan perniagaan eksport. Penemuan sumber Sanskrit ketika zaman Gupta pula, Kedah dikenali sebagai “Kataka” dan juga “Kidara” yang membawa maksud tanaman padi
KERAJAAN KEDAH TUA Nama Kedah juga mempunyai makna yang berlainan dari sudut penemuan kajian. Menurut kajian yang dijalankan oleh Roland Braddell iaitu juga dikenali sebagai penulis artikel The Study Of Ancient Times In The Malay Peninsula and Straits Malacca telah menyatakan bahawa Kedah dikenali sebagai “Gedda” yang berasal daripada perkataan Hindustan iaitu “Khadar” yang turut dikenali sebagai tanaman padi. Kemudian, Ibnu Muhalhal juga menyatakan dalam penulisannya mengenai “Kalah” sebagai suatu tempat di mana tempat terakhirnya sebuah kapal berlabuh di sebelah Timur. Kalah turut dikenali sebagai sebuah bandar besar yang dikelilingi tembok-tembok yang tinggi dan penuh dengan taman, alur, lombong dan kelian bijih alur yang sukar malah mustahil untuk didapati di mana-mana. Sebagai tamsilnya, antara rekod yang telah dikenalpasti termasuklah rekod pengembaraan Ibnu Khurdadhbih yang merupakan penulis buku al Masalik wal Mamalik. Rekod tersebut telah menyatakan mengenai sebuah pulau yang bernama “Kilah” disebabkan mempunyai banyak bijih dan juga hutan buluh. Selain itu, seorang penulis yang bernama Quaritch Wales sering menjalankan kajian arkeologi di Kedah. Sehubungan dengan itu, beliau turut menemui tapak kota di Serokam. Manakala asal usul nama Kedah dari rekod pengembaraan juga membawa pelbagai maksud yang berbeza-beza. Selain itu, seorang lagi pengembara Arab yang dikenali sebagai Sulaiman turut menyatakan penulisannya dengan menyebut tentang kawasan yang dikenali sebagai “Kalahbar” iaitu sebuah tempat yang bernaung di bawah Zabaj iaitu Empayar Srivijaya di Palembang. 2023
Sejarah Kedah Tua juga dapat dilihat dari segi lokasi yang mempunyai sejarah luar biasa, Kedah Tua juga dikenali sebagai kawasan Lembah Bujang yang meliputi kawasan Lembah Sungai Muda di bahagian Selatan sehingga ke Lembah Sungai Sala di bahagian Utara. Hal ini dikatakan demikian kerana segelintir pengkaji telah menemukan arkeologi, arca agama dan seramik yang telah dijumpai di sepanjang Lembah Bujang. Sehubungan dengan itu, perkembangan sejarah di Kerajaan Kedah Tua menjadi lebih maju. Hal ini dikatakan demikian kerana Kedah Tua terletak berhampiran dengan laut, selat dan kuala yang merupakan salah sebuah kawasan yang strategik bagi laluan kapal-kapal dan juga tempat persinggahan kapal dagang. Kawasan ini turut dilabel stategik kerana kedudukannya yang terlindung daripada angin Monsun Timur Laut dan Monsun Barat. Kedudukan Kedah Tua yang terletak di Selat Melaka turut menjadi penghubung di antara China dan India. Bagi pedagang dari Teluk Benggala, India pelabuhan Kedah Tua menjadi tempat persinggahan yang pertama dan terakhir pedagang dari timur yang menghala ke India. Ini membuktikan lokasi Kedah Tua terletak di pertengahan timur dan barat. Aktiviti utama yang dijalankan di kawasan ini adalah pertukaran barang dagangan atau dikenali sebagai sistem barter. Namun begitu, aktiviti jual beli makanan dan air bersih, pembaikan kapal dan sebagainya turut dilakukan di pelabuhan ini. Pelabuhan Kedah Tua turut dipercayai merupakan jalan pintas para pedagang ke pelabuhan kerajaan Srivijaya dan Langkasuka. Kedah Tua muncul sebagai pelabuhan entreport kerana kedudukannya yang mempunyai beberapa buah kuala dan sungai yang menhubungkan kawasan pedalaman dan pesisir pantai di samping keistimewaan bentuk muka buminya yang berselat. Pelabuhan Sungai Mas yang teletak di laut lepas menjadi tarikan para pedagang untuk singgah berehat sebelum menyambung pelayaran ke destinasi mereka. Pelabuhan Sungai Mas turut dipercayai merupakan pelabuhan entreport Kedah Tua yang terawal. Perkembangan pelabuhan Kedah Tua juga dipengaruhi bentuk muka buminya yang begunung dan berbukit. Kewujudan Gunung Jerai yang berketinggian 1300 meter merupakan bahagian tertinggi di Kedah Tua. Kedudukan yang tinggi menjadikannya tempat strategik untuk memantau keseluruhan Lembah Bujang. Ini dibuktikan tinggalan kubu dan rumah api sebagai panduan kapal dagang di Bukit Penjara dan Bukit Batu Lintang.
Kerajaan Kedah Tua telah dipimpin oleh seorang sultan yang berkaliber, berwibawa dan prihatin terhadapat rakyat. Sehubungan dengan itu, sultan-sultan juga memegang takhta dengan adil dan berusaha menyelesaikan segala pertelingkahan atau masalah yang berlaku dalam kalangan rakyat. Hal ini dapat dibuktikan ketika pemerintahan Sultan Muzzil Shah yang memerintah Kerajaan Kedah Tua sekitar kurun ke-11 dipercayai seorang pemimpin yang pemurah sehingga berjaya menjadikan kerajaan Kedah Tua sebagai kerajaan yang aman dan makmur. Hal ini menyebabkan orang Sumatera, Jawa dan India telah berhijrah memasuki dan menetap di kawasan ini sehingga dapat dilambangkan sebagai kerajaan yang mampu menjadi tempat pengumpulan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Secara tidak langsung, tindakan sultan-sultan melayu terdahulu yang meluaskan kuasa sekitar 670 M berjaya mengukuhkan sesebuah kerajaan menjadi lebih kukuh. Selain itu, tindakan sultan yang menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara musuh juga merupakan faktor kemajuan kerajaan pada ketika itu. Hal ini tidak berlarutan apabila kerajaan Siam telah menyerang Kerajaan Kedah Tua kerana keengganan sultan Kedah akur terhadap kuasa Siam pada abad ke-18. Hal ini menyebabkan Sultan Kedah mengambil tindakan susulan dengan menghadiahkan ‘Bunga Mas’ kepada kerajaan Siam agar keselamatan Kedah Tua dipelihara dan tidak diancam oleh kerajaan Siam serta dapat menangkis serangan daripada kuasa luar yang lain. Jelaslah bahawa dengan adanya pemimpin yang berkaliber dan corak pemerintahan yang bijak mampu melahirkan kerajaan yang hebat dan makmur. Secara tidak langsung rancangan-rancangan pembangunan negara juga mampu dijalankan dengan adanya pemimpin dan rakyat yang bersatu padu dalam membangunkan negara.
Selain itu, Kompleks Sungai Batu juga berperanan sebagai pusat pengeluaran besi terbaik di dunia turut tercatat di kitab Al- Kindi dan Al- Biruni yang mendedahkan berkaitan kualiti besi yang dihasilkan di Kalah iaitu Kedah Tua ini. Sehubungan dengan itu, para sejarawan turut menceritakan cara penghasilan industri besi ini dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan untuk menghasilkan besi yang berkualiti. Di samping itu, Kerajaan Kedah Tua telah menjalankan aktiviti ekonomi untuk menyara kehidupan mereka. Selain menjalankan aktiviti perdagangan, perusahaan manik dan memungut hasil hutan, masyarakat ini turut menjalankan kegiatan dengan bergiat aktif dalam menguruskan industri besi. Hal ini dikatakan demikian kerana, kawasan Lembah Bujang merupakan lokasi yang strategik dan kaya dengan bijih besi. Oleh sebab itu, dengan keistimewaan dan keunikan yang dimiliki menyebabkan masyarakat pada zaman dahulu berjaya mencipta besi yang kukuh dan tahan lasak. Hal ini dapat dibuktikan apabila para sejarawan telah menemui artifak dan tinggalan masyarakat terdahulu di kawasan Lembah Bujang ini. Justeru itu, hasil penemuan sebanyak 17 buah tapak proses meleburkan bijih besi yang mewah dengan budaya material telah membuktikan bahawa industri ini merupakan salah satu ekonomi terpenting masyarakat awal di kawasan Lembah Bujang ini.
Selain itu, relau merujuk kepada dapur yang digunakan untuk meleburkan bahan atau mineral tertentu pada suhu yang paling tinggi. Sehubungan dengan itu, masyarakat setempat turut menggunakan kayu bakau untuk dibakar pada suhu yang tinggi semasa proses peleburan dilakukan. Pada kebiasaannya relau dibina pada struktur yang tertutup untuk mengawal aktiviti keluar masuk udara ke dalam relau ketika proses peleburan dilakukan. Sehubungan dengan itu, kewujudan relau ini dapat dikenalpasti berdasarkan impak tanah liat yang terbakar dan tekstur atau keadaan tanah yang halus serta mengandungi kandungan ferum yang tinggi kesan daripada proses pembakaran terhadap bijih besi. januari,2023 Proses utama yang perlu dilakukan adalah proses pembersihan dan penyediaan bijih. Hal ini dapat dibuktikan apabila ahli sejarawan telah menemui bijih besi dalam posisi saiz yang kecil dan penemuan beberapa peralatan batu seperti lesung dan alu yang digunakan ketika menjalani proses penyediaan bijih besi. Proses kedua yang dilakukan oleh masyarakat awal dalam menjalankan industri besi adalah proses peleburan. Proses ini dilakukan dengan mengetuk bijih besi yang berada pada saiz besar kepada ketulan saiz yang lebih kecil. Hal ini bertujuan untuk memudahkan urusan peleburan dilakukan. Seterusnya, ketulan besi yang bersaiz kecil itu akan dibakar pada suhu yang agak rendah bagi mengeluarkan bahan asing atau kotoran iaitu bahan mineral lain seperti silika dan karbon. Walaubagaimanapun, sebahagian masyarakat turut menggunakan relau dan pam angin sebagai alat untuk menjalankan proses peleburan bijih besi.
Selain itu, masyarakat juga menggunakan tuyere sebagai corong atau laluan udara untuk membekalkan lebih banyak oksigen semasa proses peleburan berlangsung. Tuyere ini juga merupakan alat untuk menghembus api pada relau. Hal ini dikatakan demikian kerana, bahagian tengah relau membolehkan udara masuk sehingga dapat meningkatkan tahap tekanan suhu di dalam relau. Sehubungan dengan itu, tuyere ini juga dihasilkan dengan menggunakan bahan campuran tanah liat dan pasir. Hal ini dapat dibuktikan apabila para sejarawan menemui permukaan yang berwarna hitam, berkilat dan seolah-olah menjadi serpihan kaca. Sehubungan dengan itu, hasil proses meleburkan bijih besi terdiri daripada dua kategori iaitu besi bloom dan sisa besi yang bersifat semi-pepejal hasil daripada campuran besi tulen, sisa besi dan bahan asing atau mineral lain. Seterusnya, besi bloom ini perlu ditempa beberapa kali untuk memudahkan urusan mengasingkan bahan kotoran sehingga berjaya menghasilkan produk besi yang padat dan berkualiti. Akhir sekali, para sejarawan turut menemui beberapa bilah pisau yang diperbuat daripada besi di kawasan peleburan tersebut. Namun begitu, kewujudan peralatan besi ini merupakan salah satu alat yang digunakan oleh masyarakat ketika menjalankan proses peleburan dan bukannya peralatan yang dihasilkan di tapak ini. J A N U A RI,2 0 2 3 Tambahan pula, tanah di kawasan ini juga kelihatan lebih gelap kerana kaya dengan sisa kayu bakau yang dibakar sehingga menjadi arang. Para sejarawan turut menemui sisa cangkerang di kawasn Lembah Bujang ini. Kewujudan sisa cangkerang ini dipercayai telah digunakan oleh masyarakat terdahulu sebagai pemangkin bertujuan untuk menurunkan suhu takat lebur bijih besi. Hal ini dapat membantu untuk menghasilkan besi tulen dengan menggunakan kaedah memangkin untuk menyingkirkan ion ferum keluar daripada bijih besi.
V O L . 1 2 K E DA H T U A MISTERI KAPAL PURBA SUNGAI BATU MASIH BELUM DIBONGKAR A S A L U S U L
The 1st Journal By NURSAZLINA 18 JANUARI,2023 1) Archa Durga MahiSasura Mardhini 3) Arca Kepala Buddha Kampung Sungai Mas Arca ini juga dikenali sebagai Arca Durga mengalahkan MahiSasura berdasarkan kepada rupa bentuk arca. Hal ini dikatakan demikian kerana, gambaran menjelaskan bahawa Dewi Durga telah membunuh Mahisasura berdasarkan ukiran yang terdapat pada arca tersebut menunjukkan kedua-dua tangannya dapat dilihat dan sebelah tangan tersebut memegang sabit serta kakinya yang memijak kepala seekor kerbau. Arca ini diukir menggunakan batu granite dan ketinggian arca ini ialah 67 cm. Arca tersebut wujud dari kurun ke-11 hingga ke-13 Masihi. I Dewa Ganesa merupakan anak kepada Dewi Parvati dan Dewa Siva dalam mazhab Saivisme. Arca Ganesa ini merupakan dewa yang paling banyak disembah oleh pengganut dalam agama Hindu kerana menganggap dewa Ganesa sebagai dewa penghapus segala penghalang. Arca ini diperbuat daripada tanah liat dan berketinggian sebanyak 50 cm. Arca ini telah ditemui di Pengkalan Bujang dan Kampung Sungai Bujang. Namun begitu, penemuan arca ini adalah di dalam keadaan yang tidak lengkap kerana mengalami kerosakan, ketiadaan bahagian kepala, dan bahagian hujung disebelah tangan dan tiga tangan yang lainnya juga turut hilang. Arca Ganesa ini turut memakai rantai mutiara di bahagian leher dan gelang. Arca ini berkemungkinan wujud pada kurun ke-10 hingga ke-11 Masihi. 2) Arca Ganesa BOOK REVIEW 18 JANUARI 2023 123 Anywhere St., Any City Di Kampung Sungai Mas, ahli arkeologi secara tidak sengaja menemui arca kepala Buddha ini semasa membina sebuah perigi. Sungguhpun begitu, pada bahagian muka arca ini telah mengalami kerosakan. Kepala Buddha ini terbentuk daripada batu seperti batu sabak yang bersaiz seperti manusia sebenar. Sama seperti bagaimana seni arca mula-mula berasal dari Sri Lanka, arca mendahului abad ke-7 hingga ke-8 Masihi.
Arca ini ditemukan di tapak ekskavasi kawasan Pengkalan Bujang I dan II. Arca Terracota yang ditemui di tapak Pengkalan Bujang I ini dipercayai penganutnya beragama Buddha serta memiliki ciri-ciri kesenian Cola. Tangan kanan arca ini berada di posisi 369 Bhumisparsamudra dimana gaya ini menunjukkan arah tangan yang menyentuh bahagian bumi. Manakala, tangan kiri berada diatas riba arca tersebut. Arca tersebut dilihat berada dalam keadaan bersila di atas Padmasana iaitu takhta yang mempunyi bentuk seperti bunga teratai. Arca tersebut dijangka wujud dari kurun ke-10 hingga ke-11 Masihi. Bagi Arca Terracota yang ditemui di Pengkalan Bujang II pula berada pada posisi duduk seperti cara India selatan dengan kaki kanan yang dilipat keatas kaki kiri, dan kemudian duduk di atas takhta. Muka kedua-dua Arca Teracotta yang ditemui ini berbeza tetapi memiliki sifat yang sama iaitu berbentuk bulat. Kewujudan arca ini sama seperti Arca Teracotta yang ditemui di tapak Pengkalan Bujang I. A m Arca ini ditemui di Kampung Pendiat oleh ahli arkeologi Barat pada awal tahun 1940-an. Arca ini diperbuat daripada gangsa dan ketinggian sebanyak 21.6 cm. Tangan arca Buddha berdiri ini menghala ke posisi Varadamudra iaitu posisi dimana tangan arca yang melambangkan pemberian restu oleh Buddha kepada pengikut-pengikutnya. Penemuan arca ini berkait dengan penemuan tembikar tanah dan runtuhan candi leterit. Arca Buddha berdiri ini kini berada di simpanan Raffles Museum Singapore. Arca tersebut memiliki kesenian Gupta dari aliran Sarnath yang wujud dari kurun ke-6 hingga ke-7 Masihi. 4) Arca Buddha berdiri 5) Arca Terracota
Semasa melakukan kerja-kerja penggalian secara tidak sengaja untuk tali air, ahli arkeologi menemui karya seni ini di Kampung Sungai Mas. Sesuai dengan sejarah agama Hindu, Hariti adalah roh jahat yang setelah mendengar ajaran Buddha, berubah menjadi dewi. Keselamatan kanak-kanak adalah tanggungjawab Arca Hariti. Arca tanah liat setinggi 21.5 cm yang dikenali sebagai hariti ditemui pada awal 1980-an. Dijangkakan bahawa arca ini wujud antara abad kesembilan dan abad kesembilan Masihi. Sisa-sisa arca purba yang ditemui serentak di Pakistan, Afghanistan, dan Tibet adalah bukti bahawa Lembah Bujang berfungsi sebagai persimpangan untuk pedagang dari semua agama dan ideologi. 6) Arca Boddhisattva Arca Boddhisttva ini juga sama seperti Arca Terracotta iaitu ditemui di tapak Pengkalan Bujang I dan II. Arca ini diperbuat dengan menggunakan tanah liat yang kemudian dikeringkan dengan cahaya matahari. Arca ini berketinggian 4 cm dan berada pada posisi duduk lalitasana di atas padmasana. Tangan arca ini di posisi dharmacakramudra. Gambaran pada arca ini juga menunjukkan beberapa kuntum bunga teratai yang belum berkembang. Kewujudan arca ini bermula dari kurun ke-10 hingga ke-11 Masihi. 7) Arca Hariti
KEDAH TUA ISSUE NO.123 p h o t o g r a p h y
(C) MENGANALISIS ZAMAN KEJATUHAN KERAJAAN KEDAH TUA 18,JANUARI 2023 Antara faktor yang membawa kepada kemerosotan Kedah Tua sebagai sebuah pelabuhan perdagangan ialah berlakunya perubahan politik dan dasar perdagangan China. Hal ini dikatakan demikian kerana, ekonomi utama Dinasti Song Utara dalam memperkayakan perbendaharaan negara ialah melalui perdagangan laut. Ini menjadi sebuah kepentingan kepada zaman Song kerana laluan perdagangan darat yang menghubungkan antara China dengan Asia Tenggara dan Eropah telah dikuasai oleh Kerajaan Dinasti Hsia di Barat Laut China. Pada awal kurun ke- 10, wilayah-wilayah di Selatan China telah di tawan melalui serangan oleh Maharaja Tai Tsu dan sekaligus berjaya menundukkan Annam. Serangan itu dilakukan bertujuan untuk menguasai sumbersumber dan hasil bumi di wilayah-wilayah tersebut seperti minyak wangi dan kayu kayan yang memperoleh permintaan tinggi dari dalam atau luar China ketika itu. Dasar Dinasti Song yang mengenakan cukai terhadap kegiatan perdagangan telah menyumbang kepada perbendaharaan negara dan mengukuhkan sumber ekonomi negara China. Pada tahun 1189, peningkatan perdagangan eksport telah mewujudkan kekayaan daripada hasil manipulasi dalam dasar perdagangan oleh Maharaja-maharaja China. Walaubagaimanapun, tidak semua dasar-dasar yang digunakan ini memberikan keuntungan kepada pelabuhanpelabuhan di Selat Melaka terutamanya di pelabuhan Kedah Tua. Hal ini kerana, pada awal kurun ke-13, kewujudan seramikseramik Song Selatan dari Zhejiang, China telah menyebabkan berlakunya peningkatan kapasiti perdagangan di pelabuhan Kedah Tua. Manakala, dasar thalasokrasi Srivijaya yang memaksa kapal-kapal perdagangan dari negara-negara luar untuk singgah di pelabuhan entreportnya juga berkemungkinan punca berlakunya peningkatan kapasiti. Paksaan tersebut bukan sahaja melibatkan pelabuhan dari Sumatera tetapi pelabuhan-pelabuhan yang berada di bawah kawalannya yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu turut terjejas. Perubahan politik dan dasar perdagangan China
Dinasti Song Utara yang mengamalkan Dasar Monopoli ini dilihat memberikan kuasa kepada pemerintah untuk mengawal kegiatan perdagangan degan lebih teliti dan mengenakan cukai yang tinggi terhadap barang dagangan. Keuntungan pelabuhan-pelabuhan entrepôt Srivijaya dalam perdagangan termasuklah pelabuhan Kedah Tua sebenarnya hasil kawalan yang dilakukan oleh Kerajaan Song. Di samping itu, kekayaan pelabuhanpelabuhan di pesisir Selat Melaka berlaku berdasarkan penggunaan Dasar Ufti. Sehubungan dengan itu, kapal-kapal kerajaan yang berdagang dengan pusat-pusat entrepôt di Srivijaya merupakan kapal-kapal dagang yang dikuasai oleh Kerajaan Song Utara. Justeru itu, kewujudan jawatan Inspector of Foreign Trade di setiap pelabuhan utama di China membuktikan bahawa perdagangan antarabangsa dikawal rapi ketika pemerintahan Dinasti Song Utara. FAKTOR KEJATUHAN MR. FASHION Monthly Magazine June Edition | 2023 page 17 Perkembangan pemerintahan yang berlaku di China bermula pada abad ke-12 turut memberi kesan kepada iklim ekonomi di Nusantara. Penubuhan kerajaan-kerajaan merdeka oleh suku nomad di utara dan barat China menyebabkan isu bagi Dinasti Song Utara pada masa itu. Selepas Dinasti Song digulingkan pada tahun 1126, penggantinya berundur ke China Selatan dan menubuhkan sebuah negeri baru yang dikenali sebagai kerajaan Song Selatan. Dasar ufti, yang menjadi sumber kekayaan di pelabuhan-pelabuhan Selat Melaka, mula tidak diendahkan sebaik sahaja Dinasti Song jatuh, menyebabkan masalah yang berterusan.
Selain itu, faktor kemorosotan Kedah Tua termasuklah faktor perkembangan pelabuhan lain. Hal ini dikatakan demikian kerana para pedagang sering menukarkan laluan perdangangan yang sering digunakan. Hal ini secara tidak langsung mempengaruhi naik turunnya sesebuah perlabuhan yang menjadi laluan paling kerap dilawati kerana hasil kutipan cukai yang sering menjadi sumber pendapatan utama mula merosot. Keadaan di Kedah Tua menjadi semakin rumit apabila pedagang antarabangsa mula mengetahui pelabuhan-pelabuhan entrepot di persisir Selat Melaka. Selain itu, perkembangan jaringan perdagangan di luar kawasan Selat Melaka menyebabkan kepentingan Melayu-Jambi berjaya diatasi. Pelabuhan PERKEMBANGAN PELABUHAN LAIN Disebabkan pergantungan mereka kepada monopoli perdagangan dan berfungsi sebagai orang tengah antara pusat pengeluaran komoditi dan pengguna, pelabuhan entrepot di Nusantara telah merosot akibat perubahan dasar China yang membenarkan pedagang bebas berdagang ke pusat pengeluaran dan kekurangan dasar perdagangan yang konsisten. Kesan perubahan politik yang berlaku di China merupakan faktor utama kemerosotan perdagangan di pelabuhan Kedah Tua
tersebut dikenali sebagai Pelabuhan Jawa yang melebihi kepentingan pelabuhan San-Fo-Tsi. Kerajaan Mataram dan Kerajaan Majapahit yang sering mengalami perubahan dari zaman ke zaman merupakan kerajaan-kerjaan yang terawal melihat berdirinya Pelabuhan Jawa. Kerajaan Srivijaya telah berusaha untuk menghalang pelabuhan Jawa Timur daripada terus bersaing dengan pelabuhan lain di Selat Melaka pada awal pertumbuhan pelabuhan Jawa. Dipercayai bahawa ini berlaku kerana penguasaan empayar Srivijaya ke atas laluan air Asia Tenggara. Perjuangan antara Melayu-Jambi dan Raja Dharmawangsa Teguh adalah satu lagi contoh bagaimana pelabuhan di Jawa Timur ini telah berkembang. Sehingga Raja Airlangga memutuskan untuk memisahkan kerajaan Mataram menjadi kerajaan Panglaju dan kerajaan Janggala, perselisihan politik di kerajaan Mataram semakin berterusan.Sehubungan dengan itu, ianya kurang membawa kesan terhadap pedagangan-pedangangan di Jawa. Selain itu, dasar perdagangan Srivijaya kelihatan lebih agresif dengan bertindak menyerang kapalkapal yang tidak menyinggah ke pelabuhannya. Perdagangan di Selat Melaka juga kelihatan kucarkacir akibat aktiviti pelanunan yang berleluasa. Hal ini berlaku apabila Datu-Datu orang laut bebas merompak barangan jualan dari kapal-kapal dagang di kawasan Karimata dan Bencan. Hal ini mengakibatkan pedagang-pedagang luartidak mahu terikat dengan perdagangan yang telah diamalkan oleh Srivijaya. Oleh yang demikian, pedagang-pedagang mula memilih pelabuhan Jawa yang bersifattidak menindas. Sehubungan dengan itu, peningkatan pedagang ke pelabuhan Jawa kemudiannya telah membawa kepada penurunan jumlah pedagang di pelabuhan entreport Kedah Tua.
KEDAH TUA JANUARI , 2023 F LORA | FAUNA | GEOGRAPHY KEMEROSOTAN WWW.REAL LYGREATSI T E .COM
Oleh kerana kekurangan tembikar dan barang antik, fungsi Kedah Tua sebagai hab pelabuhan entrepot mula beransur-ansur merosot. Pemerintahan Majapahit menjadikan Kedah sebagai salah satu jajahannya dan memulakan dasar perluasan yang sangat agresif. Sehubungan dengan itu, perluasan kawasan kuasa Majapahit sehingga ke kawasan Selatan Thai telah mengakibatkan berlaku pertindihan dengan kawasan naugan Thai telah membawa kepada ketidakstabilan politik di kawasan Selat Melaka. Ini menyebabkan Kerajaan Kedah Lama merosot dan menaikkan pelabuhan baru. KEMUNCULAN MAJAPAHIT Kemunculan Majapahit merupakan faktor terakhir. Kebangkitan Ayutthaya menyokong kebangkitan Majapahit menyebabkan Angkor kehilangan kuasa. Selain itu, perluasan kerajaan-kerajaan Islam di wilayah Sumatera Utara turut menyebabkan berlakunya pergolakan politik yang dapat dilihat dengan jelas bermula pada abad ke-14. Akibatnya, sistem sosial dan ekonomi yang wujud sejak zaman prasejarah telah musnah sama sekali oleh perubahan yang amat besar ini. Kedah Tua menyaksikan kesan yang ketara kerana ia sering dikelilingi oleh negara-negara berkuasa seperti Angkor-Champa di utara, Jawa di selatan, China di timur, dan India di barat.
Secara kesimpulannya, Kerajaan Melayu Awal bermula sejak abad ke5 dan ke-6 Masihi lagi. Walaupun kesahihanya sukar untuk dibuktikan namun ianya telah menjadi elemen penting dalam sejarah melayu. Tidak dinafikan bahawa Kerajaan Melayu Awal banyak memberi sumbangan berkaitan pengenalan kepada permulaan sesebuah kerajaan yang akhirnya membentuk suatu tamadun yang hebat dan hangat diperkatakan sehingga kini. Selain itu, bukti pensejarahan yang dijumpai oleh sejarawan mampu menghasilkan satu nilai yang berharga untuk tatapan generasi akan datang. P A G E F O U R | J O U R N E Y Di samping itu, dengan adanya bukti yang kukuh berkaitan kewujudan kerajaan Melayu Awal seperti penemuan artifak dan tinggalan purba di Lembah Bujang telah menarik minat para sejarawan yang terkenal untuk menjalankan penyelidikan bagi mengukuhkan lagi bukti-bukti yang sedia ada. Selain itu, ramai penyelidik berkeinginan untuk menjadikan sejarah awal Pengenalan Kerajaan Melayu sebagai tesis atau bahan kajian. Justeru itu, pengkaji juga berpendapat bahawa masyarakat turut memainkan peranan penting dalam mengekalkan bukti sejarah dengan bertindak menjaga, mengawal dan memelihara warisan ini supaya tidak diceroboh oleh orang luar. Akhir sekali, peristiwa-peristiwa sejarah haruslah dikekalkan dan tidak dipandang remeh oleh setiap lapisan masyarakat kini mahupun yang akan datang. Hal ini dikatakan demikian kerana, setiap peristiwa sejarah yang berlaku mampu memberi iktibar dan pengajaran untuk melahirkan negara bangsa yang bertamadun dan berjaya mencapai perpaduan yang sering diimpikan. 5.0 KESIMPULAN
6.0 LAMPIRAN
Edit by: nursazlina mahamad