MERDEKA
DALAM ANJAKAN PERMODENAN
Kemerdekaan dan keamanan yang dikecapi selama ini telah menjadi pemangkin
kepada kemajuan dan permodenan Negara. Dasar-dasar baharu Negara telah
diperkenalkan yang mana matlamat utamanya adalah untuk menjadikan Malaysia
sebuah Negara moden dan membangun. Salah satunya ‘Wawasan 2020’ yang
menetapkan matlamat Malaysia menjadi Negara maju menjelang tahun 2020.
“Wawasan 2020 boleh tercapai jika rakyat Malaysia bergerak bersama-sama
sebagai satu ‘Bangsa Malaysia’, tanpa ada halangan psikiologi atau halangan lain
di antara masyarakat, melalui usaha yang penuh daya saing, dinamik, kuat dan
pantas”
Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, 1991
Kejayaan dan banyak lagi pencapaian turut dilakarkan dalam lipatan sejarah Negara
oleh anak-anak Malaysia berjiwa merdeka yang sanggup menghadapi segala rintangan
demi mengharumkan nama Negara. Kejayaan ini adalah berkat dorongan dan suntikan
semangat ‘Malaysia Boleh’ daripada pucuk kepimpinan Negara.
1981- 2003
Sambutan Hari Kebangsaan dikekalkan sebagai acara tahunan adalah untuk menghargai segala
jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang Kemerdekaan yang telah berusaha untuk membebaskan
tanah air dari cengkaman penjajah. Melalui sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan setiap
tahun, rakyat dapat dididik untuk menghargai dan memelihara kemerdekaan yang dinikmati serta
berhati-hati daripada penjajahan semula yang mungkin berlaku. Suasana meriah ketika
sambutan tersebut, mencerminkan keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di
Malaysia yang mengamalkan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Tema-tema yang telah mewarnai sambutan Hari Kebangsaan yang ke-24 sehingga ke-46 seperti
BERDISIPLIN BERHARMONI (1981), BERDISIPLIN GIAT MAJU (1982), BERSAMA KE ARAH
KEMAJUAN (1983), AMANAH ASAS KEJAYAAN (1984), NASIONALISME TERAS PERPADUAN
(1885), BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH (1986), SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU (1987),
BERSATU (1989 dan 1989), BERJAYA (1990), WAWASAN 2020 (1991), WAWASAN ASAS
KEMAJUAN (1992), BERSATU MENUJU WAWASAN (1993), NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN
(1994), JATI DIRI PENGERAK WAWASAN (1995), BUDAYA PENENTU KECAPAIAN (1996), AKHLAK
MULIA MASYARAKAT JAYA (1997), NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA (1998), BERSATU KE
ALAF BARU (1999) DAN KERANAMU MALAYSIA (2000 hingga 2003).
Seramai 2,500 murid sekolah membentuk logo bunga raya yang
memaparkan bunga Kebangsaan bertemakan ‘Berdisiplin Giat Maju’ di
tengah-tengah Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1982
Pembentukan logo Hari Kebangsaan yang ke-30 pada 31 Ogos 1987 yang bertemakan
“Setia Bersatu Berusaha Maju’ di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
Murid-murid sekolah mempersembahkan logo Hari Kebangsaan yang ke-26 yang bertemakan
‘Bersama Ke Arah Kemajuan’ di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1983
Pasukan acara padang membentuk logo Hari Kebangsaan yang ke-42 pada 31 Ogos
1999 bertemakan ‘Bersatu Ke Alaf Baru’ di tengah-tengah Padang Kelab Selangor,
Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1999
Pembentukan logo bertemakan ‘Wawasan 2020’ semasa persembahan perdana Hari
Kebangsaan yang ke-34 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1991
Bersatu Teguh Bercerai Roboh diterjemahkan melalui pertunjukan oleh pelajar-pelajar sekolah semasa sambutan Hari Kebangsaan yang ke-26
pada 31 Ogos 1983 di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur. Ianya bersesuaian dengan tema pada tahun tersebut ‘ Bersama Ke Arah
Kemajuan’
Bagi kebanyakan tema sambutan Hari
Kebangsaan, sebuah lagu patriotik turut
dicipta khas untuk dihayati oleh setiap
warganegara. Antara lagu-lagu patriotik dan
lagu tema sambutan Hari Kebangsaan yang
dicipta termasuklah BERDISIPLIN GIAT
MAJU, AMANAH ASAS KEJAYAAN, BUMI
MALAYSIA, BERJAYA, WAWASAN
CEMERLANG MISI NEGARA, JATI DIRI
PENGGERAK WAWASAN, KEUNGGULAN
WAWASAN, JALUR GEMILANG, NEGARA
KITA TANGGUNGJAWAB KITA, WAWASAN
2020 DAN KERANAMU MALAYSIA.
Sambutan Hari Kebangsaan menyajikan acara-acara
yag menarik untuk ditonton oleh segenap lapisan
masyarakat. Acara-acara yang dipersembahkan
semasa sambutan Hari Kebangsaan termasuklah
perbarisan lintas hormat, bacaan ikrar dan Rukun
Negara, nyanyian lagu-lagu patriotik dan perarakan
oleh kontingen-kontingen yang mengambil bahagian.
Selain daripada sambutan peringkat Nasional di Kuala
Lumpur, sambutan bagi peringkat Negeri juga turut
diadakan secara serentak di setiap ibu negeri masing-
masing dalam suasana yang tidak kurang meriahnya.
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Muhibbudin ibni Almarhum
Sultan Yusuff Izzuddin Shah membalas tabik hormat dari para peserta perbarisan Hari
Kebangsaan ke-33 pada 31 Ogos 1990 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ja’afar ibni Almarhum
Tuanku Abdul Rahman membalas tabik hormat di perbarisan Hari Kebangsaan ke-37 pada
31 Ogos 1994 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail berpakaia
putih secara spontan turun dari pentas Diraja menunggang motosikal Kawasaki GPZ 600 bersama-sama 100 orang
belia yang menyertai perarakan Hari Kebangsaan yang ke-29 pada 31 Ogos 1986 di Jalan Raja, Kuala Lumpur
Sebahagian daripada tetamu dan orang kenamaan yang turut serta menyaksikan perbarisan Hari
Kebangsaan yang ke-37 pada 31 Ogos 1994 yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Penyertaan daripada kontingen-kontingen yang mengambil bahagian dalam acara perarakan dan
perbarisan juga semakin menggalakkan dari setahun ke setahun. Pelbagai Agensi atau institusi
Kerajaan dan swasta serta pelajar-pelajar sekolah turut menghantar pasukan bagi memeriahkan lagi
sambutan Hari Kebangsaan yang berlangsung.
Pasukan berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) buat pertama kalinya
menyertai perarakan Hari Kebangsaan yang ke-30 pada 31 Ogos 1987
di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur Barisan wira negara yang menentang Malayan Union dijemput dari merata negeri menyertai perarakan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-
30 pada 31 Ogos 1987 di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
Barisan parlimen kanak-kanak yang mencerminkan generasi akan datang diketuai oleh Encik Jamal Mohammad
berbaris megah di perarakan Hari Kebangsaan yang ke-29 pada 31 Ogos 1986 di Jalan Raja, Kuala Lumpur.
Penyertaan perbarisan anggota parlimen kanak-kanak dalam sambutan ini buat pertama kalinya diadakan pada
tahun 1984
Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-33 pada 31 Ogos 1990 di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
membuat persembahan jenaka oleh 10 orang badut yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah yang
diperkenalkan buat pertama kalinya bagi menggambarkan rakyat Malaysia yang sentiasa ceria
Dato’ Sabaruddin Chik dan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad sedang menyaksikan kad
ucapan gergasi yang mengandungi 12,000 tandatangan di Dataran Merdeka, Kuala
Lumpur pada malam 31 Ogos 1990 semasa sambutan Hari Kebangsaan yang ke-33
Acara Larian Merdeka 1991 berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada malam 30 Ogos 1991 adalah kemuncak
kepada sambutan Perayaan Hari Kebangsaan yang ke-34
1
1 3
2
1,2&3 Sebahagian daripada anggota Tentera Laut Diraja
Malaysia, Tentera Darat Diraja dan Pasukan Polis
Diraja Malaysia menyertai perbarisan Hari
Kebangsaan pada 31 Ogos 1995 ke-38 yang
bertemakan “Jati Diri Penggerak Wawasan”
4. Kreativiti kontingen UMBC memaparkan tema
‘Bangsa Tegas Negara Teguh’ melalui pakaian yang
digunakan sempena sambutan Hari Kebangsaan yang
ke-29 pada 31 Ogos 1986 di Padang Kelab Selangor,
Kuala Lumpur
2 4
1
1. Kejayaan Program Tahun Melawat Malaysia 1990 diterjemahkan dalam perarakan kereta berhias
semasa sambutan Hari Kebangsaan yang ke-33 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31
Ogos 1990. Tercatat sejarah apabila sambutan Hari Kebangsaan dijadikan sebagai salah satu
perayaan di dalam Kalendar Tahun Melawat Malaysia 1990
2. Perarakan kereta berhias PETRONAS dalam sambutan Hari Kebangsaan yang ke-42 pada 31
Ogos 1999 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur memperlihatkan kemampuan dan kejayaan
Malaysia menganjurkan perlumbaan kereta Formula One Grand Prix buat kali pertama di Litar
2 Sepang, Selangor pada 15 hingga 17 Oktober 1999
Kumpulan ekpedisi mendaki Gunung Everest, M.Magendran dan N.Mohandas menyertai perarakan
sambutan Hari Kebangsaan yang ke-42 pada 31 Ogos 1999 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Kumpulan ekspedisi penerjun-penerjun menakluk Kutub Utara turut menyertai perarakan sambutan Hari
Kebangsaan yang ke-42 pada 31 Ogos 1999 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
1. Kontingen daripada New Straits Times
Press memperagakan pakaian yang unik
secara acara perbarisan sambutan Hari
1
2 Kebangsaan yang ke-33 pada 31 Ogos 1990
di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
2. Tukang masak teribat dalam perbarisan
Hari Kebangsaan yang ke-41 pada 31 Ogos
3 1998 yang diadakan Dataran Merdeka,
Kuala Lumpur
3. Pelbagai jenis pakaian tradisional kaum
Melayu dan peribumi di Sabah dan
Sarawak diperagakan semasa perarakan
dan perbarisan Hari Kebangsaan yang ke-
43 pada 31 Ogos 2000 di Dataran Merdeka,
Kuala Lumpur
Keunikan perarakan beca berhias ditonjolkan dalam sambutan Kemerdekaan yang ke-45 pada 31
Ogos 2002 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Sebahagian daripada atlit paralimpik Majlis Sukan Olimpik Malaysia mengambil bahagian dalam perbarisan
sambutan Kemerdekaan yang ke-45 pada 31 Ogos 2002 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur adalah lokasi yang
paling kerap digunakan bagi sambutan Hari
Kebangsaan. Acara sambutan yang sering
dipersembahkan termasuk perbarisan lintas hormat,
bacaan ikrar dan Rukun Negara, nyanyian lagu-lagu
patriotik dan perarakan oleh kontingen-kontingen
yang mengambil bahagian. Selain daripada sambutan
di peringkat Nasional di Kuala Lumpur, sambutan
bagi peringkat Negeri turut diadakan secara serentak
di setiap Ibu Negeri masing-masing dalam suasana
yang meriah.
Sekali sekala perubahan dilakukan bagi mewujudkan
suasana yang berbeza dan memberi peluang kepada
semua rakyat untuk merasai sambutan Hari
Kebangsaan peringkat Nasional yang dilangsungkan.
Lima (5) kereta Proton Saga aneka warna buat pertama kalinya menyertai perarakan sambutan Hari
Bagi tujuan tersebut, sambutan Hari Kebangsaan Kebangsaan yang ke-28 yang diadakan di Padang Pahlawan, Melaka pada 31 Ogos 1985
telah diadakan di Padang Pahlawan Melaka pada
tahun 1985. Tujuannya untuk menyingkap kembali
peristiwa bersejarah pengisytiharan tarikh
Kemerdekaan Negara.
Bagi mengenang detik-detik kebangkitan
nasionalisme Melayu yang bermula dari Istana
Negara, Johor Bahru pada tahun 1946, Stadium Tan
Sri Haji Yunus di Larkin telah menjadi tempat
sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 1988. Ia juga
sebagai penghargaan kepada DYMM Sultan Johor
iaitu Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
kerana bakal menamatkan tempoh perkhidmatan
sebagai DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong ke-VII pada awal tahun 1989.
Kereta berhias Telekom Malaysia Berhad turut menyertai
perarakan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-31 pada tahun 1988
di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus di Larkin, Johor. Syarikat
ini adalah lambang kejayaan Dasar Penswastaan Negara
Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-31 pada tahun 1988 yang diadakan di Johor Bahru dimulakan dengan Majlis Tahlil yang diadakan di
Masjid Abu Bakar pada malam 30 Ogos 1988. Dari kanan, Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad; Tunku Majid Ismail
Ibrahim ibni Sultan Iskandar; Dato’ Seri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor; Tengku Abdul Rahman ibni Almarhum Sultan Ismail dan
Dato’ Abu Hassan Omar
Pada tahun 1998, Universiti Sains Malaysia (USM) telah dipilih sebagai lokasi Hari Kebangsaan yang
ke-41. Sambutan pada tahun 1998 diraikan secara sederhana disebabkan masalah krisis ekonomi
yang melanda Malaysia. Dataran Shah Alam, Selangor pula telah menjadi lokasi bagi sambutan Hari
Kebangsaan pada tahun 2000 yang merupakan sambutan yang pertama di alaf baharu.
Perarakan konvoi bermotor yang mengibarkan
Jalur Gemilang turut serta dalam sambutan Hari
Kebangsaan yang ke-41 di Universiti Sains Malaysia
(USM), Pulau Pinang di pada 31 Ogos 1998
Sebahagian peserta daripada sektor swasta, Agensi Kerajaan dan Jabatan Kerajaan menyertai
perarakan dalam perbarisan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-41 di Universiti Sains Malaysia
(USM), Pulau Pinang di pada 31 Ogos 1998
Peristiwa-peristiwa penting yang turut berlaku Satu lagi sejarah turut dicatatkan ketika Negara
serentak dengan sambutan Hari Kebangsaan pada sedang bersedia untuk menyambut Hari
tahun-tahun tertentu telah menambah Kebangsaan ke-40 pada malam menjelang 31
kegembiraan dan keceriaan kepada sambutan Ogos 1997 apabila bendera Malaysia diberi nama
ulang tahun Kemerdekaan. Antara peristiwa yang sebagai ‘Jalur Gemilang’. Perayaan ‘Seabad
menarik pelancaran Televisyen Malaysia ke Sabah Malaysia ke Alaf Baru’ yang diadakan di Stadium
dan Sarawak pada tahun 1983 ketika sambutan Nasional Bukit Jalil pada malam menjelang 31
diadakan di Padang Merdeka, Kuching. Ogos 1999 memperlihatkan rakaman perutusan
Pertembungan sambutan Hari Kebangsaan ke-32 Perdana Menteri pada malam itu beserta dengan
dengan Majlis Penutupan Sukan SEA XV yang petikan ucapan bekas-bekas Perdana Menteri
diadakan di Kuala Lumpur menjelang 31 Ogos Malaysia dimasukkan ke dalam ‘cip masa’ yang
1989 melipat gandakan kemeriahan kepada hanya boleh dibuka pada tahun 2099.
seluruh rakyat Malaysia. Malam 30 Ogos 1989
tersebut menyaksikan bendera Malaysia dinaikkan
di Menara Dataran Merdeka. Tiang bendera
tersebut dipercayai adalah tiang tertinggi di dunia
pada ketika itu, yang mempunyai ketinggian 100
meter. Kumpulan atlet yan menyertai Sukan SEA
tersebut turut mengambil bahagian dalam
perbarisan Hari Kebangsaan ke-32.
1
2
1. Keratan akhbar Utusan Malaysia, 31 Ogos 1989 memaparkan lima (5) atlit Malaysia yang memenangi pingat emas dalam
Sukan SEA ke-15 diberi penghormatan menjadi orang yang pertama menaiki Menara tiang bendera setinggi 100m di Dataran
Merdeka, Kuala Lumpur. Mereka ialah Siti Faiznur Miskin, R. Selvamuthu, Nordin Sabbaruddin, Ching Seen Hoon dan
Jeffrey Ong
2. Keratan akhbar Berita Harian, 1 September 1993 menyatakan pandangan beberapa tokoh Negara supaya sambutan Hari
Kebangsaan diadakan di semua peringkat Negeri mengikut giliran dalam usaha mengeratkan integrasi Nasional termasuk
Sabah dan Sarawak
Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad menjulang teks pengisytiharan
nama bendera Malaysia kepada ‘Jalur Gemilang’ di Dataran
Merdeka, Kuala Lumpur menjelang malam 31 Ogos 1997
Menjelang alaf baru, satu lagi Perayaan kali pertama ini dilancarkan dengan
pembaharuan diperkenalkan dalam gilang gemilang pada 17 Ogos 2000 di Dataran
upacara sambutan ulang tahun Merdeka dan dirasmikan oleh Dato’ Seri Dr.
Kemerdekaan Negara. Bermula tahun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri. Seluruh
2000, istilah sambutan Hari Kebangsaan Negara dimeriahkan dengan kibaran Jalur
telah digantikan dengan nama ‘Perayaan Gemilang. Pelbagai acara rasmi telah diadakan
Bulan Kemerdekaan’. Perayaan Bulan meliputi upacara keagamaan, Perayaan Ambang
Kemerdekaan dan Kempen Kibarkan Jalur Merdeka dan acara kemuncak iaitu perbarisan dan
Gemilang diperkenalkan buat pertama perarakan Hari Kemerdekaan. Majlis Penutup
kalinya dan berlangsung selama sebulan Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan diadakan
bermula dari 17 Ogos sehingga 16 pada 16 September 2000 di Teluk Likas, Kota
September dan diteruskan setiap tahun. Kinabalu, Sabah dan ditutup secara rasmi oleh
Tujuan penganjuran perayaan ini adalah Timbalan Yang di-Petuan Agong, Tuanku Syed
bagi memperkukuhkan penghayatan Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra
kemerdekaan di kalangan rakyat. Jamalullail. Kejayaan Bulan Kemerdekaan dan
kempen Kibarkan Jalur Gemilang yang diadakan
buat pertama kali menjadi asas dan seterusnya
diputuskan menjadi agenda utama setiap kali
Negara menyambut Kemerdekaan.
Pada tahun 2003, buat julung kalinya sambutan Hari
Kemerdekaan diadakan dengan penuh gilang gemilang
di Boulevard, Dataran Putrajaya dengan disaksikan oleh
kira-kira 350,000 rakyat dari pelbagai lapisan. Ini adalah
sebagai tanda penghormatan kepada Dato’ Seri Dr.
Mahathir Mohamad yang akan melepaskan jawatan
Perdana Menteri Malaysia pada Oktober 2003.
Jumlah penyertaan dalam acara perarakan yang diterima
pada tahun 2003 mencecah sehingga 22,640 peserta.
Dalam acara yang penuh berwarna warni, Kumpulan
Simfoni Rakyat membabitkan 3000 Simfoni Gendang
Rakyat, 2000 Kumpulan Tari dan 1000 ahli koir telah
mempersembahkan gerak tari dan mesej bermula dari
era Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman
sehingga ke zaman pentadbiran Dato’ Seri Dr. Mahathir.
Sambutan kali ini memaparkan kejayaan, keamanan,
keharmonian serta kemakmuran yang telah dinikmati
oleh Negara.
1. Perarakan kereta berhias Permodalan Nasional Berhad semasa sambutan Hari Kebangsaan yang ke-46 di Dataran
Boulevard, Putrajaya pada 31 Ogos 2003. Kereta berhias ini adalah simbolik kepada kejayaan peningkatan penyertaan
bumiputera dalam pemilikan saham Amanah Saham Nasional Bumiputera
2. Perarakan kereta berhias OIC 2003 oleh Kementerian Luar Negara dalam sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-46 pada
31 Ogos 2003 sempena dengan kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Pertubuhan
Negara-Negara Islam (OIC) di Putrajaya pada 14-19 Oktober 2003
Paluan 1,584 gendang dengan diiringi Kumpulan Simfoni Rakyat
membabitkan 3,000 Simfoni Gendang Rakyat, 2,000 kumpulan tari dan
1,000 ahli kior mempersembahkan lagu, gerak tari dan mesej dari era
Perdana Menteri pertama sehingga era Perdana Menteri yang keempat.
Persembahan ini diadakan semasa sambutan Hari Kebangsaan yang ke-46
di Dataran Boulevard, Putrajaya pada 31 Ogos 2003
Abdul Malik Mydin turut sama dalam perarakan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-46 pada 31
Ogos 2003 yang mana beliau adalah orang Asia pertama berjaya berenang merentasi Selat
Inggeris sejauh 32.8km pada tahun 2003
Kejayaan anak-anak Malaysia mencatatkan sejarah dalam Malaysia Book of Records dalam pelbagai
bidang diterjemahkan dalam perarakan kereta berhias semasa sambutan Hari Kebangsaan yang ke-
46 di Dataran Boulevard, Putrajaya pada 31 Ogos 2003