The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bpkk.ptta, 2022-07-24 02:28:16

2. Pameran Maya Sambutan Kemerdekaan & Hari Malaysia MOF - Nikmat Kemerdekaan 17.8.2021

Sebagai sebuah Negara yang akan memperoleh

kemerdekaan, penonjolan indentiti Negara amat penting

diberikan penekanan. Melalui inisiatif Tuanku Abdul

Rahman, lagu kebangsaan Negara telah dicipta dan
bendera Persekutuan Tanah Melayu yang dicipta dan

dikibarkan pada tahun 1950 telah diterima pakai sebagai

bendera rasmi.
























1. Dokumen yang dipetik daripada fail “Federation Of Malaya Flags’
menjelaskan pengertian simbol-simbol yang terkandung pada Lagu Negaraku dipilih sebagai lagu kebangsaan Negara.
bendera Persekutuan Tanah Melayu Lagu ini berasal daripada lagu Terang Bulan yang juga lagu
Kebangsaan negeri Perak
2. Bendera Persekutuan Tanah Melayu berukuran 6’ X 3’ direka cipta
oleh Mohamed bin Hamzah dalam satu pertandingan yang
dianjurkan pada tahun 1949. Daripada 372 penyertaan yang
diterima, corak bendera ini telah dipilih oleh Jawatankuasan Khas
yang dipengerusikan oleh Chief Secretary, Sir Alex Newboult

Setem yang dikeluarkan sempena Hari Kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957

Prasarana fizikal juga dibina serentak dengan persiapan-persiapan untuk menyambut Kemerdekaan.

Sebuah kediaman rasmi turut disediakan untuk bakal Ketua Negara iaitu iaitu DYMM Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong.













































Istana Negara, kediaman rasmi DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah hasil pengubahsuaian sebuah rumah banglo di
Jalan Taylor dengan kos S328,000. Istana ini mula didiami oleh Baginda pada 27 Ogos 1957.

Bagi mendapatkan lokasi yang sesuai untuk upacara pengisytiharan Kemerdekaan Negara, stadium yang

sedang dirancang pembinaannya untuk kegiatan sukan sejak tahun 1955 telah dipilih sebagai lokasi yang

sesuai. Berikutan itu, urusan berkaitan pembinaan stadium telah dipercepatkan. Kerja pembinaan stadium
yang dimulakan pada 25 September 1956 selesai dalam tempoh 10 bulan dan kos perbelanjaan mencapai

RM2.3 juta. Stadium ini dinamakan Stadium Merdeka dan telah dirasmikan pada 30 Ogos iaitu sehari sebelum

upacara pengisytiharan Kemerdekaan Negara.






































Stadium Merdeka dalam peringkat pembinaan Pembukaan rasmi Stadium Merdeka pada 30 Ogos 1957 oleh Tunku Abdul Rahman Putra

Sebuah Jawatankuasa Khas iaitu Jawatankuasa

Perhiasan Kemerdekaan ditubuhkan yang

berperanan menjalankan tugas-tugas persiapan
dan perhiasan di sekitar bandar Kuala Lumpur.

Hiasan-hiasan ditumpukan di Stadium Merdeka

akan menjadi lokasi pengisyiharan Kemerdekaan,

juga bangunan-bangunan di sekitar bandar, jalan-
jalan raya dan tempat-tempat di mana acara-acara

perayaan akan diadakan seperti di Lake Garden

dan Padang Kelab Selangor. Bagi mengindahkan
dan menceriakan lagi suasana, sebanyak 75,000

unit bendera Persekutuan Tanah Melayu berharga

S30,000 ditempah khas untuk dipasang dan

dikibarkan di sepanjang perayaan. Bendera yang

ditempah dari kilang kain Jepun ini dibawa
dengan kapal laut. Selain itu, Kerajaan

Persekutuan membeli 60 buah kereta besar yang

diimport untuk kegunaan membawa tetamu-
tetamu khas dari luar Negara sepanjang perayaan.

Bangunan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) kelihatan indah dan berseri-
seri dengan hiasan bendera dan lampu berwarna warni

Bangunan di sekitar Kuala Lumpur pada waktu malam
kelihatan indah dan berseri dengan hiasan bendera dan
lampu warna warni.
1. Bangunan Pejabat Perbandaran Kuala Lumpur
2. Masjid Jamek
3. Bangunan Federal Secretariat
4&5. Pintu gerbang didirikan sempena perayaan
Kemerdekaan
































5
4

3

Kursus khas mengenai protokol juga dianjurkan oleh
Kerajaan bagi memastikan upacara berlangsung dengan

sempurna. Seramai 100 orang pegawai Kerajaan

mengikuti kursus tersebut selama tiga (3) hari iaitu dua
(2) minggu sebelum upacara pengisytiharan

kemerdekaan. Mereka bertindak sebagai pegawai

penerangan dan pegawai pengiring kepada tetamu-
tetamu dan jemputan dari Negara luar.




Siaran-siaran radio setiap hari menyiarkan pelbagai lagu-

lagu kebangsaan dan patriotik yang baharu dicipta oleh

pengubah lagu khusus untuk sambutan tersebut. Lagu-
lagu seperti Hari Kemerdekaan, Melayu Raya dan Saat

Bahagia adalah antara lagu yang kerap disiarkan malah

cara-cara menyanyikan lagu-lagu ini diajar menerusi
akhbar-akhbar.

Dalam keghairahan rakyat menyambut merdeka, Menteri-

menteri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan disediakan
pakaian khas untuk digunakan dalam acara-acara

menyambut perayaan kemerdekaan negara. Hasil

daripada ilham Tunku Abdul Rahman sendiri, sejenis

pakaian dari negeri Kedah iaitu baju ‘baju muskat’
diubahsuai lengkap dengan satin hitam dan bersongket,

serta samping dan tengkolok untuk dipakai oleh Menteri-

menteri Melayu. Manakala Menteri yang bukan Melayu
memakai pakaian seragam Perkhidmatan Awam Malaya

(M.C.S) berwarna putih dengan seluar hitam.

Karikatur dan keratan akhbar mengenai pakaian seragam untuk Menteri-Menteri yang akan digunakan untuk hari
perayaan merdeka

Keghairahan orang ramai yang ingin

menyambut Kemerdekaan Negara sekali

lagi dapat dilihat apabila tiket-tiket
Keretapi Tanah Melayu khususnya dari

Pantai Timur dan tiket-tiket bas Bentong,

Raub serta Temerloh habis ditempah.

Malah Hotel Federal yang baharu
dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman

pada 26 Ogos 1957 penuh ditempah bagi

menempatkan tetamu-tetamu sepanjang

perayaan. Pegawai dan kakitangan
Kerajaan turut menerima gaji seminggu

awal bagi memberi peluang kepada

mereka untuk merayakan hari
Kemerdekaan.

Detik malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab

Selangor, Kuala Lumpur, tepat jam 12.00

malam, Bendera Union Jack diturunkan

sebagai simbol berakhirnya pemerintahan

British di Tanah Melayu. Bendera Persekutuan
Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh megah,

diiringi alunan lagu kebangsaan Negara yang

buat pertama kalinya diperdengarkan kepada
umum. Ini diikuti dengan laungan ‘Merdeka’

sebanyak tujuh (7) kali. Selepas itu, satu

barisan kawalan kehormat 300 orang pemuda

Perikatan memberi tabik hormat kepada Tunku
Abdul Rahman. Memetik ucapan Tunku Abdul

Rahman pada malam tersebut “It is freedom

for the Malayan people and once this torch of

freedom is lit, let us hold it up high so that all
around us will glow with radiant happiness”.

Tanggal 31 Ogos 1957, saat yang ditunggu-tunggu Duke of Gloucester sebagai wakil Kerajaan British
akhirnya menjelang tiba. Hari yang paling bersejarah memulakan upacara dengan ucapan yang

buat seluruh rakyat di negara ini adalah upacara menyentuh mengenai pemerintahan British di Tanah

pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Ucapan ini adalah ucapan selamat tinggal

Melayu sebagai menandakan negara secara rasminya kepada Tanah Melayu setelah memerintah negara ini
bebas daripada cengkaman penjajah. Suasana sejak tahun 1874. Beliau kemudiannya menyerahkan

Stadium Merdeka pada pagi itu amat meriah sekali. watikah perlantikan kepada Tunku Abdul Rahman,

Bendera dipasang di setiap pelosok stadium dan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.
diserikan lagi dengan hiasan 5000 pokok bunga

daripada pelbagai jenis dan warna serta kain-kain Saat gilang gemilang yang dinanti-nantikan akhirnya

rentang yang menambahkan lagi keceriaan suasana. tiba apabila Tunku Abdul Rahman menyusuli dengan

Upacara penuh gilang-gemilang tersebut berlangsung membacakan pengisytiharan Persekutuan Tanah
dengan disaksikan oleh lebih 20,000 orang termasuk Melayu. Pengisytiharan ini dibaca dengan penuh

Raja-Raja Melayu, tetamu khas dari luar Negara, bersemangat diselang-seli dengan pekikan gemuruh

anggota Kabinet Kerajaan Persekutuan dan rakyat ‘Merdeka’ oleh rakyat yang hadir. Suasana menjadi

jelata. hening seketika apabila Tunku Abdul Rahman
terhenti kerana sebak pada saat melafazkan

kemerdekaan Negara. Kemerdekaan Persekutuan

Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasminya
pada tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957.

Selesai pengisytiharan dibaca, Tunku Abdul

Rahman terus mengangkat tangan sambal

melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali.

Laungan beliau disahut oleh para hadirin
hingga mengegarkan stadium. Ini disusuli

dengan laungan azan yang sayup

kedengaran di angkasa bagi menandakan
tanda kesyukuran kepada Allah Taala serta

melambangkan agama Islam sebagai agama

rasmi Negara yang baharu merdeka.



Majlis diteruskan dengan acara menaikkan

bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil

diiringi lagu kebangsaan Negaraku. 101 das

tembakan kemudian dilepaskan menandakan
Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi

sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat.
Tunku Abdul Rahman melaungkan ‘Merdeka’ di upacara pengisytiharan Kemerdekaan Negara. Upacara gilang gemilang
yang diadakan di Stadium Merdeka ini turut disaksikan oleh ribuan hadiran di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1997

Acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sejurus selepas pengisytiharan Kemerdekaan dilafazkan oleh Tunku Abdul
Rahman di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1997

Pada 31 Ogos, jam 11.00 pagi, upacara mengangkat

sumpah jawatan dilangsungkan di Balairong Seri

Istana Negara, Kuala Lumpur. Istiadat mengangkat

sumpah ini didahului oleh DYMM Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong, Timbalan Yang di-

Pertuan Agong dan disusuli oleh Tunku Abdul

Rahman, Ketua Menteri yang mengangkat sumpah

sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu,
Hakim Besar serta ahli-ahli Jemaah Menteri.

Kemudian diikuti dengan istiadat perlantikan Gabenor
1
pertama Pulau Pinang iaitu Raja Sir Uda bin Raja

Muhammad dan Gabenor pertama Melaka iaitu Dato’

Sir Tan Cheng Lok.






1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mengangkat
sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang pertama pada 31 Ogos 1957
2. Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah mengangkat sumpah jawatan sebagai
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957


2

1
4


3




1. Stadium Merdeka dibanjiri oleh lautan manusia ketika upacara Pengisytiharan Kemrdekaan pada 31 Ogos 1957
2. Tunku Abdul Rahman Bersama-sama Menteri-menterinya membentuk barisan Kabinet Persekutuan Tanah
Melayu pada tahun 1957. Kabinet ini dibentuk selepad Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu ditandatangani di
London pada 8 Februari 1956.
3. Bangunan Parlimen di Tasik Perdana, Kuala Lumpur dan menjadi lambang demokrasi. Dua acara khas diadakan
sempena pembukaan Parlimen iaitu pembukaan Sidang Dewan Rakyat dengan ahli-ahli dari Sabah, Sarawak dan
Singapura turut hadir sama serta upacara menerima hadiah Kerusi Speaker dari Parlimen British. Rekabentuk
Parlimen dibuat oleh arkitek Jabatan Kerja Raya dan kerja-kerja membina telah dimulakan pada tahun 1960
yang menelan belanja RM16 juta.
4. Lawatan Presiden India, Dr. Rajendra Prasad ke Tanah Melayu pada 6 Disember 1958. Lawatan ini adalah
lawatan rasmi Ketua Negara Asing yang pertama ke Tanah Melayu selepas Merdeka.


2

Pelbagai acara sambutan telah diadakan

sepanjang bulan Ogos 1957. Sambutan

perayaan diadakan di Kuala Lumpur dan

Negeri-negeri di seluruh Tanah Melayu. Bagi
rakyat tempatan yang berada di luar Negara

juga tidak ketinggalan mengadakan pelbagai

acara bagi menyambut perayaan
Kemerdekaan.




Pada malam 31 Ogos 1957, pertunjukan

bunga api telah diadakan di Lake Gardens,
Kuala Lumpur. Pertunjukan selama tiga (3)

jam ini menambah kemeriahan suasana pada

malam perayaan. Bunga api seberat dua (2)

tan yang bernilai S2,000 ini adalah
sumbangan Kerajaan Jepun dan dibawa khas
1
ke Negara ini dengan kapal Hodakasan Maru. 1. Pertunjukan bunga api di Lake Gardens, Kuala

Untuk pemasangan bunga api, dua (2) orang 2. Lumpur pada malam 31 Ogos 1957 Kemerdekaan
simbolik
Karikatur
mengenai
juruteknik Jepun turut didatangkan khas. Negara 1957 di Stadium Merdeka – Malay Mail, 2
31 Ogos 1957

1


1. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berserta Menteri-Menteri Kabinet menerima tabik hormat
perbarisan oleh Pasukan Keselamatan di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur pada 1 September 1957
2. Pemandangan dari udara Pasukan Keselamatan sedang bersedia untuk acara perarakan di hadapan Bangunan
Sulaiman, Kuala Lumpur pada 1 September 1957
2

Pelbagai acara persembahan dan temasya
telah berlangsung selama beberapa hari di

Kuala Lumpur. Satu pertunjukan kesenian

dan kebudayaan telah diadakan di atas
sebuah pentas terapung di Lake Gardens.

Pertunjukan ini menampilkan persembahan

tarian-tarian tradisional daripada pelbagai

kaum, pementasan drama, pembacaan sajak
dan nyanyian kior.

Untuk memeriahkan lagi sambutan Kemerdekaan, pelbagai acara

diadakan seperti pertunjukan seni dan kebudayaan, temasya sukan

dan permainan seperti pertandingan lumba basikal peringkat
Antarabangsa, badminton, olahraga, hoki, laga lembu dan

pertandingan bola sepak merdeka. Selain itu, dianjurkan

pertandingan menulis karangan dan juga pameran kemerdekaan
bertemakan sejarah dan perjuangan perajurit-perajurit Melayu.






































Pelan untuk pertandingan lumba basikal Merdeka peringkat
Pemain-pemain dari pasukan bola sepak Persekutuan Tanah Melayu dan Burma dalam Pesta Bola Sepak Merdeka yang Antarabangsa di Lake Gardens. Pertandingan melibatkan 50
pertama, 1957 pelumba dari 9 buah Negara.

1 & 2 . Temasya laga lembu diadakan selama 3 hari berturut-turut di Kelab Turf Selangor, Kuala Lumpur. Sebanyak 16 ekor lembu telah dibawa dari Kelantan. Sramai 5000
penonton datang menyaksikan temasya ini dingatkan terlebih dahulu supaya tidak memakai pakaian berwarna merah. Temasya ini juga digambarkan dalam bentuk
karikatur.

Sebuah pertunjukan perdagangan antarabangsa yang terbesar “Malayan Independence Trade Fair”
telah diadakan di Petaling Jaya bermula 28 Ogos 1957. Pertunjukan yang dirasmikan oleh Dr. Ismail bin

Dato’ Abdul Rahman ini dianjurkan oleh Malaya Junior Chamber of Commerce yang melibatkan belanja

sebanyak RM4 juta. Terdapat 250 gerai dengan perwakilan lebih 12 buah Negara Luar.







































Orang ramai mengunjungi Pesta Perdagangan “Malayan Independence Trade Fair’ yang diadakan dalam sebuah
bangunan khas yang didirikan khusus untuknya di Petaling Jaya

Semangat merdeka dan kegembiraan menyambut Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu turut

dirasai oleh rakyat yang berada di luar Negara. Penduduk Melayu Singapura berangkat ke Kuala

Lumpur untuk menyaksikan perayaan merdeka. Di London, sambutan merdeka telah diadakan di
Trafalgar Square pada pagi 31 Ogos. Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan di Malay House

selepas pengisytiharan Kemerdekaan dibaca oleh Persuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu di

United Kingdom yang baharu iaitu Encik Nik Ahmad Kamil. Acara sambutan dimeriahkan oleh lebih

seribu penuntut dari Tanah Melayu yang berada di sana dengan mengadakan satu konvensyen dan
temasya tarian di Royal Festival Hall di Tebing Sungai Themes.






Perayaan Kemerdekaan di Indonesia disambut sela dua (2) hari seperti di Kota Raja, Padang, Medan,

Pekan Baru, Jambi, Palembang, Bandung, Surabaya dan Jogjakarta. Radio Republik Indonesia

menyiarkan ucapan-ucapan Hari Merdeka selama lapan (8) malam berturut-turut bermula dari 22 Ogos

1957.



Sambutan yang hampir sama / serupa turut diadakan di luar Negara seperti Arab Saudi, Amerika

Syarikat, Australia, Jepun, Filipina, Burma dan Rusia.

1. Sambutan perayaan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Jakarta, Indonesia pada 31 Ogos 1957
2. Proklamasi Malaya Merdeka yang mengandungi acara sambutan yang akan diadakan di Jakarta, Indonesia –
Utusan Zaman, Ogos 1957

1























2
1. Para pegawai dan kader tentera yang menyertai perbarisan sempena sambutan
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London pada 31 Ogos 1957
2. Rakyat Persekutuan Tanah Melayu yang menyaksikan upacara sambutan
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Trafalgar Square, London pada
31 Ogos 1957
3. Sambutan perayaan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Tokyo,
Jepun pada 31 Ogos 1957



1958





Ulang tahun pertama Kemerdekaan Negara telah

disambut dengan sangat meriah oleh segenap
lapisan masyarakat di Negara ini. Acara

sambutan dihadiri lebih daripada 35,000 orang

termasuk tetamu-tetamu kehormat dari dalam
dan luar Negara. Di sebelah malamnya pula

diadakan perarakan 56 buah kereta berhias yang

melalui jalan-jalan utama iaitu dari Batu Road,

Jalan Raja, Victory Avenue, Jambatan Sulaiman
hingga ke Municipal Department.







Temasya sukan dalam air yang diadakan di Lakes Gardens, Kuala Lumpur pada 30 Ogos 1958. Antara acara
yang dipertandingkan ialah lumba berkayuh menggunakan pelampung, lawan pukul bantal atas titi dan
lumba kolek

1959






Kegembiraan menyambut ulang tahun
kedua Kemerdekaan Negara diserikan

dengan kemenangan diperolehi oleh

Barisan Nasional dalam Pilihanraya
Persekutuan 1959. Lebih 20,000 orang

memenuhi Stadium Merdeka. Keunikan

sambutan pada tahun ini ialah

persembahan tarian perang bangsa Maori
oleh 20 orang askar dari Batalion Pertama

Regimen New Zealand. Pada sebelah

malamnya pula, DYMM Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong telah
merasmikan pertandingan Pesta Bola

Merdeka (sebelumnya dikenali sebagai

Pertandingan Bola Sepak Merdeka) yang
disertai oleh Negara Korea, Jepun, Hong
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad menghadiri
acara sambutan Kemerdekaan di Stadium Merdeka, 31 Ogos 1959 Kong dan India.

1960


Ulang tahun ketiga Kemerdekaan Negara disambut dalam suasana muram dan dukacita, walaupun Negara

telah berjaya menamatkan darurat. Ini berikutan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang

kedua, Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah berada dalam
keadaan tenat. Sambutan ulang tahun kemerdekaan diadakan dengan satu rapat umum kanak-kanak di

Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1960. Titah ucapan Kemerdekaan Negara disampaikan oleh Timbalan

Yang di-Pertuan Agong yang memberi penekanan kepada perpaduan.
































1 2

1. Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (Raja Perlis) yang menggantikan DYMM Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong yang gering, membalas tabik hormat semasa perhimpunan kanak-kanak sekolah di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1960
2. Pertunjukan padang oleh kanak-kanak sekolah di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1960

1961 – 1962





Sambutan tahun ini berlaku musim kemarau yang teruk melanda di lima (5) tempat iaitu Taiping di Perak,

Kulim di Kedah, Rawang dan Serdang Baru di Selangor serta Tumpat, Kelantan. Namun begitu, keadaan ini

tidak menjejaskan sambutan Kemerdekaan di negeri-negeri tersebut. Amanat Kemerdekaan tahun ini lebih
terarah kepada pencapaian Negara sepanjang tahun 1961 iaitu pelancaran Rancangan Malaysia Kedua,

penghantaran pertama Angkatan Tentera Khas Negara di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

ke Congo dan kejayaan Kerajaan meredakan ketegangan yang timbul akibat tentangan Filipina dan Thailand
terhadap Persekutuan ASA (Association of Southeast Asia).




Sambutan Kemerdekaan Negara pada tahun ini diadakan di Stadium Merdeka dengan pertunjukan tarian asli

oleh 800 orang penari, senaman padang oleh 1,800 orang kanak-kanak sekolah dan pertunjukan

pancaragam Tentera dan Polis Diraja Persekutuan. Sementara itu, petunjukan aneka ragam dan temasya
sukan air telah diadakan di Lake Garden, Kuala Lumpur. Lebih 60,000 orang menyaksikan petunjukan yang

meriah ini.



Acara sambutan Kemerdekaan pada tahun 1962 diadakan seperti mana pada tahun-tahun sebelumnya.

Tumpuan sambutan adalah di Stadium Merdeka yang dimeriahkan dengan acara-acara pertunjukan khas,

perbarisan dan persembahan aneka ragam.

1963


Sambutan ulang tahun Kemerdekaan pada

tahun ini istimewa dan dianggap ‘tarikh

bertunang’ bagi Negara yang akan
bergabung dengan Singapura, Sabah dan

Sarawak bagi membentuk Gagasan

Malaysia. Upacara pengisytiharan

pembentukan Malaysia yang dijadualkan
diadakan pada 31 Ogos 1963 serentak

dengan sambutan ulang tahun Kemerdekaan

Negara yang ke-6, ditunda kepada 16

September 1963.



Sambutan Kemerdekaan Negara pada 31

Ogos 1963 tidak diserikan dengan acara
perbarisan dan perhimpunan di Stadium

Negara tetapi digantikan dengan acara Tarian kebudayaan menyambut menantu adalah antara acara dalam pertunjukan kebudayaan yang diadakan di Stadium Negara,

seperti petunjukan Malayan Agri- Kuala Lumpur pada 29 Ogos 1963. Tarian ini adalah sebagai simbolis terhadap pembentukan Malaysia pada tahun 1963

Horticultural Association (MAHA) yang
dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada

pagi 31 Ogos 1963, perasmian bangunan

Muzium Negara dan petunjukan kebudayaan

pada malamnya.

Dengan pembentukan Malaysia, satu pengubahsuaian telah

dibuat kepada Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Reka

bentuk bendera yang asal masih dikekalkan hanya ditambah

bilangan jalur-jalur dan bintang pecah dari 11 kepada 14 bagi

menandakan perpaduan empat belas negeri-negeri dalam

Persekutuan Tanah Melayu merangkumi Sabah, Sarawak dan
Singapura. Bendera Malaysia yang baharu ini telah dikibarkan

dengan rasminya pada 16 September 1963 sebagai lambang

kelahiran Malaysia.


































Suasana Pengisytiharan Kemerdekaan dan Malaysia di Pontian, Johor pada 13 September 1963

1964






Berikutan konfrontasi yang dilancarkan oleh Indonesia terhadap Malaysia, sambutan ulang tahun
Kemerdekaan Negara yang dijangka meriah dengan kelahiran Malaysia telah diadakan secara sederhana.

Bagi menjelaskan keadaan yang berlaku, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya menyatakan “sebabnya

kita merayakan Hari Malaysia ini dengan cara sederhana dan patut-patut sahaja, bukanlah kerana kita tidak

mampu, tetapi semata-mata kerana kita sedar bahawa dengan adanya konfrontasi kita lebih perlukan wang,
dan kekayaan kita dibelanjakan untuk pertahanan dan kemajuan Negara”. Sambutan pada kali ini lebih

kepada usaha untuk memupuk kerjasama dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia khususnya dalam

menghadapi cabaran dan penentangan daripada luar.

















Seramai 2,500 orang kanak-kanak sekolah
menyertai perhimpunan untuk acara
pertunjukan padang di Stadium Merdeka, Kuala
Lumpur pada 31 Ogos 1964

1965





Walaupun pada tahun ini, Singapura telah berpisah dari Malaysia, namun sambutan Kemerdekaan Negara

tetap disambut meriah. Sambutan kemerdekaan diwarnai dengan acara perbarisan, perhimpunan dan
pertunjukan padang oleh kanak-kanak sekolah di Stadium Merdeka.




Masjid Negara sebuah mercu tanda yang melambangkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi
Negara telah siap dibina dan dirasmi pada 27 Ogos 1965. Ini diikuti dengan perasmian Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur yang menjadi kebanggaan Negara oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-

Pertuan Agong Ketiga, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada petang 30 Ogos 1965.

Lapangan terbang ini dibina di Subang Jaya dengan kos S52 juta.













DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-III, Tuanku Syed Putra ibni
Almarhum Syed Hassan Jamalullail membalas tabik hormat kepada peserta perbarisan di
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1965

Perpisahan Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos 1965

tidak mengubah elemen-elemen yang terdapat pada

bendera Negara. Jalur dan bintang pecah 14 pada

bendera Malaysia masih dikekalkan bagi membawa
maksud keangggotaan yang sama dalam Persekutuan

iaitu 13 buah negeri dan sebuah Kerajaan Persekutuan.




























Pertunjukan kebudayaan di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 29 Ogos 1965

1966 – 1969





Termenterainya perjanjian perdamaian antara

Malaysia dan Indonesia pada 11 Ogos 1966, telah

menamatkan konfrontasi yang melanda. Suasana

sambutan ulang tahun kemerdekaan pada tahun ini
disambut secara besar-besaran dalam suasana

penuh kemeriahan. Persembahan paling menarik

dalam acara pertunjukan padang di Stadium

Merdeka adalah tarian ‘hoop’ oleh 700 pelajar-
pelajar perempuan.


















DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-IV, Tuanku Ismail
Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin menyampaikan perutusan
Diraja di perhimpunan kanak-kanak di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur sempena
sambutan ulang tahun Kemerdekaan pada 31 Ogos 1966

Tahun 1967 adalah ulang tahun ke-10 Kemerdekaan Negara. Acara-acara sambutan pada tahun ini lebih

meriah daripada tahun-tahun sebelumnya. Antara acara yang diadakan ialah perbarisan raksasa, rapat

umum dan perhimpunan kanak-kanak dan belia, pertunjukan kesenian dan kebudayaan, temasya

sukan, perarakan kereta berhias, pertunjukan tatu, petunjukan bunga api dan permainan tradisional

seperti pertunjukan gasing, bersilat, wau, sumpitan Orang Asli, kuda Bajau dan sepak raga. Sempena

ulang tahun ini, Panggung Anniversary iaitu sebuah pentas terbuka siap dibina di Taman Bunga, Kuala

Lumpur pada 25 Ogos 1967.






















Acara perarakan bermula dari Parlimen ke
Taman Bunga, Kuala Lumpur sempena Pesta 10
Tahun Merdeka pada 27 Ogos 1967

1&2. Tunku Abdul Rahman mengetuai laungan ‘Merdeka’ di upacara menaikkan
bendera yang diadakan di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur pada 30 Ogos
1967

3. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ismail Nasiruddin
Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin menerima tabik hormat dari pentas
Diraja, Kuala Lumpur sempena kemerdekaan yang ke -10 pada 31 Ogos 1967

Perarakan kereta berhias yang berlangsung di Jalan Alsagoff, Kuala Lumpur sempena sambutan 10 Tahun
Kemerdekaan pada 31 Ogos 1967





Acara-acara dalam temasya sukan yang diadakan di Taman Bunga, Kuala Lumpur iaitu permainan polo,
perlumbaan berakit dan pertandingan menyumpit. Temasya ini diadakan selama dua (2) hari pada 28-29
Ogos 1967

Pemandangan di sekitar Kuala Lumpur yang dihias indah sempena perayaan ulang tahun Kemerdekaan ke-10

Pintu gerbang sempena sambutan perayaan ulangtahun Kemerdekaan ke-10 pada Ogos 1967

1. Pertandingan lumba kereta Piala Tunku Abdul Rahman di litar Batu Tiga, Shah
Alam, Selangor pada 3 September 1967
2. Pembentukan lambang bendera Malaysia oleh kanak-kanak dan belia di
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1967
3. Kereta berhias dari Sarawak sempena perayaan ulang tahun Kemerdekaan
yang ke-10

Ulang tahun Kemerdekaan pada tahun

1968 disambut dalam keadaan ‘agak

panas’. Ini berikutan pengisytiharan yang
dibuat oleh Filipina untuk membuat

tuntutan ke atas Sabah yang merupakan

sebahagian daripada Malaysia. Tuntutan ini

telah disifatkan oleh Tunku Abdul Rahman

sebagai ‘suatu serangan ke atas Malaysia’.



Acara sambutan kemerdekaan di Stadium

Merdeka pada tahun tersebut dimeriahkan
dengan acara perbarisan kanak-kanak

sekolah, persembahan angklong dan tarian

Mak Inang. Lagu Berjaya telah dinyanyikan

buat kali pertama oleh peserta
perhimpunan.

Trajedi 13 Mei 1969 menjadi titik hitam dalam sejarah Negara. Susulan peristiwa tersebut,

darurat diisytiharkan di seluruh Negara. Perlembagaan dan Parlimen digantung manakala
Negara diletakkan terus di bawah pentadbiran Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang

diketuai oleh Tun Abdul Razak.






Sambutan Kemerdekaan dijadikan sebagai acara untuk memulihkan perpaduan antara kaum
dalam Negara. Tiada perbarisan ataupun perhimpunan diadakan pada 31 Ogos 1969. Dalam

ucapan sambutan Kemerdekaan, Tun Abdul Razak menyebut “anggaplah Peristiwa 31 Mei 1969

sebagai satu sejarah untuk mengorak langkah baru bagi kehidupan lebih baik untuk semua”.

Acara-acara sambutan seperti rancangan ‘Anekarama Merdeka’, persembahan tarian dan
nyanyian disiarkan secara langsung melalui televisyen. Selain itu, rancangan siaran yang

menarik adalah berkaitan dunia kesusteraan Melayu yang memuatkan slot mendeklamasikan

sajak, syair dan puisi antaranya bertajuk ‘Malam Kemerdekaan’. Acara lain turut diadakan di
Taman Bunga, Kuala Lumpur ialah pertunjukan bunga api, persembahan kesenian dan juga

temasya sukan air.

1970





Perayaan ulang tahun Kemerdekaan pada tahun ini jelas bukan sahaja dibayangi oleh kebimbangan rakyat

akan berulangnya peristiwa 13 Mei, malah terdapat kejutan pengumuman persaraan Tunku Abdul Rahman,

Perdana Menteri yang pertama pada 29 Ogos 1970 iaitu dua hari sebelum sambutan Kemerdekaan Negara
yang ke-13. Tun Abdul Razak bin Hussein diumumkan sebagai penggantinya mulai 21 September 1970.

Dalam ucapannya di hari sambutan Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman menyeru kepada rakyat

“berikan taat setia kepada Tun Razak seperti yang telah diberikan kepada saya”.





































Perbarisan Hari Kebangsaan ke-13 yang bermula dari Stadium Negara dan berakhir di Bulatan Maxwell, Kuala Lumpur
pada 31 Ogos 1970

Bagi menstabilkan dan memulihkan keadaan

negara, sambutan ulang tahun kemerdekaan

pada tahun ini buat pertama kalinya diteraskan

kepada tema Muhibbah dan Perpaduan. Hari

Kemerdekaan Negara pula dijenamakan sebagai

Hari Kebangsaan. Memetik ucapan Tunku Abdul

Rahman pada sambutan Kemerdekaan terakhir

beliau menyatakan “Inilah kali yang pertama kita

merayakan hari yang gilang gemilang sebagai
Hari Kebangsaan”. Tema Hari Kebangsaan jelas
1
memperlihatkan kesungguhan dan keazaman

Kerajaan untuk mengembalikan perpaduan

kaum dan mewujudkan kestabilan Negara bagi

membina integriti nasional ke arah masa depan

yang lebih cemerlang.




1. Pasukan Keselamatan dengan kereta meriam turut menyertai perbarisan dari Stadium Negara dan berakhir di
Bulatan Maxwell, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1970 pada 31 Ogos 1970
2. Tunku Abdul Rahman selaku Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Malaysia menyampaikan hadiah kepada
kapten pasukan Korea Selatan yang memenangi pertandingan akhir Pestabola Merdeka di Kuala Lumpur pada
16 Ogos 1970

2

Sambutan Kemerdekaan ini diadakan
dengan meriah walaupun diselubungi

kesedihan dengan persaraan Tunku Abdul

Rahman. Sambutan ini juga bagi meraikan

persaraan Tunku yang telah banyak

berjasa dalam memperoleh Kemerdekaan
Negara. Selaras dengan tema sambutan,

satu ikrar khas perpaduan telah dilafazkan

secara beramai-ramai di hadapan DYMM
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong dan Perdana Menteri sebagai janji

rakyat untuk bersama-sama membina
perpaduan. Kebanyakan acara sambutan

diadakan di tempat-tempat terbuka untuk

penyertaan semua kaum.

“Jangan sesiapa berfikir kita telah sampai ke penghujung jalan,


kemerdekaan memanglah sesuatu yang penting dalam sejarah kita tetapi

ia hanyalah permulaan kepada usaha baru dan berdaulat “.





Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj









“Semangat Kebangsaan hendaklah dijadikan baja bagi menyuburkan


kemerdekaan yang kita capai. Merdeka itu bukanlah suatu benda yang


boleh mudah didapati. Untuk mendapatkannya memerlukan pengorbanan


yang sebenar pengorbanan. Dengan kerananya kita terpaksa


mengorbankan, bukan sahaja wang ringgit dan usaha tenaga bahkan jiwa

kita sendiri juga”.


Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj


Click to View FlipBook Version