TEORI PEMEROLEHAN BAHASA LITERASI BAHASA Disediakan oleh: Insyirokhul Faizah
TEORI BEHAVIOURISME
PENGENALAN Dipelopori oleh Bloomfield dalam buku Language (1933) Mengkaji tentang tingkah laku individu yang boleh diperhatikan atau diukur, bukan kejadian andaian yang berlaku dalam diri individu. Penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan dan bukan ilmu semata-mata. Pendapat ini melahirkan aliran yang menganggap PdP bahasa adalah proses mekanikal untuk membentuk tabiat dan melalui latihan pengulangan. Kajian saintifik menyatakan bahasa teori ini memberi fokus kepada tingkah laku baharu yang diulang sehingga menjadi tingkah laku lazim. Pembelajaran terjadi apabila berlaku perubahan tingkah laku hasil daripada proses pembelajaran. Teori ini menganggap bahasa adalah peraturan-peraturan yang mempunyai tatabahasa yang sistematik. Aspek lisan diberi perhatian Memberi perhatian kepada penghuraian jenis pola ayat - analisis konstituen terdekat.
HUBUNGAN TEORI BEHAVIOURISME DALAM PdP Menekankan analisis tatabahasa mengenai sintaksis dan morfologi dalam KT. Berfahaman bahawa data-data bahasa dapat dikaji (diperhati). Mengkaji semua ayat/ ujaran dengan tujuan melihat ciri yang berbeza.
PRINSIP TEORI BEHAVIOURISME Bahasa yang diutamakan ialah lisan. Tulisan kedua penting. Bahasa adalah tabiat/ kebiasaan Pengukuhan penting dalam PdP. Wujudkan unsur rangsangan dan tindak balas dalam PdP. Model-model bahasa yang terbaik perlu diutamakan. Latihan bahasa perlu diperkukuhkan.
TEORI BEHAVIOURISME (SKINNER) Ahli psikologi di Harvard. Pembelajaran berlaku kerana adanya tindak balas yang berulang. Pembelajaran bahasa merupakan penguasaan atau kebiasaan yang diperoleh dengan mengulang-ulang aktiviti yang hendak dikuasai.
JENIS TEORI BEHAVIOURISME Pelaziman Klasik Pelaziman Operan Hukum Kesan
TEORI KOGNITIF
KONSEP Dipelopori oleh Jean Piaget. Teori Kognitif merupakan sebuah teori yang menegaskan bahawa pembelajaran adalah sebuah fenomena mental. Aliran atau teori ini sebenarnya bersifat mentalis. Menurut teori ini, bahasa dianggap sebagai pengetahuanyang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf. Proses ini berlaku setelah otak menerima bahan dalam bentuk rangsanggan daripada pancaindera. Antara ahli pemikir yang terkenal dalam mengetengahkan teori ini adalah Jean Piaget dan Sinclair. Mereka berpendapat bahawa pemerolehan bahasa oleh seseorang kanak-kanak adalah berkait rapat dengan perkembangan deria motor dan mengikut tahap perkembangan kognitif. Dalam pada itu, ahli-ahli kognitif juga berpendapat bahawa pembelajaran bahasa ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung melalui tingkah laku.
DEFINISI Teori kognitif berkait rapat dengan perkembangan mental dengan memandang pembelajaran bahasa sebagai satu kebolehan khas manusia secara semula jadi (Abd. Aziz Talib, 2000) Kognitif adalah semua proses mental yang terlibat dalam pemerolehan, penghasilan, pengetahuan, penggunaan pengetahuan dan pengawalan proses mental (Resnick, 1987 & John, 1997) Kognitif melibatkan pemikiran, pengetahuan, interpretasi, pemahaman dan idea individu. Proses kognitif melibatkan presepsi, ingatan serta maklumat yang diproses dan seterusnya digunakan oleh individu bagi mendapat maklumat, merancang, dan menyelesaikan masalah (Rita, 1981). Kognitif ialah proses intelektual. Ini bermakna kognitif melibatkan prosesproses mental tahap tinggi seperti pemikiran, berbahasa, menyimpan maklumat dalam ingatan (memori) dan menggunakan maklumat yang disimpan bagi menaakul, membuatpelbagai keputusan atau menyelesaikan masalah (Mahmood Nazar, 1990).
TEORI BELAJAR KOGNITIF Proses internal manusia Pengalaman dan pengetahuan Berkesinambungan P Interaksi roses mental
CIRI-CIRI TEORI KOGNITIF Pembelajaran merupakan satu proses mental Pembelajaran adalah satu keseluruhan Pembelajaran adalah juga satu penyiasatan Mementingkan pengalaman dan kesediaan belajar Merupakan proses cuba jaya Perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secaea berperingkat
PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF Peringkat deria motor (umur 0-2 tahun) Peringkat praoperasi (umur 2-7 tahun) Peringkat operasi formal (umur 11 tahun ke atas) Peringkat operasi konkrit (umur 7-11 tahun)
APLIKASI DALAM PENGAJARAN Menyediakan isi pelajaran dan merancang aktiviti yang sesuai dengan setiap perkembangan murid. Guru harus peka akan situasi semasa murid sebelum memulakan aktiviti pengajaran. Aktiviti yang dirancang haruslah bersifat ‘hand-on’ dan ‘minds-on’ . Mampu merangsang serta memberi galakan kepada murid untuk melakukan penerokaan bagi mencari sebuah penemuan yang baharu. Sebelum memulakan aktiviti, guru perlu memastikan murid bersedia dari segi mental dan fizikal. Pengalaman akan mempengaruhi peringkat pemikiran murid kerana pengalaman sedia ada merupakan sesuatu yang tekah wujud dalam memorinya.
KELEBIHAN TEORI KOGNITIF Membentuk hubungan interaksi yang berkesan. Membantu guru dalam memahami murid. Mengorganisasi prinsip pembelajaran secara ilmiah. Berfokus kepada idea perkembangan yang sesuai dengan fizikal murid. Sesi pengajaran dapat dilakukan dengan lebih lancar. Dapat mempengaruhi persekitaran pembelajaran, kurikulum, bahan daan metodologi pengajaran. Menggalakan murid melibatkan diri dengaan aktiviti pembelajaran melalui penerokaan. Pembelajaran berdasarkan pengalaman. Dapat meningkatkan motivasi diri.
KELEMAHAN TEORI KOGNITIF Perlukan persekitaran yang menarik Guru hanya menekankan proses pemikiran
TEORI MENTALIS
PENGENALAN Dipelopori oleh Noam Chomsky. Memperkenalkan analisis bahasa Transformasi generatif (Chomsky). Mendokong istilah generatif (menghasilkan sesuatu kebolehan menggunakan pengetahuan), kreatif, eksplisit (tersurat), kegramatisan dan transformasi. Berandaian teori kod kognitif bahawa PdP bahasa sebagai satu proses kognitif. Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental. Menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia. N.Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisation Device) atau LAD. Alat ini membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa.
CIRI-CIRI TATABAHASA Terdiri daripada rumus-rumus yang berurutan dan teratur Menganalisis fonologi, morfologi dan sintaksis Menghuraikan cara-cara bahasa boleh dihasilkan dan difahami
HUBUNGAN DALAM PdP Perkara penting dalam penguasaan bahasa kecekapan dan prestasi Tulisan dan bacaan diutamakan Kaedah: Kodkognitif Teknik: Hafalan Pendekatan analisis Prinsip: undang-undang bahasa ditekankan
TEORI INTERAKSIONALIS
PENGENALAN Teori ini berkembang dalam bidang psikologi dan linguistik pada tahun 60-an dan 70-an. Teori interaksionalis juga dikenali sebagai teori Halliday kerana ahli pemikiran yang memperkenalkan teori ini bernama Mark Halliday. Selain Halliday, ahli pemikiran lain terdiri daripada Bloom, Bowemen, dan Schlesinger. Teori ini melihat pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Berdasarkan teori ini, kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka dapat mempelajari cara-cara menggambarkan makna dalam bentuk linguistik yang jelas dan tepat.
TEORI INTERAKSIONALIS HALLIDAY Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Sistem tatabahasa diperoleh disebabkan mereka mempunyai keperluan untuk menyatakan dua perkara dalam satu masa. Interaksi bahasa penting untuk membantu kanak-kanak menguasai sistem bahasa.
PRINSIP TEORI INTERAKSIONALIS Dalam komunikasi, penyampaian bermakna lebih diutamakan. Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Mementingkan kedua-dua unsur. Pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap tugastugas atau aktiviti yang bermakna. Unsur makna dan struktur bahasa Bahasa yang dituturkan dan makna yang dimaksudkan mempunyai hubung kait. CIRI TEORI INTERAKSIONALIS Melibatkan proses mental dan liguistik Mementingkan peraturan bahasa Penyampaian makna penting Aktiviti yang bermakna Interaksi sosial harian
TEORI KONSTRUKTIVISME
PENGENALAN Bertitik tolak daripada pandangan kognitivisme, maka lahirlah satu pandangan baharu tentang cara manusia belajar bahasa, iaitu teori konstruktivisme. Berdasarkan teori ini, pengetahuan kanak-kanak atau individu dibina secara aktif melalui daya pemikirannya. Kanak-kanak tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya, tetapi akan menyesuaikan segala maklumat baharu dalam mindanya. Pengetahuan baharu yang diperoleh adalah kesan daripada interaksi sosial bersama-sama dengan rakan dan guru-gurunya. Antara tokoh yang dikaitakn dengan teori ini ialah McBrien & Brandt (1997(, Briner M (1993), Sushkin N (1999) dan Nik Aziz Nik Pa (1997). Berdasarkan pandangan tokoh, konstruktivesme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam konteks ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baharu.
CIRI-CIRI KONSTRUKTIVISME Pembelajaran koperatif Proses inkuiri Membina pengetahuan baharu Menggalakkan bersoal jawab
TEORI PSIKOLINGUISTIK
PENGENALAN Teori psikolinguistik merujuk kepada kebolehan manusia memperoleh, menggunakan, dan memahami bahasa yang melibatkan proses kognitif untuk menghasilkan ayat yang bermakna. Psikolinguistik merupakan gabungan antara perkataan psikologi dan linguistik. Mangantar Simanjuntak (1987), mendefinisikan psikolinguistik sebagai cabang linguistik yang bergabung dengan ilmu psikologi untuk menganalisis bahasa dan pertuturan yang berlaku pada waktu seseorang bertutur dan memahami ayat-ayat yang didengarnya. Dardjowidodo (2014) berpendapat bahawa psikolinguistik merupakan ilmu yang berkaitan pembelajaran proses mental yang dilalui manusia dalam berbahasa. Psikologi bermaksud ilmu untuk mempelajari tingkah laku dan cara manusia berfikir. Manakala linguistik bermaksud ilmu tentang bahasa yang memfokuskan bahasa sebagai objek kajian (Yusuf, 2019). Dapat disimpulkan bahawa psikolinguistik ialah ilmu tentang bahasa dari segi struktur dan proses pemerolehan serta cara diterjemahkan dalam bentuk komunikasi.
Sekian, terima kasih. LITERASI BAHASA IPGM Kampus Bahasa Melayu