The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SMK SERI KOTA PUTERI
TARIKH : 26.9.2021
HARI : AHAD
MASA : 9.00 PAGI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by na.dya87, 2021-09-23 09:39:35

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

SMK SERI KOTA PUTERI
TARIKH : 26.9.2021
HARI : AHAD
MASA : 9.00 PAGI

SEP 2021

26 AHAD9.00 PAGI

Mesyuarat

AGUNG
PIBG

Sekapur
Sireh

PENGETUA

JOHAN BIN AHMAD

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia
rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan
anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-19. Kehadiran ibu bapa dalam
mesyuarat amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda
sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan
terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan
dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan
adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu
melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang.
SMK Seri Kota Puteri sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai
aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan
membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai
oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua
kejayaan in adalah hasil kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat
kejayaan ini dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua.
Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak
amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang
sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu, sumbangan PIBG
dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua
aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan
dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai
bidang.
Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih
kepada Jawatankuasa PIBG dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-19 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang
amat bermakna kepada sekolah.
Sekian, terima kasih.

1

Seulas
Pinang

YDP PIBG

Salam sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa.

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah
SWT kerana kita dapat bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-19 ini. Bersyukur
juga kerana Allah SWT telah mengerakkan hati tuan-tuan dan puan-puan untuk hadir dalam majlis
ini. Semoga Mesyuarat Agung PIBG kali ini dapat menyemarakkan semangat ibu bapa dan guru
untuk melibatkan diri dengan lebih aktif dalam program pendidikan di sekolah ini.

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG merupakan agenda penting yang diadakan setiap tahun.
Penglibatan PIBG amat perlu bagi memajukan sekolah. Ini dilaksanakan melalui pemufakatan,
perancangan yang teliti dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru. Sering diingatkan
bahawa sudah menjadi tanggungjawab kita ahli PIBG untuk hadir ke mesyuarat ini. Mesyuarat ini
bertujuan untuk berbincang, mencari kata sepakat, mencari idea dan penyelesaian bagi isu-isu
yang berkaitan dengan kecemerlangan anak-anak kita.

Jawatankuasa PIBG sehingga hari ini telah cuba melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan
sebaiknya. Kepentingan dan kebajikan anak-anak sentiasa dititikberatkan. Sumbangan ibubapa
melalui yuran PIBG telah digunakan sebaiknya untuk membantu melancarkan program-program
sekolah ke arah meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah murid.

Saya juga menyeru agar tuan-tuan dapat bersama-sama guru menangani masalah disiplin anak-
anak. Disarankan agar ibu bapa boleh menerapkan sikap saling hormat menghormati, menghargai
masa dan bersopan santun supaya mereka dapat menjadi manusia yang berguna kelak. Anak-
anak yang dididik dengan sempurna dilihat dapat menerima ilmu dengan lebih mudah. Akhirnya
akan melahirkan generasi yang berkualiti dan berdisiplin tinggi. Hubungan dan kerjasama antara
pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti akan mewujudkan pemuafakatan yang saling erat dan saling
memerlukan ibarat aur dengan tebing.

Akhir kata, saya berdoa agar sekolah ini terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua
bidang dan mampu mencapai visi dan misi sekolah. Semoga usaha kita akan direstui dan
mendapat keredhaan Allah SWT.

2

Tentatif Mesyuarat
Program
AGUNG
PIBG

26 SEPTEMBER 2021 / AHAD

8.30 pagi : Kehadiran guru dan AJK
9.00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku

Nyanyian Lagu Negeri Johor
Bacaan Doa
Tayangan montaj SKOPTS dihati
Ucapan Pengetua
Ucapan Perasmian YDP PIBG SMK Seri Kota Puteri
Mesyuarat Agung PIBG tahun 2019/2020
-Ucapan YDP
-Ucapan Ex-Officio
-Membentang dan menerima minit mesyuarat kali ke-18
(2019/2020)
-Membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan
berakhir Disember 2020
Mesyuarat Agung PIBG tahun 2020/2021
-Membentang dan menerima minit mesyuarat 2
-Pembentangan Usul
-Hal-hal lain
-Cabutan Bertuah
11.00 Pagi: Bersurai

3

Jawatankuasa
PIBG

JAWATANKUASA PIBG
SMK SERI KOTA PUTERI

TAHUN 2019 – 2020

En Mohd Khairul Faudzi Bin Atan : Yang Dipertua PIBG

En Saravanan a/l Samanthika : Naib Yang Dipertua PIBG

Tn Haji Johan Bin Ahmad : Ex- Officio

Pn Nur Atiqah Binti Ahmad : Setiausaha Kehormat

Pn Nur Amalina Binti Zam Ariffin : Pen. Setiausaha

Pn Nur Razilah Binti Juhari : Bendahari

Cik Nur Amelia Binti Ramli : Pen. Bendahari

Pn Sukanthi a/p Chinappan : AJK Guru
En Lee Wai Keat : AJK Guru
Pn Rosiah Binti Abd Malik : AJK Guru
Pn Maria Binti Kasim : AJK Guru
En Jeeri Petrus : AJK Ibu Bapa
Pn Rizwani Bt Mohd Ramli : AJK Ibu Bapa
Pn Sarinah Bt Kamis : AJK Ibu Bapa
Pn Sik Ing Beng : AJK Ibu Bapa
Pn Esparizan Bt Abdullah : AJK Ibu Bapa
Pn Saroja a/p Jayaraman : AJK Ibu Bapa
Pn Ong Siew Bee : AJK Ibu Bapa
Pn Sharifah Bt Saidali : AJK Ibu Bapa

4

Mesyuarat

AGUNG
PIBG

Agenda
Mesyuarat

AGENDA 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG
AGENDA 2 : Mengesahkan minit Mesyuarat Agung yang lalu
AGENDA 3 : Membentang dan menerima laporan tahunan
AGENDA 4 : Membentang dan menerima penyata kewangan yang

berakhir pada 31 Disember 2020
AGENDA 5 : Pembubaran AJK 2019/2020 dan memilih jawatankuasa

2021/2022
AGENDA 6 : Perbahasan dan penerimaan usul-usul
AGENDA 7 : Ucapan Penangguhan

5

Minit Mesyuarat

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -18
SMK SERI KOTA PUTERI
TAHUN 2019

Tarikh : 14 April 2019 (Ahad)

Masa : 8.00-10.00 pagi

Tempat : Dewan Seri Puteri SMK Seri Kota Puteri

Pengerusi : En Mohd Khairul Faudzi Bin Atan (Yang Dipertua PIBG

SMKSKP)

Kehadiran (Bilangan) : 55 orang guru

130 orang ibu bapa

Turut Hadir (Jika ada) : 60 orang pelajar

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi memulakan mesyuarat mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
ibu bapa dan guru yang hadir. Melahirkan rasa bersyukur atas penggunaan dewan
terbuka yang baru yang mendapat sumbangan sebanyak RM200,000.

Makluman

2 UCAPAN PENGETUA
Melahirkan rasa bersyukur atas kerjasama yang bagus antara pihak ibu bapa dan
guru. Menyatakan kejayaan signifikan SMK Seri Kota Puteri sepanjang tahun 2018
sehingga hari ini. Menekankan bahawa pencapaian murid SMK Seri Kota Puteri
meningkat dengan cemerlang dan akan diteruskan pada tahun berikutnya.

Makluman
3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU
Cadangan disahkan oleh : Puan Ong Siew Bee
Cadangan disokong oleh : Puan Nursa binti Saad

Makluman

4 PEMBENTANGAN PERKARA BERBANGKIT
Tiada

6

Mesyuarat

AGUNG

Minit PIBG
Mesyuarat

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -18
SMK SERI KOTA PUTERI
TAHUN 2019

5 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN
5.1 Puan Nur Razilah Binti Juhari meminta para hadirin untuk merujuk helaian muka surat
22 hingga 24 untuk laporan kewangan berakhir bagi 1 Jan 2018 hingga Disember 2018.

Makluman

5.2 Puan Nur Razilah menjelaskan bahawa kutipan PIBG bagi tahun November 2017 adalah
sebanyak RM2,200 dan juga kutipan pelajar sebanyak RM3,480. Baki keseluruhan adalah
RM23,245.80.

Makluman

5.3 Menerangkan bahawa terdapat banyak sumbangan yang dapat dibuat oleh pelbagai pihak
seperti YPJ sebanyak RM5,000 pada bulan April 2018, Johor Corporation
RM5,000,sumbangan dari Pejabat Menteri Besar Johor sebanyak RM200,000 September
2018 dan Kutipan Majlis Makan Amal pada Oktober 2018 sebanyak RM11,580 banyak
menolong untuk memperbaiki infrastruktur di sekolah.

Makluman

5.4 Puan Nur Razilah menjelaskan bahawa kutipan kecemerlangan bagi November 2017
adalah sebanyak RM2,480 dan juga kutipan pelajar sebanyak RM3,510. Baki keseluruhan
adalah RM24,503.22.

Makluman

5.5 Kutipan untuk kecemerlangan banyak disalurkan untuk menanggung aktiviti sekolah
seperti Bengkel PT3 & SPM, rombongan pelajar ke Cameron Highland, lawatan ke Kolej
Vokasional Kota Tinggi dan juga mencetak modul kecemerlangan PT3 dan SPM.

Makluman

5.6 Puan Sharifah bertanya tentang yuran PIBG keseluruhan. Yang Dipertua PIBG
menerangkan bahawa bayaran untuk sekeluarga adalah RM40. Manakala bayaran
kecemerlangan adalah RM60 seorang murid. Tambahan RM30 untuk pelajar PT3 dan SPM.

Makluman

7

Minit Mesyuarat

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -18
SMK SERI KOTA PUTERI
TAHUN 2019

5.7 Cadangan dari Puan Pengetua, Puan Rahimah Binti Ibrahim untuk menaikkan RM50
untuk PIBG dan RM 50 untuk kecemerlangan tetapi jumlah keseluruhan kecemerlangan dan
juga PIBG tetap RM100. Cadangan diterima.

Makluman

6 MEMBAHASKAN USUL
6.1 Agenda: Pembentangan Usul Bahagian Hal Ehwal Murid (HEM )

6.1.1 Pelajar sepatutnya diberikan senarai buku yang harus dibeli bermula pada awal tahun.
(usul oleh Puan Sharifah)

Tuan Pengetua memaklumkan bahawa disebabkan kelewatan pihak penerbit untuk
mengeluarkan senarai buku yang harus dibeli oleh pelajar yang menyebabkan kelewatan
untuk memaklumkan pembelian buku kepada para ibu bapa.

6.1.2 Bantuan harus disalurkan kepada ibu tunggal untuk meringankan beban menanggung
anak yang bersekolah. (usul oleh Puan Sharifah)

Yang Dipertua PIBG mencadangkan usul ini dibentangkan kepada pihak AJK PIBG SMK
Seri Kota Puteri dan saluran Makanan Berkupon (untuk pelajar tidak berkemampuan )
diberikan juga untuk anak-anak ibu tunggal.

7 PERLANTIKAN AJK PIBG SESI 2019/2020
7.1 En. Khairul Faudzi Bin Atan mengumumkan pembubaran AJK PIBG sesi 2018/2019
dan mengucapakan terima kasih atas sokongan semua ahli PIBG 2018 terhadap pimpinan
beliau.

Makluman

7.2 Puan Muhazian binti Md Noor mencadangkan bahawa AJK PIBG 2018 dikekalkan untuk
sesi 2019/2010 . Cadangan diterima oleh para ibu bapa yang hadir.

Makluman

7.3 Cik Jamaliah bt Ghani mencadangkan bahawa perlatikan AJK baru untuk ahli PIBG
yang tidak aktif atau tidak hadir bagi kebanyakan mesyuarat PIBG.

Makluman

8

Mesyuarat

AGUNG
PIBG

Minit

Mesyuarat

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -18
SMK SERI KOTA PUTERI
TAHUN 2019

7.4 En. Mohd Fakaruddin bin Ismail mencadangkan En Sik Ing Beng untuk jawatan AJK
PIBG. Puan Siti Rozita binti Ahmad menyokong dan menutup cadangan tersebut

Makluman

7.5 Puan Siti Rozita binti Ahmad mencadangkan Puan Sharifah binti Saidali untuk jawatan
AJK PIBG. En Mohd Fakaruddin bin Ismail menyokong dan menutup cadangan tersebut.

Makluman

7.6 En. Mohd Fakaruddin bin Ismail mencadangkan Puan Rizwani binti Mohd Ramli untuk
jawatan AJK PIBG. En Mohd Muzamil bin Che Noor menyokong dan menutup cadangan
tersebut.

Makluman

7.7 Perlantikan AJK PIBG sesi 2019/2020

S/U : Pn. Nur Atiqah Binti Ahmad

P. S/U : Pn. Nur Amalina binti Zam Ariffin

Bendahari : Pn. Nur Razilah binti Juhari

P. Bendahari : Cik Nur Amelia Binti Ramli

AJK Ibu Bapa :
AJK 1 : Pn Nursa Binti Saad
AJK 2 : Pn Sarojah A/P Jayaraman
AJK 3 : En Salleh Bin Ghani
AJK 4 : Pn Ong Siew Bee
AJK 5 : Pn Sarinah Binti Khamis
AJK 6 : En Jeeri Petrus
AJK 7 : Pn Esparizan Binti Abdullah
AJK 8 : En Sik Ing Beng
AJK 9 : Pn Sharifah binti Saidali
AJK 10 : Pn. Rizwani binti Mohd Ramli

AJK Guru
AJK 11 : Pn. Sukanthi A/P Chinappan
AJK 12 : En. Lee Wee Kiat

9

Minit Mesyuarat

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -18
SMK SERI KOTA PUTERI
TAHUN 2019

UCAPAN PENANGGUHAN
8.1 En Mohd Khairul Faudzi Bin Atan mengucapakan terima kasih kepada AJK PIBG
bawah pimpinan beliau atas kerjasama yang telah diberikan dan mengucapkan
selamat bertugas bagi AJK PIBG yang baharu.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.50 pagi.
Pencatat Minit Mesyuarat :
Cik Khairunnisa Binti Jasni
Cik Nor Syazana Binti Azman

10

Mesyuarat

AGUNG

Laporan PIBG

Kewangan

PIBG SMK SERI KOTA PUTERI
AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 1 JANUARI 2020 HINGGA DISEMBER 2020

Tarikh Penerimaan T/Dewan Pibg Tarikh Pembayaran T/Dewan Pibg
(RM) (RM) (RM) (RM)
2020 - Pendaftaran sekolah 435.00
2020 -Baki 4 392.00 29 496. Jan 1-31 - Cermin kelas dan lampu 1 925.00
Jan 1- b/b 50 Feb 1-28 - Cenderamata Pengetua 189.00
31 Mac 1-31 Pn. Rahimah
Feb1-28 150.00 - Kotak First aid 105.00
- Lampu koridor blok 1 146.00
Mac 1- -Sumbangan daripada pelajar - Cabutan bertuah
31 Mesyuarat PIBG 500.00

Apr 1- -Sumbangan daripada pelajar Apr1-30
30.

Mei 1- -Sumbangan daripada pelajar Mei 1- 31
31 -sumbangan YB Hassan Karim
2 220.0 Jun 1- 30 - Alat dan bahan sanitasi 772.00
Jun 1- 30 -Sumbangan daripada pelajar covid19 89.20
- Sumbangan guru 300.00 0 - Alat pengukur suhu

20Jul 1- -Sumbangan daripada pelajar 6 920.0 Jul 1-31
31 0
Ogs 1-31 -Sumbangan daripada pelajar Ogs 1-31 - Makanan ibubapa 140.00
- Sumbangan Pn.ong 840.00 taklimat pembukaan 108.00
1 000.0 sekolah
-Makan Mesyuarat AJK
0 PIBG

Sept 1- -Sumbangan daripada pelajar 30.00 Sept 1-30 - Bahan cat mural 300.00
30 - Upah Mural 700.00
- Mozek pentas dewan
- A&A ariana enterprise 553.50
(deposit) 500.00
- A&A Ariana enterprise
1300.00

11

Laporan
Kewangan

PIBG SMK SERI KOTA PUTERI
AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 1 JANUARI 2020 HINGGA DISEMBER 2020

Oct 1- -Sumbangan 420.00 Oct 1- -Kos 250.00
30 daripada pelajar 30 pembaikan

Nov -Sumbangan speaker dewan
1-30 daripada pelajar
1 260.0 Nov 1- -Stand 186.00
Dec -Sumbangan 0 31 Thermometer
1-31 daripada pelajar 2 338.50 41
6 090.0 (2 set)
2021 0 Dec 1- -Baki 581.30
Jan -Baki 31 h/b
1 b/b
4692.00 48 426.5 4692.00 48 426.5
0 0
2 338.5
0 41 581.3
0

12

Mesyuarat

AGUNG

Laporan PIBG

Kewangan

AKAUN KECEMERLANGAN SMK SERI KOTA PUTERI
AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN

BAGI TAHUN BERAKHIR 1 JANUARI 2020 HINGGA DISEMBER 2020

Tarikh Penerimaan Kecemerlan PT3 & Tarikh Pembayaran Kecemerlan PT3 &
gan SPM gan SPM
(RM) (RM)
82.53
2020 -Baki 41 559.98 5 - Bahan latih tubi 10 180.50 76.48
Jan 1- b/b 2020 Prinsip Akaun dan
31 Jan 1-31 Kimia SPM 300.00
600.00
782.27 - Bahan kertas 3 280.00
Sejarah SPM
Feb1-28 - Meja & kerusi 714.00
pelajar 378.00
Mac 1- -Sumbangan daripada 200.00 110.00 Feb 1-28 - Baju pasukan
31 pelajar kompang
- Hari Kejohanan
Apr 1- olahraga tahunan
30. - Nombor badan atlet
MSSD
Mei 1- Mac 1- - T-shirt Atlet MSSD
31 31 - Alat tulis (anugerah
cemerlang)
Apr1-30 -

Mei 1-
31

Jun 1- -Sumbangan daripada 2 300.00 Jun 1- 30
30 pelajar

Jul 1- -Sumbangan daripada 1 450.00 Jul 1- 31
31 pelajar

13

Laporan
Kewangan

AKAUN KECEMERLANGAN SMK SERI KOTA PUTERI
AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN

BAGI TAHUN BERAKHIR 1 JANUARI 2020 HINGGA DISEMBER 2020

Ogs 1- Ogs 1-
31 31

Sept 1- -Sumbangan 50.00 Sept 1- -Makanan Majlis 264.00
30 daripada pelajar
30 Anugerah pelajar dan

Audit total 260.00

- Saguhati

Kecemerlangan PT3 200.00

- Teknik menjawab 200.00

SPM Perniagaan 250.00

-Teknik menjawab 200.00
188.00
SPM Pendidikan Moral

-Teknik menjawab

SPM

Sains

-Modul Fizik

-Modul Matematik

Oct 1- Oct 1- 30
30

Nov 1- Nov 1-31
30

Dec 1- -Sumbangan 550.00 Dec 1-31 Baki h/b 33 133.48 4 695.26
31 daripada pelajar

46 109.98 5 892.27 46 109.98 5 892.27
33 133.48 4 695.26
2021 -Baki
Jan 1 b/b

14

Jawatankuasa Kerja

Penasihat : Tuan Haji Johan Bin Ahmad

Pengerusi : Encik Mohd Khairul Faudzi Bin Atan

Naib Pengerusi : Encik Rashid Bin Abdul Rahman

: Cik Jamaliah Binti Ghani

: Puan Wanti Binti Masrom

Setiausaha : Nur Atiqah Binti Ahmad

Naib Setiausaha : Nur Amalina Binti Zam Ariffin

Bendahari : Nur Razilah Binti Juhari

Naib Bendahari : Nur Amelia Binti Ramli

Poster : Muhammad Hazmizi Bin Yaacob

Admin GM : Lee Wai Keat & Khairunnaim Bin Yusuf

GF Kehadiran Ibubapa : Stephanie & Subasinee

GF Kehadiran Guru & AKP : Aeryna Khasri & Nur Izzati Hassan

GF Usul Mesyuarat : Nor Hidayah Sanusi & Zunaidah

Jemputan/maklumbalas : Semua Guru

Bacaan Doa : Muzamil Che Nor

JAWATANKUASA PELAKSANA

TAYANGAN MONTAJ SIJIL/CENDERAMATA
1. Nurul Izah Ramlan 1. Shairul Azura Shaari
2. Siti Rozita Ahmad 2. Nur Hafilah Nordin
3. Nik Nur Farah Hanim
PENGACARA MAJLIS 4. Lam Yok Fong
1. Noor Fariza Ramli
PENCATAT MINIT
SIJIL ANUGERAH SPM 1. Syazwani Asri (2020/2021)
1. Sukanthi a/p Chinapan 2. Khairunnisa Jasni (2019/2020)
2. Saraswathy a/p Kandasamy
3. Low Hui Yee FOTOGRAFI & DOKUMENTASI
1. Nurul Afiqah Zakaria
TEKS UCAPAN 2. Mohd Muadz Mohd Roslim
1. Siti Aishah Abd Rashid
BUKU PROGRAM
CABUTAN BERTUAH 1. Siti Nadia Saff’ai Hanan
1. Rahimah Mohammad 2. Nurul Hazwani Zolcapli
2. Muhammad Hazim
3. Ismaliana Ismail SLAID TENTATIF
4. Maria Kasim 1. Siti Nabilah Mohd Nasir

15

Setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan

Terima kasih yang tidak terhingga di
atas kesudian hadir khasnya

Tuan Perasmi

Pengetua SMK Seri Kota Puteri

AJK PIBG SMK Seri Kota Puteri
Guru-guru SMK Seri Kota Puteri
Para Ibu Dan Bapa serta penjaga

Tahniah dan terima kasih diucapkan
kerana hadir untuk menjayakan

Mesyuarat Agung Tahunan kali Ke-19
Ini dengan jayanya.


Click to View FlipBook Version